Você está na página 1de 11

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

SULIT
011
Bahasa
Melayu

Set 1
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


_____________________________________________

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 4

BAHASA MELAYU
Kertas 1

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

011 2009 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT


Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu
jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama
dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 16

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. __________ itu menyoal seorang pesalah di mahkamah.


A Doktor
B Jurutera
C Peguam
D Akauntan

2. Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah __________.


A Gunung Tahan
B Gunung Everest
C Gunung Kinabalu
D Gunung Himalaya

3. _________ dia tinggal bersama neneknya di kampung, perangainya mula berubah.


A Sejak
B Sebelum
C Sekiranya
D Sementara

4. Kami akan bertolak ke Ipoh esok _________ lusa.


A dan
B atau
C serta
D tetapi

2
5. Mak Siti menangis teresak-esak __________ diberitahu oleh polis bahawa
suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya.
A lalu
B apabila
C sekiranya
D walaupun

6. “_________ kah kamu tidak menyiapkan tugasan ini?” tanya Cikgu Rosnah.
A Bila
B Siapa
C Berapa
D Mengapa

7. ________ kah nama kucing peliharaan kamu itu?


A Apa
B Bila
C Siapa
D Berapa

8. “ ___________akan kemaskan bilik ini .” kata Rahim dan Izzat kepada Cikgu Sarah.
A Saya
B Awak
C Anda
D Kami

9. “Bilakah _______akan ke rumah saya ? “ tanya Lili kepada tiga orang rakanya.
A kalian
B beliau
C kita
D dia

3
Soalan 10 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

10. Baju itu tidak dapat dipakai oleh Johan kerana sudah ____________.
A ketat
B labuh
C pudar
D kabur

11. Kereta Encik Kasim __________ dirempuh oleh lori.


A robek
B rapuh
C pecah
D remuk

Soalan 12 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

12. Rumah yang besar itu kelihatan __________kerana sudah lama tidak didiami
orang.
A baru
B tegap
C usang
D hodoh
4
13. __________ jelaskan yuran sekolah sebelum bulan April ini.
A Sila
B Usah
C Jemput
D Jangan

14. “___________ kamu datang lewat lagi ,” kata Cikgu Malik kepada Rahim.
A Sila
B Harap
C Tolong
D Jangan

Soalan 15 hingga Soalan 18.

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

15. Puan Salmah berdiri di jendela sambil menanti suaminya pulang.


A pintu
B pagar
C tingkap
D anjung

16. Pak Malim menimbus lubang di belakang rumahnya.


A menutup
B menimba
C menggali
D membajak

17. Langit kelihatan mendung hari ini.


A gelap
B kelam
C suram
D cerah

5
18. Pokok bunga di dalam pasu itu layu kerana tidak disiram selama seminggu.
A basah
B mekar
C subur
D mati

Soalan 19 dan Soalan 20.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

19. Bagaimanakah kamu boleh terjatuh ke dalam longkang ?


A Kaki saya terseliuh kerana terjatuh.
B Basikal saya rosak kerana terlanggar seketul batu
C Basikal yang saya tunggang terlanggar seketul batu yang besar.
D Saya tidak akan terlanggar seketul batu sewaktu menunggang basikal.

20. Apakah yang terdapat di dalam bungkusan yang berwarna hitam itu ?
A Bungkusan yang berwarna hitam itu mengandungi sebiji bola.
B Bungkusan yang berwarna hitam itu dibawa oleh emak saya
C Bungkusan yang berwarna hitam itu kepunyaan Karimah.
D Bungkusan yang berwarna hitam itu sangat berat

Soalan 21 dan Soalan 22.

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

21. Wanita itu pengsan sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang kematian suaminya.
A Di manakah wanita itu pengsan sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang
kematian suaminya?
B Bagaimanakah keadaan wanita itu sebaik-baik sahaja mendengar berita
tentang kematian suaminya?
C Siapakah yang menyampaikan berita tentang kematian suaminya kepada
wanita itu?
D Bilakah wanita itu mendapat berita tentang kematian suaminya?

6
22. Mereka bertiga tinggal serumah sejak lima tahun yang lalu.
A Berapa ramaikah mereka tinggal serumah?
B Sejak bilakah mereka bertiga tinggal serumah?
C Mengapakah mereka bertiga tinggal serumah sejak lima tahun yang lalu?
D Bagaimanakah mereka bertiga boleh tinggal serumah sejak lima tahun yang
lalu?

