Você está na página 1de 5

\

KERTAS KERJA

HARI PENETAPAN TARGET PENGHUNI ASRAMA TAHUN 6

SK LANAS 2018

1.0 PENGENALAN

Hari penetapan Target ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid Tahun 6
khususnya untuk meningkatkan prestasi akademik masing- masing dengan meletakkan suatu target bagi
setiap mata pelajaran peperiksaan awam (UPSR 2018) yang akan diduduki pada tahun ini. Dalam erti kata
lain, semasa program ini nanti, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid Tahun 6 berupaya
merencanakan target atau matlamat murid. Pada masa yang sama pihak sekolah secara tidak langsung
dapat menentukan target setiap mata pelajaran utama di sekolah.

Justeru itu, melalui pemuafakatan diantara pihak sekolah, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid
tahun 6 secara tidak langsung dapat memantapkan institusi kekeluargaan ke arah kecemerlangan dalam
aspek akademik khasnya.

2.0 RASIONAL

 Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada penyelesaian
masalah pembelajaran murid.
 Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah anak-anak.
 Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh kepada program
sekolah
 Kerjasama antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.

3.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan peratus keseluruhan UPSR SK Lanas.


 Menambah bilangan murid cemerlang yang mendapat 6A di dalam UPSR bagi tahun 2018.
 Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa untuk memantau pembelajaran anak-anak
semasa berada di rumah.
 Memastikan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa berterusan dan harmonis.
 Memastikan penyaluran maklumat kepada ibu bapa berhubung dengan prestasi murid Tahun 6
berjalan lancar.
 Meningkatkan kemenjadian murid melalui permuafakatan ibu bapa dan guru.
4.0 SASARAN

 Ibu bapa dan semua murid Tahun 6 seramai 31 orang.

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 5hb Mei 2018

Masa : 8.30 – 10.00 pagi

Tempat : Dewan Inovasi, SK Lanas

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Mohd Yusri Bin Abdullah (Guru Besar)

Naib Pengerusi : En. Rudim Bowie (PK Kurikulum)

: En. Benjamin Amil (PK HEM)

: En. Palde Bin Jolumin (PK Ko- kurikulum)

Setiausaha : En. David Ong Chia Hin (SU Peperiksaan)

Penyelaras : Cik. Suhaila Binti Sahaji

AJK : Semua guru Tahun 6

7.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Pendaftaran Ibu bapa & Murid Tahun 6

8.15 pagi : Ibu Bapa & guru mengambil tempat dan duduk

8.30 pagi : Bacaan Doa


Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah
Ucapan Guru Besar, En Mohd Yusri Bin Abdullah
Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG, En. Able Duai
Sesi Pemuafakatan
- Penerangan tentang UPSR / Sasaran Sekolah/Jabatan oleh Penolong Kanan
1
- Istiadat Akur Janji Calon UPSR 2018 yang diketuai oleh Ketua Pengawas
Sekolah,adik Chilnia Vennynisha Benjamin
- Perjumpaan Ibu Bapa dengan Guru Tahun 6 & Penetapan Target
- Menandatangani Surat Akur Janji / Penetapan Target

10.00 pagi : Majlis Bersurai / Jamuan Ringan

8.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Makan dan Minum Ibu bapa & guru
RM 120.00
31 orang x RM 5
2 Banner RM 83.75
JUMLAH KESELURUHAN RM 203.75

9.0 PENUTUP

Diharapkan program seperti ini dapat memberi impak yang berkesan kepada pencapaian murid Tahun 6
SK Lanas dalam mencapai target yang diinigini dan mencapai sasaran sekolah selaran dengan misi dan
visi ingin menjadikan SK Lanas cemerlang menjelang tahun 2018.

Disediakan oleh : Diluluskan oleh:

____________________ _____________________

(SITI ROHA BINTI SAUPIN) (MOHD YUSRI BIN ABDULLAH)


SETIAUSAHA ASRAMA GURU BESAR
SK LANAS SK LANAS

Você também pode gostar