Você está na página 1de 20

HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Pengenalan

Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam


masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkannya dalam
aspek kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dan medium yang boleh digunakan dalam
menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan untuk penyampaian maklumat pendidikan


kesihatan ini ialah melalui pameran kesihatan, senamrobik, gotong-royong, ceramah kesihatan,
pemeriksaan kesihatan di kawasan pedalaman, kempen mengamalkan hidup sihat dan
sebagainya.

Medium atau pun pihak yang boleh memainkan peranan secara aktif dalam penyebaran
pendidikan kesihatan termasuklah pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak
sekolah atau pun individu sendiri. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci lagi dalam
perenggan seterusnya.
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Kurikulum di Sekolah

Apabila disebut sahaja Pendidikan Kesihatan, yang terlintas di kepala kita adalah perkataan
pertama itu sendiri iaitu pendidikan. Seharusnya, sekolah merupakan institusi utama
menyampaikan ilmu Pendidikan Kesihatan. Di sekolah, murid-murid diajar Pendidikan
Kesihatan sepanjang persekolahan mereka. Mengikut spesifikasi huraian sukatan pelajaran,
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan seterusnya dapat mengamalkan gaya hidup sihat
dalam kehidupan seharian mereka.

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah beroperasi pada 1 April 2007 berikutan
pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651) pada 29 Jun 2006.
Lembaga ini merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia berperanan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kehidupan di samping
mempertingkatkan keadaan sosial dan persekitaran bagi memperbaiki taraf kesihatan
masyarakat. Lembaga berperanan memberi geran atau bantuan kewangan untuk melakukan
sebarang jenis penyelidikan, aktiviti sukan, riadah atau kebudayaan yang berkaitan dengan
promosi kesihatan.
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Radio dan Televisyen

Pendidikan kesihatan disampaikan dengan utamanya melalui radio dan televisyen. Ini adalah
kerana, boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio atau televisyen di rumah
mereka. Oleh itu, kedua medium ini adalah medium yang paling utama dalam menyampaikan
pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antara contoh yang paling nyata dapat dilihat ialah
penerangan mengenai virus influenza A H1N1 yang telah melanda Malaysia pada tahun yang
lalu sehinggalah sekarang. Dengan bantuan radio dan televisyen, sebarang maklumat dan berita
terkini mengenai virus tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat dalam tempoh yang
singkat dan lebih mudah difahami.
Selain daripada itu, televisyen kabel juga boleh memainkan peranan. Ini boleh dilihat di
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai televisyen kabel mereka sendiri yang
dinamakan MediTV.
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Surat Khabar dan Majalah

Selain daridapa radio dan televisyen, surat khabar dan majalah menjadi medium yang kedua
terpenting. Ini kerana medium ini mudah dan murah untuk didapatkan. Antara contoh
pendidikan kesihatan di dalam surat khabar adalah seperti ruangan kesihatan yang diterbitkan
oleh akhbar Mingguan Malaysia setiap minggu. Sememangnya ruangan pendidikan kesihatan
seperti ini amat berguna kepada masyarakat. Selain itu, majalah-majalah tempatan juga sering
memaparkan maklumat mengenai pendidikan kesihatan. Contoh adalah seperti yang terkandung
dalam majalah Mingguan Wanita. Kebanyakan majalah-majalah yang diterbitkan akan
menyelitkan satu atau dua ruang yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Ruangan ini
sedikit sebanyak akan melariskan lagi jualan majalah mereka.

Buku dan Buletin

Buku dan buletin juga berperanan memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan kepada
masyarakat. Buku-buku ini kebanyakannnya diterbitkan sendiri oleh pihak Kementerian
Kesihatan mahu pun badan-badan bukan kerajaan. Ia memberi peluang kepada masyarakat
untuk mendapatkan ilmu pendidikan kesihatan secara murah dan mudah. Terdapat juga buletin
yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang berbentuk topikal. Selain itu,
buletin mingguan atau bulanan juga banyak diterbitkan oleh hospital, klinik dan agensi-agensi
kerajaan terutamanya dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh buku dan buletin adalah
seperti di bawah.

