Você está na página 1de 20

AJ20602

SEJARAH ASIA TENGGARA : ERA KOLONIALISME/ IMPERIALISME

PENSYARAH : DR. MAUREEN DE SILVA

SOALAN 8 :

“From an administrative standpoint, Mckinley envisioned the Philippines as an


American protectorate or an American colony. Like many people on the mainland, he
believed Filipinos were incapable of self-government and did not want another
foreign power to take over the islands.”

Bincangkan motif imperialisma Amerika Syarikat ke atas Filipina.

NAMA NO. MATRIK

FAZIAHTUL IDAYU BT MALAN BA17110037

MASLINAH BINTI JIMIS BA17110020

1
SENARAI KANDUNGAN

ISI MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 PERALIHAN KUASA SEPANYOL KEPADA AMERIKA SYARIKAT KE ATAS 5-7


FILIPINA

3.0 MOTIF IMPERIALISME AMERIKA SYARIKAT TERHADAP FILIPINA 8

3.1 Keinginan untuk Mendapatkan Peluang Komersial di Asia 8 - 10

3.2 Keinginan untuk Muncul sebagai Sebuah Kuasa Besar 11 - 12

3.3 Mempersiap sediakan Filipina untuk Berkerajaan Sendiri 13 - 16

4.0 ANALISIS 17

5.0 KESIMPULAN 18

6.0 RUJUKAN 19 - 20

2
1.0 PENGENALAN
Imperialisme seperti yang dinyatakan oleh Stephen Matthew (2012) merupakan satu
bentuk hubungan antara masyarakat yang membawa kepada sistem ekonomi, politik dan
sosial yang berorientasikan kepada kepentingan orang lain.1 Sukarno (1930) pula
menjelaskan imperialisme sebagai sebuah konsep, idea, nafsu, program, sistem, dasar
menundukkan atau mengawal negara orang lain atau ekonomi negara lain. Pendapat
Sukarno ini dianggap sebagai satu kenyataan yang lebih jelas dan kuat berbanding dengan
pendapat yang dikeluarkan oleh A.P. Thornton, seorang sejarawan British. A.P. Thornton
(1978) menyatakan dasar imperial merupakan salah satu cara yang membolehkan
metropolis mewujudkan dan mengekalkan sistem kawalan luar yang berkesan. Malah,
kawalan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti politik, ekonomi, strategik,
budaya, agama dan ideologi atau gabungan beberapa aspek tersebut ataupun gabungan
kesemua aspek.2 Hal ini telah memainkan peranan penting dalam pembentukan ekonomi
global tunggal dan sistem negara moden.

Namun begitu, imperialisme kini dilihat sebagai satu konotosi yang negatif
walaupun dahulunya pernah dianggap sebagai satu idea yang neutral ataupun positif yang
menandakan suatu pergerakan yang progresif dalam sejarah. Walau bagaimanapun,
makna bagi kata “imperialisme” ini telah berubah dari semasa ke semasa. Penggunaan
perkataan yang meluas ini kebanyakkannya berasal dari abad ke-19 dan seringkali
merujuk kepada persaingan yang kompetitif oleh kuasa-kuasa Eropah, Amerika Syarikat
dan Jepun.3 Dalam konteks ini, ia digunakan secara bergantian dengan kata
“kolonialisme”.

Apabila abad ke-20 bermula, imperialisme menjadi satu konsep penting dalam
analisis Marxis mengenai kapitalisme. Hal ini dapat dibuktikan dengan pernyataan yang
dikemukakan oleh V.I. Lenin iaitu “imperialism is the highest stage of capitalism”.4 Selain
itu, hal ini juga dapat dilihat dari awal penggunaan kata “imperialisme” yang telah

1
Stephen Matthew, “Imperialism” In The Encyclopedia Of Global Studies, Edited By Helmut Anheier, Mark
Juergensmeyer And Victor Faessel, Los Angeles: Sage, 2012, hlm. 1.
2 Nicolas Tarling, Imperialisme In Southeast Asia: A Fleeting, Passing Phase, London And New York: Taylor And
Francis Group, 2001, hlm. 8.
3 Ibid
4 Doug Lorimer, V.I.Lenin: Imperialism The Highest Stage Of Capitalism, Australia: Resistance Books, 1999, hlm.15.

3
memperoleh kedua-dua konotasi negatif dan ekonomi secara normatif. Imperialisme
secara tradisionalnya telah dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu imperialisme lama
dan imperialisme baru.

Fasa pertama bagi imperialisme merujuk kepada perkembangan negara-negara


Eropah ke dalam sistem ekonomi dan politik di rantau dunia lain dalam tempoh dari
pertengahan tahun 1400-an yang akhirnya memuncak pada pertengahan abad ke-18.
Fasa pertama ini dikenali sebagai imperialisme lama dan ia merupakan proses
pengembangan maritim di mana kuasa Eropah menakluki dunia baru dan menubuhkan
jawatan perdagangan luar negeri dan koloni kecil di Asia dan Afrika.5 Gelombang kedua
imperialisme pula dikenali sebagai imperialisme baru. Imperialisme baru ini biasanya
bermula dari tahun 1870-an sehingga tahun 1914. Dalam tempoh masa ini, satu per enam
daripada kawasan dunia telahpun berada di bawah kekuasaan Eropah. Kuasa kekaisaran
yang terkenal pada ketika itu ialah Britain, yang telah menubuhkan sebuah empayar pada
tahun 1922, manakala Jepun pula kekal sebagai satu-satunya kuasa bukan Eropah yang
berjaya menjadi kuasa imperialis.6

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa imperialisme merupakan


bentuk kata yang digunakan bagi menggambarkan perluasan kuasa yang dilakukan oleh
negara-negara kuasa besar ke atas kawasan-kawasan yang lain. Imperialisme selalunya
dikaitkan dengan faktor ekonomi, dan mana-mana kuasa besar dunia yang mempunyai
kawasan jajahan yang luas, maka kuasa besar tersebut mempunyai keadaan ekonomi
yang kuat.

