Você está na página 1de 32

BIL.

PERKARA M/SURAT

1 BORANG REKOD KOLABORASI i

2 PENGHARGAAN ii

3-4 BIODATA PELAJAR iii-vi

5 AKTA PENDIDIKAN 3-6

1.0 HAK ASASI KANAK-KANAK BERDASARKAN KONVENSYEN

HAK KANAK-KANAK 1989

1.1 AKTA PENDIDIKAN (AKTA 550) 6-10

2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN 11-12

3.0 KEMUDAHAN DAN CIRI FIZIKAL 13-16

4.0 PROGRAM AKTIVITI HARIAN 16-18

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PRASEKOLAH 19-24

6.0 BROSUR 25

6 REFLEKSI 26-31

7 BIBLIOGRAFI 32

1
AKTA
PENDI
DIKAN
1.0.HAK ASASI KANAK-KANAK BERDASARKAN KONVENSYEN HAK KANAK-
KANAK 1989

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan


perlindungan khas.Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan
utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi
mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan
yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir,
kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak.
Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa
dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai
oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20
November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara
perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak
terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara
29.
Dalam hal yang terkandung dalam perkara 2,negara-negara pihak
hendaklah menghormati dan memastikan bahawa hak-hak yang dinyatakan
dalam konvensyen ini diberikan kepada setiap kanak-kanak dalam bidang
kuasa mereka tanpa mengira apa-apa jenis seperti diskriminasi, bangsa,
warna, jantina, bahasa, dan sebagainya.Bagi perkara 3 pula,dalam segala
tindakan berkenaan dengan kanak-kanak sama ada yang diaku janji oleh
institusi kebajikan masyarakat awam atau swasta, mahkamah, pihak berkuasa
pentadbiran atau badan perundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak itu
hendaklah menjadi pertimbangan utama dan negara-negara pihak mengaku

1
janji untuk memastikan kanak-kanak itu diberi perlindungan dan jagaan yang
diperlukan bagi kesejahteraannya

Dalam perkara yang terkandung untuk perkara 6 bagi hak pendidikan


perkembangan kanak-kanak ialah negara-negara pihak mengiktirafkan bahawa
setiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan mereka perlu
memastikan setakat yang sebanyak mungkin untuk kewujudan dan perkembangan
kanak-kanak tersebut.Melalui kewujudan dan perkembangan ini setiap kanak-kanak
mempunyai hak sedia ada untuk hidup serta negara juga mempunyai obligasi bagu
memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

Perkara yang terkandung dalam perkara 18 pula, negara-negara pihak


hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan
prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi
didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau mengikut mana-mana yang
berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi
didikan dan perkembangan kanak-kanak.Kepentingan terbaik kanak-kanak akan
menjadi perhatian asas.Tanggungjawab ibubapa pula adalah untuk membesarkan
kanak-kanak, dan negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini.Negara
hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibubapa dalam
pembesaran anak mereka. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang
dinyatakan dalam Konvensyen ini, negara-negara pihak hendaklah memberi bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan
tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan
institusi,kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.
Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan
bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada
perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

Bagi hal yang terkandung dalam perkara 27, negara-negara pihak mengiktiraf
hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan
fizikal, mental, kerohanian,kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.
Taraf hidup setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi
bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial.
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak
mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan

1
bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh
termasuk bantuan material kepada ibubapa dan anak-anak mereka.Ibu bapa atau
orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab
utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka,
keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.
Perkara 28 pula,negara-negara pihak perlu mengikut keadaan negara dan
mengikut kemampuan mereka,disamping hendaklah mengambil segala langkah
yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab
bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan,
memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya
berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.Negara-Negara Pihak
hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya
mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang
mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara
Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai
tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang
berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah
menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian
sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya. Perkara 29 pula,negara-
negara pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan
kepada perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-
kanak pada tahap potensi yang paling tinggi.Perkembangan rasa hormat bagi hak
asasi manusia dan kebebasan asasi dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub
konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak dalam piagam Perutubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu dan perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti
kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang
diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya berasal dan bagi tamadun
yang berbeza daripada tamadunnya sendiri.

Hal yang terkandung dalam perkara 30,dalam negara di mana wujudnya minoriti,
etnik, agama atau linguistik atau orang-orang yang asal-usulnya penduduk asli,
seseorang kanak-kanak yang tergolong dalam minoriti sedemikian atau ialah
penduduk asli tidaklah boleh dinafikan hak, dalam komuniti dengan anggota

1
kumpulannya yang lain untuk menikmati kebudayaanya sendiri, menganut dan
mengamalkan agamanya sendiri atau untuk menggunakan bahasanya sendiri.

Perkara 32,negara-negara pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untuk dilindungi


daripada eksploitasi ekonomi dan daripada menjalankan apa-apa kerja yang
berkemungkinan berbahaya atau menganggu pendidikan kanak-kanak itu, atau
adalah mendatangkan keburukan kepada kesihatan kanak-kanak atau
perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan mahupun sosial kanak-kanak
itu. Perkara 34 pula,negara-negara pihak mengaku janji untuk melindungi kanak-
kanak daripada segala bentuk pengeksploitasian seks dan penderaan seksual. Bagi
maksud ini, Negara-Negara Pihak hendaklah secara khusus mengambil segala
langkah kebangsaan, dwi pihak dan berbilang pihak yang sewajarnya untuk
mencegah dorongan atau paksaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam apa-
apa aktiviti seks yang menyalahi undang-undang.Penggunaan bersifat
mengeksploitasi kanak-kanak dalam pelacuran atau apa-apa amalan seks yang
menyalahi undang-undang dan penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak
dalam persembahan dan bahan lucah.

1.1.AKTA PENDIDIKAN (AKTA 550)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-
perkara yang berkaitannya.Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah
tujuan negara dan penyelamat bangsa.

Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat


Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia
yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan
pesat sains, teknologi dan maklumat.

Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan


wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi
kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah
mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.

Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem


pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara
Malaysia.

