Você está na página 1de 4

Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam, secara tidak langsung ia akan melibatkan

prinsip transaksi yang berlandaskan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa transaksi Islam telah
dipraktikkan di Tanah Melayu seawal abad ke-16 lagi. Prinsip ini dapat dilihat di dalam undang-
undang Melaka.[i] Apa yang jelas, kebanyakan negeri-negeri ketika zaman sebelum kemerdekaan
turut dipengaruhi oleh undang-undang Melaka termasuklah yang melibatkan aspek transaksi Islam
sama ada secara langsung atau tidak langsung.[ii] Pelaksanaan undang-undang Islam di negeri-negeri
tersebut berterusan sehinggalah campur tangan Inggeris.[iii]

Walaubagaimanapun, undang-undang Melaka tidak banyak menyentuh perkara berkaitan dengan


muamalat. Ia hanya dinyatakan dalam beberapa fasal sahaja iaitu bermula daripada fasal 29 hingga
fasal 34.2.[iv] Namun apa yang menarik, ia ada memperuntukkan dalam satu fasal tentang larangan
riba’ dalam soal jual-beli atau pertukaran iaitu dalam fasal 30 yang menyentuh undang-undang
tentang penjualan dan larangan terhadap riba’ (usury) dalam urusniaga.

Satu lagi bukti pemakaian prinsip transaksi Islam adalah amalan jual janji (conditional sale). Salleh
Buang menyifatkan jual janji menyerupai prinsip transaksi Islam yang dikenali sebagai al-bay’ al-
Wafa’[v] iaitu jualan dengan pilihan untuk membeli balik.[vi] Masyarakat Melayu terutamanya
kepada para petani di Kedah, Perlis, utara Perak dan Kelantan sebelum zaman prapenjajah lagi telah
mengamalkannya.[vii] Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak mahu terlibat dengan
pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi ceti pada waktu
berkenaan.[viii]

Budaya akad jual janji ini telah mendapat perhatian dalam perundangan oleh hakim-hakim Inggeris
dalam keputusan yang dibuat. Dalam kes Tengku Zaharah lwn. Che Yusuf[ix], Hakim Briggs
memutuskan bahawa tujuan transaksi jual janji ialah untuk mendapatkan kemudahan kredit (hutang)
dan memberikan kepada pemberi pinjaman (pemberi tanah) bayaran gantirugi yang sepadan tanpa
terlibat dengan amalan bunga (usury) yang mana orang Islam dilarang terlibat dengannya.[x]

Manakala dalam kes Mohamed Isa lwn. Haji Ibrahim[xi], Hakim Azmi telah membuat kenyataan
yang sama dan amalan yang menjadi kebiasaan para petani Kedah pada dasarnya ialah transaksi jual
janji di mana penjual mempunyai hak untuk membeli semula hartanya dan untuk membolehkan
pembeli (peminjam wang) mengambil manfaat daripada transaksi yang sah menurut undang-undang
Islam. Apa yang jelas, amalan jual janji ini sehingga kini masih lagi diterimapakai dan diiktiraf oleh
undang-undang Malaysia dan diperuntukkan dalam Seksyen 4 (2) Kanun Tanah Negara.[xii]

Dapat dirumuskan bahawa ketika zaman sebelum kedatangan penjajah sememangnya tidak wujud
satu sistem perbankan Islam yang komprehensif. Malah sebuah institusi perbankan yang khusus juga
masih belum wujud. Masyarakat ketika itu hanyalah mempraktikkan transaksi-transaksi ringkas dalam
urusan harian mereka seperti jual beli, sistem tukar barang (barter), jual janji dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, setelah kedatangan penjajah Barat pada abad ke-19, barulah sistem perbankan
mula diperkenalkan.

