Você está na página 1de 6

Sejarah Tarannum

Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya
membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum).
Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya
Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin
muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70
hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus
berkembang sehingga ke hari ini.

Pengenalan Ilmu Tarannum Bil Quran

Tarannum adalah suatu ilmu atau qaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak
dan irama tertentu

Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

Irama: alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda “Apa
yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu
mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran

Menjaga kualiti suara

Nikmat suara yang di kurniakan Allah wajib di jaga.Antara langkahnya ialah :-

Pertama:Menjaga kesihatan fizikal (badan)

(1)Dengan memakan makanan yang seimbang.

(2)Dengan bersukan atau bersenam yang ringan demi untuk menguatkan otot-otot

dan urat saraf.semoga tenaga bersuara bertambah selesa.

Kedua:Menjaga kesihatan suara.

(1)Jauhilah dari makan atau minum bahan yang terlupa panas atau pedas
(2)Jauhilah dari makan makanan yang kelat, yang bergetah atau yang berminyak.
(3)Jauhilah dari makan makanan yang boleh membawa kesan berubahnya suhu
badan seseorang.
(4)Seelok-eloknya jauhilah diri dari merokok.
Ketiga:Banyakkanlah makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berzat.
Keempat:Banyakkanlah minum air sejuk tanpa ais sehingga melebihi lima liter sehari.

Peranan suara dalam bidang bacaan al-Quran

Di antara peranan suara dalam bidang bacaan al-quran adalah bagaimana berikut :-
(1)Memberi penyesuaian dengan kehendak lughah al-quran
(2)Memberi penyesuaian dengan bentuk dan ragam ayat-ayat al-Quran
(3)Memberi penyesuaian dengan irama taranum bil quran
(4)Memberi penyesuaian dengan lahjah arab

Mengenal burdah (bunga-bunga) suara


Suara yang terhias dengan burdah adalah lebih menarik. Pada umumnya burdah itu
terbahagi kepada dua :-
Pertama:Burdah asli
Iaitu suara yang hidup, mempunyai getaran dan gerenek-gerenek yang semulajadi.

Kedua:Burdah sinaie
Iaitu bunga –bunga suara yang sengaja digubah dan disusun rapi mengikut kehendak
jenis tarannum yang dipersembahkan.

Mengenal thobakot (tingkatan) suara

Terdapat empat thobakot dalam bidang taranum al-quran iaitu:-


1.Thobakot pertama (qoror) ianya berfungsi di dada
2.Thobakot kedua (nawa) ianya berfungsi pada tekak
3.Thobakot ketiga (jawab) ianya berfungsi pada rongga hidung
4.Thobakot keempat (jawab-buljawab) ianya berfungsi pada rongga otak

Teknik mentahsinkan al-quran

Tahsin as-saut adalah hasilan dari prosesan bunyi oleh alat-alat pengendalian suara dengan rapi
dan cermat.
(1)Teknik penekanan pernafasan, untuk lembut atau keras.
(2)Teknik pengendalian pipit suara, untuk nyaring atau perlahan
(3)Teknik penyaluran bunyi, untuk kemanisan dan kelicinan.
(4)Teknik pengawalan nafas, untuk memanjang atau memendek nafas.
Dan sebagainya

Mengenal sifat-sifat suara

Sifat suara terbahagi kepada empat katogeri:-

Pertama:Terbaik

Ianya mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, rendah, garau, lembut, manis, licin,
bersih, terang, lantang dan tajam.
Kedua:Baik
Ianya mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada, sederhana, rendah, garau, lembut, manis,
licin, bersih, terang dan lantang.

Ketiga:Kurang baik
Ianya mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada, tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih,
terang dan tajam.

Keempat:Tidak baik
Ianya mempunyai sifat-sifat yang berikut :-

Sumbang, nipis, lembap, lemah, keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam, tersepit,
terputus, tercekik dan sebagainya.

Suara dalam kategori yang pertama, kedua dan ketiga adalah istimewa dan senang di
pelajari.Manakala suara dalam kategori yang keempat adalah suara yang bermasalah yang perlu
di perbaiki dan di ubahsuai dalam jangka masa yang panjang.