5Nicolas Tarling, Imperialisme In Southeast Asia: A Fleeting, Passing Phase, London And New York: Taylor And Francis
Group, 2001, hlm. 2.
6 Stephen Matthew, “Imperialism” in The Encyclopedia of Global Studies, edited by Helmut Anheier, Mark

Juergensmeyer and Victor Faessel, Los Angeles: Sage, 2012, hlm.3-4.

4
2.0 PERALIHAN KUASA SEPANYOL KEPADA AMERIKA SYARIKAT DI FILIPINA
Peralihan kuasa penjajahan di Filipina telah bertukar tangan kepada Amerika Syarikat
pada tahun 1898 apabila Amerika Syarikat berjaya mengalahkan Sepanyol.7 Filipina
merupakan koloni Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan merupakan tanah jajahan Barat
yang terawal mencapai kemerdekaan iaitu pada 4 Julai 1946. Filipina yang sebelum ini
merupakan sebuah koloni yang berada di bawah jajahan Sepanyol selama 300 tahun
akhirnya beralih menjadi koloni jajahan Amerika Syarikat. Hal ini disebabkan oleh perang
yang berlaku di antara Amerika Syarikat dan Sepanyol pada tahun 1898 yang telah
merebak sehingga ke Filipina.8 Angkatan tentera laut Amerika Syarikat yang dipimpin oleh
Dewey telah berjaya mengalahkan tentera laut Sepanyol yang berada di Teluk Manila
pada ketika itu.9 Kemenangan Dewey yang terlalu cepat ini mengejutkan pihak Amerika
Syarikat yang pada ketika itu masih menumpukan perhatian terhadap perang yang
berlaku di Cuba.
Pada dasarnya, angkatan tentera Dewey yang dihantar untuk menyerang Sepanyol
yang berada di Teluk Manila adalah bagi memastikan angkatan tentera laut Sepanyol yang
berada di Filipina tidak menghantar bantuan terhadap pihak Sepanyol di Cuba.10 Hal ini
dapat dilihat melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Mckinley pada 1 Mei iaitu,

“When Dewey sank the ships in Manila, as he was ordered to do, it was not to capture
the Philippines – it was to destroy the Spanish fleet, the fleet of the nation against
which we were waging war, and we thought that the soonest way to end that war was
to destroy the power of Spain to make war, and so we sent Dewey.”11

Kemenangan Dewey di Filipina memberikan satu masalah kepada presiden Mckinley


kerana pada awalnya Amerika Syarikat hanya mahukan Cuba, Guam, Puerto Rico dan
Hawaii sahaja. Dalam hal ini, Mckinley berkata kepada seorang sahabatnya yang

7 Thomas R. Leinbach dan Richard Ulack, Southeast Asia Diversity And Development. USA: University Of Kentucky,
2000, hlm.408.
8 Mary-Ana Asico, 100 Events That Shaped The Philippines, Quezon City: National Centennial Commission, 1999,

hlm.216.
9 J.S. Furnivall, Experiment In Independence : The Philippines, Manila: Solidaridad Publishing House, 1974, hlm.22.
10 Salt Lake Herald, Spain’s Fleet Destroyed, Ladrone Islands Are Ours, Historic American Newspaper, July 4, 1898,

hlm.1.
11 Peter G. Gowing, The American Mood And The Philippines, 1898-1899, In Paul H. Kratoska, (ed.). South East Asia

Colonial History, 1st Edition, Volume II,. New York: Routledge Taylor & Francis Group, 2001, hlm. 377.

5
merupakan seorang jurnalis yang mana sekiranya Dewey terus meninggalkan Filipina
selepas mengalahkan angkatan tentera laut Sepanyol, tindakan tersebut dapat
menyelamatkan Amerika Syarikat daripada dilanda pelbagai masalah yang berkaitan
dengan Kepulauan Filipina.12 Malah, hasrat untuk memiliki Filipina tidak terlintas di fikiran
Mckinley pada ketika itu.13 Hal ini dapat dibuktikan melalui pandangan yang dikemukakan
oleh Mckinley kepada Jacob Gould Schurman iaitu,

“that need not trouble you; I didn’t want the Philippines either; and in the protocol
to the treaty I left myself free not to take them; but – in the end there was no
alternative.”14

