Você está na página 1de 11

TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

SOALAN A

1.0 Pendahuluan

Sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran muzik, seorang guru perlu membuat
beberapa perancangan yang rapi. Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian
ialah tajuk pengajaran, konsep muzik, objektif pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan
sedia ada, nilai, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan refleksi kendiri. Lagu Anak
Lembu (sebagaimana yang ditunjukkan dalam skor di bawah) telah dipilih untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran pada kali.

2.0 Lagu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

1
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

3.0 Tiga Konsep Muzik Yang Boleh Diaplikasikan Melalui Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran Muzik Di Sekolah

3.1 Elemen Melodi

Melodi ialah susunan nilai not mengikut pic (tinggi, tengah dan rendah) yang berturutan.
Pic adalah unsur asas di dalam elemen melodi. Pic adalah tinggi / rendah dalam muzik.
Setiap melodi adalah kombinasi pic dan apabila digabungkan ia akan membentuk satu
kontur. Pic tinggi ialah bunyi yang kecil atau nyaring, manakala pic rendah ialah bunyi
besar. Pic ditandakan dengan huruf-huruf ABCDEF dan G.

Pic dapat dikenali dengan melihat kedudukan kepala not di garisan atau di ruangan baluk.
Berdasarkan lagu Anak Lembu, pic yang paling rendah ialah not D seperti yang
ditunjukkan dalam keratan di bawah (bar ke-6, 16 dan 17).

2
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

Ukuran jarak antara dua pic dalam muzik dipanggil jeda. Unit ukurannya ialah ton dan
semiton. Jeda di dalam melodi berbeza-beza kerana ada jeda yang dekat dan ada jeda yang
jauh. Berdasarkan lagu Anak Lembu, dapat diperhatikan berlakunya pengulanan pic
(not A) dalam bar ke-9 dan juga bar ke-13 seperti yang ditunjukkan dalam keratan di
bawah.

Disamping itu juga, terdapat juga pic bergerak secara conjunct menurun (bertangga)
seperti yang berlaku dalam bar ke-15 dan ke-16.

3.2 Elemen Irama

Elemen irama (seperti detik muzik, tempo, meter dan not-not muzik) boleh diterapkan
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesebuah lagu. Detik ialah unit ukuran masa
di dalam muzik. Detik muzik adalah sama dengan detik jam dan selalunya ia adalah sekata
iaitu tidak semakin cepat atau semakin lambat.

3
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

Detik digunakan untuk mengukur panjang atau pendeknya sesuatu bunyi. Lambang yang
menunjukkan panjang atau pendeknya bunyi itu dapat dikenali dengan merujuk kepada
bentuk-bentuk not seperti di bawah.

Berdasarkan bentuk-bentuk not di atas, lagu Anak Lembu menggunakan lima bentuk not
sahaja iaitu not minim bertitik, minim, krocet bertitik, krocet dan kuaver sahaja. Not yang
terpanjang ialah not minim bertitik yang terletak pada bar ke-6, 8, 10, 12, 14, 16 dan 17.
Manakala not yang terpendek bunyinya ialah not kuaver dan digunakan pada bar ke-5, 7,
11 dan 15.

Manakala tempo adalah istilah yang menunjukkan kelajuan detik. Tempo lagu Anak
Lembu ialah 90 seperti yang ditunjukkan dalam keratan di bawah.

3.3 Elemen Harmoni

Gabungan pic yang menghasilkan bunyi yang padu dan memberikan kepuasan kepada
pendengaran melalui kombinasi ton yang berlaku pada masa yang sama dikenali dengan
nama harmoni. Manakala kaden pula ialah pengakhiran atau penutup frasa yang menjadi
penanda kepada setiap ayat dalam muzik. Berdasarkan lagu Anak Lembu, didapati lagu

4
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

tersebut ditamatkan dengan perfek kaden iaitu kod V-1. Nada lagu ini ialah D minor dan
diakhiri dengan A7 iaitu kod yang dominan dengan D minor.

4.0 Penutup

Elemen melodi, irama dan juga harmoni telah dibincangkan untuk diaplikasikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Namun begitu, terdapat lagi
beberapa aktiviti yang berkaitan dengannya boleh dibincangkan lagi seperti dalam elemen
ekspresi, tekstor, warna ton dan bentuk.

5
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

JAWAPAN SOALAN B

Mata Pelajaran : Muzik


Kelas : 6O
Tarikh : 8.7.2010
Masa : 10.50 – 1150 Pagi (60 minit)
Bilangan pelajar : 29 Orang
Bidang : Aspek 2 : Pengalaman Muzikal
2.1.2 : Kemahiran Menyanyi
Tajuk lagu : Anak Lembu
Konsep muzik : i. Irama - Meter 3
4
ii. Melodi – pic dan detik

Objektif eksplisit : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharapkan


para pelajar dapat:
i. Menyanyikan lagu Anak Lembu dengan pic yang
tepat.
ii. Membuat improvisasi melodi berdasarkan motif
lagu.
iii. Mencipta melodi berdasarkan motif yang diberi.

