Você está na página 1de 24

ANALISIS KESESUAIAN PEMILIHAN TEKS BAGI GENRE

CERPEN DAN NOVEL KOMPONEN SASTERA DALAM


PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

ARIFF BIN MOHAMAD

KOD PENYELIDIKAN: 01-02-0002-08


DAPENA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2009
iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesesuaian pemilihan teks cerpen dan novel Komsas
dalam pengajaran Bahasa Melayu seterusnya menyenaraikan ciri-ciri pemilihan teks
tersebut yang sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran. Kajian ini dilakukan di tujuh
buah sekolah yang terletak di daerah Kuantan, Pahang dan seramai 55 orang responden
telah dipilih untuk memberi maklumat kajian ini. Dalam kajian ini, bab pertama
membincangkan pengenalan berkaitan tajuk, latar belakang kajian, pernyataan masalah,
objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi operasional. Bab kedua
pula membincangkan sorotan literatur yang mengandungi tinjauan di luar negara dan di
dalam negara. Bab ketiga membincangkan metodologi kajian yang menyentuh reka
bentuk kajian, populasi kajian, alat kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur
penganalisisan data. Sementara bab keempat pula membincangkan analisis data latar
belakang pelajar serta data soal selidik. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan
perisisan Statistical Package for The Social Science (SPSS 16.0). Berdasarkan kajian
yang telah dijalankan, majoriti pelajar mempunyai minat dan persepsi yang positif
terhadap pemilihan teks cerpen dan novel Komsas dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Selain itu, pelajar turut menyetujui pelaksanaan Komsas dalam pengajaran Bahasa
Melayu serta menyetujui pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar
membantu mereka dalam pembelajaran Komsas. Dari segi pemilihan teks pula, pelajar
lebih cenderung menggemari ciri-ciri teks yang mudah dan menarik, bermutu,
mengandungi nilai murni dan popular. Akhir sekali ialah bab lima yang membincangkan
hasil kajian, rumusan, cadangan, cadangan akan datang dan kesimpulan. Dalam bab ini,
pengkaji telah memgemukakan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh
pelajar, guru, pihak sekolah, penerbit atau penulis dan pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha meningkatkan pelaksanaan Komsas di dalam bilik darjah
terutamanya dari segi pemilihan teks cerpen dan novel yang sesuai.
V

APPROPRIATENESS OF TEXT SELECTION FOR SHORT STORIES AND


NOVEL LITERATURE COMPONENT IN BM EDUCATION

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the suitability using literature material such as
short story and novel in Malay Language subject and to list the characteristics of the
suitable text election of short story and novel. Seven secondary schools in Kuantan,
Pahang were selected to obtain data and information for this research. A total of 55
research samples were involved. This research is divided into five chapters. The first
chapter discuss about the introduction, the research background, statement of problems,
research objectives, importance of the researches, research limitations and definition of
concept. Chapter two discussed about the literature reviews which related to the previous
study (other research study) that done by other researchers from local and foreign
country. Chapter three discussed about methodology of research, research design,
research population, research instrument, data collect procedure and data analyze
procedure. Meanwhile in chapter four discussed about data analysis and research
findings. Data that had been collected is analyzed with Statistical Package for The Social
Science (SPSS 16.0). Based on the research findings, the result had shown that
perception and interest of secondary students towards the text election of short story and
novel in literature components learning is in high level. Majority of students agree with
the implementation of literature component in Malay Language learning. Beside,
students also agree that the teaching methods and teaching aids can help them in
studying literature component. In aspect of text election, the student have tendency to
choose the interesting, easy and high quality text that containing noble value. The last
chapter which is chapter five discussed about research findings, conclusion, suggestion
and research advance suggestion. In this chapter, the researcher has been list down the
several of suggestion as a guideline to students, school, author, publisher and
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) so that the teaching and learning of literature
components will be an attractive and effective session and enable to achieve its aims.
KANDUNGAN

Pengakuan
Penghargaan
Abstrak
Abstract
Kandungan
Senarai jadual
Senarai singkatan

