Você está na página 1de 7

Apakah erti pendidikan?

Kita boleh melihat pendidikan sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil). Dari segi proses,
pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar; dan kesannya adalah berlaku
pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

1. Proses asuhan kanak-kanak oleh ibu bapanya supaya anaknya pandai bertutur, membaca dan menulis
serta kelakuan yang beradab sopan.
2. Proses perbincangan dan dialog antara ahli kumpulan pelajar tentang sesuatu isu supaya isu itu dapat
difahami dengan lebih jelas dari beberapa segi.
3. Proses mengajar murid supaya mereka pandai berfikir dalam matematik dan sains dan dapat
menyelesaikan masalah dalam kedua-dua mata pelajaran ini.
4. Proses membimbing murid untuk meneroka dan mencari maklumat mengenai sesuatu perkara dan
membuat analisis dan sintesis tentang maklumat itu.

Buat perbandingan pengertian pendidikan di atas dan lihat apakah persamaan dan
perbezaannya. Bolehkah anda membuat kesimpulan apakah maksud pendidikan berdasarkanpengertian di
atas? Setujukah anda dengan pengertian ini? Mengapa?

Apakah pendidikan dari perspektif sosiologi dan antropologi?


satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh
secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial,
kedudukan dan peranan masingmasing
dalam konteks sesuatu masyarakat itu. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang
menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih
tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.
Ahli antropologi melihat pendidikan sebagai proses pembudayaan (enculturation) di mana ahli sesuatu
masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap
sesuai dalam masyarakat itu. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan
mengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu. Dari perspektif ini, proses dan hasil
pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada pendidikan
sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan
tatasusila; dan ini tentunya juga berbeza dengan masyarakat yang memberi tumpuan kepada kemahiran
dalam perniagaan.

Apakah pendidikan dari perspektif ilmu ekonomi?


Ilmu ekonomi melihat pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau sebagai satu
‘consumption’. Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa dan tenaga untuk
mendapat pendidikan dan latihan. Ilmu dan kecekapan yang diperolehi dijangka akan membawapulangan
yang menguntungkan pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan pendapatan
yang lebih tinggi. Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses dan hasil
mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah saja.
Pelaburan dalam pendidikan boleh dibuat oleh sama ada individu dan keluarganya, atau oleh sesuatu
organisasi, atau oleh negara amnya. Contohnya, ibu bapa membelanja wang untuk anaknya mendapat
latihan tambahan di pusat tuisyen supaya anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan;
supaya layak melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi; dan kemudian mendapat pekerjaan
yang bergaji tinggi.
Negara juga melaburkan banyak wang untuk memberi pendidikan kepada murid di sekolah dan di institusi
pendidikan tinggi untuk membentuk modal insan yang yang lebih berkemahiran dan menjadi pekerja yang
cekap dan produktif.

Apakah pendidikan dari perspektif ilmu sains politik?


lmu sains politik pula melihat pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan
membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Kita boleh melihat pendidikan di negara Jepun berjaya
melahirkan rakyatnya yang bangga dengan negara Jepun, begitu juga Amerika Syarikat,Indonesia, Britain
dan Singapura.
Negara kita Malaysia juga mendidik generasi muda supaya memahami aspirasi negara kita misalnya
memahami Rukun Negara, tata susila dan undang-undang negara kita. Murid-murid belajar sejarah dan
geografi negara Malaysia, menyanyi lagu ‘Negara-ku’, mengibar Jalur Gemilang, menghormati Yang Di-
Pertuan Agong, dan sayang kepada alam sekitar negara kita. Kita dididik secara langsung dan tidak
langsung supaya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Apakah pendidikan dari perspektif psikologi pendidikan?


