Você está na página 1de 15

Soalan 1B

a) Jelaskan syarat dan kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh

ketua jabatan untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut.

(20 markah)

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini

menyedari tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi

yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan dalam sistem pendidikan

memerlukan guru melakukan reformasi diri kearah pandangan, sikap dan daya

usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran mengajar

yang cangih dan bersepadu dalam usaha mempertingkatkan keupayaan dan

prestasi mereka dalam kerjaya yang kian mencabar ini.

Sebagai satu langkah Kementerian Pelajaran dalam mendorong

semangat guru-guru untuk berusaha lebih gigih kearah ini seterusnya

memartabatkan lagi profesion keguruan, gagasan Gagasan Guru Cemerlang

(GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Anugerah dan jawatan GC lebih

merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan

cemerlang dalam bidang dan matapelajaran masing-masing. Anugerah ini mula

diperkenalkan pada tahun 1994 berdasarkan memorandum (April 1993)

Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Kabinet yang bertajuk “Sistem

Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan”. Ianya lebih merupakan

1
satu Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan

Menghasilkan Guru Yang Cemerlang.

Secara asasnya, guru yang dinaikan pagkat seperti Guru Siswazah dari

gred DG 41 ke DG 44 akan menjawat jawatan baru misalnya Penolong Kanan 1

ataupun Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Mereka akan diberikan

tanggungjawab baru selain daripada mengajar dalam urusan pentadbiran

sekolah untuk membantu Pengetua. Tugas-tugas ini termasuklah urusan

biasiswa pelajar, keperluan asrama, pinjaman buku teks dan sebagainya lagi

Antara tujuan utama diadakan anugerah kenaikan pangkat GC ini ialah

untuk :

i. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman

dan kemahiran Guru Cemerlang.

ii. Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata

pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.

iii. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).

iv. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan

pelajaran.

v. Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih

tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

vi. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas

mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.

vii. Sebagai role model kepada guru lain.

viii. Meningkatkan motivasi guru itu sendiri dan juga rakan sejawat .

2
Merujuk kepada syarat-syarat dan kriteria kenaikan pangkat yang

digunakan oleh Ketua Jabatan untuk memperakukan kenaikan pangkat Guru C

ialah, ianaya berdasarkan kebolehan mengikut kecekapan dalam

menjalankan tugas, kelulusan, pengalaman dan juga sifat-sifat peribadi beliau.

Dalam situasi ini kita dapat melihat prestasi kerja beliau dalam memupuk minat

dan penglibatan pelajar melalui hasil pembelajaran pelajar. Kebiasaannya guru

ini mampu membimbing pelajar dengan baik dalam pengajaran hariannya baik

dalam mahupun diluar bilik darjah. Mereka juga berupaya menguasi berbagai

kaedah dan kemahiran mengajar dalam usaha membantu pelajar menguasi ilmu

pengajaran yang ingin diketengahkan. Justeru itu, hasil pembelajaran pelajar

dinilai dengan kadar peningkatan kemajuan diri yang semakin meningkat

Selain itu faktor kekananan (senioriti) juga diambil kira sekira seseorang

guru ataupun pegawai itu mempunyai kebolehan dan pengalaman yang sama

dengan pegawai lain. Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan kepada

Lembaga Kenaikan Pangkat dengan melampirkan satu senarai pegawai yang

layak dipertimbangkan bersama butiran yang diperlukan bagi menyokong

perkara diatas. Disamping itu juga pengalaman mengajar seseorang guru yang

pada minimumnya 10 tahun keatas dan telah mengambil serta lulus Ujian

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mengikut syarat yang ditetapkan juga diambil

kira. Namun demikian keadan ini bergantung kepada kekosongan yang ada.

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah kenaikan pangkat guru dalam

Perkhidmatan Pendidikan adalah selaras dengan kehendak dan hasrat

3
Kementerian Pelajaran dalam mewujudkan tenaga pengajar minda kelas

pertama. Pengolahan yang sistematik dalam menilai kredebiliti seseorang guru

bagi memenuhi syarat kenaikan pangkat ini mampu menjadi pemangkin kepada

persaingan sihat kearah peningkatan mutu kerja dan pengamalan kod etika kerja

yang cemerlang dikalangan mereka. Apa yang menarik untuk kita renungkan

juga di sini ialah kenaikan pangkat guru-guru juga tidak seharusnya

berlandaskan satu model sahaja. Misalnya dari guru biasa ke Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid(HEM) dan Pengetua atau Guru Besar. Mereka juga wajar untuk

diberi laluan untuk kenaikan pangkat dalam jawatan yang sama tanpa

meninggalkan tanggungjawab asal mereka. Peluang ini dapat digunakan

sepenuhnya oleh mereka dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam

jawatan yang sama seterusya mempunyai kesinambungan produktiviti kerja yang

di kehendaki.