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Penutup
VII

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 18

2.2 Pendidikan Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu 19

2.3 Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) dalam

Mata Pelajaran Bahasa Melayu 23

2.4 Sorotan Literatur Pemilihan Teks 28

2.4.1 Sorotan Literatur Luar Negara 28

2.4.2 Sorotan Literatur Dalam Negara 31


2.5 Kajian Lain yang Berkaitan 39
2.6 Penutup 42

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Reka Bentuk Kajian 44

3.3 Kaedah Kajian 45

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 46

3.5 Instrumen Kajian 48

3.6 Kerangka Teori 49

3.6.1 Teori MotIvasi 49

3.6.2 Teori Keperluan Manusia 50

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 51

3.10 Penutup 54

BAB 4 DAPATAN KAJIAN


viii

4.1 Pengenalan 56

4.2 Profil Responden 57

4.3 Analisis Data 60

4.3.1 Analisis Maklumat Bahagian B 60

4.3.2 Analisis Maklumat Bahagian C 66

4.3.3 Aspek Minat Pelajar Terhadap Pengajaran Komsas 69

4.3.4 Aspek Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan


Bahan Sastera Dalam Pengajaran Komsas 71
4.3.5 Aspek Ciri-ciri Teks yang Sesuai Digunakan Dalam
Pengajaran Komsas 71

4.4 Penutup 74

BAB 5 KESIMPULAN / PERBINCANGAN


5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 77

5.2.1 Minat Pelajar 77

5.2.2 Persepsi Pelajar 78

5.2.3 Ciri-ciri Pemilihan Teks 80

5.3 Cadangan 82

5.4 Cadangan Kajian Lanjut 84

5.5 Penutup 85

RUJUKAN 88

Lampiran 92
ix

SENARAI JADUAL

Jadual Muka surat

1 Profil Responden 57

2 Taburan Kekerapan Responden Gemar Membaca Bahan Sastera 60

3 Taburan Kekerapan Responden Membaca Bahan Sastera Selain


yang Dibekalkan Bagi Pengajaran Komsas 61

4 Taburan Kekerapan Responden Membaca Semua Bahan Komsas


yang Dibekalkan 62

5 Taburan Kekerapan Teks Komsas yang Digunakan Sesuai dan


Dapat Dihayati 62

6 Taburan Kekerapan Responden Faham Cerita dan Isi Kandungan


Bahan yang Dibaca Dalam Teks Komsas 63

7 Taburan Kekerapan Pengajaran Guru Jelas dan Mudah Difahami 64

8 Taburan Kekerapan Bahan Sastera Atau Komsas yang


Disediakan Di Sekolah Menambah Minat Membaca 64

9 Taburan Kekerapan Karya Atau Bahan Sastera yang Sesuai ialah


Teks yang Mudah dan 'Popular' 65

10 Taburan Kekerapan Karya yang Baik dan Bermutu Perlu


Dipelajari Di Sekolah 66

11 Klasifikasi Tahap Minat dan Persepsi Pelajar Berdasarkan Skor


Skala 67

12 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Melihat


Minat Pelajar Terhadap Pengajaran Komsas 68

13 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Melihat


Persepsi Pelajar Mengenai Penggunaan Bahan Sastera
X

Terutamanya Teks Cerpen dan Novel Dalam Pengajaran Komsas 69

14 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Mengenal


Pasti Ciri-ciri Pemilihan Teks yang Sesuai Digunakan Dalam
Pengajaran Komsas Berdasarkan Minat dan Persepsi Pelajar 72
XI

SENARAI SINGKATAN

BM Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia

DBP Dewan Bahasa dan Pustaka

GAPENA Gabungan Persatuan Penulis Nasional

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KM Kesusasteraan Melayu

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia (dahulu)


Kementerian Pelajaran Malaysia

Komsas Komponen Kesusasteraan Melayu dalam Pengajaran


Bahasa Melayu

PMR Penilaian Menengah Rendah

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SN Sasterawan Negara

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

USM Universiti Sains Malaysia


BAB1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) merupakan mata pelajaran wajib di sekolah-


sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Selain sebagai bahasa komunikasi yang
paling tua di negara ini, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan di samping diakui mempunyai penutur yang paling meluas.

Bahasa dan sastera mempunyai perkaitan yang amat rapat, Simbiosisnya dalam
pendidikan (pengajaran dan pembelajaran) telah wujud sejak penggubalan mata
pelajaran Bahasa Melayu. Komponen kesusasteraan (Komsas) atau disebut unsur
sastera telah diserapkan dalam sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 1988. Sebelum Komsas dijalankan,
pengajaran menggunakan unsur sastera diaplikasikan secara tidak langsung dalam
bentuk penggunaan bahan dan soalan atau aktiviti penguasaan kefahaman dalam bilik
darjah, juga termuat dalam soalan-soalan peperiksaan utama. Bahan berbentuk teks
(puisi, petikan cerita, dialog) daripada buku ulang kaji, buku teks dan lembaran kerja
digunakan di samping menjalankan aktiviti kebahasaan seperti deklamasi puisi,
2

lakonan, nyanyian, bercerita dan juga sesekali pertandingan menulis sebagai aktiviti
kokurikulum.

