Você está na página 1de 23

TZ10103

TOPIK 7: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI -


SEKOLAH
____________________________________________________

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1. Menjelaskan teori, model pembelajaran yang dijadikan panduan para guru untuk

mengetahui tahap-tahap pembelajaran murid.

2. Mengetahui amalan pedagogi dari aspek prinsip dan cara pelaksanaan.

PENGENALAN
Pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hokum-hukum pembelajaran yang dihasilkan
kepada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru an
memahami pelbagi cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan
hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan
berkesan.

7.1 TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB BEHAVIORIS


Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori
pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah
berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebenyakan teori pembelajaran mereka adalah
dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan
burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan
rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka,
tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa
perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah suatu proses pembelajaran, demi
membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut sebagai
Teori Rangsangan Gerk Balas.

UMS
TZ10103

7.2 TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV


Teori Pelaziman Klasik juga dikenali sebagai pelaziman gentian, pelaziman pemindahan,
pelaziman bergerak balas / responden atau Teori R-G. Pembelajaran melalui pelaziman ini
adalah pertama kali dikaji oleh seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Di dalam kajian-kajian
mengenai system pencernaan haiwan sebelumnya, Pavlov telah mendapati bahwa rembesan air
liur dan jus gastric anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi
juga apabila makanan yang dikesannya. Beliau berpendapat fenomena rembesan air liur dan jus
gastric berlaku semasa makanan berada dalam mulut anjing adalah sesuatu jenis gerak balas
(response) yang tidak perlu dipelajari. Ahli psikologi memberi namanya sebagai gerak balas tak
terlazim (inconditioned response); tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makan
dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari. Oleh itu, fenomena ini dipanggil sebagai gerak balas
terlazim (conditioned response), manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai
rangsangan terlazim (conditioned stimulus). Secara ringkasnya, Model Pelaziman Klasik Pavlov
adalah diilustrasikan seperti Rajah 7.1 berikut:

Rangsangan Tak Terlazim : makanan Gerak Balas Tak Terlazim


(Unconditioned Stimulus, UCS) rembesan air liur dikesan,
(Unconditioned Response, UCR)

Rangsangan Terlazim : bunyi loceng Gerak Balas tiada kaitan dengan


(Conditioned Stimulus, CS) tindak balas tak terlazim, misalnya
Perhatian anjing sahaja.

Rangsangan Terlazim – Rangsangan Tak Terlazim Gerak Balas Tak Terlazim


(CS: bunyi loceng) (UCS: makanan) (UCR: rembesan air liur dikesan)

Rangsangan Terlazim (Perkaitan Baru) Gerak Balas


Terlazim
(CS: bunyi loceng mengganti makanan) (CR = UCR : rembesan
air liur dikesan )

Rajah 7.1 : Teori Pelaziman Klasik Pavlov

UMS
TZ10103

7.3 TEORI KONTRUKTIVISME


Konstruktivisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Constructivism yang membawa
maksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran, Teori Konstruktivisme menganggap
bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda
berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini adalah dibina berdasarkan gabungn hasil kajin ahli
psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Teori
Konstruktivisme mempunyai erti yang serupa dengan Teori Konstruktivisme Kognitif atau
Konstruktivisme. Mengikut Von Glaserfeld, konsep konstruktivisme berasaskan andaian-andaian
berikut:

• Ilmu pengetahuan adalah dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri.
• Tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya.
• Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pegalaman individu.

Idea konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piage dan teori zon
perkebangan proksimal (Zone of Proximal development, ZPD) Vygotsky. Di bawah konteks
konstruktivisme, pandangan Piaget terhadap sumber ilmu pengetahuan adalah proaktif, manakala
Vygotsky merupakan penyokong konstruktivisme yang bersifat kolektif.. menurut beliau, idea
zon perkembangan proksimal (ZPD) ialah prestasi pelajar, di bawah bantuan orang dewasa atau
kerjasama rakannya, menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi daripada
kebolehan diri sendiri, dan dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi yang berbeza.
Ringkas kata, perbezaan perkembangan peringkat potensi individu ini adalah di dalam
lingkungan zon perkembangan proksimal (ZPD) tersebut.

Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling
pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di
bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya
secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada
supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman
terhadap maklumat baru.

Di samping proses kognitif, Teori Konstruktivisme pula menegaskan perkembangan proses


metakognitif, iaitu operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran kemahiran serat proses
kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna, terutamanya operasi
merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Ini bermakna, untuk mencapai keberkesananan
pembelajaran, pelajar perlu merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran
yang berkesan serta menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Yang penting
sekali, pelajar perlu menghubungkaitkan pengalamannya dengan maklumat baru dalam proses
pembelajarannya.

UMS
TZ10103

Ringkas kata, individu melihat dirinya secara aktif dalam pembelajaran ilmu pengetahuan
berlandaskan konstruktivisme dan bukan menerimanya secara pasif. Proses ilmu konstruktivisme
mengandungi cirri perkembangan serta evolusi; ia bukan tetap tetapi sering mengalami
perubahan. Di bawah konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan
kebenaran. Sebaliknya ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang
dialami oleh seseorang individu. Oleh itu, di dalam sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan
mengikut konstruktivisme, yang diperolehi oleh setiap orang individu adalah tidak serupa.

7.3.1 Implikasi Teori Konstruktvisme Dalam Pengajaran Pembelajaran


Berdasarkan Teori Konstruktivisme yang dibincangkan, maka diturunkan beberapa prinsip
pengajaran dan pembelajaran yang diimplikasikan daripada seperti berikut:

• Di dalam pengajaran dan pembelajaran di bawah Teori Konstruktivisme, peranan guru


merupakan penolong, pemudah cara dan perancang; sedangkan pelajar memainkan
peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.
• Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara
koperatif dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar tradisi, seperti syarahan,
menghafal dan mengingat, adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu lagi.
• Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah factor penting yang mempengaruhi proses
pembentukan ilmu.
• Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan di dalam bidang
konstruktivisme.
• Penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan. Bentuk dan alat penilaian terhadap
pembentukan ilmu hendaklah dibentukkan oleh guru dan murid bersama-sama.

7.4 MODEL PENGAJARAN


Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan,
penilaian danmaklum balas. Pada masa sekarang, beberapa model pengajaran yang berlandaskan
proses pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik dengan tujuan untuk
menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Fungsi utama model pengajaran yang dibina
oleh pakar-pakar pendidikan ialah :

• Memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru tentang langkah-langkah


mengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta melaksanakan
proses pengajaran.

UMS
TZ10103

• Membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam proses
pengajaran sebagai rujukan; dan
• Sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk
proses pengajaran yang selanjutnya.

Oleh kerana pengajaran yang berkaitan rapat dengan pembelajaran banyak teori pembelajaran
telah diubahsuai menjadi model pengajaran masing-masing.

7.5 MODEL EKSPOSITORI


Perkara ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran
ekspositori merpakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung
kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian
pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam
model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan
teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku
rekod mereka.

Pengenalan dan Murid-murid Murid-murid


penerangan isi mendengar mengingat dan
Hasil Pembelajaran
pelajaran penerangan merekod isi
penting

Misalnya, guru boleh menggunakan model ini menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau
teorem matematik. Cara-cara penyampaiannya dengan menggunakan model ekspositori adalah
dihuraikan seperti berikut:

• Menerng, menginterpretasi dan menguraikan idea dan konsep daripada buku teks.
• Menerang sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk-bentuk
geometri.
• Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran
yang telah dipelajari.
• Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.
UMS
TZ10103

7.5.1 Implikasi Pengajaran Model Ekspositori

Kebaikan menggunakan model ekspositori ialah guru dapat menjimatkan masa ketika
menyampaikan pelajaran dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua makluat
tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan
mendengar sahaja. Sebagaimana yang dinyatakan, kaedah ekspositori hanya sesuai digunakan
untuk menyampaikan pelajaran dala peringkat perkembangan sahaja. Jika kaedah ini digunakan
untuk keseluruhan waktu mengajar, kaedah ini akan menjadi kaedah syarahan yang dianggap
kurang berkesan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Di antara kaedah-kaedah mengajar, kaedah ekspositori merupakan salah satu kaedah


yang paling berkesan dalam penyampaian kemahiran, konsep dan prinsip matematik, sains dan
sebagainya. Kaedah ekspositori ini adalah serupa dengan teori pembelajaran Ausebel yang
menggunakan ‘Pengelola Awal’ untuk memperkenalkan suatu pelajaran baru.