1
Terdapat enam belas bahagian yang terkandung dalam akta pendidikan ini iaitu
bahagian 1 ialah permulaan,bahagian 2 iaitu pentadbiran,bahagian 3,majlis
Penasihat Pend. Keb.bahagian 4 ,sistem Pendidikan Kebangsaan bahagian
5,penilaian dan peperiksaan,bahagian 6, pendidikan tinggi dan bahagian 7,institusi
Pendidikan Swasta.Bagi bahagian 8 ialah pendaftaran institusi pendidikan,bahagian
9,pendaftaran Guru 10,bahagian 11 jemaah nazir sekolah,bahagian
12,kewangan,bahagian 13,rayuan,bahagian 14,peraturan-peraturan,bahagian
15,kesalahan dan penalti dan bahagian 16,pelbagai dan peralihan dan pemansuhan

Akta ini boleh dinamakan juga Akta Pendidikan 1996 yang mula berkuatkuasa
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta
dan Menteri juga boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukkan yang
berlainan dalam Akta ini.Tafsiran yang terkandung dalam Akta ini,melainkan jika
konteksnya menghendakki makna yang lain ialah “bahasa cina” ertinya bentuk
bahasa cina yang biasanya dikenali sebagai bahasa mandarin dan “bahasa
kebangsaan “ pula ertinya bahasa melayu sebagaimana yang ditentukan dalam
Perkara 152 Perlembangaan Persekutuan.”Ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh
peraturan-peraturan yang dibuat Akta ini iaitu “fee yang diluluskan” oleh Menteri iaitu
“ guru “,ertinya seseorang yang mengajar disesuatu institusi pendidikan atau
menyediakan atau mengeluarkab bahan pengajaran atau memeriksa jawapan yang
dikembalikan bagi melalui pusat pendidikan jarak jauh.

Dan seterusnya “ ibu bapa “ termasuklah penjaga dan mana-mana orang yang
mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang
murid.” Institusi pendidikan ertinya pula sekolah atau mana-mana tempat lain,di
maan dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi ,orang lazimnya
diajar,sama ada di dalam atu kelas atau lebih,termasuklah tadika dan pusat
pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk mana-mana tempat di mana
pengajaranya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata.

“ Pendaftaran “ pula ertinya Pendaftaran Sekolah dan Guru yang dilantik di


bawah subseksyen 5(3) dan termasuklah Ketua Pendaftar.” Pendidikan
Pengembangan “ ertinya pendidikan sepenuh masa atau separuh masa bagi orang
yang tidak mengikuti kursus pengajian.”Pendidikan Prasekolah “ pula ertinya
program pendidikan bagi murid yang berumur empat hingga enam tahun dan bagi “

1
pendidikan wajib “,ertinya pendidikan rendah yang ditetapkan menjadi pendidikan
wajib di bawah subseksyen 29A (1).

“ Perkhidmatan Pendidikan “ ertinya suatu perkhidmatan awam di bawah perenggan


(1) (h) Perkara 132 Perlembangan Persekutuan.”Premis” juga ertinya mana-mana
bangunan yang digunakan sebagai institusi pendidikan dan termasuklah mana-mana
bangunan bagi maksud menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain bagi murid
dan kakitangan institusi itu tetapi tidak termasuk mana-mana tanah yang menjadi
tapak bangunan itu.

“Sumbangan bantuan “ ertinya semua jenis bantuan daripada awam,selain


daripada sumbangan modal,yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan.”
Sumbangan modal “ ertinya bayaran daripada orang awam kepada sesuatu institusi
pendidikan bagi mengadakan bangunan dan mengubah serta menambah premis
yang sedia ada.” Tadika “ ertinya mana tempat pendidikan prasekolah disediakan
untuk sepuluh orang murid atau lebih dan “ tarikh “ pula ertinya Akta ini mula
berkuatkuasa.

Dalam bahagian empat,bab satu,ialah sistem pendidikan kebangsaan yang


terdiri daripada pendidikan prasekolah,pendidikan rendah,pendidikan
menengah,pendidikan lepasan menengah dan juga pendidikan institusi tinggi,tetapi
tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.

Dalam bahagian bab dua,larangan terkandung penubuhan,pengendalian ataupun


pengurusan tadika.Dalam perkara ini,tiada tadika yang boleh ditubuhkan ataupun
dikendalikan melainkan jika tadika ini didaftarkan di bawah Akta ini.Seseorang yang
melanggar subseksyen (1) adalah merupakan suatu kesalah.Dalam kuasa Menteri
untuk menubuhkan tadika,Menteri boleh tertakluk kepada peruntukkan Akta ini ,untuk
menubuhkan atau menyeggarakan tadika.Bagi kurikulum Prasekolah
Kebangsaan,Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang perlu digunakan oleh semua tadika dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan.Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan
di bawah subseksyen hendaklah menyatakan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang
dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah
masing-masing.Mana-mana tadika pula yang bermaksud untuk melaksanakan apa-
apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

1
hendaklah ,sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian,memaklumkan
Ketua Pendaftaran tentang maksud ikut mengikut cara yang ditetapkan.

Bagi seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau ( 3) adalah melakukan


suatu kesalahan yang boleh ,apabila disabitkan,didenda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit ataupun dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duanya.Dalam penggunaan bahasa pengantar di tadika,walau apa pun subseksyen
17 (1),bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai
bahasa pengantar di tadika,tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa
kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.Kuasa untuk
membuat peraturan berhubung dengan pendidikan prasekolah,Menteri boleh
membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukkan bab
ini.Kemudian,bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak yang
ditubuhkan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
berhubung dangan taman sedemikian.

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 24 Akta Pendidikan


1996 (Akta 550 ),Menteri membuat peraturan –peraturan yang berikut iaitu nama dan
permulaan kuat kuasa.Peraturan peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-
peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002.Peraturan ini mula
berkuatkuasa pada 1 Januari 2003.Tafsiran yang terkandung dalam perkara
ini,melainkan konteksnya mengkenghendakki makna yang lain,”murid” ertinya kanak-
kanak yang berumur daripada empat hingga enam tahun yang kepadanya
pendidikan diberikan di sesuatu tadika.

Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,ia merupakan suatu program


pendidikan yang mengandungi elemen-elemen asas bagi membantu perkembangan
murid dalam pelbagai aspek termasuklah bahasa dan komunikasi,kognitif,kerohanian
dan nilai moral,emosi,social,jasmani dan kreativiti dan estetika.Setiap tadika pula
hendaklah menggunakan Kurikulum ini yang telah dikeluarkan oleh Ketua
Pendaftaran dari semasa ke semasa.Bahan Kurikulum yang digunakan bagi setiap
tadika hendaklah menggunakan apa-apa bahan yang sesuai dengan perkembangan
umur murid dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan di dalam dan di luar bilik darjah.Peruntukkan waktu
minimum bagi setiap tadika ialah memperuntukkan suatu tempoh masa minimum

1
sekurang-kurangnya tiga jam pada setiap hari persekolah untuk Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan.Kurikulum tambahan yang dilaksanakan bagi setiap tadika
ialah apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pendaftar sebelum
melaksanakan kurikulum tambahan tersebut dengan menggunakan borang yang
ditetapkan dalam jadual.

Seseorang guru hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu rekod yang


mana hendaklah direkodkan olehnya pengajaran dan pembelajaran Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftaran dan
rekod tersebut hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan oleh
Ketua Pendaftar.Jika rekod disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa
kebangsaan guru tersebut hendaklah mengemukakan atau mengadakannya untuk
pemeriksaan rekod dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh tiga puluh hari
daripada tarikh yang diarahkan oleh Ketua Pendaftaran.Bagi rekod kemajuan
murid,guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid
dan merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua
Pendaftar dari semasa ke semasa.Setiap pembatalan adalah mengikut peraturan-
peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah ) 1997 [ P.U.(A) 526/1997 ] dibatalkan.

1
2.0
SYARAT
DAN
Tiada operator tadika lain.
Permintaan masyarakat setempat.
Pihak kementerian mendapati di satu-satu
Biasanya masyarakat setempat
kawasan itu tidak atau kurang mempunyai
membuat usul melalui PIBG bagi
tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta
memohon disediakan prasekolah di
atau badan berkanun lain.
kawasan mereka.

Lokasi pedalaman/luar Kriteria Pemilihan Murid


bandar/pinggir
adalah warganegara
bandar/bandar. Syarat dan
Malaysia.Berumur 4 dan 6
kelayakkan
tahun.Dan setiap kelas 25
orang murid.

Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.


Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima kanak-
kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada
kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan
untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku kekosongan, pihak
sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah
terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak lain tanpa
meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.

Melalui pengurusan grafik di atas, menerangkan syarat dan kelayakkan


bagi kemasukkan dan penubuhan pengajaran dan pembelajaran prasekolah ialah
lokasi penubuhan yang terletak dikawasan luar bandar ataupun pinggir bandar.Ia
kerana kebanyakkan kawasan pinggir bandar mempunyai masalah kekurangan
kemudahan pembelajaran yang kondusif bagi penduduk setempat dalam mana
memperkembangkan lagi pembelajaran masyarakat di kawasan tersebut. Pihak
kementerian juga mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang mempunyai
tadika atau prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.Hal ini

1
bagi mengelakkan pembinaan kelas prasekolah tidak mendapat sambutan kerana
kebiasaannya penduduk yang tinggal di kawasan pinggir bandar berada dalam
kuantiti yang sedikit.

Keutamaan pemilihan kelayakkan murid dalam prasekolah pula adalah


berdasarkan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa dan penjaga.
Pendapatan ibu bapa harus di bawah jumlah rm 500 ke bawah.Tetapi,hal ini
bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat juga prasekolah yang menerima
kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih
ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi
peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku
kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari
kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan
barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu
bapa.Hal ini bagi memberi ruang kepada ibu bapa ataupun penjaga yang
berpendapatan kurang disamping memberikan peluang kepada mereka untuk
memberi keperluan dan kemudahan yang secukupnya dalam pendidikan anak-anak
mereka.

Kriteria pemilihan murid pula adalah mereka yang mempunyai warganegara


Malaysia.Berumur antara 4 dan 6 tahun iaitu dalam jangka masa setahun atau lebih
sebelum masuk ke tahun 1.Dan setiap kelas 25 orang murid.Guru ataupun tenaga
yang diperuntukkan dalam satu kelas adalah seorang dan dibantu juga oleh seorang
pembantu bagi membantu guru menguruskan hal-hal lain dalam prasekolah seperti
penyediaan masakkan dan sebagainya.

1
3.0
KEMUDA
HAN
Katil

Sekurang-kurangnya sebuah Penghawa dingin.


katil haruslah diletakkan di
Meletakkan sebuah penghawa dingin di dalam bangunan
dalam bangunan Prasekolah.
Prasekolah agar pelajar berasa selesa untuk belajar.

Dapur
Rak buku
Mewujudkan KEMUDAHAN
FIZIKAL Mengubah susun atur rak
sekurang-kurangnya
PRASEKOLAH buku tersebut dan
sebuah tingkap di
pindahkan di sebelah
dapur itu.
Pusat Keharmonian dan
Moral dan Mengubah
kedudukan rak tersebut
 Pusat permainan pasir
dan letakkan di sebelah
 Pusat pemeliharaan haiwan Pusat Kognitif.
 Pusat permainan luar
 Pusat kolam ikan

Persekitaran prasekolah yang selesa,menarik dan kemas dapat membantu


merangsang proses pengajaran dan mepbelajaran kanak-kanak.Ruang persekitaran
boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dalam dan luar.Bagi kemudahan
fizikalbahagian dalam,ialah kemudahan bilik darjah.Penyusunan rak perlu teratur
bagi membolehkan kanak-kanak nampak dengan lebih jelas lagi pilihan ruang bagi
menjalankan aktiviti.Selain itu,bahan berkaitan mudah diambil dan disimpan oleh
kanak-kanak.Ini menggalakkan kemahiran kanak-kanak bagi menyusun bahan
tersebut mengikut warna,jenis dan bentuk dan sebagainya.