Institusi perbankan pertama sekali di Malaysia ialah ‘The Chartered Merchant Bank of India, London
and China‘ yang telah ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1859. Bank ini diwujudkan
untuk membiayai aktiviti perlombongan dan perindustrian serta menawarkan beberapa kemudahan
kewangan bagi perdagangan antarabangsa serta kemudahan lain pada masa itu.[xiii] Namun, ketika
itu masih belum wujud satu institusi yang khusus mengaplikasikan konsep sistem perbankan Islam di
Malaysia.

Idea penubuhan perbankan Islam di Malaysia berlangsung secara beransur-ansur. Penubuhannya


adalah hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh beberapa institusi kewangan Islam lain di
Malaysia.[xiv] Institusi yang pertama sekali yang mengamalkan konsep transaksi Islam ialah
Lembaga Tabung Haji (LTH) atau sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Wang Simpanan Bakal-
Bakal Haji.[xv] Ia ditubuhkan pada tahun 1969 dan berfungsi untuk membolehkan orang-orang Islam
menyimpan wang secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji dan
melibatkan diri dalam bidang penanaman modal dalam lapangan perusahaan, perdagangan,
perladangan dan hartanah melalui cara yang halal di sisi Islam.[xvi]

Seterusnya, ekoran daripada kejayaan penubuhan bank-bank Islam di beberapa buah negara seperti di
Qatar, Mesir, Pakistan dan Iran, umat Islam di Malaysia juga telah menyuarakan hasrat supaya bank
Islam ditubuhkan di negara ini.[xvii] Malah penulis berpandangan perkembangan perbankan Islam
pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 adalah kesan daripada proses islamisasi yang berlaku
hasil daripada tokoh-tokoh reformis Islam[xviii] ketika itu yang memberi impak kepada masyarakat
Islam untuk mengamalkan ajaran Islam secara total dalam kehidupan mereka meliputi soal politik,
sosial dan ekonomi.[xix] Maka kerana itulah juga wujud gelombang pembaharuan dikalangan umat
Islam untuk menubuhkan satu sistem perbankan Islam.

Oleh itu di Malaysia, beberapa pihak telah menyeru kerajaan menubuhkan sebuah bank Islam dan
meminta kerajaan mengambil tindakan segera menggubal undang-undang bagi membolehkan
penubuhan bank dan institusi kewangan yang beroperasi berlandaskan prinsip Islam.[xx] Maka pada
30 Julai 1981, kerajaan telah melantik Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam (National
Steering Committee) yang dipengerusikan oleh YM Raja Tan Sri Mohar bin Raja Badiozaman dan
LTH dilantik sebagai urusetia.[xxi]

Pada bulan Julai 1982, Jawatankuasa tersebut telah menyerahkan laporan mereka kepada kerajaan.
Disamping mencadangkan satu kerangka asas untuk sistem perbankan Islam di Malaysia, ia juga
membuat beberapa cadangan untuk pelesenan dan penyeliaan serta pengawasan sebuah bank Islam.
[xxii] Akhirnya bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di Malaysia, kerajaan telah
meluluskan Akta Bank Islam 1983 (ABI)[xxiii] dan mula berkuatkuasa pada 7 April 1983.[xxiv]

Dengan penggubalan Akta Bank Islam 1983, maka Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah
ditubuhkan pada Julai 1983 sebagai bank Islam pertama di Malaysia dan diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965.[xxv] Objektif utama penubuhannya ialah untuk berusaha menjalankan operasi
sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum Syarak dan menyediakan kemudahan kepada semua
rakyat negara ini.[xxvi] Seperti bank-bank lain, Bank Negara Malaysia (BNM) diberi kuasa di bawah
Akta Bank Islam untuk mengawal selia bank Islam.

