Você está na página 1de 157

Nurul’ Ain

bab 1
J
IKA memori itu semuanya indah
sudah pasti akan kugenggam
kesemuanya dengan erat agar tidak
satu pun terlepas daripada genggamanku, kerana aku tahu
Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Penyayang, tapi malangnya…
Arghhh! Adilkah semua ini untuk diriku! Fatin membentak
sendiri di dalam hati. Gambar kedua-dua orang tuanya
digenggam erat. Tragedi di Bukit Putus, Kuala Pilah tidak
pernah luput daripada ingatan Fatin. Memori itu sangat tragis
dan memilukan untuk diingati.
Saat genting yang memisahkan Fatin dengan ayah
dan ibu kandungnya menjadi titik hitam di dalam hidup
Fatin. Walaupun dia perlu akur dengan ketentuan Yang Maha
Esa. Segala kenangan manis dan impian Fatin musnah.
Sejenak, air mata Fatin gugur membasahi pipinya. Fatin
membuka telekungnya dan melipat kemas sejadah yang
dibentang. Gambar ayah dan ibunya diletakkan di atas buku
sekolahnya.
“Fatin lapar? Nak ibu suapkan nasi ni?” tanya Puan
Amira.

1
Anugerah Cinta

“Malulah Fatin... ibu ni, macam Fatin kecil lagi.


Ibu makanlah, kalau Fatin lapar nanti Fatin makan ya.”
Ibunya hanya mampu tersenyum melihat telatah Fatin yang
pada waktu itu baru mencecah usia remaja. Fatin melemparkan
pandangan ke tepi pantai melihat ayahnya yang asyik
berenang. Ramai juga yang mengambil peluang berkelah dan
bersiar-siar pada hujung minggu untuk merehatkan badan
dan menghirup udara segar. Hati Fatin dan ibunya riang
melihat pelbagai ragam kanak-kanak kecil di sekeliling pantai
Port Dickson itu. Penjual aiskrim dan penjaja riuh mencari
pelanggan dengan membunyikan loceng mereka.
“Fatin....” Lamunannya mati tatkala ibunya
memanggil namanya.
“Ya ibu,” jawab Fatin lembut.
“Fatin kalau dah besar nak jadi apa?”
“Kenapa ibu tanya macam tu? Masuk kali ni, dah
berapa kali ibu tanya Fatin soalan yang sama. Fatin nak
jadi.... nak jadi... oranglah ha ha ha!” Riang hati Fatin
melihat muka ibunya yang merajuk.
“Bukan ke Fatin dah beritahu ibu dulu dan ibu
sendiri tahu minat Fatin dalam bidang perniagaan. Fatin nak
jadi usahawan terkenal macam Sam Walton. Fatin nak jadi
macam dia bukan hanya kerana kecerdikan dia dapat menjadi
usahawan muda tapi kerana budi pekerti dia juga yang ala-ala
macam Princes Diana, ibu tahukan?” terang Fatin panjang
lebar.
Puan Amira mengangguk mengiyakan.
“Sam Walton seorang lelaki kaya yang pemurah,
dermawan dan baik hati, tidak pernah kedekut untuk
menghulurkan bantuan kepada orang susah. Beliau salah
seorang usahawan peruncitan terbesar di Amerika Syarikat.

2
Nurul’ Ain

Sam Walton juga telah disenaraikan antara orang yang


terkaya di Amerika Syarikat. Majalah Time Magazine’s telah
menyenaraikan Sam Walton antara seratus orang yang
berjaya pada abad ke-21 ini, ibu. Tapi beliau sudah meninggal
dunia pada tahun 1992,” terang Fatin dengan panjang lebar.
“Alhamdulillah. Bagus anak ibu, barulah senang
sikit hati ibu bila dengar Fatin dah pandai mengatur masa
depan dan sudah tahu ke mana hala tuju Fatin. Manalah tahu
kalau-kalau ibu dan ayah dah tiada nanti, Fatin boleh
berdikari dan bawa diri.”
“Janganlah cakap begitu ibu, Fatin sayangkan ibu,
Fatin tak nak kehilangan ibu dan ayah. Fatin sentiasa berdoa
pada Tuhan agar beri umur yang panjang pada ibu dan ayah
Fatin, ibu janganlah cakap macam tu lagi.”
Fatin dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena
pada ibunya sejak akhir-akhir ini. Ibunya sentiasa bimbang
tentang dirinya tetapi sukar untuk dia melafazkannya.
“Fatinlah satu-satunya anak ibu yang ada. Ibu pun
tak mahu kehilangan Fatin, tapi ada syarat kalau nak jadi
anak ibu yang baik.”
“Aik? Ibu ni, nak kena ada syarat jadi anak ibu
pula?”
“Mestilah, Fatin kena makan tapi ibu suapkan.
Cepat, cepat, cepat buka mulut ibu masak sedap ni.”
Tanpa berlengah Fatin hanya menurut permintaan
ibunya. Seronok mereka berdua bermesra dan bergurau
senda tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
“Ayah! Ayah!” Fatin menjerit sekuat hati memanggil
ayahnya naik untuk makan, hampir dua jam ayahnya di laut
asyik berenang tidak jemu-jemu. Fatin risau ayahnya
kelaparan.

3
Anugerah Cinta

“Okey! Okey! Kejap lagi ayah naik ya,” sahut


Amirudin dari jauh.
“Ayah asyik berenang aje, tak ingat pun Fatin
dengan ibu di sini, tak makan tak minum. Ayah tak letih ke
berjam-jam di laut?”
Encik Amirudin hanya membuat muka selamba
apabila dileter oleh anak tunggalnya itu.
“Ya sayang... my sweet heart, intan payung... ayah
nak makanlah ni.”
“Alah, kalau Fatin tak panggil ayah tadi agaknya
sampai malamlah ayah berendam dalam air tu,” balas Fatin.
Puan Amira hanya tersenyum melihat suaminya
dimarahi oleh anak tunggalnya. Sambil Fatin meletakkan nasi
di dalam pinggan, ayahnya sempat mencium dahinya untuk
memujuk. Fatin tersenyum apabila dapat belaian dan ciuman
kasih daripada ayahnya itu.
“Maaf ya, lain kali ayah tak lupa anak ayah ni.
Jomlah kita makan sekali.”
“Tak mau, Fatin merajuk dah!”
“Tak baik buat ayah macam tu. Sedihnya bila anak
ayah tak nak teman ayah makan sama-sama.”
“Ayah dengan ibu duduk di sini dahulu nanti Fatin
datang semula. Fatin nak jalan-jalan cuci mata.” Fatin
mengukir senyuman kepada kedua-dua orang tuanya.
Fatin bingkas bangun tanpa menoleh ke belakang.
Dia berlari-lari anak ke arah kedai-kedai yang menjual
barangan cenderamata di sepanjang Pantai Teluk Kemang
itu. Mata Fatin meliar mencari kain baju kurung untuk
dihadiahkan kepada ibunya dan sehelai kain pelekat buat
ayahnya.

4
Nurul’ Ain

Sejak kecil Fatin tidak pernah membelikan apa-apa


hadiah buat ayah dan ibunya, tetapi hari tersebut Fatin dapat
membeli barangan cenderamata untuk dihadiahkan kepada
ibu dan ayahnya hasil daripada duit yang dikumpul daripada
lebihan belanja sekolahnya.
“Pergi mana anak ayah ni? Tahu-tahu dah hilang
sahaja,” tanya ayahnya pelik.
“Tak... Fatin pergi beli hadiah untuk kawan-kawan,
nanti merajuk pula mereka kalau Fatin tak bawa buah
tangan.” Fatin sengaja mengelak sebelum Puan Amira dan
Encik Amirudin mengesyakinya kerana Fatin bercadang
untuk berikan hadiah tersebut pada ulang tahun perkahwinan
ayah dan ibunya pada keesokan harinya.
“Dah masukkan semua barang Fatin? Jangan ada
yang tertinggal, nanti susah nak patah balik. Perjalanan kita
nak ke sini sangat jauh,” pesan Puan Amira kepada anak
kesayangannya itu.
“Dah ibu, tak ada barang yang tertinggal lagi.”
Encik Amirudin, Puan Amira dan anaknya melangkah masuk
ke dalam kereta untuk pulang ke rumah.

“AYAH mengantuk ke? Daripada tadi Fatin tengok ayah


menguap tak henti-henti,” soal Fatin.
“Emm... letih sikit, mana taknya berapa lama ayah
berendam dalam air tadi, rasa lenguh-lenguh pula badan.
Jangan risau ayah tak apa-apa. Fatin kalau nak tidur,
tidurlah.”
“Kalau abang mengantuk rehatlah dahulu nanti tak
tentu arah nak bawa kereta,” nasihat Puan Amira pada

5
Anugerah Cinta

suaminya. Encik Amirudin hanya membalasnya dengan


senyuman sambil tangan kirinya menggenggam erat tangan
isterinya.
Fatin melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
Gadis yang berusia lima belas tahun itu asyik melihat
kehijauan alam ciptaan Tuhan, ibu sudah lama melelapkan
mata, mungkin letih kerana bangun awal pagi untuk
membuat bekalan makanan ke pantai tadi. Sedang asyik Fatin
melihat pokok-pokok di tepi pantai tiba-tiba Fatin terdengar
bunyi dentuman yang sangat kuat.
Bammmm!!!
“Ayah!!!”

“PUAN MUNA banyakkan bersabar ya, saya dah cuba sedaya


upaya untuk selamatkan suami puan begitu juga dengan
Puan Amira. Mujur anaknya selamat namun kami perlu
meletakkannya di unit rawatan rapi kerana terlalu banyak
pendarahan, walau apa pun, insya-Allah kami akan berusaha.”
Puan Muna yang merupakan isteri kedua Encik Amirudin
berpura-pura terduduk, badannya lemah longlai bagai tidak
bermaya untuk memikul berita sedih itu dan dia kononnya
terasa kakinya tidak lagi mampu berpijak di bumi yang nyata.
“Mana budak tu? Pasal dialah semua ini jadi! Sibuk
sangat nak ke pantailah itulah inilah!" Tiba-tiba Puan Munah
menempik kuat bagai singa lapar, matanya terbeliak dan
mulutnya tidak henti-henti menyumpah.
“Sabar mak sabar...” pujuk Rozana sambil mengusap-
ngusap dada ibunya.
“Sabar puan, ini semua adalah suratan takdir. Kita

6
Nurul’ Ain

hanya boleh mendoakan agar roh mereka tenang dan


ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” nasihat Dr.
Mustafa.
“Dah, jom balik! Menyampah aku duduk sini lama-
lama. Buang masa aje! Yang sepatutnya mati dah pun mati!”
tegas Puan Muna.
“Yang sepatutnya mati dah pun mati? Apa maksud
mak?” soal Zaidi anak lelaki Puan Muna.
“Tak ada apalah! Kau jangan nak menyibuk! Kau tu
kecik lagi, apa kau tahu!” Puan Muna bingkas bangun dan
beredar dari situ.

SETELAH selesai majlis bacaan Yasin dan kenduri tahlil buat


Puan Amira dan Encik Amirudin, semua orang kampung
bersurai. Yang tinggal cuma beberapa jiran dan orang
kampung yang terdekat bergotong-royong untuk mengemas
kawasan rumah dan membasuh pinggan mangkuk.
“Mak tak pergi melawat Fatin di hospital?” Pantas
Puan Muna menoleh memandang Zaidi, satu-satunya anak
sulung lelaki tunggal di dalam keluarganya. Hasil perkongsian
hidup Puan Muna dengan suami pertama, mereka dikurniakan
dua orang cahaya mata, iaitu Zaidi dan Rozana.
“Tak ada masa aku nak pergi tengok budak pembawa
malang tu! Kalau tak disebabkan dia, semua ni tak akan jadi
tau tak?”
Beberapa wanita yang lalu-lalang di ruang tamu
tersentak mendengar kata-kata Puan Muna. Mereka tahu
Encik Amirudin memperisterikan Puan Muna bukan atas

7
Anugerah Cinta

dasar cinta tapi kerana ilmu hitam yang diamalkan Puan


Muna.
Ramai penduduk kampung melihat Puan Muna
sering ke kubur untuk menilik nasib dan ada jiran-jiran yang
sering terlihat Puan Muna pergi ke pondok Pak Seman di
hujung kampung yang terkenal di kawasan tersebut sebagai
seorang bomoh. Sudah banyak kali orang kampung
menasihatkan Puan Muna agar tidak mempercayai amalan
syirik dan khurafat itu.
Namun Puan Muna tidak mengendahkannya,
baginya asalkan semua hasratnya tercapai, hatinya sudah
cukup puas. Puan Amira juga tidak mampu berbuat apa-apa
dengan madunya, sikap Puan Muna sudah di luar batasan.
Tapi apakan daya dia sendiri dan suaminya sudah
ditundukkan dengan ilmu hitam Puan Muna. Namun hanya
doa dan usaha Puan Amira dalam solatnya setiap hari yang
mampu melindunginya dan menguatkan dirinya untuk terus
hidup bersama madunya yang sangat bengis, kasar dan
pemarah itu. Puan Muna ibarat tuan yang bertongkat sakti,
setiap apa yang diperintah harus diikuti.

“AYAH... ibu... Fatin di mana ni?”


“Fatin, jangan banyak bergerak Fatin masih belum
sihat, sekejap abang panggilkan doktor ya,” kata Zaidi.
“Abang Zaidi.” Suara Fatin lemah menyapa satu-
satunya abang tiri yang disayanginya dan sudah dianggap
seperti abang kandungnya sendiri.
“Sekejap, sekejap ya nanti abang datang semula.”
Zaidi bingkas keluar untuk mendapatkan doktor.

8
Nurul’ Ain

“Awak jangan risau, Fatin sudah stabil sekarang.


Insya-Allah esok atau lusa Fatin dah boleh keluar, cuma saya
nasihatkan agar dia berehat sementara kerana badannya
masih lemah.”
Kaki Fatin lemah melangkah masuk ke dalam
rumah. Dia berasa pelik kerana sudah berapa hari dia tidak
melihat kelibat ayah dan ibunya melawatnya di hospital.
Sebaliknya Abang Zaidi yang sering datang menjaga dan
menguruskannya sepanjang dia terlantar di hospital.
“Hah! Dah balik? Eh, nanti, nanti, nanti...! Siapa
suruh kau masuk rumah ni tanpa izin aku? Kau jangan nak
pandai-pandai ya, untuk pengetahuan saudari Fatin rumah ni
sekarang rumah aku dan anak-anak aku! Aku nak kau angkat
semua barang-barang kau dan keluar dari rumah ni!” tegas
Puan Muna.
“Mak... mana ayah dan ibu saya? Bukankah mereka
masih lagi tinggal di rumah ini? Mengapa pula saya perlu
keluar?” soal Fatin dengan nada sayu.
“Ewah, ewah! Pandai pula nak soal-soal aku.
Engkau ingat ni balai polis? Kau nak cari ibu dan ayah kau?
Ha tu dekat kubur!”
“Mak!” Cepat Zaidi menyampuk. “Kenapa mak
bersikap begini pada Fatin? Dia juga anak mak. Kita tetap
satu keluarga mak,” terang Zaidi.
“Kau diam. Aku tak suka bila aku bercakap ada
orang yang menyampuk. Siapa kata dia anak aku? Kau ingat
Zaidi, antara dia dan kau pun tiada ikatan apa-apa!” Zaidi
terdiam seketika, ingatannya bagai dipulihkan semula. Zaidi
seperti baru tersedar bahawa dia dan Fatin bukan adik-
beradik kandung, ibunya berkahwin dengan ayah Fatin
semasa usianya kecil lagi.

9
Anugerah Cinta

“Iyalah Abang Zaidi ni, memang betul pun cakap


mak. Inikan dah jadi rumah kita, hak milik kita. Mak bapak
dia dah mati! Tau tak dah mati?” sampuk Rozana.
“Apa?” Fatin yang berpaut pada tongkat rebah ke
lantai, berlinangan air matanya turun dari kelopak mata tidak
henti-henti. Dia seolah-olah tidak percaya akan kata-kata
yang keluar dari mulut kakak tirinya, sesuatu yang sangat
perit untuk diterima. “Tidak...! Ibu! Ayah! Tak boleh
tinggalkan Fatin! Ibu dengan ayah dah janji dengan Fatin,
jangan tinggalkan Fatin begini!”
Hiba Zaidi melihat adik tirinya meraung kerana
tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia tidak berani untuk
memberitahu Fatin sewaktu Fatin sedar di hospital kelmarin
kerana bimbang kesihatan Fatin akan terjejas memandangkan
traumanya pada kemalangan lalu masih belum hilang.
Walaupun Fatin bertanya berkali-kali tentang ibu dan
ayahnya, namun Zaidi hanya mampu mengelak dan
memberikan pelbagai alasan. Zaidi sedar, walaupun kehadiran
dirinya dan Rozana hanya sebagai adik-beradik tiri, tetapi dia
faham bagaimana perasaan kehilangan seorang ayah.
Melihat keadaan Fatin, dia tiba-tiba teringat akan
arwah ayahnya yang pergi meninggalkan dia dan adiknya
semasa berusia lima tahun lagi kerana karam di laut semasa
menyertai ekspedisi ke Pulau Kapas. Dia hanya mengenal
panggilan ayah setelah ibunya berkahwin dengan ayah Fatin.
Tetapi kini, panggilan dan insan yang bergelar ayah kembali
hilang dalam hidupnya.
“Abang Zaidi! Cakap dengan Fatin yang semua ini
tidak benar! Cakap bang... tolong Fatin bang... tidak
mungkin....” Lamunan Zaidi tersentak tatkala Fatin
menggoncang badannya sekuat hati.

10
Nurul’ Ain

“Mengucap dik, mengucap. Abang minta maaf


kerana tidak jelaskan pada Fatin awal-awal lagi, abang takut
kesihatan Fatin terjejas. Maaf dik.”
“Ibu... ayah....” Tidak henti-henti Fatin merintih,
menangis dan memanggil ayah dan ibunya. Zaidi berusaha
menenangkan Fatin.
“Dah! Tak payah kau nak berdrama depan aku, apa
pun jadi aku nak kau keluar!”
“Mak, jangan halau Fatin. Fatin tak ada siapa lagi
di dunia ni selain mak. Fatin tak ada tempat berteduh, tiada
tempat nak mengadu, tolonglah Fatin. Fatin cuma mahu
menumpang.” Dengan nada tersekat-sekat Fatin merayu pada
Puan Munah. Laju sahaja Puan Munah menolak Fatin jatuh
ke lantai tanpa belas kasihan.
“Mak! Jangan buat Fatin begitu, kesian dia mak,”
sampuk Rozana. “Rumah ini ada yang kurang sebenarnya.
Jadi kalau ada budak hingusan ni, bolehlah penuhkan apa
yang kosong.” Rozana menjeling adik tirinya dengan
pandangan sinis dan jelak.
“Apa maksud kau?” tanya Puan Munah.
“Hm... mak tak perasan ke rumah ni tak ada orang
gaji? Tu pinggan mangkuk dan baju, siapa nak basuh? Rumah
ni siapa nak kemas? Saya tak laratlah mak, kalau kita ada
orang gaji bolehlah tolong ringankan sikit kerja mak dan
kerja Ana.”
“Ana! Kau ni kenapa busuk sangat hati kau? Kau
jangan nak buat kerja tak elok! Takkan budak Fatin yang
masih bersekolah ni kau nak bebankan dengan kerja-kerja
rumah?” soal Zaidi dengan tegas.
“Ah! Abang tak payah nak jadi peguam bela! Abang
sayangkan Ana atau budak pembawa malang tu?”

11
Anugerah Cinta

“Dah, diam! Aku tak nak dengar! Bagus juga


cadangan kau tu Ana. Baiklah, kalau kau nak duduk rumah ni
kau kena buat semua kerja rumah ni faham!” bentak Puan
Muna. “Lagi satu, aku tak suka kau panggil aku mak atau ibu.
Panggil aku puan. Kalau aku dengar mulut kau menyebut-
nyebut dan panggil aku mak, siap kau! Mak kau dah mati
faham?”
Bagai dipanah petir telinga Fatin mendengar kata-
kata Puan Muna. Namun apakan daya, Fatin tidak mampu
melawan. Usianya terlalu mentah untuk keluar dari rumah
itu dan membina hidupnya sendiri. Namun dia masih
bersyukur kerana mempunyai Abang Zaidi yang masih mahu
membela nasibnya.

12
Nurul’ Ain

bab 2
“F
AT! Malam ni kita keluar
dengan Razman dan
member-member dia nak?
Bosanlah Fat, asyik duduk terperap kat rumah. Tengok badan
aku ni dah nak macam tong dram!” kata Adny.
“Ha ha ha!” gelak Kemn. Nurul dan Fatin hanya
tersenyum melihat telatah rakannya Adny, anak kacukan
Portugis itu.
“Kau tu bukan dah macam, tapi memang jadi tong
dram dah Adny! Itulah, aku suruh diet kau main melantak jer
semua makanan! Ha... kan dah jadi gemuk, ha ha ha! Tengok
tu, hari ni aje dah tiga pinggan mi goreng kau makan.” Adny
mencebik Kemn yang gemar menyakat rakan-rakannya itu.
“Fat, kau tengok siapa? Daripada tadi aku tengok
kau terjenguk sana terjenguk sini dah macam leher bangau
dah aku tengok!” bebel Kemn.
“Alah! Kau bukan tak tahu dia mencari cik abang
kesayangan dialah tu,” kata Adny.
“Siapa dia Adny?” tanya Nurul ingin tahu.

13
Anugerah Cinta

“Cikgu Razlanlah, siapa lagi?”


“Hmm... korang ni tak habis-habis nak mengusik
aku, malam tadi Ratna hantar mesej nak jumpa aku.”
“Siapa Ratna?” Nurul berasa pelik sedangkan Fat
tidak rapat dengan sesiapa di sekolah itu selain mereka
bertiga. “Kenapa dia nak jumpa kau? Ada hutang ke?” soal
Nurul ingin tahu.
Tiba-tiba Ratna dan tiga lagi sahabatnya datang ke
meja makan mereka bertiga dengan muka yang bengis.
Suasana di kantin hiruk-pikuk kerana dipenuhi dengan para
pelajar yang sibuk membeli makanan dan menjamu selera.
“Nurul Fatin Binti Amirudin!” Ratna menyapa keras.
“Ya, saya Fatin. Kenapa awak nak jum...” Belum
sempat Fatin menghabiskan ayatnya Ratna mencelah.
“Kau dengar sini! Aku tak nak kau terhegeh-hegeh
pada Haikal okey?”
“Eh... minah ni! Yang kau sedap-sedap nak sound
member aku apa pasal? Tak puas hati? Kalau tak puas hati
jumpa kat luar la! Apa hal kau sound dalam sekolah hah!
Takut? Pengecut!” Tiba-tiba Kemn bangun berdepan muka
dengan Ratna sambil menghamburkan kata-kata itu. Fatin,
Nurul dan Adny terlopong melihat aksi kawan mereka bagai
menonton babak cerekarama di TV3.
“Ooo... ada peguam bela rupanya perempuan ni.
Hai saudari, aku tidak berurusan dengan kau! Tapi dengan
kawan kau Fatin!” tegas Ratna. “This is my last warning
Fatin! Sekali lagi aku nampak kau berjumpa dengan Haikal,
kau tahulah nasib kau!”
“Eleh! Pirahhhhhhhh!” Adny dan Nurul serentak
bersuara dan membuntangkan mata pada mereka bertiga.

14
Nurul’ Ain

Kemudian mereka terus berlalu pergi dengan muka yang


masam mencuka.
“Ha! Kau Fatin, apasal diam?” soal Kemn pada
rakannya yang sedari tadi tersenyum melihat mukanya.
“Taklah... aku kelakarlah. Haikal pun aku tak kenal
siapa, tiba-tiba budak perempuan tu datang marah-marah
aku, macam mana aku tak pelik.”
“La... kau tak kenal? Yang kau ni Kemn tadi bukan
main menyabarkan aku, ni apasal pulak kau tiba-tiba naik
angin?” Nurul tersenyum sinis pada Kemn.
“Taklah, aku pantang betul tengok orang kurang
ajar macam tu, mana boleh tahan beb! Selama ni tak ada
siapa berani sound member-member kita tau,” kata Kemn
panjang lebar.
“Dahlah tu, benda kecil. Aku tak suka nak
bertempik-tempik pasal lelaki ni Kemn, lantaklah dia.
Demam cintalah tu, angin semacam aje aku tengok si Ratna
tu. Yang penting aku nak masuk kelas, lepas ni subjek
kegemaran aku,” kata Fatin.
“Haah, yelah kau tu tak habis-habis dengan Sejarah
kau. Eleh Fat, suka Sejarah ke suka cikgu yang mengajarnya?”
perli Nurul.
“Nurul ni, ada jugak yang rasa makan kasut aku ni
kang, mulut kau tu macam bertih jagunglah hari ni.” Nurul
berjalan di belakang Kemn takut-takut dipukul Fatin.
“Em... korang ni, banyak kali dah aku, cakap jangan
panggil aku Fat. My name is Nurul Fatin okey bukan Fat! Ibu
ayah aku bagi nama sedap-sedap korang panggil aku Fat!”
marah Fatin.
“Tengok tu si gemuk marah,” sampuk Nurul.

15
Anugerah Cinta

“Apa gemuk-gemuk aku kuruslah!” ujar Fatin geram.


“Iyalah, Fat maksudnya gemuk, kan?” balas Nurul
lagi, tidak mahu kalah.
“Arrr! Lantaklah korang!”
Mereka berempat bangun dan beredar dari kantin
menuju ke kelas. Kantin juga sudah lengang kerana semua
pelajar sudah beredar masuk ke kelas masing-masing.

“HAIKAL, aku sukalah tengok Fat tu, manis budaknya, pandai


tapi sombonglah. Hari tu aku tegur, dia jeling kat aku, ada ke
patut? Muka aku yang handsome lagi bergaya ni dia tak nak
pandang,” kata Razi.
Haikal tidak mengendahkan rakannya itu berbual,
dia asyik membaca buku komik sementara menunggu Cikgu
Asiah masuk untuk mengajar. Suasana di dalam kelas
Tingkatan Enam Munawir bising dengan suara dan telatah
para pelajar berbual dan bergurau senda. Namun masih ada
pelajar yang tekun mengulangkaji pelajaran kerana hanya
tinggal empat bulan sahaja lagi mereka akan menghadapi
peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Semua pelajar
berlumba-lumba ingin mendapatkan keputusan terbaik dan
layak untuk menempatkan diri di universiti.
“Haikal? Aku cakap dia buat tak tahu sahaja!”
“Iya... aku dengarlah, kau ni memekaklah! Aku nak
baca komik pun tak senang.” Malas dia nak melayan sahabatnya
itu.
“Taklah, kau tak nak cuba-cuba mengorat dia?” soal
Razi, dia cuba ingin menarik minat rakannya untuk berbual
tentang Fatin.

16
Nurul’ Ain

“Kau ni memang bijak. Kau yang nak, apa pasal


pulak aku yang kena ngorat? Ooo... nak jadikan aku orang
tengah pulak? Nanti aku dapat kau jangan menyesal.”
“He he he! Tak payahlah kalau macam tu,” balas
Razi.

“FAT! Jadi ke kita keluar malam ni?”


“Nanti aku mesejlah Kemn. Aku banyak kerjalah
nak buat kat rumah, kau tahulah mak tiri aku tu,” jawab Fat
ringkas.
“Alah kau ni dah besar pun nak dengar cakap mak
lagi apalah kau ni. Apa-apa hal nanti kau bagi tahu.”
“Em, nanti kalau jadi, aku bagi tahu.” Mereka
semua beredar menaiki bas menuju ke rumah. Fatin hanya
berjalan kaki kerana tiada tambang, perbelanjaan di sekolah
hanya ditanggung oleh abang tirinya, Zaidi. Fatin tidak mahu
membebankan abangnya kerana gaji abangnya sebagai
mekanik tidak seberapa. Jadi dia sanggup bersusah sedikit
asalkan dia dapat menuntut ilmu dan mencapai cita-citanya
kelak.
“Fatin! Fatin!”
Belum sempat Fatin meletakkan beg di atas kerusi
dan menukar baju sekolahnya, Puan Muna sudah menempik-
nempik namanya.
“Ya puan, Fatin baru balik dari sekolah.” Fatin
menyahut panggilan mak tirinya.
Panggg! Pintu bilik Fatin ditolak kuat oleh Puan
Muna.

