Você está na página 1de 3

PETA MINDA DEFINISI PETA MINDA Pada tahun 1974, Tony Buzan telah memperkenalkan peta minda.

Peta minda juga dikenali sebagai Mind Mapping adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjana idea yang berkaitan. Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengolahan yang menyeluruh. Menurut Abdul Rahim (1997:116) pemetaan pemikiran atau peta minda adalah model idea yang dikembangkan daripada idea asas. Model idea ini dimulakan dengan memberi fokus kepada satu aspek bagi sesuatu tajuk pelajaran seperti sejarah yang dimulakan dengan sebab, faktor, kesan, implikasi, dan syarat-syarat.Setipa satu aspek atau idea dikaitkan dengan aspek lain dan idea yang berkaitan. Pemetaan pemikiran dapat memberikan gambaran menyeluruh dan nenunjukkan pertalian di antara satu fakta dengan fakta yang lain. CIRI-CIRI PETA MINDA Ciri-ciri peta minda yang pertama ialah mempunyai kata kunci. Menurut Mohd Nashuha Jamidin (1988) , kata kunci merupakan perkataan signifikan bagi sesuatu ayat ataupun idea dan ia mudah diingati kerana dapat menggambarkan maklumat yang lebih bermakna daripada perkataan-perkataan lain. Menurut kajian Dr. Gordon Howe, dari Universiti Exeter mendapati kadar ingatan kembali bagi nota yang menggunakan kata kunci adalah lebih tinggi daripada nota yang tiada kata kunci. Pada kebiasaanya kata kunci yang utama diletakkan ditengahtengah.Dengan ini dapat dijelaskan bahawa menggunakan kata kunci minda dapat menyimpan dan mengeluarkan maklumat.

Seterusnya, peta minda mempunyai pelbagai warna, simbol, dan objek. Penggunaan warna yang terang dan pelbagai mampu untuk meningkatkan daya tarikan. Penggunaan warna yang berlainan pada isi-isi penting akan menguatkan daya ingtan. Manakala penggunaan simbol dan objek mampu menyimpan ingtan dengan lebih mudah. Hal ini kerana, kebanyakan yang tersimpan dalam otak kita adalah berbentuk objek. Kita tidak mengingati sesuatu dalam perkataan yang panjang. Ciri peta minda yang ketiga ialah peta minda mempunyai garisan dan anak panah. Garisan dan anak panah yang bersambung semuanya berfungsi untuk menghasilkan satu lakaran yang bersturktur, mantap dan bahagian yang berkaitan. Garisan dan anak panah yang pelbagai bermula dari pusat membentuk beberapa kelompok meningkatkan daya ingatan jangka pendek. Hal ini kerana, daya ingatan pendek hanya mengingati item-item secara berkelompok. Penggunaan garisan yang bersahaja dan tidak lurus akan lebih menarik dan mudah diingati kerana otak kanan lebih ke arah seni dan kreativiti. Ciri peta minda yang keempat ialah mempunyai isi yang padat tetapi ringkas serta mempunyai perkaitan. Hanya menggunakan sehelai kertas peta minda sudah cukup untuk memuatkan banyak fakta dan memudahkan kita untuk terus mencari fakta dan isi yang penting. Penggunaan kata kunci, simbol , ikon dan objek akan meningkatkan daya ingatan. Hal ini kerana, otak tidak dapat mengingat perkataan-perkataan yang panjang secara menyeluruh. Kesimpulannnya, seorang penulis Dilip peta minda mempunyai dalam ciri-ciri bukunya yang yang mampu bertajuk

mengaktifkan kedua-dua otak kita untuk berfikir. Sebagaimana, penyataan Mekerjea (1996) Superbrain melalui pemetaan minda seseorang itu dapat learn MORE,

remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang

lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Você também pode gostar