1
Ruang penyediaan dapur pula perlu untuk pusat pendidikan kanak-kanak
peringkat awalnya.Melalui kewujudan ini,ia membenarkan pembantu menyediakan
minuman dan makanan yang berkhasiat dan bersih untuk kanak-kanak dengan cara
yang selamat.Selain itu,ruangan dapur juga perlu disediakan sekurang-kurangnya
sebuah tingkat bagi memudahkan pengaliran udara serta sekiranya berlaku
kecemasan,ia memudahkan kanak-kanak untuk menggunakan tingkap tersebut
sebagai inisiatif lain bagi menyelamatkan diri.Kemudahan bilik air juga perlu bagi
memudahkan kanak-kanak serta mengelakkan berlakunya kecederaan yang
berkemungkinan akan berlaku sekiranya bilik air dibina berjauhan dari kelas
prasekolah kerana pada ketika ini juga,kanak-kanak kurang mahir dalam menjaga
diri mereka.Tandas juga perlu diasingkan lelaki dan perempuan dan perlu kerap kali
dicuci bagi menjaga kebersihan serta sentiasa memastikan kanak-kanak memakai
selipar ketika ke tandas kerana mengelakkan kanak-kanak terjatuh kerana
permukaan lantai yang licin.

Bagi kemudahan luar kelas pula,kemudahan fizikal yang boleh membantu


dalam perkembangan kanak-kanak pusat manipulatif dan juga motor kasar.Pusat
manipulatif ini memerlukan satu kawasan yang luas dan sesuai.Oleh kerana kanak-
kanak akan sibuk bergerak dan berinteraksi ketika menjalankan aktiviti dipusat
ini,letakkan berdekatan pusat tersebut aktivit yang bising seperti pusat main masak
dan juga drama.Bahan lain yang perlu ada di pusat ini ialah blok pelbagai bentuk,rak
menyimpan barang,manik dan model-model seperti manusia,haiwan dan
sebagainya.

Bagi kemudahan fizikal untuk perkembangan motor kasar,kemudahan seperti


pusat pemeliharaan haiwan,kolam ikan,pusat permainan luar dan juga pusat bermain
pasir perlu disediakan.Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk meneroka dan bermain air sekiranya aktiviti luar diadakan.Secara tidak
langsung juga,perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui
penglibatan aktiviti ini.

Keselesaan yang kondusif dalan bilik darjah juga perlu diambil kira bagi
mewujudkan pembelajaran yang selesa.Penyediaan penghawa dingin perlu
sekurang-kurannya satu bagi memastikan perjalanan pembelajaran berjalan dengan
lancar dan kanak-kanak juga seronok untuk belajar.

1
Semua aspek ini perlu diambil kira kerana ia sememangnya penting bagi
pengajaran dan juga pembelajaran kanak-kanak dan secara tidak langsung ia
membantu bagi pertumbuhan perkembangan fizikal mereka.

CIRI-
CIRI
KESEL ALAT
PEMADAM
KEBAKARAN
LATIHAN
PINTU
MENGHADAPI
KEBAKARAN KECEMASAN

CIRI-CIRI
KESELAMATAN
PELAN
PILI BOMBA LALUAN
KECEMASAN

ALAT
PENGGERA
PENGESAN
KEBAKARAN
KEBAKARAN

Dalam pengurusan bilik darjah,ciri-ciri keselamatan juga harus diambil


kira bukan sahaja kemudahan yang perlu dititikberatkan.Pihak pengurusan

1
perlu menyediakan peralatan kecemasan terutamanya sekirangnya berlaku
sebarang kebakaran,dalam bilik darjah juga sekurang-kurangnya mempunyai
peralatan inisiatif lain seperti alat pemadam api,alat pengesan kebakaran,dan
juga pili bomba.Melalui penyediaan alatan ini,sekiranya berlakunya sebarang
kecemasan,ia boleh digunakan.

Pihak pengurusan juga perlu menyediakan latihan bagi menghadapi


kebakaran bagi memberi gambaran kepada kanak-kanak agar mereka tidak
panik sekiranya kejadian ini berlaku.Melalui latihan ini juga,pihak pengurusan
juga seharusnya menyediakan pelan laluan kecemasan,pili bomba dan juga
pelan laluan kecemasan serta menyediakan pelan laluan sekirannya sebarang
kecemasan kebakaran berlaku.Melalui penyedian ini juga,kanak-kanak
memperoleh pengetahuan bagaimana untuk menyelamatkan diri disamping
dengan bantuan guru.

Selain daripada ciri-ciri keselamatan sekirannya berlaku sebarang


kebakaran,pihak pengurusan juga perlu menyediakan “first aid “ sebagai
langkah persediaan sekirannya berlaku sebarang kecederaan sewaktu
menjalankan aktiviti.Kit ini menyediakan pelbagai alatan kecemasan yang
boleh digunakan sekirannya berlaku sebarang kecemasan dan boleh
digunakan dan membantu meringankan kecederaan yang dihadapi kanak-
kanak.

Melalui penyediaan peralatan keselamatan dan juga langkah-langkah


yang boleh diambil dalam langkah berjaga-jaga sekirannya berlaku sebarang
kecemasan yang berkemungkinan akan berlaku.

1
4.0
PROG
RAM Masa Aktiviti

AKTIVI
7.30-8.00 pagi 1. Ketibaan
Ketibaan(tidak  Ketibaan kanak-kanak
termasuk dalam  Tulis nama
TI
jadual harian)
(30 minit)
 Minum susu
 Kanak-kanak memilih aktiviti bebas

HARIA (contohnya seperti bermain lego,bercerita dengan


kawan-kawan dan juga menyiapkan tugasan seperti

N
8.00-8.10 pagi
mewarna gambar)
2. Persediaan awal/rutin
(10 minit)  Kemaskan mainan
 Cuci tangan dan ke tandas
 Membaca doa belajar
 Kalendar
8.10-8.40 pagi 3. Perbualan awal
(30 minit)  Circle time(berkenaan tahap kesihatan murid,sarapan
pagi,dll)
 Perbualan berkenaan tema
 Tunjuk dan cerita(berkenaan video lagu dan unsur-
unsur yang terdapat di dalamnya)
 Ulang lagu
 Penerangan untuk aktiviti yang seterusnya
8.45-9.15 4. Aktiviti kelas
(15 minit)  Nyanyian(lagu kanak-kanak seperti ikan oh
ikan,keretaku,rama-rama dll.)
 Pergerakan(sewaktu guru dan murid menyanyikan
lagu tersebut,guru hendaklah mencipta pergerakan
yang bersesuaian dengan lagu tersebut agar murid-
murid berasa seronok)
 Bercerita(guru membacakan cerita kepada murid-

