Você está na página 1de 29

PENGENALAN

Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah diketahui umum khususnya di


kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah
masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus ditempuhi
oleh ahli-ahlinya. Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan
tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses
pertemuan di antara satu kaunselor dan individu yang ingin diberikan bantuan.
Dengan lain perkataan, kaunselor adalah individu yang khusus bertugas secara
terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang
berjumpa dengan kaunselor). Definisi yang diberikan ini terlalu umum.

Blocher mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong


individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat
bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey sepertimana dengan Blocher
menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk
menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada diri.
Akhir sekali James pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses
pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk
mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri
individu.

Ketiga-tiga definisi yang dipilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk
menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran
individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.

Konsep atau definisi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan
lebih komprehensif. Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling
merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai
masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien
bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

1
Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang
berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat,
dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang
perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihat-
menasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam
merupakan asas dalam didikan Islam. Walau apapun definisinya, pertemuan
antara kaunselor dan klien dalam beberapa sesi kaunseling telah dapat
mencapai alternatif terbaik untuk individu mengatasi masalah yang dihadapi agar
dirinya dapat berfungsi dengan lebih berkesan di alam perskitarannya.

2
Soalan i:

 Definisi kaunseling dari pelbagai sudut pandangan.


 Persamaan dan perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi dari
pelbagai sudut.

DEFINISI KAUNSELING

Definisi melalui pandangan individu

Krumboltz, 1965

Apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien
menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien.

Blocher dalam Shertzer dan Stone, 1981

Satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran
dan menghasilkan pembentukan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.

3
Lewis, 1970

Proses orang yang terganggu ditolong merasai dan bertingkah laku yang memuaskan melalui interaksi
dengan kaunselor yang menyediakan maklumat dan reaksi bagi menggalakkan klien mengembangkan
tenaga supaya membolehkan klien menangani diri dengan persekitaran secara berkesan.

Reddy, 1987

Satu gabungan teknik, kemahiran dan sikap bagi membantu individu mengurus masalah mereka
dengan menggunakan sumber yang ada pada klien dengan sebaik-baiknya.

Burks dan Steffire, 1979

Perhubungan profesional antara seorang kauselor terlatih dan klien. Perhubungan ini biasanya bersifat
person-to-person, walaupun kadang-kadang melibatkan lebih daripada dua orang. Perhubungan ini
dibentuk untuk membantu klien memahami dan menyatakan pandangan mereka tentang ruang
hidupnya dan mempelajari mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan
bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang bersifat emosional dan interpersonal.

Zainal Abidin, 2002

Satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok
kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti
beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yan
dipilih.
4
Blackham, 1977

A unique, helping relationship in which the client is provided the opportunity to learn, feel, think,
experience a change in the ways that she thinks is desirable.

Definisi melalui pandangan persatuan

Persatuan Bimbingan dan Personel Amerika, 1980

Penggunan prosedur kaunseling dan bidang lain yang berkaitan dengan sains tingkah laku untuk
membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan berkenaan
dengan pemilihan kerjaya, pertumbuhan kendiri, perkahwinan, keluarga atau perkara interpersonal
lain.

Definisi melalui pandangan agama

Aziz Salleh, 1996 – agama Islam

Suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan
seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling
Definisi melalui pandangan kaunselor / guru bimbingan
Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan
seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.
Guru Bimbingan dan Kaunseling SK.South, En.Saperi Sahari,2011

KESIMPUL
Melibatkan masalah yang ringan contohnya bagi murid sekolah rendah seperti masalah ponteng, tidak
menyiapkan kerja rumah dan bergaduh. Melibatkan sesi kaunseling individu atau kelompok.

5
PERBANDINGAN KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

KAUNSELING ASPEK PSIKOTERAPI


Menumpukan perhatian DEFINISI Lebih memberi
kepada membantu penekanan kepada
individu mengatasi pemulihan “penyakit
kebuntuan atau mental”
kekusutan fikiran untuk
meneruskan kehidupan
dengan lebih tenteram
Membantu individu OBJEKTIF Menyelesaikan masalah
mengatasi masalah perubahan
pertumbuhan kendiri reconstructive dalam
(personal growth) pada seseorang individu
bila-bila masa ke arah disamping pertumbuhan
mencapai perkembangan kendiri
kekuatan optimum diri
Pendek (kurang dari 6 JANGKA MASA Panjang (lebih dari 6
bulan) bulan dan boleh
mencapai 2 tahun)
Outpatient sahaja KAEDAH Secara outpatient dan
inpatient
HASIL TEMUBUAL DENGAN KAUNSELOR SK.SOUTH
Menurut Blocher,1974: DEFINISI Lebih kepada masalah
Satu proses profesional kritikal yang melibatkan
untuk menolong individu pemikiran dan masalah
supaya menjadi lebih kejiwaan contohnya sakit
sedar tentang dirinya dan jiwa
bagaimana dia dapat
bertindak balas dalam
alam sekitarnya
PROSES Agak rumit
Kaunselor menggunakan PENGGUNAAN ILMU Kaunselor menggunakan

