Você está na página 1de 7

ATURCARA PENTADBIRAN

-------------------------------------------------------
--------

MAJLIS PENTAULIAHAN
LEFTENAN MUDA (KRS)
GURU PELATIH KDPM / KDC (SABK)
AMBILAN NOVEMBER 2007

---------------------------------------------------------------

KADET REMAJA SEKOLAH


IPG Kampus Tuanku Bainun
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang.

0
1
Aturcara Pentadbiran Majlis Pentauliahan Leftenan Muda KRS
Guru Pelatih KDPM / KDC ( SABK ) Ambilan November 2007

Sekuan Masa Perihal Tindakan


1 2.30 Peserta Mengambil Tempat  AJK Sambutan &
petang  Semua guru pelatih KDPM / KDC (SABK) Ambilan November 2007 Protokol
mengambil tempat duduk masing-masing ditempat yang telah  Pengacara Majlis
ditetapkan Umum
2 2.35 Taklimat Perjalanan Majlis oleh Floor Manager  Floor Manager
petang  Floor Manager mengingatkan / memberi taklimat ringkas kepada
hadirin berkaitan aturcara pentadbiran majlis :-
1. perjalanan majlis,
2. murid senyap / tidak membuat bising dan berkelakuan
sopan sepanjang majlis,
3. jangan keluar dewan sepanjang majlis iaitu sehingga majlis
selesai,
4. senyapkan mod telefon bimbit
5. tatacara / laluan mengambil watikah pentauliahan
6. selepas mengambil watikah pentauliahan duduk semula
ditempat yang ditetapkan
3 2.45 Raptai Majlis Pentauliahan  Pensyarah
petang  Dimulakan dengan pengacara majlis Penasihat
 Peserta diberi duduk sedia  Floor Manager
 Peserta diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku
 Bacaan doa
 Melapor kekuatan
 Ucapan aluan pengerusi majlis
 Ucapan Alu-aluan Pentauliahan (En Albar)
 Penyampaian Watikah Pentauliahan
 Ucapan Penutupan Majlis pentauliahan (Pengarah IPG)
 Lagu KRS
 Melapor menjalankan tugas-tugas lain
 Jamuan

4. 3.20 Kehadiran tetamu jemputan  AJK Sambutan &


petang 1. Pensyarah Penasihat Protokol (Asher)
2. Pensyarah GERKO
 Jawatankuasa Sambutan dan Protokol akan menyambut dan  Pengacara Majlis
mengalu-alukan tetamu jemputan. Umum
 Asher akan mempersilakan tetamu mengambil tempat duduk  Buku Aturcara
masing-masing ditempat yang telah ditetapkan dan disusun diberikan kepada
mengikut kekananan pegawai VIP

5. 3.30 Ketibaan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun  AJK Sambutan &
petang Pengacara mengumumkan ketibaan Pengarah IPG Kampus Tuanku Protokol
Bainun, Pulau Pinang
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Teks Pengacara Majlis :  Pengacara Majlis
Umum
1. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hajjah
Rosenah binti Md. Noor dengan diiringi oleh dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan. Hadirin diminta berdiri.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-  Buku Aturcara
2. Pengarah berjalan masuk dengan iringan selawat atas nabi diberikan kepada
3. Hadirin Berdiri VVIP
4. Hormat ke Hadapan Hormat, (hanya ketua platun memberi hormat)

2
5. Nyanyian Lagu
 Negaraku
 PA Sistem
6. Lapor oleh ketua platun ( guru pelatih )
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Teks Pengacara Majlis Umum :
7. Hadirin dipersilakan duduk

6. 3.35 Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis  Pengacara Majlis


petang Umum
Lincah Kelicap Meredah Samudera
Ketitir Bersiul Di Pohonan Ara
Bismillah Diucap Pembuka Bicara
Salam Disusul Pengerat Saudara
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Wr. Wb.
Selamat datang diucapkan kepada :  Susun atur dalam
dewan
1) Yg Berbahagia
Tuan Haji Daud bin Md Saman
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Pentas
Kampus Tuanku Bainun
Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 4 2 1 3 5

2 1 3
2) Yg Berusaha
En Mohd Fakhruddin bin Abdullah
Ketua Unit GERKO x
IPG Kampus Tuanku Bainun
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
3) Yg Berusaha
Dr. Sajap bin Maswan
Ketua Pensyarah Penasihat
Kadet Remaja Sekolah
IPG Kampus Tuanku Bainun
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Yg Berusaha Pensyarah Unit GERKO, Pensyarah Penasihat KRS,
tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta majlis pentauliahan
Leftenan Muda KRS KDPM / KDC (SABK) Ambilan November 2007
sekalian.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah SWT yang memberi kesempatan kepada kita untuk bersama-sama
menjaya dan memeriahkan majlis pentauliahan Leftenan Muda KRS
KDPM / KDC (SABK) Ambilan November 2007 .
Mudah-mudahan majlis ini dapat meninggikan lagi semangat guru untuk
terus menyumbang khidmat bakti di persada negara lantas
merealisasikan transformasi pendidikan. Majlis merakamkan ucapan
jutaan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau
Pinang, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.