akar psikologi melihat pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk
memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya. Ada berbagai teori pembelajaran dan
pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik. Setiap individu
mempunyai bakat, aptitud dan gaya pembelajarannya yang tersendiri. Dengan itu proses pendidikan ialah
proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.
Sekarang, mari kita pastikan anda telah memahami pengertian ‘pendidikan’ dari pelbagai perspektif ilmu.
Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, tuliskan erti pendidikan dari
perspektif;
ilmu ekonomi: ___________________________________________________________
______________________________________________________________________

ilmu sosiologi: ___________________________________________________________


______________________________________________________________________
seorang ibu atau bapa: ____________________________________________________
_______________________________________________________________________
perspektif anda sendiri: ___________________________________________________
______________________________________________________________________

Pilih dua erti pendidikan dari sebuah buku atau artikel dalam internet. Dari perspektif
manakah definisi atau tafsiran itu dibuat? Bincangkan.

Apakah pendidikan formal, non-formal, dan informal?

pendidikan seseorang itu ialah pengalaman yang ia terima hasil daripada


interaksinya dengan orang lain dan alam sekitar dalam berbagai-bagai situasi: dalam keluarga, masyarakat
di sekeliling, media massa, sekolah, dan sebagainya.

Apakah pendidikan formal?


Pendidikan formal ialah pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata
pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan khas seperti sekolah,
kolej,politeknik dan universiti. Biasanya pendidikan formal yang dirancang ini mempunyai peperiksaan atau
penilaian formalnya dan membawa kepada penganugerahan sesuatu sijil, diploma atau ijazah.

Apakah pendidikan non-formal?


Pendidikan non-formal ialah pendidikan tambahan terancang yang diajar di luar pendidikan formal
seperti kegiatan kokurikulum di sekolah (aktiviti sukan, persatuan dan kegiatan beruniform). Pendidikan
non-formal termasuk kursus pendek, latihan khas, bengkel, dan belajar sambil bekerja yang dirancang oleh
jabatan kerajaan atau syarikat swasta untuk menambah kecekapan pekerjanya.

Apakah pendidikan informal?


Pendidikan informal ialah pendidikan dan pengalaman yang kita perolehi melalui berbagai-bagai aktiviti
kehidupan seharian seperti interaksi kita dengan orang lain, dengan ahli keluarga, kawan, ahli-ahli
masyarakat. Pendidikan informal juga diperolehi melalui pemerhatian tentang apa yang berlaku di
sekeliling kita seperti menonton TV, DVD, filem atau mendengar radio atau membuat lawatan ke sesuatu
tempat. Persepsi dan pemikiran kita dibentuk melalui pendidikan informal ini. Kadang-kadang
kita tidak sedar yang kita dididik dan dipengaruhi oleh apa saja di sekeliling kita.

Beri contoh pendidikan formal, pendidikan nonformal dan informal di sekolah anda. Cubaanda fikirkan
kembali pendidikan anda semasa di sekolah dahulu, pembelajaran apakahyang kesannya berpanjangan
sehingga sekarang?

Apakah erti pendidikan sepanjang hayat?


Kita belajar secara formal, non-formal dan informal melalui interaksi dengan berbagai persekitaran dengan
mengguna pancaindera kita (lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu), memproses apa yang kita terima itu
dalam minda kita, dan memberi makna kepadanya.
Mengikut kajian psikologi perkembangan kanak-kanak, pendidikan pada umur lima tahun pertama dalam
kehidupan kanak-kanak adalah terpenting dalam memberi asas pendidikan dan perkembangan
pembelajaran seterusnya.
Sekarang orang sudah menerima bahawa pendidikan bukan berakhir dengan tamatnya pelajaran di
sekolah atau di universiti. Latihan dan pendidikan berterusan di peringkat dewasa penting untuk seseorang
terus menjadi produktif dalam kerjanya, memahami dan menyesuaikan diri dengan ilmu pengetahuan baru
yang pesat berkembang.
Tidak ada had umur, cara dan tempat untuk kita belajar sesuatu. Mungkin kaedah atau gaya pembelajaran
itu sahaja sedikit berbeza mengikut umur, tempat, program pengajian dan kemudahan.
Seseorang boleh belajar mengikut kadar yang ia mahu, di mana sahaja, bila-bila sahaja, dengan cara apa
sahaja dan dari siapa atau sumber apa sahaja.

