Você está na página 1de 14

CTU151-PERKEMBANGAN

TAMADUN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:

1.MUHAMMAD ZAREM HAQIM BIN MOHD ZAKI (2009711539)

2.MUHAMMAD NAJMI IZZUDIN BIN CHE GHANI (2009301685)

3.HANIFF AJWAD BIN NORDIN (2009588469)


Zaman Rasullullah s.a.w:
Era di Mekah.

1.Menjalankan dakwah di Mekah yang bertemakan tauhid.

2.Mengeesakan Allah s.w.t dan menghapuskan berhala,menentang segala bentuk syirik,& khurafat.

3.Jangka masa 13 tahun adalah masa kritikal dan menyiksakan umat islam.

4.Rasulullah S.A.W menumpukan dari segi penyidian individu yang mantap dan kuat dalam menandingi
kegilaan puak pelampau kafir dan musyrik

5.Bentuk dakwah secara terang dan sulit.

Era di Madinah.

1.Menukarkan nama yathrib kepada Madinah Al-Munawwarah.

2.Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.

3.Mewujudkan Piagam Madinah (sahifat al-madinah)yang merupakan prinsip & dasar pemerintahan
Islam di Madinah.

4.Mempunyai 47 fasal,23 merujuk kepada umat Islam dan 24 membincangkan tentang hubungan umat
Islam dengan bukan Islam.

5.Berhijrah kerana perintah Allah dan penetangan yang sangat agresif.

6.Membina masjid untuk menyatukan umat islam dalam menyembah Allah tuhan yang esa.

7.Kedudukan wanita diangkat dan membolehkan mereka menerima harta pusaka.

8.Mengikat perjanjian dengan orang yahudi untuk memudahkan soal persefahaman dan mudah
dirancang.
STRATEGI & PERUBAHAN DILAKUKAN OLEH RASULLULLAH S.A.W DI MADINAH

POLITIK
1.Pembentukan negara an Islam pertama.

2.Piagam madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

3.Pelaksanaan syura yang dikenali sebagai majlis syura.

4.Gabenor,pemungut cukai,& hakim dilantik bagi melicinkan pentadbiran wilayah di bawah


pemerintahan Rasullullah s.a.w.

5.Masjid nabi sebagai ibu pejabat karajaan pada zaman Rasullulah S.A.W.

6.Melahirkan masyarakat baru yang digelar sebagai umah.

7.Negara islam dibahagi kepada Yaman,Uman,Najran,Bahrayan,dan Hadramaut.

EKONOMI
1.Memperkenalkan dasar percukaian tersendiri antara contoh-contohnya ialah zakat,jizyah,kharaj,fa”i &
usyur

2.Pengunaan matawang dinar & dirham

3.Pengharaman sistem barter yang mengandungi riba dengan alternatif membenarkan nilai mata wang
sebenar.

4.Mewujudkan dasar perakaunan Islam merangkumi keseimbangan kira-kira,ketepatan ukuran,ukuran


kewangan,& dokumen objektif.

5.Penubuhan baitulmal oleh Rasulullah sebagai satu institui penting yang mengorganisasikan semua
dasar dan polisi ekonomi negara dalam mentabir dan menguruskan ekonomi negara madinah.

6.Fungsi Baitulmal adalah membantu masyarakat memenuhi keperluan asasi mereka.

DAKWAH
1.Mengirim para pendakwah ke seluruh pelusuk semenanjung arab untuk meyampaikan dakwah
islamiah.

2.Islam tersebar luas dn diterima masyarakat


SENIBINA
1.Masjid pertama terbina dalam Islam ialah masjid Quba.

2.Pengalian parit bagi membina kubu pada perang khandak.

3.Pembinaan semula ka”abah setelah keruntuhan akibat dilanda banjir

4.Rasulullah juga membina rumahnye sendiri di Madinah di atas sebidang tanah yang luas nya 100 hasta
persegi.

PENDIDIKAN
1.Rasullullah s.a.w menubuhkan 9 buah sekolah(masjid).

2.Rasullullah menghantar guru-guru untuk mengajar di seluruh wilayah Islam,tujuan utama Rasulullah
ialah untuk menjadikan kabilah badwi dan juga yang lain berilmu dan berpendidikan khususnya di dalam
memahami Al-quran.
ZAMAN KHULAFA AR”RASYIDIN
Zaman ini terbentuk selepas kewafatan Rasullulah s.a.w pada 632 masihi dan ditadbir pula oleh
empat sahabat rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai khulafa ar”rasyidin yang bermula pada tahun
634masihi sehingga 644 masihi,antara mereka ialah:

1.Khalifah Abu Bakar As Siddiq(632-634M)

2.Khalifah Umar Al Khattab(634-644M)

3.Khalifah Uthman bin Affan(644-656M

4.khalifah Ali bin Abi Talib(656-661M)

INSTITUSI KHALIFAH
1.Mula digunakan oleh Syadina Abu Bakar As Siddiq.