Sejajar prinsip dan matlamat BNM untuk merealisasikan sistem perbankan Islam di seluruh Malaysia,
Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) telah diperkenalkan pada Mac 1993. Melalui skim ini, institusi
perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dengan
menggunakan prasarana yang sedia ada termasuk kakitangan dan cawangan.[xxvii] Buat permulaan,
skim ini dianggap satu perintis yang melibatkan tiga buah bank.[xxviii]

Pada tahun 1998, BNM telah menjalankan satu kajian semula terhadap perbankan Islam dan
mendapati penggunaan istilah “SPTF” tidak mencerminkan penampilan sebenar operasi perbankan
Islam yang dilaksanakan oleh institusi perbankan. Oleh itu BNM telah menggantikan istilah “SPTF”
dengan “Skim Perbankan Islam (SPI)” berkuatkuasa 1 Disember 1998.[xxix] Perkembangan sistem
perbankan Islam semakin berkembang apabila pada 1 Oktober 1999, sebuah lagi bank Islam bernama
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)[xxx] ditubuhkan. Ia dianggap sebagai bank Islam kedua
di Malaysia muncul setelah adanya usaha kerajaan untuk memperkukuhkan sektor perbankan Islam
bagi memenuhi pertambahan permintaan masyarakat terhadap perkhidmatan perbankan Islam.[xxxi]

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia adalah
berdasarkan dua bentuk utama iaitu institusi perbankan Islam secara total seperti BIMB dan BMMB
dan yang kedua ialah institusi perbankan konvensional yang menyertai SPI yang diperkenalkan
kerajaan.[xxxii] Apa yang jelas, sistem perbankan Islam di Malaysia semakin berkembang daripada
masa ke semasa. Ini juga selaraskan dengan aspirasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai hub
perbankan dan kewangan Islam yang terulung di dunia.

Sejarah Perkembangan Perbankan Malaysia


Sejarah awal kelahirannya, perbankan Islam di Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor-faktor
eksternal dan internal. Faktor-faktor ekternal yang mempengaruhi perkembangan bank Islam di
Malaysia adalah berdirinya Bank Islam yang pertama di dunia yaitu Dubai Islamic Bank di Dubai Uni
Emirat Arab dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975. Pada tahun 1976
hingga akhir 1985, terdapat banyak pendirian bank Islam secara pesat di seluruh dunia. Langkah-
langkah ini diikuti oleh beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran dengan menggantikan
sistem perbankan kepada sistem perbankan Islam.  Sedangkan faktor internal yang memberikan peran
yang penting dalam pengoperasian sistem perbankan Islam adalah desakan masyarakat malaysia
untuk melakukan pembentukan bank syariah yang diilhami perkembangan perbankan syariah secara
pesat di timur tengah. 

Selain itu perbankan syariah dianggap sebagai tindak lanjut dari pelaksanaan tabungan haji
yang sudah terbukti keberhasilannya dalam mengelola dana masyarakat muslim. Faktor internal
lainnya adalah adanya inisiatif yang aktif dari kerajaan Malaysia dalam memfasilitasi pengaturan
perbankan syariah di negara tersebut.  Faktor-faktor tersebut menjadi pemicu penting dalam tonggak
perkembangan perbankan syariah di negara Malaysia, yaitu dengan diundangkannya sebuat peraturan
bernama Akta Bank Islam 1983, serta dikeluarkannya Akta Pelaburan Kerajaan 1983. Untuk
kemudian kedua undang-undang tersebut menjadi milestone pertumbuhan perbankan syariah
Malaysia.

