Você está na página 1de 24

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh 'Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh'.

pengarang buku ialah K.H Muhammad Nawawi Banten (Pengarang Kitab Tafsir AlMunir) dan diterjemahkan oleh Ustaz Muqoffin Muhtari. buku ini merupakan cetakan ke-4 1984 sumber rujukan buku ini pula dari kitab arab 'Uqudul Lujain' karangan K.H. Muhammad Nawawi Banten(pengarang kitab tafsir Al-Munir) terjemahan oleh Ustaz Muqoffin Muhtari antara isi kandungan buku ini ialah: 1. kewajipan suami terhadap isteri 2. kewajipan isteri terhadap suami 3. keutamaan wanita sembahyang di rumahnya 4. larangan lelaki memandang wanita yang selain dari isterinya dan wanita memandang lelaki yang lain dari suaminya 5. 4 tanda isteri/perempuan yang berkat 6. 8 tanda perempuan yg baik akhlak 7. 5 tanggungjawab suami(tambahan) 8. 8 tanggungjawab isteri(tambahan) 9. wasiat Rasulullah S.A.W kepada wanita 10. 10 sifat suami yang soleh 11. 10 sebab isteri menderhaka kepada suami 12. ganjaran pahala bagi isteri yang hamil, menyusukan anaknya dan menjaganya semasa kesakitan 13. beberapa amalan isteri untuk mendapat redha suaminya --------------------------------------------------------------------------------------------salam. red_lotus:maaf xdpt nk letak arab version di sini.kelemahan sy. 1. Kewajipan suami terhadap isteri Perintah ALLAH kepada suami Allah Ta'ala berfirman: 'Pergaulilah isteri-isterimu dengan baik.' Suami mempunyai kewajipan yang melebihi isteri dan Allah berfirman pula: 'Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik, akan tetapi para suami itu mempunyai satu

tingkatan kelebihan atas isterinya.' Pesanan terakhir Nabi Muhammad S.A.W kepada suami Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda pada waktu haji wadak(perpisahan) setelah Baginda memuji kepada ALLAH dan menyanjung Nya serta menasihati para hadirin: ' Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Ingatlah! sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan-kewajipan isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilahkan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk kerumahmu kepada orang yang kamu benci. Ingatlah! kewajipanmu terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka.' Kewajipan suami terhadap isteri Nabi S.A.W bersabda: 'Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolokolok dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur(ketika isteri membangkang).

Insya ALLAH akn bersambung. "dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun),kecuali dengan cara yang diatur oleh ALLAH, Tuhan yg memelihara dan mentadbir seluruh alam"(At-Takwir:29)

Suami yang menghadap ALLAH dalam keadaan berzina Nabi S.A.W bersabda: 'Siapa saja seorang lelaki yang mengahwini perempuan dengan maskahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya ia berniat untuk tidak memberikan hak perempuan tersebut (maskahwinnya) kepadanya, maka ia telah menipunya; kemudian ia meninggal dunia, sedang ia belum memberi hak perempuan tadi kepadanya, maka ia akan menjumpai ALLAH di hari kiamat nanti dalam keadaan

berzina.' Suami yang paling sempurna keimanannya Nabi S.A.W bersabda: ' Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isterinya,anak-anaknya dan para kerabatnya).' Nabi S.A.W bersabda: ' Orang-orang yang terbaik dari kamu sekalian ialah mereka yang lebih baik dari kamu di dalam mempergauli keluarganya, dan saya adalah orang yang terbaik dari kamu sekalian dalam mempergauli keluargaku.' Ganjaran bagi suami yang sabar dalam mendidik isterinya Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda: ' Barang siapa sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka ALLAH memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub A.S kerana sabar atas menerima percubaan-NYA.' catatan: Percubaan Nabi Ayyub A.S ada 4 perkara: 1. habis harta bendanya 2. meninggal dunia semua anaknya 3. hancur badannya (penyakit) 4. dijauhi oleh manusia selain isterinya bernama Rahmah Ganjaran bagi isteri yang sabar terhadap kejahatan suaminya Dan barangsiapa sabar atas budi pekerti suaminya yang jelek, maka ALLAH akan memberikannya pahala sama dengan pahala Aisyah isteri Fir'aun.

Insya ALLAH akn dsambung. Tanda-tanda suami yang sempurna dan tidak sempurna Al-habib Abdullah Al-haddad berkata: ' Seorang lelaki yang sempurna adalah dia yang mempermudah dalam kewajipankewajipan kepadanya dan tidak mempermudah dalam kewajipan-kewajipannya kepada ALLAH. Dan seorang lelaki yang kurang ialah dia yang bersifat sebaliknya.' keterangan: Maksud dari penjelasan ini ialah seorang suami bersikap sudi memaafkan jika isterinya tidak menghiasi dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna dan lainlain, tapi ia bersikap tegas jika isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan lainlain, itulah seorang suami yang sempurna.

Dan seorang suami yang yang bersikap keras jika isterinya tidak menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain, tapi dia bersikap acuh dan tak acuh (dingin) jika isteri meninggalkan kewajipan-kewajipannya kepada ALLAH seperti solat, puasa dan lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang. Beberapa perintah agama Ketahuilah! bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya (dan mengingatkannya dengan nada yang halus) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukumhukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haidh dan ibadahibadah (yang wajib dan yang sunat). Cara bagi suami untuk melepaskan dirinya dan keluarganya dari api neraka Allah Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu dan para keluargamu dari api neraka." Ibnu Abbas berkata: 'Berilah pengertian agama kepada mereka dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."

Insya ALLAH akn bersambung bg mghabiskan topik ini dan mulakan nxt topic. Setiap manusia adalah pemimpin Dari Ibnu Umar dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda: ' Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang imam yang memimpin manusia adalah pimpinan, dan ia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin dalam mengurusi ahlinya, ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin di rumahtangganya dan bertanggungjawab atas keluarganya, seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengurusi harta tuannya, ia bertanggungjawab atas peliharaannya, seorang lelaki itu adalah pemimpin di dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggungjawab atas peliharaannya. Jadi setiap kamu sekalian adalah pemimpin dan setiap kamu harus bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Suami yang khianat terhadap amanah ALLAH Nabi S.A.W bersabda: ' Takutlah kepada ALLAH di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat (titipan) yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada ALLAH dan Rasul-Nya.'