Mengikut Laporan UNESCO, Jacques Delors (1996) Learning: The Treasure Within,
Simply speaking, education takes place throughout life in many forms, none of which ought to be
exclusive. We must start to think about education in a more all encompassing fashion.
Education throughout life is based upon four pillars: learning to know, learning to do, learning
to live together and learning to be.

Apakah matlamat pendidikan?


1. Apakah matlamat pendidikan negara kita? Adakah ia sama atau berbeza dengan matlamat pendidikan di
Thailand, di Amerika Syarikat, di Indonesia atau di Jepun?
2. Adakah tujuan pendidikan di sekolah rendah berbeza dari pendidikan di sekolah menengah?
3. Apakah tujuan pengajaran sains dan matematik di sekolah rendah?
4. Apakah objektif pengajaran ’mendarab’ kepada murid Tahun 4?

Matlamat pendidikan negara lebih umum dan berbentuk jangka panjang. Objektif pengajaran sesuatu topik
dalam mata pelajaran matematik Tahun 2 lebih dekat dan jelas.

Apakah matlamat pendidikan di Malaysia?


Pendidikan sebelum kemerdekaan
Sebelum penjajah British bertapak di Tanah Melayu (iaitu kira-kira sebelum 1800), lebih 90% penduduk di
Tanah Melayu ialah orang Melayu. Sistem pendidikan bagi anak-anak Melayu ialah pendidikan agama
Islam seperti mengaji Quran dan belajar hal-hal rukun Islam. Selepas British bertapak di Tanah Melayu
sekolah Inggeris pertama iaitu Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 di Pulau Pinang.
Kemudian tertubuhlah sekolah rendah Melayu untuk anak-anak Melayu.

Apabila ramai kaum Cina dan Tamil berhijrah masuk ke Tanah Melayu, terutama sekitar 1900-an hingga
30-an, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditubuh secara berasingan. Sebelum kemerdekaan1957, sistem
pelajaran formal di Tanah Melayu terpisah-pisah. Terdapat sekolah aliran Inggeris terutama di bandar-
bandar, mengguna bahasa Inggeris sepenuhnya dari Darjah 1 hingga ke Universiti.
Kemudian aliran sekolah Melayu yang terhad kepada pendidikan rendah sehingga ke Darjah 6 saja, yang
mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kebanyakan murid Melayu belajar di Sekolah
Melayu. Sekolah aliran Cina, untuk kebanyakan murid Cina, menyediakan pendidikan dari Darjah 1 hingga
ke peringkat menengah mengguna kurikulum, buku teks dan guru dari negeri China.
Sekolah Tamil hanya setakat sekolah rendah. Kebanyakan pelajarnya terdiri dari murid-murid India di
ladang-ladang getah. Jadi sistem pelajaran sebelum merdeka terpisah-pisah, murid-murid dari berbagai
kaum belajar di sekolah yang berlainan. Hanya di sekolah aliran Inggeris sahaja terdapat murid daripada
pelbagai kaum belajar bersama-sama.

