Você está na página 1de 55

Dr.

Azlan Wildan

ARTIKEL

TIPS
PENYELIDIKAN
Rahsia dan Strategi
Q1, High Impact, ISI, SCOPUS
Hakcipta © 2017 oleh Azlan Wildan

Hakcipta E-Book “Tips Artikel Penyelidikan: Rahsia dan Strategi” dan


kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo, fail
audio, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah
kepunyaan Azlan Wildan kecuali dinyatakan sebaliknya.
Tiada mana-mana bahagian E-Book ini boleh diubah, disalin, diedar,
dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan,
dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk
sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih
dahulu daripada penulis. Sebarang permintaan kebenaran, perlu
diminta secara bertulis kepada alamat email di bawah;
dr.azlanwildan@yahoo.com
Ditujukan kepada rakan-rakan akademia yang dikasihi
Mengenai Penulis
Dr. Azlan Wildan merupakan seorang saintis di
dalam bidang fizik yang telah dianugerahkan PhD
(Doktor Falsafah) daripada UPM pada tahun 2016
(Semakan daftar graduan PhD KPT: Muhammad
Noorazlan bin Abd Azis). Beliau sangat aktif dalam
memberikan ceramah motivasi kepada pelajar
universiti dan berkongsi pengalaman beliau di dalam
menyiapkan PhD selama 3 tahun.

Dr. Azlan Wildan telah memulakan perjalanan beliau


sebagai pelajar PhD. pada Februari 2013 dan tamat pada bulan Mac 2016. Antara
pencapaian beliau sepanjang bergelar pelajar PhD, beliau telah berjaya menghasilkan 17
penerbitan penyelidikan di peringkat antarabangsa, anugerah GOT (graduate on time),
menghasilkan 1 patent penyelidikan dan menghadiri sekurangnya 4 persidangan di peringkat
antarabangsa. Dr. Azlan Wildan juga telah diterbitkan pencapaiannya beberapa kali di
dalam media akhbar seperti akhbar Kosmo! dan New Straits Time dan beliau juga telah
bersiaran di dalam Tv-Alhijrah serta TV 1 (RTM). Beliau juga berjaya menyiapkan penulisan
thesis selama 3 bulan sahaja bermula daripada bulan Jun 2015 sehingga Ogos 2015.

Buku pertama ini ditulis dengan tujuan untuk membantu para siswa dan siswi yang sedang
menyiapkan artikel penyelidikan di peringkat sarjana dan doktor falsafah supaya mereka
dapat mengoptimumkan masa untuk menerbitkan artikel.

Mudah-mudahan buku ini bermanfaat untuk anda dalam menyiapkan artikel penyelidikan!
InsyaAllah. Sebarang maklumbalas, cadangan serta komentar boleh dihantar ke email berikut:

dr.azlanwildan@yahoo.com

Dr. Azlan Wildan


PENCAPAIAN PENULIS
1. Menerbitkan 20 artikel penyelidikan di Web of Science dan SCOPUS sewaktu PhD
2. Menghadiri lebih daripada 4 konferens antarabangsa sewaktu PhD
3. Memiliki 1 paten penyelidikan sewaktu PhD (Fiber optics derived from argicultural
waste)
4. Aktif dalam memberikan ceramah motivasi kepada pelajar
5. Aktif dalam membimbing pelajar master dan PhD
6. Telah diterbitkan pencapaian beliau di akhbar Kosmo! dan New Straits Time
7. Telah keluar di kaca TV-Alhijrah dan RTM
8. Menerbitkan 1 buku untuk pelajar universiti (Aku Budak Dekan)
9. Aktif dalam kerja sosial (Pembangunan remaja, belia dan warga emas)
Kandungan

TIPS TAJUK
#1 Penerbitan Penyelidikan
1.1 Penerbitan di jurnal Q1, Q2 dan Q3 (kuartil)
1.2 Penerbitan di faktor impak tinggi (high impact
factor)
1.3 Apa itu SCOPUS, Web of knowledge, dan h-
index?
#2 Persediaan Awal Menulis Artikel Penyelidikan
2.1 Penyediaan Abstrak
2.2 Menulis pendahuluan
2.3 Menulis kaedah penyelidikan
2.4 Menulis perbincangan dan kesimpulan
2.5 Kesilapan yang selalu dilakukan
#3 Gaya Bahasa Artikel Penyelidikan
#4 Pemilihan Penerbit Jurnal
4.1 Mencari jurnal yang sesuai
#5 Penerbitan di Elsevier
TIP #1

PENERBITAN PENYELIDIKAN
Dilema terbesar sebagai pelajar siswazah adalah menerbitkan artikel
penyelidikan di penerbitan berwasit, bertaraf antarabangsa dan
berimpak tinggi. Lebih-lebih lagi apabila universiti awam dan swasta
sudah mula mengejar ranking di QS world university ranking.

Fuh, serious mencabar. Lagi-lagi bila pensyarah mendesak untuk


terbitkan artikel penyelidikan kita kat tempat-tempat yang gempak
dan berimpak tinggi.

Pensyarah di IPT bukan suka hati nak minta korang buat artikel
penyelidikan. Sebenarnya mereka juga ada KPI yang perlu dipenuhi
dari pihak universiti. Juga untuk pensyarah yang nak tingkatkan mutu
mereka sebagai penyelidik terkemuka. Biasalah tu...

Mungkin ada yang mengeluh,

“ala, ni semua untuk kepentingan pensyarah dan universiti je. Sebab tu aku
kena paksa perah tenaga buat artikel penyelidikan segala bagai…”

Uish, dasyat betul keluhan korang. Tak perlu pun mengeluh sebegitu.
Sebenarnya, bila korang buat artikel penyelidikan, pensyarah dan
korang sendiri akan dapat manfaat, “win-win situation” mat saleh kata.
Manfaat yang macam mana?

Haa.. Bilangan penerbitan adalah sangat mustahak jika korang adalah


pelajar pascasiswazah. Ekonomi sekarang da tak berapa nak ok, bajet
universiti dah banyak kena potong, bilangan graduan PhD pulak dah
makin bertambah menjadi-jadi. Maka, profession sebagai pensyarah
bagaikan terlajak laris bila ramai graduan PhD mula memohon jawatan
tersebut.

Bila dah ramai mohon, pihak universiti pasti akan pilih bulu. Diorang
akan lihat apa kualiti korang untuk dilantik sebagai pensyarah.

Penerbitan banyak ke? Berimpak tinggi ke? Tepuk dada, tanya selera.

“Nak publish paper ni bukannya senang, ashik kena reject je. Cuba selami
hati dan perasaan kami ni. Bukan tak usaha pun”

Betul. Bukan mudah pun sebenarnya. Tapi kalau korang tahu caranya,
maka senang je nak terbitkan artikel penyelidikan. Saya tulis E-Book ni
pagi petang malam, acehh... sebab tunjukkan kepada korang semua
bagaimana nak terbitkan artikel penyelidikan di jurnal berimpak tinggi
sehingga pensyarah korang tersenyum kambing di bilik pejabat.

Bahagian ini saya akan terangkan terlebih dahulu pengenalan


terhadap penerbitan. Ye lah, kalau tak de konsep asas tentang
penerbitan, takut-takut tersalah hantar di tempat yang salah. Bajet
berimpak tinggi, rupanya jurnal tersebut adalah bogus.

Ops, bogus tu apa? Bogus tu adalah jurnal bersifat pseudoscience yang


tidak berkualiti dan saintifik. Sudah pasti pensyarah korang akan
melenting bengang sekiranya terhantar di jurnal bogus.