1
murid dan meminta mereka untuk menceritakannya
semula kepada rakan-rakan untuk meningkatkan
kemahiran berbahasa mereka.)
9.20-9.50 pagi 5. Aktiviti individu
(30 minit)  Membaca buku kalam abc dengan bimbingan guru
 Mewarna gambar berkenaan dengan tema(contohnya
seperti rumah saya,binatang dan juga bunga)
 Setelah siap mewarnakan gambar,murid bebas untuk
menambah apa yang perlu mengikut kreativiti masing-
masing(contohnya gambar rumah,murid melukis pula
gambar pokok.kereta dan juga burung mengikut
kreativiti mereka)
10.00-10.35 pagi 6. Snek/kudapan/bersihkan diri/rehat
(35 minit)  Cuci tangan
 Murid membantu untuk menghidangkan makanan
mengikut jadual yang telah disediakan
 Doa sebelum dan selepas makan
 Gosok gigi
 Ke tandas
 Rehat
10.35-11.05 pagi 7. Main luar/aktiviti luar kelas
(30 minit)  Aktiviti fizikal
 Berkebun(menanam tanaman herba,sayuran)
 Siram bunga
 Kutip sampah di persekitaran luar kelas
 Main pasir(membuat istana pasir)
 Bermain di taman permainan(buaian,jongkang-
jongket,gajah spring)
 Gelung rotan,bola
 Permainan tradisional(teng-teng,konda,kondi,galah
panjang.batu seremban)

11.05-11.40 8. Aktiviti kumpulan

1
(35minit)  Membentuk lego
 Bermain bongkah kayu
 Menyusun puzzle gambar

11.40-12.00 9. Penamat dan refleksi


tengahari  Imbas kembali aktiviti
(10 minit)  Pesanan(guru meminta murid memeriksa peralatan
supaya kemas,murid diminta menyimpan peralatan
peribadi ke tempat asal,guru memulangkan buku hasil
kerja murid)
 Salam dan ucapan terima kasih
 Guru dan juga pembantu pengurusan murid mengiring
murid-murid ke pintu pagar dan menunggu ketibaan
ibu bapa

1
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PRASEKOLAH

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PRASEKOLAH

Manusia mempunyai pelbagai keperluan iaitu bermula pada peringkat asas


hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Kanak-kanak seperti orang dewasa juga
mempunyai keperluan tertentu. Boleh dikatakan keperluan kanak-kanak
kebanyakannya berkisar di bahagian asas dan kasih sayang seperti mereka lebih
suka dihargai dan diberi perhatian yang serius. Perkhidmatan prasekolah merupakan
tunggak penting selepas di rumah. Kanak-kanak yang sedang membesar akan lebih
terdedah di prasekolah pada sekitar umur 4 hingga 6 tahun. Perkhidmtan prasekolah
yang disediakan perlulah berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-
kanak supaya generasi yang berkualiti dapat dibentuk pada masa akan datang.

Secara amnya terdapat beberapa yang perkara yang berkaitan dalam


keperluan tersebut.Antaranya leperluan asas,keperluan keselamatan,keperluan
bimbingan dan pedidikan,keperluan permainan,keperluan perhargaan atau
pujian,ruang pembelajaran dan kasih sayang dan ketegasan serta ruang
pembelajaran yang mana semua ini memberikan kesan yang amat bermakna dalam
diri setiap kanak-kanak yang belajar di prasekolah.Jika salah satunya tidak
mencukupi dalam kehidupan kanak-kanak ini maka pengajaran dan pembelajaran
tidak akan berjalan dengan lancar serta perkembangan seorang kanak-kanak itu
tidak dapat membesar dengan sempurna kelak.

5.1 KEPERLUAN ASAS

Pertamanya adalah keperluan asas.Seperti yang kita ketahui bahawa untuk


pembesaran seseorang itu memerlukan pemakanan yang sihat.Sama seperti kanak-
kanak prasekolah kerana pada setiap hari kanak-kanak perlu diberi makan dan
minum yang mencukupi. Keperluan asas ini dianggap satu keperluan yang amat kuat
bagi seseorang kanak-kanak kerana kanak-kanak dikatakan tidak akan belajar
dengan baik sekiranya mereka belum mendapat sarapan pagi yang baik serta

1
penghadaman mereka kurang memuaskan. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan
prasekolah yang ada masa kini perlulah menitikberatkan mengenai kebajikan kanak-
kanak ini.

Makanan yang berkhasiat perlu disediakan untuk kanak-kanak prasekolah.


Makanan yang berkhasiat bermaksud makanan yang mempunyai kandungan nutrien
makanan yang seimbang misalnya seperti makanan yang mempunyai karbohidrat,
protein, vitamin dan garam mineral yang lain. Melalui pemakanan yang sihat dan
seimbang, kanak-kanak akan menjadi lebih cergas dan bertenaga dalam melakukan
sebarang aktiviti harian mereka samada dalam aktiviti yang melibatkan fizikal,
mental, emosi dan sebagainya. Waktu makan yang tepat dan sesuai dengan
peringkat umur kanak-kanak menjadikan mereka aktif dalam melakukan sesuatu,
tidak kira sama ada dalam melakukan aktiviti lasak mahupun penerimaan perkara-
perkara dan maklumat yang disampaikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan di dalam bilik darjah. Setiap orang memerlukan makanan yang
seimbang dan air yang mencukupi supaya kita dapat mengalami pertumbuhan dan
perkembangan yang optimum.

Demikian itu kanak-kanak juga memerlukan tidur yang secukupnya.Berikutan


ini tidur juga dikategorikan sebagai keperluan kanak-kanak yang sangat penting
keran ia dapat menghilangkan kepenatan setelah belajar ataupun bermain.Kanak-
kanak yang selalu kelihatan serta tidak bermaya menyebabkan dirinya tidak dapat
menumpukan perhatian yang secukupnya ketika di dalam bilik darjah.

Selain itu,pakaian dan tempat tinggal juga menjadi kepentingan utama bagi
menjamin kualiti perkhidmatan prasekolah. Keadaan kawasan prasekolah mestilah
sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus. Keadaan prasekolah yang
kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak
secara bersepadu dan seimbang.Tempat kediaman juga haruslah selesa dan
selamat, riang serta penuh kasih sayang.Persekitaran kawasan tempat tinggal
mereka seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka di
samping memberikan pengajaran kepada mereka melalui perkara yang mereka
terokai.