6
lmu psikologi untuk PSIKOLOGI ilmu psikologi untuk
membantu mengatasi membantu klien
masalah biasa mengatasi gangguan
kejiwaan
Masalah yang ringan JENIS MASALAH Masalah kejiwaan
sahaja
Kauselor PROFESION YANG Ahli psikiatri
Guru bimbingan TERLIBAT
Supaya individu boleh TUJUAN Supaya individu boleh
menjadi lebih positif atau [persamaan] menjadi lebih positif atau
bermotivasi dan dapat bermotivasi dan dapat
mengurangkan tekanan mengurangkan tekanan

Soalan ii:

 Kemahiran-kemahiran kaunseling yang diperlukan oleh guru bimbingan


untuk menghadapi klien yang bermasalah.

7
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KAUNSELING

Perkara asas yang diperlukan ialah memahami prinsip kaunseling: (hasil


temubual)

a. Empati
b. Menerima tanpa syarat
c. Ketulenan
d. Kemesraan
e. Kerahsiaan
f. Empati

Kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang terlibat untuk menjalankan sesi


kaunseling ialah:

1. Kemahiran membina perhubungan: Kemahiran ini merupakan kemahiran


yang paling awal digunakan untuk mewujudkan keselesaan pada diri klien
dan sebagai titik tolak kepada kaunselor memahami kliennya.
2. Kemahiran memberi perhatian: Kaunselor menunjukkan keprihatinan dan
minatnya terhadap masalah dengan melayan dan mendengar secara
aktifsetiap apa yang disampaikan oleh kliennya. Perkara ini penting bagi
menambahkan lagi kepercayaan individu terhadap seorang kaunselor
atau guru bimbingan.
3. Kemahiran menginterpretasi tingkah laku bukan lisan: Kemahiran ini perlu
sebagai satu cara untuk mengumpulkan maklumat berguna sekiranya
perlu bagi penyelesaian masalah.
4. Kemahiran memberi tindak balas: Kemahiran ini penting bagi
mengelakkan dari salah tafsiran maklumat yang disampaikan oleh klien.
5. Kemahiran mendorong klien bercakap : Terdapat pelbagai teknik yang
berguna bagi mendorong klien untuk bercakap seperti parafrasa, refleksi,

8
senyap, menyoal, merumus, konfrantasi, meminta penjelasan dan
blocking. Kemahiran ini adalah sangat perlu bagi menunjukkan klien
bekerjasama dengan kaunselor dan menunjukkan hubungan telah terbina.

Kemahiran-kemahiran tersebut bolehlah digambarkan dalam proses seperti pada


grafik berikut:

9
STRATEGI TEORI KAUNSELING

Beberapa strategi untuk membantu klien akan diterangkan dalam bahagian ini.
Kaunselor boleh menggunakan strategi yang dipilih untuk tujuan menggalakkan
sesuatu tingkah laku yang dikehendaki atau menghilangkan yang tidak

10
dikehendaki. Yang ditekankan di sini ialah penglibatan dan kerjasama antara
klien dan kaunselor perlu berterusan. Strategi yang dipilih dan diterangkan di
bawah ialah berkaitan dengan pengubahan tingkah laku zahir sahaja, seperti:

- role play
- latihan asertif
- token ekonomi
- pengurusan kendiri
- pemantauan kendiri
- peneguhan kendiri

1.0 Role-play

Strategi menggunakan role-play ini telah banyak digunakan oleh kaunselor untuk
melatih klien dalam pelbagai pelakuan yang sebelum ini sukar hendak dilakukan.
Ia boleh dikatakan satu lakonan dan latihan yang dibimbing oleh kaunselor
dengan mempunyai tujuan yang khusus. Kaunselor profesional yang mengikut
pendekatan kaunseling behaviorisme menggunakan role-play bila membuat
latihan asertif, modeling (mencontohi perbuatan orang lain), dan kaunseling
kerjaya. Role play adalah satu teknik yang terbaik untuk meluaskan kesedaran
klien dan menunjukkan bahawa ada banyak alternatif melakukan tingkah laku
lain. Misalnya, bagi seorang murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu
kumpulan perbincangan boleh diajar dengan cara roleplay, di mana murid itu
diminta mengeluarkan pendapat kepada kaunselornya.

Rasionalnya ialah murid berlatih mengeluarkan pendapat dalam keadaan dan


suasana yang selamat. Apabila kaunselor merasakan klien sudah mempunyai
keyakinan diri, barulah murid itu dibenarkan menyertai kumpulan asalnya. Guru
kelas murid tersebut perlu memberi kerjasama dengan tidak memaksa klien,
kerana jika dia masih gugup dan malu, perasaan diri klien terancam.

11
Teknik role-play boleh juga digunakan dengan klien lain supaya dia menjadi lebih
asertif apabila dia mendapati dirinya sukar bertindak balas setiap kali orang lain
mengambil kesempatan terhadapnya. Role-play memberi peluang kepada
individu ini untuk mencuba mengeluarkan satu tingkah laku baru dalam situasi
yang lebih selamat sebelum digunakan di luar atau di tempat-tempat yang selalu
menimbulkan masalah.