Pendidikan pada awal kemerdekaan


Sebagai persediaan untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, satu
jawatankuasa pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak telah ditubuhkan pada tahun 1956
bagi mengkaji dan membuat syor tentang bentuk dan sistem pelajaran kebangsaan sebagai alat
menyatukan murid dari pelbagai kaum. Laporan Jawatankuasa Razak, antara lain, mengesyorkan, supaya
satu sistem pelajaran kebangsaan ditubuhkan bagi sistem menyatupadukan rakyat Tanah
Melayu yang berbagai kaum - Melayu, Cina, India dan sebagainya. Bahasa Melayu diterima sebagai
Bahasa Kebangsaan, dan perlu diajar di semua sekolah. Bahasa Kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa
pengantar utama untuk semua mata pelajaran di semua sekolah, walaupun proses ini hendaklah dibuat
secara beransur-ansur. Syor Laporan Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957, dan dilaksanakan di
seluruh negara.
Pada tahun 1960, Laporan Razak dan Ordinan 1957 dikaji semula oleh Jawatankuasa Pelajaran yang
dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, menteri pelajaran pada masa itu. Jawatankuasa ini berpendapat
bahawa dasar dan pelaksanaan dalam Laporan Razak itu baik, dan perlu diteruskan.
Dengan itu Ordinan Pelajaran 1957 diperkemas dan dijadikan Akta Pelajaran 1961. Akta ini merupakan
akta penting dalam mencorak perkembangan sistem pelajaran di Malaysia sehingga sekarang.
Akta Pelajaran 1961, iaitu akta yang menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan formal di Malaysia
membuat penyataan tentang matlamat pendidikan di Malaysia seperti berikut;
Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah
untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.
Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar
tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya peruntukan bagi perkembangan
secara progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi
bahasa pengantar utama.

Bagi mencapai matlamat di atas, Akta Pelajaran 1961 ini telah menjadi tunggak untuk melaksanakan
sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia sepanjang 35 tahun (1961 – 1996). Kemudian Akta ini dikaji
semula dan dipinda dan termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Sebahagian besar Akta 1996
mengandungi perkara dan dasar yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961. Sehingga kini, Akta 1996 ini
menjadi undang-undang asas dalam melaksanakan sistem pelajaran di negara kita.

Akta Pendidikan 1996


Falsafah dan matlamat pendidikan di Malaysia dinyatakan dalam mukadimah Akta Pendidikan 1996
sebagai berikut :
Bahawasanya mengaku bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan Negara dan
penyelamat Negara.

Dan bahawasanya tujuan pendidikan ialah untuk membolehkan masyarakat Malaysia


menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing
tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan
Negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi,
keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.
Dan bahawasanya adalah menjadi suatu misi untuk menghasil sistem pendidikan yang bertaraf
dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai
aspirasi Negara Malaysia.

Dan bahawasanya Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang
dizahirkan seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Huraikan kedudukan sistem pendidikan di Malaysia sebelum 1957. Pada pendapat anda apakah tujuan
pendidikan pada masa itu? Cuba baca dengan teliti mukadimah Akta Pendidikan 1996 dan bandingkannya
dengan Akta Pelajaran 1961. Apakah persamaan dan perbezaannya?

Apakah tujuan pendidikan di sekolah rendah dan menengah di Malaysia?


Kita boleh menyatakan misalnya, salah satu tujuan utama murid belajar di sekolah adalah supaya mereka
menguasai kemahiran 4M, iaitu pandai membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam Bahasa
Malaysia, dan menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa Inggeris, kerana kedua-dua bahasa
ini ialah alat penting
untuk pembelajaran pelbagai ilmu pengetahuan lain seperti sains, sejarah, geografi, seni dan sebagainya.
Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah supaya mereka bersikap ingin tahu, suka bertanya,
berfikir, rajin belajar dan berdaya usaha mencari pengetahuan sendiri dari pelbagai sumber – daripada
guru, buku, berbincang bersama kawan, memerhati hal-hal di keliling mereka, membaca pelbagai bahan
termasuk dalam internet.
Matlamat atau tujuan pendidikan menengah mugkin berlainan sedikit mengikut peringkat yang berlainan:
peringkat negara, sekolah dan individu dan mengikut perspektif guru, murid, ibu bapa dan Kementerian
Pelajaran.

Rujuk buku, Internet dan sumber lain-lain untuk mengumpul maklumat tentang persoalanpersoalan ini.
Anda mungkin juga boleh membuat temu ramah dengan beberapa orang guru, murid dan kemudian
membuat kesimpulan tujuan pendidikan sekolah menengah.

Apakah erti pengajaran dan pedagogi?


