Você está na página 1de 3

ANCAMAN-ANCAMAN KONTRAK SOSIAL

Antara ancaman kontrak sosial yang pertama ialah Suqiu adalah singkatan nama bagi
Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia. Rayuan
pilihanraya tersebut telah dikemukakan secara rasminya pada 16 Ogos 1999 sebelum
pilihanraya umum ke sepuluh, 29 November 1999. Terdapat 83 tuntutan di bawah 17
perkara rayuan yang dikemukakan oleh Suqiu. Rayuan tersebut telah dianjurkan pada
asalnya oleh 11 pertubuhan nasional Cina di Malaysia. Setakat 16hb Ogos 1999,
Rayuan tersebut telah diindoskan (disokong) oleh 1848 pertubuhan Cina di Malaysia.
Pada tahun 2000, dua lagi persatuan Cina telah menyertai Jawatankuasa Suqiu, selain
daripada11 persatuan yang sedia ada. Menjelang sebelum Pilihanraya Umum 1999,
Rayuan Suqiu itu telah diindoskan oleh 2095 buah pertubuhan Cina di
Malaysia.Perkara.Tuntutan ini disifatkan sebagai memenuhi hak kaum Cina di negara
ini. Penolakan orang Melayu dan sebahagian besar masyarakat keturunan Cina
terhadap tuntutan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina
Malaysia (Suqiu) adalah tepat kerana menyedari hakikat bahawa ia mampu
menggoncang ketenteraman yang dinikmati oleh rakyat sekarang. Penolakan itu juga
wajib menjadi pengajaran kepada Suqiu dan golongan yang berkepentingan bahawa
rakyat dari pelbagai kaum, khususnya orang Melayu tidak akan berkompromi dengan
tuntutan yang akan memudarkan keluhuran asas Perlembagaan dan kontrak sosial
yang telah dipersetujui oleh tiga parti politik yang mewakili tiga kaum sebelum negara
mencapai kemerdekaan. Sesungguhnya, tiada siapa berhak menggugat persetujuan ini
kerana orang Melayu telah membuat pengorbanan besar untuk mendapatkan Hak
Keistimewaan mereka dipersetujui dan atas sebab itu mereka tidak akan merelakan
tuntutan Suqui yang bakal menidakkan persetujuan lalu. Tuntutan itu amat sensitif bagi
orang Melayu dan sekiranya Suqui masih mahu memperingatinya dengan
menjadikannya sebagai acara tuntutan tahunan, ia akhirnya mampu membuka ruang
konflik yang lebih serius.
Ancaman seterusnya adalah dari Hindraf.Hindraf singkatan bagi Barisan Bertindak Hak
Asasi Hindu yang merupakan satu kumpulan gerakan gabungan daripada 30 organisasi
bukan kerajaan yang berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu
dan warisan mereka di dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kumpulan ini
yang menggunakan laungan slogan ‘Makkal Sakthi’ iaitu ‘Kuasa Rakyat’ telah
mengetuai perjuangan penentangan terhadap "polisi pelupusan kuil-kuil secara tidak
rasmi" dan memandang berat tentang "pencerobohan" berterusan undang-undang
berdasarkan syariah. Pada 6 Disember 2007, kenyataan media yang diberikan oleh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hindraf bukanlah sebuah
pertubuhan berdaftar. Sebaliknya pertubuhan gelap, tidak berdaftar dengan Akta
Pertubuhan.Hindraf dibina atas sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang
eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur. Pada 15 Oktober 2008,
mengisytiharkan Hindraf sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Keselamatan Dalam
Negeri Syed Hamid Albar dan mesti dielakkan oleh orang ramai.Propaganda mereka
disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa Tamil,
penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material
daripada kaum India. Kerajaan Malaysia mendakwa Hindraf turut menjadi dalang
menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu
malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa
depan.

Ancaman yang seterusnya dan sangat serius ialah FC (Interfaith Commission) yang
nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya
yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai
kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama. Badan ini
berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas
agama yang terlibat. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan
melayan aduan-aduan berkaitan agama. Kalau SUHAKAM berfungsi untuk mendengar
kes-kes yang berkaitan dengan hak asasi manusia, maka IFC pula akan bertindak dan
berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak-hak
individu di dalam mengamalkan hidup beragama iaitu kebebasan beragama. IFC
digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism (Majlis
Perundingan Malaysia Agama Buddha), Christianity, Hinduism dan Sikhism
(MCCBCHS) melalui memorandumnya kepada majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.
Presiden MCCBCHS ialah V.Harcharan Singh. Kebanyakan daripada pemimpin-
pemimpin agama ini bersifat angkuh dan begitu radikal yang mana pernah pada satu
ketika mereka mendesak agar kedudukan agama Islam sama rata sahaja dengan
agama-agama lain di sisi Perlembagaan Negara.

Você também pode gostar