Você está na página 1de 2

DEFINISI PENDIDIKAN FORMAL DAN PENDIDIKAN

TIDAK FORMAL
Pendidikan formal merupakan satu pendidikan yang dijalankan secara terancang
dengan adanya bimbingan daripada guru-guru, buku teks dan biasanya
dijalankan di dalam kelas.Pendidikan formal hanya dijalankan di sekolah-sekolah
dan saya telah mendapat pendidikan formal selama sepuluh tahun diperingkat
sekolah rendah dan menengah. Pendidikan formal juga telah
mentransformasikan saya daripada seorang yang tidak mengetahui mengenai
asaspendidikan kepada seseorang yang telah berjaya mendapatkan pendidikan
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Manakala pendidikan tidak formal pula ialah pendidikan yang dilakukan bukan
secara langsung seperti yang dilakukan di sekolah-sekolah tetapi merupakan
pendidikan yang diperolehi daripada bimbingan ibu bapa dan keluarga di
rumah. Sebagai contohnya, ibu bapa saya telah mengajar saya cara-cara untuk
mengemas rumah, membasuh pakaian dan memasak. Ekoran daripada
pendidikan tidak formal yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa saya telah
membolehkan saya menguruskan rumah semasa ketiadaan ibu bapa saya di
rumah.
TUJUAN PENDIDIKAN FORMAL
Pendidikan formal berlaku secara tidak langsung. Dalam
kehidupan seharian, anak-anak terpaksa membantu ibu
bapa dalam pelbagai tugasan sama ada di kebun atau di
rumah. Dalam pada itu, mereka mempelajari kemahiran
membuat atau membaiki alat-alat pertanian daripada ibu
bapa atau orang kampong yang lebih tua.

Selain itu, mereka juga berpeluang mempelajari


kemahiran dalam kraftangan seperti membuat bakul,
ukiran kayu, atau logam. Kebanyakan kemahiran ini
diperoleh kerana kanak-kanak membantu dan memerhati
bagaimana sesuatu hasil itu dikendalikan.

Você também pode gostar