ALLAH Ta'ala berfirman: "Perintahlah! keluargamu untuk melakukan solat." Dosa suami yang terbesar di hadapan ALLAH Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda: ' Tidak ada seseorang yang menjumpai ALLAH S.W.T dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang masa bodoh terhadap keluarganya.'

Alhamdulillah,tutup bab tanggungjwb suami. Insya ALLAH akn bersambg dgn tanggungjwb isteri plak. 2. Kewajipan isteri terhadap suami Siapa Dia Wanita Solehah? ALLAH Ta'ala berfirman: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan harta mereka, sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri di balik pembelakangan suaminya, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka; Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah mencari-cari jalan untuk menyusahkannya." Jalan-jalan bagi isteri untuk ke syurga Nabi S.A.W bersabda: 'Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya rela terhadap kepergiannya, maka ia akan masuk syurga.' Nabi S.A.W bersabda: 'Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu dan berpuasa sebulan penuh Ramadan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan kepadanya "masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki." Pahala isteri yang seimbang dengan perang sabil Datanglah seorang perempuan kehadapan Nabi S.A.W lalu berkata: 'Hai Rasulullah S.A.W! saya adalah delegasi kaum wanita untuk menghadap paduka (untuk menanyakan kepada paduka tentang perang). Perang ini diwajibkan oleh ALLAH hanya atas kaum lelaki, jika mereka terkena luka, maka mendapat pahala dan kalau terbunuh, maka mereka tetap hidup di sisi ALLAH, lagi dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum perempuan selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) lalu apakah kami bisa ikut memperoleh pahala perang itu?'

Maka Rasulullah bersabda: ' Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu jumpai bahawasanya taatnya kepada suami dengan penuh kesedarannya, maka pahalanya seimbang dengan pahalanya perang membela agama ALLAH. Tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mahu menjalankannya.'

Insya ALLAH akn bersambung. Sifat-sifat yang buruk bagi suami tetapi baik bagi isteri Ali R.A berkata: ' Sejelek-jelek sifat bagi kaum lelaki itu adalah sebaik-baiknya sifat bagi kaum perempuan iaitu kikir dan bersikap keras dan takut. Kerana sesungguhnya perempuan itu jika kikir, maka ia memelihara harta suaminya dan jika bersikap keras, maka ia menjaga diri dari berbicara kepada setiap orang dengan perkataan yang halus (mesra) yang menimbulkan sangkaan yang jelek, dan jika penakut, maka ia takut dari segala sesuatu. Oleh kerana itu ia tidak berani keluar dari rumahnya dan ia menjauhi tempat-tempat yang menimbulkan kecurigaan yang jelek kerana takut kepada suaminya.' Kebebasan isteri terikat kepada keizinan suami Dianjurkan bagi seorang isteri agar mengetahui (kedudukan dirinya) bahawa dirinya itu diumpamakan sebagai budak perempuan yang dimiliki suaminya dan diumpamakan sebagai tawanan yang lemah. Oleh kerana itu dia tidak boleh menjalan sedikitpun dari harta suaminya, bahkan segolongan dari ulama' berpendapat: sesungguhnya seorang isteri itu tidak boleh menjalankan hartanya (sendiri) juga, kecuali dengan seizin suaminya kerana ia diumpamakan sebagai orang yang terikat. 16 kewajipan isteri kepada suaminya Wajib bagi seorang isteri: 1. senantiasa malu terhadap suaminya. 2. menutup penglihatannya di hadapan suaminya. 3. mentaati perintah suaminya. 4. diam ketika suaminya sedang berbicara. 5. berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar. 6. menyodorkan dirinya kepada suaminya (ketika hendak tidur). 7. memakai wangi-wangian. 8. memelihara mulutnya dengan minyak misik dan wangi wangian. 9. senantiasa berhias di hadapan suaminya. 10. tidak berhias ketika suami tidak ada. 11. tidak berkhianat kepada suaminya ketika tidak ada di dalam tempat tidurnya dan di dalam hartanya. 12. menghormati keluarga suami dan para kerabatnya. 13. merasa puas jika diberi sedikit oleh suaminya. 14. tidak mencegah dirinya (jika diajak sanggama oleh suami), biarpun berada di

punggung unta. 15. tidak boleh menjalankan puasa sunat kecuali dengan seizin suaminya. 16. tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan seizin suaminya. Kalau seorang isteri berbuat (keluar dari rumah tanpa seizin suaminya), maka ia dilaknati oleh malaikat hingga ia bertaubat atau kembali biarpun suami sengaja menganiaya di dalam melarang isterinya keluar. Ganjaran isteri yang berbakti kepada suaminya. Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda: ' Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.' Ganjaran isteri yang mendurhakai suaminya. Dan siapa saja seorang isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua manusia. Isteri yang kena laknat Allah. Siapa saja seorang isteri bermuka muram di muka suaminya, maka ia dalam kemurkaan ALLAH hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan mohon kerelaannya. Siapa saja seorang isteri keluar dari rumahnya tanpa seizin suaminya, maka ia dilaknati oleh malaikat hingga ia kembali. Aisyah R.A berkata: ' Wahai kaum wanita! seandainya kamu mengerti kewajipanmu terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak mengusap debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya.'

Insya ALLAH akn bsambung. Off topic jap, seriously sy mngesyorkn para muslimah yg bkal mnjadi ibu utk sndiri mndidik anak2 di rumah especially babies n toddlers..kalo xde msalah jgnlh hantar kpd nursery, kasihanilh baby tu yg perlukn emotional security drectly from mom...our feelg toward our children xsame dgn feelg org yg jga anak2 kta (pnjaga ad objktif nk dcapai-gaji)...babies bkn ad special sign language yg dia dpt buat utk inform parent dia ap yg blaku di nursery tu..maaf ye, ini bkn tduhan, tetapi knyataan as i spent da whole day at nursery today!!!! utk bkal bapa plak, plz ask ur bloved wife utk take care of ur child at home..bnyak pahalanya...bonding btween mom n baby will dvelop very well...believe me..bside all of us kn tahu yg thap umur spt babies n toddlers ni sbnarnya lebih memerlukn didikan emosi (selit2kn ilmu mngenal ALLAH & Rasulullah S.A.W) berbanding dr aspek ln..jgn sia2kn pluang anda utk mnjadi ibu n bapa mithali...