Jangan risau, di dalam E-Book ni saya akan terangkan secara ringkas,


santai, tpadat dan padu apa itu sebenarnya penerbitan. Sori la kalau
guna bahasa santai. Ye la, korang baca jurnal semua skema. Baca E-
Book ni pun da macam baca jurnal kalau ayat skema. Relax, ayat
dalam E-Book ni santai supaya korang tak stress.. hehe.. Enjoy reading!!
1. Penerbitan di jurnal Q1, Q2 dan Q3 (kuartil)

Kalau korang nak tahu, setiap jurnal ada “ranking” tersendiri. “Ranking”
tersebut ditentukan dengan tahap kuartil sesuatu jurnal. Setiap jurnal
sebenarnya akan diletakkan mengikut ranking berdasarkan kedudukan
faktor impak (tanpa sitasi sendiri (without self-citation)) mengikut
sesuatu subjek yang telah diklasifikasikan oleh Web of Science (di
bawah Thomson Reuters).

Fuh.. Faham ke tu?

Begini sebenarnya, setiap jurnal yang telah diwasitkan1 di dalam Web


of Science (WOS) telah dikumpulkan mengikut subjek. Katakan ada dua
journal telah diwasitkan di dalam WOS,

Journal of Luminescence (JOL) (Impact Factor = 2.96)

Journal of Alloys and Compounds (JOAC) (IF = 3.01)

Katakanlah kedua-dua journal ini diletakkan di bawah subjek “Optics”,


maka kuartil untuk JOAC lebih tinggi daripada JOL di bawah subjek
“Optics”. Sebab apa? Sebab impak faktor JOAC lebih tinggi dari JOL
di bawah subjek “Optics”

Namun begitu, satu jurnal boleh jadi diletakkan di bawah pelbagai


subjek dan tak semestinya satu subjek jer. Boleh jadi Journal of Alloys
and Compounds diletakkan di bawah subjek “Optics” dan “Materials
Science”.

Maka, Journal of Alloys and Compounds akan memiliki dua kuartil yang
berbeza (atau mungkin sama) di bawah subjek yang tertentu. Kuartil ni
ada berapa tahap ek? Hmm
Tahapan kuartil ada empat

Q1, Q2, Q3, and Q4

Lebih tinggi kuartil dalam sesuatu jurnal, maka lebih terbaik jurnal
tersebut. Ada yang bersangka,

“Jurnal yang memiliki faktor impak yang tinggi, akan dapat nilai kuartil
yang tinggi juga”

Tak semestinya. Kadang-kadang ada jurnal yang memiliki faktor impak


4.05 memiliki kuartil Q2 berbanding dengan jurnal yang memiliki
faktor impak 2.90 tetapi berada di dalam kuartil Q1. Penilaian kuartil
bergantung kepada kedudukan jurnal di dalam kumpulan subjek!

Jangan confuse der....

Kedudukan jurnal juga diletakkan mengikut nilai impak faktor.

Pening ke tu? Hehe... Relax .. Saya tunjuk contoh di bawah

Journal Materials Optics Ceramics Polymer


science
Journal of non- Q1 Q2 Q2 Q3
Crystalline (IF:
1.980)

Jadi, journal dalam jadual tu di bawah Q1? Q2? Atau Q3? Bergantung
mengikut subjek! Betul tak? Jika korang menerbitkan artikel
penyelidikan yang berkaitan dengan “Optics”, maka jurnal korang
berada di dalam jurnal Q2. Jika di bawah “materials science”, maka
korang telah terbitkan di jurnal Q1!
Penting sangat ke kuartil ni? Sangat penting der, lagi penting daripada
faktor impak. Fakor impak adalah jumlah bilangan sitasi dalam tahun
tertentu secara purata tanpa mengira subjek jurnal tersebut. Manakala,
kuartil pula lebih spesifik mengikut subjek.

Jika korang terbitkan artikel penyelidikan Q1 di bawah subjek


“materials science”, maka potensi artikel penyelidikan korang untuk
mendapatkan bilangan sitasi adalah lebih tinggi. Kenapa?

Kerana ramai penyelidik dari bidang “materials science” akan


“download” serta memberikan sitasi kepada artikel penyelidikan
korang.

Wow, kira mantap ler kalau ramai rujuk artikel korang ni

Mesti ada yang masih pening kepala bab kuartil ni. Kuartil untuk
sesuatu jurnal ada kaedah pengiraan tertentu. Korang tidak perlu
susah-susah nak kira. Ambil tahu konsep asas terlebih dahulu, apakah
itu kuartil bagi sesuatu jurnal.

Apa yang korang perlu tahu adalah, jika korang terbitkan jurnal dalam
bidang “optics”, jika jurnal tersebut memiliki Q1 di dalam subjek
“optics”, maka potensi artikel penyelidikan korang untuk dirujuk dan
mendapatkan sitasi di peringkat antarabangsa lebih tinggi.

Macam mana nak semak kuartil bagi sesuatu jurnal?

Maka korang boleh lakukan semakan di dalam URL website berikut:

https://jcr.incites.thomsonreuters.com/
setelah masuk ke dalam website tersebut, maka korang boleh lakukan
carian terhadap jurnal yang korang inginkan. Saya ambil contoh hasil
carian untuk “journal of alloys and compounds” seperti di bawah:

Jika scroll di bawah, maka korang akan berjumpa dengan list “rank”
untuk jurnal tersebut

Cuba lihat gambar di atas. Journal of Alloys and Compounds telah


diklasifikasikan di dalam beberapa subjek. Antaranya adalah
“chemistry, physical” dan “Materials science, multidisplinary”.
Lihat di bahagian “Quartile”, maka korang akan lihat pada tahun
2016, JAC memiliki Q2 di bawah subjek “chemistry, physical” tetapi
berada di kedudukan Q1 di bawah subjek “Materials science,
multidisplinary”.

Maka, jika korang terbitkan artikel penyelidikan di JAC di bawah


subjek “materials science”, maka artikel penyelidikan korang
sebenarnya telah diterbitkan di bawah jurnal Q1. Fuhhh! Sebaliknya
jika korang menerbitkan di bawah subjek “chemistry, physical”, maka
korang telah terbitkan di bawah jurnal Q2. Kira okay lah tu!

2. Penerbitan di faktor impak tinggi (high impact factor)

Jika tadi saya terangkan apa itu penerbitan jurnal mengikut bilangan
kuartil, bagaimana pula nilai faktor impak? Penting ke?

Penting sangat! Walaupun nilai kuartil itu berbentuk spesifik mengikut


subjek, nilai faktor impak juga boleh mempengaruhi nilai kuartil. Korang
perlu ingat, jurnal yang memiliki nilai faktor impak yang tinggi adalah
lebih stabil kedudukannya pada tahun-tahun akan datang.

Ha? Setiap tahun nilai faktor impak tak sama ke? Ya, nilai faktor impak
akan berubah setiap tahun. Ikut perkiraan, pengumuman nilai faktor
impak untuk setiap jurnal akan diumumkan pada setiap bulan Jun setiap
tahun.

Jika nilai faktor impak boleh berubah-ubah, maka nilai kuartil juga
akan berubah.

Jap, apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh faktor impak? Hmm


Faktor impak adalah bilangan purata sitasi pada tahun-tahun tertentu.
Maksudnya, setiap artikel penyelidikan yang diterbitkan oleh jurnal
tertentu akan dikira jumlah sitasi terhadap artikel penyelidikan tersebut
secara purata untuk menentukan bilangan faktor impak jurnal itu pada
tahun yang telah dikira.