7.6 MODEL INKUIRI


Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini
memerlukan murid mengenal pasti solan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti
kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan. Soalan-
solan berikut adalah contoh soalan bermasalah yang biasaya dikemukakan untuk diselesaikan
melalui kaedah inkuiri.

• Bagaimanakah pokok bernafas?


• Mengapakah buaya tidak boleh dikelaskan sebagai amfibia?
• Apakah faktor-faktor yang membawa kepada masalah pencemaran?

Kaedah inkuiri ini boleh dikendalikan berdasrkan salah satu daripada tiga model berikut, iaitu:

1. Model inkuiri sains yang digunakan untuk mengkaji prinsip fenomena dan ciri-ciri unsur
sains. Proses kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal selidik yang
dihuraikan dalam Model Dewey seperti berikut:

Mengenal Mencari Menilai


pasti Maklumat Membuat Menguji dan
masalah Rumusan Hipotesis Hipotesis Membuat
Rumusan
Rajah 7.3 Proses Penyelesaian Masalah

UMS
TZ10103

Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan mengenalpasti aspek-aspek
yang penting yang terkandung dalam masalah. Peingkat mencari maklumat melibatkan aktiviti
mengumpu bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Peringkat
menguji hipotesis merupakan proses perlaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian, manakala
peringkat menilai dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian yang telah digunakan
dalam proes penyelesaian masalah.

2. Model inkuiri sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan
bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti
pemerhatian, temubual atau soal selidik. Model inkuiri social menegaskan proses interaksi social.
Model ini merangkumi enam langkah seperti berikut:

2.
Pembentukn
hipotesisi oleh
3.
1. murid
Memberi
Pembentukan
definisi kepada
masalah oleh
hipotesis
guru.

6. 4.
Membuat Perbincangan
kesimpulan 5. kesahan
atau rumusan Mencari hipotesis
sokongan untuk
hipotesisis

Rajah 7.4 Model inkuiri social

UMS
TZ10103

3. Model inkuiri juris preduntial yang digunakan untuk mencari kebenarandan ketepatan isu-isu
seperti Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera. Proses inkuiri ini adalah
berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.

Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu
inkuiri terbibing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid-
murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Dalam aktiviti inkuri terbuka, murid-murid tidak
diberikan sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri. Inkuiri jenis
ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih timggi.

4. Model inkuiri Suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskan andaian bahawa
strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaj selidik boleh juga
digunakan sebagai model pengajaran salam matapelajaran sekolah, khasnya matapelajaran sains.

Langkah-Langkah Model Inkuiri Suchman

• Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan.


• Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yan dikemukakan.
• Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data yang berkaitan.
• Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan tujuan membentuk
teori yang berkaitan.
• Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau syarat yang
berkaitan dengan teori yang dibentuk.
• Guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses minkuiri yang dijalankan
dengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang telah didapati dahulu.

Implikasi Model Inkuiri Suchman Dalam Proses Pengajaran

• Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakan


bahan pelajaran yang sesuai.
• Merancangkan langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip ataupun teori
dengan jelas dan terperinci.
• Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong daripada objektif
pelajaran.
• Menggalakakan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru
memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan.
• Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil
inkuiri pelajar.
UMS
TZ10103

7.7 MODEL INKUIRI- PENEMUAN


Model inkuiri-penemuan sebenarnya terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan kaedah
penemuan. Namun konsep kaedah inkuiri dan kaedah penemuan adalah berlainan, tetapi
pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah
sama. Seperti kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, model inkuiri-penemuan merangkumi
semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah
ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari cirri-ciri yang
sama untuk membentuk satu generalisasi yang diharapkan. Rajah 7.5 berikut menunjukkan
proses pembelajaran dengan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan.