Sgala kekurangan & ksalahan adlh dr sy..pd ALLAH jua kbnaran itu berada. 3 golongan manusia yang tidak diterima sembahyangnya oleh ALLAH. Nabi S.A.W bersabda: ' Tiga orang yang tidak diterima solatnya (tidak diberi pahala solatnya) oleh ALLAH dan tidak diangkat kebajikan mereka ke langit ialah: 1. budak yang lari dari tuannya hingga dia kembali; 2. seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya hingga rela; 3. orang yang mabuk hingga dia sedar kembali.' Isteri yang segala amalan kebajikannya tidak diterima ALLAH. Nabi S.A.W bersabda: ' Jika seorang isteri berkata kepada suaminya "tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali", maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya.' Keterangan: Maksud dari hadis ini ialah jika seorang isteri yang diperlakukan dengan baik oleh suaminya seperti telah diberi nafkah dan diberi pakaian dan lain-lain tapi ia tidak mengakuinya, maka hancur leburlah amal kebajikannya. Isteri yang haram mencium bau syurga. Nabi S.A.W bersabda: ' Siapa saja seorang isteri meminta cerai kepada suaminya tanpa sebab keadaan yang sangat diperlukan, maka haramlah bau syurga atasnya.' Keterangan: Hal ini biasa terjadi bagi seorang isteri yang tidak senang kepada suaminya dan ia meminta cerai kepadanya, kerana khuatir tidak bisa menjalankan kewajipannya terhadap suaminya, seperti mempergauli dengan baik. Isteri yang ALLAH tidak mahu melihatnya di akhirat nanti. Nabi S.A.W bersabda: ' Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.' Keterangan: Hal ini biasa terjadi bagi suami yang miskin dan isteri yang kaya, lalu isteri itu menafkahkan hartanya kepada suaminya, kemudian suatu saat sang isteri itu mengungkap masalah hartanya itu. Soalan nombor dua bagi suami di akhirat. Nabi S.A.W bersabda: 'Pertama urusan yang ditanyakan kepada isteri di hari kiamat nanti ialah mengenai

solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak).' 4 golongan isteri ahli syurga. Datang dari Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda: Empat perempuan berada di syurga dan empat perempuan berada di neraka dan baginda menyebutkan di antara empat perempuan berada di syurga ialah: 1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada ALLAH dan suaminya. 2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya. 3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya. 4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir putera-puteranya akan tersia-sia (terlantar).

4 golongan isteri ahli neraka. Kemudian Nabi S.A.W bersabda: Dan adapun empat perempuan yang berada di neraka ialah: 1. Perempuan yang jelek (kotor) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang maka ia memakinya (memarahinya). 2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu. 3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki). 4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada ALLAH dan tidak senang berbakti kepada RasulNya dan tidak senang berbakti kepada suaminya. Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknati termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat.

Mengikut jawapan yang diberikan oleh Ustazah usrah sy, apa yang dikatakan menutup penglihatannya di hadapan suaminya ialah seorang isteri itu menundukkan pandangannya di hadapan suami ketika berbicara. Tidaklah isteri itu berbicara sepertimana ia berbicara bersama teman sahabatnya ketika dengan suaminya, maksudnya ketika bersama sahabat kita tidak berasa segan silu untuk merenung, bertepuk tampar, terhinjut-hinjut ketawa dll. Apa yang ditekankan Ustazah ialah berbicara dengan suami dengan penuh rasa malu dan tunduk (merendahkan penglihatan). Berbicaralah dengan penuh sopan dan tidak berlebihan dalam berbicara dengan suami. Ustazah juga berkata ada rahmat di antara suami isteri

yang bertentang mata. Nurul, diharap dpt mghuraikn pertanyaan Nurul. huraian di atas adalah dr penerangan sy mgikut kfahaman sy slpas diterangkn oleh Ustazah. kekurangan & kesalahan adalah dr diri sy. im sorry, but plz ask me any questn if u dnt get it well. Insya ALLAH i'll try to find da answr. Wallahu'alam. Sujud kepada suami. Al-hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi S.A.W: 'Sesungguhnya putra pamanku (saudara misan) melamarku, maka berilah pengertian kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu adalah sesuatu yang mampu saya jalankan, maka aku bersedia dikahwinnya.' Maka baginda bersabda: 'Termasuk kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, ialah kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu ia (isteri) menjilatinya, maka ia belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan bagi manusia untuk bersujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.' Berkatalah perempuan tadi: 'Demi Tuhan yang mengutus paduka dengan hak, aku tidak akan kahwin selama dunia ini masih ada.' Walaupun di atas belakang unta. Imam Thobaroniy menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipannya kepada ALLAH hingga ia menjalankan kewajipannya kepada suaminya, seandainya suami memintanya (untuk digauli) sedang ia (isteri) berada di punggung unta maka ia tidak boleh menolak dirinya. 10 jenis perempuan dengan 10 macam siksaan. Ali karomallahu Wajhah berkata: 'Aku masuk di rumah Nabi S.A.W berserta Fatimah lalu aku mendapatkan baginda sedang menangis tersedu-sedu, kemudian aku berkata: Tebusan paduka adalah ayahku dan ibuku, hai Rasulullah! apa yang membuat paduka menangis?' Baginda bersabda: 'Hai Ali! pada malam aku diangkat ke langit aku melihat kaum perempuan dari umatku disiksa di neraka dengan macam-macam siksa, lalu aku menangis kerana begitu berat siksaan mereka yang aku lihat. Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya dan aku melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya sedangkan air panas dituangkan pada tenggorokannya dan aku melihat perempuan yang benar-benar diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat kedua tangannya sampai ubun-ubunnya dan ALLAH