Batasan Penggunaan Role-play


Sungguhpun penggunaan teknik role-play ini berkesan, namun ia ada hadnya,
iaitu:
- Ia bergantung kepada kemahiran dan kesungguhan kaunselor
mentadbirkan caranya.
- Ia juga bergantung kepada kehendak klien itu sendiri untuk mengalami,
mendengar dan merasakan tingkah laku baru yang sebelum ini mungkin
sukar baginya untuk dilakukan.

Situasi 1:

Shabana merupakan murid Tahun Enam di SK South. Dia seorang yang sangat
rajin namun lemah dari segi akademik. Walau bagaimanapun, dia sentiasa
berusaha untuk mencuba sebaik yang mungkin dalam aktiviti atau soalan-
soalan yang diberikan. Dia juga sering dijadikan bahan ejekan oleh rakan-
rakan lelaki yang lain menjadi faktor murid ini kurang self confidence. Dengan
itu, guru sentiasa memberi ransangan berbentuk pujian setiap kali Shabana
menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Ternyata selepas itu, murid ini
sudah berani untuk menyuarakan jawapan dan pendapat dalam kelas.

2.0 Latihan Asertif


Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan
diri berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya.

12
Harus diingat bahawa teknik ini bukan untuk mengajar klien menjadi seorang
yang lansang atau agresif.

2.1 Matlamat asas latihan asertif ialah:


Memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang
dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi
terhadap orang lain.mengajar klien yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan
tidak bermotivasi, supaya mencari alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil
jalan yang lebih produktif. Ramai kaunselor mendapati bahawa klien mereka
perlu membina kemahiran asertif untuk meningkatkan kebolehan pengurusan diri
dan penyelesaian masalah. Klien boleh hilang penghargaan kendiri (self-
esteem) dengan membiarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya;
tidak berupaya menghadapi ibubapa, majikan, suami/isteri atau orang lain
dengan cara yang betul; atau menimbulkan respon yang tidak diingini oleh orang
lain, jika klien bersikap agresif dan bukan asertif.

2.2 Latihan asertif biasanya dilaksanakan dengan cara-cara berikut:

 role-play dan melakonkan(modeling) situasi-situasi pasif, agresif dan


asertif yang biasa dihadapi oleh klien;
 melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah.
 mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali.
 role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh
melakukan tingkah laku asertif;
 melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit
(successive approximation).

Dengan cara-cara yang disebutkan tadi, klien bukan sahaja dapat membentuk
tingkah laku baru dalam suasana selamat dengan kaunselornya, tetapi ia juga
dapat bersama-sama dengan kaunselor untuk menganalisis perlakuan-perlakuan
yang perlu dibentuk secara sedikit demi sedikit. Apabila klien sudah merasa

13
selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini, barulah boleh dicubanya
di luar bilik kaunselor, iaitu dalam keadaan seharian.

Situasi 2:

Seorang murid Tahun 3 di SK South sangat sukar untuk bergiat dengan aktif semasa
di dalam kelas. Dia cuba untuk mengelak daripada terlibat dengan sebarang aktiviti.
Dengan itu guru berusaha untuk menimbulkan satu tingkah laku yang lebih positif
semasa berada di dalam kelas. Iaitu guru cuba untuk untuk memanggil murid
tersebut dan bertanyakan khabar. Selepas itu, guru boleh menyantuni murid
tersebut dengan merapatkan ukhuwah dan cuba untuk mendapatkan thiqah
(kepercayaan). Kesan daripada itu, murid tersebut lebih berani untuk menonjolkan
diri semasa brada di dalam kelas.

3.0 Token Ekonomi (Hadiah)


Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau
pemberian hadiah. Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau
hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token
ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja
benda yang boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang
bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Token ekonomi telah
dibuktikan berkesan di mana teknik ini digunakan di institusi-institusi seperti
hospital, sekolah, klinik, rumah penjagaan kanak-kanak dan penjara. Prosedur ini
boleh disesuaikan dengan apa sahaja keadaan, dan digunakan dalam situasi yang
pelbagai. Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah, seorang kaunselor boleh
menyediakan satu struktur token ekonomi untuk digunakan sebagai peneguhan
kepada murid yang melakukan tingkah laku yang positif, dan menyenaraikan
jenis-jenis hukuman, dendaan atau kehilangan kemudahan sekiranya didapati
berlakunya kegagalan mematuhi peraturan, atau gagal menjalani sesuatu
tanggungjawab. Teknik ini telah didapati amat berkesan apabila digunakan

14
kepada klien yang mengalami masalah yang melibatkan perlakuan yang biasa
atau yang lebih kompleks. Pelaksana teknik ini mendapati teknik ini amat sesuai
digunakan khusus untuk melupuskan tingkah laku yang maladaptif atau untuk
membentuk tingkah laku yang adaptif.

