Você está na página 1de 11

3.

0 BAHAGIAN B : KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI SOSIAL

3.1 PENGENALAN

Kompentensi kecerdasan emosi terbahagi kepada dua bahagian iaitu

Kesedaran Sosial dan Kemahiran Sosial. Kemahiran sosial merupakan

kemahiran seseorang individu untuk bersosial dengan orang lain. Terdapat

tujuh komponen penting yang telah digariskan dalam kemahiran social ini,

nilai-nilai tersebut adalah seperti yang anda dilihat pada grafik di bawah

Komunikas
Kepimpina i Pengaruh
n

Pemangkin
Kerja berpasukan Kemahiran perubahan
sosial

Membina Pengurusan
perhubungan konflik

10
1. Kepimpinan berinspirasi

Satu sifat yang dimiliki oleh seseorang individu atau pemimpin untuk

membimbing perbuatan manusia dan mewujudkan minat dan

sokongan kepada satu visi dan misi yang sama. Individu ini juga

bersedia untuk memimpin bila perlu, tanpa mengira kedudukan.

2. Komunikasi

Satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran

seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang

lain. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan

merangkumi perbuatan menghantar maklumat dan proses untuk

bertukar-tukar maksud. Komunikasi terbahagi kepada lisan dan bukan

lisan.

3. Pengaruh

Satu kemahiran seseorang individu untuk mendaoatkan keyakinan

orang lain. Individu yang mempunyai pengaruh yang kuat bijak

menggunakan strategi berkesan untuk mendapat persetujuan dan

sokongan semua pihak. Mereka juga sentiasa menghasilkan

persembahan yang dapat menarik perhatian penonton.

4. Pemangkin Perubahan

Merupakan satu kemahiran social yang dimiliki oleh individu yang

meyedari keperluaan kepada perubahan dan sanggup mengatasi

11
halangan kepada perubahan dan menjadi model perubahan untuk

orang lain.

5. Pengurusan konflik

Suatu kemahiran untuk seseorang berdiplomasi semasa menenagani

rakan-rakan yang bermasalah dan situasi tegang. Mengesan dan

mengambil tindakan yang bijak dan mewujudkan penyelesaian yang

berkesan.

6. Membina perhubungan

Menyemai dan mengekalkan jaringan hubungan yang luas dan tidak

formal. Membina hubungan mesra dengan orang lain dengan kaedah

yang berpatutan seperti berbual-bual, hormat-menghormati, dan

sebagainya.

7. Kerja berpasukan

Satu situasi di mana sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-

sama dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang

dinamakan pasukan. Kerja berpasukan penting untuk menentukan

kejayaan sesebuah organisasi.

12
3.2 Cadangan Aktiviti

Jadual Kem Motivasi Bina Insan IPG Kampus Tawau

Masa Aktiviti
07.00 am Pendaftaran peserta
8.00 am Taklimat ringkas mengenai aktiviti yang bakal diadakan

sepanjang kem dijalankan


8.30 am Pembahagian Kumpulan
9.00 am Aktiviti 1 : Ice breaking
9.30 am Aktiviti 2 : Siapa saya 10 tahun kemudian?
10.30 am Rehat
11.00 am Aktiviti 3 : Kertas ajaib
12.00 pm Rehat
1.00 pm Aktiviti 4 : Saya hebat!!!
2.00 pm Aktiviti 5 : Fikirkan...
3.00 pm Aktiviti 6 : Mesej bergerak
4.00 pm Rehat
5.40 pm Aktiviti 7 : Kami boleh buat!!
6.30 pm Bersurai

Membina perhubungan

Aktiviti 1 : Ice breaking

 Setelah peserta telah mempunyai kumpulan masing-masing,

fesilitator memulakan aktiviti dengan memberitahu para peserta

serba ringkas mengenai aktiviti ice breaking.

13
 Fesilitator telah mengarahkan peserta duduk dalam satu bulatan

dan telah membekalkan sagulung benang kepada kumpulan.