17
Anugerah Cinta

“Ya puan, Fatin baru balik dari sekolah.” Puan


Muna mengejek kata-kata Fatin. “Aku pantang betul tengok
orang nak bersenang-lenang ni. Hey Fatin! Kau ingat sikit,
kau duduk di rumah aku ni cuma menumpang aja tahu tak?
Bila aku suruh buat kerja elok-elok maknanya buat kerja!
Aku nak tanya ni, apa pasal baju aku ni berlubang? Kau gosok
baju ke berangan hah?” sergah Puan Muna.
“Fatin minta maaf puan... Fatin tak sengaja. Masa
Fatin gosok baju, hujan turun, jadi Fatin terus berlari pergi
angkat kain baju di luar. Fatin terlupa nak alihkan seterika
dulu, maafkan Fatin,” terang Fatin mengharapkan belas kasihan
Puan Muna.
“Kalau dah keturunan bodoh tu memang bodohlah
hasilnya! Aku nak apa cara sekalipun kau ganti semula baju
ni! Kalau tak, kau jangan jejak kaki di rumah ni lagi!”
“Puan... Fatin tiada duit nak ganti, belanja sekolah
Fatin pun Abang Zaidi yang beri,” rayu Fatin.
“Aku peduli apa! Apa pun jadi aku nak kau ganti
faham!” Puan Muna tanpa belas kasihan menolak kepala Fatin
bagai tiada harga.
“Lepas ni pergi buat kerja kau! Tu pinggan mangkuk,
baju berlambak tak basuh! Selagi kau tak siapkan semua kerja
tu, kau jangan makan!” Puan Muna beredar keluar dari bilik
Fatin sambil melemparkan bajunya ke arah Fatin.
Air mata Fatin berlinang dari kelopak matanya.
Hampir lima tahun Fatin menanggung derita tinggal bersama
Puan Muna. Dia pernah tidak diberi makan selama tiga hari
pada cuti sekolah yang lalu hanya kerana terpecahkan gelas
di dapur. Badannya juga pernah dilibas dengan tali pinggang
beberapa kali sewaktu Abang Zaidi tiada di rumah kerana
melawat kawannya sakit di Johor. Sampai bila dia harus

18
Nurul’ Ain

menanggung derita ini semua, dia sendiri tidak pasti. Cuma


apa yang pasti dia ingin mendapatkan keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan STPMnya hujung tahun ini.
“Fatin, abang dah balik.”
Fatin terus berlari mendapatkan abangnya di muka
pintu dan mengambil makanan yang dibawa pulang oleh
Abang Zaidi.
“Fatin dah makan?” Zaidi melabuhkan punggungnya
di sofa.
“Belum bang, Fatin tengah siapkan kerja rumah.
Dah siap nanti Fatin makan la,” terang Fatin ringkas sambil
mengukir senyuman manis pada abangnya.
“Kurus dah badan Fatin abang tengok. Dulu masa
Fatin sekolah rendah ramai geram tengok Fatin. Badan Fatin
bulat, gebu dan tembam. Abang suka picit pipi Fatin yang
montel dulu tapi sekarang tengok tu, makin cengkung dah
muka Fatin. Jagalah kesihatan dik, jangan buat abang risau,”
nasihat Zaidi.
“Abang jangan risaukan Fatin ya, insya-Allah Fatin
tak apa-apa. Abang nak makan? Fatin boleh siapkan.”
“Boleh juga, abang mandi dulu nanti abang makan.
Fatin hidang sahaja atas meja ya dik,”ujar Zaidi.
Fatin hanya memandang abangnya sehingga hilang
dari pandangannya. Sejak dia kehilangan ayah dan ibu lima
tahun lepas, Abang Zaidilah yang banyak memberi semangat
dan dorongan untuk dirinya terus berjaya. Walaupun dia
rindu belaian dan perhatian ibu bapanya seperti dulu, tapi
apakan dayanya untuk melawan kehendak takdir Yang Maha
Esa.
Fatin pasrah dengan apa yang berlaku. Dia mengerti

19
Anugerah Cinta

akan lumrah kehidupan ini semuanya hanya persinggahan


cuma. Roh dan tubuh badannya juga entah bila akan bercerai,
sebagai umat Islam dia tidak boleh menyalahkan takdir dan
hanya berserah kepada-Nya.

“ANA! Bumy kata ada seorang pelanggan sedang tunggu


kau dalam kereta di luar sana, nak apa ntah aku pun
tak tahu,” kata Frezo, salah seorang pengawal peribadi
Bumy. Rozana bergegas mendapatkan lelaki tersebut di
luar. Seorang lelaki berbadan tegap bersama dua orang
pengikutnya sedang bersandar di pintu kereta menanti Rozana.
“Hey Ana! Bila kau nak bayar hutang-hutang kau?
Jonny dah bisinglah! Kau janji semalam kau nak bayar, ni apa
cerita ni beb? Kau jangan bagi kami susah. Kalau Jonny
marah, teruk kau dikerjakannya nanti!”
“Ala Zack aku bukan tak nak bayar, pelanggan tak
berapa ramailah bulan ni. Kau cakap dengan Jonny aku janji
minggu depan aku settle semua hutang-hutang dia,” terang
Rozana.
“Kau janji dah berbulan-bulan dah Ana! Jangan
main-main. Kau tahukan Jonny macam mana? Dia bagi
tempoh sampai minggu depan. Kalau kau tak bayar juga,
nahas kau dia kerjakan!” Ketiga-tiga lelaki tersebut masuk ke
dalam kereta yang kemudian memecut laju. Rozana terpinga-
pinga.
“Ana! Ana!” Rozana menoleh dan berjalan masuk ke
kelab itu semula.
“Apa hal tu Na? Macam gengster aje aku tengok dia
orang tu,” soal Frezo.

20
Nurul’ Ain

“Tak ada apalah! Kau ni menyibuk aje. Bumy mana?”


ujar Rozana seakan mengelak. Dia kemudian meneguk wain
di atas meja bar dan menuju ke bilik Bumy yang merupakan
pemilik kelab tersebut. Bumy juga dikenali sebagai ibu ayam
oleh pelanggan-pelanggan di Kelab Rostar itu.
“Bumy, saya ada masalahlah,” terang Rozana.
“Masalah apa lagi kau ni Ana? Tak habis-habis dengan
problem,” soal Bumy.
“Saya nak pinjam duit sikit boleh tak? Saya ada
masalah la.”
“Berapa?”
“Lima ribu.”
“Kau gila ke Ana? Kau ingat sikit ke tu?”
“Ala... tolonglah Bumy. Saya terdesak sangat dah ni!
Saya janji saya bayar balik,” pujuk Rozana.
“Kau nak bayar bila?”
“Kalau ada pelanggan, saya janji saya bagi Bumy
lebih daripada biasa. Bumy potonglah duit gaji saya tiap-tiap
bulan.” Bumy hanya menggeleng kepalanya sambil menarik
laci mejanya dan mengira duit di hadapan Rozana.
“Nah!”
“Terima kasih Bumy.” Rozana keluar dari bilik
dengan hati yang riang sambil menekan butang telefon
bimbitnya.
“Hello Jonny! Esok kau hantar budak kau ambil
duit kat aku.”
“Pukul berapa?” soal Jonny.
“Macam biasalah!”

21
Anugerah Cinta

“Tadi budak aku sudah datang, apasal kau tak


bayar?”
“Tadi aku tak ada duit. Sekarang dah ada, datang
ajelah esok!”
“Okey! Okey!”

22
Nurul’ Ain

bab 3
“E
H, Kemn! Tu macam kakak
Fatlah. Dia buat apa kat
kelab malam tu?” Adny
menepuk bahu Kemn.
“Mana?” Meliar mata Kemn mencari kelibat kakak
Fat. “Hey! Iyalah, dia buat apa kat sini?” soal Kemn.
“Ha! Kau kata Fat nak ikut sekali, mana dia?”
“Ala Fat tu, mana pernah nak ikut kalau aku ajak.
Asyik belajar aje kat bilik, lagipun diakan takut sangat dengan
mak tiri dia yang macam singa tu!” terang Adny.
“Tak baiklah kau cakap macam tu. Fat tu budak
baik!” Adny menjeling Kemn.
“Hey, kau tengok tu macam Haikal. Dia buat apa
pula kat sini?”
Kemn sekali lagi terjenguk-jenguk mencari. “Mana?”
“Eee... hai! Kau ni! Itu ha!” Adny mengarahkan jari
telunjuknya.

23
Anugerah Cinta

“Fulamak! Dia anak orang kaya rupanya. Rugi aku


tak pikat dia awal-awal.”

HAIKAL memarkir kereta BMWnya di hadapan Kelab Rostar


itu dan turun mendapatkan Rozana.
“Hai, you apa khabar?” Haikal menyapa ringkas.
“Khabar tak baik!” Rozana sengaja membuat aksi
merajuk sambil memalingkan mukanya.
“Ala, I minta maaflah. I bukan sengaja nak tinggalkan
you di bus stop hari tu. I tiba-tiba nampak kereta papa dengan
mama I. Kalau dorang nampak you dengan I dalam kereta,
tak pasal-pasal I kena menjawab dengan mereka, maaf ya?”
Haikal memegang bahu Rozana namun pantas Rozana
menepisnya.
“Ah! Kenapa you takut sangat kat mama and papa
you tu? Kalau dia jumpa pun biarlah! Cakap ajelah I ni
kekasih you, tu pun susah? Ini tak, you tinggalkan I sorang-
sorang tengah jalan. Tak bertanggungjawab langsung!”
“Ana, kemewahan yang I dapat ni semua daripada
mama dan papa I. Tengok tu, baju you, barang make-up you,
semua duit papa dengan mama I. Kalau dia orang tahu I
berkawan dengan you, semua yang I dapat hari ni kena tarik
semula tahu tak? Terpulanglah you nak cakap apa I malaslah
nak bertengkar, I balik dulu!” Haikal pura-pura beredar dari
tempat Rozana berdiri.
“Sayang, sayang... nantilah dulu. Alahai, merajuk
pulak dia.” Rozana cuba memujuk Haikal. “Maaf ya, jomlah
masuk. Lama dah I tak manja-manja dengan you.”
Suasana di dalam Kelab Rostar dipenuhi dengan

24
Nurul’ Ain

remaja dan pelanggan yang ghairah mendapatkan hiburan di


luar rumah. Ada wanita yang ditemani pasangan masing-
masing, ada juga yang melayan pil-pil khayal sambil menari
mengikut rentak dan irama lagu yang dipasang oleh DJ club.
“Kemn kau tengok tu, apa kakak Fat buat dengan
Haikal tu?” Nurul melihat Haikal dan Rozana masuk ke pintu
kelab sehingga hilang dari pandangan matanya.
“Hey! Kau tengok tu mereka pegang-pegang
tanganlah! Ni dah lebih dah ni!” kata Nurul geram.
“Aku rasa mesti dia orang ada hubungan sulitlah,
tapi Haikal ni pun satu nak cari biarlah yang cantik sikit,
sebaya dengan dia. Ini tidak, kakak Fat yang tua tu jugak dia
pilih. Dahlah tu, kerja entah apa-apa,” ujar Kemn sambil
menggeleng.
“Iyalah, Haikal ni sekolah lagi dah pandai masuk
kelab malam. Buruk betul perangai,” tambah Adny tidak puas
hati.
“Yang kita ni?”soal Nurul.
“Kita lepak-lepak luar kelab aje. He he he... bukan
dalam kelab.” Kemn tersengih macam kerang busuk.
“Samalah tu merayap juga! Buat benda tak
berfaedah.” Kemn mengetap gigi mendengar kata-kata Nurul.
“Iyalah, alah kau ni nak marah aje,” balas Kemn.
“Mana taknya, kau tu cakap benda ikut sedap mulut
aje. Kita jangan asyik cakap orang, sedangkan kita pun sama,”
tegas Nurul.
“Amboi, berapinya. Marah nampak? Marah kat aku
ke kat cik abang Haikal tu?” Kemn ketawa sepuas hati
melihat wajah Nurul yang merah padam itu. Haikal baru tiga
bulan berada di Sekolah Menengah Dato' Petra Makmur

25
Anugerah Cinta

kerana mengikut keluarganya berpindah daripada Johor


Bahru ke Kuala Lumpur. Semua pelajar tahu bahawa Haikal
seorang lelaki yang kasar, nakal tidak menjaga disiplin dan
sering membawa masalah kepada rakan-rakan yang lain,
jiwanya seolah-olah memberontak dengan keadaan dan
situasi. Namun begitu disebabkan ayahnya seorang yang
berpengaruh, segala perbuatannya dibiarkan.

SETELAH selesai perhimpunan semua pelajar masuk ke dalam


kelas masing-masing untuk meneruskan sesi pembelajaran.
“Fat, kau nak tahu tak?” Belum sempat Kemn
menghabiskan ayatnya Nurul mencuit tangan Kemn yang
tidak sabar-sabar nak menceritakan apa yang terjadi malam
tadi.
“Apanya?” Kemn membentak apabila Nurul
melarang.
“Kenapa kau orang berdua ni? Kenapa ni Kemn,
Nurul? Mengelabah semacam aje?” soal Fatin pelik.
Nurul hanya memandang wajah Kemn. “Tak ada...
Fat, malam tadi aku nampak kakak kau dengan prince
sekolah ni dekat kelab,” terang Kemn.
“Kelab? Kelab mana pulak? Siapa pula prince?”
Dahi Fatin berkerut.
“Kelab Rostarlah,” jawab Kemn.
“Aku tak tahulah kelab-kelab ni Kemn dan tak
mahu ambil tahu. Tempat tak elok semua tu,” balas Fatin
selamba.
“Hmm, ni aku nak cerita ni,” Kemn tidak sabar
ingin menceritakan pada Fatin. Nurul hanya menggeleng-

26
Nurul’ Ain

geleng melihat sikap Kemn. “Aku nampak prince Haikal


dengan kakak kau Rozana. Kakak kau kerja situ ke?” Fatin
hanya menundukkan muka, malu dengan rakan-rakannya.
Selepas gagal peperiksaan SPM, Rozana tidak mahu lagi
menyambung pelajarannya. Sememangnya Rozana pelajar
yang sangat malas dan tidak mahu belajar.
Namun Puan Muna tidak mengetahui akan hal itu
kerana Rozana hanya memberi alasan bahawa dia ingin
menyambung pelajaran apabila sudah ada duit. Walhal kini
Rozana sering melakukan pelbagai perbuatan yang dilarang
oleh agama dan undang-undang negara. Ada jiran-jiran
pernah melihat Rozana bersama lelaki keluar dari pintu hotel
di bandar raya.
Segala perbuatannya adalah di luar pengetahuan
Puan Muna. Apabila ditanya Rozana hanya memberi alasan
bahawa dia sibuk bekerja.
“Fat... Fat!” Fatin tersentak tatkala dipanggil Kemn.
“Ha! Maaf.”
“Ke mana fikiran kau melayang? Aku minta maaflah
kalau kau kecil hati apa yang aku beritahu tadi. Aku tak niat
apa-apa pun, cuma pelik bila tengok Haikal dan kakak tiri kau
di luar kelab malam tadi.”
“Tak apa, aku tak kisah. Cuma aku pun pelik juga
bila kau cakap Haikal ada sekali. Haikal budak baru masuk tu
kan? Yang kekasihnya konon marah-marah aku hari tu, kan?
Lelaki, kalau ada duit macam tulah,” jawab Fatin seperti
berbau kekesalan melihat sesetengah manusia yang berduit
tidak pandai mengatur hidup. Berajakan duit di hati dan jiwa,
ada juga yang sanggup membeli dan menyelesaikan semua
masalah dengan duit.
Sedang asyik mereka berbual, Cikgu Razlan masuk

27
Anugerah Cinta

ke kelas dan meletakkan buku serta kertas ujian pertengahan


tahun di atas meja.
“Hari ni saya akan beri kertas ujian peperiksaan
kamu minggu lepas.” Fatin tidak sabar-sabar ingin melihat
markahnya.
“Nurul Amira, Akma Zahirah, Nurul Fatin.” Fatin
bingkas bangun mendapatkan kertasnya daripada Cikgu
Razlan. “Tahniah, kamu dapat markah paling tinggi dalam
kelas,” kata Cikgu Razlan kepada Fatin.
“Terima kasih cikgu,” Fatin tersenyum lebar dan
beredar mendapatkan tempat duduknya. “Kemn, Nurul,
kamu dapat berapa?” Nurul meletakkan kertas ujiannya di
dalam beg.
“Hmm.. teruklah Fat aku fail,” keluh Kemn. Kemn
mengambil kertas Fat. “Wah! Tengok ni kau dapat sembilan
puluh lima markah, pandainya!”
“Fat, macam mana kau belajar ya? Aku dah cuba
macam-macam cara dah, risaulah peperiksaan nak dekat
dah,” luah Nurul. Nurul menoleh pada Fat yang duduk di
belakangnya.
“Jangan keluar malam, rajin solat, jangan usik aku.
Insya-Allah kau orang akan cemerlang dalam peperiksaan,”
Fatin mengusik rakan-rakannya
“Alah, aku tahulah, kami ni tak baik macam kau,
wanita muslimah,” ujar Nurul merajuk.
“Janganlah kecil hati, aku bergurau aje. Macam
inilah, nanti kita belajar sama-sama. Apa yang engkau orang
tak faham, nanti aku ajar. Em lupa pulak kertas Adny siapa
ambilkan? Kenapa dia tak datang ya?”
“Dia hantar abangnya ke lapangan terbang. Abangnya

28
Nurul’ Ain

berpindah ke Korea sebab bos di syarikat tempat abangnya


bekerja buka cawangan di sana,” terang Nurul panjang lebar.
“Seronoknya dapat pergi sana. Tempat Jun Sang
dan You Jin,” kata Fatin.
“Siapa tu Fat?” soal Nurul ringkas.
“Pelakon drama bersiri Korea Winter Sonata,”
“Hai, sejak bila kau layan cerita-cerita tu Fat?” Kemn
mencelah.
“Ha ha ha!” Fatin hanya ketawa kecil.
“Suka tengok hero tu. Kacak, hidungnya mancung.
Heroinnya pula comel dan jalan ceritanya romantis, bolehlah
kalau nak layan sikit.” Fatin kemudian mula menumpukan
perhatian pada Cikgu Razlan yang mula mengajar.
“Saya harap siapa yang dapat markah rendah-rendah
tu banyakkan usaha, jangan banyak main. Selain saya, kamu
boleh tanya pada Nurul Fatin dan rakan-rakan lain yang
mendapat markah tinggi bagaimana nak belajar dengan
berkesan.”
Beberapa orang pelajar memandang ke arah Fatin.
Fatin hanya menunduk malu. Fatin merupakan pelajar
harapan sekolah dan sangat disayangi guru-gurunya. Dia
merupakan pelajar yang berwawasan dan berhemah tinggi
serta sangat disenangi oleh rakan-rakan kecuali segelintir
pelajar yang jealous dengan kepandaian Fatin.

“MAN!” Haikal menepuk belakang sahabatnya yang sedang


asyik menonton cerita Jangan Pandang Belakang lakonan
seram Pierre Andre.

29
Anugerah Cinta

“Hish, kau ni! Dahlah tak bagi salam masuk rumah


aku, terkejut tau tak!” Muka Razi pucat seperti nampak
hantu.
“Ha ha ha! Ala... apa punya anak lelakilah kau ni,
itu pun takut!” usik Haikal.
“Yang kau ni dari mana? Tak bagi tahu pun nak
datang?" Razi menyoal Haikal seperti orang bersalah.
“Aku pergi jumpa Ana tadi.”
“Kau ni Haikal, ada rupa, ada pendidikan, berduit
dan anak orang kaya tapi pilih perempuan macam tu jadi
teman hidup,” bebel Razi panjang lebar.
“Aku main-main aje dengan dia, bukan serius pun.
Bukan aku tak tahu kerja apa dia buat, takkanlah aku nak
jadikan dia isteri, kau gila? Aku nak cari wanita solehah
untuk anak-anak aku.” Haikal membelek-belek CD di
hadapannya satu per satu.
“Kalau macam tu kau pun kena berubah. Tuhan dah
kata orang yang baik akan dapat jodoh yang baik, faham?”
Razi meneguk kopi yang dibuatnya tadi.
“Aku bukan tak nak berubah, tapi kau faham
ajelahkan... kita muda lagi enjoylah puas-puas dulu, soal solat
ni apa-apa pun kemudian ceritalah,” jawab haikal.
“Ha iyelah! Kau tahu ke kau mati bila?” Razi
membaling bantal kecil yang dipeluknya ke arah Haikal.
“Apalah kau ni. Malaslah aku nak cakap, tu tengok
hantu dah keluar. Eh... hantu tu macam muka kaulah Razi,
ha ha ha!” Rancak Haikal mengusik Razi.
“Em... Raz. Aku ada bendalah nak tanya.”
“Apa dia?” Razi memandang rakannya itu.
“Fat tu budak mana? Anak siapa? Duduk mana?”

30
Nurul’ Ain

Haikal membuat muka toya dengan soalannya yang bertalu-


talu.
“Eh... apa pasal kau ni? Ana tu nak campak mana?
Kau jangan nak mengada-ada, makan penumbuk aku ni
karang. Fatin tu budak baik,” tegas Razi.
“Apa? Fatin? Apa pasal panggil Fat? Dulu aku ingat
dia tu gemuk. Sekali aku tengok lawa juga budaknya macam
kacukan.”
“Dia anak... Ah! Malaslah nak bagi tahu kau, buang
masa aje.”
“Ala... Raz... kau dengan kawan pun nak berkira.”
Haikal pura-pura merajuk.
“Dia anak yatim piatu, budak Damansara. Dia
duduk dengan mak tiri dia, cukup Mohd Haikal? Apa lagi
yang anda ingin tahu?” Razi tersenyum sumbing.
“Ooo... kesian dia... anak yatim? Bila mak dan ayah
dia meninggal dunia?” soal Haikal yang semakin berminat
mengetahui latar belakang Fatin.
“Lima tahun yang lepas, aku dengar belanja sekolah
dia pun abang tiri dia yang tanggung.”
“Wah! Banyak juga informasi tentang dia yang kau
tahu ya?”
“Ha ha ha... biasalah beb, dah minat.” Ringkas
jawapan Razi.
“Ha! Kau ada hati pada dia?”
“Kenapa? Tak boleh? Iyalah, dah memang sesuai dia
dengan aku. Aku pun apa kurangnya, baik, peramah, penyayang,
rajin. Bukan macam kau!”
“Hey, jaga sikit mulut kau! Karang singgah
penumbuk ni!” Haikal baran dengan kata-kata rakannya itu.

31
Anugerah Cinta

“Okey, kita bertaruh siapa dapat Fatin dia kena


belanja makan sebulan okey?” Razi menambah.
“Setakat belanja makan tak ada hal beb!” Razi dan
Haikal masing-masing menunjukkan muka puas.

DUMMM!!!
“Mana budak bertuah ni?” Rozana menghempaskan
pintu rumah.
“Fatin!!!” Fatin bergegas keluar dari bilik tidurnya
menuju ke pintu rumah dan memulas tombol pintu.
“Kau pergi mana? Pekak ke? Aku panggil banyak
kali tak dengar!!!” Rozana yang sedang mabuk itu mencampak
tas tangannya ke atas meja.
“Maaf kak. Fatin baca buku tadi, tak dengar.” Fatin
tunduk.
“Buku apa? Tak payahlah rajin sangat! Kalau dah
bodoh tu bodoh juga!” bentak Rozana tiba-tiba. Dia berjalan
terhuyung-hayang dan hampir terjatuh. Pantas Fatin berlari
untuk menyambut kakak tirinya itu.
“Jangan pegang akulah! Tangan kau tu kotor tahu
tak? Habis baju aku!” Fatin berundur ke belakang.
“Akak dah makan? Nak air?” Fatin bertanya dengan
nada tersekat-sekat.
“Bawa air dalam bilik aku! Cepat! Jangan terhegeh-
hegeh!” Fatin hanya menurut perintah seperti pembantu
rumah yang dibayar gajinya.
“Nah kak... akak nak apa-apa lagi?” Fatin
menghulurkan air tersebut kepada Rozana.

32
Nurul’ Ain

Rozana dengan cepat mengambil air tersebut


daripada tangan Fatin
“Hish! Apa ni?” Rozana menyimbah air yang panas
ke tangan Fatin. Cepat-cepat Fatin mengelap air di tangannya
dengan lengan baju kerana air tersebut terlalu panas, hampir
melecur tangannya.
“Kau nak bagi aku minum air ke nak suruh lidah
aku melecur? Hah?!” Rozana melemparkan cawan ke atas
lantai. Rozana bagai mak tiri yang mendera anak kecil,
sikapnya benar-benar keterlaluan.
“Maaf... ma... maaf... Fatin baru lepas masak air
tadi, tak ada air sejuk nak campur... sebab tu panas sikit kak.”
Dengan nada yang tersekat-sekat Fatin menjawab pertanyaan
Rozana.
“Kau kemas kaca-kaca ni, lepas tu berambus dari
bilik aku! Buang masa aku layan kau!” Fatin pergi ke dapur
mengambil penyapu dan kain buruk lalu membersihkan kaca
yang bertaburan di atas lantai.
Setelah selesai membersihkan kaca yang pecah,
Fatin menyembamkan mukanya ke bantal. Sekali lagi air
mata Fatin berlinang keluar dari kelopak matanya. Fatin
kemudian mengambil gambar arwah ayah dan ibunya.
“Fatin harus kuat untuk menempuh hari-hari yang
mendatang ya nak?”
Fatin masih terngiang-ngiang nasihat dan kata-kata
ibunya dua minggu sebelum tragedi ngeri itu berlaku, di
mana dia hilang tempat mengadu nasib dan bergurau senda.
Fatin bingkas bangun dan mengambil air sembahyang.
“Ya Allah berilah diriku kekuatan untuk meneruskan
hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya dugaan yang
Engkau berikan terlalu perit untuk aku tanggung seorang

33
Anugerah Cinta

diri, aku hamba-Mu yang lemah Ya Allah. Pimpinlah aku,


berilah petunjuk dan hidayah pada diriku dan juga insan-
insan yang kusayang. Sesungguhnya tiada Tuhan yang
kusembah melainkan Engkau dan sesungguhnya Nabi
Muhammad itu pesuruh-Mu. Amin....”
Fatin termenung jauh mengenangkan nasibnya di
atas sejadah, kemudian Fatin melipat sejadah dan telekungnya
lalu diletakkannya di atas katil. Fatin menarik kerusi di meja
belajarnya lalu mengulangkaji pelajaran.
“Assalamualaikum.” Zaidi menegur adiknya di dalam
bilik.
“Walaikumussalam, abang... masuklah,” pelawa Fatin.
“Adik buat apa ni?” soal Zaidi ringkas.
“Tak ada apa. Cuma nak ulangkaji pelajaran, tak
lama lagi Fatin nak exam dah.” Fatin menutup buku
Ekonominya dan berpaling pada abangnya.
“Ni... abang ada benda nak bagi pada Fatin.” Zaidi
menghulurkan sebuah novel kepada adiknya sambil duduk di
atas katil menghadap Fatin.
“Mimpi Yang Tak Sudah, eh... macam lagu Ibnor
Riza tulah bang.” Fatin tersenyum melihat tajuk novel itu.
Dia memang gemar membaca novel-novel cinta serta sering
menghasilkan karya-karya seperti sajak dan lirik lagu cinta.
“Abang nampak novel ni tadi semasa beli barang di
kedai. Abang teringat yang adik abang seorang ni suka baca
novel, tauke kedai tu kata ni novel terbaru,” terang Zaidi.
“Terima kasih ya bang.” Fatin tersenyum sambil
membelek-belek novel tersebut.
“Tak apa, abang pun tak pernah lagi hadiahkan
Fatin apa-apa. Anggaplah tu hadiah hari jadi akan datang, ya.”

34
Nurul’ Ain

Zaidi leka melihat adik tirinya membelek-belek novel


tersebut.
“Jangan tidur lewat ye. Esok adik nak pergi sekolah.”
Zaidi bangun meninggalkan Fatin bersama buku novelnya.
“Eh, Fatin.” Zaidi menghentikan langkahnya apabila ternampak
tangan Fatin lebam dan merah menyala.
“Kenapa ni dik? Tangan ni?” soal Zaidi.
“Em... tak... tak ada apa bang,” jawab Fatin cuba
mengelak.
“ Jangan tipu abang! Tahukan abang tak suka orang
menipu?” tegas Zaidi.
“ Tahu.” Nada suara Fatin tersekat-sekat.
“Selagi Fatin tak beritahu abang, abang tak akan
berganjak dari sini,” tegas Zaidi. Zaidi tahu ada sesuatu yang
cuba disorok oleh Fatin. Zaidi tidak puas hati.
“Em... Kak Ana... Kak Ana...” Fatin kembali berdiam
diri.
Zaidi bingkas keluar dari bilik dan menuju ke bilik
Rozana.

BAMM! bamm! bamm!


“Ana! Buka pintu ni cepat! Buka aku kata!” Puan
Muna keluar dari dapur apabila terdengar bunyi bising di
bilik Rozana.
“Apa pasal kau ni Zaidi? Dah macam orang kena
rasuk hantu aje! Kenapa kau ketuk bilik Ana kuat-kuat tu?”
tegur Puan Muna, kemudian Rozana membuka pintu dengan
perlahan.

