Você está na página 1de 2

Name : NOR ASYIKIN BINTI TOPAH__________________ Marks Registration No/Programme : 14DAT10F1068 _ Code/Course Name : _PB302/Commercial Law______ Lecturer : _CIK

ZURYA BINTI ALIAS________ Reflective Journal (S) No

Agency can be created in five different ways. Explain it. (15 m


1)Agensi Secara Perjanjian Yang Nyata.- Menurut seksyen 140 Akta Kontrak 1950, seorang boleh dilantik melalui perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis. 2)Agensi Secara Perlantikan Termaklum Atau Tersirat . - Menurut seksyen 140 Akta Kontrak 1950,juga menyatakan bahawa hubungan agensi boleh disiratkan atau dianggap wujud melalui tutur kata atau perbuatan principal yang memperkenalkan seseorang lain sebagai agennya.Agensi secara termaklum wujud melalui 3 cara: a) melalui katakata atau perbuatan. kes:Chan Yin Tee Lwn William Jacks & Co.(Malaya) Ltd . b)wujud antara suami dan isteri. Suami boleh tidak bertanggungan apabila: Suami telah melarang isteri berhutang atas namanya ,suami telah membekalkan isterinya dengan jenis barang berkenaan secukupny,.perbelanjaan isteri adalah membazir berbanding pendapatan suami. kes:Miss Gray Lwn Catcard. c)Rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian adalah merupan ejen kepada pekongsi dan firma.kes:Mercantile Credit Co.Ltd lwn Garrod.3)Agensi Secara Pengesahan Atau Ratifikasi. -Ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan atau kontrak yang pada asalnya tidak sah. Menurut seksyen 149 Akta Kontrak 1950,menyatakan bahawa seorang principal berhak menolak atau menerima kontrak yang dibuat oleh agennya tanpa pengetahuannya atau melampaui batas. Ratifikasi dibenarkan di dalam keadaan keadaan berikut: a)Tindakan atau kontrak yang tidak dibenarkan . b)Agen mesti bertindak sebagai agen semasa kontrak dibuat. Contoh kes:Keighley Maxted & Co Lwn Durant c)Agen mesti mempunyai principal. Contoh kes:Kelner lwn Baxtex d)Prinsipal mesti mempunyai pengetahuan yang lengkap sebelum pengesahan. e)Prinsipal mesti mengesahkan keseluruhan kontrak. f) Pengesahan tidak boleh merugikan pihak ketika.4)Agensi Secara Keperluan.Agensi secara perlu wujud dalam keadaan kecemasan di mana seorang agen mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja untuk melindungi prinsipal daripada kerugian. kes:Great Northern Railway Co lwn Swaffield. -Agensi secara perlu wujud berdasarkan keadaan berikut: a) tidak mendapatkan arahan daripada prinsipal. Contoh kes:Springer Lwn Great Western Railway Co b)mengelakkan kerugian bagi pihak prinsipal. Contoh kes:Prager lwn Blatspiel Stamp & Heacock Ltd. c)Agen secara perlu telah bertindak secara suci hati.5)Agensi Secara Persekatan. -Agensi ini wujud dalam keadaan di mana seseorang prinsipal dengan kata-kata atau perbuatan telah membenarkan pihak ketiga mempercayai bahawa seseorang itu adalah agennya dan telah menyebabkan pihak ketiga mempercayainya

1/2/3/4/5/6

State the duties of a principal to his agent. (9 marks) . Tanggungjawab Prinsipal Terhadap Agen. - Mengikut seksyen 175-178 Akta Kontrak 1950 memperuntukan tanggungjawab prinsipal terhadap agennya. 1) Membayar komisyen atau ganjaran-ganjaran lain yang dipersetujui , melainkan hubungan agensi itu dalah secara percuma - Pada amnya jumlah komisyen dan cara pembayaran komisyan itu dibuat akan dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak agensi. Kontrak agensi menyatakan bahawa upah akan dibayar atas kerja yang selesai dibuat oleh agen,bukan atas kejayaan sesuatu kontrak atau matlamat kerja yang dilaksanakan oleh agen. 2) Prinsipal tidak akan menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada mendapatkan komisyennya. - Apabila prinsipal melantik seorang agen untuk mewakilinya ,maka prinsipal tidak boleh lagi mengupah orang lain ditengah-tengah perundingan semata-mata untuk menarik balik komisyen yang dijanjikan kepada age nasal itu. 3) Prinsipal perlu menanggung rugi agen- Hak terhadap lepas tanggungan ini akan timbul apabila: Agen mengalami kerugian, agen telah menyebabkan bencana kepada pihak ke-3, Agen mengalami bencana semasa menjalankan tugasnya.

In relation to agency, distinguish between actual authority and apparent authority. (6 marks) Kuasa benar - Kuasa benar ialah kuasa yang diberikan secara nyata oleh prinsipal kepada agen. Kuasa benar yang diberikan secara lisan atau bertulis. Kuasa zahir - Kuasa yang tidak diberikan secara nyata oleh prinsipal tetapi undang-undang menganggap agen sebagai mempunyai kuasa itu walaupun prinsipal tidak bersetuju agen itu menjalankan kuasanya. Contoh Kes: Firm Of Ar.Ct lawan Sv.Kt . Kuasa zahir boleh wujud dalam 2 keadaan: a) Melalui kata-kata atau perbuatannya membiarkan pihak ketiga percaya agennya mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu kontak bagi pihaknya. Kes: Chew Hock San & Ors vs Connaught Housing Development Sdn. Bhd b)Seorang agen mempunyai kuasa melakukan sesuatu tetapi kuasa itu ditamatkan oleh prinsipal tanpa pengetahuan pihak ketiga Kes: Graphic Lines Ltd lawan Chai Chee Mein & Ors

Você também pode gostar