4
b) Nyatakan jenis-jenis elaunyang layak dituntut dan dinikmati oleh Guru C.

( 20 Markah)

Kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa peka dengan

kebajikan guru agar keperluan dan kemudahan guru-guru dapat disediakan

sebaik mungkin dalam usaha membantu kelancaran kualiti kerja guru-guru.

Ianya sesuai dengan keperluan semasa dengan mengambil kira peranan penting

guru dalam menjayakan agenda Pendidikan Negara. Pihak Kementerian

sentiasa memikirkan dan melakukan penambahbaikan dalam aspek kemudahan

guru-guru misalnya pemberian elaun, kemudahahan rumah guru, biasiswa untuk

melanjutkan pelajaran dan sebagainya lagi. Bagi guru-guru yang menunjukkan

khidmat dan prestasi cemerlang pelbagai kemudahan kemudahan elaun

disediakan untuk mereka terutamanya yang bertugas di Sabah dan Sarawak

mahupan di semenanjung malaysia. Perkara ini dapat dilihat melalui Pekeliling

Perkhidmatan Bil 1, 1980.

Merujuk kepada situasi Guru C, jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan

dinikmati oleh beliau ialah Elaun Bertukar /Berpindah Rumah. Elaun-elaun

kerana bertukar (242) memperuntukkan seseorang pegawai yang bertukar

termasuk pertukaran kerana mendapat jawatan baru yang lain dalam kerajaan

tetapi tidak termasuk pertukaranseperti di (b), boleh menuntut di antara lain-lain

bayaran dan elaun yang berikut :

5
i. Perbelanjaan makan dan lojing yang dikeluarkan semasa dalam

perjalanan untuk pertukaran itu.

ii. Perbelanjaan sebenar mengangkut barang, serta tambang pegawai

dan keluarga.

iii. Elaun makan dan lojing.

iv. Pemberian pindahan.

Dalam hal ini beliau layak menuntut tambangnya dan keluarga mengikut

kadar tambang kapal terbang yang di peruntukkan. Kemudahan ini diberikan

untuk pengangkutan beliau dan keluarga dari tempat bertugas terdahulu ke

tempat baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sibatik, Tawau, Sabah.

Beliau mestilah menggunakan khidmat penerbangan MAS dengan kelas

pelancongan/ekonomi seperti yang ditetapkan oleh perbendaharaan dalam

kumpulan pengurusan dan ikhtisas beliau. Keluarga beliau juga layak menikmati

kemudahan yang sama seperti beliau berdasarkan peruntukan diatas kecuali

orang gaji yang hanya boleh menikmati kadar kelas penerbangan yang paling

rendah sekali. Berdasarkan peruntukan ini juga beliau layak menuntut atau

menikmati perbelanjaan pengangkutan barang-barang( 242). Tuntutan balik

perbelanjaan pengangkutan barang-barang hendaklah disertai dengan resit.

Dalam masa yang sama beliau juga layak menuntut bayaran sewa hotel

semasa bertukar bermula hari perjalanan beliau. Sekiranya perjalanan beliau

memerlukan beliau dan keluarga bermalam di hotel, beliau boleh membuat

6
tuntutan tersebut yang disokong dengan resit bayaran seperti yang terkandung

dalam Perintah Am 15

Elaun makan hari bertukar juga layak dituntut oleh beliau kerana

berdasarkan Perintah Am 4, seseorang pegawai yang bertukar boleh dibayar

elaun makan bagi diri dan keluarganya pada hari pertama dalam masa

perjalanan pertukaran itu, mengikut kadar yang ditetapkan iaitu sekiranya beliau

tidak membuat tuntutan elaun makan mengikut Perintah Am 15(c) pada hari

yang sama. Dalam hal ini resit tidak perlu disediakan. Namun begitu sekiranya

perjalanan beliau dan keluarga memakan masa melebihi 1 hari berdasarkan

sebab-sebab munasabah, elaun makan boleh dibayar bagi hari-hari yang lebih

itu pada kadar yang sama.