Jika nilai faktor impak bagi sesuatu jurnal itu tinggi, maka “visibility”
dan kekerapan sitasi untuk jurnal tersebut juga adalah tinggi. Jika
korang menerbitkan artikel penyelidikan di bawah “Scientific reports
(Nature)” yang berfaktor impak 40.137, maka jumlah sitasi untuk
artikel penyelidikan korang juga akan naik mencanak.

Ada sesetengah dari kita tak ambil kira sangat mengenai faktor impak.
Bagi mereka, asal “publish” pun da cukup melegakan. Sebenarnya,
jumlah sitasi terhadap artikel penyelidikan korang akan menentukan
kualiti korang sebagai penyelidik di bawah nilai h-index.

h-index? Jap.. Apa ke benda tu?

Relax... Saya akan terangkan nanti pada subtopik berikutnya. Macam


mana nak semak nilai faktor impak bagi jurnal tertentu? Nilai faktor
impak boleh disemak melalui URL laman web yang saya beri di atas.

Lakukan carian jurnal yang korang inginkan dan korang boleh lihat
jadual di bawah di dalam laman web tersebut:
Di sini korang boleh lihat ada tiga jenis faktor impak.

a. Journal impact factor


b. Impact factor without journal self-cites
c. 5 year impact factor

Nilai “Journal Impact Factor” diambil secara keseluruhan tanpa


mengecualikan sitasi sendiri oleh jurnal tersebut. Manakala, Nilai
“Impact factor without journal self-cites” diambil dengan pengecualian
bilangan sitasi sendiri oleh jurnal tersebut. Faham ke? Hehe

Beginilah, saya terangkan sedikit seperti dibawah,

Saya ada dua artikel penyelidikan diterbitkan di bawah Journal of


luminescence (JOL),

Artikel penyelidikan A

Artikel penyelidikan B
Artikel penyelidikan A telah melakukan sitasi terhadap artikel
penyelidikan B. Pada masa yang sama, kedua-dua artikel penyelidikan
tersebut berada di bawah jurnal yang sama.

Bilangan sitasi yang diperolehi oleh artikel penyelidikan B dari artikel


penyelidikan A, saya katakan itu adalah jenis sitasi sendiri (Self-
Citation). Jika ada artikel penyelidikan C di bawah jurnal yang
berbeza melakukan sitasi terhadap artikel penyelidikan B, maka itu
tidak dikira sebagai sitasi sendiri (Self-Citation)

Penting ke perbezaan di antara bukan sitasi sendiri (non self-citation)


dan sitasi sendiri (self-citation)?

Penting sangat weh! Lebih-lebih lagi nak menentukan bilangan kuartil


bagi sesuatu jurnal.

“5 year impact factor” pula adalah bilangan purata faktor impak dalam
tempoh 5 tahun.

3. Apa itu SCOPUS, Web of knowledge, dan h-index?

SCOPUS adalah sebuah agensi indeks jurnal yang mengumpulkan


abstrak dan sitasi dari artikel penyelidikan akademik. SCOPUS dimiliki
oleh syarikat Elsevier dan SCOPUS juga sangat popular dalam
kalangan penyelidik akademik. Ada juga agensi indeks jurnal yang lain
seperti “COPERNICUS”, “Directory of Open Access Journals (DOAJ)”,
“Google Scholar” dan lain-lain.

Universiti awam lebih banyak menggunakan “SCOPUS” sebagai


penilaian KPI untuk pensyarah bagi mutu penyelidikan depa. Namun
begitu, jurnal yang berada di dalam indeks jurnal SCOPUS tidak
semestinya memiliki faktor impak dan kuartil. Ada jurnal yang berada
di dalam kategori “proceedings” diletakkan di bawah indeks jurnal
SCOPUS. Apa istimewanya indeks jurnal SCOPUS ni? Di dalam indeks
jurnal SCOPUS, korang boleh melihat nilai h-index untuk menentukan
kualiti korang sebagai penyelidik.

Google Scholar juga ada memberikan nilai h-index terhadap


penyelidikan korang, tetapi bilangan jurnal di bawah Google Scholar
terlalu meluas dan adakalanya dikatakan tidak berkualiti. Jurnal yang
telah diindeks di bawah indeks jurnal SCOPUS lebih diyakini
kredibilitinya kerana syarat untuk diindeks di bawah scopus sangat
ketat.

Bagi sesiapa yang telah memiliki akaun di Google Scholar, adakalanya


korang akan lihat perbezaan bilangan sitasi korang berbanding akaun
di SCOPUS. Ini adalah kerana, bilangan sitasi di bawah SCOPUS
hanya dikira dengan jurnal yang telah dindeks di bawah SCOPUS
sahaja.

Berbeza dengan Google Scholar, jurnal yang diindeks dibawah


Google Scholar lebih meluas dan kurang ketat pemilihannya
berbanding SCOPUS. Disebabkan itu, bilangan sitasi di bawah
SCOPUS selalunya lebih rendah berbanding bilangan sitasi di bawah
Google Scholar.

Macam mana pula dengan “Web of Knowledge”? apa benda tu?

Sedikit perbezaan dengan SCOPUS, Web of Knowledge adalah


agensi indeks jurnal yang mengumpulkan jumlah sitasi bagi sesuatu
jurnal sahaja tanpa mengumpulkan sebarang abstrak ataupun artikel
penyelidikan. Web of Knowledge telah dikelola oleh syarikat Clarivate
Analytics yang mana sebelum ini telah dikendalikan oleh Institute for
Scientific Information (ISI).

Laporan sitasi terhadap sesuatu jurnal di bawah Web of Knowledge


dikatakan lebih spesifik dan ketat berbanding SCOPUS. Jurnal yang
diambil kira untuk sitasi mesti berada di bawah Journal Citation Reports
oleh Thomson Reuters. Maknanya, hanya jurnal yang memiliki faktor
impak dan kuartil sahaja diambil kira sebagai bilangan sitasi.

Jumlah bilangan sitasi yang dikeluarkan oleh Web of Knowledge lebih


kecil dan ini juga akan menentukan bilangan faktor impak di bawah
Journal Citation Reports oleh Thomson Reuters.

Hampir kesemua jurnal yang telah dindeks dibawah Web of Knowledge


telah diindeks di bawah SCOPUS. Namun begitu, tidak semua jurnal di
bawah SCOPUS diindeks di bawah Web of Knowledge.

Nak kata kat sini, skop diorang makin lama makin kecil. Maka,
kredibiliti untuk sesuatu jurnal akan meningkat di bawah Web of
Knowledge.

h-indeks pula cemana?

h-index jarang kita dengar dalam kalangan pascasiswazah, tetapi


sangat popular dalam kalangan pensyarah universiti. Kenapa? Kerana
nilai h-index ini selalunya digunakan sebagai kenaikan pangkat ke
Professor.
Mungkin kita rasa tak berapa penting sangat h-index sewaktu
menyiapkan projek thesis master atau PhD. Tetapi percayalah, h-index
ini sangat bermanfaat ketika korang ingin memohon jawatan sebagai
pensyarah.

h-index adalah bilangan sitasi yang diterima oleh penyelidik dan


pengumpulan artikel penyelidikan yang menerima bilangan sitasi yang
terbanyak. Semakin tinggi bilangan h-index, maka semakin tinggi
kualiti korang sebagai penyelidik.