Apabila Komsas diperkenalkan, unsur sastera lebih diberatkan namun tetap


mengutamakan kemahiran berbahasa menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang
dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kemahiran bahasa dalam Sukatan Pelajaran KBSM merangkumi bidang
interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Ketiga-tiganya merupakan
kemahiran berbahasa berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan
bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat secara
bertatasusila (interpersonal), berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan
menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu dan pemerolehan maklumat
didapati melalui mendengar, berbual, membaca, serta mengakses maklumat danpada
multimedia (maklumat), dan berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek
kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa juga mementingkan penikmatan hasil
karya yang indah, penglahiran perasaan, serta membuat apresiasi dan penghayatan
(estetik). Dapat dikesani, bidang estetik begitu hampir dengan pengajaran komponen
sastera dalam pelbagai teknik dan bergantung pula aras kemahiran, hasil pembelajaran
yang diharapkan dan juga kandungan pengajaran.

Penggunaan teks Komsas mampu menyuburkan sikap suka membaca dalam


kalangan pelajar. Melalui pembacaan teks Komsas, pelajar dapat mengembangkan
dan meningkatkan daya intelek dengan pemikiran yang rasional, kritis, dan kreatif.
Melalui pembacaan juga dapat menggalakan pelajar berfikir dengan lebih mendalam.
Hal ini demikian kerana melalui karya, pengarang mengutarakan pelbagai pemikiran,
Selain itu, bahan sastera yang terkandung dalam teks banyak mengemukakan
persoalan tentang kehidupan manusia dan pergolakan masyarakat yang dipenuhi
unsur-unsur estetik.

Pemilihan teks yang tepat memberi kesan kepada pendidikan bahasa Melayu.
Hal ini demikian kerana pembelajaran bahasa Melayu bukan sahaja mengajarkan
aspek tatabahasa dan melahirkan pelajar yang dapat menggunakan bahasa dengan
3

baik malah pengajaran bahasa juga perlu menerapkan unsur-unsur nilai dan pemikiran
kepada pelajar. Teks yang sesuai, memenuhi ciri-ciri atau kriteria yang sepatutnya
perlu digariskan agar teks ynag dipilih benar-benar dapat dimanfaat dalam banyak
aspek yang akan dihuraikan nanti. Secara umum, aspek seperti pemikiran yang
dibawa dalam karya, unsur bahasa yang gramatis dan indah daripada teks, pengenalan
kepada budaya dan perkaitannya dengan falsafah, pendidikan, kemanusiaan dan
ketuhanan. Meminati dan seterusnya menghayati karya sastera bermutu zahirnya
dapat membentuk tradisi keilmuan dan juga ke arah pembentukan dan pemantapan
nilai.

Pelajaran Bahasa Melayu sebagai asas penting Dasar Pendidikan Kebangsaan


dan memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh sebab itu Komponen
Kesusasteraan (Komsas) dalam bahasa Melayu telah diperkenalkan. Pelaksanaan
Komponen Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran
bahasa Melayu di sekolah menengah telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
bermula Mac 2000 bagi tingkatan satu dan empat, tahun 2001 untuk tingkatan dua dan
lima serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga. Ini bukanlah merupakan sesuatu yang
baharu, malah merupakan Ianjutan daripada unsur sastera dalam mata pelajaran
bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1984.

Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.4/99 bertarikh 24 Februari 1999 mencadangkan


supaya Komponen Kesusasteraan Melayu dimasukkan dalam mata pelajaran bahasa
Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Cadangan ini telah diterima oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum dengan mencadangkan supaya Kesusasteraan
Melayu diperkenalkan sebagai satu komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa
Melayu sekolah menengah. Cadangan ini diluluskan di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.2/99 pada 11 Jun 1999. Komsas dimasukkan
dalam pengajaran bahasa bagi mencapai matlamat pembinaan insan yang positif
terhadap ilmu dalam kehidupan. Komsas juga bertujuan mendidik pelajar dalam
menguruskan emosi sendiri, mengurangkan perkembangan emosi negatif dan
mengendalikan hubungan dengan orang lain atau dengan kata lain mengamalkan
nilai-nilai murni yang terdapat di dalam karya atau bahan Komsas.
4