mengerahkan ular dan kala jengking untuk menyengatinya. Dan aku melihat seorang perempuan yang berkepala babi dan bertubuh himar dan ia ditimpakan sejuta siksaan. Dan aku melihat seorang perempuan berbentuk anjing dan api itu masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya (jalan belakangnya) dan malaikat memukul kepalanya dengan palu-palu besar dari neraka.' Lalu Fatimah Az-zahra R.A berdiri dan berkata: 'Wahai kekasihku dan kasih mataku! perbuatan apa yang dilakukan oleh mereka hingga ditimpa siksa ini?' Maka Nabi S.A.W bersabda: 'Wahai anakku! adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan kaum lelaki (yang lain). Adapun perempuan yang digantung dengan lidahnya kerana ia telah menyakiti suaminya. Adapun perempuan yang digantung dengan kedua payudaranya kerana ia telah mempersilahkan (orang lain) untuk menginjak tempat tidur suaminya. Adapun perempuan yang diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat kedua tangannya sampai ubun-ubunnya dan ALLAH mengerahkan ular-ular untuk menggigitnya dan kala jengking untuk menyegatinya kerana ia tidak mandi dari janabat dan haid dan ia mentertawakan solat (meninggalkan solat). Adapun perempuan yang berkepala babi dan berbadan himar kerana ia ahli mengadu domba dan pembohong. Adapun perempuan yang berbentuk anjing dan api masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya, kerana ia ahli pengungkap lagi penghasut. Wahai anakku! celaka bagi perempuan yang tidak berbakti kepada suaminya. Al-hasil bahawa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak, kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredaannya adalah wajib, dan seorang suami tidak wajib mentaati isteri.' 3. Keutamaan wanita sembahyang di rumahnya. Sembahyang wanita di rumahnya lebih baik dari sembahyang di masjid nabi. Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: 'Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang menjalankan solat bersamamu.' Baginda bersabda: 'Aku mengerti bahawa engkau senang menjalankan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik daripada solatmu di kamarmu dan solatmu di kamarmu lebih baik dari solatmu di rumahmu dan solatmu di rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjidku.' Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh ALLAH ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap di rumahnya.' Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya seorang perempuan itu (jika) keluar sedangkan ia tidak mempunyai kerepotan apa-apa, maka syaitan meliriknya lalu berkata:kamu tidak melewati seorangpun kecuali engkau menimbulkan pesona padanya dan sesungguhnya

seorang perempuan itu (jika) memakai pakaiannya, maka keluarganya bertanya: kemana engkau hendak pergi? ia menjawab: aku akan menjenguk orang sakit atau mendatangi jenazah atau melakukan solat di masjid padahal tidak ada perempuan yang menyembah Tuhannya yang membandingi pahala jika ia menyembah Tuhannya di rumah.' Dari Abi Muhammad Asy-syaibaniy bahawa ia pernah melihat Abdullah sedang mengeluarkan perempuan-perempuan dari masjid pada hari Juma'at dan berkata: 'Keluarlah (dari masjid dan pergilah) kerumahmu. Kerana yang demikian itu lebih baik bagimu.' Diceritakan oleh Ath-thobaroniy di dalam kitab Al-Kabir. Sebab isteri umat Bani Israil kena laknat. Diceritakan dari Aisyah R.A : 'Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret di tanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid.' Maka Nabi S.A.W bersabda: 'Wahai manusia laranglah! isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknati hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid.' Perbuatan isteri yang menyamai dosa berzina. Nabi S.A.W bersabda: 'Siapa saja seorang perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian keluar lantas melewati suatu kaum, dengan tujuan agar dapat mencium bau harumnya, maka ia berdosa seperti dosa berzina dan setiap mata yang memandangnya juga berdosa seperti dosa berzina.' Mengapa ahli neraka ramai wanita? Rasulullah s.a.w bersabda: 'Aku pernah melihat di dalam syurga lalu aku melihat yang terbanyak ahli syurga ialah orang-orang fakir dan aku juga melihat di dalam neraka lalu melihat yang terbanyak ahli neraka ialah perempuan-perempuan. Demikian itu kerana kurang baktinya kepada Allah dan kepada suami mereka serta kebanyakan mereka menghias diri seindah-indahnya (berkelebihan jika hendak keluar rumah).' 'Tabarruj adalah apabila seorang perempuan hendak keluar dari rumahnya, maka ia memakai pakaian yang terbagus serta yang memperindah gaya berpakaian dan mempercantik diri dan keluar untuk membuat manusia lain terpesona terhadap dirinya. Dan jika ia selamat/tidak terjadi gangguan apa-apa pada dirinya, maka manusia(yang melihatnya) tidaklah mudah selamat dari godaan perempuan tadi.' Wanita itu aurat!

Dan kerana hal ini, maka Nabi s.a.w bersabda: 'Seorang perempuan itu aurat(tercela bagi perempuan yang terang-terangan dihadapan lelaki lain). Oleh kerana itu jika ia keluar dari rumahnya, maka ia dilirik oleh syaitan(untuk disasarkan).' Dan lebih dekatnya perempuan di sisi Allah adalah jika ia berada di rumahnya. Dan dalam riwayat lain: 'Seorang perempuan itu aurat kerana itu kekanglah mereka dirumah sebab seorang perempuan itu jika keluar menuju jalan lalu bertanyalah keluarganya kepadanya: kemana kamu hendak pergi? Dia menjawab: Aku akan menjenguk orang sakit dan mendatangi jenazah. Maka syaitan tak henti-hentinya menggoda perempuan tadi hingga ia menampakkan lengannya dan ia tidak mencari keredaan Allah sebagaimana jika ia berada di rumahnya dan menyembah Tuhannya dan berbakti kepada suaminya.' Keluar rumah tanpa izin suami dosa besar. Termasuk dosa besar adalah seorang perempuan yang telah bersuami keluar dari rumahnya tanpa seizin suaminya, biarpun dia keluar kerana kematian salah seorang dari kedua orang tuanya.

Kisah isteri yang taat pesanan suaminya. Di dalam kitab Al-Ihya diceritakan: Seorang suami keluar untuk bepergian dan memberi janji kepada isterinya agar tidak turun dari tingkat atas ke tingkat bawah, padahal ayahnya berada di tingkat bawah. Lantas ayahnya sakit kemudian perempuan tadi mengutus seseorang untuk menghadap Rasulullah s.a.w untuk meminta izin hendak turun untuk menjenguk ayahnya(yang sakit), maka Nabi s.a.w bersabda:'Taatlah kepada suamimu.' Kemudian matilah ayahnya lalu perempuan tadi minta izin(kepada Rasulullah s.a.w) untuk menyaksikan jenazah ayahnya, maka Nabi s.a.w bersabda:'Taatlah kepada suamimu!' Kemudian ayahnya dikebumikan, lantas Rasulullah mengutus seseorang menghadap kepada perempuan tadi, untuk memberi khabar kepadanya bahawa sesungguhnya Allah sungguh-sungguh telah mengampuni dosa ayahnya kerana baktinya kepada suaminya. Siapa dia isteri yang kena laknat. Nabi s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya seorang perempuan itu jika keluar dari rumahnya, sedangkan suaminya tidak mengizinkannya maka ia dilaknati oleh semua malaikat di langit dan segenap sesuatu yang dilewati olehnya selain jin dan manusia hingga ia kembali atau bertaubat.' Ganjaran pahala isteri sejak hamil hingga melahirkan anaknya. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Apakah kamu tidak senang? wahai kaum wanita! jika perempuan itu sedang hamil hasil dari suaminya serta suaminya menyukainya(kerana berbakti kepadanya), maka ia mendapat pahala sebanding orang yang berpuasa serta berperang untuk membela