Ini adalah disebabkan oleh penyelidikan korang yang kerap dirujuk


oleh penyelidik luar melalui bilangan sitasi yang telah diperoleh.
Korang boleh semak bilangan h-index melalui Google Scholar atau
SCOPUS seperti di bawah:

Sumber: Google Scholar (https://scholar.google.com)


Sumber: SCOPUS (https://www.scopus.com)
Macam mana nak dapatkan nilai h-index yang tinggi? Senang je,
korang perlu terbitkan lebih banyak artikel penyelidikan. Jika korang
terbitkan di jurnal berfaktor impak yang lebih tinggi, maka lebih
banyaklah kebarangkalian untuk menerima sitasi dari penyelidik luar.

Jika terasa susah sangat nak masuk jurnal yang mantap padu seperti
“Scientific Reports (Nature)”, maka terbitkan ler artikel penyelidikan
banyak-banyak. Untung-untung ramai yang akan memberi korang
sitasi. hehe

Walaubagaimanapun, korang harus bijak memilih jurnal supaya artikel


penyelidikan korang lebih tinggi “visibility” dan menepati kepentingan
penyelidik.
TIP #2

PERSEDIAAN AWAL MENULIS ARTIKEL PENYELIDIKAN


Penulisan artikel penyelidikan memiliki banyak perbezaan daripada
penulisan disertasi. Tambahan pula, artikel penyelidikan memiliki jenis-
jenis yang berbeza untuk diterbitkan di bawah sesuatu jurnal.
Contohnya adalah seperti dibawah:

a. Artikel penyelidikan asli


b. Artikel penyelidikan literatur
c. Komunikasi pantas/pendek
d. Laporan kes
e. Nota teknikal/penyelidikan
f. Surat kepada editor
g. Eratum
h. Korigendum

Wah! Banyaknya. Ha, memang banyak pun. Saya hanya akan


terangkan poin a. dan b. sahaja kerana itu adalah jenis artikel
penyelidikan yang agak popular untuk diterbitkan dalam kalangan
pasca siswazah.
Artikel penyelidikan asli adalah satu laporan penyelidikan yang
memiliki hasil kajian dan perbincangan yang baharu. Konsep dia lebih
kurang seperti mini disertasi yang hanya memiliki laporan dapatan
kajian dan kaedah kajian sahaja. Kaedah menulis abstrak, kaedah
kajian, dapatan kajian serta perbincangan lebih kecil skopnya
berbanding penulisan disertasi.

Artikel penyelidikan literatur pula adalah satu laporan penyelidikan


yang mengandungi perbincangan hasil kajian terdahulu sehingga
terkini dan menunjukkan perkembangan bagi penyelidikan tertentu.
Artikel jenis ini kelihatan mudah untuk dilakukan sebab tidak perlu
bersusah-susah untuk mencari dapatan kajian. Hanya perlu kumpulkan
hasil kajian terdahulu dan rangka satu laporan mengenainya. Tetapi
sebenarnya, artikel jenis ini agak sukar ditembus di dalam jurnal
berimpak tinggi kerana nilai standard mereka sangat tinggi.

Sebelum menyediakan artikel penyelidikan, korang perlu bina terlebih


dahulu kerangka artikel yang bakal diterbitkan. Saya ambil contoh
kerangka daripada penyelidikan saya sendiri sebelum dimasukkan
input-input tertentu:

1. Tajuk
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Kaedah penyelidikan
5. Hasil dapatan dan perbincangan
6. Kesimpulan
7. Rujukan

Saya mulakan dengan persediaan abstrak untuk sesuatu artikel


penyelidikan;

a. Penyediaan Abstrak

Penulisan abstrak sangat penting untuk memberi gambaran secara


ringkas kepada pembaca mengenai jenis penyelidikan yang korang
lakukan. Abstrak juga akan mempengaruhi penilaian “Editor” untuk
diluluskan ke “review process” (akan diterangkan proses ini di topik
berikutnya). Ada sesetengah jurnal memiliki panduan menulis abstrak
yang tersendiri. Ada pula sesetengah jurnal memberikan kebebasan
kepada penyelidik untuk menggayakan abstrak mengikut cara yang
tersendiri. Secara kasar, penulisan abstrak memerlukan input-input
seperti berikut

- Dorongan (Motivation):

Kenapa dapatan kajian korang sangat penting untuk diterbitkan di


jurnal mereka? Jika permasalahan kajian korang sangat kritikal dan
mustahak, maka korang perlu masukkan dorongan kajian korang
terlebih dahulu. Bahagian ini juga korang perlu sebutkan
kepentingan kajian dan impak kajian terhadap teknologi yang boleh
dibangunkan. Saya ambil contoh daripada satu jurnal di bawah:

Permulaan ayat di bahagian abstrak, penulis telah menyatakan


terlebih dahulu kepentingan kajian beliau dengan menyatakan
kegunaan “dielectrophoresis” untuk fabrikasi “in-situ probes”. Permulaan
abstrak juga boleh berbentuk “directive” kepada hasil kajian tanpa
menyatakan dorongan. Bergantung. Bagi saya sendiri, saya lebih suka
menyatakan dorongan supaya kelihatan menarik untuk dibaca.

- Pernyataan masalah

Dibahagian ini, korang perlu nyatakan apakah masalah kajian terkini


yang belum diselesaikan tetapi kajian korang boleh beri jalan
penyelesaian. Sama ada berbentuk penambahbaikan ataupun
alternatif baharu untuk kajian semasa. Korang boleh juga meletakkan
pernyataan masalah pada permulaan ayat abstrak dan memasukkan
dorongan kajian korang untuk menyelasaikan masalah tersebut.
Pastikan pernyataan masalah korang mudah faham dan tidak
meletakkan ayat-ayat kompleks yang menyukarkan kefahaman
pembaca. Ye la, jangan tulis syok sendiri je. Hehe

- Pendekatan

Dibahagian ini, korang perlu nyatakan apa jenis pendekatan yang


korang ingin lakukan untuk menyelesaikan masalah kajian yang sedia
ada. Maknanya, pendekatan ini berbentuk teknik yang korang
gunakan untuk mendapatkan hasil kajian. Ada sesetengah kes, abstrak
dimulakan terus kepada pendekatan dan tidak diletakkan dorongan
dan pernyataan masalah. Bergantung. Bagi saya sendiri, saya lebih
suka letakkan dorongan dan pernyataan masalah supaya kelihatan
menarik untuk dibaca.

- Hasil kajian

Untuk bahagian ini, korang perlu “selective” untuk meletakkan dapatan


kajian di dalam abstrak. Pastikan dapatan kajian itu benar-benar
penting yang ingin ditonjolkan kepada pembaca. Dapatan kajian itu
juga mesti menjawab permasalahan kajian korang. Dapatan kajian
tidak perlu meleret-leret, letak secara ringkas dan padat.

- Rumusan

Dibahagian akhir abstrak, korang perlu menatijahkan kajian korang.


Apakah potensi kajian korang untuk aplikasi kajian pada masa akan
datang? Sejauh mana kajian korang membuktikan penyelesaian yang
terbaik untuk permasalahan kajian semasa? Apakah kepentingan
dapatan kajian korang untuk kegunaan tertentu? Mesti dinyatakan!

Saya tunjukkan contoh abstrak artikel penyelidikan saya yang telah


diterbitkan di jurnal Q2,
b. Pendahuluan

Pendahuluan di dalam artikel penyelidikan yang kita buat mestilah


menarik! Jangan terlalu meleret-leret dan memiliki maklumat yang tidak
kena pada kandungan artikel penyelidikan. Korang boleh mulakan
penulisan di bahagian ini dengan huraian pernyataan masalah,
teknologi yang sedia ada terhadap penyelidikan korang, penerangan
ringkas terhadap kajian korang, pengenalan terhadap bahan utama
yang korang gunakan atau latar belakang kajian terdahulu. Bahagian
ini perlu mengikut kreativiti korang sebagai penulis artikel
penyelidikan.