Melalui pernyataan tersebut, jelaslah bahawa Mckinley tidak berhasrat untuk


menjadikan Filipina sebagai sebuah koloni jajahan Amerika Syarikat. Malah, enam bulan
selepas kemenangan Dewey di Filipina barulah Mckinley memutuskan bahawa
pemerolehan terhadap Filipina itu perlu.15 Keputusan Mckinley untuk menjadikan Filipina
sebagai sebuah koloni Amerika Syarikat adalah berdasarkan kepada faktor yang
dianggapnya sebagai penyelesaian terhadap permasalahan dalam pemilikan Kepulauan
Filipina ini. Antara faktor yang dipertimbangkan oleh Mckinley sebelum membuat
keputusan untuk menjadikan Filipina sebagai tanah jajahan Amerika Syarikat ialah (1)
tidak mahu mengembalikan Filipina kepada Sepanyol kerana Mckinley beranggapan
bahawa perbuatan tersebut akan memalukan Amerika Syarikat, (2) tidak akan
menyerahkan Filipina kepada Perancis mahupun Jerman kerana kedua-dua kuasa ini
merupakan pesaing Amerika Syarikat dalam perdagangan, (3) Filipina belum bersedia
untuk mentadbir kerajaan sendiri kerana pemerintahan anarki yang lebih teruk akan
menggantikan Sepanyol sekiranya Amerika Syarikat meninggalkan Filipina dan (4)
memberikan pendidikan kepada masyarakat Filipina sekaligus mengkristiankan mereka.16

12 Ibid
13 Garel A. Grunder dan William E. Livezey, The Pacification of The Philippines, In Paul H. Kratoska, (ed.). South East
Asia Colonial History, 1st Edition, Volume II, pp. 361-375. New York: Routledge Taylor & Francis Group. 2001,
hlm. 363.
14 Ibid, hlm.364.
15 Ibid, hlm.362.
16 Thomas R. McHale, American Colonial Policy Towards the Philippines, Journal of Southeast Asian History, Vol. 3,
No. 1, 1962, hlm. 12-13.

6
Perkara-perkara ini menurut Mckinley perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Sebaik sahaja tamat mengumumkan perkara ini di khalayak, Mckinley terus mengarahkan
Ketua Jurutera Jabatan Perang Amerika Syarikat untuk meletakkan Filipina di dalam peta
Amerika Syarikat. Malah, Mckinley juga menegaskan bahawa Filipina akan terus menjadi
milik Amerika Syarikat selama mana beliau masih lagi memegang jawatan sebagai
presiden Amerika Syarikat.

Peperangan yang berlaku di antara Sepanyol dan Amerika Syarikat hanya


berlangsung selama 10 minggu. Pada bulan Mei, tentera Amerika Syarikat telahpun
mendarat di Puerto Rico untuk mendapatkan rundingan keamanan dengan pihak
Sepanyol. Hasilnya, pada 2 Ogos, pihak dari Sepanyol dan Amerika Syarikat mula
berunding bagi mengakhiri konflik yang berlaku diantara mereka. Hasil daripada
rundingan tersebut, pihak Sepanyol telah menerima syarat keamanan yang dibentangkan
oleh Presiden Mckinley. Melalui rundingan ini juga, satu perjanjian yang dikenali sebagai
Perjanjian Paris telahpun termeterai pada 10 Disember 1898. Dalam perjanjian ini,
Sepanyol bersetuju untuk melepaskan Guam, Puerto Rico dan kekuasaannya di India
Barat, manakala bagi Kepulauan Filipina, bayaran sebanyak 20 juta dolar Amerika telah
dibayar kepada Sepanyol. Seterusnya, setelah perjanjian ini dimeterai, Amerika Syarikat
telah menduduki Cuba dengan waktu yang singkat. Hal ini bersesuaian dengan perkara
yang diperuntukkan dalam Teller Amendment dimana Amerika Syarikat berjanji akan
memberikan kemerdekaan kepada Cuba tanpa menggantikan posisi Sepanyol sebagai
penjajah di koloni itu.

Oleh hal yang demikian, tarikh 14 Ogos 1898 merupakan penanda bahawa
kedudukan Amerika Syarikat itu kekal sebagai penjajah baru di Filipina. Keputusan yang
diambil oleh Mckinley terhadap pendudukan di Filipina ini sekaligus melenyapkan harapan
Filipina untuk mentadbir kerajaan sendiri sekaligus melepaskan diri daripada penjajahan
kuasa asing. Walau bagaimanapun, harus diketahui bahawa keputusan Amerika Syarikat
untuk menjadikan Filipina sebagai sebuah koloni jajahan mereka adalah berdasarkan
kepada beberapa motif tertentu. Dengan itu, esei ini akan membincangkan mengenai
motif imperialisme Amerika Syarikat terhadap Filipina.

7
3.0 MOTIF IMPERIALISME AMERIKA SYARIKAT TERHADAP FILIPINA
Imperialisme yang dijalankan oleh kuasa-kuasa besar dunia selalunya didorong oleh
kepentingan negara mereka sendiri. Amerika Syarikat yang pada awalnya menentang
imperialisme akhirnya bertukar menjadi sebuah kuasa imperialisme yang besar dan
mempunyai pengaruh di Asia Tenggara. Sebelum meluaskan imperialisme di bahagian
Asia Tenggara, imperialisme Amerika Syarikat pada awalnya hanya tertumpu di kawasan
selatan Amerika, tetapi apabila perang Sepanyol-Amerika Syarikat tercetus, kuasa
Amerika Syarikat mula tersebar sehingga ke Asia Tenggara terutamanya Filipina. Jika
sebelum ini Amerika Syarikat tidak mahukan Filipina menjadi salah satu daripada koloni
jajahannya, beberapa motif yang dianggap penting dan memberikan kepentingan kepada
Amerika Syarikat menyebabkan kuasa besar ini menyebarkan imperialismenya ke Filipina.
Antara motif imperialisme Amerika Syarikat ke atas Filipina ialah keinginan Amerika
Syarikat untuk mendapatkan peluang komersial di Asia, keinginan untuk muncul sebagai
sebuah kuasa besar dan akhir sekali mempersiap sediakan Filipina untuk berkerajaan
sendiri.