Undang-Undang tentang bank Islam di Malaysia (Akta Bank Islam 1983) yang disahkan pada 7
April 1983 telah memberikan kewenangan kepada Bank Negara Malaysia 1 untuk memberikan izin
pendirian bank syariah dan melakukan pengawasan atas kegiatan operasional bank syariah. Secara
spesifik izin yang diberikan adalah layanan perbankan Islam yang tidak bertentangan dengan aturan
syariah Islam, dalam hal ini Bank Negara Malaysia selalu melakukan pemeriksaan on-site secara
berkelanjutan yaitu dengan melakukan audit syariah terhadap segala kegiatan operasional yang
dilakukan bank syariah. Dalam hal ini BNM senantiasa membuat evaluasi dan sertifikasi pemenuhan
aspek kesyariahaan pada setiap tahun, termasuk dalam pemberian izin untuk pembukaan cabang-
cabang baru dari bank syariah.Di samping itu Akta Bank Islam juga tetap membebankan kewajiban
standart perbankan guna memenuhi aspek kesehatan perbankan bagi bank syariah, seperti: CAR, SRR
dan LRR, dengan demikian bank syariah tidak hanya berkewajiban memenuhi aspek ekonomis
perbankan saja akan tetapi harus tetap memegang prinsip pemenuhan aspek syariah.

Komitmen Kerajaan Malaysia terhadap pendirian perbankan syariah dibuktikan dengan


keluarnya Akta Pelaburan Kerajaan 1983 (APK), undang-undang ini memberikan peluang dan
fasilitas khusus kepada bank syariah untuk mendapatkan dana pinjaman secara syariah dari kerajaan
untuk membantu keuangan bank syariah tersebut. Tujuan dari diterbitkannya undang-undang ini
adalah untuk memberikan bantuan likuiditas kepada bank syariah agar dapat memenuhi kewajiban
pembayarannya kepada nasabah maupun kepada pihak ketiga.  Salah satu bentuk pinjaman likuiditas
dari kerajaan Malaysia disebut dengan Sijil Pelaburan Kerajaan (SPK) yang dikeluarkan sejak 1983,
pembiayaan tersebut dilaksanakan berdasarkan konsep Qardhul Hasan.

Pendirian Bank Islam Malaysian Berhad (BIMB) pada 1 Juli 1983 sebagai Bank Islam pertama
merupakan langkah awal perkembangan perbankan syariah di Malaysia. Kegiatan operasional awal
Bank Islam Malaysian Berhad dari tahun 1983 hingga 1992 dianggap sebagai tahun-tahun monopoli
BIMB karena adanya keputusan kerajaan untuk memberi tenggang waktu selama 10 tahun kepada
BIMB untuk berkembang, dalam hal ini kerajaan memberikan kewenangan BIMB untuk beroperasi
tanpa saingan sehingga diharapkan pertumbuhannya akan berlangsung secara maksimal dan yang
terakhir memberikan peluang kepada Bank Islam untuk sebanyak mungkin membuat produk
perbankan Islam. Ketika pada tahun 1990, Bank Negara Malasysia telah mengeluarkan suatu
keputusan untuk melaksanakan satu sistem perbankan syariah yang komperehensif dan beroperasi
secara berdampingan dengan sistem perbankan konvensional. Perkembangan BIMB sedemikian
cepat, setelah 10 tahun masa perkembangan eksklusif yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, BIMB
telah memiliki 80 cabang dan 1,200 orang karyawan, dalam perkembangannya BIMB juga tercatat
dalam Main Board of the Kuala Lumpur Stock Exchange pada 17 Januari 1992.
Perkembangan sistem perbankan ganda di Malaysia berlangsung dalam dua tahapan besar.
Tahapan pertama berlangsung pada tahun 1990, pada tahapan ini perbankan konvensional dan
perbankan syariah berjalan secara beriringaan dengan mekanisme pasar yang lebih terbuka. Tahap
kedua berlangsung sejak tahun 2001, dimana perbankan syariah menjadi bahan utama dari bangunan
keuangan nasional Malaysia. Perbankan syariah di Malaysia berkembang maju dan komperehensif
sehingga dapat menyumbang pemasukan nasional secara kualitatif dan kuantitatif guna memenuhi
kebutuhan ekonomi negara.