Saya suka ambil teknik penulisan jurnal daripada artikel-artikel yang


telah diterbitkan di jurnal yang terkemuka. Saya ambil contoh dari
penulisan artikel penyelidikan saya sendiri yang telah diterbitkan di
jurnal Q1 seperti di bawah;

Tajuk di dalam kajian ini adalah, “linear and nonlinear optical properties
of erbium doped zinc borotellurite glass system” di mana, tulang
belakang kajian ini adalah bahan “tellurite”. Maka saya telah mulakan
penulisan pendahuluan dengan meletakkan huraian mengenai bahan
utama yang digunakan di dalam kajian saya.

Setelah itu juga, saya menerangkan potensi bahan utama tersebut untuk
digunakan sebagai aplikasi yang tertentu. Seterusnya, saya
meletakkan sokongan terhadap pernyataan saya dengan hasil kajian
terdahulu melalui sorotan literatur.

Boleh kata, perenggan utama ini saya meletakkan penceritaan


mengenai kelebihan utama terhadap kajian saya. Setiap jurnal memiliki
kaedah penceritaan yang unik dan tersendiri pada bahagian
pendahuluan.

Sebelum saya menulis sebarang artikel penyelidikan, saya akan


lakukan kaji selidik mengenai teknik penulisan di dalam jurnal yang
tertentu.
Saya ambil contoh kajian yang diambil daripada The Social Science
Journal yang berkaitan dengan kesan kekurangan tidur untuk pelajar
yang bekerja. Jika kita lihat daripada perenggan pendahuluan bagi
jurnal tersebut, kita boleh lihat penulis memulakan penulisan
pendahuluan dengan pernyataan masalah terlebih dahulu. Penulis juga
mengambil sorotan literatur untuk menyokong pernyataan masalah
tersebut mengenai kesan buruk dari tidur yang tidak mencukupi
terhadap kesihatan pelajar.

Jika saya ingin memulakan penulisan pendahuluan, maka saya boleh


ambil kerangka penceritaan kajian tersebut untuk dimasukkan ke dalam
artikel penyelidikan saya. Saya boleh memulakan pendahuluan dengan
pernyataan masalah dan menyokong pernyataan tersebut dengan
beberapa sorotan literatur.

Dibahagian pendahuluan juga perlu menceritakan “objektif kajian”


supaya pembaca dapat memahami apakah sebenarnya yang kita
ingin capai daripada kajian tersebut. Objektik kajian ini perlu
berbentuk penceritaan dan tidak boleh dalam bentuk poin.

Dibawah adalah contoh saya menyatakan objektif kajian di dalam


artikel penyelidikan saya yang telah diterbitkan di jurnal Q1:
Di dalam bahagian pendahuluan juga, korang perlu menyatakan
apakah “novelty” kajian korang. “Novelty” kajian boleh berbentu
bahan baharu, kaedah baharu, penambahbaikan terhadap kajian
terdahulu ataupun aplikasi yang baharu. Kajian saya di atas saya telah
nyatakan bahan yang baharu yang boleh digunakan untuk aplikasi
tertentu. Contoh pernyataan novelty boleh lihat seperti dibawah:

Kandungan utama dibahagian pendahuluan pula, korang boleh


letakkan huraian pembolehubah kajian, teori-teori yang berkaitan dan
solusi kajian korang untuk menyelesaikan pernyataan masalah.

Bagi saya, bahagian pendahuluan ini perlu ditulis secara menarik dan
ringkas supaya pihak editor bersenang hati untuk menghantar artikel
korang ke “review process”.

c. Menulis kaedah penyelidikan

Bahagian ini kita perlu terangkan apakah jenis kaedah penyelidikan


yang kita gunakan untuk mendapatkan dapatan kajian. Kaedah kajian
yang kita tulis perlu betul-betul spesifik dan tidak terlalu general.
Sebagai contoh, jika artikel itu berbentuk sains atau kejuruteraan, maka
segala parameter yang digunakan dalam segala peralatan perlu
dimasukkan.

Sepanjang pengalaman saya menulis artikel penyelidikan, saya pernah


ditegur oleh “reviewer” kerana tidak meletakkan parameter di setiap
peralatan digunakan. Jika saya menggunakan alat “refractive index”,
maka saya perlu nyatakan apakah nama peralatan tersebut, sumber
laser, “incident angle” dan sebagainya. Jika artikel penyelidikan itu
berbentuk sains sosial, maka kita juga perlu menyatakan saiz sampel,
kawasan sampel dan kaedah persampelan. Kaedah penyelidikan ini
sebenarnya adalah proses kepada dapatan kajian yang kita lakukan.

Jika korang adalah pelajar sains sosial yang melakukan kajian secara
kualitatif, maka maklumat yang perlu dimasukkan di bawah kaedah
penyelidikan adalah seperti berikut:

i. Bagaimanakah maklumat itu diperoleh?


ii. Dimanakah tempat ditemuramah?
iii. Apakah tema untuk temuramah tersebut?
iv. Apakah pelarasan yang dilakukan?
v. Bagaimanakah sesuatu masalah itu diselesaikan?

d. Menulis perbincangan dan kesimpulan

Bahagian ini adalah bahagian yang paling kritikal dan mustahak


apabila menulis artikel penyelidikan. Bahagian ini juga memiliki
pengaruh yang sangat besar kepada penyemak artikel sama ada
mereka akan menolak atau menerima artikel kita.

Untuk menerangkan bahagian ini, saya akan tunjukkan secara terperinci


apakah jenis diskusi dan illustrasi yang terbaik untuk artikel kita.
Bahagian perbincangan boleh dipecahkan mengikut subtopik yang
tertentu. Banyak atau sedikit subtopik yang kita tulis, tidak akan
sesekali mempengaruhi keputusan penyemak artikel kita.
Penyemak artikel ingin melihat signifikan dapatan kajian kita terhadap
pernyataan masalah sahaja.

- Adakah dapatan kajian itu mencukupi?


- Adakah dapatan kajian itu releven?
- Adakah dapatan kajian itu menepati objektif kajian?
- Adakah dapatan kajian itu bermakna dan bernilai?
- Adakah perbincangan dapatan kajian itu kritis dan mendalam?
- Apakah jenis illustrasi yang digunakan untuk menunjukkan taburan
dapatan kajian?
Itu sahaja persoalan di dalam kepala penyemak artikel. Tetapi,
kenapa kita perlu membuat subtopik di dalam bab perbincangan? Ada
atau tidak subtopik tersebut adalah bergantung.

Jika dapatan kajian kita banyak, saya sarankan buat pecahan subtopik
mengikut jenis dapatan kajian supaya penyemak artikel berasa senang
membaca artikel kita. Saya akan tunjukkan proses untuk menulis bab
perbincangan dan kesimpulan di bawah:

i. Tentukan limitasi kajian di dalam artikel penyelidikan kita


ii. Senaraikan semua jenis dapatan kajian yang kita ingin
masukkan
iii. Kumpulkan dapatan kajian tersebut di bawah katakunci yang
tertentu
iv. Tulis subtajuk bagi setiap kumpulan yang telah diasingkan
tersebut
Setelah itu, kita boleh tentukan stuktur topik perbincangan dengan
menggunakan kerangka di bawah:

Tajuk Subtopik (1, 2, 3,……n):


…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

.. Terangkan latar belakang kepada jenis dapatan kajian

.. Tunjukkan hasil dapatan kajian

.. Interpretasi sebab dan punca kepada dapatan kajian

.. Bandingkan dengan kajian yang lepas dan terangkan jika terdapat


perbezaan ketara

.. Buat penilaian terhadap hasil kajian kita (Adakah signifikan? Adakah


menunjukkan sebarang penambahbaikan? Adakah berguna untuk
aplikasi tertentu? Apa kelebihan kepada dapatan kajian?)