35
Anugerah Cinta

Bamm!!!
Zaidi menolak pintu dengan kuat.
“Apa ni bang? Macam orang gila malam-malam
buta ni ketuk pintu bagai nak pecah!” Ana menggosok-gosok
punggungnya yang sakit akibat jatuh terduduk dek terkena
pintu yang ditolak Zaidi.
“Apa kau buat kat Fatin sampai melecur tangan dia
macam kena air panas? Hah?” Zaidi menengking Rozana.
“Alah! Manja betul budak mengada tu! Mana aku
tahu kau tanyalah dia sendiri!” Rozana cuba mengelak. Puan
Muna hanya terpaku melihat aksi kedua-dua anaknya yang
bertengkar bagai anjing dan kucing.
Fatin bergegas keluar mendapatkan Abang Zaidi.
“Abang... abang.... Tak apa, bukan salah Kak Ana.
Fatin yang cuai masa bagi air pada akak tadi.”
Zaidi berpaling pada Fatin.
“Adik jangan tipu abang, abang tahu ni kerja siapa.
Kau dengar sini Ana, selagi aku hidup tak ada sesiapa pun
boleh buat sesuka hati pada Fatin, faham?” Rozana mencebik.
“Eh, sejak bila kau jadi peguam bela untuk budak
perempuan ni hah? Engkau Fatin, sejak bila pula jadi kuat
mengadu ni?Hah? Kau ingat sikit kau tu..!” marah Puan
Muna yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati kepada
pergaduhan adik-beradik itu.
“Mak, walau siapa pun dia, ia tetap adik Zaidi. Mak
dengan Ana dah melampau. Zaidi tak nak kurang ajar dengan
mak, tapi Fatin juga manusia yang ada perasaan macam kita.”
Zaidi memotong kata-kata emaknya. Zaidi kemudian
memegang bahu Fatin lembut.
“Aku peduli apa!” Rozana mencelah dengan mukanya

36
Nurul’ Ain

yang selamba. “Dahlah aku nak tidur! Buang masa bergaduh


pasal budak tu! Tau tak?”
Bamm!!! Rozana menghempas pintu biliknya.
Fatin tersentak.
Sememangnya segala perbuatan Puan Muna dan
Rozana yang sering mendera Fatin jarang diketahui oleh
Zaidi, kerana mereka tahu Zaidi sangat menyayangi Fatin.
Puan Muna beredar dengan menunjukkan isyarat tangan
tanda amaran pada Fatin semasa Zaidi membelakangkan
Puan Muna. Fatin hanya menunduk.
“Jom dik.” Fatin dan Zaidi beredar masuk ke bilik
masing-masing. Sebaik sahaja Fatin masuk ke dalam bilik,
dia terus melabuhkan punggungnya di atas katil.
“Dik... meh sini abang letak ubat kat tangan tu,
kalau dibiar teruk nanti.” Fatin hanya menghulurkan tangan
kanannya pada Zaidi seperti pesakit yang patuh pada arahan
jururawatnya.
“Ouch!” Fatin menarik sedikit tangannya.
“Maaf, maaf... adik tahan sikit ya...” pinta Zaidi.
Zaidi menggosok perlahan ubat tersebut di atas
tangan Fatin. Air mata Fatin mengalir kerana menahan sakit.
“Adik rehat ya, jangan terlalu lasak. Tangan tu baru
abang letak ubat.”
“Terima kasih abang.” Zaidi tersenyum, dalam
hatinya sebak melihat adik kesayangannya diperlakukan
seperti haiwan. Sememangnya dia sangat benci pada kekasaran
dan sikap membuli Rozana dan emaknya Puan Muna.

37
Anugerah Cinta

bab 4
“F
AT! Fat!” termengah-mengah
Adny lari mengejar Fatin
yang ingin melangkah ke
dalam kelas.
“Kenapa kau ni Adny? Perlahan-lahanlah, tengok tu
termengah-mengah dah, badan kau tu dahlah bulat kalau
tersembam jatuh tadi macam mana?” Fatin tersenyum lebar
apabila dapat menyakat kawannya yang montel itu.
“Ala! Kau ni sama macam Kemn suka usik aku.
Iyalah, badan aku ni gemuk tak macam kau ramping, cantik.”
Adny merajuk.
“Ala bucuk manja Fatin ni, merajuk dah dia.” Fatin
mencubit pipi Adny.
“Aduh! Sakitlah Fat...” Adny menggosok pipinya
yang merah dicubit oleh Fatin.
“Fatin! Ni ada Prince bagi kau surat!” Adny
mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna putih daripada
poket bajunya.
“Surat? Surat apa?” soal Fatin.

38
Nurul’ Ain

Fatin mengambil surat itu dari tangan Adny. “Em...


siapa bagi Adny?”
“Tak tahu... sebab bila aku tanya kat budak yang
bagi pada aku tu siapa bagi, dia pun kata tak tahu,” jawab
Adny petah.
“Bukalah... tak sabar dah ni! Bukalah!” gesa Adny.
“Jom masuk kelas dulu.” Fatin melangkah masuk
ke kelas dan meletakkan beg serta bukunya di atas meja.
Dengan cermat Fatin membuka surat itu perlahan agar tidak
terkoyak.

Assalamualaikum...
Hai Fatin, apa khabar? Saya tahu mesti awak
tertanya-tanya siapakah gerangan yang
memberikan surat ini pada awak. Buat
sementara waktu ni biarlah ianya menjadi
rahsia.... Sebenarnya saya sudah lama
perhatikan awak dari jauh, saya suka melihat
cara dan tingkah laku awak. I know about you
from my friend. You are very nice person and I
want to be your best friend. Saya berniat
ikhlas dan harap awak sudi. Insya-Allah jika
diizin Tuhan ada masa nanti kita akan
bertemu. Adios.
Yang benar,
Prince Charming

“Adios?” Fatin seolah-olah tahu akan bait perkataan


Mexico itu.
“Fuyo cakap Mexican! Fat ada peminat!” sorak

39
Anugerah Cinta

Adny. Kemn dan Nurul yang baru melangkah masuk ke kelas


terkejut mendengar suara Adny yang bising lalu bergegas
mendapatkan Fatin.
“Fatin kau okey ke? Kenapa Adny ni? Terjerit-jerit?”
Fatin tertunduk malu.
“Tu ha! Kau tengoklah tangan Fatin tu ada apa,
surat peminat beb! Peminat... lebih kurang macam nilah dia
tulis ‘saya dah lama perhatikan awak dari jauh. Saya ikhlas
nak berkawan dengan awak lebih rapat lagi, I Love You’ he he
he!” kata Adny.
“Hish! Menambah aje Adny ni, dia tak cakap pun I
Love You la.” Fatin menepuk bahu Adny yang cuba menambah-
nambah isi kandungan surat itu. Nurul dan Kemn terlopong
melihat Fatin.
“Wah... kawan kita dah ada peminat.” Kemn
bersuara.
“Em... tak hairanlah Fatin ada peminat. Mana-mana
lelaki yang tengok pun akan cair. Muka diakan ala-ala pelakon
Korean. Comel dan manis, iya tak Kemn?” sampuk Nurul
mengusik Fatin.
“Iyalah! Bikin cair itu lelaki punya atilah amoi.”
“Ha ha ha!”
Mereka bertiga ketawa besar mengusik Fatin. Fatin
hanya tunduk dengan mukanya yang sudah merona
kemerahan. Fatin tertanya-tanya, siapakah lelaki yang cuba
menghampirinya secara dekat. Sememangnya Fatin mempunyai
ramai peminat sejak di sekolah lama lagi, tetapi semuanya
ditolak secara baik disebabkan dia ingin menumpukan
sepenuh perhatian pada pelajaran dan dia khuatir Abang Zaidi
akan memarahinya kerana bermain dengan cinta sedangkan
dia masih di bangku sekolah lagi.

40
Nurul’ Ain

“HAI Fatin,” Razi menegur. Fatin menoleh ke belakang.


“Awak Raz, kenapa?”
“Emm...”
“Kenapa ni? Raz nak apa?” soal Fatin.
“Tak, Raz nak tanya Fatin dah makan ke belum?”
“Ha ha ha! Apalah Raz ni, tak akan tegur Fatin
semata-mata nak tanya Fatin dah makan ke belum?” sakat
Kemn.
“Haahlah kau ni Raz, ni mesti ada apa-apa. Ntah-
ntah kau yang hantar...” Fatin menyinggung tangan Kemn
yang cuba memberitahu tentang surat yang diterimanya
siang tadi.
Razi hanya termangu melihat mereka berdua.
“Kenapa Raz? Kalau tak ada apa-apa Fatin dengan
Kemn nak pergi jumpa Cikgu Norsiah ni, nanti lambat pula.”
Fatin menarik tangan Kemn.
“Nanti, nanti kejap. Fatin free tak hujung minggu
ni?” Razi menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Hujung minggu?” Fatin berfikir sejenak. “Kenapa
Raz tanya?”
“Tak... Raz nak ajak Fatin...”
“Tengok wayang?” Kemn menyampuk.
“Uit Kemn! Kau boleh tak bagi aku ruang nak
bercakap dengan Fatin? Menyibuk aje kau ni!”
“Eleh! Yelah, yelah, cakaplah! Aku duduk sana,”
jawab Kemn.
Kemn beredar pergi dengan gaya merajuk,
sememangnya dia kawan yang paling busybody dan tidak
tahan rahsia. Namun Fatin sudah biasa dengan perangainya.

41
Anugerah Cinta

“Ooo... nak ajak tengok wayang?” soal Fatin.


“Kenapa Fatin ada hal ke?”
“Taklah, tapi hujung minggu Fatin jarang keluar
kecuali dengan Abang Zaidi atau kawan-kawan perempuan.
Maaf ya Raz, Fatin minta maaf sangat-sangat. Raz cubalah
ajak Kemn atau Nurul,” cadang Fatin.
“He...” Razi tersengih bagai kerang busuk. “Tak
maulah, tak apalah mungkin lain kali.”
Razman beredar pergi. Fatin hanya tersenyum
kemudian menggamit Kemn yang duduk di pondok menunggu
untuk pergi berjumpa dengan Cikgu Norsiah di bilik guru.
Lain kali pun tak mahu rasanya, hati Fatin berbisik
sendiri.

42
Nurul’ Ain

bab 5
T
OK! Tok! Tok!
“Masuk...” Cikgu
Norsiah menjemput Fatin masuk
ke dalam biliknya.
“Assalamualaikum cikgu,” Fatin kemudian duduk
di hadapan meja Cikgu Norsiah.
“Kemn pun ada sekali, jemput duduk.”
Kemn menarik kerusi dan duduk di sebelah Fatin.
Cikgu Norsiah membelek-belek kertas di hadapannya. Fatin
dan Kemn yang masih tertanya-tanya tujuan cikgu mereka
memanggil mereka itu hanya diam membisu menanti
butiran lanjut dari Cikgu Norsiah.
“Macam ni Fatin, dua bulan lagi sekolah kita akan
mengadakan Minggu Kesenian dan Kebudayaan. Sepanjang
minggu itu akan dijalankan pelbagai pertandingan dan
aktiviti untuk pelajar sekolah ini yang melibatkan semua
peringkat,” jelas Cikgu Norsiah panjang lebar.
“Jadi cikgu nak kami masuk pertandingan?” soal
Fatin.

43
Anugerah Cinta

“Tak.” Ringkas sahaja jawapan Cikgu Norsiah. Fatin


keliru.
“Habis cikgu, kenapa cikgu nak jumpa kami?”
“Saya nak Fatin jadi pengarah untuk program ini.”
Cikgu Norsiah tersenyum.
“Apa? Pengarah?” Fatin tersentak. Kemn turut
terlopong.
“Emm... tapi saya tak biasa buat kerja-kerja ni
cikgu, saya takut nanti huru-hara jadinya.”
“He he he... tipu tu cikgu. Fatin ni berbakat kalau
bab-bab mengarah orang ni,” ujar Kemn sambil tersengih.
Fatin mencubit peha Kemn geram.
“Aduh! Sakitlah.”
"Tak apa Fatin. Jangan risau, saya akan bimbing
awak. Saya dan pengetua juga yakin awak boleh buat.”
“Emm... baiklah cikgu, saya cuba.”
“Nah, kertas kerja dan program. Fatin boleh jumpa
saya bila-bila masa.” Cikgu Norsiah menyerahkan fail kertas
kerja program tersebut pada Fatin.
“Terima kasih cikgu.” Fatin dan Kemn serentak
membalas lalu bangun dan beredar keluar dari bilik Cikgu
Norsiah.
“Gatal!” Fatin menarik telinga Kemn.
“Aduh... aduh... tolong... tolong...!” Kemn menjerit
apabila telinganya ditarik oleh Fatin.
“Ha! Rasakan, pandai aje cakap dengan cikgu macam
tu!”
“Ala tuan puteri, patik minta ampun. He he he!”
Kemn menunjukkan muka kesian. “Ala! Aku tahu kau boleh

44
Nurul’ Ain

buatlah Fat, benda kecil aje tu.” Kemn dengan selamba


menambah lagi. Dia yakin sahabatnya itu boleh melakukannya.
“Yelah, benda kecil...” Fatin mengeluh. Mereka
berdua terus melangkah menuju ke kelas. Kemudian mereka
terserempak dengan Haikal.
“Hai, cik adik manis berdua nak pergi mana? Boleh
saya temankan?” Fatin hanya tunduk, dia tidak selesa
bertentang mata dengan pemuda di hadapannya itu.
“Tak payah! Buaya! Sibuk aje.” Kemn meninggikan
suaranya.
“Amboi garangnya, cik adik Fatin ni kenapa diam?”
soal Haikal dengan selamba.
“Hey! Tak payah sibuklah monyet!”
“I am not talking to you, okay!” Haikal geram
kerana dihambur oleh Kemn dengan perkataan yang
menjatuhkan air mukanya.
“Dah la tu, minta diri dulu ya saudara, kami ada
kelas,” ujar Fatin lembut seraya menarik tangan Kemn untuk
beredar dari tempat itu. Fatin tahu jika semakin lama dia di
situ, akan jadi bergaduhan besar di antara Kemn dan Haikal.
Bukan dia tak tahu perangai Kemn yang panas baran dan
bermulut celupar itu.
“Yang kau ni garang sangat kenapa? Tak baik cakap
macam tu,” tegur Fatin lembut.
“Ah! Lelaki ni bukan boleh bagi muka! Semuanya
sama!”
“Em, cara kau cakap tu macam pernah frust aje,”
ujar Fatin sinis.
“Fatin, biar hati yang buta jangan penglihatan kita
ni yang dibutakan,” balas Kemn. Fatin hanya tersenyum

45
Anugerah Cinta

mendengar kata-kata sahabatnya. Kemn baru dua bulan


ditinggalkan teman lelakinya kerana orang ketiga. Peristiwa
itu membuatkan Kemn sangat marah pada lelaki.
“Mata, hati, telinga dan setiap anggota kita
dianugerahkan Allah dengan baik. Jadi kita perlu hargainya
Kemn. Jikalau hati buta hilanglah pedoman hidup kerana apa
sahaja yang kita lakukan perlu datang dari hati yang ikhlas
dan bersih. Jika hati buta maka butalah iman dan butalah
fikiran,” nasihat Fatin. Kemn hanya terdiam mendengar gadis
di sebelahnya petah memberikan nasihat.

“HA! Baru balik! Bagus! Buatkan air untuk kawan aku ni.” Puan
Muna tiba-tiba menempik Fatin yang baru sahaja ingin membuka
kasut sekolahnya. Fatin masuk dan terus menuju ke biliknya.
“Eh, nak pergi ke mana tu? Aku suruh buat air
bukan masuk bilik, lembab betul! Tak faham bahasa Melayu
ke?” herdik Puan Muna. Dua orang rakan Puan Muna hanya
tersengih melihat Fatin dimarahi.
“Maaf puan saya nak tukar baju dahulu,” jawab Fatin
lembut.
“Memang budak ni tak faham bahasa! Aku suruh
buat air buatlah air! Pergi cepat! Anak dengan mak sama aje!”
Puan Muna menjeling tanda puas hati, semua perasaan benci
dan geramnya hari-hari dilepaskan pada Fatin.
Fatin terus beredar ke dapur dan menjerang air.
Pilu hatinya apabila Puan Muna melafazkan kata-kata
tersebut. Dia tidak kisah jika segala tohmahan dan perkataan
kesat dilemparkan padanya tetapi bukan kepada ibunya yang
sudah tiada lagi. Sebak sungguh hatinya.

46
Nurul’ Ain

“Cepatlah! Lembab betullah budak ni!”


‘Saya datang ni puan,” balas Fatin lembut.
Fatin tergesa-gesa membawa tiga cawan kopi dan
sedikit kerepek yang dibeli Abang Zaidi untuknya, tetapi
dihidangkan untuk tetamu yang datang. Jika tidak, pasti
dirinya akan dimarahi lagi kerana tidak menyediakan sedikit
makanan pada tetamu.
Kringgg! Kringgg! Kringgg!
“Pergi angkat telefon tu aku nak berbual!” arah
Puan Muna.
“Hello,” lembut suara Fatin menjawab panggilan
tersebut.
“Hello, boleh saya bercakap dengan Fatin?”
“Fatin bercakap,” balas Fatin. Fatin berasa hairan
kerana tiada siapa yang berani membuat panggilan ke
rumahnya, tambahan lagi untuk bercakap dengannya. Jika
diketahui oleh Puan Muna sudah pasti teruk dirinya
dikerjakan.
“Saya Haikal, pelajar kelas Tingkatan Enam Seroja.”
Suara Haikal riang kerana dapat bercakap dengan Fatin.
“Em, Haikal maaf ya, sa... saya ada kerja nak bu..
buat, nanti kita cakap di sekolah sahaja boleh?” suara Fatin
terketar-ketar.
“Oh iya ke...?” Haikal terdiam seketika.
“Buat apa ni? Dah pandai nak bergayut pula!” Tiba-
tiba Puan Muna menengking dan menarik rambut Fatin.
“Puan... puan... sakit....” rintih Fatin. Puan Muna
meletakkan gagang telefon.

47
Anugerah Cinta

“Tak payah nak bergayut-gayut macam monyet


dekat sini! Kau ingat telefon tu mak kau bayar?” Puan Muna
menolak kepala Fatin.
Bamm! Fatin terhumban di atas lantai. Berlinangan
air mata Fatin, hatinya sebak. Sekali lagi nama ibunya
disebut-sebut. Walaupun hatinya memberontak tapi apakan
dayanya untuk melawan.
“Rasakan! Kau dengar sini, kau jangan nak bertuan
pula di rumah aku ni ya! Menumpang buat cara menumpang!
Sakit hati aku pada kau tempoh hari belum habis lagi tahu
tak!” Puan Muna menendang belakang Fatin.
“Aduh, sakit puan... sakit... Fatin minta maaf...
maafkan Fatin... Fatin tak buat lagi....” Fatin merayu agar
tidak diperlakukan sebegitu rupa. Badannya tidak mampu
lagi menanggung semua itu. Selama lima tahun dia
dibelenggu dengan pelbagai tohmahan, sepak dan terajang
daripada Puan Muna dan Rozana apabila Abang Zaidi tiada di
rumah.
“Bukan main lagi kau mengadu pada anak lelaki
aku ya tempoh hari! Apa kau ingat kau dah ada pembela kau
boleh lepas ha?!”
Puan Muna menarik-narik rambut Fatin dan
menghentaknya berkali-kali. Perbuatan Puan Muna sangat
melampau, dia memperlakukan Fatin bagai insan tidak
berperasaan.
“Fatin minta ampun....” Fatin memegang kaki Puan
Muna. Puan Muna sekali lagi menyepaknya kemudian
ditinggalkan Fatin sendirian di situ. Setelah lama di situ
beransur-ansur Fatin bangun berjalan ke biliknya perlahan-
lahan.
“Ibu... tolong Fatin. Fatin tak tahan... sakit...” Fatin

48
Nurul’ Ain

memanggil arwah ibunya. Air mata Fatin bercucuran keluar


tidak henti-henti. Tidak lama kemudian Fatin tertidur di atas
katil setelah puas menahan sakit.

49
Anugerah Cinta

bab 6
“H
AI Nurul,” sapa Haikal.
“Hai! Em... Haikal,kenapa?”
soal Nurul ringkas.
“Fatin tak datang ke?”
“Tak tahulah, selalunya waktu macam ni dia dah
sampai. Cuba kau tengok kat kelas, mungkin ada.” Nurul
terus berjalan menuju ke kelas, kemudian dia menoleh.“Tapi,
kenapa kau cari dia?”
“Emm... tak ada apa-apa saja tanya.” Haikal cepat
berlalu, takut disoal bertubi-tubi.
“Adny, Kemn, kenapa Fatin tak datang ya hari ni?
Dia tak pernah tak datang sekolah. Ada apa-apa tak kena ke
dengan dia?” soal Nurul bimbang kalau rakannya itu terlantar
sakit atau ditimpa masalah besar.
“Entahlah, aku pun pelik. Cuba kita telefon dia,
mungkin dia sakit.” Mereka bertiga bergegas ke pondok
telefon di dalam sekolah tersebut.
“Assalamualaikum, Fatin ada?”

50
Nurul’ Ain

“Siapa ni?” Puan Muna bertanya kasar.


“Saya Nurul, kawan Fatin. Kenapa Fatin tak datang
sekolah ye mak cik?” soal Nurul.
“Aku tak tahu!” Praakkk! Telefon dihempas kuat.
“Eh?” Nurul tersentak.
“Kenapa Nurul?”
“Apa punya oranglah! Tak ada budi bahasa betul!
Ada ke patut aku tanya baik-baik dia jawab macam tu!”
“Nurul, aku rasa mesti ada yang tak kena kat rumah
dia,” kata Kemn.
“Hmm... kau ni Kemn jangan sibuklah. Mungkin
dia ada masalah keluarga tu,” sampuk Adny lembut. Mereka
bertiga beredar ke kelas semula.
“Kemn! Kemn!” Razak menahan perjalanan Kemn.
“Hmm... nak apa?” Kemn acuh tak acuh. Nurul dan
Adny turut memandang.
“Ni... kau tolong beri pada Fatin. Ada orang bagi.”
Razak menghulurkan sekeping sampul surat berwarna merah
hati.
“Siapa bagi ni? Baik kau cakap dengan aku, lepas
satu, satu surat yang dia dapat tapi hantu mana yang bagi
pun tak tahu!” gumam Kemn.
“Aku tak tahu... betul tak tahu.”
“Hai, berapa ribu dia suap supaya kau tak buka
mulut?”soal Nurul.
“Macam nilah, kau cakap dengan dia jadilah lelaki
sejati. Apa barang pakai posmen beb!” Kemn meninggikan
suara pada Razak yang juga rakan sekelas Razi itu.
“Entahlah, ni zaman moden bukan zaman atuk

51
Anugerah Cinta

nenek kita dulu, pakai pos-pos surat.” Nurul mencelah lagi.


Razak beredar dengan muka toya setelah disound oleh
mereka. Kemn membelek-belek surat tersebut.
“Kita bukak nak?” Kemn memberi cadangan.
“Kau jangan nak mengada-ngada. Tak amanah
namanya tu,” sampuk Adny.
“Betul, tak amanah buka barang orang.” Nurul
menyokong.
“Iyalah...iyalah... aku simpan, esok aku bagi pada
Fatin.”
“Bagi sini.” Nurul meminta surat itu daripada Kemn.
“Nak buat apa?” Kemn enggan menyerahkan surat
di tangannya itu.
“Bagi sini....” Nurul berkeras.
“Nahlah!”
“Em...biar aku simpan. Kau tu bukan boleh
dipercayai.” Nurul mencebik pada Kemn.
“Eleh! Iyalah... engkau orang ajelah yang baik, aku
ni jahat.” Kem merajuk dan meninggalkan Nurul dan Adny
jauh di belakang.

KADANGKALA orang yang paling mencintaimu


adalah orang yang tak pernah menyatakan
cintanya padamu kerana orang itu takut
dikau berpaling dan menjauhinya. Dan bila di
suatu masa dia hilang dari pandanganmu…
dirimu akan menyedari bahawa dia adalah

52
Nurul’ Ain

cinta yang tidak pernah kau sedari…


Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita
gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta
jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

Yang ikhlas,
Prince Charming

Fatin terkedu membaca bait-bait kata dalam surat


tersebut yang diberikan oleh Nurul sewaktu di sekolah pagi
tadi. Namun kerana tidak sihat Fatin tidak dapat hadir ke
sekolah. Kini dia tahu siapa insan yang kembali menjawab
persoalan dan memberi alasan pada seribu kesalahan lepas.
Fatin mengambil kotak kecil di atas almari bajunya,
diselongkarnya isi kandungan kotak itu dan akhirnya dia
menjumpai sepucuk surat lamanya.

Kita ditakdirkan untuk berpisah, abang harap


sayang dapat menempuh hari-hari mendatang
tanpa kehadiran abang di sisi, segala yang
berlaku adalah suratan. Abang harap sayang
dapat maafkan abang kerana mengambil
keputusan tanpa berbincang dengan sayang
terlebih dahulu. Abang pasrah atas apa yang
menimpa kita. Adios.
Sekian
Wassalam.

Fatin masih menyimpan cebisan surat yang


diterima daripada bekas kekasihnya tahun yang lepas. Dia

53
Anugerah Cinta

sendiri buntu atas apa yang berlaku. Di saat dia baru


mendapat perhatian dan sedikit kasih sayang daripada
seorang lelaki, insan ketiga hadir di dalam hidup mereka
memberi taufan yang amat dasyat dan menghilangkan
kemanisan cinta mereka. Sejak peristiwa itu Fatin enggan
menerima cinta daripada lelaki, kerana takut dikecewakan
buat kali kedua.
“Assalamualaikum.” Abang Zaidi menyapa. Fatin
cepat mengesat air mata di pipinya.
“Walaikumussalam...” Fatin menjawab lembut dan
menoleh ke belakang melihat abangnya sudah melabuhkan
punggung di hujung katil bujangnya.
“Cantik bingkai bunga tu, Fatin buat sendiri ya?”
Zaidi menunjukkan ke arah dinding yang tergantung cross
stitch lambang hati dan bunga ros berlatarbelakangkan warna
putih keemasan dan berbingkaikan kayu coklat. Fatin seorang
gadis yang sangat berbakat dan rajin, dia gemar membuat
hasil kraftangan sendiri pada masa lapang selain mengarang
sajak dan menulis cerpen kanak-kanak. Banyak perkara yang
dia sempat belajar daripada ibunya.
“Em... Fatin yang buat cross stitch tu, kenapa?
Abang suka?” Fatin tersenyum lebar sambil melihat gambar
tersebut.
“Cantik! Em... sebenarnya abang nak ajak Fatin
pergi jalan-jalan hujung minggu ni. Kita pergi Mid Valley,
nak tak? Abang bosanlah dik.”
“Malaslah,” jawab Fatin pendek. Air muka Zaidi
tiba-tiba sahaja berubah menjadi masam.
“Tak apalah.” Zaidi pura-pura bangun untuk keluar
dari bilik Fatin. Cepat Fatin menarik tangan abangnya.

54
Nurul’ Ain

“He he he... Fatin gurau aje. Tengok tu, Abang


Giant dah merajuk!”
“Iyalah... adikkan cantik macam Sizuka. Abang ni
gemuk, tak kacak,” balas Zaidi.
“Okey... okey... now I’m serious. Nanti Fatin
temankan. Asalkan abang belanja Fatin, boleh?"
“Itu bisa diatur doooong! ” Zaidi tepuk riang seperti
kanak-kanak.
“Tak apalah, adik buat kerja ya. Abang nak basuh
baju.”
“Eh, tak apalah abang. Nanti Fatin basuhkan hujung
minggu ni. Itu memang kerja Fatin bang, abangkan penat
seharian di bengkel. Kesian abang, lagipun bukan banyak
sangat baju-baju abang tu.”
“Tak apa, kesian adik abang ni. Penat nanti nak
berus minyak-minyak di baju tu.”
“Terima kasih bang.”
“Sama-sama Sizuka ha ha ha!” Zaidi berlari pantas
keluar sebelum dicubit Fatin. Fatin hanya ketawa melihat
aksi abangnya itu.

FATIN membelek-belek kotak muzik di tangannya sementara


menunggu Abang Zaidi membeli tiket wayang di tingkat atas
Mid Valley.
“Hai!” Haikal menyapa dari belakang Fatin.
“Abang!” Kata-kata itu terpacul dari mulut Fatin.
Fatin cuba beredar dari tempat itu. Haikal pantas memegang
tangan Fatin tatkala Fatin cuba meninggalkannya.

55
Anugerah Cinta

“Lepaslah bang, nanti Abang Zaidi nampak susah


saya.” Fatin meronta sekuat hati.
“Di sekolah, Fatin pura-pura tak kenal abang, di sini
pun Fatin buat abang macam orang asing!” luah Haikal.
“Fatin tak ada masalah nak bergaduh dengan abang.
Perkara dah lepas biarkan lepas bang. Abang dah bebaskan
Fatin, biarkanlah Fatin dengan cara hidup Fatin sendiri.”
“Tanpa dengar penjelasan dari abang?” soal Haikal.
“Penjelasan apa? Kata-kata palsu daripada mulut
abang?” tegas Fatin. “Mana dia perempuan yang abang
sanjung-sanjung dulu, sampai buta untuk menilai cinta kita?
Dulu mungkin Fatin bodoh, tapi sekarang Fatin dah boleh
menilai semuanya,” Fatin semakin sebak dan tidak dapat
mengawal diri, segala memori yang disimpannya kembali
terbongkar.
“Fatin, apa pun berilah abang peluang sekali lagi
untuk jelaskan apa yang berlaku. Tolonglah, abang masih
sayangkan Fatin.” Haikal merayu untuk meraih perhatian
Fatin.
“Enough Haikal! Stop it! Lelaki jenis apa awak ni?
Bila nak, datang. Bila tak nak, tinggalkan. Abang ingat Fatin
ni tunggul? Boneka? Yang boleh abang buat perhiasan? Yang
boleh abang persendakan? Dua tahun, satu jangka masa yang
cukup perit untuk Fatin melupakan cinta Fatin! Di mana
abang waktu Fatin rindukan abang? Perlukan perhatian
abang? Di mana?” soal Fatin bertalu-talu. Terhambur segala
kekesalan yang tersimpan kemas sebelum ini.
Fatin mendesak Haikal dengan pelbagai persoalan,
dia tidak dapat mengawal perasaan yang dipendam dua tahun
lamanya sejak ditinggalkan Haikal.
“Fatin, berilah abang peluang, abang akan jelaskan

56
Nurul’ Ain

segalanya.” Haikal menarik Fatin lembut ke tempat duduk


berhampiran kedai cenderamata tersebut.
Ada di antara pengunjung yang lalu-lalang di situ
memberi perhatian pada mereka berdua seperti menyaksikan
babak sedih dalam satu episod pertemuan sepasang kekasih.
Fatin mula mengalah dan hanya mengikut kehendak Haikal.
Saat itulah yang dinantikan oleh Fatin setelah sekian lama,
namun egonya menepis agar tidak tunduk pada Haikal yang
curang pada cinta mereka dahulu.
“Abang, Fatin rasa kita buang masa di sini, lebih
baik Fatin naik. Nanti Abang Zaidi tercari-cari.” Fatin bangun
dan mula beredar dari tempat duduknya.
“Fatin! Fatin!” Haikal hanya mampu melihat Fatin
berlalu pergi. Fatin meninggalkan Haikal di situ dan bergegas
mencari abangnya.

