Você está na página 1de 3

Apa itu Radio Amatur (amateur radio)?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan
peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi
amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada
samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio
amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu. Seperti yang diketahui umum
bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja,
tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu
pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah
bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap
sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan
hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur
memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun
menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang
dipancarkan oleh set mereka.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse".


Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai
syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia
melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau
kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun
masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak
membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa
terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya


ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan
yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang
untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan
lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

Untuk semua

Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama,
bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat
sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri
mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh
dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk
menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.

Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja
dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein dari Jordan,
Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi
sebahagian dari masyarakat radio amatur.
Cara beroperasi

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana
liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio
amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan.
Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin
baik keupayaannya).

Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol
di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang
digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada
tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARES atau
Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society tampil memberikan kemudahan
perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital.

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara
simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah
perhubungan radio secara point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti
Motorola Talkabout. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui
sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar
ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia
menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih
jauh.

Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung
oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam
seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan
ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua
pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARES, ASTRA, MARTS dan
JASRA yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain
samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).

Undang-undang

Lesen radio amatur di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B
merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B
membolehkan operator radio amatur mengendalikan radio pada julat dan kuasa
pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang
lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 atau disebut sebagai
Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 atau Nine-
Mike-Two.

Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen
kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki
ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan
diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan
tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan
bateri berkuasa 9 volt.

Di Malaysia, perkhidmatan radio amatur dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan


Multimedia atau juga dikenali sebagai MCMC (www.mcmc.gov.my). Seseorang yang
ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih
dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination)
yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat
permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amatur dan diberikan callsign
atau tanda pengenalan untuk berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau
Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula
ber"QSO" atau berbual di dalam jaluran. Setiap negara mempunyai badan yang
bertanggungjawab memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan radio amatur.

Bagaimana nak mula?

Untuk memulakan langkah pertama berjinak denga radio amatur, anda bolehlah
download Guidelines for Amateur Radio yang diterbitkan oleh MCMC pada tahun 2004.
Guidelines for Amateur Radio menerangkan secara ringkas, padat dan tepat berkenaan
Radio Amator.

Você também pode gostar