Beliau juga layak mendapat faedah pertukaran ke Sabah.Berdasarkan

peruntukan ini, seseorang pegawai yang ditukarkan dari Semenanjung Malaysia

untuk mengisi jawatan-jawatan tetap di Sabah akan layak mendapat faedah-

faedah pertukaran seperti seorang pegawai yang setaraf di Semenanjung

Malaysia. Beliau juga boleh diberi lain-lain elaun seperti yang diperuntukan oleh

kerajaan.

Dalam masa yang sama beliau juga layak menikmati elaun perumahan

dan elaun wilayah (sekiranya tidak diperuntukkan rumah khas jawatan), insentif

wilayah, tambang percuma mengunjungi wilayah asal setiap dua tahun dan

elaun perpindahan serta pertukaran.

Walau bagaimanapun syarat dan kadar yang diperuntukan bagi elaun ini

adalah berbeza mengikut gred, negeri bertugas ataupun taraf tempat bertugas

7
iaitu dalam ataupun luar Bandar. Elaun pendalaman boleh diberikan sebanyak

10 peratus daripada gaji pokok beserta elaun kenderaan dan juga bot. Kriteria

yang diambil kira bagi pemberian elaun pendalaman ialah sejauhmana

kesusahan atau masalah yang dihadapi beliau dari segi kemudahan

pengangkutan jalan, air,elektrik dan juga kemudahan infrastruktur.

Mengikut pekeliling terbaru Kementerian Pelajaran, peruntukan terbaru

telah disediakan untuk guru-guru yang berkhidmat di kawasan pendalam.

Kadarnya ialah sekitar RM 500 hingga RM 1500 berdasarkan skala kesusahan

yang dihadapi oleh mereka. Situasi ini tidak sahaja digunapakai dalam situasi

Guru C ini bahkan digunakan juga di semenanjung Malaysia.

Secara keseluruhannya, pemberian elaun dan insentif kepada guru-guru

dilihat satu usaha berterusan kerajaan dalam memartabatkan lagi profesion ini

selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa. Apa yang menjadi intipati

penting dalam menghadapi situasai ini ialah sejauhmana sumbangan guru

mampu merialisasikan hasrat dan kehendak kerajaan dan Kementerian

Pelajaran amnya. Guru-guru ditagih memberi sumbangan setimpal dengan

galakan yang diberikan kepada mereka. Revolusi ilmu pengetahuan menuntut

pengorbanan guru yang tiada hadnya dalam melahirkan pelajar sebagai modal

insan yang akan menjadi aset penting dalam memacu kegemilangan Negara

pada masa akan datang. Hanya dengan kesabaran, keikhlasan, kesungguhan

dan ketabahan mampu menjadi benteng utuh kepada guru-guru dalam meniti

cabaran pendidikan yang kian mencabar dari masa ke semasa

8
SOALAN 2B

SOALAN: Merujuk “Tonggak Dua Belas”, bagaimanakah cara Guru Besar

tersebut dapat memperbaiki amalan negatif beliau seperti yang dilaporkan

oleh pihak Pegawai Pelajaran Daerah.

(40 markah)

Tonggak Dua Belas diasaskan dengan tujuan untuk menjadi garis

panduan kepada Penjawat Awam dalam menjalankan tanggungjwab mereka

berdasarkan amalan dan prinsip kerja yang berkualiti dan beretika mulia. Ianya

mula dibentangkan dalam ucapan perasmian Seminar Nilai dan Etika pada 2

Mac 1992 oleh Yang. Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul

Hamid, Ketua Setiusaha Negara. Perkataan “tongak” ialah bermaksud asas

iaitu dasar sesuatu kepercayaan atau pegangan dalam menentukan tindakan

(Kamus Pelajar Bahasa Melayu (1987)).

. Berdasarkan kenyataan diatas, guru besar di sekolah tersebut tidak

mengamalkan Tonggak Dua Belas dalam perkhidmatan beliau. Sikap tidak

peduli kepada kebajikan warga sekolah, kerja bertangguh dan tertunda, tidak

menyemak kehadiran guru, mempunyai sikap panas baran, sering engkar

arahan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dan tidak inovatif jelas menunjukkan

amalan yang bertentangan dengan prinsip dan norma yang sewajarnya

diamalkan oleh penjawat awam

9
Di sebalik amalan negatif ini, sewajarnya guru besar ini melakukan

perubahan sikap dan muhasabah diri bagi memperbetulkan semula etika kerja

beliau. Sebagai seorang ketua di sekolah yang menerajui pentadbiran, beliau

seharusnya mempunyai dan menunjukkan keperibadian yang tinggi dalam

setiap tinda-tanduknya (the total personality). Keikhlasan dalam menjalankan

tugas merupakan elimen penting pada seorang peneraju sekolah sekiranya

ingin melihat satu budaya kerja yang positif ditonjolkan dikalangan warga kerja

sekolah terutamanya pekerja bawahan beliau. Perwataka beliau mestilah

menjadi contoh disamping lebih terbuka dalam mendengar pendapat orang lain.