3.1 Keinginan untuk Mendapatkan Peluang Komersial di Asia


Kerugian yang dialami oleh Amerika Syarikat dalam perdagangan menyebabkan
mereka berusaha untuk mencari pasaran baru di kawasan perdagangan yang lain.
Amerika Syarikat merasakan bahawa mereka perlu membuka dan
mengembangkan pasaran baru di luar negara bagi memastikan ekonomi mereka
sentiasa kuat. Keinginan Amerika Syarikat untuk membuka pasaran baru ini
mendapat sokongan daripada Senator Indiana, J. Beveridge. Beliau menyatakan,

“kita menghasilkan produk lebih daripada apa yang kita gunakan.”


Oleh itu, kita perlu mencari pasaran baru untuk memasarkan
keluaran, pendudukan baru diperlukan untuk menjana modal dan
pekerjaan baru diperlukan untuk para pekerja.”17

17 William E.Leutchtenberg, Progressivism And Imperialism: The Progressive Movement And American Foreign Policy,
1898-1916, Journal Of American History, Vol 39, Issue 3, 1952, hlm.393.

8
Kenyataan yang dikeluarkan oleh J. Beveridge itu jelas menunjukkan bahawa motif
utama Amerika Syarikat bersetuju menjadikan Filipina sebagai koloni jajahannya
adalah untuk mendapatkan keuntungan ekonomi sekaligus memberikan peluang
kepada Amerika Syarikat untuk mendapatkan pasaran di Asia.

Bukan itu sahaja, Amerika Syarikat juga menyedari bahawa Filipina


merupakan sebuah kepulauan yang kaya dengan sumber semula jadi dan keadaan
geografinya yang strategik menimbulkan lagi keinginan Amerika Syarikat untuk
menguasai Filipina. Kekayaan Filipina dalam agrikultur, sumber hutan dan sumber
mineral membolehkan Filipina muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang
hebat di Asia Tenggara. Oleh itu, tidak dapat dinafikan sekiranya Filipina berada
di bawah kepimpinan Amerika Syarikat, kadar perdagangan akan meningkat
dengan pesat sekaligus memberikan kelebihan dari segi ekonomi terhadap
Amerika Syarikat.18 Selain itu, kekuatan Amerika Syarikat dalam ketenteraan
terutamanya tentera laut membolehkannya muncul sebagai sebuah kuasa maritim
yang besar. Hal ini menyebabkan Amerika Syarikat mampu untuk berlayar ke
negara-negara lain bagi menjalankan kegiatan perdagangan. Bagi memudahkan
pelayaran perdagangan, Amerika Syarikat memerlukan sebuah pusat pelabuhan
yang boleh dijadikan tempat persinggahan untuk mendapatkan bekalan seperti
arang batu, bekalan makanan untuk anak kapal dan barang dagangan. Oleh itu,
keadaan geografi Filipina yang berada di Lautan Pasifik dan mempunyai teluk
semula jadi yang sesuai untuk pelabuhan membolehkan Amerika Syarikat
menjadikan Filipina sebagai pelabuhan utama untuk persinggahan kapal-kapal
pedagang dari Amerika Syarikat. Hal ini sekaligus membolehkan Amerika Syarikat
untuk tembus ke pasaran China.19

Tambahan pula, penguasaan Amerika Syarikat di Filipina juga


membolehkan mereka mendapat kawasan pasaran yang baru di Asia. Hal ini akan
menguntungkan Amerika Syarikat dari aspek ekonomi sekaligus meluaskan lagi
pasaran mereka ke kawasan-kawasan luar daripada Amerika Syarikat itu sendiri.

18 Garel A. Grunder dan William E. Livezey, The Pacification of The Philippines, In Paul H. Kratoska, (ed.). South East
Asia Colonial History, 1st Edition, Volume II, pp. 361-375. New York: Routledge Taylor & Francis Group. 2001,
hlm. 368.
19 William E.Leutchtenberg, Progressivism And Imperialism : The Progressive Movement And American Foreign Policy,
1898-1916, Journal Of American History, Vol 39, Issue 3, 1952, hlm.393-394.

9
Pada masa yang sama, kos import bagi Amerika Syarikat juga berkurang kerana
sumber bahan mentah diperolehi dari Filipina. Ini sangat menguntungkan Amerika
Syarikat kerana sejak menguasai Filipina, nilai eksport mereka lebih tinggi daripada
nilai import.20

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pendudukan Amerika Syarikat di


Filipina didorong oleh motif yang bersandarkan kepada ekonomi. Hal ini dapat
dibuktikan melalui pendapat Faulker dalam bukunya American Economic History.
Beliau menyatakan bahawa perang yang berlaku di antara Sepanyol dan Amerika
Syarikat adalah disebabkan oleh kemajuan struktrur ekonomi Amerika Syarikat ke
tahap imperialisme kewangan. Perkara ini membawa kepada implikasi perang yang
mana menurut Faulker adalah ”perang itu benar-benar berjuang untuk pasaran
dan bidang pelaburan.”21

20 Ibid
21 Thomas R. McHale, American Colonial Policy Towards the Philippines, Journal of Southeast Asian History, Vol. 3, No.
1, 1962, hlm.31.