1
5.2 KEPERLUAN KESELAMATAN

Seterusnya adalah keperluan keselamatan .Ini merujuk kepada keperluan


kedamaian, ketenteraman dan perasaan yang bebas daripada segala jenis ancaman
dan ketakutan bagi kanak-kanak. Seperti yang dapat kita perhatikan jika kehendak
seseorang kanak-kanak selalu dilayani, dia akan berasa selamat dan akan menjadi
seseorang yang mempunyai emosi yang stabil. Dalam konteks persekolahan, guru
mesti mengelakkan diri daripada menghina pelajar dan mewujudkan satu suasana
yang selamat dan harmoni dalam bilik darjah,iaini bermaksud guru tidak semestinya
selalu melayani tanpa ada sedikit ketegasan ketika memberikan sesuatu kerana
ditakuti kanak-kanak berkemungkinan akan mula melawan gurunya pula.Oleh itu
bagi mewujudkan suasana yang harmoni ini guru haruslah pandai
menyeimbangkannya.Selain itu,perkhidmatan prasekolah yang akan dijalankan
perlulah memenuhi ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya dan bersesuaian dengan
keadaan sekeliling supaya pelajar dan juga tenaga pengajar berada dalam keadaan
baik sepanjang masa.

5.3 KEPERLUAN KASIH SAYANG DAN KETEGASAN

Keperluan ini lebih kurang sama kehendaknya dengan keperluan


keselamatan.Jika di dalam keperluan keselamatan kanak-kanak memerlukan
layanan yang dapat memberikan mereka kepercayaan bahawa ianya adalah tempat
yang selamat baginya maka bagi keperluan ini pula biasanya seseorang individu
memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa, kawan dan juga penerimaan dari
masyarakat. Setelah rasa sayang itu diberikan kepada seseorang itu maka mereka
juga akan melakukan perkara yang sama kepada individu yang lain pula iaitu
menyayangi dan disayangi oleh orang. Jika keperluan ini dipenuhi, maka seorang
individu itu akan berasa bahagia dan dapat meningkat ke satu lagi peringkat yang
lebih tinggi.Sebaliknya sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, seseorang itu akan
menunjukkan ciri-ciri emosi yang tidak stabil seperti bimbang, tidak bahagia dan
kecewa.

Dalam konteks persekolahan, guru mesti menunjukkan kepada pelajarnya


bahawa dia menyayangi mereka di samping sikap menghormati itu dapat diamalkan
iaitu memahami situasi yang memerlukan mereka bergelak ketawa bersama ataupun

1
belajar dalam keadaan yang dapat membantu gurunya menyampaikan pengajaran
yang baik.. Perkhidmatan prasekolah yang akan dibentuk perlulah menekankan
aspek ini. Tenaga pengajarnya, iaitu orang yang terdekat dengan pelajar perlu
memberikan perhatian dan kasih sayang selaras dengan usia kanak-kanak
prasekolah.

5.4 KEPERLUAN PENGHARGAAN ATAU PUJIAN

Seterusnya adalah keperluan penghargaan atau pujian iaitu apabila


seseorang itu berasa selamat dan dikasihi, dia akan mempunyai penghargaan
kendiri yang tinggi. Terdapat dua jenis penghargaan, iaitu penghargaan kendiri dan
juga penghargaan dari orang lain.

Penghargaan kendiri merupakan tanggapan atau persepsi seseorang individu


itu yang positif terhadap diri sendiri. Biasanya, orang yang berjaya akan mempunyai
penghargaan kendiri yang positif kerana dia memiliki ciri-ciri seperti keyakinan diri
yang tinggi dan sifat berdikari yang baik. Dalam aspek ini, seseorang individu juga
sering memerlukan pengiktirafan dan penghormatan daripada orang lain.Sebaliknya
juga jika sesorang individu tidak menerima peniktirafan ini, dia akan menjadi seorang
yang kecewa dan keyakinan dirinya akan menjadi sangat rendah.

Dalam aspek di sekolah pula , guru mesti memastikan bahawa dia selalu
membina konsep kendiri yang positif di kalangan pelajarnya dengan memberi pujian
dan mengiktiraf kekuatan dan kebaikan mereka. Tugasan dan kerja yang diberi pada
pelajar mestilah sejajar dengan kebolehan supaya mereka berasa berkeyakinan dan
berkebolehan pada diri sendiri.Guru haruslah senantiasa mengingati dalam diri
mereka bahawa walaupun pujian yang diberikan itu tidaklah sebesar mana namun
pujian tersebut akan menjadikan kanak-kanak keyakinan untuk terus memajukan diri
mereka.

5.5 KEPERLUAN BIMBINGAN DAN PENDIDIKAN

Sehubungan dengan itu,keperluan bimbingan dan pendidikan juga merupakan


keperluan yang penting dalam diri seorang individu.Dari segi psikologi, kanak-kanak
memang mengharapkan sangat tunjuk ajar dan bimbingan. Kanak-kanak akan
merasa yakin terhadap kebolehan mereka sekirannya ibu bapa dan guru selalu

1
membantu dan menggerakkan mereka untuk belajar. Guru dan ibu bapa sanggup
mengorbankan masa bersama-sama dengan anak-anak untuk tujuan bimbingan
pendidikan. Dengan cara itulah kanak-kanak akan menjadi murid yang pandai,
berakhlak mulia dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.

Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah


mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru hendaklah
merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada
pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

Selain itu, guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan
aktiviti prasekolah yang dapat menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan
tingkah laku disiplin selain daripada perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi
seorang kanak-kanak itu.Guru perlu mempunyai pengetahuan mengenai psikologi
kanak-kanak ini,serta prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi
keupayaan,minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan revolusi
dunia pendidikan masa kini. Untuk perkhidmatan prasekolah yang akan dijalankan
pihak pengurusan prasekolah perlu mementingkan pendidikan dari segala aspek.

