Você está na página 1de 4

b) Bincangkan sejauhmanakah perpaduan dan integrasi berlaku di Malaysia

“Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan
tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta bekerja membanting
tulang di negeri ini, tinggalah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah
berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.”
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
Lapangan terbang Sg. Besi, Kuala Lumpur
3 Jun 1957

Bagi merujuk persoalan sejauhmanakah perpaduan dan integrasi berlaku di Malaysia, saya
menjadikan ungkapan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri pertama
sebagai rujukan betapa mencabarnya hidup dalam sebuah negara yang berbilang etnik. Hal
ini disebabkan masing-masing etnik mempunyai perbezaan cara hidup yang ingin
dipertahankan walaupun berada dibawah satu langit iaitu Malaysia. Oleh itu bagi
mengekalkan keharmonian rakyat dan kesejahteraan negara perlu diwujudkan perpaduan
dan integrasi dalam kalangan etnik di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi
menjamin perpaduan dan integrasi berterusan dalam suasana yang harmoni. Antara usaha
dan bukti wujudnya perpaduan dan integrasi ialah melalui sistem pemerintahan, amalan
Rukun Negara, Pendidikan, Sukan ,kebudayaan, hubungan kejiranan

Perpaduan dan integrasi amat penting dalam mewujudkan kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara. Perpaduan juga menjadi senjata ampuh yang membina tamadun
negara kita sejak dulu lagi. Ini dapat dibuktikan melalui Pakatan Murni yang dibentuk
sebelum negara kita mencapai kemerdekaaan. Pakatan Murni menjadi prasyarat untuk
menjamin kemerdekaan akan diperolehi dengan segera. Pelbagai usaha yang dilakukan
oleh pemimpin kita yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk menjanjikan perpaduan
dalam politik, ekonomi dan sosial. Kesedaran dan kebijaksanaan pemimpin akhirnya
membentuk Parti Perikatan yang akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan lebih awal dari
yang dijangkakan. Resipi kejayaan ini adalah melalui kerjasama antara etnik yang terdapat di
negara Persekutuan Tanah Melayu. Hari ini perpaduan dan integrasi antara etnik terus
wujud untuk menjamin kemerdekaan negara berkekalan. Oleh itu, pemimpin hari ini,
menggandakan usaha untuk mengekalkan perpaduan melalui pelbagai dasar dan kempen.
Antaranya kempen Satu Malaysia yang diharap dapat melahirkan kerjasama tanpa adanya
sifat ‘kiasu’ antara etnik dan menghormati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Perpaduan dan integrasi juga berlaku melalui amalan Rukun Negara yang dicipta
selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara dicipta adalah bertujuan untuk
menyatukan etnik dibawah satu ikrar agar keharmonian terus menjadi tunggak
kesejahteraan negara. Peristiwa pahit ini mengajar rakyat erti kesejahteraan dan
pentingnya keharmonian serta mengelak tercetus prasangka kerana interaksi yang terhad.
Hal ini akan menyebabkan masing-masing etnik gagal memahami budaya, menghormati
antara satu sama lain dan tiada cinta kepada negara. Oleh itu Rukun Negara dijadikan
amalan hidup rakyat Malaysia. Lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara
mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat bagi mencapai matlamat perpaduan seperti
berikut:

“Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Memelihara satu
cara hidup demokratik. Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara
akan dinikmati bersama secara adil dan saksama. Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak. Membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden”
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Semua rakyat yang terdiri daripada berbilang etnik rela dan bersedia menerima lima
prinsip Rukun Negara sebagai amalan hidup rakyat Malaysia. Apabila mereka memahami
dan menghayati Rukun Negara maka tidak hairanlah perpaduan dan integrasi wujud dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik pada hari ini. Di mana semua rakyat
Malaysia bersatu melafazkan lima prinsip ini dalam perhimpunan rasmi dan diamalkan
dalam kehidupan mereka.

Bagi memastikan semangat perpaduan dan integrasi semakin kukuh, kerajaan juga
telah menekan aspek perpaduan di dalam sistem pembelajaran di sekolah-sekolah melalui
Falsafah Pendidikan Negara. Semangat ini disemai dalam kalangan pelajar agar tiada
tembok yang menghalang interaksi antara etnik dan sifat saling curiga mencurigai. Sejak
kecil lagi anak-anak telah didedahkan kepada perpaduan dan integrasi etnik. Sebagi contoh,
kelas tabika perpaduan menjadi projek rintis kerajaan untuk menyemai bibit perpaduan
dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu “melentur buluh biar
dari rebung”. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan juga bukan lagi menjadi
sekolah bagi satu etnik sahaja tetapi juga memberi ruang dan peluang kepada etnik lain
untuk sama-sama berkomunikasi dibawah satu bumbung. Oleh itu sememangnya
perpaduan dan integrasi antara etnik berlaku apabila sifat toleransi dan kerjasama dipupuk
dalam sistem pendidikan .

“Persefahaman dan hubungan baik ini hanya dapat dicapai jika kita semua iaitu semua
kaum di Malaysia bersifat sederhana dan sanggup bercampur gaul semasa bekerja, bermain
dan dalam aktiviti sosial kita.”
Tun Dr Mahathir Mohamad
Perhimpunan Agung MCA ke-49
27 Julai 2002
Petikan kata-kata mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad
membuktikan bahawa sukan menjadi alat kepada wujudnya perpaduan dan integrasi rakyat
Malaysia yang berbilang etnik. Sukan menjadi lambang kejayaan dan kekuatan sesebuah
pasukan atau negara, sukan juga dapat mewujudkan hubungan yang mesra dan erat antara
etnik. Penglibatan masyarakat dalam sukan tidak hanya membataskan etnik tertentu sahaja.
Tanpa mengira etnik mereka perlu sama-sama berperanan membentuk semangat juang
yang tinggi. Semangat berpasukan juga menghilangkan perbezaan warna kulit dan budaya
antara etnik. Lebih-lebih lagi apabila dengan bangganya mereka mengibarkan Jalur
Gemilang dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Selain itu, hubungan baik dan mesra
pemain perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan jurulatihnya Datuk
Misbun Sidek juga dapat membuktikan wujudnya perpaduan dan integrasi antara dua etnik.
Jelas menunjukkan sukan boleh menjadi alat perpaduan dan integrasi antara etnik dalam
kalangan atlet di Malaysia.

