Você está na página 1de 2

1) Yang Berusaha, En Md Isa b Zakaria, guru besar SK Seksyen 9 Shah Alam, Yang

dihormati barisan guru penolong kanan, Pn Siti Murni bt Ajir (PK Kurikulum), Pn
Suria bt Kechik (PK Hal Ehwal Murid), En. Fauzan bin Ab Samad (PK Kokurikulum)​.​,
rakan-rakan guru serta muridku anakku sayang..

2)​ ​Assalammualaikum dan salam 1Malaysia….

3)​ ​Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

​ elamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah SK


4) S
Seksyen 9 Shah Alam, SBT. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga
penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan
keamanan yang berpanjangan.

5) Majlis diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri
Selangor dan lagu sekolah. Diminta semua murid dan guru berdiri.
6) Hadirin dipersilakan duduk

7) Seterusnya, majlis dengan ini mempersilakan al-fadhil ustaz Farhan bin


Jamaludin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

8) Amin Ya Rabbal alamin… terima kasih diucapkan kepada ustaz Farhan atas
bacaan doa itu tadi. Semoga program sepanjang bulan kemerdekaan ini diberkati
dan dipermudahkanNYa.

9)​ ​Hadirin sekalian,

​ ersempena bulan kemerdekaan kali ke-60 ini, pihak sekolah akan menjalankan
10) B
beberapa aktiviti bagi menyemarakkan sambutan. Antaranya ialah Pertandingan
Ikon Negaraku, Pertandingan Kelas Patriotik, Kuiz Kemerdekaan dan
Pertandingan Nyanyian Patriotik. Syarat dan tarikh pelaksanaan akan
dimaklumkan di akhir majlis nanti.

​ anpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan oleh En. Md Isa bin
11) T
Zakariya, Guru Besar SK Seksyen 9 Shah Alam, sekaligus merasmikan Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia peringkat sekolah SK Seksyen 9 Shah
Alam. Dipersilakan....
12) ​ erima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas ucapan perasmian
T
beserta penyerahan banting pelancaran itu tadi.

13)​ ​Keris Melayu Lambang Pusaka,


Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,


Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.

14)​ ​Hadirin sekalian,

15) ​ agi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan nyanyian
B
beramai-ramai lagu patriotik iaitu lagu Tanggal 31 dan Aku Negaraku. Diminta
murid untuk berdiri sambil mengibarkan bendera.

​ ekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf
16) S
andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai
nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala
keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti
kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

17)​ ​Sekian, terima kasih.

Você também pode gostar