7. 3.40 Bacaan Doa  Pembaca Doa


petang
Sungguh Indah Ciptaan Tuhan
Merendah Diri Makhluk Menyembah
Bacaan Doa Memanjat Kesyukuran
Semoga Majlis Diredhai Allah.
 Bagi memberkati majlis pentauliahan Leftenan Muda KRS KDPM /
KDC (SABK) Ambilan November 2007, majlis menjemput saudara

3
Johari bin Ishak untuk memanjatkan untaian doa ke hadrat Ilahi
Rabbi. Dengan penuh tawaduk, majlis mempersilakan.
8. 3.45 Ucapan Alu-aluan Pentauliahan
petang  Asher akan mempersilakan Ketua Jurulatih KRS ke pentas dan Asher lelaki
mengiringi hingga ke tangga pentas
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Teks Pengacara Majlis :
Ucapan alu-aluan saya mulakan,
Ucapan pembukaan penambah seri,
Wakil Pelaksana tampil ke hadapan,
Menyampai visi melaksana misi
Sebagai pembuka kalam bicara, majlis dengan segala hormatnya
menjemput
Ketua Juruatih KRS IPG Kampus Tuanku Bainun
AJK Sambutan –
Yang Berusaha En Khairul Albar bin Masnor tuangkan air ke dalam
gelas
untuk menyampaikan secangkir madah bicara. Majlis dengan rasa
rendah diri, mempersilakan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih ucapan


ribuan terima kasih kepada
En Khairul Albar bin Masnor
Ketua Juruatih KRS IPG Kampus Tuanku Bainun
atas ucapan sebentar tadi.

9. 3.50 Pentauliahan Leftenan Muda KRS KDPM / KDC (SABK) Ambilan


petang November 2007
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Teks Pengacara Majlis :
Para hadirin, inilah masa yang ditunggu-tunggu dan yang dinanti-
nantikan iaitu penyampaian watikah pentauliahan Leftenan Muda KRS
kepada guru-guru pelatih KDPM / KDC (SABK) Ambilan November
2007.
Untuk itu, majlis mempersilakan
Yg Berusaha
Dr. Sajap bin Maswan
Ketua Pensyarah Penasihat
Kadet Remaja Sekolah
IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
untuk menjemput dan mengiringi
Yg Berbahagia
Tuan Haji Daud bi Md Saman
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
Untuk bagi penyampaian watikah pentauliahan Leftenan Muda KRS
kepada guru-guru pelatih KDPM / KDC (SABK) Ambilan November
2007. Dengan segala hormatnya dipersilakan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4
Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan majlis
mempersilakan
Yg Berusaha
Dr. Sajap bin Maswan
Ketua Pensyarah Penasihat
Kadet Remaja Sekolah
IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yg Berbahagia
Tuan Haji Daud bi Md Saman
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Yg Berbahagia
Tuan Haji Daud bi Md Saman
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
kerana sudi menyampaikan watikah pentauliahan Leftenan Muda KRS
kepada guru-guru pelatih KDPM / KDC (SABK) Ambilan November 2007
10. 4.15 Ucapan Penutupan Majlis Pentauliahan Leftenan Muda KRS KDPM /
petang KDC (SABK) Ambilan November 2007.
Asher akan mempersilakan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun ke Asher lelaki
pentas dan mengiringi hingga ke tangga pentas
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teks Pengacara Majlis :
Ucapan Alu-Aluan Penambah Seri
Ucapan Wakil Pelaksana Tidak Terperi,
Tibalah Ketika Saat Yang Dinanti,
Ucapan Tetamu Majlis Dirasmi.
Untuk melengkapkan majlis yang gilang-gemilang pada hari ini, majlis
dengan sukacitanya menjemput
Yg Berbahagia
Tuan Haji Daud bi Md Saman
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
menyusun langkah untuk menyampaikan amanat bagi majlis
pentauliahan Leftenan Muda KRS KDPM / KDC (SABK) Ambilan
November 2007. Dengan penuh rasa takzim, dengan sekacip madah
bicara, majlis mempersilakan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikianlah, amanat kepada guru-guru pelatih di majlis pentauliahan


Leftenan Muda KRS KDPM / KDC (SABK) Ambilan November 2007
yang telah disempurnakan oleh
Yg Berbahagia
Tuan Haji Daud bi Md Saman
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
Majlis merakamkan jutaan terima kasih

5
11. 4. 25 Lapor Untuk Menjalankan Tugas-Tugas Lain
petang ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Teks Pengacara Majlis :
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, majlis kita hampir sampai ke
penghujungnya. Majlis mempersilakan saudara mohd amiruddin bin jani
untuk melapor menjalankan tugas-tugas lain, hadirin diminta berdiri.
Nyanyian Lagu
 Kadet Remaja Sekolah
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Teks Pengacara Majlis :
Hadirin dipersilakan duduk

12. 4.27 Ucapan penangguhan Pengacara Majlis


petang ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Teks Pengacara Majlis :
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kehadiran
Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun,
Pensyarah-pensyarah GERKO dan Pensyarah Penasihat KRS
IPG Kampus Tuanku Bainun.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih daun keladi kepada semua pihak
yang memberi sumbangan untuk menjayakan majlis ini. Sumbangan dan
kerjasama semua pihak amat besar ertinya untuk majlis ini. Semoga
Allah akan memberkati segala sumbangan yang telah diberikan dan
dikurniakan dengan sebaik-baik balasan.
Kami bagi pihak jawatankuasa pelaksana memohon kemaafan di atas
kekurangan dan kelemahan yang wujud dalam menjayakan majlis ini.
Saya juga menyusun 10 jari memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya
terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang saya mengendalikan
majlis ini.
Mangkuk Jorong Pinggan Jorong
Jorong Berisi Buahnya Jati
Dua Tiga Kata Terdorong
Jangan Simpan Di Dalam Hati
Sebelum berpisah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun
dan para jemputan untuk menikmati jamuan yang disediakan sebagai
pembasah tekak & penyegar tubuh. Dipersilakan.

12 4.30 Makan AJK Makanan


petang Hadirin diminta tidak meninggalkan dewan sehingga semua VIP dan
jemputan telah keluar dari dewan ke tempat jamuan
13 5.00 Bersurai
petang

Disahkan oleh :

Tarikh :

Você também pode gostar