Komsas ialah akronim daripada perkataan 'komponen' dan 'kesusasteraan


Melayu'. Dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan Empat dan
Lima, Komsas bermaksud mengajarkan unsur ilmu Kesusasteraan Melayu seperti
struktur karya, tema, watak, plot, gaya bahasa, amanat, bentuk, teknik, nilai,
keindahan, unsur budaya dan sebagainya dalam dua waktu yang diperuntukkan bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu. Jelasnya lagi mata pelajaran bahasa Melayu
mengandungi dua komponen iaitu komponen bahasa dan komponen kesusasteraan.
Kedua-duanya boleh berdiri sendiri dan saling berkaitan. Isi kandungan Komsas
ditetapkan pada enam genre sastera yang meliputi genre novel, cerpen, drama, puisi
dan prosa tradisional, serta puisi moden (sajak).

Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan (Komsas) dalam Bahasa


Melayu (BM) diperkenalkan pada Mac 2000 dan telah menjadi komponen wajib di
semua sekolah menengah sama ada dalam aliran sastera, sains, teknik, agama dan
vokasional. Langkah ini dilaksanakan bagi menyelaraskan perubahan yang berlaku
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM yang disediakan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) pada awal tahun 2000. Pelaksanaan Komsas dalam
pengajaran BM dilakukan secara berperingkat untuk pelajar tingkatan satu dan
tingkatan empat. Menjelang tahun 2002, pelajar akan dinilai di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tingkatan lima dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) untuk pelajar tingkatan tiga. Sementara pelaksanaan ujian sepenuhnya
termasuk kertas Bahasa Melayu Julai hanya bermula pada tahun 2003. Dalam hal ini,
semua pelajar diwajibkan supaya mempelajari komponen Kesusasteraan Melayu
(KM)

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran BM sebenarnya diadakan untuk


menggantikan unsur sastera dalam BM atas beberapa sebab, khasnya ekoran daripada
pelaksanaannya yang kurang berkesan. Menurut Misran Rokimin dalam Rozeta Binti
Tahir (2001:1), pengajaran komponen kesusasteraan ini sebenarnya menyahut usul
yang dikemukakan oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dalam mesyuarat
agung ke-27, mendesak Kementerian Pendidikan agar subjek-subjek kesusasteraan
5

dijadikan sebagai mata pelajaran teras. Kemasukan Komsas dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu jelas membuktikan Kementerian Pendidikan pada ketika itu memberi
penilaian yang tinggi terhadap hasil kesusasteraan Melayu.

Pengenalan Komsas dalam pengajaran BM merupakan bahagian penting yang


diberi perhatian utama dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Keprihatinan
Kementerian Pelajaran memperkenalkan subjek ini bertujuan mempercambah budaya
membaca, menghayati, mempelajari dan mengetahui perkembangan dan kehidupan
sastera Melayu dalam kalangan pelajar. Objektif pengajaran dan pembelajaran
Komsas dalam mata pelajaran BM di sekolah menengah adalah untuk membolehkan
pelajar:
i. Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera
seperti novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi
tradisional.
ii. Mengenal dan menggunakan istilah sastera iaitu tema dan persoalan, watak
dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai murni dan
pengajaran.
iii. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan
kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
iv. Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti
pengarang Sasterawan Negara.
v. Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.
vi. Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel,
cerpen dan drama yang bermutu tinggi yang boleh dibanggakan.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia: 2001)

Berdasarkan objektif tersebut, jelas menunjukkan bahawa kemasukan Komsas


dalam mata pelajaran BM mampu meningkatkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan pelajar. Ilmu dan nilai dapat diterapkan dalam kalangan pelajar dalam usaha
membina kecerdasan yang pelbagai dengan memberi tumpuan kepada pelajar itu
sendiri. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu
6

turut menegaskan bahawa karya sastera tidak boleh diabaikan kerana di dalamnya
terkandung jati diri, nilai budaya dan sejarah ketamadunan sesuatu bangsa. Penegasan
ini memberi cabaran kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan karya sastera
sebagai teks wajib dalam komponen sastera. Karya-karya tersebut diharapkan dapat
memancarkan nilai-nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,
kebudayaan dan kewarganegaraan serta unsur-unsur keindahan yang boleh
memperkukuh keterampilan berbahasa pelajar.