10
3.2 Keinginan untuk Muncul sebagai Sebuah Kuasa Besar
Pada akhir abad ke-19, negara-negara Eropah berlumba-lumba untuk meluaskan
pengaruh dan mendapatkan tanah jajahan di Afrika dan Asia. Melihat kepada
perkembangan ini, masyarakat Amerika merasakan bahawa negara mereka juga
perlu turut serta dalam hal ini dan menunjukkan kekuasaannya kepada dunia
luar.22 Pada awalnya, Amerika Syarikat seolah-olah tidak berminat untuk
menubuhkan sebuah empayar. Namun begitu, pada tahun 1893, seorang pemilik
ladang gula di Hawaii yang merupakan warga Amerika telah melakukan rampasan
kuasa di kepulauan tersebut.
Peristiwa rampasan kuasa ini berlaku apabila warga Amerika tersebut
memaksa pemerintah Hawaii untuk mewujudkan satu konstitusi monarki dibawah
penguasaan Amerika Syarikat. Namun begitu, pada tahun 1891, Permaisuri
Liliuokalani telah mengambil alih takhta di Hawaii dan cuba untuk menegaskan
kedaulatan Hawaii. Malangnya, hal tersebut hanya dapat bertahan selama dua
tahun sahaja apabila pemodal gula di Hawaii melakukan rampasan kuasa dengan
bantuan kapal perang Amerika Syarikat. Meskipun permintaan untuk menguasai
Hawaii ditolak oleh Presiden Cleveland pada ketika itu, ketua kepada rampasan
kuasa itu tetap menubuhkan Republik Hawaii dan mengisytiharkan kepulauan
Hawaii berada di bawah Amerika Syarikat pada tahun 1894.23
Selain itu, keinginan Amerika Syarikat untuk muncul sebagai sebuah kuasa
besar dunia juga turut disokong oleh Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat, Alfred
Thayer Mahan. Mahan menyatakan bahawa kebesaran suatu bangsa itu
bergantung kepada angkatan lautnya dan negara yang mempunyai armada
terbesar memainkan peranan penting dalam membentuk sejarah. Malah, visi
Mahan untuk Amerika Syarikat adalah untuk meluaskan jajahan luar negeri dan
mengawal terusan yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Pasifik di seluruh
Panama ataupun Nicaragua. Pendapat yang dikeluarkan oleh Alfred Thayer Mahan
ini turut mendapat sokongan daripada senator Albert Beveridge dalam
kenyataannya iaitu,

22 George C. Herring, From Colony To Superpower: U.S Foreign Relations Since 1776, New York: Oxford University
Press, 2008, hlm. 299.
23 Ibid, hlm.300-309.

11
“…the power that rules the Pacific rules the world…”24

Tambahan pula, keinginan Amerika Syarikat ini dimotivasikan lagi melalui


sajak ciptaan Rudyard Kipling yang bertajuk “White Man’s Burden”. Sajak ciptaan
Kipling ini meyakinkan lagi warga Amerika Syarikat bahawa mereka mempunyai
kewajipan untuk mentamadunkan dan mengangkat bangsa lain yang dianggap
mundur dan tidak bertamadun. Seperti apa yang diumumkan oleh seorang senator
Amerika Syarikat dari Indiana, “kita tidak boleh lupa bahawa dalam menangani
orang Filipina, kita berurusan dengan anak-anak." Malah, dalam buku yang ditulis
oleh Josiah Strong juga menunjukkan bahawa pendapat umum masyarakat
Amerika rata-ratanya menyokong konsep “White Man’s Burden” dan Darwinisme
sosial atau kelangsungan hidup masyarakat yang paling kuat.25

Oleh hal yang demikian, motif Amerika Syarikat untuk menguasai Filipina
adalah didorong oleh keinginan mereka untuk muncul sebagai sebuah kuasa besar
dunia. Kekuasaan di bahagian Amerika Tengah dan Selatan telahpun berada di
tangan Amerika Syarikat, dengan itu, untuk memperbesarkan lagi kuasa mereka,
penguasaan terhadap Filipina di Asia telah dilakukan. Malah, satu pangkalan
tentera laut juga telah dibina di Filipina sebagai salah satu strategi Amerika untuk
menguasai kawasan Pasifik.

24 William E.Leutchtenberg, Progressivism And Imperialism: The Progressive Movement And American Foreign Policy,
1898-1916, Journal Of American History, Vol 39, Issue 3, 1952, hlm.483-488.
25 http://www.digitalhistory.uh.edu/disp_textbook_print.cfm?smtid=2&psid=3161/ United States Become a World
Power, 2016. Diakses pada 14 April 2019, 10.40 PM.

12
3.3 Mempersiap sediakan Filipina untuk Berkerajaan Sendiri
Amerika Syarikat yang telah berjaya mendapatkan Filipina dari Sepanyol membuat
keputusan untuk menjadikan Filipina sebagai sebuah koloni jajahan mereka atas
motif untuk mempersiap sediakan Filipina ke arah berkerajaan sendiri. Pemimpin-
pemimpin Amerika Syarikat menyedari bahawa negara-negara di Asia amnya dan
khususnya di Filipina telahpun berada di ambang penentuan pemerintahan sendiri.
Setelah lebih 300 tahun berada di bawah penjajahan Sepanyol dan dinafikan hak
di tanah air sendiri, banyak revolusi-revolusi menentang penjajahan telah muncul
di Filipina. Oleh hal yang demikian, Amerika Syarikat menyatakan bahawa
penjajahan mereka ke atas Filipina tidak dapat dilakukan dalam masa yang lama,
oleh itu, persediaan-persediaan ke arah pemberian kemerdekaan harus dilakukan.
Hal ini adalah selaras dengan kenyataan Mckinley sewaktu beliau memulakan
perkhidmatannya di Filipina,