Persoalannya sekarang ialah bolehkah tingkah laku yang sudah diubah melalui
strategi ini berterusan atau ia akan lupus selepas beberapa ketika sahaja?
Misalnya, selepas seorang murid yang berkelakuan lansang atau agresif, suka
bergaduh, suka mengusik orang lain, dikenakan proses perubahan dengan
teknik ini, dan nampak ada perubahan positif, adakah perubahan positif ini akan
berterusan?

Kaunselor behaviorisme profesional akan mempertahankan keberkesanan strategi


ekonomi token, tetapi mengaku terdapat masalah dalam hal memastikan
perubahan yang telah dicapai itu berterusan dan berkekalan. Kaunselor yang
merancang dan menyediakan struktur ekonomi token berkenaan harus bersedia
untuk memastikan perubahan akan berterusan dengan melakukan perkara-
perkara seperti berikut:

 minta bantuan pekerja-pekerja lain seperti guru kelas, guru-guru yang


mengajar murid berkenaan, ibu bapa untuk membuat komitmen
membantu dan memahami konsep dan matlamat ekonomi token;
 memilih tingkah laku yang besar kemungkinan akan mudah mendapat
peneguhan
 dari masyarakat dan persekitarannya;
 mematuhi
Situasi 3: prinsip modifikasi tingkah laku seperti mengagihkan token atau
hadiah
Pertukaran kelas bagi matapelajaran Pendidikan Islam adalah sangat
 serta merta, adil dan konsisten;
memakan masa. Tambahan pula jika bidang Tilawah Al-Quran di mana
 hadiah atau token yang diagihkan itu masih mempunyai nilai peneguhan.
murid prlu mengambil wudhuk sebelum memegang Al-Quran. Dengan itu,
 memastikan tingkah laku yang diubah itu adalah tingkah laku yang
pasti terdapat beberapa orang murid yang akan lambat masuk ke kelas dan
dikehendaki di luar sekolah.
mengambil masa. Oleh yang demikian, guru boleh mengaplikasikan sistem
token kepada 5 orang murid yang berjaya menjadi orang pertama masuk ke
dalam kelas dalam keadaan yang bersedia untuk belajar. 15
4.0 Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri, dan Peneguhan Kendiri
Pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri merangkumi
suatu trend yang melibatkan klien sebagai peserta yang bekerjasama
(collaborator) dan aktif dalam kaunseling. Jika dibandingkan dengan pendapat-
pendapat ahli teori behaviorisme dahulu, klien adalah lebih pasif. Teknik ini
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
 klien memainkan peranan yang aktif dalam setiap fasa kaunseling;
 klien mengeluarkan buah fikiran sendiri dan mengikut arahan kaunselor
serta membina langkah-langkah yang tertentu dan yang membantu.
 proses pemikiran klien diambil kira dan diberi tumpuan
 klien dijangka lebih bertanggungjawab berusaha untuk mencapai
perubahan yang dikehendaki.
 klien belajar cara memberi peneguhan kendiri.
 klien dipanggil untuk membuat perhatian, memantau, mencatit, memberi
peneguhan kendiri, dan kadang-kadang diminta membuat interpretasi
data tingkah laku yang telah mereka catatkan
 kaunselor berperanan lebih sebagai mentor atau pendidik dan bukan
sebagai seorang pakar.

16
Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan
Kendiri

Langkah 1: Mengkonsepsi dan Mentakrif Masalah dan Memilih Matlamat


dalam Bentuk Behavioral
A. Tentukan matlamat sasaran satu persatu
B. Matlamatnya mesti:
 mudah difahami, penting, dan mempunyai nilai kepada klien;
 boleh diukur secara objektif dan dianalisis;
 realistik dan boleh dicapai;
 positif dan membina

C. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mesti mengandungi:


kehendak klien pada taraf yang boleh tercapai, atau yang hendak
dilupuskan; dan pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran
mengikut tarikh-tarikh.

Contoh:
Kaunselor: Jadi, sekarang apa yang saudara ingin benar-benar lakukan
ialah mencapai sasaran untuk mencapai 75% dalam setiap
ujian bulanan bagi semua mata pelajaran
Klien: Ya, itu benar, sebab saya sangat mngejar cita-cita untuk
mendapat 5 A dalam UPSR.
Kaunselor: Baiklah, saya rasa anda sudah membuat pelbagai usaha
untuk mencapai cita-cita anda. Saya mencadangkan awak
menyediakan jadual belajar yang efektif dalm aspek
pengurusan masa dan penggunaan kaedah dan teknik yang
digunakan semasa belajar perlu bersesuaian dengan mata
pelajaran yang dipelajari.

17
Langkah 2: Mengurus dan Memantau Tingkah Laku Sasaran
A. Pilih matlamat sasaran yang sesuai berasaskan objektif-objektif klien.
B. Mulakan penilaian asas atau baseline assessment sebelum
melaksanakan strategi mengubah tingkah laku.
C. Mulakan pemantauan dan buat catatan data ke atas matlamat-matlamat
yang berkaitan.