Pembentukan sistem perbankan ganda merupakan suatu strategi dalam rangka meningkatkan
diversifikasi jenis produk dan layanan dari perbankan, dengan demikian ummat Islam sebagai
komponen terbesar masyarakat Malaysia akan dapat memilih dan menggunakan produk perbankan
yang sesuai dengan ajaran agamanya. Di samping itu, sistem ini dapat menyediakan suatu alternatif
produk perbankan yang baru dan lebih luas kepada masyarakat, sehingga konsumen akan dapat
memilih untuk memanfaatkan layanan perbankan syariah ataukah konvensional. Sebagai dampak
penggunaan sistem perbankan ganda, pemerintah Malaysia harus menyiapkan berbagai pranata
perbankan yang baru sebagai suatu upaya agar perbankan syariah akan dapat memeberikan layanan
secara komperehensif.

Pada tahun 1993, otoritas perbankan Malaysia mengeluarkan kebijakan yang disebut dengan
Skim Perbankan Islam (SPI). Program Skim Perbankan Islam dilaksanakan pada tahun 1993 hingga
2000 sebagai suatu upaya memperkuat jaringan pelayanan perbankan syariah, mentargetkan kenaikan
share market perbankan syariah hingga 5 % serta memperbanyak jenis layanan bank syariah. Di
samping itu dibentuklah Majlis Penasihat Syariah pada tingkat nasional dan pembuatan Jabatan
Perbankan Islam dan Takaful pada Bank Negara Malaysia.

Salah satu dari strategi yang digunakan untuk membangunkan sistem perbankan Islam adalah
dengan menambah jumlah peserta yang bergabung dalam Skim Perbankan Islam. Pelembagaan SPI
bertujuan untuk mensosialisasikan keberadaan perbankan syariah kepada masyarakat luas dalam
waktu yang singkat serta dengan biaya yang rendah. Dengan mengikuti keanggotaan Skim Perbankan
Syariah, bank konvensional diperkenankan memberikan pelayanan produk dalam bentuk syariah
dengan menggunakan prasarana dan instrumen yang sudah ditetapkan. Bank Negara Malaysia secara
khusus telah memberikan guide line mengenai bank konvensional yang memberikan layanan produk
syariah, antara lain aturan pada BAFIA pasal 32 yang tidak membenarkan bank melakukan investasi
pada sektor usaha yang bersinggungan dengan barang haram seperti arak dan judi. Pasal 124 BAFIA
juga mensyaratkan kepada bank konvensional yang memberikan layanan produk syariah, haruslah
membuat unit atau divisi perbankan syariah. Skim ini bersifat sukarela, namun pelaksanaannya
tunduk pada ketentuan yang diatur oleh BNM.

SPI ini adalah merupakan skim yang terbuka dan sukarela, BNM tidak memaksa semua bank
untuk mengikuti skim tersebut. Apabila bank konvensional mengikuti program SPI, maka bank
tersebut haruslah mengikuti semua petunjuk dan persyaratan standart yang dikeluarkan oleh Bank
Negara Malaysia. Salah satu persyaratan yang diberikan oleh BNM kepada bank konvensional yang
hendak mengikuti SPI adalah pembentukan “Bahagian Perbankan Islam” (Islamic Banking Division),
lembaga ini harus diketuai oleh seorang yang memiliki kompetensi dan lisensi dalam bidang
perbankan syariah. Sementara itu, bank peserta SPI diwajibkan mencari dan mengelola dana layanan
perbankan syariah secara terpisah dari anggaran untuk perbankan konvensional. Bank-bank SPI
diwajibkan memberikan proposal pembuatan layanan syariah beserta jaminan kesyariaahan produk
dan laporannya kepada BNM. Apabila kode rekening yang dimiliki oleh SPI mengikuti jaringan
RENTAS2 (Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities) dan juga layanan SPICK (Sistem
Penjelasan Imej Cek Kebangsaan), maka haruslah Bank SPI tersebut mempunyai pelaporan statistik
dalam bentuk dalam FISS (Financial Institutions Statistical System).

Você também pode gostar