Kecerian riak muka juga boleh membangkitkan semangat kerja dan

menghilangkan rasa prejudis dikalangan pekerja sekolah. Keprihatinan yang

wujud bersama sikap bertanggunjawab dan suka melakukan perkara yang baik

boleh menjadikan suasana kerja dalam sesebuah organisasi kondusif tanpa

ada rasa pentingkan diri sendiri.

Perkara penting yang seharusnya diamalkan oleh beliau juga ialah sikap

menepati masa (punctuality) . Kita sedia maklum bahawa masa itu ibarat

emas dan pengurusan masa yang baik penting untuk menjamin kelancaran

sesuatu kerja. Sebagai seorang Guru Besar, perancangan masa amat penting

dalam menjalankan tugas harian. Ini kerana pelaksanaan sesuatau kerja

bergantung kepada pengurusan masa yang baik dan teratur hasil dari

kebijaksanaan pengurusan yang dapat membantu meningkatkan produktviti

dan kualiti kerja. Ini juga dapat mengelakkan kerja bertangguh yang akhirnya

tidak dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Disini kita dapat melihat

10
kepentingan menyiapkan sesuatu tugasan itu pada masa yang sepatutnya

apabila melibatkan urusan yang berhubung kait dengan individu lain seperti

Jabatan Pelajaran Daerah. Amalan yang boleh merugikan masa seperti berbual

kosong dan melengah-lengahkan kerja boleh menjejaskan imej dan prestasi

sekolah termasuk juga diri beliau sendiri seterusnya menyebabkan hilangnya

kredibiliti sebagai seorang Guru Besar

Guru Besar ini juga tidak boleh melengah-lengahkan kerja yang

diamanahkan bagi mengelakkan beban kerja bertambah dari masa ke semasa

kerana menangguh kerja. Sekiranya kerja yang sepataunya disiapakan

dilengah-lengahkan, beban kerja semakin bertambah dan bila dilakukan dalam

masa yang terdesak ataupun melakukan kerja pada saat-saat akhir , hasilnya

tidak akan menepati kepuasan yang maksimum lantas mampu mengundang

kesan kepada kemerosotan prestasi dan produktiviti sekolah.

Sikap mengambil mudah dengan tidak menyemak rekod kehadiran guru

adalah satu lagi sikap yang bertentangan dengan amalan Tonggak Dua Belas.

Sebagai seorang ketua kepada organisasi di sekolah sikap ini mengundang

kesan negatif kepada nilai kejujuran guru lain dalam menjalankan tugas. Ini

boleh menyebabkan wujudnya amalan tidak komited dengan tugas seperti

amalan ponteng dari masuk kelas untuk mengajar dan juga amalan ponteng

kerja. Struktur pentadbiran yang terhasil dari sikap seumpama ini boleh

melemahkan organisasi dengan murid tidak dapat mengikuti sesi pengajaran

dan pembelajaran yang sewajarnya. Guru-guru juga harus dipantau secara

tidak langsung bagi mengelakkan mereka tidak hadir kesekolah tanpa sebab

11
munasabah. Sebagai contoh, sekiranya tiada rekod keluar masuk yang jelas,

sesuatu perkara buruk yang berlaku kepada seorang guru di luar kawasan

sekolah boleh mendatangkan masalah kepada guru besar itu sendiri kerana

tidak memantau pergerakan kakitangan mengikut peruntukan yang di tetapkan.

Oleh itu beliau sewajarnya mengubah sikap kepada sentiasa memantau atau

menyemak kehadiran guru di sekolah.

Sikap panas baran yang ada pada Guru Besar ini juga merupakan sikap

buruk yang seharusnya tidak diamalkan dan diganti dengan sikap sabar

dalam melakukan tindakan dan menyelesaikan masalah. Kesabaran yang

tinggi dalam menjalankan tugas membolehkan seseorang itu dihormati

dikalangan pekerja bawahannya. Dalam membuat keputusan dan juga

menyiapakan sesuatau kerja beliau juga seharusnya sabar dan tidak terburu-

buru. Setiap sesuatu perkara diteliti dan difikirkan terlebih dahulu sebelum

membuat keputusan. Selain itu sekiranya berlaku kesilapan kecil yang

dilakukan oleh pekerja lain, ianya mestilah diselesaikan sebaik mungkin dengan

memberi galakan disamping memaafkan kesalahan tesebut. Sikap bantu-

membantu antara satua sama lain boleh mengeratkan lagi hubungan

silaturahim dalam sesebuah organisasi.