Menurut Koh Boh Boon (1994:2) pengalaman estetik yang ditimbulkan


daripada pembacaan sesebuah karya sastera boleh digunakan untuk merangsang
pemikiran kritis tentang persoalan dan isu moral. Pemikiran kritis ini boleh membantu
mengembangkan sifat-sifat keperibadian yang diingini dan seterusnya menolong
membentukkan individu yang matang dan rasional dalam fikiran dan tindakan serta
rela berbakti kepada masyarakat dan negara. Selain itu, penggunaan bahan sastera
dapat menolong memenuhi objektif untuk menanam nilai-nilai murni pada diri
pelajar. Senario ini dilihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu,

Selaras dengan itu, pengajaran Komsas dalam mata pelajaran BM di sekolah


menengah bukan sahaja dapat meningkatkan dan mengukuhkan kemahiran berbahasa
iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis malah pelajar turut
memperoleh nilai estetika dan pengajaran melalui pembacaan dan penghargaan
terhadap karya sastera (Mohd Amin Arshad, 1990:1). Pengajaran Komsas juga dapat
meningkatkan penguasaan gaya bahasa pelajar melalui penggunaan perkataan, frasa,
ayat-ayat dan bahasa perbandingan yang sesuai dan bermakna daripada pembacaan
karya bagi menghasilkan penulisan kreatif atau sebuah karangan yang bermutu
7

disamping memberi peluang dan menggalakkan pelajar mengenali dan membaca


pelbagai jenis genre sastera iaitu genre novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi
tradisional dan sajak (Said Salim, 2002: 35).

Tujuan pelaksanaan Komsas dalam bahasa Melayu, kini bukan sahaja untuk
mengapresiasi sastera tetapi bertujuan menguasai kemahiran bahasa di samping
memupuk budaya bangsa ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2000). Sehubungan dengan
itu, mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 4/99 bertarikh 24 Februari 1999 telah
mencadangkan supaya komponen Kesusasteraan Melayu dimasukkan dalam mata
pelajaran bahasa Melayu bagi tingkatan satu hingga lima memandangkan komponen
ini hanya diajar khusus di peringkat menengah atas sebagai satu mata pelajaran elektif
tingkatan empat dan lima. Bertitik tolak daripada cadangan itu, Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) telah mencadangkan supaya Kesusasteraan Melayu diperkenalkan
sebagai satu komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu sekolah
menengah. Cadangan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Pusat Bil. 1/99 bertarikh 5 Mac 1999. Bermula daripada itu PPK telah mengorak
langkah untuk meneruskan tugas dengan memilih karya-karya yang sesuai dijadikan
teks bacaan pelajar tingkatan satu hingga lima. Senarai karya-karya yang terpilih telah
dikemukakan dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat
Bil. 2/99 pada 11 Jun 1999 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan
Kali Ke-143 pada 20 Julai 1999 ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Maka
mulai tahun 2000, Kementerian Pendidikan (Kementerian Pelajaran sekarang) melalui
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian) yang memasukkan Kesusasteraan
Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sebanyak dua waktu daripada enam waktu seminggu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dikhususkan untuk menghayati teks sastera. Guru yang mengajar
komponen sastera terdiri daripada guru bahasa Melayu dan kesusteraan Melayu yang
sedia ada. Mereka telah dan akan diberikan pendedahan dan ilmu pedagogi tentang
pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini.
8

Kesesuaian komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa


Melayu ini dapat dilihat dari segi beberapa perkara iaitu kesesuaian kandungan atau
teks yang dipilih, pendekatan serta kaedah dan teknik pengajaran guru, pembelajaran
yang dihadapi oleh para pelajar, dan penilaian yang dijalankan.

Faktor seperti kesediaan dan psikologi turut berperanan mempengaruhi


pembelajaran. Kebanyakan pelajar tingkatan satu misalnya, masih belum mendalami
kesusasteraan dan masih suka membaca cerita kanak-kanak. Apabila masuk ke
sekolah menengah, mereka diperkenalkan dengan novel remaja dan ini menyebabkan
mereka terasa agak 'berat'. Namun begitu, pendekatan guru seharusnya lebih
menenangkan dan menjadikan perkara baru itu tidak membosankan mereka. Tidak
dinafikan peringkat awal ini adalah fasa terpenting pembelajaran komponen sastera.

Latar belakang pelajar yang berbeza juga mempengaruhi penerimaan sesuatu


teks terhadap pelajar. Setiap novel atau karya sastera memaparkan kisah yang
mengambil latar tertentu. Antaranya latar kampung, bandar, luar negara, dalam
pesawat, kampus, dan sebagainya. Dalam kalangan pelajar, pengalaman tentang latar-
latar tersebut mungkin tidak mereka miliki. Contohnya latar sungai atau kampung
kurang didalami oleh pelajar yang menetap di bandar besar. Begitu juga kisah yang
berkaitan budaya orang Melayu yang sukar difahami oleh kaum lain. Tema-tema
kemiskinan, kisah penjual kuih yang tidak relevan dengan remaja situasi terkini
seharusnya tidak dipaparkan atau teks tersebut tidak perlu dipilih. Pilihlah gambaran
tentang remaja yang gigih dari sisi lain dalam keadaan semasa seperti cabaran
menanggapi persoalan sosioekonomi, teknologi maklumat dan komunikasi dan juga
cabaran tentang hak dan warisan dari segi budaya dan harta peribumi.