5.6 RUANG PEMBELAJARAN

Setelah keperluan-keperluan lain diberikan kepada kanak-kanak ini mereka


juga memerlukan satu lagi keperluan yang memerlukan kebolehan menggunakan
kemahiran kognitif mereka iaitu ruang pembelajaran.Pengurusan ruang ini penting
dalam pengajaran dan pembelajaran di mana ianya terbahagi kepada dua iaitu
ruang dalam kelas dan juga ruang di luar kelas. Ruang pembelajaran di dalam kelas
terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ruang pembelajaran bagi kognitif,
manipulatif, dramatika dan bahasa.

Untuk di luar kelas pula ialah penyediaan bagi aktiviti pembelajaran murid
secara tidak langsung. Persekitaran luar kelas sebaik-baiknya dapat mendorong
murid-murid bebas melakukan pergerakan fizikal di samping mereka dapat
meneroka keadaan sekeliling mereka dan pada masa yang sama mempelajarinya
secara tidak lansung. Guru bertindak sebagai pembimbing semasa menjalankan
aktivit luar kelas. Peralatan luar kelas seperti buaian, papan gelongsor, temapat main
air dan pasir serta tempat bercucuk tanam dapat mendorong aktiviti fizikal di

1
samping meningkatkan daya kognitif murid. Guru mempelbagaikan aktiviti kepada
beberapa kumpulan dan disesuaikan dengan minat murid

5.7 KEPERLUAN PERMAINAN

Seterusnya adalah keperluan permainan yang mana setiap individu


memebesar dengannya.Namun begitu jelas sekali keperluan ini amat diperlukan oleh
kanak-kanak prasekolah bagi membentuk pertumbuhan mereka serta kecerdasan
minda. Seperti yang kita ketahui tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan
aktiviti pergerakan yang dapat sememangnya membantu pertumbuhan seorang
kanak-kanak. Aktiviti fizikal pada peringkat prasekolah perlu dirancang dengan
menyesuaikan tahap umur dan keupayaan seorang kanak-kanak. Aktiviti
perkembangan fizikal perlu meliputi pergerakan motor halus dan motor kasar.
Bermain sangat penting bagi perkembangan mental emosi dan sosial kanak-kanak.
Semua kanak-kanak sukakan kepada permainan.Bagi kanak-kanak yang berumur
lima tahun dan ke atas, permainan mereka bertukar kepada bentuk permainan luar
yang banyak melibatkan aktiviti perkumpulan rakan sebaya.

Oleh yang demikian cadangan-cadangan yang telah diberikan ini dapat


membangunkan sesuatu prasekolah itu agar prasekolaah sentiasa diperlukan
mengikut zaman.Bukan itu sahaja,keperluan-keperluan ini turut memberikan
kesenangan kepada guru juga masyarakat sekeliling yang mana generasi-generasi
mereka hidup dalam keadaan yang harmoni dan diselimuti dengan amalan-amalan
mulia yang dapat dipraktikkan sehingga mereka sudah berusia kelak.

1
6.0 BROSUR

1
REFLEKSI
Terlebih dahulu,ingin saya rakamkan rasa syukur saya kehadrat ilahi
kerana mengurniakan saya kesihatan yang baik sepanjang saya melaksanakan
tugasan yang diberi ini.Alhamdulillah walaupun berhadapan dengan banyak
kekangan,namun saya dapat atasinya dengan pantas dan seterusnya dapat
menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya.

Secara tidak langsung,tanpa saya sedari,banyak manfaat dan kebaikkan


yang dapat saya kongsikan bersama sepanjang saya melaksanakan tugasan
ini.Antara manfaat yang saya perolehi adalah pengetahuan yang banyak kandungan
dan juga hal-hal yang terkandung dalam Akta Pendidikan yang juga merupakan
rujukan dan juga teras kepada pembangunan dan peningkatan pendidikan di
Malaysia.

Selain itu,saya juga dapat menganalisis serta memahami dengan lebih


mendalam setiap kandungan yang terkandung dalam perkara yang ada dalam Akta
tersebut serta ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama.

Tambahan lagi,bukan hanya pengetahuan tersebut dapat saya dan ahli


kumpulan yang lain perolehi dalam melaksanakan tugasan ini,tetapi juga kami
sekumpulan memperolehi banyak ilmu pengetahuan dalam bidang prasekolah yang
sememangnya meluas dan banyak lagi yang perlu saya dan rakan sekumpulan yang
lain boleh menjadikan landasan bagi mengajar kelak dan mengaplikasikannya dalam
pengajaran kelak.

Bagaimanapun,tanpa disedari,terdapat juga kekangan yang saya hadapi


sewaktu melaksanakan tugaan yang diberi.Antaranya ialah kekangan
waktu.Kesibukkan waktu menyebabkan pelbagai masalah yang timbul.Namun,ia
dapat di atasi dengan menyusun semula jadual harian saya agar saya dapat
membahagikan masa melaksanakan tugasan ini.Selain itu,kekurangan sumber
maklumat yang diperolehi menyukarkan saya dan rakan lain memperolehi maklumat

1
yang kurang berkaitan dengan tugasan ini.Tetapi,masalah tersebut saya atasinya
dengan mencari sumber rujukan lain dan berusaha mendapatkan pelbagai maklumat
di pusat sumber.Kami juga sering mengadakan perbincangan dan sering bertukar-
tukar idea dan pendapat bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti.

Akhir kata,ingin saya ucapkan rasa syukur kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung ataupun tidak sewaktu saya melaksanakan tugasan ini
walaupun saya terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah,namun ianya dapat
saya atasi dengan segera.

(NURATIQAH BT NORDIN)

1
REFL
EKSI
(SITI AMINAH BINTI ZAKARIA)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaaNya saya


diberikan kecerdasan fizikal dan mental untuk menyiapkan juga kerja kursus
berkumpulan ini.Saya bersyukur kerana tanpa izin dariNya saya tidak mugkin dapat
mengelurakan idea-idea yang dapat membantu saya dalam mencurahkan hasil saya
dalam kerja kursus ini.walau bagaimanapun setiap kesenangan itu akan dihadiri
bersama kesusahan yang mana ianya silih berganti datang ketika dalam proses
penyiapan kerja kursus berkumpulan ini.Namun demikian,demi menunaikan amanah
yang telah diberikan kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya kami telah
berusaha sebaik mungkin bagi menjadikan hasil kerja kursus ini menepati syarat-
syarat yang dikehendaki.