Pertuturan seorang Guru Besar juga haruslah lembut dengan tutur kata

yang boleh menyenangkan orang lain. Interaksi yang berkesan boleh

menggalakkkan kerjasama dan persefahaman di kalangan beliau dan

pekerjanya seterusnya membentuk suasana kerja yang harmoni. Amalan

seronok bekerja boleh mengatasi sikap sering engkar kepada arahan Pegawai

12
Pelajaran Daerah. Seronok bekerja mendorong sesuatu kerja dilakukan dengan

bersungguh-sungguh dengan perasaan ikhlas dan menganggap bekerja adalah

satu ibadah. Hasil kerja yang bersungguh-sungguh mendatangkan kualiti kerja

yang memuaskan (baik). Bekerja dengan keseronakan tanpa ada paksaan

mendorong pemupukan sikap positif ke arah keberkatan ganjaran yang

diperolehi seterusnya menjadi ikutan dan teladan kepada guru-guru lain.

Guru Besar ini juga sewajarnya berkerja mengikut arahan majikan

beliau. Dalam situasi ini Pegawai Pelajaran Daerah adalah Ketua Jabatan

beliau dan setiap arahan perkhidamatn yang diberikan mestilah diikuti. Arahan

yang di berikan pada dasarnya mempunyai kepentingan dan kebaikan kepada

organisasi beliau terutamanya sekolah. Sekiranya beliau tidak mematuhi

arahan pegawai atasan sudah tentu dasar ataupun keperluan kerja tidak dapat

dilaksanakan di sekolah. Peruntukan sedia ada mengariskan bahawa pekerja

bawahan mestilah mematuhi arahan pegawai atasan berkaitan ruang lingkup

kerja mereka. Penilaian prestasi kerja dinilai berdasarkan aspek keberkesanan

kerja yang akan di nilai oleh Ketua Jabatan mereka.

Sebagai seorang Guru Besar juga sikap tidak inovatif dalam berkerja

perlu ditukar dengan menyemai jiwa beliau agar mempunyai nikmat

mencipta. Beliau seharusnya mengalakkan pemikiran kreatif dan dan inovatif

dalam menguruskan pentadbiran sekolah. Penjanaan idea baru melalui

mesyuarat di kalangan warga kerja berupaya mencari sesuatu alternatif baru

untuk melakukan penambahbaikan mutu kerja dan juga idea yang boleh

mendatangkan kebaikan untuk semua. Kepelbagian aktiviti di sekolah misalnya

13
boleh membantu perkembangan potensi individu murid-murid melalui

penganjura petandingan rekacipta dan sebagainya lagi. Pengenalan kepada

aktiviti senamrobik secara mingguan juga boleh dilihat satu contoh aktiviti yang

dapat membantu kecergasan murid sebelum memulakan aktiviti pembelajaran

dalam kelas di samping merangsang keseronokan emosi di kalangan mereka.

Sebagai seorang Guru Besar, keberanian mencuba sesuatu yang baru dengan

tujuan kebaikan bersama adalah pemangkin kepada kejayaan dan keutuhan

sesebuah sekolah tersebut.

Penerapan nilai-nilai murni seperti yang disarankan dalam “Tonggak Dua

Belas “, adalah kesinambungan etika kerja dalam membentuk modefikasi

taingkah laku yang baik bagi menjamin keunggulan sikap dan juga peribadi di

kalangan Penjawat Awam amnya Guru Besar. Dasar dan kepercayaan yang

menjadi asas dalam tonggak ini meliputi aspek moral yang baik dengan tujuan

memberi panduan kepada seseorang menjalankan tugas. Amalan sifat yang

baik adalah dituntut di kalangan mereka demi menjaga status, akhlak dan

maruah dalam profesion mereka. Konsep guru yang berjaya pada masa kini

bukan hanya lagi ditinjau dari aspek pengajaran dan pembelajaran semata

mata, bahkan lebih menyeluruh dari sudut kualiti peribadi, profesionalisma,

kualitai sosial dan sebagainya lagi. Guru Besar yang berkesan perlu

memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam

menjalankan tanggugjawab seharian mereka.

14
15

Você também pode gostar