Mengenal Merancang Mengumpul Mengkaji Membuat


pasti topik strategi maklumat dan generalisasi
kajian penyelesaian yang menganalisis atau
berkaitan maklumat rumusan

Rajah 7.5 Proses Pembelajaran Melalui Kaedah Inkuiri-Penemuan

Langkah-langkah Pengajaran Melalui Kaedah Inkuiri Dan Penemuan

Pada amnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah inkuiri dan penemuan
mengandungi lima peringkat utama iaitu:

Peringkat Aktiviti Inkuiri-Penemuan


• Menentukan topik kajian oleh guru.
Mengenal pasti topik kajian • Mendedahkan topik kajian kepada murid.
• Berbincang tujuan kajian dengan murid.
• Meramal dan membuat hipotesis.
Merancang strategi penyelesaian • Menentukan cara menjalankan kajian
melalui aktiviti soal jawab.
• Mengumpul maklumat melalui cara
memerhati, menyukat, melakukan
kMengumpul maklumat yang berkaitan
eksperimen atau membuat rujukan.
• Mencatat maklumat yang telah dikumpul.
• Menjadualkan dan mengelaskan maklumat.
Mengkaji dan menganalisis maklumat
dikumpul • Menginterpretasikan dan mentafsir
maklumat.
• Membuat generalisasi atau rumusan
berdasarkan hasil pentafsiran.
Membuat generalisasi atau rumusan
• Merekodkan generalisasi atau rumusan
dalam buku nota.

UMS
TZ10103

7.8 MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA


DEPAN

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan ialah suatu strategi pengajaran secara saintifik yang
dibina untuk melatih murid memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan
bertanggungjawab. Dengan ini, menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai
cabaran hidup dan membuat keputusan.

Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan masa depan diperkenalkan untuk


membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang
berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta menerima dan menangani segala perubahan.
Pengajaran Kajian Masa Depan (KMD) adalah suatu kaedah di mana murid menggunakan
pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau masa depan perubahan masa lalu ke sekarang dan
meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi berpusatkan murid dan menggabungjalinkan
pelbagai bidang seperti Pendidikan Moral Pendidikan Alam Sekitar. Nilai Murni seperti
bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Analogi pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan ialah bagaimana seorang pemandu
memandu, “untuk sampai ke destinasi ia perlu memandang ke hadapan, menggunakan
cermin pandang belakang, cermin sisi dan cermin hadapan.”

Petikan dari R. Slaughter, Future Tools and Techniques (m/s20) DMM Media Group, 1995

UMS
TZ10103

7.81 Konsep Kajian Masa Depan.

Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan menekankan beberapa konsep utama antaranya
ialah :
• Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa depan
• Berkomunikasi secara berkesan tentang hal masa depan
• Membuat kajian dan mengurus tentang hal masa depan
• Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan
• Membina sikap dan nilai tentang masa depan

KMD memberikan kesedaran dan merangsang minda berfikir tentang isu, masalah dan peluang
yang bakal dihadapi.
• Membuat ramalan berkaitan gaya dan perubahan yang akan berlaku
• Menjangkakan dan meramalkan kesan dan akibat sesuatu fenomena
• Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal dan menangani
perubahan

7.8.2 Prinsip dan Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

1. Prinsip Perubahan.
Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan
sebagainya, berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk
membuat keputusan dan merancang.
2. Prinsip Pandangan Jauh
Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia dekat.
Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat
yang lain. Kemahiran pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-
langkah perlindungan atau pencegahan sebelum sesuatu perkara berlaku
3. Prinsip Perancangan Strategik
Andaian terhadap masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi rancangan kita pada
masa kini.
UMS
TZ10103

4. Prinsip Pengupayaan
Remaja selalunya prihatin tentang masa depan mereka. Oleh itu, mereka perlu belajar
kemahiran perancangan strategic, cara menangani masalah serta cara penyelesaian
masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan
atau sesuatu yang tidak dijangka.

7.8.3 Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Di Bilik Darjah

Terhadap Murid Terhadap Guru

• Merangsang murid berfikir • pengajaran dan pembelajaran yang


berpusatkan murid.
• Menyemai semangat optimistic tentang
masa depan • Guru berperanan sebagai fasilitator kerana
murid memainkan peranan sebagai
• Menggalakkan murid memahami
peneroka yang aktif
kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu
• Pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan,
• Berupaya menangani dan menyelesaikan
visual, audio, kinestetik dan komunikasi
isu-isu kritikal
berpusatkan murid boleh digunakan.