Mengelokkan Suara Untuk Bacaan Al-Quran

Mengelokkan suara untuk bacaan al-quran adalah sunat kerana ianya dapat menghasilkan bacaan
yang baik dan terhormat.
(Untuk mengetahui hukum-hukum bertarannum dan lanjutan teknik-teknik vokal, sila rujuk buku
Qawai'id Al-Tarannum terbitan Darul Fikir, Kuala Lumpur)

Seni Suara untuk Al-Quran

Tiap-tiap suatu ciptaan Allah memang mempunyai seninya yang semulajadi. Demikian juga
suara manusia.Setelah di kaji maka ianya adalah bagaimana berikut :-

Pertama:Seni asli

Iaitu seni ciptaan Allah yang semulajadi. Ianya tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapapun.

Kedua:Seni sinaie

Iaitu seni kreatif manusia untuk membina seni ciptaan semulajadi tersebut. Perbuatan begini
adalah termasuk di bawah falsafah ‘Mensyukuri Nikmat Allah’.

Oleh yang demikian amat sesuai sekali jika ianya di pergunakan untuk bacaan ayat-ayat suci al-
Quran. Kerana itu adalah di galakkan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadis.

Penilaian Kesenian Sebenar

Sebenarnya kehidupan ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kesenian. Hanya manusia
mempunyai penilaian dan persepsi yang berbeza mengikut pengalaman, pengajian dan
penggetahuan yang berbeza. Dari perspektif Islam kesenian yang paling agung adalah Al_quran
itu sendiri yang sudah pastinya penuh dengan pelbagai seni sesuai dengan taraf
Ianya sebagai mukjizat daripada Allah swt. Dari sudut suara pula tentunya suara yang berseni
dan berkualiti tinggi adalah selayaknya untuk membaca ayat-ayat suci AlQuran. Ini bergantung
kepada kemampuan seseorang individu itu, namun usaha yang bersungguh –sungguh amat perlu
dipertingkatkan.

Suara Boleh Di proses Dan Di pelajari

Suara manusia adalah paling teristimewa kerana ianya boleh di proses.Boleh di pelajari, dilatih
dan di sesuaikan mengikut kehendak yang tertentu ,seperti memberi persesuaian dengan berbagai
jenis suara haiwan.Berbagai bunyi alat muzik , gaya pertuturan (bahasa) manusia dan
sebagainya.
Untuk mendapat keistimewaan tersebut perlulah di proses dan di pelajari dengan cara yang
tertentu.

Kepentingan Suara

Suara merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah kepada manusia.Yang mana tidak
kurang pentingnya di dalam arena hidup seseorang ianya berfungsi sebagai alat perhubungan,
penyebaran dan penyampaian rasa hati.Samada suka duka, perintah tegah kasih benci, memohon
merayu, beribadat bermunajat dan sebagainya.

Pengenalan Suara

Suara adalah satu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari peperu menerusi alat
salur kerongga-kerongga mulut atau hidung.Kemudian akan ditentukan bunyinya oleh alat-alat
pertuturan yang lain.

Alat Proses Suara

1 Peparu sebagai alat organ pernafsan yang menyedut dan menghembus udara melalui:

i. Alat salur suara (halkum)


ii. Corong bawah(mulut)
iii. Corong atas (hidung)

2. Melalui saluran ini ianya boleh melahirkan berbagai jenis bunyi, untuk dinikmati dan
dimanfaatkan oleh kita.

peranan tarannum dalam pembacaan al-Quran

Seseorang qari itu tidak harus melupakan peranan tarannum al-Quran supaya matlamatnya dapat
dicapai sepenuhnya. Antara peranannya ialah:
1.   Untuk mencapai tahap ketartilan yang sebenar. Allah berfirman yang bermaksud: hendaklah kamu
membaca al-Quran dengan seberapa tartil yang termampu (al-muzammil ayat 4)
2.   Untuk memberi penghormatan kepada status al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan keberkatan (riwayat muslim)
3.   Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan. Allah berfirman yang bermaksud: mereka bersegera
menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-Quran itu boleh menambahkan kekhusyukan dan
keinsafan (al-isra’ ayat 109)
4.   Untuk mendapat rahmat. Firman Allah yang bermaksud: apabila al-Quran dibaca maka hendaklah
kamu dengar dan diam semoga kamu dirahmati Allah (al-A’raf ayat 204)
5.   Untuk menambahkan seni al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud: perelokkan bacaan al-
Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu
menambahkan keindahan seni mukjizat al-Quran. (riwayat an-nasaie dan abu daud)

    Ibn Abbas pernah menegaskan bahawa Nabi Daud pernah membaca kitab zaburnya dengan 70 lagu
untuk menyegarkan jiwa dan menarik minat setiap manusia dan binatang

Você também pode gostar