Untuk ini, klien perlu:


- mencatatkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku;
- gunakan kertas dan pensil, jam tangan atau sebarang alat perakam yang
sesuai untuk merekod data tingkah laku.
- laksanakan pengiraan kekerapan, pengambilan masa, atau gunakan
strategi pemantauan yang lain untuk merekod tingkah laku.

Contoh:
Kaunselor: Ahmad, bagaimanakah anda mengubah cara anda merekod
dan memantau tingkah laku kali ini untuk memastikan
Ahmad mengikut jadual dan mencapai peratusan dalam
ujian bulanan seperti yang disasarkan?
Klien: Oh, itu semua saya dah fikirkan; pmilihan masa yang sesuai
untuk mngulang kaji plajaran dan fokus semasa blajar
mmbantu saya untuk mmbina rafleksi diri dalam mengesan
apa yang saya lakukan pada setiap hari. Saya juga telah
memikirkan beberapa kaedah untuk memantau apa yang
saya buat supaya tidak menipu diri saya sendiri.
Kaunselor: Anda ada menyebut “beberapa kaedah”. Apakah kaedah
yang saudara gunakan? Saya benar-benar inginkan anda
berjaya kali ini. Cuba kita semak bersama perincian apa
yang saudara hendak lakukan dan bagaimana anda akan
lakukannya.

18
Klien: Baiklah. Ini saya hendak tunjukkan apa yang saya telah tulis
sebagai rekod tentang apa yang saya telah buat.
Kaunselor: (Sambil melihat catatan) Ini senarai yang baik. Mari kita
semak dan bincang bersama. Mungkin kita dapat fikirkan
cara yang boleh membantu pemantauan aktiviti anda
dengan lebih mudah yang belum kita fikirkan.

Langkah 3: Perubahan Suasana Persekitaran dan Mengambil Langkah yang


Sesuai
Teruskan mencatat atau merekodkan tingkah laku sasaran. Pada mulanya, cuba
elakkan persekitaran dan situasi yang pasti akan melakukan respon yang tidak
dikehendaki atau pelakuan maladaptif. Ubahkan persekitaran, suasana dan
situasi untuk memastikan anda:
- menyedari apa yang anda sedang buat;
- hadkan rangsangan yang melawa tingkah laku yang tidak dikehendaki;
dan
- mudahkan tingkah laku yang memberi kepuasan.

Contoh:
Kaunselor: Shabana, ini adalah satu langkah di mana saudara mesti tukar
kepada cara lain. Kalau saudara teruskan cara yang lama, nanti
susah nak menghilangkan tabiat yang baru ni, dan anda pasti akan
terus makan macam dulu dan membuat aktviti fizikal yang telah
dimulakan. Ini akan menimbulkan masalah. Pada hemat saya, anda
perlu membuat satu perubahan drastik kalau ingin mencapai
matlamat anda.
Klien: Ya, saya tahu beberapa perkara yang saya mesti lakukan.
Pertama, saya mesti cuba untuk membuat latihan intensif bagi
setiap mata pelajaran yang lemah.
Kaunselor: OK, ada lain-lain lagi?

19
Klien: Saya terfikir untuk mengambil tusyen bagi mata pelajaran yang
sukar dan belum dikuasai sepenuhnya.
Kaunselor: Itu sangat baik. Mari kita sama-sama bincang hal itu, dan fikirkan
juga bagaimana kita dapat mengelakkan keinginan untuk bermain
semasa di dalam kelas bagi membantu anda mencapai matlamat.

Langkah 4: Menjana Peneguhan yang Sesuai dan Menentukan Akibat yang


Bermakna

Serta Berkesan bagi Klien


Teruskan merekod tingkah laku sasaran.
A. Kenal pasti peneguhan dan akibatnya; yang mana peneguhan positif
memberi akibat yang positif, dan yang mana dianggap tidak selesa.
B. Laksanakan pemberian peneguhan supaya:

 Tingkah laku yang sesuai diberi peneguhan dengan segera.


 Kriteria mendapatkan peneguhan adalah realistik dan mudah dibuat.
 Orang-orang terdekat menyokong mendapatkan matlamat perlakuan
yang dikehendaki.
 Jadual jangka masa berperingkat ditentukan supaya kejayaan setiap
peringkat diberi peneguhan.
 Peneguhan ekstrinsik (luaran) dan intrinsik (dalaman) disediakan.
 Peneguhan mempunyai kuasa untuk memberi kesan.
 Peneguhan dijadualkan supaya dijadikan insentif untuk jangka masa
pendek, pertengahan dan panjang.