 Setiap peserta dalam kumpulan perlulah melilitkan benang

tersebut di jari peserta masing, dengan syarat benang tersebut

tidak terputus.

 Setiap peserta perlulah memperkenalkan diri masing-masing

dengan syarat setelah habis memperkenalkan diri peserta harus

menggulungkan lagi benang tersebut.

 Setiap peserta perlulah memperkenalkan diri masing-masing

termasuk fesilitator.

Dalam aktiviti ini para peserta dibekalkan segulung benang dan setiap

peserta haruslah mengulungkan benang tersebut di jari masing-masing

dengan syarat benang tersebut tidak terputus, setelah habis

memperkenalkan diri peserta diminta untuk menggulung lagi benang pada

jari mereka masing-masing. Rasionalnya mengapa fesilitator mengarahkan

aktiviti ini adalah untuk menunjukkan bahawa perumpamaan para peserta

setelah mengenali antara satu sama lain adalah seperti benang tersebut

yang mana akhirnya terikat dari jari ke jari peserta. Begitulah perumpamaan

ikatan para peserta tersebut setelah sesi perkenalan dijalankan.

Kepimpinan berinspirasi

Aktiviti 2 : Siapa saya 10 tahun kemudian?

 Fesilitator membekalkan para peserta sekeping kertas dan

mengarahkan perserta untuk mebayangkan diri mereka sendiri pada

10 tahun akan datang.

14
 Peserta juga diminta untuk memberikan satu contoh individu yang

terkenal sebagai contoh apa yang akan mereka jadi pada 10 tahun

akan datang.

 Contohnya, seorang peserta telah membayangkan bahawa dirinya

akan menjadi seorang ahli falsafah yang ‘versetile’ seperti dr. Fazly

yang merupakan pakar motivasi yang juga merupakan penyanyi yang

berbakat.

Kesimpulannya, aktiviti ini mampu memberikan semangat kepada para

peserta tentang impian mereka masing-masing. Setiap impian akan lebih

berkesan jika mempunyai seorang idola yang khusus. Selain itu aktiviti ini

juga mampu untuk memperkenalkan para peserta tentang impian mereka

masing-masing.

Pengaruh

Aktiviti 3 : Kertas ajaib

 Fesilitator membekalkan setiap kumpulan dengan sekeping kertas

berukuran A4.

15
 Setiap ahli kumpulan perlulah memasukkan diri mereka didalam

sekeping kertas tersebut megikuti kreativiti masing-masing.

 Akhir sekali setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil

aktiviti mereka kepada semua kumpulan yang terlibat.

Rasionalnya aktiviti ini mampu untuk memeras idea yang ada pada para

peserta untuk berfikir bagaimana untuk memasukkan lebih kurang 10 peserta

di dalam sekeping kertas. Sememangnya suatu yang mustahil di dengar,

tetapi jika para peserta tersebut kreatif berfikir mereka mampu memasukkan

kesepuluh peserta dalam sekeping kertas trersebut.

Pemangkin perubahan

Aktiviti 4 : Saya hebat!!!

 Fesilitator mengarahkan para peserta untuk memikirkan sesuatu

produk yang akan mereka hasilakan pada masa akan datang.

16
 Produk tersebut haruslah produk yang belum pernah dicipta oleh

mana-mana individu lagi.

 Produk tersebut juga haruslah produk yang mampu memberikan

kepentingan bukan sahaja kepada diri penciptanya tetapi juga kepada

diri orang lain.

Aktiviti ini mampu memberikan idea-idea kepada individu itu sendiri mahupun

individu lain tentang benda yang boleh dihasilkan oleh seseorang. Kadang-

kadang idea yang muncul adalah idea yang langsung kita tidak fikirkan

namun logik. Oleh itu aktiviti ini mampu untuk memberikan idea baru kepada

para peserta selain itu aktiviti ini juga mampu memupuk semangat bantu

membantu para kerana dalam sesi ini peserta diminta untuk memikirkan

kepentingan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga untuk individu lain.

Pengurusan konflik

Aktiviti 5 : Fikirkan...

