Você está na página 1de 2

Article 2: Recommendations for Paddy Cultivation in Sabah

Tseu. C. T telah menulis artikel yang membincangkan tentang cara-cara untuk meningkatkan
lagi purata hasil padi untuk menyokong polisi kerajaan negeri yang telah memberi penekanan
khusus terhadap pengeluran padi bagi mencapai tahap saradiri yang mencukupi pada masa akan
datang. Tseu. C. T telah menggariskan beberapa kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk
meningkatkan lagi purata hasil padi per unit kawasan di Sabah. Antara cadangan yang
dikemukan oleh Tseu. C. T adalah dengan menanam variety padi yang berkualiti, menerapkan
kaedah penanaman yang lebih baik, menggunakan jadual penanaman yang betul, pengurusan
air yang cekap di sawah, kawalan lalang yang bkesan, penggunaan baja yang sesuai dan
kawalan seranggan dan penyakit yang betul.

PLANTING OF IMPROVED PADDY VARIETIES


Tseu. C. T telah menjelaskan ciri-ciri variety padi yang baik untuk digunakan oleh para petani.
Antara ciri-ciri tersebut ialah varieti padi yang mempunyai hasil yang banyak, mempunyai
kualiti makan yang baik dan jenis tumbuhan yang baik serta tahan terhadap penyakit dan
perosak.

IMRROVED CULTIVATION METHOD


Menurut Tseu. C. T terdapat dua sistem utama dalam penanaman padi iaitu sistem basah atau
sistem tanah rendah dan sistem kering atau sistem tanah tinggi. Di Sabah, sistem basah lebih
banyak digunakan oleh para petani. Tseu. C. T telah menyenaraikan 5 komponen penting yang
berkaitan dengan sistem penanaman padi basah. 5 komponen tersebut ialah:
1. Penyediaan tanah
2. Penyediaan tapak semaian padi
3. Proses pemindahan anak padi dari tapak semaian
4. Menuai dan pengirikan padi
5. Proses membersihkan dan penyimpanan beras

CROPPING SCHEDULE
Mematuhi jadual tanaman padi merupakan salah satu aspek penting dalam proses penanaman
padi. Menurut Tseu. C. T, musim menuai padi haruslah ketika bulan-bulan di mana terdapat
banyak hari cerah dan padi haruslah dibiarkan membesar ketika bulan dimana bekalan air
adalah mencukupi. Penulis turut menambah bahawa mengeringkan padi yang telah dituai pada
masa yang sesuai amatlah penting untuk proses penyimpanan padi. Oleh sebab itu, Tseu
menegaskan bahawa tempoh pematangan padi adalah factor penting yang perlu diambil kira
ketika menanam padi. Matsushima (1962) melaporkan bahawa daripada eksperimen yang
dilakukannya, tempoh sebulan merupakan tempoh minimum untuk mengeringkan padi demi
mencapai hasil yang maximum.
EFFICIENT WATER MANAGEMENT
Air merupakan salah satu factor penting dalam penghasilan beras kerana air mempengaruhi
status nutrien tanah dan sifat dan tahap pertumbuhan rumpai. De Datta. Levine and Williams,
1970) melaporkan bahawa air yang diperlukan untuk menghasilkan hasil yang optimum mesti
memenuhi keperluan evapotranspirasi tanaman, kerugian dari lapangan melalui percolation
dan rembesan, dan kerugian yang terjadi akibat dari cara air disampaikan dan mengagihkan.

PROPER WEED CONTROL


Pembiakan rumpai yang tidak terkawal merupakan salah satu punca padi mengelurkan hasil
yang rendah (Tseau). Vega dan Paller Jr (1970) melaporkan bahawa rumpai mengganggu
penghasilan padi dengan bersaing dengan padi untuk nutriet, cahaya matahari dan ruang.
Rumpai turut mengganggu kualiti padi yang telah dituai dan menyumbat laluan pengairan dan
saliran air (Tseau).
Menurut Tseau, sekiranya rumpai tidak banyak ianya boleh dikawal secara manual dengan
mencabut rumpai tersebut. Tetapi sekiranya pembiakan rumpai adalah banyak, penggunaan
bahan kimia boleh digunakan (Vega dan Paller Jr 1970). Bahan kimia haruslah digunakan
secara berhati-hati agar tanaman padi tidak terjejas. Penyediaan tanah yang betul juhga boleh
menghalang pembiakan padi dari terjadi.

CORRECT AMOUNT AND TIMING OF FERTILIZER APPLICATION


Penggunaan baja yang sesuai merupakan salah satu input berkesan untuk meningkatkan
penghasilan padi. Akan tetapi penggunaan baja adalah mahal. Defisit nutrien yang paling biasa
ditemui dalam penanaman padi adalah nitrogen, phosphorus dan potassium (Grist 1965).
Memandangkan kajian kesuburan tanah di Sabah adalah tidak lengkap, cadangan baja yang
boleh digunakan pada peringkat daerah adalah mustahil. Tetapi, cadangan penggunaan baja
secara umum boleh diberikan (Tseau).

PROPER PEST AND DISEASE CONTROL


Menurut Tseau, selain serangga perosak, tikus dan burung turut memberikan kerosakan yang
teruk terhadap tanaman padi. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengelak serangan tikus
dan serangga adalah menggunakan racun. Jumlah tikus juga boleh dikurangkan dengan
menjadualkan program penghapusan tikus sebelum penanaman padi. Manakala untuk burung,
penggunaan “scarecrow” atau bunyi tin boleh digunakan untuk menghalau burung.
Antara penyakit yang mengganggu tanaman padi adalah Tungro virus dan penyakit blast.

Você também pode gostar