Contoh:

20
Kaunselor: Saya mahukan ganjaran anda mencukupi untuk memastikan anda
mengikuti rancangan, tapi jangan sampai anda membuat sasaran
begitu tinggi hingga tak terbuat. Dan jangan harapkan anda
seorang sahaja yang memberi ganjaran atau peneguhan. Saya
ingin tahu siapa menjadi penyokong kuat anda yang boleh
mentadbirkan ganjaran. Ini akan menambahkan peluang untuk
berjaya mencapai matlamat.
Klien: Saya yakin ibubapa saya akan dapat membantu saya dalam hal ini.
Lagi pun kalau saya menipu diri saya masa makan, sudah tentu dia
akan menyekat saya.
Kaunselor: Bagus! Masukkan beberapa nama lagi orang-orang yang boleh
membantu anda. Kemudian kita akan bina satu strategi di mana
anda boleh agihkan tugas tertentu kepada mereka untuk kebaikan
anda dan mereka.
Klien: OK, kali ini saya betul-betul berazam menurunkan berat badan
saya.

Langkah 5: Meneruskan Kejayaan dan Mengira Apa yang Telah Tercapai


Teruskan membuat catatan.
Terus memikirkan ganjaran yang sesuai untuk perlakuan yang dikehendaki.

A. Bentuk satu sistem penilaian/feedback yang berkesan untuk memastikan


yang pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri
boleh diubah dan dibaiki lagi, atau digunakan sekali lagi untuk meneruskan
(maintain) matlamat sasaran.

B. Meneruskan tingkah laku yang telah dipelajari.

1. Mengurangkan catatan-kendiri.
2. Kurangkan pemberian peneguhan.
3. Dapatkan sokongan sosial.

21
4. Gunakan strategi ini untuk mengubah sesuatu yang klien fikir penting baginya.

Contoh:
Klien: Apa yang saya nak buat ialah melibatkan ibubapa dan rakan-rakan
saya secara serius untuk blajar secara sistematik dan tratur bagi
mncapai sasaran 5A dalam ujian bulanan UPSR.
Kaunselor: Ada tak kemungkinan mereka akan memberi peneguhan kepada
perlakuan anda?
Klien: Tidak.
Kaunselor: Kalau begitu saya cadangkan anda jadikan ibubapa dan rakan
sebagai pembakar semangat mereka.

untuk meneruskan matlamat sasaran. Cuba fikirkan beberapa nama lain yang
boleh membantu anda meneruskan sokongan supaya tidak balik semula kepada
tabiat makan seperti dahulu. Amat menyusahkan anda sendiri kalau berbalik
semula seperti dahulu dan tidak mengamalkan system pembelajaran yang betul.

Klien: OK, terima kasih.

RUMUSAN

     Psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud boleh diiktirafkan sebagai
satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan

22
dengan masalah emosinya.  Sekiranya kita mengikuti fahaman tradisi,
psikoanalisis lebih dianggap sesuai merawati individu yang mana masalah
personalitinya sungguh tertekan dan mendalam.  Kemungkinan agak kurang
sesuai untuk membantu mengatasi kesulitan yang dialami seharian. Pada
asasnya pendekatan afektif mempunyai kefahaman bahawa setiap manusia itu
sedar dan berupaya membuat pemilihan-pemilihan yang tersendiri.  Manusia itu
difahamkan sebagai satu insan yang penuh dengan kebaikan diri serta
mempunyai keupayaan perkembangan diri yang tidak terhad.  Ini memberi
makna bahawa tersemat di dalam diri seorang manusia itu adanya suatu potensi
yang boleh dikupas secara mendalam sekiranya ia dapat sedar akan potensi
perkembangan diri yang terpendam itu. Jika dilihat melalui kaca mata
psikoanalisis ini, anda akan melihat betapa besar potensi yang ada dalam diri
setiap murid yang mampu dikembangkan sebagai contoh bakat murid dalam
bidang bercerita boleh dikembangkan kepada perbahasan dan seterusnya murid
tersebut akan terbiasa dengan ucapan-ucapan umum.

Kefahaman pendekatan afektif pula mempunyai pegangan bahawa seorang


manusia itu adalah unik, tersendiri dalam kebolehannya membentuk potensi
yang terpendam dalam dirinya.  Setiap manusia itu juga kemungkinan bergerak
ke arah hala yang boleh memperkukuhkan dirinya.  Keunikan diri seorang
manusia itu memberi erti bahawa ianya mempunyai pandangan hidup yang
berbeza.  Perbezaan ini adalah ketara dari aspek perlakuan yang diresapi oleh
seorang manusia serta pandangan yang berbeza terhadap liku-liku hidup. 
Kesejahteraan juga dapat difahamkan dari segi aspek jangkaan seorang
manusia terhadap dirinya yang sebenar dengan harapan yang dikehendakinya.
Murid-murid di sekolah sudah pasti memilik kekuatan, kelebihan dan latar
belakang yang berbeza. Dengan itu, kepelbagaian ini yang akan membantu
dalam mencambahkan idea-idea. Bagetu juga jika dilihat bagaimana terhasil
bunyi kompang yang baik adalah disebabkan ritma yang pelbagai.

