Você está na página 1de 14

TAJUK

KOMIK

MEMBANTU MENGENALPASTI NAMA,


FUNGSI DAN SIMBOL
KOMPONEN ELEKTRONIK

TEMA

PENYELIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN INOVASI


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA PEMBENTANG
PN SITI ASMA BINTI MORAD

ALAMAT INSTITUSI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOKAI,


06660 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

NOMBOR TELEFON : 0194517125 (HP)


NO. TEL : 047644657(P)
NO. FAX : 047647981

1
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai merupakan sebuah sekolah yang pencapaian


akademiknya adalah pada tahap yang sederhana. Bilangan murid yang mengambil
Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Ekonomi Rumah Tangga pada tahun ini ialah
seramai 22 orang. Pelajar ini dikategorikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang
pertama di anggap pencapaian akademik yang baik manakala kumpulan kedua di tahap
yang sederhana. Walau bagaimanapun pelajar agak lemah untuk menguasai tajuk
elektronik ini dengan cemerlang. Tajuk ini dianggap sukar oleh pelajar kerana melibatkan
banyak komponen yang perlu diingat. Tambahan pula ada komponen yang mempunyai
lebih dari satu simbol yang hampir serupa dan ada komponen mempunyai lebih dari satu
fungsi. Ini mengelirukan murid untuk memahami tajuk ini.

Tinjauan awal yang telah dibuat dengan melihat keputusan ujian April dan keputusan
pertengahan tahun (15% soalan elektronik daripada 60 soalan KHB-ERT), saya dapati
murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan elektronik. Hal ini menunjukkan
mereka tidak menguasai sepenuhnya tajuk ini. Apabila diselidiki semasa sesi
perbincangan soalan selepas peperiksaan dan juga melalui satu Ujian Pra didapati
bahawa kegagalan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah murid tidak
menghafal nama komponen dan fungsi komponen elektronik dan murid mudah keliru
dengan simbol komponen yang diberi.

Berdasarkan refleksi tersebut, kajian tindakan perlu dijalankan agar guru dapat membantu
murid mengatasi masalah tersebut dengan berkesan. Dengan aktiviti ini diharapkan murid
dapat menjawab soalan ini dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan PMR nanti.

2. FOKUS KAJIAN

2
Hasil daripada analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun, 15% soalan elektronik iaitu tajuk
kedua paling banyak soalan yang dikeluarkan dalam peperiksaan. Setelah analisis,
kesimpulannya hanya dua daripada 22 pelajar menjawab 7 soalan betul. Pelajar yang lain
hanya betul antara 4 hingga 2 soalan sahaja.

Apabila perbincangan dijalankan bersama pelajar, masalah ini wujud disebabkan murid
tidak dapat mengenalpasti nama, simbol dan fungsinya, maka banyak soalan yang
berkaitan tajuk elektronik tidak dapat dijawab. Kelemahan ini dikenalpasti berpunca
daripada sikap pelajar yang mengambil mudah tajuk ini. Pelajar juga malas untuk
menghafal semua fungsi dan simbol komponen.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, murid-murid ini akan terus mendapat
markah yang rendah setiap kali soalan elektronik diajukan. Ini juga akan menyebabkan
pelajar memperolehi markah yang rendah untuk peperiksaan Percubaan PMR dan
seterusnya peperiksaan sebenar PMR nanti.

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan tahap kefahaman dan minat murid semasa pengajaran dan pembelajaran
KHB-ERT dan lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR ) 2008.

3.2 Objektif khusus


3.2.1 Murid dapat mengenalpasti semua nama, simbol dan fungsi setiap
komponen.

3
3.3.2 Murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 70% soalan ujian pasca dan
soalan percubaan PMR yang berkaitan dengan elektronik.