Soalan 23 hingga Soalan 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23. Pelbagai jenis sayur ditanam oleh pekebun yang rajin itu di kebunnya.
A Kerajinan mendorong pekebun sayur itu menanam pelbagai jenis sayur.
B Di kebun sayur itu pekebun yang rajin itu ditanam pelbagai jenis sayur.
C Pekebun yang rajin itu menanam pelbagai jenis sayur di kebunnya.
D Pelbagai jenie pekebun yang rajin menanam sayur di kebunya.

24. Kakak menyuruh Wati memasukkan kek ke dalam peti sejuk.


A Kakak Wan menyuruhnya menyimpan peti sejuk itu.
B Kek itu disimpan oleh kakak dan Wan ke dalam peti sejuk.
C Wan menyuruh kakaknya memasukkan kek ke dalam peti sejuk.
D Wan disuruh oleh kakaknya memasukkan kek ke dalam peti sejuk

25. Majlis penyampaian hadiah itu telah dirasmikan pembukaannya oleh Datuk
Shamsul Anuar.
A Datuk Shamsul Anuar telah merasmikan pembukaan majlis penyampaian
hadiah.
B Datuk Shamsul Anuar telah merasmikan majils pembukaan penyampaian
hadiah.
C Datuk Shamsul Anuar telah menyampaikan hadiah di majlis pembukaan.
D Hadiah itu disampaikan oleh Datuk Shamsul di majlis pembukaan.

26. Bencana banjir itu berlaku akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
A Bencana banjir tidak dapat dikawal kerana aktiviti pembalakan.
B Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal adalah punca utama berlakunya
bencana banjir.
C Akibat bencana banjir menjadi punca utama aktiviti pembalakan menjadi
tidak terkawal.
D Punca utama aktiviti pembalakan tidak terkawal adalah kerana berlakunya
Bencana banjir.
7
Soalan 27 dan Soalan 28.

Pilih ayat yang betul.

27 A Kartika amat sayangkan pokok-pokok bunga di halaman rumahnya.


B Awak mesti hadir di waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
C Asri tergamam apabila mendengar suara Rosnah yang merdu.
D Kedua budak itu terjatuh ke dalam parit di belakang rumah.

28 A Jamil suka menderma . Namun dia disukai oleh orang.


B Ucapannya dimulakan daripada bacaan doa.
C Kami tertarik kepada keindahan lukisan itu.
D Bunga-bunga itu ada pada Munira.

29 I Sudah berbulan abang ke Sabah


II Neneknya sedang sakit tenat
III Dia tidak pengawas sekolah.
IV Baju itu dijahit oleh saya.

A I sahaja
B I dan II sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II, dan IV sahaja

30. I Semua guru –guru dikehendaki hadir pada hari Ahad.


II Walaupun Azman sakit dan dia tetap ke sekolah.
III Rahim dan keluarga nya berkelah ke Port Dickson.
IV Perigi itu dalam nian.

A. II dan III sahaja.


B. III dan IV sahaja
C. I , III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

8
Soalan 31 hingga Soalan 35.

Baca dialog di bawah kemudian jawab soalan berikutnya.

Dani : Ibu, bilakah Hari Bapa disambut?


Puan Mariam : Oh, Hari Bapa! Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga setiap bulan
Jun.
Dani : Bolehkah ibu ceritakan bagaimanakah Hari Bapa mula-mula disambut ?
Puan Mariam : Boleh, begini ceritanya. Pada masa dahulu , ada seorang wanita Amerika
Amerika yang bernama Sonata Smart- Dodd telah mendapat ilham untuk
menyambut Hari Bapa selepas mendengar syarahan sempena Hari Ibu. Dia
sangat mengagumi sikap ayahnya , Encik Smart yang baik hati,
penyayang, dan tabah menjaga mereka adik-beradik seramai enam orang.
Oleh sebab itu, Sonata telah mengadakan kempen secara meluas untuk
meminta mengadakan sambutan Hari Bapa . Akhirnya dia berjaya
menyambut Hari Bapa yang pertama pada 19 Jun 1910.Kemudian , pada
tahun 1960 , Presiden Lyndon Johnson telah mengisytiharkan Hari bapa
disambut pada hari Ahad ketiga pada setiap bulan Jun.
Dani : Oh, begitu ceritanya! Jadi Hari Bapa disambut hingga sekarang. Ibu,
lihatlah kad ucapan Hari Bapa yang Dani buat ini. Dani harap ayah
akan menyukainya.
Puan Mariam : Wah, cantiknya kad ucapan yang kamu buat!

