Você está na página 1de 5

Alkohol

KETAGIHAN ALKOHOL Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkahlaku dan emosi peminumnya. KESAN FIZIKAL

Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing. Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis. Ulser dan gastritis Kecederaan otak dan masalah saraf Masalah jantung dan tekanan darah Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan Masalah seksual Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME - FAS) FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami:

Kekurangan berat badan. Kurang tinggi Kepala kecil

Masalah jantung Kecacatan kaki-tangan serta sendi Koordinasi yang lemah Hilang ingatan Masalah pembelajaran

Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar menjaga diri dan anak-anak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau. ALKOHOL DAN KANSER Meminum minuman keras menjadikan rawatan terhadap kanser tidak berkesan. Sebagai contoh:

Jika anda memerlukan pembedahan, alkohol di dalam badan akan menimbulkan masalah dengan ubat bius (anesthesia). Jika anda dirawat dengan kemoterapi, dan mungkin terdapat kudis dalam mulut anda, alkohol akan menerukkan lagi keadaan. Jika anda memerlukan rawatan radiasi/kemoterapi, anda perlu makan dengan betul untuk menguatkan diri anda. Meminum minuman keras boleh mengganggu tabiat makan dan membantut penyembuhan. Penyalahgunaan alkohol mengganggu keupayaan anda menghadapi masalah kanser, tekanan perasaan dan emosi yang berkaitan dengannya.

MASALAH TINGKAHLAKU DAN TEKANAN EMOSI

Alkohol boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar batas kawalannya seperti memandu terlalu laju dan amalan-amalan lain yang merbahaya.. Perubahan ragam atau mood seperti marah, ganas, murung dan mungkin ke peringkat ingin membunuh diri dengan pengambilan alkohol yang berlebihan. Boleh mengakibatkan hilang daya ingatan dan kewarasan (paras pengambilan alkohol yang tinggi menghalang daya ingatan yang baik).

Membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kadar perceraian meningkat di kalangan penagih arak dan anak-anak mereka mengalami tekanan perasaan yang berpanjangan. Penagih arak juga menghadapi penurunan prestasi kerja, masalah pergaulan dengan pekerja-pekerja lain dan majikan.

Anda memerlukan bantuan profesional sekiranya:


Menghadapi masalah daya ingatan atau pengsan kerana minum. Anda tidak boleh hidup tanpa meminum alkohol. Gagal mengawal tabiat minum anda walaupun anda mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh tabiat buruk ini. Perlu minum banyak alkohol untuk mengatasi gejala seperti sakit kepala, kesejukan, menggigil dan ketagihan arak yang teruk. Tabiat minum ini menjejaskan kerja, persekolahan dan pergaulan anda dengan orang lain. Perlu mengambil alkohol untuk mengatasi masalah hidup atau melarikan diri dari masalah yang dihadapi Melakukan kegiatan yang berisiko tinggi seperti mengadakan hubungan seks yang tidak selamat dan rambang setelah minum.. Melakukan beberapa kesalahan undang-undang seperti memandu dalam keadaan mabuk Mendapat aduan dari kaum kelurga dan sahabat handai serta majikan mengenai tabiat buruk anda ini. Tidak suka bergaul dan terasing selepas mengambil alkohol.

RAWATAN Ketagihan alkohol boleh diwarisi . Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Dua jenis ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse (tidak terdapat di Malaysia). Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat

Naltrexone (terdapat di Malaysia), ia menyekat keinginan untuk meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya. PELIHARA DIRI ANDA Jika anda seorang peminum tetapi masih belum mencapai tahap menyalahgunakannya, lebih baik berhenti sahaja sebelum terlambat. Lebih cepat anda berhenti lebih baik peluang anda terselamat dari kesan fizikal dan psikologikal yang serius.

Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai seorang peminum. Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol (kelab malam, parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini, mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis tertentu. Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini. Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda. Kuatkan pegangan keagamaan anda. pengambilan dan penyalahgunaan alkohol. Semua agama melarang

Langkah mencegah pergantungan terhadap alkohol


Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini. Minum sedikit sahaja. Anda digalakkan minum dalam kuantiti yang sedikit Gunakan sedikit sahaja alkohol dan lebihkan campuran lain untuk mencairkan kesan alkohol. Cuba minum bir atau wain yang rendah kandungan alkoholnya. Selang-selikan minuman beralkohol dengan minuman lain (air mineral, jus buahan, kopi, soda) Makan sambil minum, makanan penyerapan alkohol ke dalam badan. dapat membantu melambatkan

Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil berat tentang diri anda. Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan diri dari mengambil alkohol. Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang) Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat. Jangan meminum alkohol semasa memandu, ketika mengambil ubatubatan atau mengendalikan mesin. Perbuatan yang demikan memudaratkan anda.

Você também pode gostar