4. KUMPULAN SASARAN

20 orang murid Tingkatan 3 yang telah dipecahkan mengikut kelas iaitu 7 orang di kelas
3S, 7 orang di kelas 3M dan 6 orang dikelas 3T. 20 orang pelajar ini terdiri daripada
pelajar perempuan yang mengambil pilihan ERT sahaja.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Kelemahan murid menjawab soalan elektronik dapat dikesan dalam ujian bulan April dan
juga peperiksaan pertengahan tahun. Saya mengambil keputusan untuk meninjau
masalah ini dengan lebih teliti bagi membantu guru menentukan aktiviti yang sesuai
dilaksanakan untuk membantu murid. Tinjauan dilakukan dengan menjalankan ujian Pra
dan mengambil kira ujian bulanan (April) dan peperiksaan pertengahan tahun.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

A) Ujian bulan April

Melalui keputusan ujian bulan April, didapati murid mendapat markah yang rendah.
Soalan yang dikemukakan pada ujian April ialah 50 soalan tajuk elektrik dan elektronik
tingkatan 3. Analisis pencapaian murid bagi Ujian April ditunjukkan dalam jadual 1.

4
Jadual 1: Analisa keputusan Ujian April

BIL NAMA MURID APRIL


(%)
1 Sample 1 52
2 Sample 2 42
3 Sample 3 32
4 Sample 4 38
5 Sample 5 38
6 Sample 6 50
7 Sample 7 50
8 Sample 8 42
9 Sample 9 38
10 Sample 10 46
11 Sample 11 48
12 Sample 12 42
13 Sample 13 36
14 Sample 14 36
15 Sample 15 38
16 Sample 16 32
17 Sample 17 38
18 Sample 18 38
19 Sample 19 32
20 Sample 20 42

B) Peperiksaan Pertengahan Tahun

Berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun, hanya 5 murid menjawab 4 soalan


dengan betul berdasarkan kepada 9 soalan elektronik. Analisis pencapaian murid bagi
Peperiksaan Pertengahan Tahun ditunjukkan dalam jadual 2.

5
Jadual 2 : Analisa keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun ( Berdasarkan kepada 9
soalan berkenaan tajuk Elektronik )

BIL NAMA MURID PPT


(BETUL)
1 Sample 1 4
2 Sample 2 3
3 Sample 3 4
4 Sample 4 3
5 Sample 5 0
6 Sample 6 4
7 Sample 7 2
8 Sample 8 4
9 Sample 9 1
10 Sample 10 2
11 Sample 11 3
12 Sample 12 4
13 Sample 13 2
14 Sample 14 2
15 Sample 15 2
16 Sample 16 0
17 Sample 17 2
18 Sample 18 1
19 Sample 19 0
20 Sample 20 2

C) Ujian Pra

Untuk ujian pra ( Rujuk Lampiran 1 ), murid diuji dengan 50 soalan objektif
berformatkan Peperiksaan PMR. Dalam ujian ini, hanya soalan elektronik tingkatan 2
dan 3 sahaja dikeluarkan. Ujian ini dijalankan pada waktu petang iaitu ketika
menghadiri kelas tambahan KHB. Pelajar diberi masa selama satu jam lima belas
minit. Analisis pencapaian Ujian Pra adalah seperti dalam jadual 2.

6
Jadual 2 : Analisa Pencapaian Murid Bagi Ujian Pra

BIL NAMA MURID UJIAN PRA


(%)
1 Sample 1 30
2 Sample 2 48
3 Sample 3 34
4 Sample 4 52
5 Sample 5 62
6 Sample 6 40
7 Sample 7 22
8 Sample 8 30
9 Sample 9 36
10 Sample 10 52
11 Sample 11 38
12 Sample 12 52
13 Sample 13 22
14 Sample 14 30
15 Sample 15 34
16 Sample 16 56
17 Sample 17 22
18 Sample 18 52
19 Sample 19 20
20 Sample 20 52