31. Bilakah Hari Bapa disambut?


A Setiap hari Ahad bulan Jun.
B Setiap hari pada bulan Jun.
C Pada setiap hujung minggu bulan Jun.
D Pada hari Ahad ketiga setiap bulan Jun.

32. Bagaimanakah Sonata Smart-Dodd mendapat ilham untuk menyambut Hari Bapa?
A Selepas menyambut Hari Ibu.
B Selepas ayahnya tabah menjaga mereka.
C Selepas mendengar syarahan sempena Hari Ibu .
D Selepas mengadakan kempen menyambut Hari Ibu.

33. Mengapakah Sonata Smart-Dodd berhasrat ingin menyambut Hari Bapa?


A Untuk mengenang jasa bapanya yang memelihara mereka adikberadik.
B Untuk memberi kad ucapan yang cantik kepada bapanya.
C Kerana bapanya meminta dia menyambut Hari Bapa
D Supaya bapanya menjaga mereka adik-beradik.

9
34. Yang manakah antara berikut benar tentang Sonata Smart-Dodd?
A Seorang wanita Amerika yang telah membuat kad ucapan yang cantik
untuk bapanya.
B Seorang wanita Amerika Syarikat yang mendapat ilham untuk menyambut
Hari Bapa.
C Mengisytiharkan Sambutan Hari Bapa pada hari Ahad minggu ketiga setiap
bulan Jun.
D Menyambut Hari Bapa yang pertama pada 19 Jun 1910.

35. Peryataan manakah yang tidak benar berdasarkan petikan ?


A Sonata Smart-Dodd telah mengadakan kempen untuk meminta mengadakan
Sambutan Hari Bapa.
B Sonata Smart-Dodd berjaya menyambut Hari Bapa yang pertama pada 19 Jun
1910.
C Hari Bapa diisytiharkan oleh Presiden Lyndon Johnson.
D Sonata Smart-Dodd mempunyai enam orang adik.

Soalan 36 hingga Soalan 40.

Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Pada hari Ahad yang lalu, Faizal dan keluarganya mengadakan aktiviti gotong-
royong membersihkan dan menghias halaman rumah mereka. Ayah Faizal menanam pokok
bunga yang baru dibelinya di dalam pasu. Ibu Faizal pula menyapu daun kering yang gugur
di halaman rumah. Nenek Faizal menyiram pokok-pokok bunga yang mekar di halamam
rumah. Datuk Faizal juga turut membantu adik dan abang Faizal mencabut rumput-rumput
yang tumbuh meliar di hadapan rumah mereka. Faizal pula menolong kakaknya memungut
sampah di dalam longkang untuk dimasukkan ke dalam tong sampah. Mereka sekeluarga
sangat gembira kerana halaman rumah kelihatan bersih dan cantik.

36. Apakah yang dilakukan oleh Faizal dan keluarganya pada hari Ahad yang lalu?

A Mengadakan aktiviti gotong-royong membersih dan menghias halaman rumah


mereka.
B Mengadakan kempen menjaga kebersihan alam sekitar di rumah mereka.
C Mengadakan aktiviti menanam rumput di halaman rumah mereka.
D Mengadakan aktiviti berkelah di halaman rumah mereka.

10
37. Di manakah aktiviti gotong-royong itu diadakan?

A Di tepi longkang.
B Di dalam rumah.
C Di halaman rumah .
D Di dalam semak di tepi rumah.

38. Apakah yang dilakukan oleh abang dan adik Faizal?

A Menolong kakak mereka memungut samapah di dalam longkang.


B Mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di hadapan rumah mereka.
C Membeli pokok bunga yang mekar di halaman rumah mereka.
D Membantu datuk mereka mencabut rumput –rumput yang tumbuh meliar di
hadapan rumah mereka.

39. Berapa orangkah yang terlibat dalam akitiviti gotong-royong ini?

A 7 orang
B 8 orang
C 9 orang
D 10 orang

40. Antara berikut aktiviti manakah yang tidak dilakukan oleh keluarga Faizal?

A Menyapu daun kering yang gugur di halaman rumah.


B Menyiran pokok-pokok bunga yang mekar di halaman rumah.
C Mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di hadapan rumah.
D Memungut sampah di dalam longkang dan dimasukkan ke dalam tong
sampah.

11

Você também pode gostar