“Filipina adalah kepunyaan kita, bukannya untuk diperas tetapi adalah


untuk dimajukan, ditamadunkan, diberi pelajaran untuk dilatih bagi
berkerajaan sendiri…menegakkan liberti, undang-undang dan kerajaan
yang sempurna di Filipina.”26

Menyedari hakikat bahawa Kepulauan Filipina berada di ambang


penentuan kerajaan sendiri, Amerika memutuskan untuk mempersiap
sediakan Filipina ke arah berkerajaan sendiri. Disebabkan Amerika Syarikat
merupakan sebuah negara yang dikatakan penyebar kepada idea demokrasi,
beberapa konstitusi telah diberikan kepada Filipina bagi melengkapkan bangsa
Filipina ke arah berkerajaan sendiri. Pada tahun 1902, Rang Undang-Undang
Filipina atau Akta Cooper telah diluluskan. Rang Undang-Undang ini
memberikan hak yang asasi kepada orang Filipina dan memgandungi dua ciri
penting iaitu mewujudkan perhimpunan Filipina yang pertama dan memilih
dua orang wakil Pesuruhjaya Tinggi ke Kongres Amerika Syarikat.27

26 Usha Mahajani, Philippines Nationalism: External Challenge And Filipino Response, 1565-1946, University Of
Queensland Press, 1971, hlm. 225.
27 J Primo Tongko, The Government Of The Philippines, Ed. Baru, Quezon City: R.P Garcia Publishing CO, 1965, hlm.
38.

13
Selain itu, akta ini juga memberi peluang dari segi kehidupan dalam
pelbagai bidang kepada orang Filipina. Malah, orang-orang Filipina juga telah
mendapat persamaan hak dengan bangsa penjajahnya sekaligus mempunyai
kebebasan dalam menyuarakan pendapat dan hak mereka.28 Perkara ini
merupakan satu bentuk kemajuan bagi masyarakat Filipina kerana pada era
penjajahan Sepanyol, kesamarataan hak dengan penjajah merupakan perkara
utama yang diperjuangkan oleh tokoh Filipina iaitu Jose Rizal. Malangnya,
perjuangan ini tidak diendahkan oleh penjajah Sepanyol pada ketika itu. Oleh
itu, tindakan Amerika Syarikat yang meluluskan Akta Cooper ini telah
memberikan erti yang besar kepada orang Filipina.

Tambahan pula, melalui akta ini juga, hak asasi untuk menubuhkan parti
politik telah diberikan kepada orang Filipina. Mereka juga dibenarkan memilih
perwakilan mereka melalui pilihan raya dan seterusnya membentuk Majlis
Pehimpunan. Dengan kata lain, Akta Cooper ini telah memberikan kebebasan
dalam berpolitik bagi bangsa Filipina dan pada dasarnya, hal ini telah
menimbulkan persamaan taraf di antara bangsa Filipina dan orang Amerika.

Pada tahun 1906, perkembangan politik di Filipina dapat dilihat apabila


munculnya parti-parti yang menuntut kemerdekaan Filipina. Wakil-wakil
Filipina telah dipilih dalam pilihan raya pada 30 Julai 1907 dan melalui pilihan
raya ini, ramai wakil-wakil bangsa Filipina telah mendapat kejayaan. Malah,
buat pertama kalinya, perhimpunan telah diadakan pada 16 Oktober 1907 di
Grand Opera House, Manila. Dalam perhimpunan ini, bangsa Filipina telah
memilih wakil-wakil mereka sendiri bagi mentadbir Majlis Negeri. Kewujudan
Perhimpunan Filipina ini adalah untuk memberikan hak yang seluas-luasnya
kepada bangsa Filipina dalam menentukan sikap dan corak pentadbiran
negara mereka.29 Dengan adanya perhimpunan ini, maka lahirlah badan yang
pertama mewakili orang Filipina dibawah pemerintahan Amerika Syarikat.
Menurut Zaide,

28 Wan Mustapha Siddek, Perkembangan Perlembagaan Filipina di Zaman Penjajahan Amerika Syarikat (1900-1935),
Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 03-04, 1973, hlm. 107.
29 G.F Zaide, Sejarah Politik Dan Kebudayaan Filipina, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1970, hlm. 420.

14
“kedua-dua dewan perhimpunan ini berganding bahu
dalam merangka rang undang-undang di Filipina. Sekiranya
kedua dewan ini tidak bersetuju dan tidak dapat membuat
keputusan bagi perbelanjaan, perbelanjaan tahun
sebelumnya akan digunakan.”30

Bangsa Filipina sekali lagi mencapai kemajuan dalam bidang politik


menjelang tahun 1916. Pada tahun ini, Akta Jones yang juga dikenali sebagai
Philippines Autonomy telah diluluskan pada 29 Ogos. Melalui Akta Jones ini,
tuntutan Filipina ke arah kemerdekaan telah bertambah maju lagi. Akta Jones ini
juga mencatatkan bahawa Amerika Syarikat suatu hari nanti akan mengorak
langkah dan menyerahkan kemerdekaan kepada orang Filipina setelah bangsa
Filipina benar-benar mampu berkerajaan sendiri. Dalam masa yang sama, Akta
Jones telah diserapkan dengan idea-idea demokrasi Amerika Syarikat iaitu konsep
pemerintahan rakyat oleh rakyat untuk rakyat. Melalui konsep ini, wujudnya
persamaan dari segi undang-undang, kedaulatan rakyat, kebebasan beragama,
bercakap serta berakhbar. Dalam akta ini juga, sistem perlembangaan telah
diperluaskan dan pembesaran Majlis Perundangan juga telah dilakukan.31 Hal ini
dijelaskan lagi oleh Agoncillo,