Berdasarkan kepada ujian Pra, masih ramai pelajar mendapat markah kurang daripada 40.
Ini menunjukkan pelajar masih lemah untuk menguasai tajuk ini. Saya rasa sesuatu perlu
dilakukan untuk mengatasinya. Saya telah melakukan dua aktiviti untuk mengatasi
masalah ini.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Aktiviti 1 : Kenali Daku

Aktiviti ini diperkenalkan kepada murid untuk meningkatkan kefahaman tajuk Elektronik
dan seterusnya pelajar dengan mudah untuk mengingati nama, fungsi dan simbol
komponen elektronik yang telah dipelajari di tingkatan dua dan tiga. Semasa menjalankan

7
aktiviti ini, saya mengarahkan pelajar menyediakan buku teks dan saya telah
mengedarkan satu nota ringkas untuk tajuk elektronik tingkatan dua. Dengan ini
memudahkan murid untuk menyiapkan aktiviti ini dengan lebih cepat. Secara ringkasnya
perjalanan aktiviti ini adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Setiap murid dikehendaki menyediakan satu buku yang diberi nama
buku pintar
Langkah 2 : Guru memberikan senarai komponen yang perlu ada dan murid
dikehendaki menyalin semula di muka surat pertama buku pintar.
Langkah 3 : Satu set komponen elektronik diberikan kepada murid.
Langkah 4 : Murid dikehendaki menampal semua komponen yang diberikan
mengikut susunan yang terdapat dalam buku pintar. Murid
dikehendaki menampal satu komponen untuk satu muka surat.
Langkah 5 : Untuk komponen yang tidak diberikan, murid dikehendaki melukis
gambar komponen tersebut. Komponen yang tidak diberikan ialah
perintang boleh laras, suis togel, suis tekan buka, suis tekan tutup,
buzer piezo, buzer elektromagnet dan mikrofon. Murid boleh merujuk
dalam kertas edaran yang telah diberikan untuk melukis komponen
tersebut.
Langkah 6 : Selepas komponen ditampal, murid dikehendaki mencari fungsi dan
simbol komponen di dalam buku teks dan di dalam kertas edaran yang
telah diberikan.
Langkah 7 : Setelah menyiapkan aktiviti 1 hingga 6, guru mengadakan
perbincangan berpandukan buku pintar dan sub tajuk dalam bab
elektronik.

Alat dan Bahan yang di gunakan


1. Buku Pintar
2. Edaran nota elektronik Tingkatan 2
3. Set komponen elektronik
4. Buku teks KHB Tingkatan 3

8
Pemerhatian
Pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Semua murid seronok menjalankan aktiviti
ini kerana komponen yang diberi menjadi hak peribadi. Mereka juga bersungguh-
sungguh mencari fungsi dan simbol komponen. Masalah bising juga dapat dikurangkan
kerana semua murid mengambil peluang mencari jawapan dengan cepat.

Refleksi
Pada peringkat awal pelajar mengeluh kerana mereka menjangkakan perlu membuat
amali elektronik sekali lagi. Apabila diterangkan dengan jelas, barulah mereka faham apa
yang perlu dibuat. Aktiviti ini dapat membantu pelajar mengingati fungsi dan simbol
komponen dengan lebih mudah. Semasa penerangan diberikan, murid diam dan memberi
tumpuan sepenuhnya. Semua murid mengambil bahagian dalam sesi perbincangan.

Aktiviti 2 : Omega 3

Selepas melaksanakan aktiviti satu, murid diberi masa seminggu untuk membaca dan
menghafal komponen yang telah diberikan. Murid dikehendaki membawa buku pintar ini
setiap kali P & P Kemahiran Hidup. Murid diberikan masa lebih kurang tiga minit untuk
melihat komponen di dalam buku pintar sebelum soalan dikemukan kepada murid. Guru
akan mengambil masa dua minit untuk menyoal secara rawak setiap kali P & P di adakan.
Secara ringkasnya perjalanan aktiviti ini adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Murid diberikan masa tiga minit untuk membuka buku pintar dan
melihat sekali pintas hasil yang telah dibuat sebelum soalan diberikan
Langkah 2 : Murid dikehendaki menutup buku pintar dan bersedia untuk disoal
Langkah 3 : Guru menyebut satu nama komponen dan seorang murid dikehendaki
memberikan fungsinya.
Langkah 4 : Sekiranya jawapan betul, murid lain akan dipanggil untuk melukis