“FATIN pergi mana? Puas abang cari, ingat Fatin kena culik
tadi. Fatin okey tak?”
“Fatin okey, abang beli tiket cerita apa?” Fatin cuba
menukar topik perbualan agar kegusarannya tadi tidak dapat
dikesan oleh abangnya. Namun tanpa disedari oleh Fatin,
Zaidi sebenarnya telah melihat segalanya dari tingkat atas apa
yang berlaku pada adiknya, namun Zaidi hanya mendiamkan
diri. Dia tidak mahu menganggu emosi Fatin.
“Abang beli cerita hantu! Ha ha ha!”
“Ala abang ni... Fatin takutlah, tak naklah tengok.”
“Emm... kejap abang nak jual. Jual! Jual! Tiket
sekeping lapan ringgit! Ada sesiapa nak tengok cerita Jangan
Pandang Belakang? Jual... jual!” Zaidi mula terjerit-jerit di

57
Anugerah Cinta

ruang legar pusat membeli-belah Mid Valley itu seperti


salesman.
Sekumpulan remaja yang berdekatan dengan mereka
tertawa melihat aksi lucu Zaidi.
“Abang! Apa abang buat tu?” Zaidi terdiam lantas
menoleh ke arah Fatin.
“La... adik kata tak nak tengok, jadi abang juallah,”
balas Zaidi.
“Ha ha ha! Kelakarlah abang ni, okey Fatin tengok!
Hish, asyik merajuk aje abang ni mengalahkan budak kecil!”
Fatin menarik hidung Zaidi. Zaidi hanya tersengih.
“Jom masuk. Lambat dah, nanti tak faham pula
jalan ceritanya,” Zaidi dan Fatin beredar masuk.
Fatin melihat ramai pasangan kekasih di sekitar
kawasan wayang itu. Namun adakah itu benar atau segalanya
palsu belaka? Dia sentiasa mendoakan agar nasib yang sama
tidak menimpa pasangan-pasangan bahagia di situ seperti
mana yang pernah dilaluinya dahulu.
Haikal mengapa baru sekarang? Fatin mengeluh
sendiri di dalam hati. Fatin kemudian mengambil tempat
duduk mengikut nombor di tiketnya itu.

58
Nurul’ Ain

bab 7
“A
DNY kalau Kemn tanya aku
pergi mana kau cakap aku
ada hal sikit dekat kantin,”
kata Nurul.
“Kantin?” Adny mengerut dahinya. “Kenapa?”
“Alah kau tak payah sibuklah, ni hal orang dewasa.
You are under age! Ha ha ha!” Nurul ketawa terbahak-bahak
dan terus berlari menuruni anak tangga. Adny hampir ingin
memukulnya tapi dibatalkan sahaja niatnya apabila Nurul
cepat melarikan diri.

SUASANA di sekolah penuh dengan para pelajar yang


berpusu-pusu ke kantin untuk menjamu selera. Haikal masih
lagi tercegat di tepi dewan. Dia melabuhkan punggungnya
pada kerusi usang yang diletakkan di tepi dewan tersebut.
Ramai pelajar perempuan yang lalu-lalang di sekitar
kawasan tersebut sempat mengerling ke arahnya. Haikal
hanya membalas dengan senyuman. Dibuang jauh-jauh

59
Anugerah Cinta

pandangannya ke tengah padang tidak jauh daripada tempat


duduknya. Kepalanya ligat memikirkan ayat yang perlu
disusun untuk bercakap dengan Nurul.
“Hai! Sorang aje?” Nurul mengusik. Haikal tersentak
daripada lamunannya.
“Assalamualaikum,” sapa Haikal lembut.
“Nak tunjuk baik pulak. Waalaikumussalam.”
“Salah?” Haikal menjawab.
“Bukan salah tapi pelik, orang yang keluar kelab
malam macam kau, berpeleseran pandai juga bagi salam
rupanya,” sindir Nurul.
“Aku nak jumpa kau bukan untuk dihina Nurul,”
jawab Haikal perlahan.
“Kenapa nak jumpa aku ni?” Nurul mengambil
tempat duduk bertentangan dengan Haikal.
“Em...macam ni.” Haikal terdiam seketika. “Em...”
“Jangan buang masa aku Haikal! Kejap lagi kelas
dah nak mula.” Nurul mula mendesak kerana dia bukan
seorang gadis yang agak penyabar.
“Boleh tolong aku?” Kini Haikal berani bertentang
mata dengan Nurul, rakan baik Fatin.
“Tolong apa?”
“Tolong aturkan pertemuan aku dengan Fatin?”
balas Haikal ringkas dan selamba.
“Kau nak jumpa Fatin? Kenapa? Macam mana? Eh,
bila kau kenal dengan dia? Tapi...” Nurul mula menggelabah
dan berasa pelik.
“Aku peliklah, hari tu aku nampak kau dengan
Rozana di kelab. Minggu lepas Ratna datang marah-marah

60
Nurul’ Ain

Fatin, kenapa ni Haikal? Sejak kau masuk sekolah ni macam-


macam benda pelik aku tengok.”
“Ratna?” Haikal mengangkat mukanya. “Susah
untuk aku jelaskan semuanya sekarang Nurul, cuma apa yang
boleh aku jelaskan...” Haikal terdiam. “Apa yang boleh aku
cakap...” Haikal kembali membisu.
“Jelaskan apa? Haikal, kenapa kau dengan dia?”
Nurul cuba mengorek rahsia.
“Kami pernah berada dekat di hati masing-masing,
tapi...” bagai ada sesuatu tersekat di kerongkongnya, setiap
perkataan yang dikeluarkan perlu berhati-hati.
“Argghhh! Semuanya salah aku!” Haikal membentak.
“Now I understand what is going on hmm... perahsia
juga ya Fatin ni. Aku kawan rapat dia pun tak pernah tahu
tentang ni semua.”
“Banyak lagi yang kau tak tahu tentang dia. Dia
wanita misteri yang sukar untuk sesiapa dekati. Walaupun
kau rasa seolah-olah kau rapat dengannya tapi kadangkala dia
insan yang sukar untuk berada dekat dengan kita, tapi aku
insan yang bodoh, tak tahu mengenal kaca dan permata,”
jelas Haikal. Dia sendiri tidak pasti kalau-kalau Nurul tahu
mengenai kisah mereka. Tetapi tidak mungkin, kerana Fatin
seorang yang perahsia, sukar mempercayai sesiapa.
“Wah, dalam maksud kau tu! Macam nilah Haikal,
aku cuba tapi aku tak janji ya?”
“Terima kasih Nurul.”
“Sama-sama.” Nurul bangun dan terus berlalu
pergi. Dalam kepalanya berlegar-legar dengan pelbagai
persoalan, dia berasa pelik kerana Fatin seperti tiada perasaan
apabila terserempak dengan Haikal tempoh hari. Sungguh

61
Anugerah Cinta

pandai Fatin mengawal emosinya agar tidak dikesan oleh


rakan-rakan.
“Hai! What’s up bro!” Razi menepuk bahu Haikal.
“Eh! Kau dari mana?”
“Dari belakang tengok gelagat kau. Hai, takkan
guna orang tengah nak tackle Fatin kut?” usik Razi.
“Kenapa? Kalau aku jumpa kawan-kawan dia tajuk
perbualannya mesti tentang dialah?”
“Hai... janganlah marah, aku gurau aje. Taklah, tapi
kau tu bukan boleh percaya sangat. Ingat beb, belanja kalau
siapa dapat tackle Fatin dulu.”
Haikal tidak mahu Fatin menjadi bahan
percaturannya, namun egonya menghalang untuk dia
berterus terang pada Razi. Jauh di sudut hatinya cinta dan
sayang pada Fatin tidak pernah hilang. Fatin insan yang
sangat istimewa sehingga dia kalah untuk menafikan bahawa
Fatinlah insan yang banyak mengubah dirinya suatu ketika
dahulu, daripada lupa diri sehingga kenal apa itu kehidupan.
Razi memandang tiga orang gadis sedang berjalan
ke arahnya. Haikal pantas menoleh ke belakang.
“Hai sayang!” Ratna memegang bahu Haikal.
“Apa ni? Kau nak apa lagi?” Haikal menepis tangan
Ratna.
“Relakslah, kenapa menggelabah ni sayang?” soal
Ratna manja.
“Apa sayang-sayang? Antara kita dah tak ada apa-
apa hubungan!” Haikal menjawab keras.
“Ah! You memang dasar buaya! You ingat Haikal,
hari ni you kecewakan I tapi you tunggu apabila hati you pula
dikecewakan! Masa tu baru you rasa bagaimana pahitnya nak

62
Nurul’ Ain

telan!” Ratna menghamburkan kata-kata amarahnya kepada


Haikal. Berang apabila dirinya dilayan kasar oleh Haikal.
“I tak nak you ganggu Fatin lagi, dia tak ada kena-
mengena dengan apa yang jadi di antara kita!”
“Ooo...membela... look Zeti, Aini, nilah lelaki! I nak
tengok Haikal, sejauh mana langkah you boleh pergi!” Ratna
menunjukkan jari telunjuknya pada wajah Haikal.
“Jauh atau dekat bukan urusan you Ratna!” Haikal
membentak dan beredar bersama Razi meninggalkan mereka
bertiga.

63
Anugerah Cinta

bab 8
“B
UKAN senang untuk jadi
senang dan bukan susah
untuk jadi susah,” kata
Fatin.
“Kenapa kau Fat tiba-tiba cakap macam tu?
Demam?” Adny memegang dahi Fatin. Fatin tersenyum.
"Nurul la buat aku jadi macam ni,” balas Fatin.
Bushhhh! Tersembur air minuman dari mulut
Nurul yang dibelinya di kedai tadi.
Eh, dia tahu ke aku jumpa Haikal tadi? Biar betul?
Lain macam aje ayatnya! Nurul berkata sendiri di dalam hati.
Dia mula rasa tidak senang.
Suasana di Taman KLCC dipenuhi ramai pelancong
luar dan tempatan. Mereka tidak melepaskan peluang untuk
menikmati keindahan suasana di kawasan itu. Nyaman, indah
dan juga tenang.
“Aku gurau ajelah, saja nak bermadah pujangga.
Kenapa kau ni Nurul? Muka macam nampak hantu.” Fatin
menepuk belakang Nurul yang duduk di sebelahnya.

64
Nurul’ Ain

“Em.. Aku ingat nak ajak korang pergi berkelah kat


Port Dicksonlah, nak tak? Lama dah aku tak pergi sana.”
Nurul cepat menukar topik. Fatin hanya diam membisu,
itulah tempat kenangan terakhir yang menghantui dirinya.
Tak mahulah... Fatin berbisik dalam hati, dia
termenung sejenak bagai memikirkan sesuatu.
“Nak Fatin?” Adny menjerit pada Fatin buat kali
ketiga. Fatin sedang mengelamun.
“Ha! Nak bagi alasanlah tu!” Nurul cepat memintas.
“Bukan, tapi...” Fatin melemparkan pandangannya
melihat air pancut di hadapannya.
“Ala, Fatin jomlah. Dah lama kita tak pergi jalan-
jalan. Boleh la... tak lama lagi dah nak exam, tak ada masa
dah nak keluar,” kata Adny.
“Nanti Fatin fikir dulu.”
“Tak apalah Fatin, kalau tak nak pergi, kami boleh
pergi bertiga,” rajuk Nurul.
“Hai, merajuk dah budak ni! Iyalah aku pergi, tapi
nanti aku minta izin dengan Abang Zaidi dulu ya,” jawab
Fatin akur.
“Yeah...!” Adny dan Nurul bersorak.
Yes! Berjaya juga plan aku. He he he... boleh minta
upah dekat Haikal, Nurul berkata dalam hati sendiri.
Fatin pula asyik melihat telatah kanak-kanak dan
keluarga yang datang berkunjung di kawasan itu. Rapat,
bahagia dan mesra.
“Em, lupa nak tanya, apa yang kau kata tadi bukan
senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah?”
Adny bertanya lembut.

65
Anugerah Cinta

“Ooo... tak ada apa. Cuma bila Fatin tengok ramai


usahawan muda di sekeliling ni. Banyak syarikat korporat
yang besar-besar, Fatin teringat kata-kata hikmah tu. Fatin
terbaca dari buku Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah, jika ada
usaha insya-Allah kita akan berjaya. Sebab tu Fatin tak
pernah putus asa, dulu ibu selalu berpesan tiada manusia
yang dilahirkan ke bumi ini senang segala-galanya. Setiap
insan pasti ada kesusahannya sendiri walaupun pada zahir
kita nampak dia kaya-raya,” balas Fatin panjang lebar.
“Ala Fat, orang macam kita memang banyak susahnya
tapi kau tengok orang kaya senang hati, banyak duit. Apa
mereka nak boleh dapat,” luah Nurul.
“Tak juga Nurul, kadang-kadang senang dari segi
kewangan, tapi kurang kasih sayang. Kadang-kadang masing-
masing terlalu sibuk, hidup tak akan bererti tanpa ada kasih
sayang dan cinta,” tambah Fatin lagi.
“That’s why, if you want to do anything, get the
bless from God, insya-Allah you will be succes,” Adny
menambah.
“Jom Fat, Adny balik. Nanti bising pulak mak aku,”
Kemn mengajak kawan-kawannya pulang, bimbang ibunya
risau dia pulang lewat. Mereka berempat bingkas bangun dan
meninggalkan Taman KLCC itu.

DERU angin bagai memberi penawar


Dan ombak turut memberitahu
Bahawa kesetiaan pada pantai itu penting
Tenang

66
Nurul’ Ain

Satu ungkapan yang senang dilafaz


Tapi sukar untuk dimiliki.

Fatin menutup diarinya kemas setelah membaca


setiap bait perkataan tersebut. Dia melemparkan pandangan
di tengah-tengah laut, mencari satu titik jawapan segala yang
terjadi di dalam hidupnya.
Ya, benarlah hidup bagai roda segalanya berjalan
mengikut rentak yang sangat tersusun, walaupun kadangkala
ada yang tersasar jauh. Fatin terus membisikkan kata-kata
tersebut jauh di dalam sudut hatinya. Adny, Kemn dan Nurul
riang bermandi-manda di tepi pantai.
“Assalamualaikum.” Seseorang menyapa. Darah Fatin
kembali berderau. Suara yang sangat dikenalinya.
“Waalaikumussalam,” balas Fatin lembut. Fatin
menoleh. Haikal! Buat apa kat sini?” Fatin tersentak.
“Jalan-jalan, cari awak Fatin,” jawab Haikal bersahaja.
“Jangan main-main bang, macam mana abang tahu
Fatin di sini?”
“Takdir yang membawa abang ke sini.”
Sememangnya Fatin sudah biasa dengan panggilan
itu sepanjang mereka bercinta dahulu, tanda hormatnya pada
Haikal dan kerana Haikal lebih tua sembilan bulan daripadanya.
“Fatin, Haikal nak berbual dengan Fatin boleh?”
Fatin tunduk diam.
“Janganlah beri jawapan dengan nada yang bisu itu,
abang tahu abang salah. Apa yang abang pinta berilah abang
peluang walaupun sekejap Fatin.”

67
Anugerah Cinta

Fatin memandang tepat ke arah mata Haikal. Sayu,


kusam dan tidak bermaya. Tidak, bukan dia. Di mana Haikal
yang aku kenal dahulu? Seorang yang sangat romantis
pandangannya, mampu membuatkan aku tidak mampu
berdiri tanpa dipimpinnya. Fatin berkata sendiri dalam hati.
“Kita cakap di tempat lainlah,” ujar Fatin kemudian
bingkas bangun dan berjalan langkah demi langkah seperti
tidak bermaya.
“Sekarang Fatin dah bersedia untuk dengar penjelasan
abang.” Fatin melabuhkan punggungnya. Pintu hatinya yang
telah ditutup kemas dibuka sedikit, cuba memberi peluang
kepada Haikal. Walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu lagi
berurusan dengan jejaka tampan itu.
“Kadang-kadang, tak semua yang kita mahukan kita
dapat, dan tak semua perkara yang kita miliki itu kita benar-
benar suka.” Haikal tunduk. Air matanya bergenang.
“Fatin tak faham bang.” Fatin mula tidak selesa,
seperti ada penderitaan yang tersirat.
“Abang minta maaf kerana banyak melukai hati
Fatin, mengkhianati cinta dan janji abang pada Fatin, abang
tak berniat untuk buat semua itu.”
“Habis kenapa abang tinggalkan Fatin dengan
hanya sekeping surat?” Fatin semakin tidak sabar.
“Semuanya terjadi kerana papa dan mama. Mereka
ingin menghantar abang ke New Zealand dan pada masa yang
sama, mama ingin abang berkawan dengan anak perempuan
rakannya. Jika tidak mereka akan menyekat segala keperluan
abang, semuanya kerana perniagaan keluarga tapi abang
yang menjadi bahan dagangannya. Dalam usia yang muda,
mereka ingin tunangkan kami. Tapi abang memberikan
banyak alasan. Jadi mereka akur.”

68
Nurul’ Ain

“Hanya kerana itu?” Fatin tidak berpuas hati.


“Tidak, papa tahu kita berdua sangat akrab, papa
ada datang rumah Fatin berjumpa dengan mak tiri Fatin,
Puan Muna,” jelas Haikal lagi.
“Apa?” Fatin terkedu.
“Ya, abang tak tipu Fatin, untuk pisahkan kita, papa
beri sejumlah wang pada mak tiri Fatin.” Fatin teringat
sejenak bahawa dia pernah diugut Puan Muna supaya tidak
menghampiri Haikal, jika tidak dia akan dihalau.
“Emm....” Fatin mengerti akhirnya. Ya Allah. Berat
sungguh dugaan-Mu, kata-kata itu berbisik di hatinya. Fatin
tunduk.
“Abang tak mampu berkata apa, papa dan mama
terlalu berkeras Fatin. Tapi tak sampai dua tahun perniagaan
ayah ada masalah di luar negara. Kami terpaksa pulang ke
Malaysia, perit yang abang tanggung di sana hanya Tuhan
sahaja yang tahu. Abang hilang kawalan, hanya wain dan beer
yang menjadi teman. Abang juga hilang seorang abang yang
sangat abang sayangi, dia menghidap kanser kulit. Abang
akur pada permintaan mama untuk ke luar negara kerana
ingin bertemu dengan dia di sana. Pelbagai perkara terjadi
dalam hidup abang secara serentak, abang betul-betul buntu
Fatin,” jelas Haikal lagi.
Ya Allah, apa telah aku lakukan. Hanya segala yang
burukku sangka terhadapnya. Fatin mengeluh di dalam hati.
“Abang nak jumpa Fatin bukan kerana nak Fatin
terima abang atau kita kembali seperti dahulu, tapi cukuplah
sekadar Fatin sudi memaafkan abang. Abang takut hidup
dalam keadaan bersalah Fatin, abang tahu kita masih muda
dan pelajaran adalah fokus utama kita.” Haikal mengesat air
matanya agar tidak mengalir keluar. Fatin terdiam. Suasana

69
Anugerah Cinta

pantai yang cantik di hadapannya seperti tidak bermakna lagi.


Penjelasan Haikal telah menghidupkan rasa bersalahnya.
“Abang, Fatin maafkan abang. Fatin juga ingin minta
maaf pada abang. Fatin sentiasa menyalahkan abang di atas
perpisahan kita dahulu, terlalu berat untuk Fatin tanggung
sendiri. Abang hilang dengan tiba-tiba, hilang pada waktu
Fatin teramat perlukan abang. Segalanya terlalu sekejap dan
seperti persinggahan bang, namun berat lagi penderitaan
yang ditanggung abang rupanya, Fatin minta maaf.” Fatin
sebak. Sememangnya dia gadis yang berhati lembut dan
luhur, mudah memaafkan dan sentiasa dipenuhi kasih sayang.
Haikal hanya melihat wajah ayu Fatin, cantik dan
berseri. Mampukah dia bertahan untuk wajah itu terus kekal
dalam pandangannya.
“Terima kasih, abang juga mohon maaf kerana
berkeras dengan Fatin tempoh hari di Mid Valley,” ujar Haikal
sambil tersenyum. Sinar kehidupannya umpama bersinar
kembali, kedua-duanya kini sudah jelas.
“Fatin, terlalu banyak perkara yang ingin abang
lakukan bersama Fatin, tapi masa dan keadaan telah mengubah
segalanya.”
“Fatin buntu bang, mengapa semua ini terjadi
terjadi.” Fatin menghulurkan tangan kepada Haikal.
“Abang tak faham.” Haikal terkejut dengan
permintaan spontan Fatin.
“Ala, abang janganlah sedih-sedih lagi. Hari ni kita
mula berkawan semula, lupakan apa yang jadi okey?”
“Cinta kita? Kenangan? Fatin dan abang? Semudah
itu ke?” Bertalu-talu soalan diberi kepada Fatin.
“Fatin tak nak ingat yang lepas-lepas bang, cukuplah

70
Nurul’ Ain

penderitaan yang Fatin tanggung selama ini.” Fatin terdiam


sejenak. “Siapa Rozana?” tanya Fatin kembali.
“Ana?” Haikal cepat membalas. “Dari mana Fatin
tahu?” Soal Haikal.
“Daripada mana Fatin tahu tidak penting bang.”
“Insan pada masa gelap yang memerangkap abang.
Ah! Abang terlalu lemah dan naif mengenal segalanya. Hidup
tidak tentu arah dan terumbang-ambing ketika itu.” Fatin
mengangguk seolah-olah mengerti kiasan kata-kata Haikal.
Dia sudah biasa mengenal corak perbualan Haikal yang
penuh bahasa tersirat, jarang bercakap secara berterus
terang.
“Sampai bila bang?”
“Jika abang jumpa jawapannya alangkah bagusnya
Fatin.” Haikal terdiam. Fatin turut membisu. Fatin tidak
mahu mengeruhkan keadaan dengan memberitahu bahawa
Rozana itu adalah kakak tirinya. Dia sendiri kesal malu
dengan sikap kakak tirinya itu.
“Saya Mohd Haikal Bin Ahmad Fitri, awak?” Haikal
menghulurkan tangannya.
“Saya Nurul Fatin Binti Amirudin.” Fatin tersenyum
manis dan berjabat tangan dengan Haikal.
“Awak orang mana? Masih belajar? Cantiknya baju.
Beli di mana?” Haikal mengusik.
“Ala! Abang ni, tak naklah macam tu.” Fatin
memalingkan mukanya. Malu.
“Seronok apabila dapat dengar suara Fatin, suara
yang abang sangat rindu.” Haikal memandang tepat ke wajah
Fatin.
“Emm.. suara aje?” usik Fatin pula.

71
Anugerah Cinta

“Ada... mata, hidung, pipi comel tu, lama tak cubit.”


“Ha! Tak nak, tak nak!” Fatin cepat menekap
kedua-dua pipinya takut dicubit. Haikal diam tidak bertindak.
Hatinya terlalu sayu. Rindu pada suasana itu tapi segalanya
sudah terlewat.
“Abang, jom Fatin kenalkan pada kawan-kawan
Fatin.”
“Dah kenal.” Haikal menekup mulutnya. Dia tidak
menyangka jawapan itu terlepas daripada mulutnya.
“Siapa?” Fatin menoleh ke belakang.
“Tak... tak... kenal orangnya sahaja, sebab selalu
nampak Fatin dengan mereka.” Pantas Haikal menjawab,
khuatir kalau-kalau Fatin tahu ini semua rancangan Nurul,
rakan baiknya sendiri.
“Ooo... itu kenal lain, jomlah,” pelawa Fatin. Haikal
hanya mengikut dari belakang.

“HA, tu Fatin!” Kemn cepat menangkap susuk tubuh rakannya


itu.
“Kau pergi mana? Puas kami cari, risaulah,” kata
Nurul. Nurul hanya tersenyum memandang wajah Haikal.
“Adny, Nurul, Kemn, ni Haikal.” Fatin memintas,
tidak mahu jadi bahan leteran rakan-rakannya.
“Eh, sejak bila kau kenal dia? Hari tu kata tak kenal?
Ooo... Buat hubungan su...” Kemn tidak mahu menghabiskan
kata-katanya.
“Hai kau ni Kemn, dekat sini pun nak buat temu
ramah ke?” Adny mencelah.

72
Nurul’ Ain

“Kenapa? Tak boleh?” soal Kemn tidak puas hati.


“Dah tu Kemn, hish! Kau ni malu aje dengan
Haikal.” Nurul cuba menenangkan keadaan. Kemn mengetap
gigi geram apabila cakapnya dipotong rakan-rakannya. Fatin
hanya tersenyum melihat telatah rakan-rakannya.
“Tak apalah, nanti Fatin cerita pada Kemn ya.”
Kemn hanya tersengih puas hati sambil mengelap rambutnya
yang basah.
“Kalau Fatin dan Haikal nak makan atau minum
dulu pergilah kami nak bersihkan diri dulu,” kata Nurul
kemudian pantas menggapai baju dan seluarnya yang
tersangkut di pagar dawai di hadapannya itu.
“Ala! Kau ni Nurul, takkan nak balik dah? Aku tak
puas lagilah nak mandi,” rengek Kemn seperti budak kecil.
“Hmm... kau ni, dah berjam-jam kita dalam air tu
naik kecut-kecut dah kaki dengan tangan aku ni, tak puas
lagi?” balas Nurul geram.
“Tak!” balas Kemn pendek.
“Tak apalah, Fatin tunggu, tapi jangan lewat sangat.
Mandilah dekat laut tu nanti merajuk pula budak Kemn ni,
bising nanti mulutnya,” ujar Fatin mencelah. Dia tidak mahu
rakan-rakannya bergaduh di situ.
“Yeh...!” Kemn bersorak. Nurul dan Adny hanya
melayan kerenah rakannya itu.
“Fatin nak makan? Tak lapar ke dari tadi asyik duduk
sini?”
“Kenapa? Abang nak makan?”
“Yup! Kita makan tom yam dekat kedai tu, sedap.
Lama dah abang tak rasa tom yam kedai tu. Kempunan pula
he he he!” Haikal ketawa kecil.

73
Anugerah Cinta

“Apalah abang ni macam orang mengandung pula


kempunan makanan, jom!” Fatin dan Haikal pantas
meninggalkan tempat tersebut dan berlalu pergi mencari
kedai untuk menjamu selera. Kawasan di sekitar pantai dan
gerai agak lenggang kerana mereka datang pada waktu
bekerja. Nurul dan Adny tidak gemar berpusu- pusu di tengah
orang ramai. Sedang asyik Fatin dan Haikal menjamu selera,
Haikal ternampak kelibat Rozana dan seorang lelaki tua
turun dari kereta BMW.

74
Nurul’ Ain

bab 9
A
H! Dasar perempuan! Semuanya
disapu. Aku terlalu bodoh
mempercayai kata-katanya,
Haikal berkata sendiri di dalam hatinya. Tanpa Fatin
sedar Rozana ternampak mereka dari jauh tetapi tidak
dipedulikannya.
“Termenung jauh nampak abang, fikir apa? Kekasih
ke?”
“Taklah, tak fikir apa-apa pun. Abang dengar Fatin
jadi Pengarah untuk Minggu Kesenian dan Kebudayaaan?”
Haikal cuba mengelak. Pandangannya cepat dialihkan kepada
Fatin yang duduk bertentangan di hadapannya.
“Emm.” Fatin mengangguk kecil
“Wah! Hebatnya sayang abang, ups!” Cepat Haikal
menekup mulutnya terlepas panggilan yang tidak sepatutnya
digunakan lagi buat Fatin.
“Ha ha ha!” Fatin hanya tergelak kecil melihat aksi
Haikal, panggilan yang sangat dirinduinya, tetapi segalanya
terlalu awal, hubungan mereka baru bermula semula. Walaupun

75
Anugerah Cinta

nampak pulih, tapi masih ada kesan duri di dalam hati


masing-masing. Namun mereka hanya mangsa keadaan
dalam gelombang cinta yang mereka harungi.
“Fatin balik dengan abang ya? Ajaklah kawan-kawan
sekali, penat kalau nak naik bas,” pujuk Haikal.
“Tak apalah bang, kami dah biasa.” Fatin memandang
televisyen di hadapannya.
“Kejap ya Fatin, abang nak ke tandas.” Fatin
mengangguk. Fatin mengesat air matanya yang berlinang
pipinya. Sedih. Keadaan Haikal sangat tidak bermaya seperti
dulu. Mata, wajah dan badan Haikal sangat kurus.
Penderitaan apakah yang ditanggungnya? Fatin
berbisik di dalam hati.
“Fatin!” Haikal menyapa kuat. Fatin tersentak.
“Abang ni, panggillah perlahan-lahan.”
“Tadi ada orang beri pada abang, dia suruh beri
pada Fatin.”
“Orang? Siapa?” Fatin pelik dan mengerutkan
dahinya. “Dia salah orang tu bang, pulangkanlah semula.”
“Betul... dia kata beri pada budak perempuan yang
cantik tu, yang pakai baju warna merah jambu yang duduk di
hadapan TV tu, dia cakap begitu pada abang tadi.” Haikal
tersenyum semasa Fatin asyik merenung kotak itu. Fatin
mengambil kotak bersaiz sedang yang kemas dibalut dengan
kertas berwarna hijau belang-belang.
“Bukalah kalau nak tengok, entah-entah bom! He
he he!” Haikal mengusik. Fatin teragak-agak untuk buka
balutan hadiah itu kerana khuatir hadiah itu bukan untuk
dirinya.
“Wah! Cantiknya! Kotak muzik warna putih lagi.

