Você está na página 1de 8

Nimrod/Namrud

Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai
seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan
Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana
menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan
jelas di dalam AlQuran AlKarim.

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang
Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan
(kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan
mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim
berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia
dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod /
Namrud telah mendatangkan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan
hukuman mati.  Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas
Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana
tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala
mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan
membakarnya hidup-hidup.  Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s  dari api yang
panas bersemarak itu kepada angin sejuk.

“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar
hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi
keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka
Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 –
70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang
menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang.  Dua orang darinya adalah mukmin dan
dua orang lagi kafir.  Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman  bin Daud dan ZulQarnain. 
Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

Kaitan Namrud dengan Illuminati

Sebagaimana yg telah kita sering kedengaran bahawa "sejarah kembali berulang", inilah yg
terjadi sejak akhir-akhir ini di mana segala perlakuan sejak dari zaman Para Nabi dan Rasul
pastinya terjadi kembali di zaman akhir ini. Bagitulah jikalau kita perhatikan sebagaimana
Namrud yg ingin menguasai dunia dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Keinginan Namrud ingin
menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang
ini berselindung di sebalik nama Illuminati.
Kita tahu Israel membina monumen untuk Firaun. Kita juga tahu bahawa Freemasonry berkaitan
dengan tukang batu. Kita juga tahu dari banyak sumber bahawa Rothschild menganggap dirinya
sebagai keturunan dari Nimrod. Sumber-sumber lain (misalnya "William Josiah Sutton, The
Illuminati 666, 198) mencatatkan bahawa Nimrod adalah orang pertama yang mengajar seni batu
seperti dalam menara Babel.

Kita juga pernah baca bahawa Nimrod dikaitkan dengan Baal atau Molech.

Kota kuno Carthage merupakan ibukota Empayar Phoenicia. Satu Tamadun maju. Para
arkeologi telah mendedahkan ciri-ciri yang paling penting - insiden pengorbanan anak.
Peninggalan arkeologi telah dijumpai, seperti altar di mana anak-anak dikorbankan
menandakan tempat pemakaman tetap. Ukiran Batu menggambarkan anak-anak yang
dikorbankan. Kubur-kubur tinggalan kanak-kanak yg telah dikorbankan turut dijumpai.

"Dan mereka membina tempat-tempat tinggi Baal  yang ada di lembah Ben-Hinom, untuk
menyebabkan anak-anak mereka dan anak perempuan mereka melewati api untuk Molech"
(Yeremia 32:35).

"Mereka telah membina juga tempat-tempat tinggi Baal untuk membakar anak-anak mereka
sebagai persembahan kepada Baal" (Yeremia 19:5).

Di sini Alkitab menyiratkan apa  yg ditemui arkeologi moden dan antropologi : bahawa Molech
dan Baal mewakili dewa pagan yang sama. Isteri Baal adalah Asyera dan isteri Molech adalah
Asytarot (Ishtar). Asyera dan Asytarot merupakan dewi kesuburan yang sama. Dewa-dewa ini
diketahui oleh orang Yunani sebagai Aphrodite, untuk orang Mesir sebagai Isis, dan ke
Phoenicia sebagai Tanet. 

Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti
“membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab.  Contoh
kata  ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah  ”Ridda” yang  bermaksud  ”murtad”.

Ketahuilah bahawa kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud
(2275-1943 SM) di Babylon (Iraq).  Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa
pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-
binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota
Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu
pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.

Blue Room Christmas tree


Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya  amat banyak, di antaranya, dia
mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal
dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud
tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan
adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh
Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari
kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang
digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah
asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.

Tammuz

Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia
juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama
Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud.   Tammuz diberi gelaran
‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’.  Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu
perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’.  Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis
dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis di anggap sebagai ‘Ratu Langit’
oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari
Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa
ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang
berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon.  Di sana mereka menyembah
Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal
yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak  itu tersebar ke serata tempat lain pula.
Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter.
Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Ancient goddess

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat.   Dan
ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika
Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda
persahabatan kedua negara tersebut.

Statue of Liberty

Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor
cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia
ini.  Statue of Liberty  bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria,
Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam.  Dan simbol seperti Statue of Liberty ada
dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion
Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.

Keturunan Namrud hingga kini

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji
dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu
keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah
keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).   Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy,
Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn,
Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds  dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari
keturunan Firaun.  Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan
mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja)
dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi,
komunis dan sebagainya.  Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja,
manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka
menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka.  Dan
yang paling PENTING,   rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku
PERPECAHAN sesama sendiri!

Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama

Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan
menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.

Kejadian  10 : 8  Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang
berkuasa di bumi;

10 : 9  ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang:
“Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”

Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian

Kejadian  11 : 1  Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan
mereka memakai kata-kata yang sama.

11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di


Babilonia, lalu menetap di sana.

11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata dan
membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan
ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai
ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”

11 : 5  Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.

11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari
rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka
kehendaki.

11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi
satu sama lain.”

11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka


mendirikan kota itu.

11 : 9  Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua
bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit.
Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut
sebagai Freemasons.  Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai
sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada
duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka
sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.

Babylon baru

Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;

Wahyu  13 : 18   Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan
angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus
enam puluh enam.

Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor
6 atau 60.  Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar.  Dan
sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai
contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit,  60 minit bersamaan 1 jam, itu
sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360
darjah, iaitu 60 x 6.

Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada
nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The great Seal’ ,
ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan
babylon baru.  Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar
Babylon baru iaitu   (0.6 x 1110 = 666).

Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) ,
iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di
dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’  bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya.  Dan
tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari  pertama
dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).

Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon

Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama
Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia
disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei
bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari
Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad
Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan
diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia
melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia
digelar ‘Dewi Kesuburan’  atau dalam bahasa babiloniannya ‘Ishtar’.  Maka Easter = Eastre =
Ishtar = Ashtaroth = Astarte

Sebagaimana Namrud yg telah di selewengkan oleh Iblis dalam pengabdian pada Tuhan
merupakan sifat dari Babel Besar di dunia ini iaitu penyembah Lucifer.Luciferians telah hidup
dan mempromosikan penyembahan Lucifer melalui Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft. Dia
bertekad untuk menggulingkan semua agama dan kerajaan. Tujuan mereka adalah untuk
menyatukan dunia ke dalam One World Government serta menjadikan Lucifer sebagai satu-
satunya tuhan di dunia ini!

Wicca adalah versi moden dari Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft dengan berjuta-juta ahli
lelaki dan wanita. Kita lihat bagaimana Lucifer di masa lalu dan kini menggunakan Secret
Societies, Komunisme, International Banking, isu-isu sosial untuk melanjutkan rencana mereka. 

Bertentangan dengan apa yang mereka lakukan untuk menganiaya atau berbohong tentang apa
yg kita ingin percayai, Wicca adalah cara yang sangat damai, harmoni dan meyeimbangkan
kehidupan yang mempromosikan kesatuan spiritual dengan semua yang ada. 

Inilah plot syaitan yg dilancarkan kembali sejak 1760 ketika pertama kali muncul dengan nama
"Illuminati." Sebagaimana yg telah di ketahui, Illuminati ini di wujudkan oleh Adam Weishaupt,
seorang kelahiran Yahudi kemudian menjadi seorang imam Katolik yg di  atas perintah 'House of
Rothchild' maka terancanglah kembali Illuminati secara halus.

Rothschild yg membiayai operasi dan setiap perang sejak itu bermula dengan Revolusi Perancis,
telah dilantik oleh operasi Illuminati di bawah pelbagai nama. Illuminati menjadi terkenal di
mana Weishaupt dan rakan-konspiratornya mula beroperasi di bawah nama yang lain. Di
Amerika Syarikat, selepas Perang Dunia I, mereka mendirikan apa yang mereka sebut "Council
on Foreign Relations" disebut juga sebagai CFR dan CFR ini sebenarnya adalah Illuminati di
Amerika Syarikat dan hirarkinya. 

Weishaupt menyelesaikan tugasnya 1 Mei 1776. Jadi tidak hairanlah mengapa kita hari ini
menyambut 1 mei sebagai cuti umum. Itu adalah hari, 1 Mei 1776, yang rencananya Weishaupt
selesai dan secara rasmi terancang Illuminati untuk menyenaraikan rencana ke dalam
pelaksanaan. Rencana tersebut diperlukan untuk menghancurkan semua kerajaan yang ada dan
juga penyelewengan terhadap agama. Tujuan itu adalah untuk membahagikan rakyat seperti yg
ia (Weishaupt) sebut: "goyyim" atau ternakan manusia dalam meningkatkan jumlah pada isu-isu
politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain - Inilah yang kita dapati dalam negara hari ini. 

Awasi program yg di-Program-kan.

-BahteraWawasan-

Você também pode gostar