Misran Rokimin (1999) menyatakan, bahawa kecenderungan dan penerimaan


novel mungkin ada perbezaan antara etnik. Umpamanya, bagi etnik Melayu, tidak
timbul masalah menginterpretasikan novel ini kerana berlaku dalam 'milieu'' mereka,
tetapi bagi etnik bukan Melayu, timbul sedikit kesulitan kerana latar, budaya, istilah
yang berbeza dengan persekitaran mereka. Namun ini bukanlah benteng penghalang,
kerana dilihat secara keseluruhan novel ini masih bersifat sejagat. Seperti yang
9

dijelaskan sebelum ini, guru perlu bijak membaca suasana dan menggunakan
kreativitinya untuk melaksanakan kaedah dan teknik yang sesuai. Ini penting untuk
lebih mendekatkan pelajar agar tercapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pengajaran dan pembelajaran unsur sastera dalam Bahasa Melayu Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah
diperkenalkan sejak tahun 1984 lagi. Hal ini boleh dibuktikan apabila Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memilih bahan-bahan bacaan sastera remaja untuk bahan
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat
sekolah menengah rendah tahun 1985 (Othman Puteh,1989). Namun begitu,
penggunaan karya sastera dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran BM
hanya dilaksanakan pada tahun 2000.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan


Sukatan Pelajaran dalam pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
(BM). Dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Tingkatan Empat (2003:1),
komponen Kesusasteraan Melayu (KM) diajarkan dalam mata pelajaran BM
merangkumi genre novel, cerpen, prosa tradisional, drama, puisi baru, dan puisi
tradisional. Pelaksanaan pengajaran Komsas dalam mata pelajaran BM dilihat sebagai
satu pendekatan atau langkah memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang
sastera berbanding sebelum ini yakni mata pelajaran KM merupakan mata pelajaran
elektif yang diajar berasingan kepada pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima.
Secara tidak langsung, pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran BM mampu
memartabatkan KM dalam kalangan pelajar dengan lebih meluas.

Namun begitu, kemasukan Komsas dalam mata pelajaran BM harus dibuat


dengan teliti agar tidak menjejaskan matlamat asal pengajaran bahasa. Menurut
Dharmawijaya (1998) dalam Faziah Sulaiman (2000:3), matlamat pengajaran bahasa
10

yang utama dan berterusan ialah untuk memberi kemahiran penguasaan dan
penggunaannya dengan aktiviti-aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran yang dimiliki ini ditingkatkan kepada pengukuhan melalui proses
penggayaan bahasa yang terdapat dalam Komsas. Hal ini selaras dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam mata pelajaran BM.

Penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sebenarnya memberi


manfaat kepada semua pihak yang terlibat khususnya kepada pelajar dan guru.
Menurut Atan Long (1977) dalam Koh Boh Boon (1994:1), sastera adalah hasil
kreatif yang menggunakan bahasa dengan indah, baik dengan cara pengucapan atau
bertulis dan digunakan sebagai bahan hiburan, bahan pengajaran untuk mengenal diri
dan masyarakat sesuatu bangsa. Disebabkan ciri kreatif dan keindahan inilah, sastera
Melayu sesuai diajar dalam pendidikan BM supaya dapat dinikmati dan dihayati oleh
pelajar tentang kesenian dan keindahannya.

Keistimewaan sastera ini turut ditegaskan oleh Rahman Shaari (1990) dalam
Koh Boh Boon (1994:2) apabila beliau mengatakan bahawa terdapat dua sebab
mengapa bahan sastera menjadi bahan yang menarik. Pertama, 'bahan sastera
menggunakan bahasa secara yang terbaik' dan 'jika bahan yang dipilih itu berupa
karya atau sebahagian daripada karya sastera yang bermutu, maka bahasanya tetap
menarik, terutamanya daripada sudut keindahan'. Kedua, 'bahan sastera memiliki
daya tarikan yang dapat menimbulkan minat untuk membacanya', dan daya tarikan ini
berpunca daripada sifat karya sastera yang selalunya memiliki ciri-ciri menghibur.
Justeru, beliau membuat rumusan bahawa bahan sastera adalah bahan pengajaran
yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa
bangga dalam hati penggunanya. Rasa bangga terhadap Bahasa Melayu merupakan
salah satu objektif atau matlamat pendidikan BM.