agama ALLAH. Dan jika ia merasa sakit sebagai tanda akan melahirkan anak, maka ahli(penduduk) langit dan ahli bumi tidak bisa mengetahui rahsia kebahagiaan yang tersimpan di dalam hatinya. Dan jika ia telah melahirkan anak, maka tidaklah satu titispun dari air susunya dan dari anak itu tidak menghisap satu hisapan dari payudaranya, kecuali ia mendapat pahala satu amal kebajikan pada tiap titisan dan tiap hisapan. Dan jika ia kurang tidur kerana melayani anak pada malam hari, maka ia mendapat pahala sebanding dengan pahala tujuh puluh budak yang dimerdekakannya dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.' Perbuatan suami-isteri yang mendapat pandangan rahmat dari ALLAH. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga balas memandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari sela-sela jari-jari mereka berdua.' Ganjaran pahala bagi suami-isteri yang bersetubuh. Diceritakan dari Nabi s.a.w: 'Sesungguhnya seorang lelaki itu(ketika) menyetubuhi isterinya, maka baginya telah dicatat mendapat pahala kerana persetubuhannya itu seperti pahalanya anak lelaki yang ikut berperang membela agama ALLAH lalu terbunuh.' Tamat utk bab 3 ni. 4. Larangan Lelaki Memandang Wanita Yang Selain Dari Isterinya Dan Wanita Memandang Lelaki Yang Lain Dari Suaminya. Arahan ALLAH dalam hal pandang-memandang. ALLAH Ta'ala berfirman: "Jika kamu bertanya kepada mereka(perempuan-perempuan) tentang perkakas rumah, maka bertanyalah kepada mereka dari belakang tabir." ALLAH Ta'ala berfirman: "Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kerana yang demikian itu adalah lebih suci dari mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya." Perbuatan yang memperoleh kemanisan iman. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Pandangan itu panah yang beracun dari panah-panah iblis. Oleh kerana itu barang

siapa meninggalkan pandangan kerana takut dari siksa ALLAH Ta'ala serta iman, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya.' Nabi Isa a.s bersabda: 'Takutlah kamu sekalian pada pandangan, kerana sesungguhnya ia dapat menumbuhkan shahwat di dalam hati dan cukup menimbulkan fitnah(godaan) kerana pandangan itu.'

Nabi Daud Tergoda. Sa'ad bin Jubair berkata: 'Terfitnahnya(tergodanya) Nabi Daud a.s itu hanyalah kerana pandangan, dan Nabi Daud berkata kepada putranya bernama Sulaiman a.s: Hai anakku! berjalanlah di belakang harimau dan ular-ular besar yang mempunyai warna hitam dan janganlah kamu berjalan di belakang seorang perempuan.' Keterangan[hikayah]: Pada suatu ketika dengan tidak sengaja Nabi Daud pandangannya jatuh kepada seorang perempuan iaitu isteri Uren bin Hannar lalu beliau tertarik hatinya kepada perempuan tadi. Dan seketika beliau jatuh cinta kepadanya lantas memintanya kepada Uren sebagai suaminya dan berkata: 'Ceraikanlah isterimu dan berikan tanggungjawabmu atasnya kepadaku.' maka Uren tidak berani menolak permintaannya dan ia ceraikan isterinya. Dan kejadian ini tidak dilarang di dalam sareat Nabi Daud serta biasa terjadi di kalangan kaumnya dengan tidak mencacat maruah seseorang, biarpun demikian hal itu dicela oleh ALLAH kerana Nabi Daud a.s adalah seseorang yang berkedudukan tinggi yang semestinya beliau harus bisa menahan hawa nafsunya. Dan dari hasil perkahwinan ini, lahirlah Nabi Sulaiman a.s. Bagaimana Proses Perzinaan Bermula? Ditanya kepada Nabi Yahya a.s (beliau sama sekali tidak tertarik kepada perempuan): 'Apakah mula-mula yang menyebabkan terjadinya perzinaan?.' Beliau menjawab: 'Ialah pandangan dan angan-angan.' Dan Al-Fudhail berkata: 'Iblis berkata ia(pandangan) adalah busurku yang dahulu dan panahku yang tak pernah meleset mengenai sasarannya.'

Pandang memandang yang mendapat laknat ALLAH. Ummu Salamah berkata: 'Ibnu Ummi Maktum seorang yang buta minta izin untuk menghadap Rasulullah S.A.W padahal aku dan Maimunah sedang duduk, maka Nabi S.A.W bersabda: Tutupilah dirimu berdua di belakang tabir! lalu kami berkata: Bukankah dia seorang buta yang tidak bisa melihat kami? Baginda bersabda: Tapi apakah kamu berdua

tidak dapat melihatnya Rasulullah S.A.W bersabda: 'ALLAH melaknati orang yang memandang dan orang yang dipandang. Tidak boleh bagi seorang wanita yang beriman kepada ALLAH menampakkan dirinya di hadapan setiap lelaki lain yakni yang bukan suaminya dan bukan keluarganya dari satu keturunan atau dari satu susuan. Dan tidak boleh bagi seorang lelaki memandang kepada perempuan dan juga tidak boleh bagi perempuan kepada lelaki dan tidak boleh bersentuhan dengan berjabat tangan atau dengan jalan tukar menukar barang dan lain sebagainya.' Lebih baik memahat kepala dari menyentuh wanita bukan muhrim. Ath-Thobaroniy menceritakan di dalam kitab Al-Kabir dari Mak'qil bin Yasar: 'Sungguh kalau ditusuk pada kepalanya seorang dari kamu sekalian dengan jarum besi, itu akan lebih baik daripada ia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.'

