Você está na página 1de 25

1

1.1

2 TEORI BEHAVIORISME Tingkah laku atau behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia atau haiwan dalam bentuk gerakbalas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran. PENGASAS TEORI BEHAVIORISME PENGASAS TEORI >>>IVAN PAVLOV DAN WATSON

TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV


Seorang ahli sains Rusia Menjalankan penyelidikan ke atas anjing selama 35 tahun Kata kunci teori ini ialah pembelajaran melalui perkaitan

KONSEP PENTING PELAZIMAN KLASIK


Contoh paling terkenal pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov Sebelum Pelaziman RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur) RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)

Semasa Pelaziman RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)

Selepas Pelaziman

3 RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur) RTT = Rangsangan Tak Terlazim RT = Rangsangan Terlazim GTT = Gerak Balas Tak Terlazim GT = Gerak Balas Terlazim

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip kelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov.

Konsep tersebut ialah: (a) generalisasi (b) diskriminasi (c) penghapusan.

Generalisasi bermakna rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Sebagai contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi, kerisauan dalam sesuatu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran yang lain (biologi).

Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak

4 balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi lain daripada loceng.

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tidak terlazim (makanan). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan membawa rangsangan kepada anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

Proses Eksperimen Ivan Pavlov

5 APLIKASI PELAZIMAN KLASIK DALAM PENGAJARAN

Untuk pembelajaran berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran

Bimbing pelajar gunakan kemahiran generalisasi dan diskriminasi dengan tepat

Beri latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dan gerak balas terlazim

TEORI PELAZIMAN J.B. WATSON


Seorang ahli psikologi Amerika Orang pertama mencipta istilah behaviorisme Kajian beliau tentang emosi kanak-kanak

PROSES PELAZIMAN J.B. WATSON

Menurut beliau, manusia mempunyai tiga emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang.

Emosi boleh diajar melalui proses pelaziman Pembelajaran EMOSI: penggunaan behaviorism untuk penjelasan tingkah laku takut. -Eksperimen: Bayi Albert dengan tikus. manusia. -Model Pelaziman Klasik: 3 emosi semulajadi manusia :kasih, marah dan

APLIKASI PELAZIMAN J.B. WATSON DALAM PENGAJARAN


Tingkah laku positif boleh diajar dengan rangsangan yang sesuai Pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik Untuk pengukuhan ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap Guru hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan pelajar supaya minat belajar

7 1.2 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS OPERAN Teori-teori Pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukumhukum berkaitan pembelajaran. Teori ini penting sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah laku pembelajaran.Teori Behavioris ini adalah prinsipprinsip teori tersebut yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman operan Thorndike. Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu. Skinner adalah salah satu ahli psikologi yang tidak sependapat dengan Freud. Menurut Skinner meneliti ketidaksadaran dan motif tersembunyi adalah suatu hal yang percuma kerana sesuatu yang boleh diteliti dan diselidiki hanya perilaku yang tampak / terlihat. Oleh kerana itu, ia juga tidak menerima konsep tentang self-actualization dari Maslow dengan alasan hal tersebut merupakan suatu idea yang abstrak.Skinner memfokuskan penelitian tentang perilaku dan menghabiskan kariernya untuk mengembangkan teori tentang Reinforcement. Dia percaya bahawa perkembangan keperibadian seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah sebagai akibat dari respond terhadap adanya kejadian eksternal. Dengan kata lain, kita menjadi seperti apa yang kita inginkan kerana mendapatkan reward dari apa yang kita inginkan tersebut. Bagi Skinner, hal yang paling penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalah melalui Reward & Punishment. Pendapat ini tentu saja amat mengabaikan unsur-unsur seperti emosi, fikiran dan kebebasan untuk memilih sehingga Skinner menerima banyak kritikan. Skinner hanya menjalankan kajian

8 dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau juga telah menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatiakan serta direkod. Kajian ini telah diguna pakai sebagai teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), kajiannya menunjukkan kelaziman operan organisma bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku begini bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin(1991), penenguhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan meransangkan otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip premack dan pelupusan. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah adalah seperti memberikan kata kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan

9 diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan. Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada ransangan yang tidak diingini (leteran bapa). Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Dendaan boleh dibahagi kepada 2 bentuk iaitu yang pertama ialah dendaan persembahan dan kedua dendaan penyingkiran. Dendaan persembahan (presentation punishment), berlaku apabila sesuatu ransangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem dimerit atau guru memberi kerja tambahan.Dendaan penyingkiran (removel punishment), berkaitan dengan penyingkiran ransangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu sebab mereka tidak membuat kerja rumah Sains.Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya ialah dendaan perlu dilakukan dengan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. Seterusnya orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum. Dendaan juga dilakukan atas dasar untuk mengubah kelakuan bukan sebagai balasan perlakuan dan yang terakhir hukuman mestilah tekal iaitu si A kena 3 rotan si B

10 juga kena 3 rotan. Ada setengah pendapat mengatakan denda boleh menghasilkan gangguan emosi serta persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap deraan serta menyebabkan berlakunya tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri, serta mengganggu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang. Prinsip premack ialah mengaitkan aktiviti kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang di minati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan, kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayursayuran. Sebagai guru, kita boleh menyelangkan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini boleh diatasi dengan adanya peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan serta guru perlu sabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta. Perbandingan teori-teori pembelajaran behaviorisme: Teori pelaziman klasik (Pavlov dan watson) : mementingkan rangsangan dan gerak balas. Teori pelaziman Operan(Thorndike dan Skinner): mementingkan peneguhan.