“Akta Jones adalah bertujuan agar rakyat Amerika Syarikat


mengugurkan kedaulatannya ke atas Filipina secepat mungkin,
seandainya kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.”32

Kenyataan Agoncillo ini ditegaskan lagi oleh Doran. Doran berpendapat Akta Jones
ini merupakan kejayaan bagi kerjasama dan pemberian perlembagaan yang sah
kea rah persefahaman di antara Amerika Syarikat dengan orang Filipina.33 Melalui
Akta Jones ini juga, orang-orang Filipina telah dilatih dan diberi peluang untuk
memegang jawatan penting selaras dengan pemberian konstitusi kepada bangsa

30 Ibid
31 Wan Mustapha Siddek, Perkembangan Perlembagaan Filipina di Zaman Penjajahan Amerika Syarikat (1900-1935),
Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 03-04, 1973, hlm. 108-109
32 Agoncillo, Teodoro Alfonso, History Of The Filipino People, Quezon City: Malay Book, 1967, hlm. 337.
33 G. E Taylor, The Philippines And The United States, New York: Frederick A. Praeger, 1934, hlm. 61-68.

15
Filipina yang mana mereka telah diberi kelengkapan yang cukup ke arah
berkerajaan sendiri. Menurut Zadie lagi, hal ini bersesuaian dengan dasar Amerika
Syarikat yang hendak melatih rakyat Filipina untuk berkerajaan sendiri.

Meskipun beberapa cabaran timbul semasa orang-orang Filipina berjuang


untuk menuntut kemerdekaan, persediaan ke arah berkerajaan sendiri ini telah
dilakukan dengan penggubalan Perlembagaan Filipina. Konvesion perlembagaan
ini telah dibentuk dan digubal pada 30 Julai 1934 oleh 202 orang wakil yang telah
dipilih. Perlembagaan ini juga telah ditandatangani oleh Presiden Franklin D.
Roosevelt bagi pihak Amerika Syarikat.34

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan Amerika Syarikat yang telah


mentadbir negara Filipina selama lebih kurang 35 tahun itu adalah untuk
menggalakkan rakyat Filipina berpolitik, memberi beberapa perlembagaan bagi
mengorak langkah ke arah berkerajaan sendiri. Tegasnya, bangsa Filipina telah
disediakan selangkah demi selangkah dengan perlembagaan sebagai persediaan
ke arah berkerajaan sendiri.

34 Wan Mustapha Siddek, Perkembangan Perlembagaan Filipina di Zaman Penjajahan Amerika Syarikat (1900-1935).
Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 03-04, 1973, hlm.112-113.

16
4.0 ANALISIS
Imperialisme Amerika Syarikat ke atas Filipina sememangnya mempunyai motif yang
tersendiri. Namun begitu, dari sudut positifnya, imperialisme ke atas Filipina ini
memberikan banyak kelebihan tidak kiralah kepada pihak Filipina mahupun Amerika
Syarikat. Hal ini demikian kerana, sekiranya Amerika Syarikat terus berlayar meninggalkan
Filipina setelah mengalahkan angkatan tentera laut Sepanyol, besar kemungkinan Filipina
akan jatuh ke bawah pengaruh kuasa kekaisaran yang lain seperti Perancis, Great Britain,
German dan Jepun. Sekiranya perkara ini berlaku, hasrat Filipina untuk mendapatkan
kemerdekaan untuk bangsanya tidak akan dapat direalisasikan.
Pendapat presiden Amerika Syarikat iaitu Mckinley yang menyatakan bahawa
tujuan imperialisme mereka ke atas Filipina adalah untuk melatih serta mempersiap
sediakan Filipina ke arah berkerajaan sendiri adalah benar. Hal ini demikian kerana,
beberapa konstitusi telah diberikan kepada bangsa Filipina untuk melatih mereka
mengamalkan pemerintahan yang bercorakkan demokrasi. Malah, semasa penguasaan
Amerika Syarikat ke atas Filipina juga, warga Amerika menggalakkan orang-orang Filipina
untuk memegang jawatan di jabatan pentadbiran bagi membolehkan mereka mengawal
tampuk pemerintahan negara sendiri apabila Amerika Syarikat meninggalkan Filipina
kelak.
Oleh hal yang demikian, meskipun kata “imperialisme” seringkali dilabelkan
dengan konotasi yang negatif, dalam hal ini, pengkaji merasakan bahawa imperialisme
Amerika Syarikat ke atas Filipina ini telah menguntungkan kedua-dua pihak. Pihak Amerika
Syarikat berjaya tembus ke pasaran China dan mengembangkan pasarannya di Asia
manakala warga Filipina pula mendapat latihan dalam menerajui negara mereka sendiri.
Sehingga hari ini, hubungan di antara Amerika Syarikat dan Filipina masih lagi berlangsung
dan pangkalan tentera Amerika Syarikat masih lagi wujud di Filipina.