2.Jawatan ini bagi mengganti kepimpinan Rasullullah dalam menguruskan urusan agama dan
pentadbiran negara.Golongan ini meneruskan usaha dakwah Rasulullah dan meletakkan al-Quran dan
Hadith sebagai rujukan dan asas menjalankan pemeintahan.

AL-WAZARAH(KEMENTERIAN )

1.Pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq,Umar Al Khattab sebagai wazir kepada beliau .Uthman Affan
& Ali bin Abi Talib menjadi wazir kepada Umar al-khattab.

2.Sistem ini telah wujud pada zaman Rasullullah tetapi tidak diiktiraf secara rasmi.

SISTEM KEHAKIMAN

1. Khalifah Abu Bakar merupakan hakim.

2. Tidak menerima sebarang perubahan.

3. Khalifah Umar Al Khattab memisahkan urusan kehakiman daripada urusan pemerintahan.

4. Beliau melantik beberapa orang kadi menyelesaikan kes berkaitan dengan harta.

5. Zaman Khalifah Uthman pejabat keadilan diwujudkan bagi menyelesaikan masalah hukum.

6. Khalifah Ali tidak melakukan sebarang perubahan kerana tempoh pemerintahan yang singkat
dan banyak berlaku pemberontakan.
SISTEM PERUNDANGAN
1. Sama seperti zaman Rasulullah kecuali dalam perkara yang tidak ada nas yang tepat dalam al
Quran & hadis.

2. Kaedah ijtihad digunakan bagi menyelesaikan beberapa kemusykilan yang wujud tetapi tidak
mempunyai hukum dalam al-Quran selepas kewafatan rasullullah s.a.w yang disepakati oleh
para khalifah dan ulama.

3. Sistem perundangan bertukar kepada individu setelah madinah berpecah kepada wilayah-
wilayah Islam yang baru dimana pada sebelumnya ditadbir oleh golongan ulama.

MAJLIS SYURA
1.Diwarisi dari zaman rasullullah dan diteruskan di zaman khulafa ar rasyidin.

2.Merupakan badan penasihat kepada pemerintahan khulafa ar-rasyidin.

3.Majlis ini dianggotai oleh para sahabat yang terdekat dengan Rasullullah s.a.w kerana mereka arif
dengan dasar pemerintahan baginda s.a.w.

4.Antara ahli-ahlinya ialah ulamak,ketua muhajirin,ketua ansar,panglima tentera dan panglima tentera
tertinggi.

SENIBINA KHULAFA AR-RASYIDIN


1.Gabungan dari pembangunan fizikal dengan keimanan,ketakwaan,dan akhlak yang tinggi.

2.Pembinaan masjid yang pertama mempunyai menara di Basrah.

3.Di dalam bangunan-bangunan masjid dihiasi dengan ayat-ayat al Quran yang berukir indah.

4.Mimbar yang dibina pada zaman Rasullullah s.a.w telah mula diukir dengan khat yang cantik dan
ukiran yang berseni.
SUMBANGAN KHULAFA AR RASYIDIN
Khalifah Abu Bakar As Siddiq:

1.Memerangi murtadin,nabi-nabi palsu,dan golongan murtad enggan mengeluarkan zakat kepada


baitulmal.

2.Mengirim tentera ke Syiria dengan tujuan melindungi umat islam daripada ancaman Rom dan Parsi.

3.Pengumpulan Al Quran.

4.Beliau membelanjakan 6000 dirham setahun yang diberikan kepadanya untuk rakyat dan negara.

5.Tentera islam yang berkhidmat secara sukarela diberi sebanyak 80 peratus daripada harta rampasan
perang dan bakinya disimpan untuk rakyat dan negara.

6.Melantik seorang Gabenor di setiap wilayah yang bertanggungjawab kepada pentadbiran khalifah
yang berpusat di madinah dalam menguruskan kebajikan rakyat,pengurusan zakat,menjalankan
keadilan,kehakiman dan menjadi imam.

Khalifah Umar Al Khattab:

1.Dikenali sebagai “the golden age”.

2.Menubuhkan pusat-pusat pengajian Islam di kota-kota besar seperti Basrah,Kufah dan Fustat.

3.Dalam aspek politik,Perluasan wilayah berlaku dengan pesat dan berjaya meliputi Afrika Utara,Asia
Minor,dan Khurasan.