‘mengajar’ (teaching). Antaranya: instruksi (instruction), melatih (train), mendidik
(educate) dan membimbing (guide).
Berbagai-bagai erti umum dikemukakan tentang pengajaran.
1. proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid.
2. pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu muridnya belajar.
3. proses interaksi antara guru dan murid untuk memudahkan (facilitate) murid belajar dan berfikir
mengenai sesuatu isu.
4. proses membantu murid supaya pembelajaran mereka cepat dan berkesan.
Pedagogi pula merujuk kepada seni dan sains pengajaran, yang mengkaji kaedah proses pengajaran dan
prinsip di sebalik sesuatu pendekatan atau kaedah itu. (Pedagogy is the art and science of teaching).
Ilmu pedagogi sebagai sains pengajaran bersandar kepada berbagai-bagai teori pembelajaran, teori
komunikasi, teori interaksi sosial, teori kurikulum dan taksonomi ilmu pengetahuan.
Hasil kajian tentang proses pengajaran-pembelajaran dari pelbagai disiplin ilmu ini memberi kefahaman
dan idea kepada kita untuk menggubal pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang boleh memudah
dan mempercepatkan proses pembelajaran.
Pengajaran juga boleh dilihat sebagai satu ‘seni’ perlakuan yang kompleks. Profesor Elliot Eisner di
Stanford University, California, misalnya mengkaji pentingnya ‘pendidikan seni’ untuk dimasukkan ke dalam
kurikulum sekolah, supaya pendidikan di sekolah lebih seimbang dan memperkayakan pemikiran murid.
Pengajaran boleh dilihat sebagai satu seni dan kraf tingkah laku guru. Perlakuan pengajaran guru di
hadapan sekumpulan murid boleh dianggap sebagai suatu seni lakon atau drama. Hasil kajian
tentang seni drama, seni lakon dan seni berkomunikasi boleh diaplikasikan dalam latihan guru untuk
memperbaiki kaedah dan gaya pengajaran guru, terutama dari segi teknik persembahannya, gaya
berkomunikasi dan interaksi guru dengan murid, untuk menarik perhatian murid dan menggalakkan mereka
menjalankan aktiviti pembelajaran. Guru yang berpengalaman dan cekap mempunyai ‘seni’ atau ‘gaya’
pengajarannya tersendiri, adunan pelbagai teknik yang disesuaikan untuk mengajar pelbagai mata
pelajaran kepada pelbagai jenis murid.

Mendidik educate Berbincang discuss


Membimbing counsel Memainkan peranan role play
Menghurai elaborate Mencari jawapan to find out
Menerangkan explain Menjawap to answer
Menunjuk demonstrate Melakonkan to dramatise
Memberi tahu tell Bermain to play
Mencerita narrate Menggalakkan motivate
Mengarah direct Mendorong motivate
Mengurus manage Membetulkan to correct
Melatih train, coach Menyuburkan cultivate
Memudahkan facilitate Memperkembangkan to develop
Bertanya question Menjaga to care
Berinteraksi interact Mengasuh to care and develop
Berkomunikasi communicate Mendengar to listen
Rajah 1.1 Senarai sinonim pendidikan

1. Ibu melatih anaknya membaca ayat-ayat Quran dengan betul di rumah, supaya anaknya pandai
membaca dan menghafal ayat-ayat itu.
2. Dengan mengguna komputer anaknya menunjuk ibunya langkah-langkah mengguna e-mel supaya
ibunya tahu mengguna e-mel.
3. Sarjan mengarah polis kadet berlatih berkawat dengan kemas setiap pagi supaya mereka dapat
menunjukan kecekapan berkawat pada akhir tempoh latihan.
4. Pengurus syarikat berbincang dengan jurujual syarikat itu tentang berbagai-bagai teknik menjual
komputer kepada pelanggan di pasar raya.
5. Guru bercerita kepada murid Tahun 5 tentang peperangan Melaka dengan Portugis dalam tahun 1511.

Você também pode gostar