• Menyediakan murid meneroka alam


• Iklim dalam bilik darjah seronok, menarik
pekerjaan masa depan
dengan suasana kreatif serta persekitaran

• Menyemai keyakinan diri untuk yang boleh merangsang murid untuk

menghadapi cabaran masa depan belajar.

• Melatih menyelesaikan masalah dan


membuat keputusan

• Murid berminat dan seronok kerana


mereka boleh mengeluarkan idea dan
pandangan tentang sesuatu tema

UMS
TZ10103

7.8.4 Komponen Kajian Masa Depan

Kemahiran Asas Kajian Masa Depan Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan

• Membuat ramalan tentang trend dan • Pemahaman konsep kajian masa depan
perubahan yang akan berlaku berdasarkan
• Pengumpulan maklumat
pengetahuan dan maklumat yang sedia
ada. • Ramalan dan analisis

• Menjangka kesan atau akibat sesuatu • Imaginasi dan kreativiti


fenomena, trend atau perubahan masa
depan • Strategi mengatasi cabaran

• Menggunakan sumber manusia dan • Proses inovasi sosial


sumber lain bagi mengawal, menangani
• Membina senario
serta mengendalikan perubahan supaya
mendapat manfaat yang maksimum. • Penjelasan nilai dan masa depan

• Dimensi kemapanan

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan, merupakan satu cara untuk memperoleh gambaran
tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku
seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku serta cara untuk
menyelesaikannya. Pengajaran berasaskan kajian masa depan mengandungi lima bahagian
seperti yang ditunjukkan dalam jadual di sebelah

UMS
TZ10103

Bahagian Penjelasan

Bahagian 1 Mengandungi penerangan am daripada aspek objektif modul latihan,


prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan
Mengandungi konsep belajar sendiri yang menerangkan konsep utama
dan pemahaman pengajaran kajoan masa depan. Konsep utamanya ialah :
1. Membina sikap dan nilai masa depan
2. Berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan
3. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal masa depan
4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa
Bahagian 2
depan
5. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang
hal masa depan

Bahagian 3 Rangka Perancangan iaitu cara menjalankan pengajaran berasaskan


kajian masa depan serta renungan dan penilaian kendiri.

Bahagian 4 Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang diketahui yang merangkumi


perincian dan nota guru.

Bahagian 5 Berkonsepkan penambahan ilmu

7.8.4 Cara Menjalankan Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan.

Pengajaran berasaskan kajian masa depan bertujuan meletakkan asas yang kukuh bagi murid
untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pandangan (sikap) yang diperlukan untuk turut
serta dalam kehidupan secara berkesan pada masa sekarang dan masa depan.

1. Guru memulakan perancangan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan


Pelajaran Pendidikan Kesihatan dengan memilih tunjang dan tajuk bagi memenuhi
tujuan ini.

UMS
TZ10103

2. Guru mengembangkan tunjang dan tajuk bagi Pendidikan Kesihatan dari perspektif
pemahaman konsep masa depan
3. Perspektif ini dirancang sebagai aktiviti yang akan mengambil kira bahan kandungan
Pendidikan kesihatan, nilai dan kemahiran khusus Kajian Masa Depan.
4. Guru mempertimbangkan perkara-perkara yang berikut:
a) Apa? (berkenaan dengan kurikulum)
b) Bagaimana? (berkaitan dengan pelaksanaan)
c) Mengapa? (berkaitan pemahaman dengan konsep masa depan7.9 Model
Pembelajaran Berasaskan Masteri

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus


kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran Masteri
murid boleh diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka
sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

7.9.1 Kewajaran Pembelajaran Masteri.

Pembelajaran Masteri wajar dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu
menyedari bahawa :

i. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan pembelajaran yang berbeza


ii. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
iii. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

7.9.2 Prinsip asas dalam pembelajaran Masteri :

i. Murid normal bolah mempelajari apa yang diajarkan oleh guru


ii. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai
iii. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran
yang ditentukan
iv. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

UMS
TZ10103

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri

Hasil pembelajaran ditentukan Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau


unit pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria


bermakna, berkesan, menarik dan seronok (URK)

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang Murid perlu menguasai 80% aras Masteri yang
berkesan ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit lain.

Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang
yang belum menguasai aras Masteri tekah mencapai aras Masteri

7.9.3 Langkah Pembelajaran Masteri

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah perlu dilaksanakan. Langkah tersebut
digambarkan melalui model berikut

UMS
TZ10103

7.10 MODEL PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar
memperoleh kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber
pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses
kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran
secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat,
keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.

7.10.1 Prinsip PAK

Prinsip PAK menekankan kepada empat domain pembelajaran iaitu:

1. “Self-Directed” / Akses kendiri


2. “Self-Access” / Akses kendiri
3. “Self-Asses” / Kadar kendiri
4. “Self-Paced” / Langkah kendiri

Self-Directed adalah pembelajaran terarah kendiri di mana pelajar akan menentukan sendiri tajuk
dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari.

Self-Access adalah pembelajaran akses kendiri di mana pelajar mencari dan mendapatkan
maklumat mengenai tajuk yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Buku
rujukan, majalah, CD-ROM atau internet digunakan untuk mendapatkan maklumat

Self-Assessed adalah pembelajaran kadar sendiri di mana pelajar membuat penilaian atau
penaksiran sendiri mengenai tajuk yang dipelajarinya, adakah dikuasai atau tidak. Seandainya
pelajar tersebut telah menguasai tajuk tersebut maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain.

Manakala Self-Paced adalah pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri.
Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri
(KPM, 1997).

UMS
TZ10103

Pembelajaran Secara Individu Proses pembelajaran yang berkaitan


kepentingan individu terhadap pembelajaran

Kendiri Proses pembelajaran yang memerlukan


tanggungjawab pelajar untuk belajar sesuatu
Pembelajaran Arah
pelajaran dan berkeupayaan untuk memahami
sendiri.

Proses pembelajaran yang memerlukan pelajar


bertanggungjawab sepenuhnya tentang
Pembelajaran Sendiri
pelajaran mereka dan menentukan sendiri apa
yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.
Mereka juga turut menentukan apa yang ingin
dipelajari
Penetapan Pembelajaran
Proses pembelajaran di mana pelajar
pembelajaran langkah demi langkah mengikut
kadar sendiri.

7.11 MODEL PEMBELAJARAN SECARA ICT


Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Dalam konteks
penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti
digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan
keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang
munasabah. Pembelajaran penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai:

• Tutorial
• Penerokaan (exploratory)
• Aplikasi
• Komunikasi

UMS
TZ10103

7.11.1 ICT untuk Pembelajaran Tutorial.

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampaikan kandungan
pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial merangkumi :

 Pembelajaran ekspositori
 Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babak nya oleh
sistem
 Latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem

Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer


dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ICT dan perisian kursus yang ada pada hari
ini kebanyakannya berciri multimedia. Penggunaan istilah Intelligent Computer Assisted
Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini amat seiring dengan
perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan.
Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut :

 Mempersembahkan maklumat
 Menilai pencapaian
 Membimbing
 Menyediakan dan memberi latihan
a. Situasi yang sesuai menggunakan pendekatan ini

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut:

• Kelas yang mengandungi murid yang ramai dengan kemampuan yang berbeza
• Guru terpaksa bertugas di luar dan kelas diselia oleh guru ganti.
• Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru
• Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.

b. Kelebihan menggunakan ICT


• Dapat mengindividukan pembelajaran
• Murid belajar mengikut kemampuan sendiri
UMS
TZ10103

• Meningkatkan motivasi murid untuk belajar


• Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau penyeliaan guru yang minimum.

7.11.2 ICT untuk pembelajaran penerokaan (Exploratory)

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai
medium untuk:

• Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan
sebagainya.
• Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
• Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh
murid.