23
Manakala pendekatan modifikasi tingkahlaku kognitif menumpu kepada
tingkahlaku hasil daripada pengstrukturan kognitif.  Pengalaman seseorang
digandingkan dengan cara individu tersebut mentafsir tingkahlakunya.  Pentafsir
yang tidak rasional boleh mengakibatkan tingkahlaku yang bercelaru.  Dalam
pendekatan ini, manusia tidak dianggap hanya sebagai objek.  Interaksi dan
tingkah laku antara insan tidak berlaku tanpa wujudnya perasaan dan pemikiran. 
Elemen ini merupakan tumpuan induk dalam kefahaman modifikasi tingkahlaku
kognitif. 

     Individu dalam proses interaksi sentiasa bergerak balas kepada rangsangan
alam sekitarnya dan saling membuat pentafsiran tertentu serta menukarkan
persepsinya kepada suatu tingkahlaku.  Walau bagaimanapun, setiap individu
akan membuat pentafsiran yang berbeza berasaskan kepada pengalaman dan
pentafsiran subjektifnya terhadap rangsangan alam persekitarannya.

Terapi emotif-rasional mengandaikan bahawa manusia secara lahiriah


adalah rasional dan tidak rasional, logikal dan gila (crazy). Ellis juga percaya
bahawa sifat duaan (duality) secara semulajadi ini diwarisi dan akan terus
dipunyai andainya tiada apa-apa pembelajaran berlaku yang akan mengubah
cara pemikiran baru pada individu. Ellis telah menggariskan sebelas
kepercayaan tidak rasional yang seringkali dipunyai oleh manusia yang
menyusahkan dan boleh menimbulkan pelbagai gangguan emosi.

Kaunselor dalam pendekatan RET ini mengambil peranan  yang aktif dan terus
(direct). Kaunselor berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan membetulkan
kognisi klien. Ellis telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi yang perlu
dipunyai oleh kaunselor yang akan menggunakan RET. Mereka haruslah cerdik,
berpengetahuan luas, empathetik, tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk
menolong orang dan merupakan pengguna teknik RET.

24
Terapi emotif-rasional didapati mudah dilaksanakan dan berkesan. Kaedah ini
berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja. RET berkesan untuk mengatasi
masalah kecelaruan affektif, kecelaruan ketakutan dan penyesuaian. Di samping
RET, analisis transaksional (transactional analysis) merupakan juga suatu
kaedah dalam pendekatan kognitif. Dengan itu, dapat dilihat betapa pentingnya
hubungan hati antara guru kaunseling dengan klien secara umumnya dan dalam
konteks yang terjaga kerana murid pasti mudah untuk bertanya beberapa
perkara kepada murid tersebut.

Secara peribadinya, ilmu tentang teori kaunseling behaviorisme ini bukan sahaja
bermanfaat dalam menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid
samada di dalam atau di luar kelas malah ianya juga berguna kepada ibubapa
dalam mendidik dan lebih mengenali sikap dan tingkah laku anak-anak. Dengan
ini, rumah tangga itu akan harmoni dan aman.

REFLEKSI

25
Ilmu pengetahuan tentang teori-teori kaunseling telah didedahkan sebelum ini.
Walau bagaimana pun, ilmu teori belum memadai tanpa adanya praktikal yang
dibuat. Oleh yang demikian, dengan pengalaman praktikal selama tiga bulan di
SK South saya dan rakan-rakan yang lain telah diberikan tugasan Bimbingan
dan Kaunseling di mana kami perlu untuk melihat dan menilai murid-murid serta
menemubual guru kaunseling yang ada di sekolah tersebut. Berdasarkan
pengamatan saya murid-murid di SK South dan di sekolah-sekolah tempat saya
di tempatkan untuk praktikum terdapat sedikit perbezaan. Hal ini mungkin kerana
bilangan murid di SK South yang sedikit tambahan pula mereka terdiri dari
kalangan murid-murid yang pandai. Berbeza dengan murid di SK Riam Batu Dua
di mana saya berhadapan dengan masalah tingkah laku murid di dalam kelas.
Hal ini berikutan murid-murid di sekolah tersebut kebanyakannya
berlatarbelakangkan askar dan merupakan rakan sepermainan di kawasan
perumahan. Hubungan yang rapat ini kemungkinan menjadi salah satu faktor
yang menjadi asbab mereka berani untuk melakukan sesuka hati semasa berada
di dalam kelas. Walau bagaimanapun, pengalaman-pengalaman seperti ini
sangat bermakna bagi saya kerana mengajar saya untuk lebih mahir dalam
menguruskan tingkah laku dan emosi murid

Tugasan Bimbingan dan Kaunseling ini juga mengukuhkan lagi keyakinan saya
dalam berhadapan dengan kepelbagaian karenah semasa berada di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas hal ini kerana dapat
berkongsi pengalaman dengan individu yang sangat berpengalaman dalam
menguruskan dan berhadapan dengan masalah-masalah di kalangan murid.
selain itu, dengan sesi temubual ini juga telah membuka ruang dan peluang
kepada saya dan rakan untuk beramah mesra dengan staf-staf di sekolah itu
terutamanya guru kaunseling di sekolah tersebut. Selain daripada itu, pengertian
tentang bidang kaunseling telah diperincikan oleh guru Kaunseling di sekolah
tersebut khususnya berkenaan pandangan beliau mengenai persamaan dan
perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi dari pelbagai sudut.