4.Menubuhkan satu institusi baru iaitu dewan atau dikenali sebagai jabatan,antaranya ialah jabatan
tentera,jabatan ganjaran,dan pengagihan ,jabatan cukai dan jabatan pos.

5.Perluasan wilayah berkembang dengan pesat sekali dan kesannya kerajaan islam dapat menguasai
wilayah-wilayah baru dan hasil daripada penaklukan ini harta telah bertambah,maka ditubuhkan satu
institusi kewangan negara.

6.Sistem usyur iaitu cukai perniagaan bagi orang islam dan bukan islam diperkenalkan.

Khalifah Uthman bin Affan:

1.Penulisan al-quran yang lebih sistematik dan sebanyak 6 salinan dikirimkan ke


Mekah,Basrah,Kufah,Syria,dan 2 buah lagi disimpan di Madinah.

2.Al-quran dikenali sebagai mushaf uthmani.

3.Menubuhkan armada laut islam yang pertama bertujuan untuk menyerang Rom timur.
Khalifah Ali bin Abi Talib:

1.Tidak banyak perubahan yang dilakukan kerana sibuk menghapuskan pemberontakan .

2.Menubuhkan pasukan polis (Al Syurtah)iaitu untuk mengendalikan perkara berkaitan jenayah di
tempat umum.

3.Tentera diperuntukkan 600 dirham untuk keluarga masing-masing.

4.Melengkapkan angkatan bersenjata dengan menubuhkan beberapa angkatan seperti angkatan


berkuda,angkatan berjalan kaki,dan angkatan perisik.

5.Ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.


TAMADUN UMAYYAH
Zaman Umayyah (661-750M)

1. Ummayah diambil sempena nama ketua atau satu puak yang berasal dari Umayyah bin abd
manaf qusay.
2. Kerajaan bermula dengan perlantikan Mu’awiyah bin Abi Sufiyan sebagai khalifah.
3. Tahap pemerintahan kerajaan bani umayyah terbahagi kepasa 2 iaitu di Damsyik dan andalusia.
4. Al-quran hadis dan ijma sebagai sember perundamgan negara.
5. Tempat pemerintahan di damsyik(syam/syria)

Politik

1.Sistem khilafah digunakan

2.Jabatan: Cukai, Surat Menyurat, Urusan Am dan Cap Mohor

3.perlantikan garbenor

4.sitem kententeran diperkukuhkan.

Pendidikan

1.Perkenal teknolog lebih maju seperti dalam pembuatan kapal(armada laut), alat peperangan dan
pertanian

2.Mengambil ilmu sains dan falsafah dari Yunani, India dan China

3.Kota Basrah sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.

4.lahir ilmuwan seperti khalil bin ahmad,al farazdaq,jarir,umar bin rabiah dan jamil al uzri.

5.Membina hospital di Damsyik

6.Ilmu-ilmu al quran dan hadis seperti ulum al quran dan mastalah al-hadis diperkembangkan.

Ekonomi

1.Mata wang byzantine dan parsi mata wang islam

2.Setiap wilayah mempunyai baitulmal sendiri..

2.Lebihan wang dan hasil setiap wilayah diserahkan ke baitulmal


Zaman Abbasiyah(750-1258M)

 Diasaskan oleh Abdullah al-Saffah daripada keturunan Abbas bin Abdul Mutallib

 Pusat pemerintahan pada mulanya di Damsyik kemudian berpindah ke Baghdad.

 Lahir ulama' dan sarjana dalam pelbagai bidang.

 Faktor pendorong ialah galakan para khalifah.

 Sumber-sumber sains dan teknologi di zaman ini ialah al-Qur'an, al-Hadith, Yunani, Romawi,
Parsi, China dan India.

 Pertejemahan karya yunani dalam bidang sains dan falsafah kepada bahasa arab.

Sumbangan Kerajaan Abbasiyah

Pendidikan

 Pemerintah menggalak membuat pengajian dan penyelidikan

 Pada zaman ini setiap kompleks masjid dilengkapi dengan sekolah dan perpustakaan,dan
pemerintah memperuntukkan pembiayaan untuk kolej dan pelajarnya.

 Abu Jaafar al-Mansur: pelopor intelektual, mengasas kolej perubatan

 Harun al-Rasyid mengasas Khazanah Pengetahuan.

 Tokoh ilmuan: Abu Yusuf, Marwan bin Abi Hafsah, Yuhanna bin Masawayh

 Kemuncak iltelektual di zaman al-Ma’mun

 Membesarkan Khizanah al-hikmah

 Khizanah al-hikmah menjadi pusat kegiatan intelektual terunggul di dunia yang dikenali Bayt al-
Hikmah (rumah pengetahuan).