 Ketua fesilitator akan memberi sedikitbtaklimat ringkas tentang

permainan minda yang akan di jalankan oleh setiap kumpulan.

17
 Ketua fesi tersebut akan memainkan satu teka teki atau ‘flash game’

kepada semua peserta.

 Para peserta diminta untuk menyelesaikan masaalah pada permainan

tersebut.

 Pelbagai permainan atau ‘flash game’ boleh dimainkan oleh fesilitator.

 Namun pada aktiviti kali ini, fesilitator telah menggunakan permainan

‘3 cannibals and 3 monks’ di mana setiap kumpulan harus membantu

ketiga-tiga sami tersebut menyeberangi sungai tanpa di makan oleh

orang asli tersebut.

Aktiviti sebegini banyak menjadi pilihan fesilitator jika terdapat sebarang kem

motivasi kerana ia mampu mencabar minda para peserta. Selain itu, para

peserta juga dapat mengeluarkan kreativiti masing-masing dan berbincang

bagaimana cara untuk menyelesaikan masaalah yang diberi bersama-sama.

Sekaligus aktiviti sebegini mampu untuk mengeratkan hubungan diantara ahli

kumpulan.

Komunikasi

Aktiviti 6 : Mesej bergerak

18
 Setiap peserta hendaklah berdiri dalam kupulan masing-masing dan

diminta untuk membuat satu barisan lurus.

 Fesilitator hadir dan akan membisikkan sepotong ayat kepada peserta

pertama yang mengandungi lebih kurang 15 patah perkataan.

 Peserta tersebut diminta untuk membisikkan semula perkataan

tersebut kepada rakan di sebelahnya.

 Rakan tersebut pula akan membisikkan perkataan tersebut kepada

rakan di sebelah dan berterusan sehinggan habis kesemua ahli

kumpulan.

 Ahli kumpulan yang terakhir diminta untuk menyebut kembali mesej

yang telah disampaikan sama ada ia masi serupa dengan mesej

fesilitator itu atau sudah berubah.

 Sepanjang mesej ini di sampaikan telah dibekalkan masa iaitu 10 minit.

Aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang sering dilakukan semasa kem

motivasi, ia menguji sistem komunikasi para peserta kerana kebiasaannya

apa yang telah disampaikan oleh fesilitator akhirnya akan berubah. Namun

jika ada kumpulan yang mampu menyampaikan mesej dengan betul dimana

individu tersebut mempunyai sistem komunikasi yang hebat. Permainan ini

akan menguji kecekapan, pendengaran dan ingatan para peserta. Kerana

para peserta perlulah meyampiakan mesej tersebut dengan masa yang telah

ditetapkan.

Kerja berpasukan

Aktiviti 7 : Kereta api persahabatan.

19
 Fesilitator mebekalkan segulung tali rapiah kepada setiap kumpulan

dan diminta mereka mengikat kaki masing-masing antara satu sama

yang lain. fesilitator juga melakukan demonstrasi ringkas kepada para

peserta.

 Setelah membuat ikatan, peserta diminta meletakkan tangan masing-

masing di bahu kawan yang berada di hadapan mereka supaya lebih

stabil ketika berjalan.

 Setiap kumpulan diminta untuk bergerak dengan kaki terikat dari

stesen ke stesen yang lain di mana setiap stesen telah disediakan

sepotong ayat yang mengandungi 15-20 patah perkataan.

 Apabila sampai di stesen yang lain ahli kumpulan perlulah menyebut

semula ayat yang telah mereka peroleh pada stesen yang

sebelumnya.

 Setiap kumpulan haruslah menyelesaikan kesemua stesen yang ada,

kumpulan yang dapat menghabiskan semua kumpulan terlebih dahulu

akan dikira sebagai pemenang.

Rasionalnya permainan ini adalah untuk menguji kerja sama antara ahli

kumpulan. Kerana jika tersilap langkah jika seorang jatuh semua peserta

akan jatuh. Jelas sekali permainan ini benar-benar memerlukan

persefahaman yang tinggi kepada para peserta.

20

Você também pode gostar