Kehidupan majmuk rakyat Malaysia juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang
mempunyai keunikan budaya. Keistimewaan ini telah menjadikan Malaysia negara pilihan
pelancong asing untuk merasai dan menikmati sendiri budaya Malaysia. Ironisnya,
masyarakat Malaysia menjalani kehidupan secara bertolak ansur dan menghormati budaya
antara satu sama lain. Sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati ini terjalin khususnya
semasa sambutan hari perayaan. Contohnya konsep rumah terbuka . Melalui konsep rumah
terbuka ini interaksi dan perpaduan jelas terpancar apabila suasana meriah dengan kunjung
mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira etnik dan darjat. Oleh itu kerajaan
berusaha memastikan kebudayaan Malaysia difahami dan dihormati melalui penggubalan
Dasar Kebudayaan kebangsaan. Jelaslah kebudayaan juga menjadi bukti kepada wujudnya
perpaduan dan integrasi antara kaum.

Hubungan kejiranan yang erat juga dapat mewujudkann masyrakat yang sentiasa
mengambil berat antara satu sama lain tanpa mengira etnik. Aktivit-aktiviti masyarakat
boleh mengeratkan hubungan antara jiran tetangga. Sebagai contoh melalui aktiviti gotong
royong kebersihan, aktiviti riadah dan aktiviti sosial yang lain. Apabila adanya perjumpaan
seperti ini, maka interaksi akan wujud antara mereka. Secara tidak langsung hal ini akan
dapat menjalin perpaduan dan integrasi yang dapat mengelakan berlakunya perbalahan
yang boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni antara jiran.

Tuntasnya, masyarakat berbilang etnik yang saling memahami, hormat-menghormati


dan hidup harmoni dapat direalisasikan sekiranya semua pihak menjalankan peranan dan
tanggungjawab masing-masing tanpa ada gangguan kecurigaaan dan irihati. Ini kerana,
perpaduan dan integrasi amat penting supaya generasi akan datang dapat menghormati dan
meneruskan “kontrak sosial” yang telah disepakati sebelum kemerdekaan negara
diumumkan pada 31 Ogos 1957. Semoga semua rakyat berpegang kepada “di mana bumi
dipijak di situ langit dijunjung”.

a) Jelaskan konsep asas hubungan etnik dalam masyarakat, budaya dan perpaduan.
Pengenalan.......
Etnik ......................
Di Malaysia, sejarah kewujudan pelbagai etnik adalah disebabkan oleh kekayaan dan
kemakmuran bumi yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina
dan India yang dikenali sebagai imigran adalah didorong oleh faktor menarik yang ada di
Tanah Melayu iaitu peluang ekonomi bijih timah dan getah yang diusahakan secara-besar-
besaran akibat permintaan tinggi dunia pada akhir abad ke-19. Maka dengan galakan pihak
British dan ada yang menggunakan modal sendiri, imigran ini memulakan kehidupan dengan
menguasai ekonomi komersial. Walaupun negara kita telah merdeka tetapi kaum imigran ini
tetap mahu meneruskan kehidupan di Tanah Melayu kerana kesenangan hidup dan
kemakmuran yang dinikmati berbanding negara asal.

Masyarakat Melayu yang merupakan etnik asal, Cina dan India akhirnya membentuk
kumpulan masyarakat yang dipanggil masyarakat majmuk. Kemajmukan ini wujud akibat
perbezaan bahasa, agama dan budaya yang kekal menjadi amalan hingga ke hari ini. Pada
zaman pecah dan perintah British, masyarakat ini dipecah-pecahkan kepada petempatan
dan ekonomi yang berasingan. Hal ini menyebakan orang Melayu mempunyai identiti
sebagai penduduk kampong dan petani, orang Cina tinggal di bandar dan berniaga,
manakala orang India tinggal di estet dan menjadi buruh ladang. Oleh itu, terdapat jurang
pendapatan yang berbeza antara etnik di mana orang Melayu terus miskin di kampong.
Komunikasi dan interaksi antara etnik amat terhad yang mewujudkan masalah perpaduan
dan integrasi.

Konsep budaya......
Jika kita lihat dari segi budaya, terbentuk pengenalan budaya yang jelas antara etnik
samada dari segi petuturan, amalan agama, pakaian malahan rupa paras. Masing-masing
etnik mempertahan cara hidup dan budaya masing-masing walaupun tingal dalam unit
politik yang sama. Situasi ini menyebabkan Malaysia mempunyai keunikan masyarakatnya.
Namun demikian, perbezaan cara hidup dan budaya ini tidak menjadi isu yang
menyebabkan setiap kumpulan etnik tidak menjalinkan hubungan antara satu sama lain.
Masing-masing etnik menghormati amalan hidup etnik yang lain. Walau bagaimanapun
kerajaan terus berusaha untuk mengekalkan perpaduan dan integrasi antara etnik dengan
pelbagai dasar dan kempen agar mereka tidak hidup terpisah-pisah. Perkara ini amat perlu
agar rakyat di Malaysia dapat berkerjasama mempertahankan kedaulatan negara serta
mempunyai rasa kecintaan kepada tanahair.

Você também pode gostar