Illustrasi yang kita perlu masukkan di dalam bahagian perbincangan


perlu jelas, berkualiti dan saintifik. Saya tidak menyarankan untuk
penulis meletakkan graf dalam bentuk .png atau .jpeg.
Letakkan graf daripada excel! Kerana ini akan memudahkan editor
untuk melaras graf tersebut dan memudahkan pembacaan penyemak
artikel.

Di bahagian graf, pastikan segala parameter ditulis dengan unit dan


dilabelkan pada bahagian yang perlu diterangkan. Di bawah adalah
contoh graf yang telah saya terbitkan di jurnal Q1.

Dibahagian kesimpulan pula, pastikan kesimpulan itu bukan


perbincangan baharu ataupun terkeluar daripada konteks kajian yang
telah dibincangkan. Kesimpulan boleh jadi berbentuk panjang ataupun
pendek.

Kajian di dalam sains dan kejuruteraan kebiasaanya tidak memerlukan


penulisan kesimpulan yang panjang dan meleret-leret. Manakala,
kajian di dalam sains sosial boleh berbentuk panjang dan memiliki
subtopik pula. Bergantung!
Saya tunjukkan kerangka kesimpulan yang boleh diambil sebagai
contoh seperti di bawah:

i. Tuliskan semula sasaran dan persoalan kajian


ii. Terangkan semula limitasi kajian
iii. Masukkan secara umum dapatan kajian serta signifikan
terhadap objektif kajian
iv. Justifikasi potensi dapatan kajian untuk aplikasi tertentu
v. Cadangan untuk mengembangkan kajian tersebut

e. Kesilapan yang selalu dilakukan

1. Penulis tidak meletakkan kenyataan “novelty” di dalam artikel


2. Penulis tidak menyatakan permasalahan kajian
3. Penulis tidak menyatakan objektif kajian
4. Aplikasi kajian tidak jelas
5. Kesalahan bahasa yang kritikal
6. Jadual dan graf tidak jelas
7. Sitasi di dalam jurnal tidak terkini
8. Kaedah kajian tidak diterangkan secara terperinci
9. Terdapat percanggahan maklumat di antara dapatan kajian
10. Dapatan kajian tidak signifikan dengan objektif dan permasalahan
kajian
11. Dapatan kajian tidak mencukupi
12. Dapatan kajian terlalu banyak
13. Dapatan kajian tidak memiliki impak
14. Tiada unit untuk setiap nilai dapatan kajian
15. Abstrak terlalu panjang atau pendek
16. Jumlah rujukan terlalu sedikit
17. Format sitasi adalah salah
18. Penceritaan di bahagian pendahuluan terlalu meleret-leret dan
tidak kena pada konteks
Dibawah adalah contoh respon daripada penyemak artikel sewaktu
saya menghantar artikel penyelidikan di dalam jurnal Q1:

Boleh tahan jugak dapat major revision. Tapi akhirnya diterbitkan juga.
Alhamdulillah, sujud syukur saya dengan penyelia.. :)
TIP #3

GAYA BAHASA ARTIKEL PENYELIDIKAN


Teknik dan gaya bahasa yang kita guna untuk menulis artikel
penyelidikan sangat mempengaruhi editor atau penyemak artikel
(Reviewer) untuk menerima artikel korang. Bahasa Inggeris yang
“broken” dan huru hara sudah pastinya akan ditolak dari awal lagi
untuk diterima sebagai penerbitan.

Antara kelemahan yang saya selalu jumpa dalam kalangan pelajar


pascasiswazah adalah “tak reti nak guna teknik bahasa saintifik” yang
betul. Essay kertas 2 BI SPM lah yang selalu korang guna untuk bahasa
penerbitan. Siap ada peribahasa inggeris lagi. Wah, nak nampak
cantik katanya. Tak cantik pun! Bahasa saintifk memiliki laras dan teknik
bahasa yang tersendiri.

Saya ada teknik dan cara tersendiri untuk tulis artikel. Korang boleh
cuba sendiri di rumah! Saya ambil satu ayat daripada petikan jurnal
seperti di bawah:

“The stability of tellurite oxide had attracted researchers of its potential


usefulness for optical and photonic applications. The recent study by
Peng et al. stated that tellurite oxide is a prospective candidate to be
applied for a visible-band upconversion fiber laser” (Azlan M.N., 2017)

Cuba lihat petikan di atas. Agak-agak boleh tak kita cuba keluarkan
gaya bahasa petikan tersebut?
Boleh je, saya ambil contoh di bawah:

“The stability of tellurite oxide had attracted researchers of its potential


usefulness for optical and photonic applications. The recent study by
Peng et al. stated that tellurite oxide is a prospective candidate to be
applied for a visible-band upconversion fiber laser” (Azlan M.N., 2017)

Yang saya highlightkan warna hijau tu adalah fakta daripada artikel.


Fakta tu boleh dibuang dan jadilah seperti ini:

“The stability of (Bahan kajian kita) had attracted researchers of its


potential usefulness for (Aplikasi bahan kajian kita). The recent study by
(Nama sitasi) stated that (Bahan kajian daripada sitasi) is a prospective
candidate to be applied for a (aplikasi kajian daripada sitasi)” (Azlan
M.N., 2017)

Boleh ke buat macam ni? Boleh, tapi tak boleh selalu. Olah lah ayat
tersebut supaya lebih asli. Kalau tak nanti seolah-olah kita ni hanya
salin tampal dan tak reti nak buat ayat sendiri. Korangkan student
master/PhD? Takkan ashik nak menyalin tampal? Belajarlah olah
kepada ayat sendiri.

Selain daripada melihat kepada gaya bahasa, korang juga perlu kaji
tatabahasa yang digunakan oleh artikel tersebut. Jangan main baca
artikel je, tapi tak cuba nak study juga tatabahasa yang digunakan
oleh artikel tersebut.

Kemahiran menulis artikel ni perlukan latihan menulis, pemerhatian dan


penambahbaikan. Jangan hanya follow 1, 2 ,3 dan 4 dari apa yang
saya tulis tanpa korang sendiri cuba menulis, perhatikan artikel orang
lain, dan buat penambahbaikan jika tersilap.
Banyak kesalahan tatabahasa pada peringkat awal menulis artikel itu
tidak mengapa, asalkan korang belajar yang mana yang salah dan
yang mana perlu berhati-hati.

Ada tak laman sesawang yang boleh bantu kita menyunting gaya
bahasa artikel penyelidikan kita supaya kelihatan cantik dan mantap?

Ada. Saya selalu guna laman web seperti dibawah:

http://www.thesaurus.com/

Saya selalu gunakan laman sesawang ini untuk mencantikkan gaya


bahasa supaya tidak kelihatan seperti pelajar SPM. Saya suka cari
ayat-ayat yang sinonim supaya sedap dibaca.
TIP #4

PEMILIHAN PENERBIT JURNAL


Sudah siap menulis artikel? Ok, terbaik boh… tapi macam mana nak
pilih jurnal? Penerbit jurnal sebenarnya sangat banyak dan bersepah-
sepah. Tetapi hati-hati, ada sesetengah jurnal yang bogus (penipu),
tidak berkualiti, kurang indeks sitasi, diindekskan di dalam SCOPUS,
diindekskan di dalam Web of Knowledge dan sebagainya.