76
Nurul’ Ain

Eh, ada orang boleh menarilah.” Haikal seolah-olah terlalu


teruja melihat hadiah itu. Muka Fatin merona merah apabila
mendapat hadiah itu. Sudah lama dia mengidamkan untuk
membelinya, tetapi dia tidak mampu.
Fatin membaca ucapan di kad kecil yang disertakan
dengan kotak muzik itu untuk mengetahui siapa
penghantarnya.

Terima kasih, kerana sudi memaafkan abang


Semoga abang masih punya tempat di hati
Fatin
Walaupun hanya sekadar sebagai teman biasa
Irama dan lagu yang menyatukan kita
Irama dan lagu juga membuat abang lena di
buai mimpi indah.

Yang ikhlas,
Haikal

Haikal menepuk tangan perlahan setelah Fatin


habis membaca perkataan terakhir di kad tersebut.
“Abang ni... tak habis-habis usik Fatin.”
“Yelah, abang takut kalau-kalau Fatin tak nak ambil
kalau abang kata abang yang beri. Maaf,” ujar Haikal. Fatin
hanya tersenyum manis.
“Tapi kotak muzik putih ni...” Fatin berusaha
mengimbas ingatannya.
“Em, ingat tak yang abang jumpa Fatin di Mid
Valley tempoh hari? Abang ternampak Fatin membelek-belek

77
Anugerah Cinta

kotak muzik tu. Tapi Fatin letak semula bila abang sampai
dengan tiba-tiba waktu itu,” terang Haikal.
“Terima kasih bang.”
“Sama-sama Cik Puan Fatin.” Haikal hanya tersengih.
Segalanya berjalan baik pada hari itu.
Fatin teringat kembali, dia sering ke kedai tersebut
dan membelek-belek kotak muzik tersebut. Tidak sangka, dia
memperolehinya daripada Haikal hari ini.

78
Nurul’ Ain

bab 10
“H
A! Kau orang buat apa ni?”
Nurul, Kemn dan Adny
serentak menyapa mereka.
Fatin dan Haikal serentak menoleh ke belakang.
“Tak ada apa-apa, marilah makan sekali saya
belanja.” Haikal mempelawa rakan-rakan Fatin.
“Ha! Bagus-bagus jimat duit aku, he he he!” Kemn
cepat-cepat mengambil tempat duduk di sebelah Haikal.
Fatin hanya tersenyum.
“Kau ni Kemn, tak malu ke cakap macam tu?” Nurul
memulas telinga Kemn.
“Aduh! Sakitlah, iyalah Haikal dah pelawa. Apa lagi
bedal aje lah. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan
dicari, faham? Sakitlah Nurul!” Kemn menggosok-gosok
telinganya.
“Em... padan muka gelojoh sangat!” Adny
menyampuk. Fatin dan Haikal hanya ketawa melihat telatah
mereka yang kebudak-budakan.

79
Anugerah Cinta

“YOU ni kenapa? Tiba-tiba blok kereta I. You dah gila ke?


Kalau I tak sempat berhenti tadi?” kata Haikal.
“Langgarlah!” pintas Rozana dengan angkuhnya.
“Apa hubungan you dengan perempuan yang I
nampak hari tu di Port Dikcson? Bukan main mesra lagi!
Patutlah dah jarang jumpa I!” Rozana mengetuk kuat tapak
tangannya di atas bonet hadapan kereta Haikal.
“You peduli apa kalau I bercinta pun dengan dia?
Cukuplah Ana! You nak marah I, you pun tak henti-henti
buat kerja kotor you tu, berkepit dengan jantan ke sana ke
mari, you ingat I ni buta?” Suara Haikal mula meninggi.
Geram dengan sikap Rozana.
“Wah! Dah pandai nak tunjuk baik pula, hai bukan
you dengan I sama aje ke Haikal?” Rozana mencebik bibirnya.
“Kerana aku terlalu bodoh, buta dan tidak pandai
menilai.”
“Menilai apa Haikal? Come on! Janganlah nak
tunjuk baik beb! Tangan you pun kotor jugalah!” Haikal
tunduk.
“Mulai hari ni antara kita dah tak ada apa-apa lagi
faham? I tak nak you ganggu hidup I lagi!” balas Haikal tegas.
“Hm... The sound is great!” Ana memegang bahu
Haikal dan membuat aksi manja.
“Don’t touch me!" Haikal menepis.
“Cukuplah Ana. I nak cuci tangan, bosan hidup
begini!”
“Em... baru sekarang you nak kenal dosa dan
pahala. Sebelum ni?”
“Sekurang-kurangnya mata I masih terbuka dan
hati I masih ada iman walaupun sepalit Ana! Cukuplah

80
Nurul’ Ain

setakat ini!” Haikal menaiki keretanya dan pantas memecut


laju. Rozana hanya terdiam. Geram dan hatinya penuh
kebencian.
“Fatin!!!” Rozana menjerit melepaskan geramnya.
Tak guna punya perempuan, perampas! Rozana membentak
sendiri di dalam hati.

MENILAI apa Haikal? Come on! Janganlah nak tunjuk baik


beb! Tangan you pun kotor jugalah! Kata-kata Rozana itu
terngiang-ngiang di telinganya. Haikal melabuhkan pung-
gungnya di atas kerusi di biliknya. Setelah lama termenung
mengenangkan nasibnya, Haikal mengambil ubat di atas meja
dan pantas meneguk segelas air.
Badannya semakin lemah dan tidak bermaya. Haikal
bingkas bangun untuk mandi dan mengambil wuduk lalu
menebarkan sejadah, tunduk dan sujud ke hadrat Ilahi. Bagai
satu kuasa telah menolaknya untuk berubah dan kembali
mencari kehidupan sebenar yang lebih memberi ketenangan
dan keinsafan.

“HEY perempuan, sini kau!” Rozana menyerbu masuk ke bilik


Fatin dan terus mengheretnya ke ruang tamu.
“Sakit Kak Ana... jangan buat Fatin macam ni,
aduh!” Fatin meronta-ronta dan menjerit kesakitan.
“Apa kakak-kakak? Aku tak ada adik hodoh macam
kau! Perampas! Berani kau dekat dengan Haikal sampai dia
buang aku mentah-mentah!” Ana kemudian menendang

81
Anugerah Cinta

belakang badan Fatin beberapa kali dengan sekuat hatinya.


Hatinya puas dapat menyeksa Fatin begitu.
“Aduh! Kak... sakit.... kami tak ada apa-apa
hubungan kak, semuanya cerita lama. Betul, Fatin tak tipu
kak jangan buat Fatin macam ni.” Perut Fatin mula rasa
senak dan badannya mula terasa sakit-sakit.
“Ah! Kau! Kalau dah perampas tu perampas jugak!
Pandai kau nak mengelak, kenapa? Kau pula nak kaut harta
bapak dia ganti tempat aku ha?” herdik Rozana.
“Astaghfirullah kak, Fatin tak ada niat begitu pun.”
“Bangun! Bangun!” Rozana mencengkam rambut
Fatin dan menggesanya bangun, hatinya masih tidak puas,
Panggg! Muka Fatin ditampar. Rozana kemudian menolaknya
keras, tubuh Fatin terhumban ke kerusi dan jatuh ke lantai.
Zalim, Rozana kejam dan tidak mempunyai perikemanusiaan
pada Fatin.
“Akak, cukuplah. Fatin tak tahu apa-apa.” Fatin
memegang dan menyembah kaki Rozana memohon ampun
dan dilepaskan. Fatin hampir pengsan, mulutnya mula
berdarah.
“Ana!” Zaidi cepat mendapatkan Fatin. “Kau ni gila
ke apa? Manusia jenis apa kau ni Ana!”
“Fatin okey? Bangun dik.” Berkali-kali Zaidi menepuk
perlahan pipi Fatin agar Fatin membuka matanya tapi Fatin
tidak bertindak balas.
“Padan muka! Mampus lagi bagus!” bentak Rozana.
Rozana terus beredar dan meninggalkan Zaidi dan
Fatin di ruang tamu. Zaidi mengangkat Fatin ke dalam kereta
dan terus memecut laju menghantar Fatin ke hospital. Ikut
hatinya mahu sahaja dia menampar Rozana kerana tidak

82
Nurul’ Ain

tahan dengan sikapnya yang semakin melampau tapi keadaan


Fatin harus diutamakan terlebih dahulu. Baginya walaupun
Rozana adalah adik kandungnya tetapi Fatin lebih bermakna
dalam hidupnya.

“MACAM mana keadaan adik saya doktor?” Zaidi tidak sabar


ingin mengetahui keadaan Fatin.
“Bawa bertenang saudara, saya dah periksa adik
saudara, tapi buat sementara waktu ni kami terpaksa
tahannya di wad dalam sehari dua kerana badannya terlalu
lemah.”
“Tapi dia tak apa-apakan doktor?” Zaidi begitu
bimbang keadaan Fatin, sejak daripada tadi dia tidak senang
duduk.
“Adik saudara tidak ada apa-apa yang serius, cuma
lebam-lebam di badan dan perutnya perlu dirawat. Jika tidak
dirawat cepat akan membahayakan dirinya,” Terang doktor di
hadapannya.
“Baiklah,” Zaidi akur dan faham.“Boleh saya jumpa
dengannya?” soal Zaidi meminta kebenaran daripada doktor.
“Boleh, tapi jangan lama sangat ya, adik kamu perlu
rehat yang secukupnya.”
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”
“Oh ya, saya lupa nak tanya.” Doktor Mustafa
berpaling ke arah Zaidi. “Teruk lebam di perutnya, seperti
disepak atau dihentak dengan benda yang kuat, apa yang
terjadi sebenarnya?” tanya Doktor Mustafa ingin tahu.

83
Anugerah Cinta

“Emm... Fatin... jatuh...” jawab Zaidi teragak-agak.


“Zaidi.” Zaidi terkedu, doktor tersebut tahu namanya.
“Saya rakan baik dengan arwah ayah kamu, apa yang terjadi
pada Fatin saya tahu ada kena mengena dengan Puan Muna
atau adik kamu Rozana yang bencikan kehadiran Fatin dalam
hidup kamu sekeluargakan?” terang Doktor Mustafa panjang
lebar.
“Maaf doktor, saya tak bermaksud nak menipu, tapi
saya tak nak perkara ni dihebohkan.” Zaidi menunjukkan
muka bersalah.
“Jangan risau, saya masih pegang etika saya sebagai
seorang doktor. Saya harap Zaidi dapat menjaga Fatin dengan
baik, dia anak yatim piatu. Pada siapa lagi dia ingin bergantung
jika bukan pada awak.”
“Baik doktor, maaf.”
“Tak mengapa, saya pergi dulu.” Doktor Mustafa
menepuk bahu Zaidi sambil kepalanya digelengkan.
Kemudian dia berlalu pergi dengan rasa kesal atas apa yang
terjadi pada anak rakan baiknya itu.
Zaidi hanya menghantar Doktor Mustafa dengan
pandangan. Kemudian dia cepat melangkah masuk ke dalam
bilik wad untuk berjumpa dengan Fatin. Dari jauh Fatin
tersenyum melihat abangnya.
“Abang...” Fatin menyapa lembut. Mata Zaidi mula
berair tetapi ditahan agar tidak dilihat oleh Fatin. Dia tidak
mahu Fatin melihat dirinya lemah dalam usaha dia memberi
kekuatan kepada Fatin.
“Abang dah makan?’
Saat terlantar sakit begini Fatin masih lagi
mengambil berat tentang diriku, Ya Allah murni sungguh

84
Nurul’ Ain

hati gadis ini. Zaidi merintih sendiri di dalam hati. Terusik


hatinya dengan layanan Fatin terhadapnya.
“Abang dah makan tadi. Fatin, abang minta maaf.
Lambat sampai tadi, abang banyak kerja.”
“Tak apa, Fatin faham bang. Fatin okey. Tengok,
Fatin boleh cakap dengan abang,” ujar Fatin tersenyum. Hati
Zaidi semakin sebak melihat kekuatan dan kesabaran Fatin,
tidak sekalipun dia menyebut Rozana yang menyebabkannya
jadi begitu.
“Fatin nak makan? Abang belikan ya?”
“Nak, Fatin nak makan piza, burger, McDonald,
KFC boleh? He he he!” Fatin ketawa kecil.
“Tengok tu, abang tanya betul-betul dia main-main
pula.”
“Tak naklah bang. Fatin tak lapar.” Fatin
membetulkan sedikit kedudukan badannya yang mengelongsor
ke bawah.
“Abang nak ambil cuti esok, doktor kata Fatin kena
duduk wad dua ke tiga hari.”
“Lamanya!” Mata Fatin terbuntang sedikit apabila
mendengar kata-kata Zaidi.
“Kenapa dik? Iyalah, adik tak sihat betul lagi.”
“Sekolah?” soal Fatin.
“Tak apa, nanti abang beritahu cikgu Fatin.”
“Tapi...” Fatin termenung seketika, dia tidak mahu
sesiapa tahu akan keadaannya. “Abang tahu apa yang Fatin
fikir, jangan risau abang tak akan cerita hal yang sebenar.”
Fatin mengangguk faham. Fatin sedar, sikap Rozana semakin
keterlaluan. Memperlakukannya seperti manusia yang tidak
mempunyai perasaan. Tapi dia sentiasa sabar dan percaya

85
Anugerah Cinta

bahawa kejahatan yang dibalas dengan kebaikan akan


menemui hasil yang baik. Nabi Muhammad S.A.W sentiasa
mengajar umatnya untuk bersabar, kerana sabar itu separuh
daripada iman. Tiada perkara yang akan selesai dengan
kekerasan dan dendam. Fatin percaya bahawa Allah yang akan
menilai dan membalas segalanya dengan lebih adil kerana
manusia tiada hak dan kuasa untuk menentukan sama ada
seseorang itu berdosa atau tidak. Segala pertimbangan pahala
dan dosa adalah urusan Yang Maha Berkuasa.

“HA! Zaidi kau dari mana malam-malam buta ni?” soal Puan
Muna tegas. “Fatin! Fatin!” Puan Muna melaung-laung nama
Fatin.
“Dia di hospital mak.” Zaidi menjawab dengan nada
lemah.
“Kenapa? Dah mati ke?”
“Mak!”
“Iyalah tadi kau kata dia di hospital, aku ingat dah
mati. Diakan nak sangat ikut maknya ke ku...”
“Kenapalah mak sekejam ini? Fatin masuk hospital
sebab Rozana pukul dia, sampai hati mak cakap macam tu.”
“Habis? Kau nak aku cakap apa? Zaidi jom kita pergi
tengok dia, mak risau ni, esk... esk....” Puan Muna mengajuk
dengan gaya menangis, kononnya bersimpati terhadap Fatin.
“Dahlah! Meluat aku dengan budak tu, tak ada dekat
rumah ni lagi bagus!” Puan Muna mencebik.
Zaidi hanya menggeleng dan berlalu pergi. Kesal
dengan sikap maknya. Dia sedikit pun tiada langsung sikap
perikemanusiaan pada Fatin. Beginikah hati seorang ibu?

86
Nurul’ Ain

Sungguhpun Fatin bukan anak kandungnya, tetapi dia tetap


ahli keluarga di dalam rumah tersebut. Benarlah kata orang,
rambut sama hitam, hati manusia tidak semuanya sama.

87
Anugerah Cinta

bab 11
“A
SSALAMUALAIKUM.” Fatin
berpaling melihat Haikal
memberi salam. Lusuh
pakaian hospital yang dipakai oleh Fatin, namun wajah Fatin
masih punya seri. Senyumannya sungguh manis, tiada yang
kurang. Manisnya seperti dahulu.
Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk terus
berada di sisi insan yang amatku cintai, tergamak sungguh
aku menganiaya cinta gadis murni sepertinya, Haikal berkata
sendiri di dalam hati.
“Haikal.” Lamunan Haikal terhenti apabila Fatin
menyapanya lembut. “Awak fikir apa lagi Haikal? Lepas Abang
Zaidi, awak orang kedua yang datang melawat saya, awak
tahu dari mana? Kemn, Nurul dengan Adny tak datang
sekali?" soal Fatin bertalu-talu.
“Semua orang tak tahu saya datang sini.”
“Ponteng sekolah ya?” Fatin tergelak kecil.
“Ya.” Haikal mengangguk.
“Kenapa ponteng? Nanti awak terlepas subjek hari

88
Nurul’ Ain

ni, tak lama lagikan kita nak menghadapi peperiksaan?” soal


Fatin lagi.
“Saya risaukan awak Fatin, saya ternampak Abang
Zaidi masuk bilik Cikgu Rosiah semalam jadi saya ikut dia
dari belakang. Saya terdengar awak masuk hospital tetapi
sebabnya saya tak berapa dengar, sebab tu saya datang nak
tengok awak.”
“Hmm...” Fatin mengeluh panjang.
“Nah, lupa pula.” Haikal menghulurkan sejambak
bunga dan coklat Cadbury kegemaran Fatin. Fatin hanya
memandang tanpa menyambut hadiah pemberian Haikal dan
kemudian memalingkan mukanya. Air mata Fatin mengalir
deras tidak mampu ditahan-tahan.
“Fatin, awak tak sudi terima hadiah ni?” Haikal
berasa tidak tentu arah melihat keadaan Fatin. “Saya minta
maaf seandainya hadiah ni buat awak bersedih, saya tak
berniat begitu.” Fatin menoleh dengan muka yang hambar.
Segalanya menimbulkan tanda tanya. “Fatin...” Haikal
memanggil lembut.
“Maaf bang, bukan Fatin tak mahu ambil, tapi Fatin...”
Kata-katanya tersekat di kerongkong, sukar untuk dilepaskan
keluar.
“Bunga ini mengingatkan Fatin pada pertemuan
pertama kita, bukan?” Haikal cuba menjawab persoalan buntu
yang wujud dalam situasinya kini. Beberapa kuntum ros
merah dan diselitkan beberapa bunga putih kecil serta daun
hijau, cantik dan kemas dibalut dengan plastik jernih diikat
pula dengan reben merah, disertai dengan satu bar coklat
yang diletakkan reben di bucunya.
“Ya, bunga tu terlalu banyak kenangan bang,”
jawab Fatin dengan nada sayu.

89
Anugerah Cinta

“Abang minta maaf Fatin.”


Hakikatnya segalanya adalah disengajakan, agar
ingatan Fatin kembali segar dengan setiap bibit percintaan
mereka. Segalanya diatur oleh Haikal agar Fatin mengimbas
semuanya dengan jelas.
Fatin menghulurkan tangan. Haikal tersenyum lalu
memberikan hadiah itu kepada Fatin. Fatin mencium
haruman bunga itu. Sememangnya Haikal seorang lelaki
yang romantis dan sangat prihatin dalam perhubungan.
“Bengkak? Kenapa ni Fatin?” Haikal terlihat siku
Fatin merah dan kebiruan seperti dipukul atau dihentak
sesuatu dengan kuat.
“ Tak, tak ada apa-apa,” kata-kata Fatin tersekat.
“Fatin dah pandai tipu abang. Kenapa ni Fatin?
Beritahulah.” Haikal hampir terlupa kedatangannya adalah
untuk mengetahui sebab Fatin ditahan di hospital. Jika tidak
teruk, masakan perlu ditahan sehingga berhari-hari. Fatin
kelihatan seperti gelisah, ingin menyusun ayat. Fatin tidak
pandai berbohong. Fatin seorang gadis yang penuh dengan
etika dan peribadinya yang baik dan jujur.
“Fatin kena pukul?!” Perkataan itu terhambur dari
mulut Haikal. Fatin cepat mendongak.
“Tak...” Fatin tunduk.
“Habis ni apa? Tengok tu. Dah pandai mengelak,
jangan jadikan abang seperti orang asing Fatin. Fatin tahukan
betapa abang sayangkan Fatin?” Haikal tersentak, tidak
disangka kata-kata itu kembali terpacul dari mulutnya setelah
sekian lama. Fatin turut terkejut, mukanya merona merah.
“Abang cakap apa tadi? Sayang? Jangan bang.”
Sememangnya perkataan itu sudah lama ingin

90
Nurul’ Ain

diucapkannya tetapi ditahan, kerana Haikal sendiri berperang


dengan dirinya sendiri. Satu keadaan yang tidak dapat
diterima oleh sesiapapun.
“Abang, Fatin minta maaf. Jangan desak Fatin
untuk berkata benar pada waktu Fatin tak mampu
melakukannya. Asalkan Fatin masih bernyawa itu sudah
memadai dan yang selebihnya biarlah Tuhan yang menentukan
bang. Fatin percaya setiap dugaan dan cabaran yang menimpa
Fatin daripada dulu sehingga sekarang, segalanya punya
hikmah.” Tersusun kata-kata Fatin, menjawab soalan Haikal.
“Manusia tidak pernah sunyi dengan masalah, kerana
setiap manusia yang dapat menghadapi masalah, itulah
sebenar-benarnya kehidupan, itu yang Fatin nak cakapkan?”
Haikal menyambung kata-kata Fatin dan tersenyum. Fatin
sememangnya gadis yang tabah dalam meniti kehidupan.
“Kita cuma merancang dan Tuhan yang menentukan
bang, walaupun mulut cuba bersuara tapi kadangkala kata-
kata itu tak semestinya datang daripada hati.” Fatin bermadah,
Haikal hanya diam membisu.
“Fatin cepatlah sembuh, siapa nak ajar abang dekat
sekolah nanti kalau abang tak faham? Abang tak pandai
macam Fatin.”
“Em, petuanya kalau nak pandai...”
“Ala tak naklah dengar Fatin mesti nak kenakan
abang lagi.”
“Ha ha ha!” Fatin ketawa riang melihat muka
Haikal seperti badut yang merajuk.
“Dik... waktu melawat sudah habis, harap adik dapat
beredar kerana doktor akan datang untuk periksa pesakit.”
Jururawat itu tersenyum selepas meminta kerjasama daripada
Haikal untuk beredar.

91
Anugerah Cinta

“Beritahu doktor tu saya akan rawat pesakit


bernama Nurul Fatin binti Amirudin ni he he he...” Haikal
sengaja bergurau untuk menceriakan suasana. Jururawat itu
hanya memandang riang wajah Haikal tanpa berkelip.
Sememangnya Haikal seorang lelaki yang tampan,
kacukan Portugis dan Belanda hasil perkahwinan campur
atuk dan neneknya. Walaupun Haikal sentiasa segak dan
bergaya dengan pakaian berjenamanya, dia seorang lelaki
yang merendah diri.

“ASSALAMUALAIKUM, boleh saya bercakap dengan Fatin?”


“Tak ada! Dah mati agaknya!” Rozana kemudian
menghempas telefon itu dengan kasar.
“Uit! Suka-suka hati cakap kawan aku dah meninggal,
mulut tak ada insuran ke ha!!” Kemn turut menghempas
gagang telefon itu.
“Apa tu Kemn? Marah-marah, dapat tak cakap
dengan Fatin?” Nurul menyapa.
“Kau tak dengar? Entah perempuan gila mana
terpekik-pekik! Salam aku pun tak berjawab, dah tu kata
kawan aku dah mati. Apa dia ingat Fatin tu anak kucing ke
ha? Nasib baik dalam telefon kalau berdepan dengan aku, ada
yang aku tenyeh-tenyeh muka dia macam belacan, tau tak!”
Kemn berleter panjang melepaskan geramnya itu.
“Ha ha ha!” Adny ketawa besar melihat muka Kemn
kemerahan menahan geram.
“Iyalah! Ni kali kedua aku kena. Hari tu dengan
perempuan suara besar ni suara kecil macam orang tersepit.
Hish! Geram betul aku!” Kemn mencekak pinggang. Marah.

92
Nurul’ Ain

“Dah la tu, aku pelik juga macam mana Fatin boleh


duduk dengan orang-orang macam tu?” Nurul kehairanan.
Mereka terus melangkah menuju ke kelas.
“Fatin pun jarang bercerita dengan kita apa yang
jadi, tapi aku selalu perasan juga tangannya lebam-lebam,
tapi bila ditanya dia kata jatuh, buat kerjalah itulah inilah,
ada sahaja alasannya.” Laju sahaja Adny menyampuk.
“Apa jadi ni sampai dua hari tak datang? Setahu aku
Fatin susah nak ponteng kelas kalau dia betul-betul tak ada
hal.” Nurul cuba mencari jawapan. Mereka semakin buntu.
Hairan dan risau jika sesuatu yang buruk berlaku pada rakannya
itu.
“Kemn! Kenapa diam? Takkan bengang dengan
orang dalam telefon tu sampai tak nak bercakap?”
“Diamlah kau! Aku tengah bengang ni, tau tak?
Bengang!!”
“Ha ha ha!” Sekali lagi Adny mentertawakan Kemn.
“Eh! Minah ni karang... aku...” Kemn memegang
leher Adny seolah-olah ingin menerkam bagai singa lapar.
“Sakitlah... sakit!” Adny terjerit-jerit menahan sakit
apabila lehernya dicengkam.
“Eh, dahlah tu malu aje orang tengok,” tegur Nurul.
“Aku peduli apa!”
“Kemn! Jangan jadi budak-budaklah, aku risaukan
Fatin ni tau tak!” Nurul meninggikan suaranya. Kemn dan
Adny masing-masing tertunduk seperti dimarah oleh ibu tiri.
“Ha! Tahu pula diam, boleh pulak nak berkelahi
tengah-tengah jalan ni.”
“Iyalah, iyalah!” Kemn dan Adny akur.

93
Anugerah Cinta

bab 12
“N
URUL! Nurul!” Cikgu Asiah
memanggil dari jauh.
Nurul, Adny dan Kemn
serentak menoleh ke belakang.
“Oh! Cikgu Asiah... ingatkan siapa tadi, kenapa
cikgu?” Cikgu Asiah merapati mereka bertiga.
“Saya dah lama cari Fatin, dia datang sekolah hari
ni?”
“Emmm... kami pun baru aje lepas telefon dia
cikgu, tapi tak dapat cakap dengan dia,” jawab Kemn.

HAIKAL tergesa-gesa berlari anak menuju ke kelas, seperti


biasa Haikal sering terlewat datang ke sekolah walaupun
berkenderaan sendiri.
“Weh Haikal! Nak pergi mana?” Adny menjerit
memanggil nama Haikal apabila ternampak Haikal tergesa-
gesa berlari memanjat anak tangga untuk ke kelas.

94
Nurul’ Ain

“Ha? Ya, nak naik kelaslah habis ingat aku nak pergi
mana? Shopping? Hish kau ni gemuk!”
“ Suka-suka hati panggil aku gemuk!”
“Ha ha ha!” Haikal ketawa terkekeh-kekeh. Adny
muncung diusik Haikal.
“Kata semalam nak jumpa?” Nurul menjerit kecil,
menyampuk. Cikgu Asiah terpinga-pinga melihat gelagat
mereka berempat.
“Aku pergi tengok Fatin,” jawab Haikal.
“Fatin? Kenapa?” Mereka bertiga serentak
mengajukan soalan.
“La... tak tahu ke dia masuk hospital? Kena tahan
dua hari.”
“Sakit apa? Bila?” Nurul bertanya bagaikan polis
lagaknya.
Hish! Apa hal tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba
masuk hospital. Pelik aku. Kemn mengerutkan dahinya dan
berkata sendiri di dalam hati.
“Mana la aku tahu. Kau orang pergilah tengok dia.”
Semua buntu. Haikal hanya menjungkit bahu apabila ditanya
dan dia terus beredar.
“Haikal nak jumpa kau kenapa Nurul?” Nurul
memandang Cikgu Asiah yang sedari tadi bagaikan penonton
yang melihat aksi mereka.
“Macam nilah, kalau Fatin dah sembuh suruh dia
datang jumpa saya. Saya ada urusan nak jumpa dengannya
tentang projek Minggu Kesenian tu ya.” Cikgu Asiah mula
melangkah dan menoleh kembali.
“Emmm... jangan lupa sampaikan salam saya pada
Fatin ye,” ujar Cikgu Asiah lagi.

95
Anugerah Cinta

“Kau tak pelik ke? Kenapa tiba-tiba Fatin masuk


hospital, dia sakit teruk ke? Kanser? Barah otak? Atau...” Adny
mengira-gira mengguna jarinya.
“Kau ni apa hal?” Kemn menolak kepala Adny
perlahan. Tersengguk kepala Adny ditolak oleh Kemn.
“Tak ada insurans ke mulut? Suka-suka cakap yang
bukan-bukan!” Nurul hanya menggeleng. Baru sahaja mereka
didamaikan, sekarang mereka berdua kembali bergaduh
macam anjing dan kucing.
“Sekarang aku nak tanya, kau orang nak bergaduh
ke nak bincang bila kita nak pergi tengok Fatin?” soal Nurul.
“Jom bincang di kelas.” Mereka bertiga beredar dan
terus berjalan masuk ke kelas dan duduk di tempat masing-
masing.

“HAI bang, tengok cerita apa?” Rozana menegur Zaidi dengan


manja dari belakang.
“Kau nak apa? Jangan panggil aku abang dengan
mulut kotor kau tu!”
“Hmm... kenapa sombong sangat ni bang? Takkan
pasal budak hingusan tu dengan adik sendiri nak berang?”
“Sebelum tangan aku sempat singgah dekat muka
kau baik kau pergi! Aku ni bukan penyabar sangat Ana!”
Rozana enggan beredar dan masih ingin menghimpit
abangnya seperti ingin menggoda.
“Budak tu memang patut diajar, kekasih orang
dirampas-rampas, umur baru setahun jagung dah pandai nak
bercinta.”

