Você está na página 1de 12

Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu

Sejarah perkembangan sistem ejaan Jawi bahasa malayu di Malaysia bermula dengan
kedatangan Islam ke kepulauan melayu. Skript jawi merangkumkan kesemua 29
abjad arab dan enam abjad tambahan seperti yang dijumpa pada Batu Bersurat
Terengganu dan satu abjad tambahan yang ditambah oleh DBP .

Pada abad ke -10 hingga 11H atau ke-16 hingga 17M , sistem ejaan Jawi pada tempoh
itu lebih baku dan mengurangkan pengunaan abjad-abjad alif ,wau dan ya
menurut Za’ba .

Sistem ejaan Jawi pada abad ke-18M pula lebih banyak menggunakan abjad-abjad
vokal alif ,wau dan ya untuk melambangkan bunyi-bunyi vokal pada suku kata akhir
terbuka dan pada suku kata tertutup berbanding dengan manuskrip-manuskript
terdahulu .

Sampai pada awal abad ke-19 pula mempunyai sistem ejaan Jawi yang agak berbeza
daripada yang dahulu .Terdapat ciri-ciri pembahruan ,contohnya penggunaan lebih
banyak abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dan pada suku kata tertutup,
penggunaan perkataan-perkataan pinjaman , dan sebagainya amat lumrah .

Pada bahagian kedua abad ke -19 , sistem ejaan Jawi telah mula meninggalkan sistem
ejaan lamanya .Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke -20 ,telah timbul
keperluan untuk mengkodfikasikan ejaan Jawi kerana kemunculan dan penyebaran
akhbar-akhbar Melayu dalam ejaan Jawi dan penubuhan sekolah-sekolah Melayu dan
penerbitan buku-buku pelajaran sekolah .
Pertumbuhan yang pesat dalam bidang persuratkhabaran Melayu iaitu hampir sepuluh
buah akhbar melayu telah muncul pada awal abad ke -20 .Kini masih bertahan ialah
Utusan Melayu .Pada tahun 1907, Utusan Melayu mula diterbitkan di Singapura . Pada
masa itu , sistam ejaan tidak menggunakan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka
dalam perkataan yang sudah lazim dipakai terus . Perkataan pinjam pula ,abjad vokal
digunakan sepenuhnya untuk bunyi-bunyi vokal .Terdapat satu pembakuan untuk bahasa
melayu dan sistem ejaan jawi di pusat –pusat kosmopolitan Semenanjung Malysia
Tanah Melayu pada tahap ini Sementara di kawasan luar kawasan pusat-pusat itu
nampaknya bahasa Melayu dan sistem ejaan Jawinya masih bersifat konservatif dan
mempertahankan unsur-unsur lama .

Pada penghujung tahun 1991 belum ada penyelerasan pada peringkat kebangsaan dalam
sistem ejaan Jawi . Masih ada pihak yang masih menggunakan sistem ejaan Jawi Za’ba
seperti Bahagian Pendidikan Agama dan Kementerian Pendidikan (termasuk
Maktab Perguruan Islam). Ekoran dari itu, pada tahun 1991 , Konvensyen tulisan Jawi
anjuran Pusat Islam di Kuala Lumpur telah menwujudkan “Jawatankuasa Penyelarasan
Ejaan Jawi” yang berusaha mengadakan beberapa cadangan pembaikan terhadap
Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) oleh Dewan Bahasa Pustaka
(1986/87).

Dalam perkembangan teknologi canggih ,computer digunakan bagi penggunaan


,pembelajaran ,penyebaran tulisan Jawi melaui perkataan dan perisian computer dalam
bahasa Arab secara meluas . Hasil daripada proses pemindahan teknologi tersebut ialah
terciptanya al-Bayan Arabic-English Bilingual Wordprocessor Jawi Version , satu
program pemprosesan kata yang cekap yang dilancarkan pengunaan dan penyebaran
oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 5 Mac 1992 di Pusat Islam
,Kuala Lumpur .
Sistem Ejaan Jawi

HURUF HURUF CONTOH


PENYAMBUNGAN ( Asas)
JAWI RUMI PERKATAAN

‫ﺍ‬ a Api = ‫ﺍ ﻓﻲ‬


‫ﺏ‬ b Batu = ‫ﺑﺎﺗﻮ‬
‫ﺕ‬ t Titi = ‫ﺗﻳﺘﻲ‬

Selasa = ‫ﺛﻼ‬
‫ﺙ‬ S, (th)
‫ﺙ‬
‫ﺝ‬ j Jari = ‫ﺠﺎﺮﻱ‬
Hajat =
‫ﺡ‬ h, (h)
‫ﺤﺎﺟﺖ‬
‫ﭺ‬ c Cari = ‫ﭼﺎﺮﻱ‬
Khamis =
‫ﺥ‬ kh
‫ﺧﻤﻳﺲ‬
Dadu = ‫ﺪ ﺍ ﺪ‬
‫ﺩ‬ d
‫ﻭ‬
‫ﺫ‬ Z, (dz) Zat = ‫ﺫﺍ ﺖ‬

