Você está na página 1de 3

REFLEKSI AKTIVITI KEUSAHAWANAN (KUMPULAN)

Pada tarikh 14 hingga 18 februari 2011, saya dan ahli kumpulan dua yang lain bagi subjek
keusahawanan di fakulti pendidikan telah mengadakan aktiviti jualan. Kumpulan kami adalah
di bawah seliaan Cik Hajah Halimah Harun. Pada tarikh tersebut, bukan kumpulan kami
sahaja yang menjual, bahkan terdapat 5 lagi kumpulan lain yang turut serta dalam aktiviti ini.
Untuk pengetahuan semua aktiviti jualan ini merupakan suatu tugasan yang perlu kami
langsaikan bagi membolehkan kami memperoleh markah yang baik di dalam subjek
Pendidikan Pengenalan dan Pembangunan Keusahawanan (GGGU 3123) ini.

Tujuan aktiviti jualan ini diadakan adalah bagi melihat sejauh manakah pelajar-pelajar
mengambil manfaat daripada teori-teori keusahawanan yang dicurahkan oleh pensyarah-
pensyarah di dalam kelas. Ia dapat dilihat melalui cara pelajar-pelajar mengendalikan suatu
perniagaan dan bekerja secara kumpulan. Selain itu, aktiviti jualan ini juga dapat memberi
peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak pernah langsung mempunyai peluang untuk
berniaga supaya dapat merasai pengalaman menjalankan perniagaan walaupun hanya sekadar
perniagaan kecil-kecilan. Sebagai contohnya, bagi kumpulan saya, tiada seorang pun
daripada ahli kumpulan yang mempunyai pengalaman di dalam aktiviti perniagaan. Jadi,
secara tidak langsungnya, pengalaman berniaga pada minggu keusahawanan di fakulti
pendidikan telah menjadi pengalaman pertama bagi kami. Lantaran itu, terdapat begitu
banyak kelemahan yang perlu kami perbaiki agar kami dapat menjadikan pengalaman
pertama ini sebagai asas untuk menjadi bukan sahaja seorang guru yang cemerlang, malah
guru yang bijak mengambil peluang. Iaitu, peluang untuk memajukan diri di dalam bidang
perniagaan bagi membantu anak bangsa dan negara.

Sebelum aktiviti berniaga ini dijalankan, Cik Halimah Harun telah menyuruh kami
untuk menyediakan satu rancangan perniagaan yang rapi. Rancangan Perniagaan ini
merupakan satu alat yang penting untuk melancarkan lagi aktiviti perniagaan yang bakal
dijalankan. Selain itu, di dalam rancangan perniagaan ini terdapat elemen-elemen yang perlu
ada di dalam sesebuah perniagaan yang berdaya maju. Antara elemen-elemen yang
terkandung di dalam rancangan perniagaan adalah analisis-analisis perniagaan, ramalan-
ramalan dan jangkaan-jangkaan serta cara-cara perlaksanaan strategi perniagaan,.
Di dalam rancangan perniagaan yang telah kumpulan kami bina, kami telah bercadang
untuk mengadakan jualan yang berkonsepkan roti. Hasil daripada pemikiran bersama, telah
tercetus satu nama bagi syarikat kami iaitu ‘ROROROTI BHD’. Pada mulanya, kami
merancang untuk menjual beberapa jenis makanan yang berkonsepkan roti seperti Sardin
Roll, Roti bakar, Sandwich, dan Roti Sosej. Akan tetapi, terdapat banyak kekangan dan
jangkaan negatif daripada bakal para pelanggan yang menyebabkan kami menukar menu
makanan yang hendak dijual. Akhirnya, kami bercadang untuk menjual Roti bakar, sardin
gulung, jemput-jemput panas, air keladi dan sarsi.