Menurut Ab. Rahman Ab Rashid (1998:25), bahan sastera yang penuh dengan
segala persoalan hidup manusia dan pergolakan masyarakat, diolah dan diwarnai
dengan unsur-unsur estetika yang dipersembahkan dengan cara yang menarik, akan
dapat menyuburkan minat membaca dalam kalangan pembaca. Minat membaca ini
akan membawa para pelajar kepada satu budaya yang unggul iaitu budaya membaca
segala bahan ilmu pengetahuan. Dengan hal yang demikian, pengajaran dan
pembelajaran unsur sastera dalam mata pelajaran BM akan dapat membantu
mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat negara ini. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa bahan sastera itu mempunyai daya tarikan yang dapat
menimbulkan minat membaca. Karya sastera yang bercorak cereka mengandungi
jalan cerita yang mampu memikat hati pembaca untuk membacanya. Hal ini jelas
berdasarkan pendapat Hashim Awang (1983) iaitu kesusasteraan itu memberi satu
lingkungan suasana dan andaian yang amat luas, yang dapat menghidupkan tindak
balas perasaan dan emosi. Bahan-bahan sastera yang digunakan bertujuan
memperkembangkan perasaan dalam cara kehidupan yang lumrah.

Lufti Abas (1987) dalam Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,
(1998:94-95) pula menggariskan beberapa kebaikan yang diperoleh melalui
penggunaan bahan sastera dalam pengajaran. Antaranya ialah:
i. Bahan sastera seperti novel dapat memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini
kerana novel adalah karya yang indah dan mempunyai huraian tentang hal-hal
yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan
sekaligus memberi hiburan kepada para pelajar.
ii. Novel juga boleh digunakan untuk mengajar BM mengikut peringkat yang
sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran
pelajaran. Namun begitu, ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru BM
untuk membuatpemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan.

Selain itu, Ismail Ahmad (1982:23) menegaskan bahawa penggunaan bahan


sastera dalam pendidikan BM iaitu melalui bahan kesusasteraan, akan membuka
ruang yang lebih luas bermula daripada pengalaman sendiri untuk meneroka
pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budayanya. Menurut
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998:94) pula, kedudukan atau
potensi bahan sastera dalam pengajaran BM bukan sahaja jelas dalam buku teks,
tetapi juga dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (1988:1) iaitu:
12

Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah meliputi Tingkatan I


hingga V akan terus meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dan memupuk
kepekaan terhadap variasi bahasa dalam pelbagai situasi, sistem bahasa
dan gaya bahasa yang indah.

Pendidikan BM memerlukan bahan sastera sama ada novel, drama, puisi dan
cerpen sebagai bahan pengajaran bahasa. Penekanan penggunaan bahan sastera dalam
pendidikan BM turut diberi perhatian utama apabila pihak Kementerian Pelajaran
Malaysa menyenaraikan buku-buku sastera yang harus digunakan sebagai bahan
serapan dalam pengajaran BM (Pusat Perkembangan Kurikulum).

1.3 Pernyataan Masalah

Pemilihan dan penggunaan bahan kesusasteraan yang sesuai dalam


pengajaran BM amat penting bagi memastikan pengajaran guru di dalam bilik darjah
dapat menarik minat pelajar. Namun begitu, menurut Tyson dan Woodward dalam
Mahzan Arshad (2003:159), 80 peratus (80%) guru masih menggunakan buku teks
dan buku kerja sernata-mata dalam pengajaran BM. Fenomena ini menggambarkan
guru masih tidak memahami konsep penggunaan bahan kesusasteraan bagi
melaksanakan pengajaran bahasa di dalam bilik darjah. Malah pemilihan bahan
kesusasteraan yang sesuai bagi sesuatu program BM juga merupakan perkara yang
rumit dan perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam sesebuah sekolah.