Kategori-kategori sebegini kita perlu lebih berhati-hati supaya tidak


tersalah masuk. Salah tempat untuk terbit jurnal, maka tanggung sendiri
akibatnya. Huhu

Penyelia kita kadang-kadang meminta kita untuk terbitkan artikel


penyelidikan segera. Setidaknya pun, due untuk submission thesis da
makin dekat. Pra-syarat minimum untuk melepasi master/PhD pulak
wajib terbitkan artikel penyelidikan.

Macam mana nak terbitkan artikel penyelidikan di tempat yang cepat


dan pantas? Ada tak tempat yang free? Atau mungkin duit geran
banyak, tak kisah nak bayar berapa, tapi nak terbit cepat dan pantas?
Mungkin juga ada diantara kita tidak kisah lama atau sekejap, asalkan
berimpak tinggi.

Macam mana nak cari jurnal-jurnal macam ni?


Saya akan tunjukkan langkah-langkah tersebut di bawah.

Jika kita sasar nak terbitkan artikel di jurnal yang diindekskan di Web
of Knowledge, atau dengan kata mudah memiliki kuartil dan faktor
impak, maka silalah buka laman web di bawah:

https://jcr.incites.thomsonreuters.com/

Kemudian, apa tindakkan seterusnya?

Ok, kemudian di bahagian kolum kiri, maka kita boleh lihat beberapa
tab pilihan seperti di bawah:

Jika korang ingin mencari jurnal mengikut kategori, tekan butang “select
cateogories”, maka kita akan lihat beberapa pilihan subjek jurnal. Pilih
kategori mengikut subjek atau bidang yang kita inginkan. Di bahagian
bawah tab tersebut, kita akan lihat beberapa pilihan yang lain seperti
di bawah
Kita boleh lakukan pilihan sama ada ingin melakukan pencarian untuk
jurnal Q1, Q2, Q3 atau Q4, tahun JCR, Open Access, julat faktor impak
dan jenis penerbit. Katakan saya ingin mencari jurnal,

Category: Materials science

JCR year: 2016

Quartile: Q1 dan Q2

Impact factor range: 1.00 – 4.00


Hasil pencarian saya akan keluar seperti berikut:

Senarai jurnal melalui pencarian katakunci saya adalah seperti di atas.


Laman web tersebut akan tunjukkan senarai jurnal pilihan kita mengikut
susunan faktor impak.

Macam mana nak tahu siapakah penerbit jurnal tersebut? Dan macam
mana nak terbitkan di jurnal yang kita sudah sasarkan?
Ok, katakan saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut jurnal yang
bertajuk “Materials Characterization”, maka saya boleh tekan tab jurnal
tersebut dan akan keluar jadual seperti di bawah:

Di bahagian atas laman tersebut kita boleh semak siapakah penerbit


yang memiliki jurnal tersebut. Berdasarkan maklumat di atas, Journal of
Materials Characterization dimiliki oleh ELSEVIER SCIENCE INC. Maka,
jika kita ingin menghantar artikel ke jurnal tersebut, boleh terus ke
laman web Elsevier untuk tindakan selanjutnya.
Dibahagian tengah laman sesawang tersebut pula menunjukkan nilai
faktor impak sejak awal jurnal tersebut diindekskan di dalam Web of
Knowledge. Melalui ini juga kita boleh semak peningkatan faktor impak
dari masa ke semasa.

Jika terdapat peningkatan faktor impak jurnal tersebut dari tahun ke


tahun, maka kita boleh nilai jurnal itu adalah stabil. Ada juga
sebahagian jurnal yang turun naik faktor impaknya, dan ini juga
menunjukkan perwasitan jurnal tersebut tidak stabil.

Di bahagian bawah pula, kita boleh lihat kuartil jurnal tersebut


mengikut subjek. Jurnal ini ada dua jenis kuartil, Q1 dan Q2 pada
subjek yang berbeza. Maka, jika kita nak hantar ke jurnal ini, lihat
terlebih dahulu apakah jenis subjek artikel yang kita ingin hantar.
Adakah berada di bawah subjek Q1 atau Q2.

Carian jurnal di atas kebiasaanya adalah jurnal yang memiliki faktor


impak dan kuartil. Maknanya, jurnal tersebut adalah berkualiti serta
mendapat sitasi yang lebih baik. Namun begitu, tidak semua jurnal
yang diindekskan di dalam SCOPUS termasuk di dalam Web of
Knowledge. Mungkin ada sesetengah dari kita berminat nak terbitkan
jurnal asalkan telah diindekskan di SCOPUS dan tidak kisah mengenai
faktor impak dan kuartil.

Macam mana pula nak cari jurnal yang diindekskan di dalam SCOPUS
tetapi tidak tersenarai di dalam Web of Science?

Sebenarnya ada satu lagi jenis agensi selain daripada Web of


Knowledge yang mengeluarkan data sitasi sendiri. Agensi ini memiliki
indeks jurnal yang lebih meluas dan merangkumi ke semua jurnal yang
telah diindekskan di bawah SCOPUS.

Agensi tersebut dinamakan sebagai Scimago yang dikendalikan oleh


SCOPUS. Maka, jika kita meletakkan minimun SCOPUS sebagai
penerbitan, maka kita boleh lakukan carian di bawah laman web di
bawah:

http://www.scimagojr.com

Proses pencarian jurnal di dalam laman web tersebut adalah mudah


dan tidak jauh bezanya daripada JCR Thomson Reuters. Scimago juga
ada penilaian faktor impak serta kuartil yang tersendiri dan berbeza
daripada JCR Thomson Reuters kerana mereka memiliki senarai indeks
jurnal yang lebih meluas berbanding JCR Thomson Reuters.

Memilih jurnal cepat penerbitan dan penerbit tiada sebarang caj

Ada sesetengah jurnal ambil masa yang sangat lama untuk terbitkan
artikel penyelidikan. Kadang-kadang memakan masa setahun. Setakat
ini, tempoh penerbitan yang paling pantas mengikut pengalaman saya
adalah selama 2 bulan di jurnal berfaktor impak dan berkuartil. Paling
lama pula ada setahun. Maka berhuhulah sambil menunggu jawapan
daripada jurnal.

Ada tak cara nak semak berapa lama tempoh penerbitan bagi sesuatu
jurnal? Ada. Macam mana caranya? Relax, saya akan tunjuk kat korang
semua macam mana nak cari jurnal yang pantas penerbitannya dan
free!

Ok, bila korang da siap satu artikel penerbitan, sila senaraikan dulu
jurnal-jurnal yang berpotensi untuk korang hantar setelah buat carian
di JCR Thomson Reuters atau Scimago. Senaraikan dalam 10 jurnal
untuk dipilih.

Korang kena pilih satu jurnal sahaja nanti. Tidak boleh sama sekali satu
artikel hantar ke jurnal yang banyak-banyak. Kalau kantoi di pihak
jurnal, memang buta-buta akan di tolak penerbitan dan nama korang
akan di senarai hitam. Tak pasal-pasal nanti penyelia mengamuk, habis
projek PhD/Master terbengkalai.