9
simbol komponen yang telah disebutkan di papan hitam.
Langkah 5 : Murid lain di kehendaki menyemak jawapan yang diberikan.
Langkah 6 : Sekiranya jawapan yang diberikan salah, murid lain akan dipanggil
untuk memberikan jawapan yang betul.
Langkah 7 : Sekiranya jawapan masih salah, murid dibenarkan merujuk buku
pintar

Pemerhatian
Kadang-kadang aktiviti ini mengambil masa lebih daripada 5 minit kerana ada murid
yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah yang diberi mengambil masa yang agak
lama. Kadang-kadang jawapan yang diberikan salah. Malahan mengambil masa yang
lama untuk mendapatkan jawapan yang betul. Namun aktiviti ini amat berkesan kerana
semua murid bersedia untuk disoal. Ada murid yang berkeyakinan tinggi menjawab
soalan walaupun jawapan yang diberikan kurang tepat. Ini menunjukkan aktiviti ini
sedikit sebanyak meningkatkan tahap keyakinan murid.

Refleksi
Pada minggu pertama, saya menghadapi masalah apabila ada segelintar murid tidak
membawa buku pintar. Selepas amaran diberikan, semua murid membawa buku tersebut.
Setiap kali waktu P & P bermula, semua murid telah bersedia memegang buku pintar
walaupun arahan belum diberikan. Ini menunjukkan murid bersedia dengan semua soalan
elektronik. Saya berasa bangga kerana pelajar menghargai apa yang telah dilakukan.

5.3.1 Ujian Pasca

Ujian Pasca di berikan kepada pelajar selepas menjalankan aktiviti 1 dan aktiviti 2. Untuk
menjalani Ujian Pasca, saya telah memilih waktu kelas tambahan kerana saya dapat
mengumpul semua murid yang mengambil KHB pilihan ERT serentak seramai 20 orang.
Set soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah sama. Ujian ini mengambil masa satu jam
lima belas minit. Sebelum ujian ini dilaksanakan, saya memberi masa lima belas minit
untuk murid membaca buku pintar masing-masing.

10
Pemerhatian
Pada mulanya pelajar mengeluh kerana perlu membuat ujian pada set soalan yang sama.
Setelah di terangkan dengan jelas kepada murid, mereka bersemangat untuk mengambil
ujian Pasca. Saya juga menyediakan ganjaran kepada pelajar yang mendapat
meningkatan markah lebih daripada 20 berbanding dengan Ujian Pra.

Refleksi
Saya menghadapi masalah kerana perlu menentukan satu masa yang boleh
mengumpulkan semua pelajar yang mengambil KHB-ERT. Ini kerana sampel saya
melibatkan tiga kelas yang berbeza. Setelah perbincangan dengan guru lain, satu waktu
kelas tambahan telah digunakan. Murid memberi kerjasama yang baik semasa ujian di
jalankan. Melihat daripada riak muka murid, mereka seperti mendapat jawapan yang
pasti pada soalan-soalan tertentu. Masa yang diberikan lima belas untuk membaca buku
pintar digunakan sepenuhnya oleh pelajar sebagai persediaan terakhir.

5.4 Penilaian

Penilaian terhadap keberkesanan kajian tindakan ini ditentukan berdasarkan


perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian Pasca dijalankan selepas
aktiviti 1 dan aktiviti 2 dilaksanakan. Perbandingan boleh dilihat pada Jadual 3.