26
Kesimpulannya, realiti kehidupan masa kini menyebabkan manusia dihantui
dengan rasa cinta pada kehidupan, rasa sayang pada keduniaan menjadikan
manusia masa kini sering disibukkan dengan bebanan kerja yang tidak
berkesudahan, amanah yang terkadang diketepikan, tanggungjawab yang
terpaksa diabaikan menjadikan manusia seolah hilang pedoman dalam
menyelamatkan diri dari kepapaan. Rasa takut hidup keseorangan, risau pada
suatu yang tiada kepastian menjadikan manusia sentiasa diburu kegelisahan dan
keresahan. Dengan itu, segala teori kaunseling di atas hanya sekadar teoritikal
ciptaan manusia untuk manusia. Teori-teori ini boleh diguna pakai mengikut
kesesuaian masalah klien. Walau apa pun ia, segala permasalah yang wujud
hakikatnya berhubung kait dengan hati individu tersebut sejauh mana ia redha
dan pasrah dengan hakikat kehidupan duniawi sekelilingnya.

WARDYAWATY RAJIKAL

PISMP-PENGAJIAN ISLAM SEMESTER 7

REFLEKSI KENDIRI

27
Melalui kajian saya mengenai definisi kaunseling dari pelbagai aspek,
saya dapat memahami satu konsep yang saya anggap lebih menyeluruh iaitu
sesi kaunseling merupakan satu proses membantu sesama insan untuk
menghadapi kehidupan berteraskan kasih sayang di mana individu-individu yang
terlibat seperti kaunselor dan klien saling memerlukan di antara satu sama lain.
Pada pandangan saya, setiap sesi kaunseling yang dijalankan sebenarnya
menyumbang kepada pengalaman-pengalaman hidup yang bermakna di mana
individu-individu tersebut bekerjasama untuk menyelesaikan permasalahn hidup
yang menyebabkan berlakunya proses yang mematangkan fikiran dan membuka
minda individu yang terlibat dengan lebih luas lagi. Saya juga beranggapan
bahawa setiap sesi kaunseling yang dijalankan menunjukkan kejayaan kaunselor
dan klien tersebut kerana berjaya membentuk suatu permuafakatan secara tidak
langsung. Cuma apa yang lebih dikatakan berjaya ialah apabila setiap
permasalahan yang dikemukakan berjaya menemukan jalan penyelesaian atau
pun dalam istilah Inggerisnya, mereka berjaya menemui turning point bagi
sesuatu perkara.
Perkara yang sama juga berlaku pada sesi psikoterapi walau pun pada
hakikatnya psikoterapi mempunyai tahap masalah yang lebih kritikal. Pada
pemikiran saya, seseorang yang ingin menyelesaikan masalah ini mestilah
mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup mantap untuk berdepan
dengannya.
Untuk aspek kemahiran-kemahiran asas kaunseling, saya dapati
kemahiran tersebut boleh dipelajari malah sepatutnya dipelajari oleh seorang
yang bakal menjadi warga pendidik seperti saya. Bahkan, untuk profesion apa
pun, kemahiran ini perlu diketahui kerana setiap manusia memerlukan antara
satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakat. Perkara ini ingin saya kaitkan
dengan ajaran yang dianjurkan dalam agama saya iaitu konsep menjaga
hubungan sesama manusia atau dalam bahasa Arabnya disebut sebagai “hablu
min an-naas”. Konsep ini menunjukkan bahawa manusia sepatutnya saling
berinteraksi dengan baik sesama manusia. Maka kemahiran-kemahiran asas

28
kaunseling merupakan sebahagian ilmu yang perlu dipelajari bagi tujuan
manusia hidup secara harmoni dan makmur dalam masyarakat.
Seterusnya, setelah mengetahui kemahiran yang diperlukan bagi
mengatasi masalah, seorang individu atau lebih tepat lagi seorang kaunselor
hendaklah mengetahui cara menggunakan kemahiran tersebut. Oleh sebab
itulah, saya berfikir bahawa perlunya untuk menerokai teori-teori kaunseling
sebagai panduan untuk mengendalikan sesi kaunseling. Perkara ini sebenarnya
dapatlah difahami dengan konsep belajar sesuatu melalui pengalaman. Ini
adalah kerana bagi saya, sesuatu teori itu wujud melalui pengalaman-
pengalaman atau pun eksperimen kehidupan seseorang itu.
Sebagai penutup kata, kehidupan manusia merupakan sesuatu ketetapan
perjalanan hidup dari Ilahi. Sekiranya manusia berdepan dengan sesuatu
cabaran atau ujian dalam hidup, manusia bolehlah merujuk kepada sejarah
kehidupan manusia atau pengalaman orang yang telah melaluinya. Akhir sekali,
kita hendaklah sentiasa mengadu kepada Pencipta kita yang lebih mengetahui
keadaan ciptaanNya.

- Rabiatul Adawiyah binti Rafihi -

29

Você também pode gostar