VCD / DVD
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Penjualan vcd/dvd mengenai pendidikan kesihatan juga ada dilaksanakan terutamanya oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebanyakan vcd/dvd ini dihasilkan oleh hospital, klinik dan
agensi-agensi lain yang berkaitan dengan promosi kesihatan.

Brosur dan Poster


Brosur dan poster juga banyak diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberi
maklumat tentang pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Contoh brosur adalah seperti brosur
mengenai topik-topik tertentu seperti “JANTUNG UNTUK KEHIDUPAN” dan poster seperti
tajuk “MATIKAN ROKOK ANDA SEKARANG SEBELUM ROKOK MEMATIKAN
ANDA”.

Internet
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Dalam zaman yang serba moden dan canggih ini, internet memainkan peranan yang begitu
penting. Laman-laman web tumbuh seperti cendawan bagi memberi maklumat kepada
masyarakat mengenai pendidikan kesihatan. Antara contoh laman web yang menyediakan
maklumat mengenai pendidikan kesihatan ialah seperti www.m-healthnz.com dan
www.weightless.com .

Kempen Kesihatan

Kempen-kempen kesihatan juga banyak dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antaranya ialah seperti Kempen Tak Nak yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Kempen ini menyarankan agar masyarakat berkata tidak atau tak nak kepada
merokok. Selain itu kempen seperti Gaya Hidup Sihat juga telah dianjurkan oleh Kementerian
Kesihatan. Pihak kerajaan berharap yang kempen sebegini akan dapat meningkatkan lagi mutu
kesihatan masyarakat.

Pameran Kesihatan
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Pameran kesihatan uga adalah salah satu cara lagi memberi pendidikan kesihatan kepada
masyarakat. Pameran ini buka hanya di jalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia malah
juga sekolah dan badan-badan kerajaan mahu pun bukan kerajaan yang lain. Dengan
mengadakan Pameran Kesihatan, masyarakat dapat melihat dengan lebih luas lagi tentang
sesuatu topik seperti Pameran Anti Dadah yang sering dilakukan oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan yang memberi maklumat kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan
dengan penyalahgunaan dadah. Di peringkat sekolah juga sering diadakan pameran kesihatan
bagi memberi kesedaran dan pendedahan awal kepada para pelajar tentang pendidikan kesihatan
seperti Pameran Dadah dan Pemakanan Seimbang.

Kursus / Ceramah / Seminar / Kolokium Kesihatan

Kursus, Seminar dan Kolokium Kesihatan juga adalah sebahagian daripada bentuk penyampaian
maklumat pendidikan kesihatan. Ketiga-tiga medium ini biasanya diadakan dengan menjemput
penceramah untuk menyampaikan pendidikan kesihatan tetapi jangka masa antara ketiga-tiga
medium ini berbeza. Seminar kesihatan hanya mengambil masa beberapa jam tetapi kursus atau
kolokium akan mengambil masa yang lebih panjang.

Program Kesihatan
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Antara Progam Kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah seperti
Klinik Warga Emas dan Program Doktor Muda. Dua program ini adalah dua program yang
berbeza target audiennya. Walau bagaimanapun, keduanya bertujuan menyampaikan maklumat
pendidikan kesihatan yang berguna. Semoga program seumpama ini dapat dijalankan oleh
agensi-agensi lain yang berkaitan demi kebaikan kita semua.

Soalan 2
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,
kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan
manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan
aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan
modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.
Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan
kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,
setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan
pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil


dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-
aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan
sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat
dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran laut
4. Pencemaran bunyi
5. Pencemaran tanah
6. Pencemaran haba
7. Pencemaran sungai dan kolam

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau


pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi
tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di
dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya
yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza.
Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit
ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya). Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain
diukur dengan unit-unit tertentu.

b)Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran


tersebut.

