Você está na página 1de 3

SK.

TAMAN BUKIT RAMBAI

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

TAHAP 2

Kisah Tiga Nasihat

Terima kasih.......

Bismillahirahmanirrahim pembuka bicara,

Assalammualaikum salam sejahtera,

Berdirinya saya untuk bercerita,

Kisah Tiga Nasihat itulah tajuknya.

Iye kawan-kawan,

Pada zaman dahulu, ada seorang petani yang sangat miskin tinggal bersama
isterinya di sebuah kampung yang terpencil.

Musim kemarau telah tiba,

Hati petani sangatlah hiba,

Tanaman diusaha mati semuanya,

Terpaksa merantau mencari kerja.

Dengan sedihnya beliau meninggalkan isteri dan anak lelakinya yang masih kecil.

“Ya Allah ya tuhanku kepadamu aku berserah, berilah aku pekerjaan yang baik untuk
menyara keluargaku,” doa si petani.

Alhamdulillah,

Akhirnya si petani mendapat kerja sebagai tukang kebun.

Bekerjalah ia tekun dan jujur,

Kepada majikan bakti ditabur,

Ingatan terhadap keluarga sentiasa subur,

Bertahun-tahun berpisah rindunya tidak terkubur.


“Telah tiba masanya untuk saya pulang ke kampung halaman untuk berjumpa
keluarga”.

Alangkah terperanjat majikannya dengan permintaan si petani.

“Engkau seorang pekerja yang jujur dan sangat aku sayangi, tiada apa yang dapat
aku berikan padamu tetapi ingatlah tiga perkara ini sebagai panduan hidupmu,”kata
majikannya.

Pertama: jangan ambil tahu hal orang lain.

Kedua:tidurlah di bawah sinaran bintang dan bulan.

Ketiga: Jangan membuat keputusan yang terburu-buru.

Lalu si petani mulalah melangkah pulang ke kampungnya.Di pertengahan jalan


beliau terpandang......

Sebatang pokok peliklah sangat,

Batangnya banyak mengeluarkan duit,

Dikutip diambil seorang lelaki,

Tetapi petani tak ambil peduli.

“Hei, kamu tidak teringin ke untuk mengambil duit ini,” tanya lelaki tersebut.

“Aku dilarang daripada mengambil tahu halo rang,” kata petani tersebut.

“Kerana sifat baik engkau itu, ambillah karung wang emas ini,” kata lelaki tersebut
sambil dihulurkan kepada petani.

Berjalan petani sehingga penat,

Tiba malam berhenti rehat,

Bertemu rombongan saudagar berempat,

Diajak bersama di khemah yang dibuat.

“Terima kasih, biarlah saya tidur di bawah bintang dan bulan sahaja, “ kata petani.

Tiba-tiba berlaku gempa bumi dan keempat-empat saudagar telah terbunuh.Lalu


petani mengambil semua harta saudagar-saudagar tersebut dan dibawa
bersamanya.

Iya kawan-kawan,

Setelah berhari-hari berjalan, akhirnya si petani sampailah ke rumahnya.

Alangkah terkejut tidak terperi,


Terpandang lelaki dan juga isteri,

Bersenda gurau di rumah sendiri,

Membuat petani tidak puas hati.

Tetapi.....

Petani teringat pesan majikannya supaya tidak membuat keputusan terburu-


buru.

Keesokannya, pagi-pagi lagi si petani terus mengintai apa yang berlaku di


rumahnya tanpa disedari oleh sesiapa.

Tiba-tiba beliau mendengar........

“Selamat tinggal ibu” dan dijawab oleh isterinya, “Baik-baik di jalanan ye


anakku.......”.

Mengalir air mata petani kerana barulah beliau tersedar bahawa anak muda
tersebut adalah anaknya.

Segera petani berlari mendapatkan isteri dan anaknya. Berpelukanlah mereka


dan isak tangis yag memilukan.

Begitulah kawan-kawan..... kisah tiga nasihat yang banyak mengandungi


nasihat yang sangat berguna.

Nasihat yang baik hendaklah diterima,

Supaya sentiasa dalam bahagia,

Sifat terburu-buru amalan syaitan durjana,

Kesannya buruk diri kan merana.

Sekianlah saja cerita saya.....

Asssalammualaikum wbt......

Você também pode gostar