96
Nurul’ Ain

Zaidi cepat menoleh memandang wajah Rozana,


mencari kebenaran.
“Fatin tak akan buat macam tu, lainlah kau!
Bergelumang maksiat!” Rozana tersentak, masakan abangnya
tahu kegiatannya.
“Mulut abang jangan sedap-sedap nak tuduh Ana
yang bukan-bukan!” Rozana berkata perlahan khuatir akan
didengari Puan Muna. Zaidi membatukan dirinya. “Ana masih
ada maruahlah, bukan macam budak hingusan tu!” jawab
Rozana lagi.
Zaidi masih mendiamkan diri.
“Kalau abang nak tahu...” Zaidi bangun dan terus
beredar dengan menggelengkan kepalanya. Dia tiada masa
untuk mendengar kata-kata Rozana yang sentiasa penuh
dengan tipu muslihat. Jauh di sudut hatinya, dia sering
tertanya-tanya mengapa dia tidak mempunyai adik kandung
seperti Fatin, baik budi pekerti, bertanggungjawab, penyayang
dan sentiasa berhemah.
Tidak dinafikan ibu Fatin sangat baik dan penyayang
orangnya. Kerana itu Fatin mewarisi sikap ibunya. Mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

“HAI Fatin! Kenapa kau sampai masuk hospital ni? Sakit


apa?” Fatin hanya tersenyum lebar melihat rakan-rakan
kesayangannya datang menjenguknya di hospital.
“Kau orang datang naik apa?” Fatin cuba mengelak
daripada pertanyaan Nurul.
“Hmm, tengok tu tak dijawabnya soalan aku.” Nurul
mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.

97
Anugerah Cinta

“Tak ada apalah Nurul, kena cirit-birit aje. Ha ha


ha!” Fatin ketawa kecil malas untuk berterus-terang.
Dilihatnya keadaan sekeliling Fatin dengan tiub-tiub yang
mempunyai pelbagai fungsi. Tiub air dan darah juga
dipasangkan untuk Fatin, wajah Fatin nampak lesu dan
pucat. Hiba hati Nurul melihat Fatin berkeadaan begitu.
“Kena betul-betul baru tahu!” jawab Kemn.
“He he he...” Fatin hanya tersengih.
“Eh... banyaknya makanan kau orang bawa, untuk
Fatin ye? Terima kasih, susah-susah aje.”
“Bila kau nak keluar Fat? Lama lagi ke kena tahan?”
Kemn duduk di tepi katil Fatin.
“Iyalah Fatin, tadi Cikgu Asiah cari, tanya tentang
projek tu. Dia risau agaknya tak lama lagi ajekan Minggu
Kesenian tu?”
“Kau ni Adny kalau ya pun nanti-nantilah cakap
pasal kerja tu, tak nampak Fatin sakit ni? Utamakan kesihatan
dulu Fatin,” balas Nurul mengingatkan kawan-kawannya itu.
“Emm...Haikal datang ya tengok kau semalam?”
Soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulut Kemn.
“Ya, tapi sekejap aje.” Fatin memandang ke arah
tingkap. Jauh di sudut hatinya, dia ingin Haikal kembali
berada di sisinya. Segala perasaan cintanya datang kembali ke
dalam hatinya setelah bertahun ditinggalkan Haikal.
“Kau ada apa-apa ke dengan dia? Dulu kau kata tak
kenal dia, lagi pelik bila dia datang Port Dickson tempoh hari,
walhal yang tahu kita pergi Amirah kawan kelas kita.” Kemn
semakin tidak berpuas hati. Dia merasakan ada sesuatu yang
tak kena pada Haikal dan Fatin.
“Kau ni Kemn, Haikal pun kawan kita juga, kawan

98
Nurul’ Ain

satu sekolah. Apa salahnya dia datang?” Nurul cuba membantu


tanpa Fatin mengetahui bahawa pertemuan dengan Haikal
adalah rancangannya. Dia juga tahu serba sedikit tentang
hubungan Fatin dan Haikal.
“Hmm... apa-apalah, tapi kalau aku tahu kau
bohong aku, siap kau! Tapi hari tu kau ada kata nak cerita
dekat aku, cerita apa eh?”
“Cerita apa Kemn?” Fatin pura-pura lupa. Hakikatnya
dia tahu yang dia ingin jelaskan tentang dirinya dan Haikal
pada Kemn.
Mereka nampak akrab, mesti ada apa-apa. Adny
berbisik di dalam hati.
“Alah, hari tu pasal Haikal yang kau jumpa kat P.D
tu.” Kemn cuba mengingatkan Fatin.
“Kemn, aku hauslah kita pergi beli air jom.” Nurul
mencelah, kembali menjadi penyelamat.
Fuh, selamat! Kata-kata itu terdetik di hati Fatin.
Adny asyik mengopek buah-buahan yang dibeli oleh Nurul
untuk Fatin. Fatin hanya tersenyum melihat kawannya yang
comel itu mengopek buah-buahan itu. Adny semakin bulat
dan montel, dia nampak cute dan sangat cantik walaupun
berbadan besar.
“Adny lapar ke? Tak makan lagi?” soal Fatin.
“Dah, tadi Adny makan tiga pinggan nasi goreng.
Sebelum datang sini Kemn bagi biskut, keropok dengan kuih
karipap tiga biji tapi semua Adny dah habiskan he he he!”
Adny bersungguh-sungguh bercerita.
“Ha ha ha! Luculah Adny ni, jangan sampai tak
boleh jalan dahlah Adny. Jaga kesihatan nanti Adny juga yang
susah,” nasihat Fatin.

99
Anugerah Cinta

“Okey Doktor Fatin! Jangan risau ya.” Adny


menabik Fatin. Fatin hanya tersenyum melihat gelagat Adny.
Suasana di Hospital Universiti Kuala Lumpur agak lengang
kerana tidak ramai pelawat yang datang kerana waktu
bekerja, jururawat pula ke hulur ke hilir menjalankan tugas
bagi memastikan semua pesakit mendapat layanan yang adil
dan baik.
“Tak sakit ke tangan tu dicucuk jarum?” soal Adny.
Fatin hanya diam tidak menjawab soalan Adny. Kadangkala
terasa sengal juga tangannya yang dipenuhi tiub air dan
darah itu.
“Ha! Balik dah, Nurul mana?” soal Fatin tiba-tiba
apabila tidak nampak Nurul masuk bersama Kemn.
“Dia ke tandas, sakit perut katanya.” Kemn
membuka air kotak Coklat Dutch Lady yang dibelinya tadi
dan menghulurkannya pada Fatin.
“Tak sakit, cuma masukkan air dan darah aje, mula-
mula nak pengsan juga tengok darah ni tapi lama-lama okey
dah.” Fatin menghirup air kotak itu perlahan-lahan setelah
menjawab pertanyaan Adny.

100
Nurul’ Ain

bab 13
“H
AIKAL? Dia buat apa dekat
sini?" Nurul berkata sendiri
apabila ternampak kelibat
Haikal bersama seorang doktor masuk ke bilik rawatan pakar
tidak jauh dari tandas yang dimasukinya tadi. Pelik.
“Lamanya pergi tandas? Kau cuci sekali ke tandas
tu? Ha ha ha!” Kemn menyakat. Nurul hanya diam membisu.
Dia malas nak melayan rakannya itu yang suka menyakat. Dia
sebenarnya menanti kalau Haikal datang untuk menjenguk
Fatin.
Mungkin ada ahli keluarganya yang sakit, Nurul
berkata sendiri di dalam hati.
“Hai, kau ni kenapa?” Adny menepuk bahu Nurul
perlahan, Nurul tersentak dari lamunannya.
“Cinta Ke Akhir Hayat.” Kemn membelek-belek
buku tersebut. Cantik ilustrasi cover bukunya
berlatarbelakangkan warna merah hati dan ada gambar
setangkai bunga mawar merah dan seorang gadis yang sedang
mengalirkan air mata.

101
Anugerah Cinta

“Siapa bagi novel ni Fatin?” soal Kemn.


“Dengar tajuk pun dah tragis, tak bosan ke Fatin
baca novel ni?”
“Anis Danisha penulisnya, dah memang hobi Fatin
baca novel. Bosan duduk sini tak ada buat apa.” Fatin
memandang novel di tangan Kemn itu.
“Macam mana jalan ceritanya?” tanya Kemn ingin
tahu.
Fatin tak habis baca lagi, baru aje pinjam daripada
jururawat tu he he he!” Fatin ketawa kecil.
“Kau ni memang senang dapat kawan.”
“Eh? Kenapa buah-buah ni tinggal sikit?” Kemn
mencari-cari buah yang diberi oleh Nurul tadi untuk
dipotong. Fatin mula tersenyum. Habislah kalau Kemn tahu
Adny yang mengerjakannya sehingga tinggal sedikit.
“Kau makan ya Adny?” soal Kemn dengan tegas.
“Eh! Apa pulak? Jangan main tuduh-tuduh tau,
suka-suka hati aje cakap orang.” Adny menoleh dan cepat
mengundur ke belakang, jauh dari tempat duduk Kemn,
takut dibelasah lagi oleh rakannya itu.
“Habis kalau bukan kau, siapa lagi?”
“Dahlah tu Kemn, dekat sini pun nak bertekak kau
orang ni.” Nurul menyampuk dan terus bangun mengambil
buah-buahan. Dikopeknya satu per satu buah epal hijau dan
buah mangga yang dibelinya tadi.
“Hish! Perempuan gemuk ni dah makan tak
mengaku, mak aku kata kalau dah makan hak orang lain,
lepas tu tak mengaku nanti perut buncit, malam-malam
keluar cacing. Sekarang ni Nurul, dekat dunia lagi Tuhan dah
tunjukkan macam-macam. Eee... takut aku,” kata Kemn

102
Nurul’ Ain

panjang lebar. Kemn sengaja berkata begitu untuk perangkap


Adny. Fatin kembali berbaring, badannya terasa lemah.
“Emm... ala aku potong untuk Fatin tadi, tapi tiba-
tiba buah tu habis, mana aku tahu. Mungkin aku ada
termakan tapi Fatin pun makan juga!” Adny ketakutan
apabila diberitahu perutnya akan membesar, cepat-cepat dia
mengaku.
“Ha ha ha! Tengok tu baru kena gertak dah kelam-
kabut, tau takut!” Wajah Kemn riang.
“Alah! Kau memang sentiasa tak puas hati dengan
aku, kan?” Adny pergi menjenguk ke luar tingkap.
“Kau ni Kemn tak habis-habis menyakat Adny, kesian
dia. Dia suka sangat makan buah tu aku bagilah dia makan,
lagipun banyak lagi makanan dekat sini tak termakan,” kata
Fatin, dia cuba menjernihkan keadaan.
“Fatin, yang sebelah kau tu sakit apa?” Nurul bertanya
dengan nada perlahan pada Fatin dan memuncungkan bibirnya
ke arah katil sebelah Fatin.
“Kanser rahim,” jawab Fatin ringkas.
“Ha?!” Nurul dan Kemn terlopong.
“Muda-muda dah sakit kanser, takutnya aku.” Kemn
memegang dadanya, takut.
“Tak hairanlah zaman sekarang hampir beratus ribu
wanita mudah dijangkiti penyakit tu. Rawatannya pun tak
menjamin apa-apa,” terang Nurul panjang lebar. Fatin hanya
tersenyum. Segalanya ketentuan Ilahi. Penyakit dan penawar
diturunkan sekali, cuma hamba-Nya perlu berusaha.
“Yang depan tu?” Kemn memandang ke arah wanita
yang terbaring tanpa ditemani sesiapa, muram dan kusam
wajahnya.

103
Anugerah Cinta

“Yang itu, tak silap aku masalah usus, buah


pinggang dan kencing manis, tapi jarang juga tengok ahli
keluarganya datang, macam aku.” Fatin tiba-tiba terdiam
apabila menyedari dia terlepas cakap.
“Eh! Mak dengan kakak tiri kau tak datang?” soal
Kemn.
“Mungkin sibuk, Abang Zaidi selalulah datang jenguk
aku, setiap petang.”
“Hmm... pelik betul, hari tu aku telefon rumah kau
dua kali aku ditengking. Siapa tu Fatin?” Kemn mula menyiasat.
Fatin tunduk membisu.
“Tak pasti pula aku Kemn.” Hakikatnya orang di
rumah itu sememangnya tidak berbudi bahasa. Sekali pun
Puan Muna dan Rozana tidak datang menjenguknya di situ.
Tetapi cukuplah Abang Zaidi datang menjenguknya, itu sudah
memadai.
“Hmm... kau ni kuat berahsia sangat, sampaikan
masuk hospital ni pun Haikal yang tahu dulu, pelik juga
aku,” luah Kemn.
“Fatin pulak sakit apa?” tambah Kemn ingin
menyakat rakannya yang sedang terlantar itu. Matanya
terlihat siku dan tangan Fatin lebam, tapi dibutakan sahaja
matanya. Malas nak bertanya pada Fatin.
“Kemn ni, tanya macam polislah,” balas Fatin.
“Fatin, dah lama kami kat sini, Nurul ingat nak
balik dulu la. Bila Fatin nak keluar?”
“Insya-Allah, kalau tak ada apa-apa esok tengahari
Fatin keluar.”
“Emm... baguslah. Kalau tak larat lagi janganlah
paksa diri, rehat dulu di rumah. Nanti nota-nota yang cikgu

104
Nurul’ Ain

bagi kami simpankan untuk Fatin,” kata Nurul kemudian


bersalaman dengan Fatin.
“Terima kasih, sayang korang.” Kemn dan Adny
mengemaskan meja di sebelah Fatin dan menyelimutkan
Fatin lalu beredar. Fatin hanya menghantar mereka dengan
pandangan. Fatin mencapai buku novel Cinta Ke Akhir Hayat
itu dan mula mengamati setiap watak dan baris katanya.
Romantis dan tragis.

“HAI Fatin!” Razi berlari anak menuju ke arah Fatin apabila


ternampak kelibat Fatin yang baru sahaja masuk dari
pintu pagar utama sekolah. Fatin mencari-cari siapa yang
memanggil namanya. Sekali-sekala dia mengurut-ngurut
bahunya yang masih terasa lenguh, tangannya juga terasa
sakit kerana terlalu banyak diberi suntikan oleh doktor.
“Lama tak nampak Fatin, pergi mana?” soal Razi
ringkas.
“Fatin pergi jalan-jalan.” Fatin tersenyum apabila
dapat menyakat Razi.
“Rindu dekat Fatin. Lama tak nampak Fatin, Fatin,
jomlah kita keluar.” Pantas Fatin menggelengkan kepalanya.
“Fatin baru aje datang sekolah hari ni Raz.”
“Fatin sakit ke?’ Fatin terdiam. “Kalau macam tu
tak apalah, tapi hari tu kawan Raz beritahu dia ternampak
Fatin dengan Haikal.”
“Dekat mana?” Fatin pura-pura tidak tahu.
“Di PD. Ooo... dengan Raz tak nak keluar, dengan
Haikal, Fatin nak pula. Yelah, Raz tahulah Raz ni tak kacak,
tak kaya macam Haikal,” rajuk Razi.

105
Anugerah Cinta

“Raz... Raz... kenapa emosi ni? Fatin keluar dengan


Kemn, Nurul dan Adny hari tu, tiba-tiba terserempak dengan
Haikal, bukan kami rancang nak jumpa pun,” terang Fatin.
“Iyalah tu...” balas Raziman bersahaja.
“Tak baik tuduh Fatin macam tu, kami hanya
berkawan.” Razi mengesyaki sesuatu yang tak kena,
nampaknya Haikal semakin licik mengatur strategi untuk
mendapatkan Fatin.
“Fatin masuk kelas dulu ya.” Razi hanya mengangguk
dan melihat Fatin beredar dari tempatnya berdiri, egonya
semakin tercabar.

106
Nurul’ Ain

bab 14
“K
AK FATIN!” Fatin menoleh
ke belakang.
“Eh! Fasya,
kenapa dik?”
“Ni kak.” Fasya pelajar tingkatan empat, juga
merupakan adik angkat pada Razi menghulurkan kad
bersampul warna merah hati pada Fatin.
“Siapa bagi ni?” soal Fatin.
“Tak tahu” Fasya terus beredar.
“Adik!” Fatin menarik tangan Fasya menahan langkah
Fasya. “Cakap betul-betul dik, janganlah main teka-teki
macam ni, daripada hari tu akak dapat kad, surat tapi tak
tahu siapa pengirimnya.”
“Betul Fasya tak tahu...”
“Sumpah?” Fasya mula tunduk. Fatin kakak yang
terlalu baik, kebanyakan pelajar junior kenal dengan Fatin.
Seorang pelajar contoh dan berwibawa serta sering disebut-
sebut namanya di sekolah oleh guru-guru di kelas-kelas lain.

107
Anugerah Cinta

“Emm... abang... abang...”


Fasya masih teragak-agak.
“Cepatlah Fasya,” gesa Fatin tidak sabar ingin tahu.
“Tapi Fasya dah janji tak akan bocor rahsia, kalau
Fasya tipu nanti Fasya mungkir janji, berdosa kak.”
Fatin tunduk, buntu. Tidak tahu bagaimana caranya
untuk mengetahui siapa yang memberi kad dan surat-surat
misteri itu padanya.
“Tak apalah, terima kasih ya,” ucap Fatin.
“Sama-sama.” Mereka berdua beredar. Sedang asyik
dia berjalan perlahan menuju ke kelas sambil membelek-
belek kad itu, Ratna datang menghampirinya dan sengaja
melanggar bahu Fatin.
“Kenapa ni Ratna?”
“Kenapa apa? Terlanggar sikit pun dah sensitif ke?”
Ratna membuat muka puas hati, sengaja menyakitkan hati
Fatin. Fatin hanya melangkah.
“Hmm.. nanti dulu! Aku nak bercakap dengan kau.”
Ratna menahan Fatin.
“Apa lagi Ratna, aku tak nak bergaduh dekat sini.”
Fatin malas ingin bertengkar kerana dia sudah tahu apa yang
ingin dibincangkan oleh Ratna.
“Aku nampak gambar kau dalam wallet Haikal, apa
hubungan sulit yang cuba kau cipta ni Fatin?”
“Kami hanya berkawan, setakat itu sahaja,” jelas
Fatin.
“Gambar tu? Turun dari langit?” soal Ratna dengan
nada sinis.
“Aku tak tahu.”

108
Nurul’ Ain

“Luar nampak baik, konon disayangi cikgu, bersahsiah


baik tapi hati? Busuk! Perampas kekasih orang!”
“Boleh tak jangan nak panjang-panjangkan cerita?
Aku tak nak bergaduh Ratna...” Fatin masih berlembut.
“Tak apa, aku nak tengok sejauh mana kau pandai
melompat dan berahsia Fatin,” balas Ratna dengan nada
keras.
“Aku bukan haiwan Ratna, dan aku sememangnya
tak pandai melompat seperti tupai. Hidup aku sentiasa jatuh,
cuma kadangkala naik atas izin Tuhan.” Petah Fatin berkata-
kata. Hatinya geram dituduh dengan perkara yang bukan-
bukan.
‘Hmm...okay, we will see!” Ratna terus beredar
setelah menghambur kata-kata yang menyakitkan hati Fatin.
Fatin terus masuk menuju ke kelas dan dia pantas melabuhkan
punggungnya di kerusi dan terus membuka sampul surat
yang diperolehnya daripada Fasya sebentar tadi.

Assalamualaikum
Semoga Fatin sudah sembuh untuk kembali
ke sekolah. Saya tahu sampai hari ini Fatin
tertanya-tanya siapakah gerangan yang
memberi surat-surat dan kad-kad yang tidak
bertuan ini. Hakikatnya, Fatin juga mungkin
sudah terdetik bahawa insan itu adalah jejaka
yang Fatin kenal. Itu bukan bermakna saya
takut untuk berdepan atau saya tidak
gentleman, tetapi saya sekadar ingin menguji
ingatan Fatin dengan setiap bait kata dan
ayat yang saya beri. Semoga hubungan kita
akan menjadi lebih baik selepas ini.

109
Anugerah Cinta

Yang Ikhlas,
Haikal

Mata Fatin tertumpu pada nama penulis surat itu,


yang sudah dijangkanya.
“Haikal... gaya penulisanmu masih tidak jauh
berbeza.” Fatin hanya mengukir senyuman hambar. Tekaannya
jarang tersilap.
“Fatin! Fatin!” Fatin tersentak dari lamunan apabila
ditegur Hisyam ketua kelasnya.
“Cikgu Asiah nak jumpa, penting katanya.”
“Terima kasih.” Fatin melipat surat itu dan terus
menyimpan di poket beg sekolahnya.
“Fatin nak pergi mana?” Kemn dan Nurul menyapa
tatkala melihat Fatin tergesa-gesa keluar dari kelas.
“Nak jumpa Cikgu Asiah, kalau Cikgu Zulaikha dah
masuk tolong beritahu ya,” pinta Fatin.
“Okey, bisa diatur dong.” Kemn menyakat.

“ASSALAMUALAIKUM.”
“Waalaikumussalam, masuk Fatin,” balas Cikgu
Asiah.
“Maaf cikgu, lewat jumpa cikgu. Saya masuk hospital
tempoh hari.”
“Tak mengapa, Fatin dah sihat?”
“Alhamdulillah, sihat.”
“Macam ni, separuh dari kerja untuk projek Minggu

110
Nurul’ Ain

Kesenian itu saya dah serahkan pada timbalan kamu Akma.


Cuma yang lain-lain saya harap Fatin dapat siapkan segera,
tinggal lagi dua minggu sahaja projek itu akan berjalan.”
“Macam mana dengan biro-biro lain cikgu?”
“Setakat ni tak ada masalah cuma saya bimbangkan
penyertaan untuk nyanyian solo dan berkumpulan, para
pelajar macam tak berminat.”
“Tak apa cikgu. Insya-Allah nanti saya cuba uruskan
apa yang patut, maaf menyusahkan cikgu. Saya akan cuba
buat yang terbaik untuk projek itu.”
“Pengetua harap ia berjalan lancar kerana sekolah
kita berpotensi melahirkan ramai bakat seni.”
“Baik cikgu, saya minta diri dulu.” Fatin beredar
keluar dari bilik guru, dia bimbang tidak dapat memikul
amanah itu dengan baik.
“Hai Fatin.” Haikal tiba-tiba muncul dari depan.
“Hai...” Fatin hanya tersenyum hambar.
“Kenapa ni? Masih tak sihat ke?” soal Haikal dengan
nada bimbang.
“Tak... tapi ni...” Fatin menghulurkan fail projek
Minggu Kesenian itu pada Haikal. Cepat Haikal menyambarnya
dan membelek-belek isi kandungannya.
“Fatin pengarah projek?” soal Haikal lantas Fatin
mengangguk.
“Wah! Hebat!”
“Tapi Fatin takutlah.”
“Fatin takut apa?”
“Takut Fatin tak boleh buat, pengetua kita harap
sangat program tu berjalan lancar,” luah Fatin bimbang.

111
Anugerah Cinta

“Hmm... tengok tu, tak usaha lagi dah putus asa


awal-awal. Jadi kenapa terima?”
“Lagi Fatin takut.”
“Takut lagi, ha ha ha!” Haikal ketawa kecil.
“Fatin takut nak tolak, nanti cikgu cakap apa pula.
Semua ni Kemn la punya pasal.”
“Emm... dia yang cakap Fatin boleh handle?” Fatin
mengangguk. “Itu bermakna kawan-kawan Fatin tahu
keupayaan Fatin, Fatin mempunyai sikap kepimpinan dan
berdedikasi dalam melaksanakan tugas,” tambah Haikal.
Haikal memandang tepat ke wajah Fatin, direnungnya
dalam-dalam, wajah Fatin makin ceria dan segar, tidak seperti
dua hari lepas. Kerisauannya makin berkurang. Hampir
semalaman Haikal tidak dapat melelapkan mata kerana
keadaan Fatin yang merisaukannya.
“Kenapa pandang Fatin macam tu, macam nak
makan aje, lapar eh?”
“Ha ha ha!” Haikal ketawa besar.
“Habis nak pandang macam mana? Macam ni? Macam
ni? Atau macam ni?” Bermacam-macam gaya pandangan
Haikal berikan pada Fatin. Fatin hanya ketawa riang melihat
aksi Haikal. Dari jauh, Razi melihat Fatin dan Haikal
bermesra. Hatinya mula sakit dan cemburu pada Haikal.
“Abang yakin Fatin boleh buat, tak apalah Fatin kan
ramai ahli jawatankuasa yang lain.”
“Fatin bimbang...”
“Okeylah, kalau ada apa-apa yang Fatin tak faham
atau perlukan bantuan, Fatin beritahu abang.”
“Emm okey... kalau macam tu Fatin tak risau dah.
Fatin masuk kelas dulu ya.”

112
Nurul’ Ain

“Jalan baik-baik.” Haikal hanya memandang Fatin


dari jauh.
“Fatin!” Haikal memanggil kembali.
“Kita jumpa esok dekat Mid Valley nak?”
“Nak pergi mana?”
“Jalan-jalan makan orang ha ha ha!” Haikal bergurau.
Fatin tersenyum melihat gelagat Haikal.
“Nanti Fatin fikir dulu ya.”
“Esok pukul dua abang tunggu di McDonalds, bye!”
Belum sempat Fatin menjawab Haikal terus berlalu pergi.
“Bang! Bang! Nanti dulu!” Fatin terus melangkah
dengan menggelengkan kepalanya.

113
Anugerah Cinta

bab 15
“K
AU pergi mana ni Fatin?”
Nurul menyapa sambil
mengeluarkan buku nota
Ekonominya.
“Merayap aje,” sakat Adny tiba-tiba.
“Apa pulak merayap, Fatin pergi jumpa Cikgu Asiah
tadi tentang program tu. Kemn terima kasih ya banyak tolong
Fatin selesaikan tugas.”
“Ah! No hal lah tu beb.” Kemn menoleh ke arah
tingkap.
“Weh, Cikgu Zulaikha datang,” kata Kemn. Semua
pelajar diam dan bersiap sedia. Sememangnya Cikgu Zulaikha
merupakan guru yang agak tegas dan garang. Tambahan pula
beliau memikul tanggungjawab sebagai guru disiplin di
sekolah itu. Hari-hari beliau terpaksa berdepan dengan
pelbagai masalah dan ragam para pelajarnya. Namun beliau
seorang guru yang senang untuk didekati dan mudah mesra
dengan anak muridnya.

114
Nurul’ Ain

“ROZANA! Hutang lama lu sudah settle, ini hutang baru apa


macam?” Johnson menahan Rozana di hadapan kelabnya.
“Alah... nanti aku bayarlah, sekarang pelanggan tak
ramailah, cakap dengan Wong jangan risaulah tak ke mana
duitnya tu.” Rozana cuba berdalih.
“Lu jangan nak ajar gua ha! Lu ingat lu siapa?
Wong mau duitnya minggu depan, tak ada lu jaga! Faham!!!”
Johnson mula meninggikan suaranya. Bosan dengan sikap
Rozana yang pandai berhutang tetapi liat untuk membayar.
Rozana boros berbelanja, dia ingin hidup mewah
ada kalanya dia sanggup berjudi semata-mata untuk
mendapatkan wang sekelip mata. Segala tindak-tanduknya
dirahsiakan daripada pengetahuan Puan Muna. Baginya
ibunya juga sama sepertinya yang bermata duitan, sanggup
buat apa sahaja asalkan dapat hidup mewah.
“Ingat!!! Tak ada, lu punya keluarga gua bagi habis,
tahu?” Berkali-kali Johnson yang merupakan ahli kongsi gelap
di situ memberi amaran kepada Rozana.
“Iyalah!” Rozana terus beredar dari situ dan masuk
ke dalam Kelab Rostar. Setiap malam Rozana bertukar ganti
pasangan. Kehidupannya penuh dengan maksiat dan pekerjaan
terkutuk. Asalkan ada lelaki yang berduit masuk ke kelab itu,
tidak kira tua dan muda semua dilayannya. Baginya duit
adalah segalanya. Soal tanggungjawabnya pada agama sering
dilupakan malah Rozana tidak tahu banyak mengenai Islam,
memandangkan hidupnya yang terlalu sosial serta ibunya
yang asyik menggoda suami orang sehingga mengabaikan
tanggungjawab pada anak-anaknya.

115
Anugerah Cinta

“ABANG, Ana nak duit!”


“Berapa?”
“Dua puluh ribu.”
“Kau ni betul ke tak Ana?” jerkah Zaidi sambil
meleraikan tali kasutnya.
“Betullah, duit, tak faham duit?” Rozana memberi
senyuman sinis.
“Tengah malam-malam buta ni aku nak ambil dekat
mana duit?” Rozana menghalang abangnya dari masuk ke
bilik. “Hai, kau kan hari-hari berkepit dengan lelaki kaya,
mana duit-duitnya?”
“Janganlah banyak tanya, bila aku minta bagi
ajelah, siang malam di bengkel tak akan tak ada hasil? Ke
buat kerja lain?”
“Kenapa celupar sangat mulut kau ni? Tak habis-
habis nak cari gaduh dan buat hal!” Zaidi mula naik angin
apabila mendengar kata-kata Rozana yang menyindirnya.
“Abang ni memang tak tahu bertanggungjawab tau!
Patutnya abang tanggung Ana. Ini tak, dahlah Ana terpaksa
keluar bekerja, baru nak minta duit mula bagi macam-macam
alasan!”
“Aku bukan anak tauke balak! Boleh minta duit
bila-bila masa, dua puluh ribu pulak tu! Kau ingat sikit?”
“Dasar kedekut! Kalau untuk orang lain tak apa!”
Zaidi mula angkat kaki malas nak bergaduh, setiap
hari ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Penatnya di
tempat kerja belum habis, balik di rumah terpaksa pula
berhadapan dengan perangai adiknya Rozana. Kadang kala
Puan Muna juga turut memintanya duit.
Gajinya di bengkel tidak seberapa, hanya cukup

116
Nurul’ Ain

untuk dia menyara dirinya dan Fatin yang masih belajar.