‫ﺭ‬ r Ratu = ‫ﺭﺍﺗﻮ‬


Zirafah =
‫ﺯ‬ z
‫ﺯﻴﺭﺍﻔﻪ‬
‫ﺱ‬ s Satu = ‫ﺴﺎﺘﻮ‬
Syiling =
‫ﺵ‬ sy
‫ﺷﻳﻟﻴﻎ‬
‫ﺹ‬ s, (s) Sabar = ‫ﺼﺒﺮ‬
Wuduk =
‫ﺽ‬ d, (d)
‫ﻭﺿﻮﻕ‬
‫ﻁ‬ t, (t) Batin = ‫ﺑﻄﻴﻥ‬
‫ﻅ‬ z, (z) Zahir = ‫ﻈﻬﻳﺮ‬
Arab = ‫ﻋﺮﺏ‬
‫ﻉ‬ a, *k, (') *Rakyat =

‫ﺭﻋﻴﺖ‬
‫ﻍ‬ gh Ghaib = ‫ﻏﻳﺐ‬
Nganga =

‫ﻉ‬ ng ‫ﻋﺎﻋﺎ‬
‫ﻑ‬ f ‫ﻓﻳﮑﻳﺭ‬
Fikir =

‫ﻑ‬ p Pasu = ‫ﻓﺎﺴﻮ‬


(Q)Qari =

‫ﻗﺮﻱ‬
‫ﻕ‬ k, (q) (K)Kiblat =

‫ﻗﺒﻟﺔ‬
‫ﮎ‬ k Kaki = ‫ﻜﺎﻜﻲ‬

‫ﮎ‬ g Gigi = ‫ﻜﻳﮑﻲ‬

‫ﻝ‬ l Lisan = ‫ﻠﻴﺳﻥ‬

‫ﻡ‬ m Makan = ‫ﻤﮑﻥ‬

‫ﻥ‬ n Nuri = ‫ﻨﻮﺮﻱ‬


w, o , u (W) Wayang =
‫ﻭ‬
‫ﻮﺍﻳﻎ‬
(O) Botol =

‫ﺒﻮﺘﻮﻞ‬
(U) Rusa =

‫ﺭﻭﺴﺎ‬
‫ﻭ‬ V Van = ‫ﻮﻦ‬

‫ﻩ‬ h Hati = ‫ﻫﺎﺗﻲ‬

‫ﻻ‬ la Lali = ‫ﻻ ﻟﻲ‬


‫ﺀ‬ *k, (') Naik = ‫ﻧﺈﻳﻖ‬ ‫ﺀ‬

‫ﻱ‬ y, i, e Yakin = ‫ﻴﻘﻴﻦ‬

‫ﻯ‬ y, i, e ‫ﻯ‬
‫ﻥ‬ ny Nyiru = ‫ﭙﻴﺮﻮ‬ ‫ﻥ‬

TEKNIK ASAS TULISAN JAWI

 TEKNIK ASAS
 Sistem penulisan JAWI bermula dari kanan ke kiri.
 Jika sesuatu huruf tidak boleh disambungkan dengan huruf lain selepasnya, ia perlu
ditulis mengikut cara penulisan huruf di awal. Lihat contoh di bawah..

BUTA

**Huruf Wau ( y ) tidak boleh bersambung dengan huruf lain selepasnya maka, huruf Ta (\) perlu
ditulis seperti di awal sesuatu perkataan dan dirapatkan dengan huruf sebelumnya.

MERANGKAIKAN HURUF-HURUF JAWI

1. Huruf jawi digolongkan kepada 3 kumpulan iaitu:


Kumpulan 1- huruf-huruf dalam kumpulan ini tidak berubah bentuk kerana
tidak dapat dirangkaikan antara satu sama lain. Tetapi huruf-
huruf ini boleh dirangkai dengan mana-mana huruf dalam
kumpulan 2 yang ada sebelumnya.

Huruf-huruf dalam golongan kumpulan 1:

‫ﺍﺩﺫﺭﺯﻭﻭﻩﻯ‬
Kumpulan 2- Huruf-huruf dalam kumpulan 2 boleh berubah bentuk kerana
boleh dirangkaikan dengan mana-mana huruf antara satu sama
lain dan huruf dalam kumpulan 1 yang ada selepasnya.