Katakan saya ambil contoh satu jurnal untuk disemak berapa lamakah
tempoh penerbitan. Saya ambil satu jurnal yang berada di bawah
ELSEVIER iaitu journal of materials characterization. Buka
www.sciencedirect.com dan lakukan carian jurnal disitu. Setelah itu saya
akan jumpa jurnal tersebut berserta senarai artikel yang telah
diterbitkan seperti di bawah:
Pilih sekurangnya-kurangnya 5 jurnal yang telah diterbitkan dan muat
turun artikel tersebut. Artikel tersebut akan berbentuk sebegini:
Dibahagian kolum bawah kiri, korang boleh lihat tab untuk “article
history”. Di bawah tab tersebut akan tertulis “Received”, “Received in
revised form”, “Accepted” dan “Available online”.

Setiap perkataan tersebut akan ditulis tarikh. Maka kita boleh semak
bila tarikh artikel itu diterima (submission) dan bila artikel itu diterima
(Accepted). Merujuk kepada artikel di atas, tempoh penerbitan artikel
ini lebih kurang 2 bulan lebih. Wah, cepatnya! Jap, belum lagi.

Ini baru satu artikel. Kadang-kadang setiap artikel ada tempoh


penerbitan yang berbeza. Maka buat purata tempoh artikel itu
diterbitkan sekurang-kurangnya dari 10 artikel.

Katakan tempoh purata untuk artikel di bawah jurnal ini adalah selama
3 bulan. Maka, itu adalah tempoh yang agak pantas untuk proses
penerbitan. Jurnal ini sesuai dipilih sebagai jurnal yang pantas dan
cepat terbit.

Korang juga boleh semak purata tempoh penerbitan ini di jurnal yang
berbeza. Kebiasaannya, setiap artikel ana tunjuk tempoh artikel itu
diterbitkan. Kalau tempoh purata itu terlalu lama, maka lamalah artikel
korang untuk diterbitkan.

Ada tak jurnal yang ambil masa sebulan je untuk terbitkan? Mustahil,
melainkan jurnal yang bersifat bogus. Ataupun korang ada kabel besar
di jurnal-jurnal yang berprestij.
Apa itu jurnal yang bersifat bogus? Itu adalah jurnal yang pelik-pelik,
tiada nombor ISSN dan sangat pantas diterbitkan. Kadangkala boleh
jadi hari ni hantar esok da terbit. Huhu…

Macam mana pula artikel yang tiada caj? Kebiasaanya jurnal yang
tiada caj ini tidak diberikan “open access”. Maknanya, jika ada
penyelidik luar inginkan artkel korang, diorang kena bayar kat
penerbit dalam sejumlah nilai tertentu.

Kekurangannya, visibility akan menjadi rendah berbanding artikel


yang memiliki “open access”. Cara nak semak, korang boleh terus
semak di website jurnal tersebut. Saya ambil contoh jurnal yang
berbayar daripada jurnal Hindawi,

Jurnal di atas memang gempak. Faktor impak dia adalah 2.510,


mantap kot. Di website tersebut juga ada maklumat mengenai “Article
processing charge”, di situ mereka akan beritahu berapa caj untuk satu
artikel. Kalau ikut gambar di atas, satu artikel penyelidikan bernilai
USD 1, 750. Tukarkan lah ke nilai RM, boleh semak nilai berapa.. huhu

Macam mana pula jurnal yang percuma? Saya ambi contoh daripada
journal of luminescence. Mereka akan sediakan maklumat untuk
pengarang (author) mengenai segala pembayaran.

Gambar di atas telah disebut bahawa, yuran penerbitan adalah free


jika artikel itu diterbitkan tanpa “open access”. Tetapi beryuran jika
mahukan “open access” untuk jurnal korang.

Saya pernah terbit disini dan memilih untuk tidak diberikan “open
access”. Ok je, sebab ada je orang yang buat sitasi pada jurnal saya.
Asalkan free dan Q1. Satu lagi, jurnal di atas bertaraf Q1 dan free,
tetapi purata penerbitan di dalam julat 4 – 5 bulan sahaja.
PENERBITAN DI ELSEVIER

Penerbitan di Elsevier selalunya menjadi kegilaan penyelidik dan


pensyarah korang. Siapa yang boleh terbitkan artikel di elsevier ni
dikira “Wow”. Tetapi bergantung jugak. Sebab ada sesetengah jurnal
di dalam elsevier tidak diindekskan di Web of Knowledge ataupun
SCOPUS. Tetapi secara kasarnya, penerbitan di elsevier ni dikatakan
memiliki banyak jurnal-jurnal yang dasyat-dasyat dan berkualiti
superb.

Bukan senang nak terbitkan jurnal di elsevier. Sewaktu di tahun pertama


bergelar pelajar pascasiswazah, artikel saya selalu ditolak oleh jurnal-
jurnal yang berada di dalam elsevier. Saya banyak terbitkan di jurnal
selain elsevier pada ketika itu untuk survival saya sebagai pelajar
siswazah. Setelah beberapa lama kemudian, barulah saya berjaya
menembusi jurnal di elsevier. Setakat ni adalah beberapa jurnal saya
telah diterbitkan oleh jurnal di bawah elsevier. Salah satunya adalah
jurnal Q1.

Setelah mengalami beberapa kegagalan dalam menerbitkan artikel


penyelidikan di elsevier, saya telah menemukan teknik dan formula
terbaik untuk terbitkan artikel di elsevier. Elsevier telah menyediakan
perkhidmatan untuk memilih jurnal yang sesuai mengikut niche artikel
yang kita nak terbitkan supaya korang tak berduka cita bila kena tolak
penerbitan di peringkat editor sebab tak sesuai.

Kalau korang baru pertama kali nak berjinak-jinak dalam penerbitan


di elsevier, kira noob la, boleh la guna perkhidmatan tersebut. Bagi
yang sudah biasa, mungkin korang lebih tahu nak pilih jurnal mana
yang bersesuaian. Buka laman portal

www.elsevier.com

maka korang akan jumpa laman sesawang seperti ini

Jika korang tak ahu jurnal apa yang sesuai, tekan butang “submit your
paper”. Kemudian, korang akan dibawa ke sesawang seperti berikut:
Tekan butang “Match your manuscript” dank orang akan dibawa ke
laman sesawang seperti di bawah:

Isi sahaja abstrak artikel korang dan tajuk artikel, pihak Elsevier akan
mencadangkan beberapa jurnal yang berpotensi untuk dihantar.
Pihak Elsevier akan mencadangkan beberapa jurnal berserta dengan
peratusan kesesuaian, proses penerbitan, faktor impak dan lain-lain.
Mudah bukan? Tetapi tidak semudah untuk menembusi artikel di
Elsevier. Hehe

Setelah korang sudah senaraikan jurnal-jurnal yang berpotensi, setelah


itu korang boleh mula semak sama ada jurnal itu cepat, berbayar dan
kualitinya. Namun begitu, sebelum menghantar artikel ke mana-mana
bahagian jurnal, semak dahulu kehendak dan tema yang diidamkan
oleh jurnal tersebut.

Jangan syok sendiri nak hantar artikel, pastu nanti kena reject dengan
editor. Tak ke berduka lara seminggu, hilang semangat nak buat artikel
pulak nanti. Korang boleh semak kesesuaian artikel tu dengan melihat
kepada “aim and scope” jurnal tersebut. Kebiasaanya, diorang akan
ada tab untuk “aim and scope” supaya pengarang benar-benar
menghantar artikel yang mereka kehendaki.

Jika mereka tulis terlalu general, maka korang boleh cuba buat carian
artikel di jurnal mereka dan cuba lihat ada ataupun tidak artikel yang
memiliki niche yang sama seperti artikel yang korang nak hantar. Jika
banyak artikel sama spesis dengan korang, maka tinggilah
kebarangkalian untuk dihantar ke proses semakan (review process).
TAMAT

Você também pode gostar