Zaidi tahu ayahnya meninggalkan banyak harta untuk mereka
tetapi semua dikaut oleh ibunya.

SUASANA di Mid Valley dipenuhi dengan orang ramai yang


datang berkunjung dengan pelbagai tujuan. Ada yang ingin
membeli-belah, ada yang meluangkan masa dengan keluarga
dan ada yang menghabiskan masa lapang dengan aktiviti
window shopping. Susun atur di setiap kedai unik dan mampu
menarik pelanggan untuk mendekati dan melihat setiap
produk jualan mereka.
Berkali-kali Haikal melihat jam tangannya, hampir
sejam setengah Haikal menanti Fatin, namun bayangannya
masih tidak kelihatan.
“Assalamualaikum.” Fatin menyapa lembut dari
belakang, ringkas tetapi cantik. Fatin hanya mengenakan
pakaian T-shirt berwarna merah jambu dan seluar Jeans serta
rambutnya diikat kemas. Tiada secalit make-up pun di wajah
Fatin namun dia kelihatan sangat ayu dan manis.
“Walaikumussalam...” Haikal memandang tepat wajah
Fatin.
“Lama dah tunggu?” soal Fatin.
“Adalah rasa nak terjun ke tingkat bawah, frust dah
lama sangat tunggu ha ha ha!” Haikal mengusik. Fatin hanya
tersenyum.
“Maaf ya, banyak kerja dekat rumah tadi.”
“Tak apa, Fatin datang ni pun dah bagus.”
“Dah makan?” Mata Haikal meliar mencari tempat
makan.

117
Anugerah Cinta

“Baru aje sampai dah nak makan?”


“Iyalah abang nak bagi Fatin gemuk sikit, tengok tu
cengkung dah muka. Asyik buat kerja aje.”
“Fatin dah makan sebelum datang sini tadi.”
“Tipu!”
“Betul...”
“Kalau macam tu abang pun dah makan tadi.”
Haikal sengaja perangkap Fatin.
“Alah, abang tipu. Tak apa Fatin temankan abang
makan ya? Janganlah merajuk buruk dah muka tu!” Fatin
ketawa kecil, riang hatinya menyakat Haikal.
“Talk to my hand.” Haikal menunjukkan tapak
tangannya ke muka Fatin.
“Apa tu?”
‘He he he... macam cerita Terminator tu, Arnold
Schwazenegger cakap dengan heroinnya.” Haikal menurunkan
tangannya.
“Hai abang ni, dipengaruhi cerita.” Fatin hanya
menggelengkan kepalanya melihat gelagat Haikal.
“Nak makan tak? Nanti lapar masuk angin perut
tu.” Haikal mengangguk dan terus melangkah masuk ke
Restoran Chiken Rice Shop.
“Selera abang daripada dulu sampai sekarang nasi
ayam aje.”
Haikal hanya tersenyum. Selesai mereka menjamu
selera Haikal mengajak Fatin jalan-jalan di kawasan pusat
membeli-belah itu.
“Fatin penat?” Haikal melabuhkan punggungnya di
kerusi kayu. Fatin turut sama mengikut.

118
Nurul’ Ain

“Tak, sekali-sekala dapat keluar okey juga dapat


release tension.” Fatin memandang ke arah pengunjung-
pengunjung di situ. Ada kalanya dia tertawa kecil melihat aksi
kanak-kanak dengan ibu bapa mereka.
“Fatin suka kanak-kanak?”
“Suka!” Pantas Fatin menjawab.
“Okey pass!”
“Apa yang pass?” Fatin keliru.
“Pass jadi ibu mithali.”
“Hmm... abang ni, belajar pun tak habis lagi nak
fikir baby jauh sekali.”
“Ala future planning tak salah, kan?”
“Dengan siapa?”
“Abang, hehehe” Haikal hanya tersengih.
“Perasan! Siapa nak kahwin dengan abang?” Fatin
mencebik.
“Fatinlah, kenapa? Tak sudi?”
“Bukan tak sudi, terlintas di fikiran pun tak bang.”
Fatin membalas jelingan manja pada Haikal, Haikal hanya
tersenyum melihat gelagat Fatin. Hatinya sedikit terhibur
apatah lagi dapat meluangkan masa bersama.
“Sampai hati...” Haikal tunduk ke bawah memandang
lantai.
“Kita masih belajar, yang penting perlu
didahulukan, yang tidak harus dikemudiankan.”
“Jadi perasaan abang pada Fatin tak penting?”
“Bukan macam tu, maksud Fatin apa pun yang kita
nak lakukan, biarlah kena pada masa dan tempatnya,” terang
Fatin lagi.

119
Anugerah Cinta

“Abang faham, cuma tak salahkan abang meletakkan


sedikit impian, abang sayangkan Fatin.”
“Tapi kita masih bergelar sahabat, di antara abang
dan Fatin hanyalah sahabat.”
“Betul sekadar itu?” Haikal tidak berpuas hati.
“Entahlah bang, Fatin tak nak fikir jauh-jauh. Fatin
takut dikecewakan lagi.”
“Abang tak berniat nak mendesak Fatin, Fatin dah
maafkan abang atas kesilapan abang dulu pun dah cukup
memadai.”
“Mana ada manusia yang perfect bang, semuanya
pasti buat kesilapan. Bezanya sama ada kesilapan itu diulangi
atau tidak aje.”
“Bila insan yang kita sayang ada di sisi kadang-
kadang tidak terasa tetapi apabila dah hilang ianya akan kekal
di hati, kan?”
“Apa maksud abang?”
“Tak ada apa cuma sekadar kata-kata,” ujar Haikal
mengelak. “Kenapa tak cari pengganti?” tanya Haikal lagi.
“Fatin tak terfikir lagi. Fatin nak tumpu pada
pelajaran.” Pada hakikatnya, hatinya masih terikat pada
Haikal. Walaupun bertahun Haikal pergi meninggalkannya
tetapi Haikal adalah cinta pertama Fatin, sukar untuknya
dilupakan begitu sahaja.
“Abang... dah lewat ni, kita balik nak?” Fatin khuatir
dia masih tiada di rumah apabila Abang Zaidi pulang.
“Nak abang hantar?”
“Tak apa, Fatin boleh balik naik bas.”
“Betul?” Fatin menggangguk laju. Cepat sahaja

120
Nurul’ Ain

kakinya melangkah meninggalkan perkarangan kawasan


membeli-belah itu.
“Hati-hati.”
“Assalamualaikum.”
“Walaikumsalam,” balas Haikal.

121
Anugerah Cinta

bab 16
F
ATIN menyangkut telekungnya
di dalam almari.
“Fatin, esok aku nak
jumpa, ada hal nak cakap.”
“Cakap ajelah sekarang.”
“Tak naklah. Tak sempat. Aku nak balik dah.”
Kata-kata Razi terngiang-ngiang di telinga Fatin.
Apa yang penting sangat ya, Fatin berbisik di dalam hati.
Perlahan-lahan Fatin menarik kerusi di meja belajarnya. Dia
mengambil beberapa helai kertas dan menulis beberapa bait-
bait perkataan yang terlintas di benak fikirannya.

Bukan kerana dikau hadir


Tapi takdir yang menyeru engkau datang
Segalanya bagai persinggahan sementara
Lunak dan sepi berirama riang
Gemersik menyambut kedatangan
Aneh

122
Nurul’ Ain

Satu kejadian di luar jangkaan


Cinta kebetulan?
Dia cinta pertama
Tiada dua dan tiga
Mana mungkin ia satu kebetulan.

Fatin mengambil kotak muzik yang diberi oleh


Haikal minggu lepas di Port Dickson, hadiah yang tidak
dijangka. Fatin membuka kotak muzik itu. Indah iramanya
sangat romantis. Sememangnya minat Fatin lebih cenderung
pada muzik yang sentimental.
“Siapa yang bagi?” Tiba-tiba Abang Zaidi muncul
dari belakang.
“Kawan...” Fatin menjawab lemah.
“Lelaki?” soal Zaidi.
“Emm... dia kawan lama Fatin dulu.”
“Fatin tipu abang ya?”
“Tipu apa bang?” Fatin terkejut. Dahinya berkerut.
“Fatin dah ada special boyfriend?”
“Kenapa abang tanya macam tu?” Fatin cuba
mengelak dan pura-pura tidak faham.
“Kak Ana cakap Fatin rampas kekasihnya.”
“Haikal?” Fatin terdiam. Entah mengapa tiba-tiba
nama Haikal terpacul dari mulutnya.
“Hmm... abang dah agak, betullah?” keluh Zaidi.
“Fatin cuma berkawan bang, tak lebih daripada tu.”
“Betul?” Fatin mengangguk secara terpaksa.
“Fatin masih belajar, abang tak nak Fatin leka

123
Anugerah Cinta

dengan perkara-perkara macam tu. Fatin sahaja harapan


abang untuk berjaya dan Fatin perlu bentuk diri Fatin untuk
masa depan Fatin, hanya pelajaran yang dapat mengubah
nasib seseorang. Kerana itu Nabi kita pernah berkata
tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China. Abang nak Fatin
kejar cita-cita Fatin. Fatin nak tengok abang kecewa?”
“Tak nak... tapi Fatin cuma...”
“Abang tak nak dengar apa-apa lagi, abang tak nak
Fatin tipu abang lagi, abang percayakan Fatin.”
“Sampai hati abang cakap Fatin tipu abang.” Fatin
tunduk, air matanya bergenang. Fatin sangat sensatif, tambahan
pula jika abangnya yang memarahinya. Fatin tidak kisah jika
orang lain yang memarahinya tetapi bukan abangnya.
“Abang minta maaf.” Zaidi memegang ubun kepala
Fatin. Diusap lembut kepala adik kesayangannya itu.
“Abang tak bermaksud nak tuduh Fatin yang
bukan-bukan, abang cuma nak nasihatkan Fatin agar jangan
leka,” terang Zaidi.
“Maaf...” balas Fatin ringkas.
“Merajuk dah adik abang busuk sorang ni.” Zaidi
sememangnya tewas apabila melihat air mata Fatin. Dia tidak
mahu adiknya terluka walaupun sedikit. Kehidupan di rumah
itu sudah cukup membuatkan adiknya terseksa jiwa dan raga.
Namun Fatin seorang gadis yang kuat semangat walaupun
senang mengeluarkan air mata dan mudah terasa hati.
“Abang dah makan?” Fatin cuba menukar topik.
“Dah tadi dekat luar. Fatin?”
“Dah petang tadi he he he!” Fatin hanya tersengih.
“Tak apalah, adik sambung belajar ya. Maaf abang
mengganggu.”

124
Nurul’ Ain

“Taklah, Fatin pun dah lama tak berbual dengan


abang.”
“Eh... tipu, baru semalam berbual dengan abang.”
Zaidi tersenyum mengejek.
“Oh ada ya? Silap pulak ha ha ha!” Fatin ketawa
kecil, sengaja menyakat abangnya. Zaidi bangun dan terus
beredar. Fatin memandang jauh ke luar tingkap, mencari
sudut pandangan yang mampu digapai oleh matanya.
Maaf... Fatin tak berniat nak tipu abang, tapi Fatin
juga tak nak menyakiti abang. Dahulu sememangnya Haikal
insan yang amat istimewa buat Fatin tapi tidak sekarang.
Walaupun sisa cinta dan kasih Fatin kembali bertakhta di hati
Fatin, namun Fatin berserah pada takdir yang menentukan
segalanya, bisik Fatin sendiri di dalam hati.
Ditariknya kerusi dan Fatin segera melabuhkan
punggungnya. Diselaknya satu per satu buku rujukan di
hadapannya, subjek Sejarah merupakan subjek yang sangat
digemarinya sejak di sekolah rendah lagi. Walaupun ramai di
antara rakan-rakannya tidak menggemari subjek tersebut
tetapi Fatin suka kerana sejarah banyak memberi pengetahuan
pada seseorang, kelompok dan masyarakat. Tanpa sejarah,
manusia kurang menghargai sesuatu nikmat yang ada dan
tidak akan tahu asal usul mereka.
Walaupun hidup Fatin penuh dengan pelbagai
masalah, tetapi dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya.
Dia akan menumpukan sepenuh perhatian pada setiap sesi
pembelajaran di sekolah. Fatin juga jarang tidak hadir ke
kelas walaupun badannya penat dengan kerja-kerja di rumah,
itu tidak termasuk melayan kerenah ibu dan kakak tirinya
lagi. Namun, Fatin seorang gadis yang cekal mengharungi
ranjau dan dugaan hidup, dia tidak mahu hadirnya ke bumi

125
Anugerah Cinta

Allah ini sebagai sesuatu yang sia-sia. Walaupun dilihat


dirinya yang agak kurus dan lesu, namun Fatin mempunyai
kekuatan mental dan setiap hari dia memberikan motivasi
pada dirinya sendiri untuk terus kuat melangkah ke hadapan.

126
Nurul’ Ain

bab 17
H
AIKAL berbaring di atas katil,
dan memandang ke arah kipas
yang berputar laju. Ligat.
Andai mampuku putar semula ke masa lampau, di
mana saat diriku dan Fatin sedang bahagia berkongsi kasih.
Alangkah bahagianya! Ah! Bodohnya aku mengabaikan gadis
sebaik dan semanis dia. Rozana! Ratna! Julie! Semuanya
dalang dalam cintanya yang silih berganti. Haikal memusingkan
badannya. Hatinya masih berkata-kata. Ah! Jika bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi. Berkali-kali Haikal
menepuk dahinya. Menyesal namun sudah terlewat.
Hati seorang gadis murni aku permainkan seperti
dirinya tidak berperasaan. Ya Allah, zalim sungguh aku.
Mama juga menjadi penghalang cintaku, bisik Haikal di
dalam hati.
“Kau masih mentah apa yang kau tahu pasal cinta?
Fatin anak Amirudin tu pilihan kau? Buta ke kau Haikal?
Kedudukan kita tak setaraf dengannya!” Kata-kata mamanya
masih jelas dan sentiasa terngiang-ngiang di telinga Haikal.

127
Anugerah Cinta

Haikal mengambil telefon bimbitnya dan terus


mendail nombor Razi.
“Helo Raz.”
“Hai, kau ni dah tak reti bagi salam ke?” seloroh
Razi.
“Waalaikumussalam. Eh, tersilap pulak,
Assalamualaikum.”
“Emmm.... Waalaikumussalam, apa hal call aku
malam-malam ni?” soal Razi.
“Aku nak ajak kau keluar minum.”
“Apa kes tiba-tiba nak keluar? Mesti ada apa-apa ni.”
“Kau nak ke tak?” soal Haikal tegas.
“Orang nak belanja mestilah nak. Rezeki jangan
ditolak, musuh jangan dicari. Ambil aku kejap lagilah, aku
nak solat dulu.”
“Okey, beres!” balas Haikal.
Haikal termenung seketika. Solat? Perkataan itu
terpacul dari hatinya. Haikal bingkas bangun dan terus
mengambil air sembahyang.

SUASANA di kedai makan masih dipenuhi dengan orang


ramai yang datang menjamu selera walaupun sudah lewat
malam.
“Macam mana?” Soalan itu tiba-tiba terkeluar
daripada mulut Razi.
“Macam mana apa?” Haikal pura-pura tidak faham.

128
Nurul’ Ain

“Fatin?” Razi memberikan senyuman pada Haikal.


“Biasa,” balas Haikal bersahaja. Anak matanya dilari
agar tidak memandang muka sahabat itu.
“Apa yang biasa?” Razi mula mendesak. Haikal
menghirup teh O ais limau di hadapannya.
“Kami cuma berkawan,” jelas Haikal seperti acuh
tidak acuh.
“Dalam erti kata lain kau dah mula mendekati dia?
Macam tu?”
“Hey... kenapa ni beb! Serius aje bunyinya.”
“Saja tanya, kita ibarat di track, masing-masing
memikirkan langkah untuk sampai di garisan penamat dan
berjaya mencium hadiahnya, kan?” kata Razi panjang lebar.
“Razi! Fatin bukan permainan! Aku ikhlas berkawan
dengan dia, antara kami...” Haikal terdiam, hatinya panas
apabila nama Fatin menjadi isu Razi malam ini. Perkataan
‘mencium’ itu begitu mengguris hatinya.
“Kenapa nak marah ni Haikal? Bukan kau ke yang
bersetuju hendak jadikan Fatin sebagai bahan pertaruhan?”
Haikal memandang tepat anak mata Razi. Razi melawan.
Haikal akhirnya kalah dan membuang jauh pandangannya ke
arah jalan raya. Dia tidak mahu berterus terang dengan Razi
bahawa Fatin itu adalah kekasih hatinya dahulu.
“Itu dulu Razi, tapi sekarang aku menghormati
perasaannya, Fatin bukan gadis yang boleh dipermain-
mainkan. Aku...”
“Kau cintakan dia? Hey come on beb! Takkan
semudah itu? Pertaruhan tetap pertaruhan.” Razi memintas
kata-kata Haikal yang belum habis meluahkan perasaannya.
Razi sengaja membangkitkan soal Fatin pada malam itu.

129
Anugerah Cinta

Egonya tercabar apabila dia merasa tewas dalam memikat


Fatin.
“Aku nak balik.”
“Relakslah Haikal, janganlah emotional sangat.”
“Aku dah tak ada mood!”
“Hmm...” Razi mengeluh panjang.
Haikal memecut laju keretanya selepas menghantar
Razi ke rumahnya. Lagu ‘Cukuplah Sekali’ nyanyian Jay Jay
kuat berkumandang di dalam kereta. Cepat Haikal mematikan
radio itu. Hatinya terusik mendengar setiap bait perkataan
lirik lagu itu, nyata dirinya bersalah. Teramat bersalah pada
Fatin. Kata-kata Razi membuatkan dirinya semakin tidak
tentu arah, khuatir rahsianya akan terbongkar.
Namun niatnya pada Fatin kini ikhlas, dia teramat
mencintai Fatin. Tidak pernah sekali pun dia melupakan
Fatin walaupun ramai gadis lain di sisinya. Sikap Fatin sangat
unik dan jiwanya sangat murni. Fatin seorang gadis yang
mudah untuk didekati namun ada kalanya sukar untuk
difahami. Hatinya salju, suci seperti kain putih. Fatin... masih
sempatkah? Hati Haikal berbisik sendirian.

FATIN meletakkan bukunya di tepi tempat duduknya.


“Apa yang penting sangat Raz nak jumpa Fatin ni?”
“Fatin dan Haikal macam mana?” soal Razi berterus
terang.
“Macam mana apa?” Fatin tidak mengerti mengapa
sejak kebelakangan ini terlalu ramai yang mencurigai
hubungan mereka.

130
Nurul’ Ain

“Emm... nampak mesra.”


“Kami cuma kawan biasa aje Raz...”
“Begitu cepat?”
“Hmm... kenapa ni Raz, jangan bermain teka-teki.
Fatin tak pandai nak meneka.”
“Bukan teka-teki tetapi jawapan di sebalik yang
pahit untuk Fatin terima jika Fatin tahu kebenarannya,” ujar
Razi semakin galak bermain kata.
Fatin termenung seketika. Apa lagilah kali ini?
Fatin berbisik sendiri di dalam hati.
“Haikal...” Kata-kata Razi tersangkut di
kerongkongnya.
“Kenapa?” soal Fatin tidak sabar apabila nama
Haikal disebut-sebut.
“Fatin rasa dia jujur dengan Fatin?” Fatin
mengangguk perlahan.
“Kalau Raz kata dia sekadar nak permainkan Fatin,
Fatin percaya?”
“Hmm... jangan main tuduh-tuduh Raz. Tak baik,”
tegur Fatin lembut.
“Sebenarnya kami ada buat perjanjian, siapa di
antara kami yang berjaya mendapatkan Fatin dahulu dia
dikira wira dan akan mendapat habuan,” jelas Razi berani.
“Apa ni Raz? Ingat Fatin barang ke, macam loteri?
Ha?!” Hancur hati Fatin apabila mendengar kata-kata Razi.
“Raz tak tipu, Fatin boleh tanya sendiri pada Haikal.
Cuma antara dia mengaku atau tidak ajelah.” Entah mengapa
Razi terasa dia perlu berterus terang dengan Fatin, walaupun
pada hakikatnya Razi tahu niat Haikal kini ikhlas berada di

131
Anugerah Cinta

sisi Fatin. Dirinya bagai dirasuk syaitan, lupa bahawa Haikal


itu sahabatnya, sahabat yang banyak membantunya.
“Tak! Raz tipu! Haikal bukan macam tu, Fatin
percayakan dia. Raz tipu! Raz tipu!” Fatin tidak mampu
menahan sebak di dadanya. Cukuplah dugaan yang
ditanggungnya selama ini. Mengapa dia harus lalui semua itu
lagi. Fatin bangun dan terus berlari ke kelas.
“Fatin! Nanti dulu!” Razi cuba menahan Fatin.
Fatin berlalu dan tidak mengendahkan rakannya itu. Walaupun
Razi berasa puas tetapi jauh di sudut hatinya dia berasa
kasihan melihat keadaan Fatin, seolah-olah tidak mampu
menerima hakikat itu. Mungkin Fatin kini sudah mula
menyayangi Haikal.

“FATIN kenapa kau ni? Sampai merah-merah mata?” tanya


Nurul bimbang.
“Tak ada apa-apa,” jawab Fatin yang kemudian
mengeluarkan buku-bukunya. Setiap perkara yang dibuatnya
seperti tidak kena, sedih, geram, marah semuanya bercampur-
baur.
Kemn dan Nurul berpandangan antara satu sama
lain. Pelik, Fatin tidak pernah berkelakuan seperti itu. Sekali-
sekala Fatin menyeka air matanya daripada jatuh. Fatin tidak
sanggup lagi menahan kesedihan itu. Namun, di dalam
kesedihan dia tetap akan mencari kebenarannya. Dengar
sendiri dari mulut Haikal? Suara hati Fatin terdetik sendiri.
Mungkin Razi mempunyai agendanya tersendiri.

132
Nurul’ Ain

HAIKAL menekan remote control televisyennya, selepas satu


siaran, satu siaran ditukarnya. Semuanya tidak kena di mata
Haikal. Tiba-tiba mata Haikal tertumpu pada watak di dalam
drama Korea itu, Bae Young Jun, pelakon kegemaran Fatin.
Haikal mengamati setiap cara dan kata-kata pelakon lelaki
itu. Persis lelaki idaman Fatin, gentle dan sangat romantis.
Gerak gaya dan air muka pelakon itu mampu membuatkan
hati wanita cair. Sememangnya Fatin menggemari lelaki yang
caring, penyayang, tidak gelojoh. Pantangnya pada lelaki yang
meninggikan suara serta tidak beradab. Dahulu, Haikal nyaris
ditampar oleh Fatin apabila dirinya menengking Fatin di tepi
pantai hanya kerana selisih faham atas sebab masalah kecil.
“Haikal dah jumpa Doktor Ikmal?” Mama Haikal
melabuhkan punggung dan duduk di tepi anaknya.
“Dah semalam,” ujar Haikal malas.
“Doktor cakap apa?”
“Tak ada apa-apa.”
“Sure?”
“Yes!” Yakin sahaja Haikal menjawab setiap
pertanyaan mamanya. Namun di sebalik anak mata Haikal
masih ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Hubungan
Haikal dan mamanya tidak begitu mesra, sejak mamanya
menentang hubungannya dengan Fatin.
“Kalau ada apa-apa jangan sorokkan daripada mama
ya.” Haikal hanya mengangguk malas.

133
Anugerah Cinta

bab 18
“F
ATIN buat apa tu?” Haikal
menyapa apabila melihat
Fatin sibuk menyusun atur
dewan bersama rakan-rakannya yang lain. Fatin membisu
tidak bersuara.
“Kenapa ni?” Haikal masih berusaha. Dia rindu nak
mendengar suara manja Fatin.
“Saya sibuk!” Fatin mengumpul kesemua kertas di
atas meja dan terus beredar. Haikal terkejut melihat reaksi
Fatin terhadapnya.
Apa yang tak kena?’ Haikal bertanya sendiri di
dalam hati. Haikal terus mengejar Fatin dari belakang. Fatin
sengaja mempercepatkan langkahnya.
“Fatin! Fatin!” Fatin menoleh.
“Haikal saya banyak kerja nanti aje kita cakap.”
Walaupun hatinya mendesak ingin mengetahui sejauh mana
kebenaran kata-kata Razi tetapi dia tidak mampu untuk
berhadapan dengan Haikal. Tidak mampu mendengar
kebenaran bahawa Haikal mempermainkan dirinya demi ego.

134
Nurul’ Ain

Fatin mencari tempat di belakang dewan untuk dia


melepaskan segala kesedihannya. Kaki Fatin tak mampu
berdiri. Mengapa diriku Ya Allah... air mata Fatin menderu
laju tidak mampu ditahan lagi. Hati Fatin meraung.

MATA Haikal cuba mencari-cari bayangan Fatin tetapi tidak


jumpa. Fatin, jangan buat abang macam ni... apa salah abang
Fatin? Hati Haikal merintih kesedihan.
Haikal melangkah keluar dari dewan itu, hatinya
sangat kecewa dan hampa. Haikal tertanya-tanya apa yang
sedang berlaku. Dia buntu dan tidak tentu arah.
Mungkin Fatin tertekan dengan kerjanya, bisik
Haikal sendiri. Dia sengaja menyedapkan hatinya.
“Hai Haikal!” Cepat Haikal menoleh mencari suara
yang menyapanya.
“Nurul... hai!”
“Kenapa ni? Muka kau pucat semacam aje.”
“Tak, tak ada apa.”
“Nampak Fatin?” soal Nurul kemudian memandang
sekeliling kalau-kalau dia ternampak kelibat Fatin.
“Nurul...” Haikal seperti ingin meluahkan sesuatu
pada sahabat baik Fatin itu.
“Ya.”
“Fatin...”
“Kenapa ni Haikal? Cuba cakap terus terang.”
“Aku tak tahu kenapa tadi aku jumpa dia di dalam
dewan muka dia macam marah betul dekat aku, lepas tu dia
terus pergi.”

135
Anugerah Cinta

“Tak cakap apa-apa?”


“Cakap, dia kata dia sibuk.”
“Mungkinlah tu, dia tertekan agaknya. Ada masalah
dengan penyertaan.”
“Kenapa dengan penyertaan?”
“Nyanyian solo lelaki dan perempuan tak dapat
sambutan,” terang Nurul.
“Nyanyian solo lelaki?” soal Haikal lagi. Nurul
mengangguk.
“Tapi aku kenal dia Nurul, Fatin tak akan buat aku
macam tu walau sibuk mana sekalipun.” Nurul terdiam dan
termenung sejenak.
“Betul juga. Tak apalah, macam ni. Nanti aku cuba
cakap dengan dia. Relakslah, tak ada apa-apalah.”
“Aku risau, aku tak nak hilang dia lagi Nurul.”
Haikal tunduk dan terus berlalu.
Nurul tertanya-tanya dengan kata-kata Haikal tadi.
Tak mahu kehilangan dia? Mereka dah ada hubungankah?
Nurul tertanya-tanya di dalam hati dan terus masuk ke dalam
dewan mencari Fatin. Puas Nurul bertanya dengan semua
orang tapi tak seorang pun nampak kelibat Fatin di dalam
dewan.

“FATIN! La dekat sini kau!” Cepat Fatin menoleh ke belakang


dan mengesat air matanya agar tidak dilihat oleh Nurul.
“Emm... nak apa Nurul?” Fatin menjawab perlahan,
wajahnya ditundukkan ke bawah memandang lantai.
“Fatin, kenapa kau ni? Bergaduh dengan Haikal

136
Nurul’ Ain

ke?” Fatin tersentak, dia tidak menyangka Nurul juga tahu


keadaannya sekarang.
“Emm... taklah, Fatin tertekan dengan biro. Mereka
tak dapat cari penyertaan,” ujar Fatin seakan mengelak.
“Jangan tipu, habis kalau tertekan dengan biro
kenapa pula Haikal yang jadi tempat kau lepaskan kemarahan
kau?” Nurul cuba mendesak Fatin agar berterus terang.
“Haikal?” Fatin terperangkap. Dia tidak dapat
mengelak.
“Razi ada cerita sesuatu tentang Haikal pada aku,
aku jadi bahan pertaruhan Nurul.”
“Bahan pertaruhan?” Nurul keliru. “Pertaruhan apa?
Untuk apa?”
“Haikal dan Razi, mereka... hmm... entahlah
Nurul.” Fatin malas nak menerangkan segalanya. Hatinya
kabur dengan setiap dugaan yang menimpanya.
“Kau percayalah bulat-bulat? Tanpa bertanya sendiri
pada Haikal?” Nurul mendesak. Walaupun dia tidak kenal hati
budi Razi dan Haikal tapi dia dapat rasakan bahawa Haikal
tidak bersalah.
“Perkara kecil Fatin, bawalah berbincang. Jangan
lari daripada masalah. Kau tak akan dapat jawapannya.”
“Masalah kecil? Ini melibatkan maruah aku Nurul.
Haikal insan yang aku sayang dan yang aku percaya. He is
hurting me Nurul! Apa semua ni. Fatin terima dia kembali
dalam hidup Fatin tapi Fatin tak sangka dia perlakukan Fatin
semata-mata untuk menunjukkan egonya pada Razi bahawa
dia boleh dapatkan Fatin! Fatin tak faham!” Fatin puas
meluahkan segala yang terpendam di dalam hatinya. Dia sakit
dan derita menyimpan pelbagai masalah di lubuk hatinya.