Perniagaan kami bermodalkan wang RM 50 yang telah dikeluarkan oleh setiap


individu di dalam kumpulan. Kami telah memilih untuk membeli bahan mentah di Kilang
Pemborong di Kajang kerana barang-barang di situ boleh dibeli dengan harga boring dan
secara tidak langsung kos pembelian bahan mentah dapat dikurangkan. Bagi barang-barang
yang tidak boleh didapati di kilang itu, kami telah membeli di Pasaraya Econsave dan
Maiden. Ketika membeli barang mentah, kami mempunyai sedikit masalah untuk
menjangkakan jumlah bagi setiap unit barang yang perlu dibeli. Walaubagaimanapun
jangkaan awal yang telah dibuat di rancangan perniagaan amat membantu kami dalam
mempercepatkan urusan membeli bahan mentah. Masalah ini timbul mungkin kerana masing-
masing tidak mempunyai pengalaman di dalam aktiviti berniaga. Kesannya, terdapat
beberapa jenis barang mentah yang tidak digunakan serta tidak habis dijual.

Secara keseluruhannya, segala bahan makanan yang kami jual adalah hasil daripada
air tangan kami sendiri. Apa yang kami fikir ketika memilih mahu menjual sardin gulung, roti
bakar, jemput-jemput panas serta air ialah makanan dan minuman ini mudah untuk
disediakan sendiri.Justeru, kami dapat mengurangkan kos upah orang luar. Selain itu, kami
juga ingin menjual sesuatu yang ringkas, mudah serta sesuatu yang ramai orang akan suka
makan. Bagi sardin gulung, jualannya tentu akan mendapat sambutan jika sardin yang kami
masak itu sedap dan kami menggoreng roti sardin itu pada masa jualan itu juga(panas-panas).
Bagi jemput-jemput panas pula, kos bahan mentah yang diperlukan amat murah tetapi hasil
yang boleh dikeluarkan adalah banyak. Mungkin kami boleh mengaut keuntungan daripada
itu. Seterusnya, roti bakar pula akan kami jual jika ada permintaan. Tambahan lagi, ia
hanyalah sekadar jualan sampingan untuk mempelbagaikan bahan makanan yang kami jual.
Kemudian, untuk jualan air, sepertimana yang sedia maklum, antara jualan yang amat
menguntungkan adalah jualan air.Kita dijangkakan dapat mengaut keuntungan lebih daripada
100% atau lebih dengan menjual air. Ini adalah daripada apa yang kami fikir.
Walaubagaimanapun, segala perkara yang dirancang tidak semuanya akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Berdasarkan laporan kewangan jualan yang dihasilkan,
didapati kami telah mengalami sedikit kerugian. Tetapi, pada pendapat kami, fenomena
mengalami kerugian merupakan adat perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan kami ini baru
berlangsung selama 4 hari.Kami masih lagi banyak kekurangan dari sudut mempromosi serta
memasarkan bahan jualan. Kemudian, mungkin terdapat banyak kesilapan semasa proses
menentukan harga bahan jualan. Kami tidak mengambil kira dan kurang memberi perhatian
kepada kos-kos kecil sebagai contohnya kos menyewa peralatan, gaji pekerja dan lain-lain.
Terakhir kali, pada pendapat kami lokasi di gazebo fakulti pendidikan adalah lokasi yang
kurang strategik kerana tidak begitu banyak kelas yang dijalankan di fakulti pendidikan.
Sebagai contohnya, bagi pelajar pendidikan yang ambil major sains, pendidikan islam serta
TESL, semua subjek major akan dipelajari di fakulti masing-masing.Jadi, fakulti pendidikan
ini boleh dikatakan kurang meriah jika mahu dibandingkan dengan fakulti lain sebagai
contohnya Fakulti Sains dan Teknologi.

Kesimpulannya, banyak manfaat dan kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti
keusahawanan ini.Akan tetapi, aktiviti ini tidak akan berjalan jika tiada wujudnya kerjasama
yang padu di antara ahli kumpulan. Sikap toleransi dan bantu-membantu yang telah di
sumbangkan daripada diri setiap individu ahli kumpulan

Você também pode gostar