Pengetahuan sedia : i. Pelajar pernah menyanyikan lagu ini dan telah


ada pelajar memahami nilai not.
ii. Tanda masa yang berkaitan.

KBKK : Peneguhan melalui pujian dan galakkan


Penerapan nilai : Sentiasa berpandangan positif dan yakin dengan kebolehan diri
sendiri.
Bahan bantu : Kibod, skor lagu, alat genderang.
mengajar

6
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

LANGKAH/ INPUT PENGAJARAN FOKUS BBM CATATAN


MASA DAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru bercerita - Mengingat semula Gambar Tumpuan


+/- 7 minit merangsang pelajar isi pelajaran yang sekumpulan dan
bagi tujuan persediaan lalu lembu. kerjasama.
mengikuti pelajaran.

Pengukuhan tanda
masa 3
4

Perkembangan Pelajar menyanyikan Mengiringi pelajar Kibod


lagu Anak Lembu menyanyikan lagu
Langkah 1 tanpa iringan muzik Anak Lembu
+/- 10 minit dengan pic yang
Menigiringi Lagu tepat.
dengan alat perkusi

Aspek sebutan, detik,


tempo dan nilai not

Langkah 2 Guru menerangkan Tanda masa dan Skor corak


+/- 10 minit perkaitan tanda masa motif lagu irama
dan nilai not.

Perkaitan penciptaan

7
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

LANGKAH/ INPUT PENGAJARAN FOKUS BBM CATATAN


MASA DAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
motif lagu dan
kesesuaian tandamasa.

Konsep pic-tinggi,
rendah, sederhana

Langkah 3 Pelajar diberi peluang Pembentukan motif Skor corak Kreativiti


+/- 10 minit melakukan improvisasi dan rangkap lagu irama,
di dalam membentuk dalam teknik tamborin.
rangkap serta frasa pantulan ataupun
bagi tujuan penciptaan sahutan
lagu

Langkah 4 Bahagikan pelajar Gabungan Alat Sikap


+/- 15 minit kepada 3 kumpulan. persembahan perkusi. berani
nyanyian iringan mencuba
Aktiviti menyanyikan dengan alat perkusi dan
lagu yang dicipta. kreativiti.

Pelajar diminta
menulis/berbincang
dahulu bentuk
persembahan

Beberapa pelajar juga

8
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

LANGKAH/ INPUT PENGAJARAN FOKUS BBM CATATAN


MASA DAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
akan dipilih bagi tujuan
membalas/menjawab
rangkap lagu secara
sepontan

Kemuncak Kumpulan terbaik akan Persembahan Kibod, Membina


+/- 8 minit dipilih untuk membuat Skor, alat- keyakinan
persembahan alat diri.
dihadapan kelas. perkusi.

Pelajar menjalankan
aktiviti pengayaan
kendiri melalui soalan
kuiz berkaitan konsep
muzik yang telah
dipelajari

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SET


INDUKSI DAN PENYAMPAIAN MENGIKUT LAGU

Set Induksi

 Guru bercerita berdasarkan gambar sekumpulan lembu yang sedang meragut


rumput dan kaitkan dengan tajuk lagu.

9
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

 Soal jawab berkaitan dengan meter lagu Anak Lembu (ulangkaji pelajaran lalu
kerana pelajar pernah menyanyikan lagu tersebut)

Penyampaian mengikut lagu

 Setelah pelajar bersedia guru memulakan pengajaran dengan meminta pelajar


menyanyikan lagu dengan iringan kibod.
 Menerangkan tanda masa dan motif lagu Anak Lembu.
 Setelah pelajar memahami tanda masa dan motif lagu berkenaan barulah pelajar
mula mencipta lagu
 Dan akhirnya pelajar mempersembahkan lagu ciptannya dengan iringan alat-alat
perkusi dan guru memberikan ganjaran kepada kumpulan yang berjaya/terbaik
hasil ciptaannya.

Sebagai kesimpulannya, adalah dijangkakan dengan perancangan yang sebegini pelajar


akan menjadi lebih seronok kerana beliau diberi peluang mencipta lagunya dengan sendiri.
Keadaan ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

10
TUAN NORSHAMZAIDIE TUAN MOHD
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAT.NO. 720530035565

HBMS 1203 Pengajaran Muzik 1 Sekolah Rendah. (2010). Kuala Lumpur: Open
University Malaysia

Huraian sukatan pelajaran muzik KBSR. (atas talian)


http://www.pgsrmuzik08iptho.com/files/hsp_muzik_kbsr2.pdf (15 Jun 2010)

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamus Dewan. (2007). Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Marsha Tambunan. (2004). Sejarah Muzik Dalam Ilustrasi. Jakarta: Penerbit Progres.

Mastor Jarkaseh. (2007). Asas Pendidikan Muzik 1. Teluk Intan: Tabuh Emas Productions.

Mohd Azam Hj Sulong & Mastor Jarkaseh. (2009). Asas Pendidikan Muzik 11. Teluk
Intan: Tabuh Emas Productions.

11

Você também pode gostar