137
Anugerah Cinta

Nurul hanya terdiam selepas mendengar kata-kata


Fatin. Ternyata sudah ada cinta di hati mereka.
“Tapi Fatin... Fatin tak boleh buat Haikal macam tu,
Fatin kena dengar kedua-dua belah pihak.”
“Untuk apa? Untuk ditipu, dipersenda lagi?” Nurul
hanya diam dan membuang jauh pandangannya ke arah
dewan. Dia tidak mampu menjadi penyelamat di antara
mereka berdua.
Complicated. Hanya perkataan itu yang terlintas di
benak fikiran Nurul. Haikal dan Fatin kedua-duanya adalah
sahabatnya.

“HELO.” Razi memperlahankan suara televisyennya.


“Razi, aku ni Nurul.”
“Ha, Nurul... ingatkan siapa tadi, kenapa?”
“Petang ni datang rumah aku kejap, nak jumpa.”
“Hai, macam serius aje bunyinya,” balas Razi sinis.
“Boleh ke tak?” tanya Nurul geram dengan
pertanyaan sinis Razi itu.
“Okey... pukul berapa?”
“Lepas Asar.” Nurul terus meletakkan gagang
telefon. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran Razi.
Suara Nurul agak kasar untuk didengari oleh halwa
telinganya.

138
Nurul’ Ain

“BAJU dekat ampai dah angkat?” Fatin hanya mengangguk.


“Pinggan dekat dapur dah basuh?” soal Puan Muna lagi.
“Dah...” Fatin acuh tidak acuh menjawab. Puan
Muna memalingkan badannya dan terus masuk ke dalam
bilik. Fatin menyusun buku-buku di atas meja kemudian
masuk ke dalam biliknya.
Haikal! Kenapa buat Fatin begini? Apa dosa Fatin?
Tak cukupkan pengorbanan yang Fatin dah lakukan untuk
Haikal? Kata-kata itu bermain-main di benak fikirannya. Air
mata Fatin mula mengalir membasahi pipi gebunya.

RAZI mematikan enjin motornya dan terus melangkah masuk


ke halaman rumah Nurul.
“Duduklah,” pelawa Nurul.
“Emm... kenapa?” Razi memulakan bicara yang
penuh tanda tanya itu.
“Boleh aku tanya kau satu soalan?” Razi
mengangguk.
“Apa yang jadi sebenarnya antara Haikal dan Fatin?”
Nurul serius memandang Razi.
“Jadi apa? Mana aku tahu.” Razi menjungkitkan
bahunya, selamba berkata-kata.
“Kau jangan nak tipu aku, Fatin kata kau dengan
Haikal bertanding nak dapatkan dia, betul ke?”
“Hmm... pecah dah tembelang.” Razi mengeluh
panjang.
“Tak baik buat Fatin macam tu Raz. Kau orang ni
tak ada hati perut ke? Ingat perempuan ni barang mainan?”

139
Anugerah Cinta

“Kami tak bermaksud macam tu Nurul,


sememangnya aku ada hati pada Fatin dari dulu lagi tetapi
Fatin buat tak tahu aje, jadi...”
“Jadi kau nak balas dendam pada dia?” sampuk
Nurul. Razi tunduk.
“Tak...” Razi menggelengkan kepalanya.
“Habis apa?” soal Nurul tegas.
“Entahlah Nurul, malaslah aku nak cakap lagi.”
“Nilah orang lelaki, dah buat tak nak tanggung, jadi
Haikal pun sama?”
“Emm...” Razi masih menyembunyikan kebenaran.
“Kalau aku jumpa budak Haikal tu siaplah!” Nurul
menghentak tapak tangannya di atas meja kayu itu.
“Tapi Haikal ikhlas Nurul, cuma aku tak beritahu
Fatin sebab aku cemburu tengok hubungan mereka.”
“Maksud kau?” Nurul keliru.
“Mula-mula memanglah Haikal sekadar nak
bertaruh tapi sekarang Haikal betul-betul mencintai Fatin,
angau semacam dah aku tengok budak tu.”
“Kenapa kau tak cakap berterus terang Raz? Tak
baik tau kau buat dia orang macam tu!” ujar Nurul.
Walaupun tidak banyak perkara yang dia dapat
tahu daripada Razi, tetapi hatinya berasa lega, bahawa Haikal
tersepit antara ego lelakinya dan keadaan.
“Aku tak sangkalah jadi besar macam ni. Ingat nak
buat senyap-senyap aje.”
“Mahu tak besar, tak henti-henti Fatin menangis
sampai kerjanya terganggu. Haikal dah macam orang hilang
bini, ni soal hati dan perasaan Raz. Tambahan pula Haikal tu

140
Nurul’ Ain

dulu pernah ada affair dengan Fatin,” terang Nurul panjang


lebar.
“Ha?!” Razi melopong. “Mana kau tahu?”
“Mana aku tahu tak penting, yang penting sekarang
ni aku nak kau berterus terang dengan Fatin faham!” Razi
hanya mendiamkan diri seolah-olah enggan bekerjasama.
“Raz... kau akan dapat juga teman di sisi kau, tapi
bukan dengan cara ini. Lagipun kita masih belajar, bukankah
pelajaran yang sepatutnya menjadi perkara utama?”
“Nantilah aku fikir macam mana,” jawab Razi acuh
tak acuh sambil melihat jam di tangannya. “Aku dah lewat ni,
aku gerak dululah nanti kita cakap lagi, bye.” Razi terus
beredar.
“Raz! Raz!” Nurul cuba menahan tapi gagal.

141
Anugerah Cinta

bab 19
S
UDAH beberapa hari berlalu,
Minggu Kesenian berjalan
dengan lancar. Pelbagai aktiviti
disusun bagi menjayakan program tersebut seperti pameran
seni dan kebudayaan, pertunjukan silat, pertandingan muzik
cak lempong, permainan tradisional, tayangan wayang kulit,
pertandingan gubahan tikar mengkuang dan pelbagai lagi.
Pihak sekolah cuba mendedahkan kepada para pelajar untuk
mengetahui pelbagai seni dan budaya yang terdapat di
Malaysia. Minggu tersebut diadakan bagi menyambut baik
kempen yang dijalankan oleh Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang mengharapkan
setiap generasi muda tidak ketinggalan mengenal adat, seni
dan budaya yang diamalkan di Malaysia sejak dahulu lagi.
“Macam mana Fatin? Ada masalah? Esokkan
penutupnya?” Cikgu Asiah cuba membantu, dia ingin
memastikan agar perjalanan majlis berjalan lancar sehingga
ke penghujungnya. Ramai juga di antara guru-guru yang
memuji bakat kepimpinan Fatin dalam mengendalikan
program yang begitu besar. Pihak sekolah sengaja

142
Nurul’ Ain

menyerahkan tanggungjawab yang besar kepada para pelajar


agar mereka tahu cara untuk melaksanakan sesuatu program
kerana tanpa usaha yang gigih dan kerjasama kumpulan yang
baik, sudah pasti segala usaha tidak akan berjaya.
Fatin menoleh ke belakang tatkala mendengar
suara Cikgu Asiah menegurnya. “Setakat ni tak ada lagi, acara
akhir esok pertandingan nyanyian solo lelaki dan perempuan.”
“Oh macam tu, pengetua ucapkan tahniah, dapat
feedback daripada cikgu-cikgu sekolah lain kata program ni
teratur dan banyak pengisian.”
“Emm... tak ada apa cikgu, bukan saya buat seorang.
Dapat bantuan dari semua pihak juga, tambahan pula daripada
cikgu sendiri. Kalau tak, tak tahulah saya apa yang jadi,” ujar
Fatin seraya tersenyum.
“Okeylah kalau macam tu. Cikgu nampak muka
Fatin letih, tak cukup tidur ke?” Cikgu Asiah memegang bahu
Fatin.
“Taklah cikgu letih sikit aje, tak lama lagi nak
peperiksaan pula.”
“Maaf kami menyusahkan Fatin. Bukan apa, cikgu
nak mendidik kamu semua agar berani mengendalikan
projek-projek yang seperti ini supaya nanti apabila kamu
semua dapat masuk universiti, kamu semua sudah biasa
mengendalikan projek seperti ini.” Fatin hanya mengangguk.
Matanya meliar mencari kalau-kalau ternampak kelibat
Haikal tetapi gagal.
“Tak apalah kalau macam tu saya beredar dulu. Saya
ada kerja nak buat.” Cikgu Asiah meminta diri lalu beredar.
“Julie nanti tolong aturkan untuk majlis penutup
esok, kalau ada apa-apa nanti Julie tanya pada saya atau
Kemn,” kata Fatin. Kepalanya terasa berat dan pening.

143
Anugerah Cinta

Mungkin terlalu risau dengan perjalanan program yang


masih belum selesai itu.
“Tapi Fatin, Hamdan kata ada masalah sikit dengan
audio untuk pertandingan nyanyian esok pagi.” Fatin terdiam
seketika bagai memikirkan sesuatu. Setiap masalah semuanya
seperti dipikul di bahunya seorang.
“Kalau macam tu tanya dengan Ikmal. Kalau tak
silap saya, dia mahir gunakan benda tu.”
“Okey.” Angguk Julie yang merupakan salah seorang
ketua biro kesenian.
“Fatin!” Nurul dan Kemn menyapanya dari belakang.
“Hai... bukan main sibuk lagi minah sorang ni
sampai lupa nak makan.”
“Jom makan!” Kemn menarik Fatin.
“Eh! Nanti, Fatin ada kerja nak buat lagi.” Fatin
menarik kembali tangannya, kepalanya kini berserabut
dengan pelbagai perkara yang perlu diuruskan. Memang
sikapnya yang tidak suka kerja bertangguh, tambahan pula
hari berlangsungnya majlis penutup program tersebut sudah
tiba.
“Fatin, kejap-kejap lagilah, kau nak sakit ke? Asyik
buat kerja daripada hari tu,” kata Adny.
“Iyalah... ramai lagikan AJK kau boleh uruskan?”
sampuk Kemn.
“Memang ada. Kemn nama budak tu, bila disuruh
buat kerja tak siap-siap, nilah aku tolong habiskan
kerjayanya,” sakat Fatin. Dia malas bercerita tentang sikap
sesetengah AJK yang ada di bawahnya, ada yang curi tulang
ada pula yang sengaja melarikan diri. Cuma sesetengah
sahaja yang benar-benar ikhlas ingin memikul tugas dan

144
Nurul’ Ain

menyiapkan kerja-kerja mereka sehingga habis. Ragam


manusia yang pelbagai itu harus ditanggungnya, jika tidak,
pasti semua kerja tidak menjadi.
“He he he...” Kemn ketawa kecil.
“Kau ni Kemn, kenapa buat Fatin macam tu?”
Nurul mula meradang.
“Apa pulak, ala ada sikit-sikit aje tak berapa nak
siap, lain-lain okeykan Fatin? Marilah pergi makan, lapar dah
ni.” Kemn menarik-narik tangan Fatin.
“Tengok tu buat cerita lain.” Nurul menampar
perlahan bahu Kemn. Fatin hanya terdiam melihat Kemn
dimarahi Nurul. Mereka bertiga melangkah pergi ke kantin.
“Assalamualaikum,” Haikal menyapa.
“Hai Haikal! Jomlah makan sekali.” Kemn menyapa
riang. Nurul memandang tepat ke wajah Haikal seolah-olah
memberi isyarat agar beredar dari situ.
“Emm... cik adik manis sebelah awak tu tak ajak,
saya tak mahulah.”
“Ala, Fatin okey aje.”
“Okey apa? Aku pergi dulu!” Suara Fatin kedengaran
tegang. Kemudian dia meninggalkan mereka semua di situ.
Mata Kemn hanya terkebil-kebil, terkejut melihat sikap Fatin.
Haikal hanya melihat reaksi Fatin tanpa berkata apa-apa. Dia
mengerti bahawa situasi Fatin yang dibebani dengan banyak
tugasan membuatkan gadis itu mengabaikannya. Namun jauh
di sudut hatinya dia kecewa dengan sikap Fatin.
“Haikal, nanti kita jumpa lepas kelas.” Haikal
mengangguk menerima pelawaan Nurul dan beredar. Sekali
lagi hatinya hancur melihat sikap Fatin.

145
Anugerah Cinta

“Kenapalah dengan budak Fatin tu?” Kemn mengaru-


garu kepalanya.
“Dahlah, pedulikan.” Nurul dan Kemn duduk di
hadapan Fatin yang sedang enak menjamu nasi goreng.
Nurul tahu, Fatin ingin menyembunyikan perasaan sedihnya.
“Tak baik buat macam tu Fatin. Hari tu bukan main
mesra lagi,” kata Kemn, menyampuk tanpa tahu hujung
pangkal cerita.
“Tadi kata nak makan. Dah, jangan nak jadi
penceramah pula dekat sini!” Nurul cuba menyelamatkan
keadaan, khuatir Fatin akan marah atau menangis.
“Iyalah! Iyalah! Alahai... tanya sikit pun tak boleh!”
Kemn bangun dan terus menuju ke kaunter membeli
makanan.
“Kau tak apa-apa?” Nurul cuba memastikan perasaan
Fatin dengan lebih jelas.
“I’m okay, don’t worry,” balas Fatin acuh tak acuh.
“Kadangkala Fatin, walaupun kawasan itu kita
nampak cantik dan indah tetapi mungkin itu cuma luaran,
tetapi apabila kita masuk atau teroka, baru kita tahu rupanya
banyak lukah, jerangkap dan selut yang setiap satunya susah
untuk kita teroka tambahan pula kalau kita ni perempuan.”
“Fatin tak faham,” ujar Fatin cuba mencari maksud
sebenar kata-kata Nurul.
“Iyalah, don’t judge a book by its cover.”
“Apa maksud Nurul?”
“Haikal.” Nurul berterus terang.
“Forget it lah Nurul, hal kecil aje.”
“Are you sure?” Fatin terperangkap dalam egonya

146
Nurul’ Ain

sendiri dalam menerangkan kebenaran hatinya yang begitu


perit dek perbuatan Haikal buat kali kedua.
“Aku silap mentafsir seseorang dengan hati aku
Nurul, aku melakukan perkara bodoh buat kali kedua.”
“Cuba kau jumpa dia dan bawa berbincang, jangan
hanya dengar sebelah pihak saja. Aku dah pun berjumpa
dengan...” ayat Nurul mati di situ apabila Fatin tiba-tiba
mencelah.
“Dah Nurul enough, hati aku hancur! Nurul tak ada
di tempat Fatin, Nurul tak rasa apa yang Fatin rasa, semuanya
bohong belaka!” Fatin enggan mendengar penjelasan Nurul.
“Hmm...” keluh Nurul. Puas Nurul mencari cara
untuk memberitahu kebenarannya.
“Cukuplah setakat ini Nurul, hati aku dah buta
dengan permainan cinta Haikal, cintanya cinta Fana! Sekadar
persinggahan. Bila dah puas, dah dapat apa yang dihajati dia
pergi, aku tak nak dengar apa-apa lagi!” Semakin keras
berkata-kata Fatin, jiwa lembutnya juga tidak mampu menahan
air matanya keluar. Derita Fatin berendam dengan air mata
yang sentiasa menemani dirinya.
“Suka hati kaulah Fatin, cuma jangan menyesal.”
Fatin memalingkan muka tidak mahu mendengar apa-apa
lagi tentang Haikal. Suasana di kantin lebih membuatkan
dirinya tidak tenang, lebih-lebih lagi Ratna sering
memberikan pandangan tajam ke arahnya.
Fatin tidak mahu dirinya hanya dibelenggu dengan
perasaan cinta. Baginya kini hanya pelajaran menjadi misi
utama dalam hidupnya. Fatin masih ingat pesan arwah
ibunya. Bahawa hanya ilmu pengetahuan sahaja mampu
menjadikan si miskin menjadi kaya, namun kaya itu biarlah
kaya yang diberkati Allah, bukan kaya yang membawa dirinya

147
Anugerah Cinta

sesat. Sungguhpun usianya hampir mencecah ke peringkat


awal dewasa, namun perjuangannya masih belum selesai
dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan tahun ini.
“Kemn cepat sikit, Fatin ada kerja lagi nak buat di
dewan.”
“Kalau kau nak pergi, pergilah. Nurul boleh temankan
aku,” balas Kemn dengan makanan yang masih penuh di
mulutnya.
“Okey, maaf ya. Kita jumpa di kelas aje nanti.”
Nurul hanya memandang Fatin dengan wajah sayu. Bingung,
apakah kesudahan segalanya. Tidak sangka, di sebalik
kelembutan Fatin, kadangkala sikap dan pendiriannya begitu
keras.

148
Nurul’ Ain

bab 20
A
IR tasik itu ditenung dalam-
dalam bagaikan mencari dirinya
dalam bayang-bayang air tasik
itu. Cukupkah untuk menjadi cermin dalam mencari erti
sebenar kehidupannya. Haikal semakin buntu, cinta lama
yang berbunga kembali pudar. Dia sendiri buntu untuk
berhadapan dengan Fatin. Suasana di Taman Tasik Titiwangsa
lenggang, yang ada hanya beberapa pasangan kekasih yang
menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
“Mengapa abang tidak mampu berdepan dengan
Fatin? Mengapa Fatin diam dan membisu? Fatin, abang
mungkin tidak punya masa yang lama, untuk abang
mengecapi setiap keindahan dan nikmat Tuhan. Diri abang
terlalu lemah, namun abang reda atas titipan suratan yang
melanda diri abang. Ya Allah, berilah aku kekuatan dan
petunjuk untuk kuharungi semua ini seorang diri. Jika ini
adalah hukuman buat diriku, aku pasrah ya Allah kerana
hanya Engkau yang Maha Mengetahui di atas segalanya,”
keluh Haikal perlahan.
“Haikal, kau seharusnya meluahkannya pada Fatin,

149
Anugerah Cinta

bukan pada tumbuh-tumbuhan ini yang hanya berupaya


mendengar tapi tak mampu membalas.” Nurul tiba-tiba
menyapanya dari belakang.
“Nurul, lewat kau sampai.” Haikal melihat jam
tangannya dan hanya tersenyum mendengar kata-kata Nurul.
“Jalan sesak tadi, mama aku jemput lewat dari
Jusco tadi.”
“Buat apa pergi Jusco? Seorang?”
“Yup! Ala urusan orang perempuan Haikal, kau tak
payahlah tahu, ambil tahu pasal Fatin lagi bagus,” usik Nurul
sambil tersenyum.
“Dia marah lagi?” Nurul mengangguk lemah
menjawab soalan Haikal.
“Hmm... aku buntulah Nurul.” Haikal tunduk dan
memegang kepalanya dengan kedua belah tangannya.
“Nurul dah cuba terangkan pada Fatin hal yang
sebenar.” Cepat Haikal menoleh memandang tepat ke wajah
Nurul.
“Hal apa?” Haikal ingin tahu.
“Pertaruhan.” Ringkas Nurul menjawab.
“Jadi kau dah tahu pasal pertaruhan aku dan Razi?
Tapi itu dulu Nurul sekarang aku...”
“Nurul tahu Haikal sekarang benar-benar ikhlas
dengan Fatin, cuma Razi menjadi dalang segalanya. Razi
cuma cakap pada Fatin yang kau dan dia bertaruh untuk
dapatkan Fatin tetapi Razi tak beritahu bahawa sekarang kau
benar-benar mencintai Fatin.”
“Aku memang tak undang perasaan macam tu, niat
aku yang sebenar cuma nak Fatin maafkan aku atas kesalahan
aku meninggalkannya dulu. Tapi aku cuma mangsa keadaan

150
Nurul’ Ain

Nurul, aku tersepit antara mama dan Fatin, antara jasa


keluarga dan cinta,” terang Haikal.
“Nurul percaya Fatin masih sayangkan Haikal,
cuma dia tak boleh nak berdepan dengan Haikal sekarang.
Berilah dia masa,” ujar Nurul. Haikal yang mendengar
membuang jauh pandangannya ke tengah tasik.
“Hati perempuan, senang dipujuk, cuma perlu
diberi masa dan kena caranya. Seperti kata orang, macam
kerak nasi, mula-mula nampak keras tetapi apabila diletakkan
air hari-hari lembut juga.”
“Ya? Ooo.... begitu? Cair macam coklat? Fatin suka
coklat. Emm... Ha ha ha!” Tiba-tiba Haikal bergurau.
Hakikatnya dia buntu mencari jawapan, lemah untuk
menerangkan pada Fatin.
“Kau ni Haikal, aku serius boleh pulak main-main.”
“Kau dengan Andry macam mana?”
“Macam mana apa? Macam tulah orang lelaki
Haikal, bukan cukup satu.”
“Tak semua macam tu, tengok aku baik.”
“Ah! Kau pun sama.”
“Iyalah, kalau semua lelaki sentiasa curang dalam
cinta tak adalah zuriat dan waris yang beranak-pinak macam
yang ada sekarang ni Nurulku sayang....” Haikal membaling
perlahan daun kering yang dikutipnya tadi ke arah Nurul.
“Apa ni?” Nurul mengibas-ngibas tangannya kerana
terkejut.
“Daun la, hish! Belajar tinggi-tinggi daun pun tak
kenal ha ha ha!” Nurul menumbuk belakang Haikal. Haikal
hanya ketawa riang.
“Hari tu aku nampak kau di hospital.”

151
Anugerah Cinta

“Bila?” Haikal terkejut.


“Masa Fatin masuk wad bulan lepas.” Fikiran Haikal
berlegar-legar mencari jawapan untuk diberikan pada Nurul.
Dibuang jauh-jauh pandangannya seketika, hatinya tiba-tiba
teringatkan Fatin. Risau dan bimbang bercampur-baur
segalanya.
“Oh.. emm.. mak cik aku sakit,” jawab Haikal
selamba.
“Sakit apa?”
“Sakit hati ha ha ha!”
“Aku tanya betul-betullah Haikal, main-main pulak
dia ni!” Nurul memukul perlahan bahu Haikal, terusik
hatinya apabila Haikal tidak mengambil berat akan
pertanyaannya.
“Iyalah... betul la tu.” Haikal cuba mengelak. Ada
sesuatu yang cuba disembunyikannya.
“Hmm.. malas aku nak cakap dengan kau.” Nurul
memalingkan mukanya, merajuk.
“Kalau malas diamlah. Jangan cakap, jimat tenaga
kau ha ha ha!” Haikal ketawa besar apabila dapat mengusik
Nurul.
“Muka kau pucatlah Haikal, sakit ke?”
“Hmm... iya sakit angaukan Fatin, tambah sekarang
ni tak dapat berbual tak dapat dengar suara dia, tak lalu
makan dibuatnya.” Haikal petah memberi alasan.
“Tengok tu!” Nurul semakin meradang.
“Cuba tengok tu.” Haikal menunjukkan sepasang
kekasih duduk di tepi tasik itu.
“Kenapa dengan mereka?” soal Nurul.

152
Nurul’ Ain

“Perempuan tu buta, tapi lelaki tu tetap setia.”


“Mana kau tahu dia orang pasangan kekasih?”
“Tahulah, aku ni Tok Nujum ha ha ha!” Sekali lagi
Haikal menyakat.
“Kau ni kelakar juga ya Haikal. Sebelum ni kami
tengok kau serius, susah nak senyum. Aku ingat kau ni jenis
lelaki yang susah untuk didekati.”
“Itulah, jangan buat andaian daripada luaran aje,
kenal dulu hati budi seseorang tu, nilah orang perempuan.”
“Eleh! Yelah! Kau ajelah betul.” Nurul malas nak
berdebat dengan Haikal. Tidak hairanlah dia kalau Fatin
boleh jatuh hati dengan sikapnya. Haikal pandai mengambil
hati orang di sisinya.
“Nurul.. aku ada permintaan.”
“Eh... kau ni nak minta apa? Nak aku tujukan lagu?
Boleh, kejap ya.” Nurul kemudian bersedia untuk menyanyi.
“Bukanlah!” Belum sempat Nurul menyanyi Haikal
menyampuk.
“Ala, baru nak nyanyi, habis tu?” Nurul sengaja
menyakat.
“Jaga Fatin kalau apa-apa jadi dekat aku ya.”
“Alah, kita jaga sama-samalah, tak pun biarlah Fatin
jaga diri dia, dia dah besar pun ha ha ha!”
“Taklah, bukan suruh jaga makan, minum atau
tidur dia, tapi tengok-tengokkanlah dia. Kau tolong aku, eh?”
“Kau kan ada.”
“Iyalah, memanglah aku ada... ala lecehlah kau ni
Nurul!” Haikal membuat nada merajuk.
“Insya-Allah. Aku sayang kawan-kawan aku.”

153
Anugerah Cinta

“Terima kasih....” Haikal membalas senyuman


ikhlas pada Nurul, ringan sikit di hatinya. Dia risau melihat
keadaan Fatin seperti tidak berbela. Kesakitan apa yang
sedang ditanggung oleh gadis itu, dia sendiri tidak pasti.
Wajah Fatin sentiasa murung jika tersenyum pun seperti
dipaksa-paksa.
“Aku ingat nak nyanyi esok.”
“Ha? Biar betul?” Nurul terlopong mendengar kata-
kata Haikal. Matanya masih lagi terkebil-kebil tidak percaya.
“Betul la.” Haikal meyakinkan Nurul.
“Lagu apa, untuk siapa? Aku?”
“Jangan nak perasan, untuk buah hati aku Nurul
Fatin Binti Amirudin.”
“Ups! Silap, ingat untuk aku. Pandai ke kau nyanyi?”
“Bolehlah sikit-sikit, setakat nak kecohkan dewan
tu, bolehlah ha ha ha!” Haikal ketawa besar, dia tidak sabar
nak menyampaikan luahan hatinya buat Fatin.
“Serius ke? Kalau nak aku masukkan nama kau
esok.” Haikal mengangguk. Nurul hanya tersenyum, dia tidak
menyangka yang Haikal romantis orangnya. Bukan semua
lelaki berani ke hadapan dan menunjukkan rasa hati kepada
insan yang disayangi.

154
No. ISBN:- 978-967-5067-42-6
Jumlah muka surat: 600
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18

Sinopsis:-
Fatin - Gadis baik hati, lembut dan bijak serta kuat
berahsia. Tidak pernah lekang dengan dugaan dan cabaran di
dalam hidupnya. Cinta yang hadir hanya bertandang
sementara, tidak mampu terus kekal di dalam hidupnya.
Haikal - Jejaka yang berjaya menambat hati Fatin.
Meninggalkannya kerana desakan keluarga. Muncul kembali
untuk menagih kemaafan daripada Fatin. Namun
kemunculannya juga tak lama....
Irfan - Insan yang berjaya menambat hati Fatin
setelah puas berusaha. Tiba-tiba berubah sikap dan berlaku
curang walhal dia sangat mencintai Fatin.
Abang Zaidi - Abang tiri kesayangan Fatin. Insan
yang banyak berkorban dan menjaga Fatin dari kecil. Tetapi
dia juga tiba-tiba meninggalkan Fatin terkapai-kapai
keseorangan.
Puan Muna dan Rozana - Syaitan yang
bertopengkan manusia. Menjadi neraka buat Fatin yang
tinggal bersama mereka.

“Kehidupan memang tidak pernah sepi dengan


masalah, tidak pernah sunyi dengan cabaran.”

Bersama mengharungi perjalanan hidup Fatin dan


menyelami hati nurani beliau dalam ANUGERAH CINTA.
Dapatkan novel ini di rangkaian kedai buku MPH, Popular
dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

Você também pode gostar

  • Cheese
    Cheese
    Documento68 páginas
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Documento112 páginas
    Kys PDF
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • GK
    GK
    Documento88 páginas
    GK
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Pelang I
    Pelang I
    Documento121 páginas
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Ainda não há avaliações
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Documento43 páginas
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Cim
    Cim
    Documento127 páginas
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Documento45 páginas
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • S&S
    S&S
    Documento97 páginas
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Ainda não há avaliações
  • Khilaf PDF
    Khilaf PDF
    Documento93 páginas
    Khilaf PDF
    Syafiq Rizuan
    Ainda não há avaliações
  • Cim
    Cim
    Documento127 páginas
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen
    Cerpen
    Documento229 páginas
    Cerpen
    nisascr
    Ainda não há avaliações
  • GB
    GB
    Documento206 páginas
    GB
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • STR
    STR
    Documento71 páginas
    STR
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Documento65 páginas
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Hot Gimmick BG P2U
    Hot Gimmick BG P2U
    Documento362 páginas
    Hot Gimmick BG P2U
    kelabk
    100% (2)
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Rettt
    Rettt
    Documento92 páginas
    Rettt
    Penerbitan Kaki Novel
    Ainda não há avaliações
  • BCB PDF
    BCB PDF
    Documento53 páginas
    BCB PDF
    Penerbitan Kaki Novel
    Ainda não há avaliações
  • SYKT
    SYKT
    Documento104 páginas
    SYKT
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • KS
    KS
    Documento113 páginas
    KS
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Arghh!!
    Arghh!!
    Documento147 páginas
    Arghh!!
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • HMP
    HMP
    Documento163 páginas
    HMP
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • C&amp SII
    C&amp SII
    Documento105 páginas
    C&amp SII
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • DJ
    DJ
    Documento124 páginas
    DJ
    Penerbitan Kaki Novel
    Ainda não há avaliações
  • KMHB
    KMHB
    Documento95 páginas
    KMHB
    kelabk
    100% (1)
  • QNI Bab1 10
    QNI Bab1 10
    Documento43 páginas
    QNI Bab1 10
    kelabk
    Ainda não há avaliações