Bersesak-sesak dengan babi lebih baik daripada bersesak-sesak dengan wanita bukan muhrim. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Jauhkanlah dirimu bersepi-sepi dengan wanita-wanita, maka demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, tidaklah ada seorang laki-laki yang bersepi-sepi dengan perempuan kecuali syaitan masuk di antara mereka berdua (untuk menggodanya) dan sungguh kalau seorang laki-laki berdesak-desak dengan babi yang dicoreng-coreng dengan tanah liat atau tanah hitam yang busuk itu lebih baik baginya daripada siku-sikunya berdesak-desakan dengan siku-siku perempuan yang tidak halal.' Wajib bagi perempuan jika hendak keluar dari rumah agar menutup semua tubuhnya dan kedua tangannya dari pandangan mata pemandang. Perbuatan yang terbaik bagi suami isteri. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Dipastikan bagi anak Adam mendapat bahagian dosa proses-proses terjadinya berzina yang demikian itu dicapainya dengan pasti. Oleh kerana itu kedua mata itu perbuatan zinanya adalah memandang (kepada apa yang tidak dihalalkan), kedua telinga itu perbuatan zinanya adalah mendengar (apa yang tidak dibenarkan menurut agama), mulut itu perbuatan zinanya adalah berbicara(pada apa yang tidak berguna untuk dunia mahupun akhirat), tangan itu perbuatan zinanya adalah memukul, kaki itu perbuatan zinanya adalah melangkah menuju tempat yang tidak dihalalkan dan hati itu perbuatan zinanya adalah berangan-angan untuk melakukan sesuatu yang tidak dihalalkan, baik kemaluan itu membenarkannya atau membohonginya.' Rasulullah s.a.w bertanya kepada puterinya yang bernama Fathimah r.a: 'Apa saja yang terbaik bagi seorang wanita?' Dia(Fathimah) menjawab:

'Seorang wanita tidak melihat seorang lelaki dan seorang lelaki tidak melihatnya.' lalu Baginda s.a.w memeluknya dan bersabda: 'Keturunan itu ada hubungannya satu sama lainnya.' kemudian Baginda menganggap baik atas ucapan Fathimah tadi.

Siapa dia wanita pelacur? Ketahuilah bahawa sudah biasa bagi kaum wanita pada zaman sekarang ini menampakkan perhiasannya dan menunjukkan kecantikannya , sedikit rasa malunya, berjalan dengan gaya yang dibuat-buat pada tempat pertemuan kaum lelaki atau di pasar-pasar dan di masjid-masjid berada di tengah-tengah barisanbarisan (solat) khususnya di waktu siang dan kalau ia berjalan di waktu malam, maka berjalan di dekat sinar untuk memperlihatkan perhiasannya dan kecantikannya kepada manusia lain. Jika seorang perempuan telah menjalankan tiga perkara dengan terang-terangan, maka ia disebut pelacur, iaitu: 1.Keluar di waktu siang dengan menampakkan perhiasannya dan menunjukkan kecantikannya. 2.Memandang kepada lain-lain. 3.Mengeraskan suaranya sekira dapat didengar oleh lelaki lain. Biarpun ia adalah seorang yang baik (solehah), kerana ia telah menyerupakan dirinya dengan seorang pelacur. Dan kerana itu Nabi s.a.w bersabda: 'Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.' Sungguh-sungguh aku bersuci tangan. Mengapa seorang wanita pemalu dan beragama rela dengan sebutan nama ini (pelacur) atas dirinya. Oleh kerana itu bagi suami yang takut kepada ALLAH dan Rasulnya dan yang mempunyai harga diri, hendaklah mencegah isterinya keluar dari rumahnya dengan memperlihatkan perhiasannya dan menunjukkan kecantikannya. Dan hendaklah suami sungguh-sungguh menjaganya khususnya pada zaman ini; dan suami tidak boleh lengah di dalam menjaganya dari suatu hal yang bisa diatasi dan suami tidak boleh mengizinkan isterinya keluar kecuali di waktu malam disertai keluarga atau perempuan-perempuan yang bisa dipercayai. Tidaklah cukup seorang budak untuk menghantarkannya, sekiranya kalau tidak disertai oleh perempuanperempuan yang bisa dipercaya. Kerana budak yang bisa dipercaya itu jarang sekali ada, dan jika demikian itu keadaannya, maka seorang budak dan pengangsu air di larang masuk di rumahnya wanita-wanita kalau masing-masing dari mereka berdua (budak atau pengangsu air dan perempuan) telah berumur lima belas tahun, kerana biasa terjadinya fitnah adalah sebab mereka (budak dan pengangsu), sedangkan menjaga keturunan itu termasuk urusan yang sangat penting. Suami yang tidak cemburu akan terbalik hatinya. Di dalam kitab Al-Ihya' Nabi s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya aku adalah seorang yang banyak cemburu dan tidak ada seorang yang tidak cemburu kecuali ia telah terbalik hatinya.'

Ali r.a berkata: 'Apakah kamu tidak merasa malu dan apakah kamu cemburu bahawa seorang dari kamu membiarkan isterinya keluar melewati kaum lelaki, ia memandang kepada mereka dan mereka balas memandang kepadanya.' Adab bagi isteri keluar berziarah. Adapun yang terjadi pada zaman sekarang ini ialah jika seorang wanita keluar dari rumahnya, maka orang laki-laki ini telah memberi isyarat dengan matanya dan orang laki-laki ini telah menyentuh dengan tangannya dan orang laki-laki ini mengajak berbicara dengan pembicaraan yang jelek serta tidak diredhai oleh orang yang beragama kepada keluarganya dan tidak diredhai oleh seorang wanita yang baik terhadap dirinya. Ahmad bin Hajar berkata: 'Jika seorang perempuan terpaksa keluar untuk menjenguk ayah, maka (bolehlah) ia keluar tapi seizin suaminya serta tidak memperlihatkan perhiasannya dan tidak menunjukkan kecantikannya iaitu memakai kudung yang kotor dan pakaian seharihari dan ia harus menundukkan penglihatannya di waktu berjalan dan tidak melihat kekanan atau kekiri. Kalau dia tidak melakukan demikian itu, maka ia berdosa.'