17
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, imperialisme Amerika Syarikat ke atas Filipina ini sememangnya didorong
oleh motif-motif tertentu yang akan membawa keuntungan kepada Amerika Syarikat.
Melalui imperialisme ini, ekonomi dan pasaran Amerika Syarikat dapat diperkukuhkan
apabila mereka mampu memasarkan barangan mereka sehingga ke Asia dan menjadikan
Filipina sebagai pusat mereka di Asia. Malah, Amerika Syarikat juga mampu muncul
sebagai sebuah kuasa dunia yang besar dan hal ini sangat mengagumkan memandangkan
Amerika Syarikat pada suatu ketika dulu pernah berada di bawah jajahan British sebelum
berjaya melepaskan diri dari kuasa besar tersebut.
Selain itu, kelebihan Amerika Syarikat yang mempunyai pangkalan tentera di
Hawaii dan Filipina membolehkan negara ini naik sebagai sebuah kuasa maritim yang
hebat. Seperti yang dinyatakan oleh J. Beveridge, “…kuasa yang memegang Pasifik akan
memegang dunia…”.
Walaupun pada awalnya pemberian kemerdekaan agak sukar untuk diberikan
kepada Filipina, kerana beranggapan bahawa kepulauan tersebut belum bersedia untuk
mentadbir kerajaan sendiri, Amerika Syarikat akhirnya memberikan kemerdekaan kepada
Filipina setelah lebih 35 tahun berusaha untuk mempersiap sediakan warga Filipina untuk
memimpin kerajaan mereka sendiri. Bukan itu sahaja, pihak Amerika Syarikat juga turut
menyemaikan idea demokrasi dalam kalangan pemimpin Filipina dan idea tersebut
dijadikan sebagai tulang belakang dalam pembentukan sebuah kerajaan Filipina yang
akan ditadbir oleh rakyat Filipina itu sendiri. Malah, sistem pendidikan turut dibawa masuk
ke Filipina bagi memastikan orang-orang Filipina itu betul-betul mempunyai persediaan
yang cukup untuk mentadbir negara mereka setelah keadaan yang stabil dapat
diwujudkan di sana.
Oleh hal yang demikian, motif imperialisme Amerika Syarikat ke atas Filipina
sememangnya bersandarkan kepada kepentingan mereka sendiri, namun pada masa yang
sama, imperialisme yang dilakukan oleh pihak Amerika ini juga memberikan sedikit
sebanyak kebaikan terhadap bangsa Filipina di sana.

18
6.0 RUJUKAN

Agoncillo, Teodoro Alfonso. 1967. History Of The Filipino People. Quezon City: Malay Book.

Doug Lorimer. 1999. V.I.Lenin: Imperialism The Highest Stage Of Capitalism. Australia:
Resistance Books.

G. E Taylor. 1934. The Philippines And The United States. New York: Frederick A. Praeger.

G.F Zaide. 1970. Sejarah Politik Dan Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Garel A. Grunder dan William E. Livezey. 2001.The Pacification of The Philippines, In Paul H.
Kratoska, (ed.). South East Asia Colonial History, 1st Edition, Volume II, pp. 361-375. New
York: Routledge Taylor & Francis Group.

George C. Herring. 2008. From Colony To Superpower: U.S Foreign Relations Since 1776. New
York: Oxford University Press.

http://www.digitalhistory.uh.edu/disp_textbook_print.cfm?smtid=2&psid=3161/ United States


Become a World Power, 2016. Diakses pada 14 April 2019, 10.40 PM.
J Primo Tongko. 1965. The Government Of The Philippines, Ed. Baru. Quezon City: R.P Garcia
Publishing CO.

J.S. Furnivall. 1974. Experiment In Independence : The Philippines. Manila: Solidaridad Publishing
House.

Mary-Ana Asico. 1999. 100 Events That Shaped The Philippines. Quezon City: National Centennial
Commission.

Nicolas Tarling. 2001. Imperialisme In Southeast Asia: A Fleeting, Passing Phase. London And
New York: Taylor And Francis Group.

Peter G. Gowing. 2001. The American Mood And The Philippines, 1898-1899, In Paul H. Kratoska,
(ed.). South East Asia Colonial History, 1st Edition, Volume II, New York: Routledge
Taylor & Francis Group.

Salt Lake Herald. 1898. Spain’s Fleet Destroyed, Ladrone Islands Are Ours. Historic American
Newspaper, July 4, hlm.1.
San Francisco Fall. 1899. No Trifling With Filipinos Now. Historic American Newspaper, February
7, hlm.3.

Stephen Matthew. 2012. “Imperialism” In The Encyclopedia Of Global Studies, Edited By Helmut
Anheier, Mark Juergensmeyer And Victor Faessel. Los Angeles: Sage.

Thomas R. Leinbach dan Richard Ulack. 2000. Southeast Asia Diversity And Development. USA:
University Of Kentucky.

Thomas R. McHale. 1962. American Colonial Policy Towards the Philippines. Journal of Southeast
Asian History, Vol. 3, No. 1.

19
Usha Mahajani. 1971. Philippines Nationalism: External Challenge And Filipino Response, 1565-
1946. University Of Queensland Press.
Wan Mustapha Siddek. 1973. Perkembangan Perlembagaan Filipina di Zaman Penjajahan Amerika
Syarikat (1900-1935). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies,
03-04.
William E.Leutchtenberg. 1952. Progressivism And Imperialism: The Progressive Movement And
American Foreign Policy, 1898-1916. Journal Of American History, Vol 39, Issue 3.

20

Você também pode gostar