Huruf-huruf dalam golongan kumpulan 2:

‫ﺏﺕﺙﺝﺡﭺﺥﺱﺵﺹﺽﻁﻅﻉﻍﻉﻑﻑﻕﮎ‬
‫ﮎﻝﻡﻥﻻ‬

BUNYI-BUNYI DALAM SISTEM EJAAN JAWI


PERLAMBANGAN VOKAL
Terdapat empat huruf vokal dan dua gabungan huruf vokal bagi
melambangkan enam fonem vokal iaitu [a], [i], [e], [u], [o] dan e taling.
Huruf-huruf tersebut ialah alif, ya, ye dan wau serta gabungan huruf.

Vokal a dilambangkan dengan huruf alif apabila mambuka suku kata tetapi
vokal a tidak dilambangkan dengan huruf alif apabila hadir di suku kata
tertutup.

Vokal i dilambangkan dengan dua cara yang berikut:

a. Alif-ya apabila hadir di awal kata.


b. Huruf ya apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup di
tengah dan akhir kata.

Vokal e talling dilambangkan dengan dua cara yang berikut:

a. Alif-ya apabila hadir di awal kata.


b. Huruf ya apabila hadir di suku kata terbuka atau suku kata tertutup di
tengah dan akhir kata.

Vokal e pepet dilambangkan dengan dua cara yang berikut:

a. Alif apabila hadir di awal kata.


b. Vokal e pepet tidak dilambangkan dengan apa-apa huruf di suku kata
terbuka atau suku kata tertutup di tengah.
c. Vokal e pepet dilambangkan dengan huruf ye apabila hadir di suku kata
akhir terbuka.

Vokal o dilambangkan dengan dua cara yang berikut:

a. Alif-wau apabila hadir di awal kata.


b. Huruf wau apabila hadir di suku kata terbuka atau suku
kata tertutup di tengah dan akhir kata.

PERLAMBANGAN KONSONAN
Kesemua fonem konsonan jati dan fonem pinjaman yang terdapat dalam bahasa
Melayu moden kini iaitu sebanyak 30 dapat dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi
dalam PEJYD , iaitu hampir kesemuanya dengan pelambangan satu lawan satu
antara huruf dengan fonem atau bunyi.

Perinciannya:

i) Tiga belas konsonan jati Melayu dilambangkan dengan 13 huruf daripada


bahasa Arab, iaitu [b] ba, [t] ta dan ta marbutah, [d] da, [k] kaf, [s] sin, [h] ha
(simpul), [j] jim, [l] lam, [r] ra, [m] mim, [n] nun, [w] wau dan [y] ya. Ini sama
dengan Jawi Za'ba.

ii) Lima bunyi konsonan jati dilambangkan dengan huruf Arab yang diubahsuai
tanda titiknya, iaitu [p] pa, [g] ga, [c] ca, [ny] nya dan [ng] nga. Ini sama
dengan Jawi Za'ba.

iii) Bunyi konsonan jati Melayu hentian glotis [?] dilambangkan dengan huruf
hamzah (di awal) atau huruf qaf (di akhir). Ini pembaikan kepada Jawi Za'ba /
Lama.

Perinciannya:

a)Terdapat tiga huruf yang biasa digunakan sebagai lambang hentian glotis
penutup suku kata atau di akhir kata, iaitu huruf qaf, kaf dan hamzah
yang ketiga-tiganya digunakan tanpa aturan yang tertentu .

Contohnya:

Rumi Za'ba PEJYD


Budak ‫بودق‬ ‫بودق‬
Baik ‫بأيك‬ ‫باءيق‬
Pokok ‫ڤوكوء‬ ‫ڤوكوق‬

Berikutan aturan itu, huruf kaf digunakan sebagai lambang bagi konsonan
[k] (bukan hentian glotis, tetapi plosif lelangit lembut tak bersuara) di akhir
kata bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Manakala huruf
hamzah (yang melambangkan hentian glotis) hanya terdapat di akhir kata
pinjaman daripada bahasa Arab, di samping penggunaan huruf kaf dan qaf
bagi kata-kata tertentu.