Pencemaran udara
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna pada
tahun 2001: Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan
sebanyak 933,000 tan setahun.
Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%), diikuti oleh stesen
jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan
pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu
atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini
adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida,
Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara


hasil dari pembangunan industri .

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan
mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
ganda sejak 1980. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang
dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Rajah 1.2 
Gambar Foto menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari penghasilan gas
karbon dioksida daripada kenderaan.

Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana
kuasa elektrik, kerja-kerja pembinaan, industri atau kilang, kenderaan bermotor dan pembakaran
sampah sarap.
Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu
sendiri. Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. Perokok yang
menghembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak
terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

Pencemaran air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran
ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam
pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja
tempat berair. Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana
didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:


HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
a. Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos
pelupusan.

b. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah
pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c. Penerokaan tanah yang tidak terancang juga membantu menyumbang ke arah


pencemaran air. Ini adalah kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan
hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi
mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan
berlaku.

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,
manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh
ikan dan tumbuhan serta hidupan air yang lain. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan
oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh
meracuni air dan ini akan membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran


kawasan pembangunan industri.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan


hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah, membuang sisa kilang ke dalam sungai
walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu, kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta
cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia
atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan
alam sekitar. Pembangunan adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana
sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan industri, perumahan
dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk
memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil
rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

Pencemaran laut

 Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut, dan membawa pencemaran bersama-samanya.
b. Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam
laut.
c. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu
membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
d. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk
pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan
organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Rajah 1.5 Gambar foto menunjukkan asid dan bahan


organik mencemari sekitar pantai.

Pencemaran tanah
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organik, kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a. Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-
sisa kilang.
b. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
c. Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca
pencemaran tanah.
d. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan
menarik dan indah. Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,
bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.
Kesan penebangan hutan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir kesemua
tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.
Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan
membunuh tumbuhan yang ditanam.

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan
secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan
hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan,
kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan
kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air,
menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak
banjir di kawasan tanah rendah.
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Rajah 1.6 
Gambar foto menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Rajah 1.7 
\Gambar foto menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi
merosakkan keadaan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan
pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar
contohnya berlakulah hakisan tanah, berlaku perubahan iklim, kesan rumah hijau dan banjir.

Rajah 1.8 
Gambar foto menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

Pencemaran bunyi
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.
Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan
keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu
kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:


a. Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

b. Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi


ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya.

c. Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan
pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d. Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 
Gambar foto menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran
bunyi.
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai
bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia
juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau
perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan
pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu
sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang
menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan
air, kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak
mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggung jawab, boleh membuat
pertimbangan. Maka, manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI  MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin  untuk membersihkan
tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar
lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu
dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna. 
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan
kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan
tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh 
digunakan untuk menghasilkan metana.
Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos
kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum
juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha
yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden
jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM 


Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan
tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada
alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. 
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.
Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri
terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang
betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa
masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang
mencemarkan alam sekitar. 
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia.
Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir
ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa.
Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah,
televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan
kempen dan ceramah.  

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR 


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan
berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab
pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan
undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut
diperbanyakkan. 
Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat
daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna
memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan
pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan
pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai
dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol
yang tidak mengandungi CFC. 
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan
di panjangkan usianya. 
Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah: 
a.Pameran 
b.Kempen-kempen 
c.Pertandingan 
d.Projek  Riadah Alam Sekitar 

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu
pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam
seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab
pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar
pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah
dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga
boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat
untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR


Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat
digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai
kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi
kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. 
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar
dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang
minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna
untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
ROSYIDAH BT IBRAHIM
810809-02-5494
akan belajar untuk berjimat-cermat. 
Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga,
membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan
mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat 
,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk
mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. 
Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai.
Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang
kepentingan sungai.

C.PERTANDINGAN 
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan
cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan
tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini
sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis
poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada
peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang
telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran
kepada orang ramai.

D. PENDEDAHAN MEDIA MASSA


Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran,
masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media
massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat
khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu
sedikit ditekankan keutamaannya.

Você também pode gostar