Pendekatan konstruktivisme amat serasi dengan pendekatan ini. Penekanan kepada pemikiran
kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang
dibina melalui interaksi sosial. Selain daripada mengakses maklumat terus daripada internet,
guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensiklopedia,
pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperoleh di pasaran. Guru boleh mengawal
masa kerana pembelajaran penerokaan memakan masa yang terlalu panjang.

a. Situasi yang Sesuai Untuk Pendekatan Penerokaan


• Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan
• Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah
• Aktiviti berkaitan kajian masa depan
• Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

b. Kelebihan menggunakan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan


• Memberi peluang untuk murid menentukan haluan pembelajaran masing-masing
• Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran
• Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar
UMS
TZ10103

• Memberi peluang guru menerapkan pembelajaran moden.

7.11.3 ICT Sebagai Alat Aplikasi

ICT digunakan sebagai alat aplikasi kerana membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat P&P. Perisian aplikasi khusus
seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD), dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori
aplikasi yang membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran. Apabila sekumpulan murid
berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan
dan mempersembahkan hasil karangan ini, ICT telah digunakan secara bermanfaat. Situasi ini
turut menggambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya yang menyatakan budaya
atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran – murid saling mempelajari dan
membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal)
dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; Mclnerney & Mclnerney, 1998)

Dengan bantuan aplikasi ini, murid dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti
pembelajaran yang autentik. Kelebihan lain menggunakan ICT sebagai alat aplikasi ialah :

a. Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran.


b. Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda murid
c. Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

7.11.4 ICT sebagai alat pemudah Komunikasi

ICT digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini
membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:

• Teks dan Grafik


• Audio dan Video
• Kombinasi pelbagai mod

UMS
TZ10103

7.11.5 ICT sebagai alat komunikasi dalam P&P

Terdapat empat teknik untuk komunikasi ICT :

• Teknik seorang – sendirian


• Teknik seorang kepada seorang
• Teknik seorang kepada ramai
• Teknik ramai kepada ramai

Komunikasi global melalui ICT membolehkan murid bertukar maklumat, budaya dan geografi
bagi membolehkan mereka menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman
mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda
mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik. Secara tradisinya, hampir semua guru
mahu anak murid mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka
sampaikan. Perbuatan murid bertanya atau bercakap sesama mereka dianggap mengganggu
pembelajaran. Namun, teori pendidikan kini, menghendaki murid menguasai kemahiran
komunikasi yang dilihat berupaya meningkatkan keyakinan murid.

Kelebihan ICT sebagai alat pemudah komunikasi

• Boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif


• Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group.
• Boleh melihat pakar dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.

UMS
TZ10103

RUMUSAN
Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah menjadi satu keutamaan bagi seorang
guru mengambil kira beberapa perkara termasuklah matlamat pendidikan, kurikulum mata
pelajaran yang diajar dan persekitaran. Seperti di negara kita matlamat pendidikan adalah
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan perkembangan individu
yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Manakala kurikulum bagi satu-
satu mata pelajaran pula di bekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab ke atas pengajaran masing-masing


termasuklah merancang, mengajar dan menilai sendiri. Selain itu, guru juga harus memberi
pertimbangan yang rapi mengenai persekitaran pembelajaran. Dalam pengajaran harian, sebagai
guru hendaklah mengenal pasti isi pengajaran yang hendak disampaikan berdasarkan kurikulum
dan sukatan pelajaran, kemudian memikirkan pendekatan, strategi, kaedah yang sesuai dan
selaras dengan keperluan, minat dan kebolehan murid-murid. Guru yang berkesan tidak akan
menggunakan amalan-amalan yang sama pada setiap sesi pelajaran, sebaliknya, guru tersebut
akan senantiasa membuat refleksi terhadap pengajaran mereka, membuat pemerhatian untuk
mengenal pasti kefahaman murid-murid seterusnya mengubahsuai amalan mengikut keperluan.

FIKIR! Penerokaan Lanjutan

1. Jelaskan elemen-elemen penting dalam pembelajaran Masteri dan bagaimana ia


diaplikasikan dalam P&P seharian.

2. Cuba anda fikirkan bagaimana penubuhan dan fungsi Pembelajaran Akses


Kendiri dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

3. Anda seorang guru Bahasa Melayu, sediakan satu persediaan mengajar dengan
memilih mana-mana topik yang sesuai untuk mengajar melalui ICT

UMS

Você também pode gostar