Melalui aturan baru dalam PEJYD, asal sesuatu perkataan dapat dikenal
pasti dengan melihat huruf akhir kata .

b) Menggunakan huruf hamzah sebagai lambang hentian glotis Melayu yang


membuka suku kata kedua yang bermula dengan vokal (yakni, khusus bagi
hamzah di antara kata sendi [di dan ke] atau awalan [di-, ke- dan se-]
dengan kata dasar yang bermula dengan vokal). Contoh:

Rumi Za'ba/Lama PEJYD


Di atas ‫دأتس‬ ‫داءتس‬
Ke atas ‫كأتس‬ ‫كاءتس‬
Diatasi ‫دأتسي‬ ‫داءتسي‬
Keagamaan ‫كأگمأن‬ ‫كاءگاماءن‬
Seagama ‫سأگام‬ ‫ساءگام‬

Hamzah diletakkan di tengah baris dan bukan di atas alif atau di bawah alif
atau di atas garis dasar. Ini pembaikan terhadap Jawi Za'ba/ Lama.

iv) Empat belas fonem atau bunyi konsonan Arab yang diterima menjadi bunyi
pinjaman dalam bahasa Melayu ialah yang dilambangkan dengan huruf tha, ha,
kha, zal, zai, syin, sod, dod, to, zo, ain, ghain, fa dan qaf. Huruf zai, syin dan fa
digunakan juga untuk melambangkan bunyi daripada bahasa Inggeris dan
Eropah [z], [sy] dan [f] satu persatu. Semua kata daripada bahasa Arab yang
mengandungi huruf-huruf ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan
katanya dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa kata yang disesuaikan
ejaannya (hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah sebutan Melayu jati. Ini
sama dengan Jawi Za'ba/Lama.

v) Fonem [v] pinjaman daripada bahasa Inggeris dilambangkan dengan huruf


baru va, iaitu wau bertitik di atas ( ‫) ژ‬. Ini tambahan kepada Jawi Za'ba. Huruf
baru va ini dicipta sebagai padanan kepada huruf rumi untuk menulis atau
mengeja kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah lain yang
menggunakan aksara Latin yang mengandungi huruf tersebut. Jawi
Za'ba/Lama menggunakan sama ada huruf ba atau wau atau fa tanpa aturan
yang jelas. Contoh:

Rumi Za'ba/Lama PEJYD


Visa ‫ويسا‬ ‫ژيسا‬
Universiti ‫يونيبرسيتي‬ ‫اونيژرسيتي‬
Subversif ‫سبرسيف‬ ‫سوبژرسيف‬
PERLAMBANGAN DIFTONG:
i) Dua daripada tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu dilambangkan dengan
huruf baru dalam PEJYD , Diftong [ai] dilambangkan dengan alif-ya; diftong
[au] dilambangkan dengan alif-wau. Ini memperkemas aturan dalam Jawi
Za'ba/Lama. Diftong [oi] ditulis dengan huruf wau-ya. Perincian:

a) Dalam Jawi Lama, diftong [ai] menggunakan huruf ya yang digunakan juga
bagi vokal [i] dan [e]. Ini menyebabkan huruf ya boleh dibaca sebagai vokal
atau diftong dalam kata yang homografik sifatnya. Dengan menggunakan
alif-ya sebagai lambang diftong [ai], kita mengurangkan fungsi huruf ya,
iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [y], vokal [i], vokal [e] dan diftong
[ai] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma bagi lambang vokal dan konsonan.
Dengan ini juga, dibezakan dengan jelas homograf yang mengandungi
diftong [ai] daripada yang mengandungi vokal [i] atau [e]. Contoh:

Rumi Za'ba/Lama PEJYD


Petai ‫ڤتي‬ ‫ڤتاي‬
Peti ‫ڤتي‬ ‫ڤتي‬
Kulai ‫كولي‬ ‫كوالي‬
Kuli, kole ‫كولي‬ ‫كولي‬

b) Begitu juga, dalam Jawi Lama, diftong [au] menggunakan huruf wau yang
digunakan juga bagi vokal [u] dan [o]. Ini menyebabkan huruf wau boleh
dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik bentuknya.
Dengan menggunakan alif-wau sebagai lambang diftong [au], kita juga
mengurangkan fungsi huruf wau, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan
[w], vokal [u], vokal [o] dan diftong [au] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma
sebagai lambang bagi vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dapatlah kita
bezakan homograf yang mengandungi diftong [au] daripada yang
mengandungi vokal [u] atau [o] dengan jelas. Contoh:

Rumi Za'ba/Lama PEJYD


Lampau ‫لمڤو‬ ‫لمڤاو‬
Lampu ‫لمڤو‬ ‫لمڤو‬
Kilau ‫كيلو‬ ‫كيالو‬
Kilo ‫كيلو‬ ‫كيلو‬

Menggunakan bentuk ejaan yang berlainan bagi dua kata yang sebutan dan
maknanya berbeza tentulah lebih mudah daripada hendak menentukan
sebutan dan makna bagi kata homograf dengan semata-mata berdasarkan
penggunaan dalam konteks ayat.

Você também pode gostar