 Penterjemahan

 Menterjemah karya Yunani, Parsi dan India

 Usaha terjemahan di lakukan di Baitul Hikmah

 Antara ulama dan ilmuwan terkenal ialah ibn juraij,malik bin anas,al-azwa’I,sufian al-thawri dan
ramai lagi

 Kesan daripada penterjemahan ramai para sarjana dapat mempelajari ilmu sains sebelum islam

 Berlaku secara meluas dan hamper semua karya klasik diterjemahkan ke bahasa arab.
 Ekonomi dan kewangan

 Sumber ekonomi daripada hasil pertanian dan perdagangan berkembang pesat.

 Sumber ekonomi: zakat, cukai pendapatan, cukai perlombongan, cukai ternakan, cukai kastam,
cukai garam, cukai jalan, cukai kilang, cukai barang mewah dan lain-lain.

 Cukai tanah merupakan sumber kewangan kerajaan abbasiyah khususnya dari golongan
(dhimmi)bukan islam.

 Senibina

 Terpengaruh dengan senibina Parsi

 Mementingkan pembinaan istana, Abu Jaffar membina ‘Istana al-Zahab’(istana emas)

 Terdapat 21 istana dibina yang tidak dapat ditandingi oleh oleh sama ada istana Rom atau Parsi.

 Terdapat 15,000 buah masjid yang indah-indah terdapatdi seluruh wilayah islam.

 Kelemahan pemerintah kerana tidak melakukan sebarang pembaharuan.

 Perpecahan wilayah kerana jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi.

 Perebutan kuasa mengakibatkan di antara putera-putera al Mutawakkil kelemahan pentadbiran


kepada kerajaan Abbasiyah.

 Ekonomi gawat kerana rusuhan dan pemberontakan sering berlaku,dan para pedagang tidak lagi
berkunjung ke Baghdad.

 Perselisihan fahaman agama akibat daripada golongan syiah dan khawarij.

 Serangan luar oleh musuh-musuh dari utara(Georgia dan Armenia),barat(tentera salib),dan


timur (kerajaan Monggol).

 Masalah kewangan Negara kerana urusan pembiayaan yang dikeluarkan tentera sangat besar.

 Kezaliman terhadap musuh-musuh lebih kejam daripada bani umayyah iaitu kepada musuh
politik daripada golongan syiah dan orang-orang umayyah.
Tamadun Uthmaniyyah

 Pegasas uthman bin sauji bin erturglu bin sulaiman shah

 Asas kerajaan uthmaniyyah ialah sistem feudal yang ditiru langsung daripada kerajaan
Bynzantine.

 Nama diambil semperna nama sultan uthman

 Mula bertapak kuat di istanbul

 Mewujudkan kesatuan bagi umat islam selama 600 tahun

 Menjadikan istanbul sebagai pusat pentabiran dunia islam

 Sumbangan Kerajaan Uthmaniyyah

 sistem perundangan dibahagi kepada tiga iaitu orang Islam (kadi), orang bukan Islam, dan satu
bagi perdagangan.

 Undang-Undang Kanun merupakan undang tertinggi.

 Mahkamah Syariah(pusat penghakiman).

 Askar berkuda merupakan unit utama,senjata yang digunakan ialah panah dan pedang pendek
sambil mempraktikkan taktik tentera Mongol.

 Penulisan ensoklipedia sains islam.

 Jalinan perdagangan berpusat di istanbul


Peranan kerajaan uthmaniyyah

 Penyatuan umat

 Negara islam dan ajaran Islam dipertahan

 Amalan syura

 Pemerintahan berasaskan aqidah

 Meneruskan usaha dakwah

 Membina landasan kereta api

 Pembangunan sosial

 Hubungan umat islam dengan bukan islam

 Penguasaan tiga laluan utama

Kejatuhan zaman uthmaniyyah

 Masalah dalaman dan luaran

 Perjanjian passarowitz

 Pemodenan dan reformasi

 Nasionalisme (kebangkitan bangsa)

 Konsep raja berpelembagaan

 Perebutan kuasa

 Keruntuhan moral

 Terbelakang dalam bidang ilmu dan persenjetaan


RUJUKAN

1.Abu Faris Muhammad Abd.al Qadir-

Al nizam ai siyasi fi al islam (1986)

2.Ibn Furhun (1995)Beirut:Dar al Kutub al ilmiyyah

3.Ismail R.Al Faruqi(1991)Virgnia:International of


Islamic thought Institute.

4.Modul pembelajaran kursus pemikiran tamadun


islam ctu151.Shah Alam.Uitm.

5.Khalif Mu’AMMAR(2003)kolej Dar Al hikmah

Você também pode gostar