Você está na página 1de 3

3.

4 ANALISIS PASARAN

Bahagian ini akan menyenaraikan pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran. Status


kekuatan serta kelemahan pesaing juga akan dinyatakan dan dianalisis.

3.4.1 Pesaing

Senarai perniagaan & alamat Perkhidmatan & produk yang ditawarkan

Public Gold
Public Gold International Berhad Plot
Simpanan emas dan jual beli emas fizikal
21, Technoplex, Medan Bayan Lepas,
melalui ejen.
Taman Perindustrian Bayan Lepas,
Phase IV, Pulau Pinang.
HelloGold Penjualan emas virtual serendah RM1 melalui
Wisma E & C, Damansara Heights. apps di Playstore yang boleh ditebus kepada
emas fizikal.
Dante Preciuex Simpanan emas fizikal goldbar dan papadom
402, Sinaran Ukay Condominium, Jalan serendah 0.01 gram dan jual beli emas fizikal
Bukit Utama 1/1, Taman Bukit Utama, 916 & 999.9 melalui ahli yang berdaftar.
68000 Ampang, Selangor Pendaftaran melalui pembayaran dan diberi
nombor keahlian.

3.4.2 Analisis Kekuatan dan Kelemahan Pesaing

Nama pesaing Kekuatan Kelemahan


1. Sudah beroperasi selama 11
tahun. 1. Harga tinggi.
Public Gold 2. Mempunyai banyak cawangan 2. Penebusan emas yang
dan ramai ejen. melecehkan.
3. Lebih dikenali.
1. Sudah beroperasi selama 4 1. Terlalu banyak yuran yang
tahun. dikenakan seperti yuran
HelloGold
2. Pembelian emas virtual yang pengurusan dan yuran
boleh ditebus serendah RM1. penebusan.
3. Latar belakang BOD yang 2. Tidak membeli emas fizikal
meyakinkan. yang telah ditebus oleh
4. Strategi pemasaran yang baik pelanggan.
merangkumi pasaran Malaysia 3. Tidak menyediakan program
dan Singapura. pelaburan atau pengumpulan
5. Aplikasi yang mudah digunakan emas.
dan beroperasi 24 jam sehari. 4. Komisyen yang rendah.
1. Sudah beroperasi selama 2 1. Aktiviti pemasaran hanya
tahun. menggunakan media sosial.
2. Penjualan emas fizikal serendah 2. Masih kurang dikenali.
Dante Preciuex 0.01 gram. 3. Kebanyakan ahli menjual
3. Emas fizikal dicetak sendiri dan kembali emas fizikal di platform
dikeluarkan menggunakan logo lain seperti Carousell dan
sendiri. Facebook.

3.4.3 Analisis Persaingan Perniagaan

Dalam perniagaan memang ada banyak persaingan. Terdapat tiga pesaing utama iaitu Public
Gold, HelloGold dan Dante Preciuex. Kelebihan mereka semua adalah mereka mempunyai
pengalaman. Public Gold sudah beroperasi selama 11 tahun dan HelloGold serta Dante
Preciuex telah beroperasi kurang dari lima tahun.

Walaupun Public Gold mempunyai banyak cawangan dan lebih dikenali, emas fizikal mereka
dijual dengan harga yang tinggi. Program pengumpulan emas telah membuka mata ejen
mereka untuk emngumpul emas. Malangnya, emas fizikal mereka agak leceh untuk ditebus
kerana perlu mengambilnya di cawangan Public Gold.

Syarikat HelloGold pula mempunyai idea yang lebih kurang syarikat ini iaitu penjualan emas
virtual yang boleh ditebus menjadi emas fizikal melalui apps mereka. Bersandarkan latar
belakang ahli organisasi yang pelbagai, HelloGold telah melakukan pelbagai promosi yang
menarik seperti kod promosi untuk memenangi wang virtual, menggunakan artis seperti
Amira Rosli dan kerjasama dengan AEON Credit untuk memajak emas bagi mendapatkan
pinjaman. Mereka juga mempunyai pasaran di Singapura kerana emas disimpan di situ.
Walaupun pelanggan boleh membeli emas serendah RM1, namun pelanggan mengalami
dilemma sama ada ingin menebus emas atau disimpan oleh HelloGold, Dengan menyimpan
emas tersebut, pelanggan akan dicas sebanyak beberapa persen sebagai kos penyimpanan
serta yuran lain sebagai yuran pentadbiran. Pelanggan boleh menebus emas mereka dengan
membayar yuran penebusan, namun HelloGold tidak akan membeli semula emas tersebut.
Hal ini menjadi kelemahan utama HelloGold.

Dante Preciuex pula merupakan pesaing yang btidak begitu popular kerana strategi
pemasaran mereka hanya bertumpu di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Emas
fizikal mereka dicetak sendiri dan pelanggan perlu menjadi ahli dahulu dengan membayar
RM500 sebagai yuran. Dengan nilai tersebut, ahli hanya diberi 1 gram goldbar dan nombor
keahlian. Ejen juga akan dimasukkan ke dalam Group Telegram serta boleh membeli emas
goldbar, barang kemas 916 dan emas papadom serendah 0.01 gram dengan harga ahli.
Walaupun baru bertapak sleama dua tahun, ahli Dante Preciuex kini melebihi 400 orang.
Namun begitu, pasaran Dante Preciuex agak terhad sehinggakan ahli terpaksa menjual emas
fizikal mereka di platform lain seperti Carousell bagi mendapatkan tunai.

Você também pode gostar