Kisah seorang wali wanita yang kematian suaminya. Diceritakan bahawa ketika mati suami seorang wali wanita bernama Rabiah AlBashriyyah r.a maka Hassan Al-Bashri serta teman-temannya minta izin untuk masuk ke rumahnya, maka beliau mengizinkan mereka untuk masuk dan beliau menguraikan tabir dan beliau duduk di belakang tabir. Kemudian Hassan Al-Bashri dan teman-temannya berkata: Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka pilihlah dari para zahid ini (pembenci dunia) siapa yang kamu kehendaki. Beliau berkata: Ya (aku terima) dengan senang hati dan penuh penghargaan tapi aku mau bertanya kepadamu sekalian, siapakah yang paling pandai di antara kamu sekalian hingga aku akan mengahwinkannya kepada diriku? Mereka berkata: Hassan Al-Bashri r.a, Kemudian beliau berkata: Kalau engkau dapat memberi jawapan kepadaku mengenai empat pertanyaan, maka aku bersedia menjadi isterimulah. Hassan Al-Bashri berkata: Tanyakanlah kepadaku, kalau ALLAH memberi pertolongan padaku untuk bisa menjawab, maka aku beri jawapan pertanyaanmu. Kemudian beliau berkata: Bagaimana jawapanmu kalau aku mati, maka aku keluar dari alam dunia dalam keadaan muslim atau kafirkah? Maka Hassan menjawab: Ini adalah barang yang samar (tidak ada yang mengetahuinya kecuali ALLAH) Lalu beliau berkata: Bagaimana jawapanmu ketika aku diletakkan di tempat penguburanku dan aku ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir apakah aku bisa menjawab pertanyaan mereka berdua atau tidak? Maka Hassan menjawab: Ini juga barang samar Kemudian beliau berkata: Tatkala manusia digiring pada hari kiamat dan bertebaran catatan-catatan amal manusia lantas sebahagian mereka diberi catatan amal dengan tangan kanannya dan sebahagian mereka diberi catatan amal dengan tangan kirinya. Apakah aku diberi catatan amalku dengan tangan kananku atau tangan kiriku?

Lalu Hassan menjawab: Ini juga barang samar Kemudian beliau berkata: Tatkal diundang di hari kiamat sebahagian masuk ke syurga dan sebahagian masuk ke neraka. Apakah aku termasuk ahli syurga atau ahli neraka? Maka Hassan menjawab: Ini juga barang samar Lalu beliau berkata: Apakah seorang yang prihatin memikirkan empat perkara ini (lebih baik) membutuhkan suami atau mengosongkan diri dari suami. Lihatlah! Kepada wanita ini seorang yang ahli ibadah serta pembenci dunia bagaimana beliau khuatir akan akhir hidupnya. Dan tidak ada kekhuatiran ini kecuali kerana kejernihan hatinya dari kekotoran dan meresap ilmunya. Seorang perempuan yang solehah ialah jika menjalankan satu dosa kepada suaminya, maka ia menyesal seketika dan dia mengharap keredhaan suaminya dengan halus, dan dia menangis sampai beberapa hari kerana takut dari siksaan ALLAH dan dia berkata kepada suaminya jika dia melihat suaminya bersedih hati: Kalau kesedihanmu kerana urusan akhirat, maka berbahagialah bagimu, dan kalau kesedihanmu kerana urusan dunia, maka sesungguhnya aku tidak memaksamu untuk melakukan apa yang kamu tidak mampu Diceritakan bahawa (seorang wali wanita) Rabiah Assyamiyah iaitu isterinya Ahmad bin Abil-Hawariy adalah memberi kepadanya (suaminya) dengan makanan yang lazat dan membuat makanan berbau sedap dan dia berkata: pergilah dengan semangatmu dan kekuatanmu kepada isterimu, sedang ia (Ahmad) mempunyai isteri selain dia. Dan dia memakai wangi-wangian dan memakai pakaiannya dan mendatangi ke tempat tidur suaminya kemudian dia berkata: Apakah kamu perlu terhadap diriku, kalau suaminya perlu terhadap dirinya maka dia bersama suaminya dan jika tidak, maka dia membuka pakaiannya (yang dipakai dan berganti pakaian lain untuk beribadah) dan dia tetap berada di tempat solatnya hingga menjelang pagi. Dan dia mengajak Ahmad bin Abil-Hawariy untuk mengahwininya kerana dia (Rabiah) pernah mempunyai suami sebelumnya lantas suaminya meninggal dunia dan dia memperoleh warisan harta yang banyak darinya. Kemudian dia menghendaki kahwin dengan Ahmad Abil-Hawariy agar ia (Ahmad) mengarahkan harta itu untuk diinfaqkan kepada orang yang beragama dan orang ahli kebaikan baik berupa makanan atau lainnya. Kerana seorang lelaki itu lebih sesuai untuk menginfaqkannya daripada seorang perempuan dan lebih bijaksana dalam hal itu. Kerana itu maka Rabiah mengajak Ahmad untuk mengahwininya. Semoga rahmat ALLAH dilimpahkan kepada mereka berdua. Dan cerita-cerita mengenai wanita-wanita yang solehah seperti Rabiah Al-Bashriyah dan Rabiah Assyamiyah itu masih banyak. Oh Tuhan, baguskanlah kami dan baguskanlah keluarga kami dan keturunan kami dan semua orang muslim dan segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekalian Alam

5. 4 Tanda Isteri/Perempuan Yang Berkat. 1. Perempuan yang cepat nikah (kahwin) 2. Perempuan yang banyak anak

3. Perempuan yang rendah (murah) mas kahwinnya 4. Perempuan yang baik muruah (maruah/akhlak) 6. 8 Tanda Perempuan Yang Baik Akhlak. 1. Baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibu bapanya, rakanrakannya, jiran-tetangganya dan masyarakatnya. Iaitu:- Dengan suaminya bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya - Dengan anak-anaknya bercakap dengan bahasa yang baik (tidak suka memakimaki dan berbahasa kesat ) - Dengan ibu bapanya bersopan santun, beradab - Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakatnya tidak suka bertengkar dan mengatangata serta memfitnah 2. Tidak jahat mulut iaitu tidak gemar mengadu-ngadu hal kepada ibu bapa, rakanrakan, jiran-jiran tentang keburukan suaminya. 3. Banyak sabarnya di dalam menempuh segala kesusahan ujian Allah, dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya. 4. Tidak berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya sahaja dan bukan untuk orang lain. 5. Tidak cepat keluh-kesah dalam menempuh kehidupan ada syukur dan sabar. 6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi keinginannya. 7. Memadai (redha) dengan apa-apa pemberian suaminya samada pemberian itu digemari atau tidak. 8. Tidak gemar banyak cakap; cakap sekadar yang perlu sahaja.