Hal ini turut dipersetujui oleh S. Nathesan (2002:5) yang menyatakan


bahawa salah satu masalah dalam pengajaran bahasa ialah bahan pengajaran. Guru-
guru sering menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan pengajaran yang sesuai
untuk mata pelajaran BM. Sekiranya hanya buku-buku teks yang selalu digunakan,
para pelajar sudah tentu akan berasa bosan untuk mengikuti pelajaran bahasa. Satu
alternatif bahan pengajaran yang berkesan lagi menarik iatah bahan sastera yang
13

memperlihatkan bahasa yang indah dan halus. Oleh itu, bahan sastera khususnya
novel dan cerpen wajar dijadikan bahan pengajaran dalam kelas untuk meningkatkan
kebolehan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Fenomena ini
selaras dengan salah satu keperluan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) iaitu penguasaan bahasa melalui pelbagai bahan. Penguasaan bahasa dapat
ditingkatkan dengan mendedahkan pelbagai bahan pengajaran bahasa yang
mencakupi variasi bahasa dalam pelbagai suasana, laras dan gaya yang indah. Selaras
dengan keperluan itu, salah satu sumber bahan untuk melihat keindahan dan nilai
estetik bahasa adalah melalui bahan-bahan sastera.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:


i. Kajian ini akan meneliti latar belakang dan keperluan pengajaran
komponen sastera atau sejak dahulu dikenali sebagai unsur sastera dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Seterusnya meneliti kewajaran dan kesesuaian
pemilihan teks setiap genre yang digunakan.

ii. Setelah beberapa lama digunakan, teks atau karya yang digunakan wajar
dinilai semula dari sudut kesesuaian dan kesan terhadap para pelajar.
Maka, pertimbangan untuk memilih teks baharu perlu diusulkan dengan
menyatakan kewajaran kriteria pemilihan teks. Analisis kesesuaian akan
dijalankan pada peringkat ini. Tumpuan diberikan pada genre cerpen dan
novel.

iii. Hasil penyelidikan ini diharap dapat memberi maklumat berkesan kepada
Pusat Perkembangan Kurikulum untuk menentukan pemilihan teks baharu
dan juga kepada para guru dan pelajar untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
14

iv. Meninjau minat dan persepsi pelajar mengenai kesesuaian pemilihan


bahan sastera iaitu teks cerpen dan novel Komsas dalam pengajaran BM.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian ini adalah seperti yang berikut:


i. Adakah pelajar berminat terhadap penggunaaan bahan sastera iaitu teks
novel dan cerpen Komsas dalam pengajaran BM?
ii. Apakah persepsi pelajar mengenai pemilihan bahan sastera terutamanya
teks cerpen dan novel Komsas dalam pengajaran BM?
iii. Apakah ciri-ciri pemilihan teks cerpen dan novel yang sesuai digunakan
dalam pengajaran Komsas?

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:


i. Guru
Kajian ini penting kepada guru khususnya guru BM bagi menentukan prinsip-
prinsip pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan terutamanya bahan sastera
seperti cerpen dan novel dalam pengajaran Komsas. Pengajaran yang berkesan
dapat dicapai apabila guru tahu dan memilih bahan sastera sebagai bahan
pengajaran dengan mempertimbangkan kriteria-kriteria tersebut.

ii. Pelajar
Kajian dari segi penilaian terhadap bahan-bahan yang digunakan iaitu kesesuaian
dengan latar belakang pelajar dan matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas
15

dalam BM dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran


sama ada dari segi kefahaman pelajar atau meningkatkan kemahiran bahasa
mereka.

iii. Penggubal Dasar Pendidikan


Kajian ini diharapkan memberi panduan kepada pihak penggubal dasar
pendidikan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia agar dapat bertindak wajar dalam menentukan teks Komsas yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Pengajaran Komsas penting
dalam pembinaan keterampilan berbahasa dan sahsiah menepati kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diperincikan dalam Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

iv. Penerbit atau penulis


Pihak yang terlibat seperti pengarang dan penerbit cerpen serta novel diharap
mendapat manfaat daripada kajian ini supaya mengkaji dan meneliti prinsip-
prinsip penulisan cerpen dan novel yang bersesuaian dengan remaja khususnya
pelajar sekolah menengah, sesuai dengan pengajaran dan sukatan pelajaran
amnya. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu golongan penerbit dan penulis
agar dapat menghasilkan karya yang berkualiti serta dapat memenuhi hasrat dan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

v. Pihak sekolah
Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak sekolah agar dapat
menyediakan bahan seperti teks cerpen dan novel yang sesuai dengan guru dan
pelajar dengan meneliti analisis kesesuaian pemilihan teks cerpen dan novel
Komsas dalam pengajaran BM. Penyediaan bahan sastera tersebut bukan sahaja
membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
malah turut membantu memudahkan guru menyediakan bahan tersebut.

Você também pode gostar