Jadual 4 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

UJIAN UJIAN
BIL NAMA MURID PRA PASCA
% %
1 Sample 1 30 62
2 Sample 2 48 62
3 Sample 3 34 58
4 Sample 4 52 68
5 Sample 5 62 66
6 Sample 6 40 68

11
7 Sample 7 22 66
8 Sample 8 30 64
9 Sample 9 36 50
10 Sample 10 52 66
11 Sample 11 38 52
12 Sample 12 52 58
13 Sample 13 22 54
14 Sample 14 30 54
15 Sample 15 34 54
16 Sample 16 56 60
17 Sample 17 22 42
18 Sample 18 52 52
19 Sample 19 20 32
20 Sample 20 52 54

5.5 Refleksi Kajian

Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan kebanyakan murid bukanlah tidak boleh
mengingati nama, fungsi dan simbol komponen elektronik. Guru perlu mempelbagaikan
kaedah untuk memudahkan pelajar mengingati nama, simbol dan fungsi komponen.
Perubahan sikap dan semangat ingin mencapai kejayaan perlu ada dalam diri murid itu
sendiri. Bak kata pepatah “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang”.

Kajian ini amat berkesan kepada murid yang agak lemah. Berdasarkan kepada keputusan
Ujian Pasca, hanya seorang pelajar mendapat markah yang sama dengan Ujian Pra.
Seramai 19 murid menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Kajian ini juga
banyak membantu pelajar mengingati fungsi dan simbol komponen elektronik. Sepanjang
aktiviti dijalankan, murid kelihatan bersemangat untuk mengulangkaji topik ini. Jadual 5
menunjukkan perbezaan peratus pelajar mengikut gred yang di tentukan oleh sekolah.

Jadual 5 : Perbezaan gred Ujian Pra dan Ujian Pasca


GRED MARKAH UJIAN PRA UJIAN PASCA
A 75-100 0 0
B 74-60 1 9

12
C 59-50 6 9
D 49-36 4 1
E 0-35 9 1

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan ketara dapat dilihat. Walaupun tiada pelajar yang
mendapat A untuk Ujian ini, saya berpuas hati dengan tahap pencapaian murid. Saya
mengharapkan kajian tindakan ini dapat membantu pelajar mendapat keputusan
cemerlang untuk peperiksaan percubaan PMR dan peperiksaan PMR 2008.

6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya dapati kajian tindakan ini banyak membantu saya dalam usaha meningkatkan minat
murid untuk belajar KHB-ERT terutama tajuk komponen Elektronik. Kajian ini juga
membantu saya memahami masalah murid dan mereka memerlukan pendekatan yang
berbeza. Saya juga mendapati kreativiti guru dalam kelas banyak membantu pelajar
untuk memahami sesuatu topik yang agak sukar.

Dapatan ini juga memberi contoh kepada guru-guru lain untuk melakukan kajian
tindakan dan membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas masing-
masing. Untuk kajian seterusnya saya mencadangkan tajuk seperti “Mesin Jahit”
dirancang menggunakan kaedah pengajaran tertentu supaya murid lebih mudah
memahaminya.

7. RUJUKAN

1. Bashirah Begum Binti Zainul Abidin (2004) Meningkatkan Kemahiran 25


Orang Pelajar Tahun 1 Mengenal dan Menamakan Benda-benda (Vocabulary)
Untuk Membina Ayat Mudah : Tuntas, Penerbitan Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah

13
2. Norhamazaini binti Mat Nali (2007) LEGOFORKim : Membantu Penulisan
Formula Sebatian Kimia Dan Persamaan Kimia Yang Seimbang : Penerbitan
Matra Edisi 4, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
3. Hajah Zaleha binti Tomijan (2004) Meningkatkan Kemahiran Murid
Mentafsir Gambar Rajah Yang Diberi Melalui Pandangan Sisi, Pandangan
Hadapan, dan Pelan Bungkah Dalam Tajuk Pelan Dan Dongakan : Tuntas,
Penerbitan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

14

Você também pode gostar