Você está na página 1de 8

2.

0 ASAS PERMAINAN SUKAN PING PONG

2.1 Sejarah dan Perkembangan Ping Pong

Pada mulanya permainan ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang

yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk

pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter

dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah

seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola

mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola

getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa

kejayaan kepada pengilang seperti Gossima, Whiff Wall, Flim Flam dan Table
Tennis.

Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan, istilah ping pong dicipta, ia

diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan

bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.

Pada tahun1902, seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik

permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar

universiti di sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British,

Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang

Vienna dan Budapest. Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai

dan menarik minat orang ramai.

Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun


1927. Pemenangnya ialah seorang berbangsa Hungary iaitu Dr. Jacobi. Pada sekitar

tahun 30-an pasukan Hungary telah menguasai kejohanan dunia. Pada masa
itu pukulan 'spin' telah masyhur di kalangan para pemain. Pada tahun 1950-an,

pemain Jepun telah menguasai dunia ping-pong dengan corak permainan dan

cara cekak pen (pen holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak

kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dari tahun 1954

hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negeri China muncul sebagai sebuah

negara ping-pong yang handal. Mereka menguasai dunia ping-pong menerusi

penggunaan corak permainan laju dan dekat kepada meja. Pada tahun 1970-an

pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan mereka bertarung dengan

pemain-pemain dari Asia.

Pada tahun 1980-an pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada

pemain-pemain Asia. Pada tahun1927 Persekutuan Ping-pong Antarabangsa

(ITTF) hanya mempunyai 9 ahli sahaja,tetapi pada taun1990,ITTF mempunyai

145 persatuan di bawahnya. Disamping itu ada pula 4 persekutuan peringkat

dunia ,Recognized Continental Federation di bawah naungan ITTF.

Persekutuan tersebut ialah:-)African Table Tennis Federation,Asian Table

Tennis Union,European Table Tennis Union dan South American Table Tennis

Confederation.
2.2 Sejarah secara ringkas

1920

Kelab-kelab ping pong ditubuhkan di seluruh dunia. Reket kayu dilitupi biji
getah diperkenal.

1930-1950

Soviet Union mengharamkan permainan ping pong.

1950

Gaya permainan pemukul dan pemancung amat menonjol.


Pemain-pemain Jepun menguasai dunia ping pong

1960

Gaya permainan penggelungan menjadi gaya paling popular.


China muncul sebagai pendominasi ping pong.

1970

Pemain AS diundang bermain dalam kejohanan di Tiongkok.

1980

Pemain Eropah memecah dominasi pemain Asia 1990.


45 persatuan kebangsaan telah menjadi ahli Persekutuan Ping Pong
Antarabangsa (ITTF).
2.3 Sejarah Peralatan Ping Pong

Ping-pong boleh dimainkan di dalam dewan atau luar dewan. Peralatannya

tidak banyak. Ianya memerlukan sebuah meja, sebiji bola, bet pingpong dan 2

orang pemain atau 4 untuk bergu. Untuk mengawal permainan 2 orang pengadil

diperlukan.

Ciri-ciri meja pingpong. satu garisan putih yang tebal 2cm di setiap sisi meja

permukaan meja berwarna hijau atau biru pudar, permukaan meja boleh

diperbuat daripada apa sahaja tetapi mesti memberikan 'bum' bola lebih kurang

23cm tinggi apabila bola dijatuhkan pada ketinggian 30 cm, tinggi meja dari

lantai ialah 76cm, dan meja berbentuk segiempat tepat.

Ciri-ciri bola pingpong bola berdiameter 40mm, berwarna kuning atau putih,

diperbuat daripada bahan seluloid. Ciri-ciri jaring, panjang jaring ialah 1.85m
dengan tinggi jaring daripada permukaan meja 1.525m.

Ciri-ciri bet-tebal keselurahan getah dan span tidak melebihi 4mm. Semua

getah bet di peringkat antarabangsa menpunyai logo ITTF, getah yang

digunakan ialah getah terbalik 'reverse' yang licin dan rata dengan lapisan

bintik-bintik terbalik di bawah (inverted pimples) dan diikuti oleh satu lapisan

span. Diperbuat daripada kayu yang lembut dan tidak melebihi 5 lapisan kayu.

Ciri-ciri pakaian-pakaian untuk lelaki-baju lengan pendek, seluar pendek,

stoking dan kasut. Pakaian untuk wanita ialah baju lengan pendek/panjang,

seluar sukan panjang/pendek stoking dan kasut. Warna baju dan seluar

mestilah berlawanan dengan warna bola.


1.0 Pendahaluan

Ping Pong mula diperkenalkan di England diakhir tahun 1800an. Pada


awalnya sukan ini juga dikenali sebagai gossima, flim-falm atau ping-pong. Sukan ini
telah hilang kepopularannya sehinggalah beberapa kumpulan sekitar Eropah
menamakanya semula sebagai 'Table Tennis' dalam tahun 1920an.
Tidak lama kemudian, sukan ini semakin popular sehinggalah ke Jepun dan
negara Asia yang lain.Negara Jepun telah mendominasi sukan ini sekitar tahun 50an
dan 60an, kemudian China juga menyertainya.

Dalam tahun 1980an sukan ini telah menjadi salah satu sukan yang
dipertandingkan dalam sukan Olimpik dan negara-negara lain seperti Sweden and
Korea Selatan juga menyertainya sebagai pasukan pilihan

Isi Kandungan

Perkara Muka
Surat
Biodata i
1.0 Pendahaluan 1

2.0 Sejarah Ping pong 2-8


2.1 Sejarah dan perkembangan ping-pong
2.2 Sejarah ringkas ping-pong
2.3 Sejarah peralatan ping pong

Refleksi 9

Bibliografi 10

Lampiran 11-12

Você também pode gostar