Você está na página 1de 1

Untung bersih IOI Properties meningkat kepada

RM194.7 juta

KUALA LUMPUR 27 Mei - Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd. (IOI Properties) meningkat
kepada RM194.70 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2019 daripada RM156.16 juta pada suku
sama 2018.

Perolehan berkurangan kepada RM487.74 juta daripada RM510.52 juta bagi tempoh yang sama.

IOI Properties dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, peningkatan keuntungan tersebut
didorong keuntungan operasi lebih tinggi disumbangkan oleh pembangunan hartanah di China dan
perkongsian keuntungan lebih tinggi dalam usaha sama terutama daripada jualan South Beach
Residences di Singapura.

“Penurunan perolehan pula disebabkan sumbangan berkurangan daripada segmen pembangunan


hartanah. Walaupun pasaran hartanah di Malaysia terus suram bagi jangka pendek, syarikat kekal
yakin dengan Kempen Pemilikan Kediaman yang disokong kerajaan.

“Selain itu, kempen pemasaran yang giat di platform tradisional dan digital akan memacu prestasi
jualan lebih baik pada suku akan datang. Syarikat menjangkakan terus mencatatkan prestasi
memuaskan pada sukuan akan datang,” katanya di sini hari ini. - BERNAMA

Tag Berkaitan

Kuala Lumpur Pembinaan dan Hartanah Maklumat Syarikat Terkini

Você também pode gostar