Antara kekangan yang saya harungi ketika dalam proses penyiapan kerja
kursus ini adalah kekurangan beberapa jenis maklumat serta pendapat yang
berlainan.Maklumat yang digunakan bersesuaian mengikut tajuk namun untuk
menjadikannya sempurna saya dan juga sahabat saya bertungkus lumus
menyesuaikan maklumat-maklumat tersebut mengikut tajuk-tajuknya.Tambahan pula
mata pelajaran ini dahulunya kami tidak pelajarinya lagi sewaktu di PPISMP.Kami
kemudian mencari maklumat tersebut mengikut tajuk-tajuk yang berkaitan
dengannya.Namun begitu saya akui bahawa saya sebagai seorang manusia biasa
tidak lepas dari perbuatan yang salah.Saya dan rakan seperjuangan kadangkala
terdapat sedikit ketidaksamaan pendapat menjadikan kerja kursus ini tergendala
sementara.

Namun begitu kekangan-kekangan tersebut kami harungi dengan keadaan


yang berbeza dan sabar.Bagi ketidaksamaan pendapat saya dan rakan
seperjuangan saya sama-sama memasukkan maklumat tersebut mengikut tajuk
yang diingini akhirnya ia menjadi satu maklumat yang bagus dan dapat diguna
pakai.Permasalahan lain pula kami tangani mengikut kesesuaian perkara tersebut
dan akhirnya hasil yang kami dapat telah kami curahkan ia di dalam kerja kursus
berkumpulan ini.

1
Dalam menyiapkan kerja kursus ini saya dan rakan seperjuangan dapat
mempelajari banyak ilmu yang dapat kami jadikan sebagai peringatan dan diguna
pakai kelak.Ilmu-ilmu tersebut telah memberikan kami pengetahuan yang bertambah
mengenai akta-akta yang wajib bagi hak-hak penjagaan kanak-kanak yang berumur
dari 0 hinggalah ke 18 tahun ke bawah.Bagaimana hak-hak mereka perlu
diketengahkan agar mereka tidak ditindas.Seterusnya untuk menyediakan sesuatu
permainan untuk kanak-kanak itu haruslah memikirkan tahap umur mereka serta ciri-
ciri keselamatan yang perlu ada.Selain itu kami juga berasa amat bebesar hati
kerana tidak mustahil sekiranya kami akan diberikan tanggungjawab untuk menjaga
kanak-kanak,kemudian menangani mereka menggunakan cara yang bersesuaian.

Akhirulkalam,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua


pihak yang telah membantu dalam penyediaan kerja kursus ini yang mana jasa
mereka tidak dapat saya balas namun saya berharap agar keihklasan mereka hanya
Allah yang dapat membalasnya.

Sekian terima kasih.

1
REFLEKSI
NURUL SYAHIDAH BT SUBRI

Assalamualaikum.Setelah menyiapkan tugasan ini,saya berasa amat lega dan


berpuas hati di atas tugasan yang telah saya dan ahli kumpulan lakukan bersama-
sama kerana kami dapat menyiapkan dan menghantarnya pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh pensyarah pembimbing.

Setelah tugasan ini disiapkan,saya dan juga rakan-rakan lebih memahami tentang
akta pendidikan 550 yang menerangkan tentang system pendidikan kebangsaan,
larangan terhadap penubuhan,pengendalian atau pengurusan tadika dan juga
kurikulum prasekolah kebangsaan.

Selain itu juga,saya telah mengetahui bahawa untuk menubuhkan sebuah


prasekolah bukanlah perkara yang mudah.Hal ini kerana ianya memerlukan
seseorang yang mahir dan juga betul-betul pakar berkaitan prasekolah kerana
perkhidmatan yang berkualiti akan menjamin keselamatan,hak dan juga keperluan
kanak-kanak sewajarnya.Tanpa ilmu yang lengkap berkaitan dengan hal-hal yang
berkaitan dengan prasekolah,maka sesebuah prasekolah yang ditubuhkan tidak
mantap dari segi pengurusan,pentadbiran,keselamatan dan juga infrastruktur
prasekolah yang bakal ditubuhkan kelak.

Disamping itu juga,saya dapat menambahkan pengetahuan tentang aktiviti harian


yang sesuai untuk kanak-kanak yang berusia lima dan enam tahun ketika berada di
prasekolah.Memandangkan pekerjaan kanak-kanak ialah bermain,oleh itu aktiviti
harian yang dirancang di prasekolah haruslah menggunakan pendekatan belajar
sambil bermain kerana dengan cara ini kanak-kanak tidak akan berasa bosan dan
dapat mempelajari sesuatu yang bermakna melalui permainan dan juga aktiviti yang
dilakukan di prasekolah.

Setelah membuat rujukan dan meminjam buku di perpustakaan serta mencari bahan
yang berkaitan di laman sesawang,saya dan rakan-rakan sekumpulan telah

1
mengumpulkan bahan-bahan tersebut dan mengolah idea supaya tugasan ini dapat
disiapkan.Walaupun terikat dengan aktiviti dan juga komitmen lain,namun kami
cekalkan hati dan berusaha untuk menyiapkan tugasan ini.

Saya akui,walaupun terdapat sedikit perselisihan faham antara ahli kumpulan


kerana terdapat sedikit salah faham,namun masalah tersebut dapat diselesaikan
dalam masa yang singkat kerana sifat toleransi dan juga tolak ansur amat penting
dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.

Hasil kerjasama daripada ahli kumpulan,tugasan ini dapat disiapkan.Terima kasih


diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang telah bertungkus-lumus menyiapkan
tugasan ini.

1
BIBLIOGRAFI
 Prof .Madya Dr Rohani Abdullah,Nani Menon,Mohd harani Ahmad
(2003),Panduan Kurikulum Kebangsaan,Percetakkan Zafar Sdn Bhd
 Undang-Undang Malaysia Akta 550 Akta Pendidikan
 “ Pengenalan Pasekolah “,Dilayari pada 2 April 2011 daripada wikipedia,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah
 “ Prasekolah “,Dilayari pada 4 April daripada blogspot,
http://mahasnani78.blogspot.com/2009/07/prasekolah.html
 “Hak Asasi Kanak-kanak “,Dilayari pada 4 April 2011 daripada scribd,
http://www.scribd.com/doc/36374690/Hak-Asasi-Kanak-kanak-2

Você também pode gostar