7. 5 Tanggungjawab Suami. 1. Menjadi pemimpin anak isteri di dalam rumah tangga. 2. Mengajarkan ilmu yang fardhu ain (wajib) terhadap anak isteri iaitu ilmu tauhid, feqah dan tasawuf. -Ilmu tauhid diajarkan supaya akidahnya berbetulan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah. -Ilmu feqah diajarkan supaya segala ibadahnya berbetulan dengan kehendak agama. -Ilmu tasawuf diajarkan supaya ia ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dari kerosakan oleh rasa riak, bangga dan menunjuk-nunjuk dll. 3. Memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal dari wang dan usaha (punca) yang halal. -Sekali membelikan pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka dan halal maka suami mendapat pahala selama 70 tahun (kata ulama)

4. Tidak menzalimi anak isteri iaitu dengan:-Memberikan didikan agama yang sempurna -Memberi nafkah zahir dan batin secukupnya -Memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat/kesalahan -Bila memukul jangan sampai cacat (melampau) 5. Beri nasihat jika isteri gemar mengumpat , berleter serta melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah agama. 8. 8 Tanggungjawab Isteri 1. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah atau senang kecuali yang ditegah oleh agama. 2. Sentiasa berhias diri untuk suami sahaja. 3. Sentiasa menjaga diri dan rumahtangga. 4. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal kebajikan. 5. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami. 6. Segala laku perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami. 7. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suaminya dalam setiap waktu terutama selepas sembahyangnya. 8. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalan-amalannya dengan gemar membaca, mendengar kaset-kaset syarahan, serta mengikuti majlis-majlis agama dll.

9. Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Wanita. Telah bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya: Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya. Saidatina Aisyah bertanya: Mengapa wahai Rasulullah?. Jawab Rasulullah S.A.W: 1. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan kerja-kerja di rumah. 2. Tiada memuji (bersyukur/berterima kasih) di atas kemurahan ALLAH yang didatangkannya melalui suaminya. (Jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya) 3. Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat ALLAH contohnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan sudah 10 tahun saya kahwin dengan awak tak ada apa-apa pun!

4. Gemar bercakap tentang perkara yang sia-sia dan yang berdosa contohnya bercakap tentang perabot-perabot rumah dan mengumpat. 5. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan-kemewahan lahir.

10. 10 Sifat Suami Yang Soleh. 1. Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangganya. 2. Tidak kedekut atau terlalu bermewah-mewah dalam memberi nafkah makan minum pakai tempat tinggal serta perabot anak isteri. 3. Kasih sayang, mesra serta sentiasa mengambil berat tentang mereka. 4. Tidak terburu-buru dalam menerima fitnah (pengaduan) serta bertindak segera tanpa usul selidik dahulu. 5. Tidak gemar memandang perempuan-perempuan yang lain. 6. Tidak gemar bergaul dengan perempuan-perempuan yang lain. 7. Tidak minum arak, berjudi, merokok dan tidak suka buang masa dengan kerja siasia. 8. Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak isteri. 9. Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin. 10. Cemburu dalam hal-hal yang mendatangkan maksiat terhadap dirinya, anak dan isterinya. Kata-kata penutup: i. Jadikanlah dirimu itu anak yang soleh, suami yang soleh dan orang yang soleh. ii. Didiklah anak-anakmu agar ianya menjadi anak yang soleh atau solehah. iii. Didiklah isterimu itu agar menjadi isteri yang solehah.

11. 10 Sebab Isteri Mendurhaka Kepada Suami. 1. Bila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke subuh (HR Bukhari-Muslim)

2. Membantah suruhan/perintah suami. Siapa sahaja isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua manusia (Hadith) 3. Masam muka terhadap suami. Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia di dalam kemurkaan ALLAH hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya (Hadith) 4. Jahat lidah/mulut terhadap suami. Dan ada 4 golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka (di antaranya) ialah wanita yang kotor/jahat lidahnya terhadap suaminya (Hadith) 5. Membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuan suaminya. 6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya ia akan dilaknat oleh malaikat hingga ia kembali (Hadith) 7. Berhias ketika suaminya tiada disampingnya. Janganlah perempuan-perempuan itu menampakkan perhiasannya melainkan untuk suaminya (Surah An-Nur:31) 8. Menghina pengorbanan suaminya. ALLAH tidak akan memandang (benci) manamana perempuan yang tidak berterima kasih di atas pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya. 9. Membenarkan masuk orang yang tidak diizinkan suaminya ke rumah. Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan yang diizinkan oleh suaminya. (Hadith) 10. Tidak mahu menerima dan tunjuk ajar dari suaminya.

Ganjaran Pahala Bagi Isteri Yang Hamil, Menyusukan Anaknya Dan Menjaganya Dimasa Kesakitan. Nabi S.A.W bersabda: Apakah redha hai golongan wanita bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikah dengan halal (menurut syariat Islam) si suami redha kepadanya kerana ia selalu taat kepada suaminya, ALLAH memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahalanya orang yang puasa fisabilillah. Bila ia merasa akan melahirkan anak (mengejan), maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti seberapa banyaknya pahala itu. Bila telah lahir lalu disusui ibunya setiap satu tegukan (sedutan) dari susu itu ALLAH memberi pahala satu kebaikan. Bila si ibu semalaman tidak tidur (karipan=jawa) dan memelihara anaknya sakit, maka ALLAH memberi pahala seperti memerdekakan 70 budak dalam sabilillah dengan ikhlas. (HR Al-Hasan bin Shofwan, Thobroni dan Ibnu Assakir dan Salamah yang menyusui Saidina Ibrahim putra daripada Rasulullah).

Beberapa Amalan Isteri Untuk Mendapat Keredhaan Suaminya. 1. Mengekalkan sifat malu terhadap suaminya.

2. Menundukkan pandangannya di depan suami. 3. Diam ketika suaminya berbicara. 4. Bangun menghormati suami ketika ia pulang. 5. Sentiasa mengenangkan jasanya walaupun kecil. 6. Menghormati kepada keluarga suaminya. 7. Sentiasa dalam kebersihan disamping suami.

Alhamdulillah. Buku ini tamat di sini dengan rasminya.

Você também pode gostar