11 1.3 IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB) BAGI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS Teori Pembelajaran Tingkah Laku Klasik Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Sebaliknya, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tidak memberikan ransangan dan peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses penghapusan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Antara impikasi teori Watson pula ialah tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman, tingkah laku positif dipelajari dengan rangsangan yang betul. Demi menguasai kemahiran penyelesaian masalah, pelajar dikehendaki belajar hubungan gerak balas secara teratur. Seterusnya ialah latihan pengukuhan untuk mengingat kemahiran/formula serta mengelak rangsangan yang memberi kesan negatif. Teori Pembelajaran Tingkah Laku Operan Terdapat banayak implikasi teori behavioris terhadap proses pembelajara antaranya ialah seperti dibawah ini.Perhubungan antara ransangan dengan

12 gerak balas kerap berlaku dalam situasi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Tingkah laku murid kadang-kadang berusul daripada ikatan R-G dan kesan daripada pertalian dan peneguhan. Implikasi yang petama ialah pembelajaran melalui perhubungan. Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak balas) dapat diingatkan. Proses perhubungan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut iaiatu pengulanagn dan stereotaip. Impikasi yang kedua ialah menghasilkan gerak balas automatik dengan ransangan baru. Manusia dan haiwan dapat belajar cara untuk bergerak balas secara automatik terhadap ransangan yang dahulunya tidak memberi kesan kepadanya. Contoh proses pembelajaran ini termasuklah gerak balas emosi seperti takut dan seronok serta gerak balas fisiologi seperti ketegangan otot. Gerak balas luar kawal ini boleh dipelajari dan menjadi suatu kebiasaan supaya ia akan berlaku secara automatik dalam situasi tertentu.Misalnya seorang kanakkanak pada mulanya sangat suka menaiki basikal tetapi selepas mengalami suatu kemalangan teruk dengan basikal itu, dia menjadi sangat takut pada basikal dan tidak mahu menaiki basikal lagi. Basikal yang merupakan ransangan neutral pada mulanya sekarang membawa garak balas takut secara automatik. Contoh-contoh lain dalam pembelajaran negatif termasuklah benci pada sekolah kerana sesuatu kekecewaan yang dialami di sekolah, jatuh sakit semasa menjalani ujian kerana pernah mengalami kegagalan sebalum ini dan didenda akibat kegagalan itu.Misalnya, jika seseorang pelajar itu selalu memperolehi pencapaian cemerlang di sekolah, dia akan sentiasa mempunyai keyakinan menghadapi tugas pembelajaran yang baru. Begitu juga murid-murid yang berjaya dalam algebra akan lebih bersedia dan lebih yakin untuk mencuba trigonometri.

13

2.1

14 TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan

perkembangan individu di persekitaran kanak-kanak. Personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Erikson memperkenalkan lapan peringkat di mana tiap peringkat saling berkait rapat dengan krisis antara satu sama lain. Bagi Erikson, individu perlu berhadapan

perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan dan kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan memberi kesan terhadap imej kendiri seseorang individu.

2.2 JADUAL PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON Tahap umur Dari lahir hingga 1 tahun 1-3 tahun 4-5 tahun 6-11 tahun 18-35 tahun 35-65 tahun 65 tahun dan ke atas Peringkat Asas kepercayaan ketidakpercayaan Autonomi lawan keraguan Inisiatif lawan rasa bersalah Industri lawan rendah diri Keintiman lawan keasingan Generativiti lawan kekakuan Integriti lawan kekecewaan

lawan

asas

1.Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan Asas kepercayaan timbul jika mendapat jagaan yang sempurna secara tetap oleh penjaganya. Mengikut kepercayaan Erikson, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan tidak dijaga atau lampin tidak bertukar,

15 ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka. 2. Autonomi lawan keraguan Kanak-kanak cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan-mereka ingin mempunyai autonomi terhadap diri sendiri. Contohnya cuba untuk makan minum, membuang air, pakai kasut sendiri. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka perlakuan fizikal akan merasa mempunyai autonomi. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap keupayaan sendiri. 3. Inisiatif lawan rasa bersalah Kanak-kanak akan cuba untuk menjadi lebih berdikari. Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran- kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan meminta penjelasan untuk peristiwa dan situasi yang dilalui. Inisiatif dalam diri kanak-kanak digalakkan dengan sokongan dan peluang oleh orang dewasa manakala galakan kanak-kanak lain menghargai hasil kerja rakan. Rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran. 4. Industri lawan rendah diri Kanak-kanak keupayaan. Tugasan utama-timbulkan rasa kompetensi dan industri. Industri-kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan. Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam

persekolahan. Kegagalan akan memberi impak merendah diri dan tiada

16 keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka. 5. Keintiman lawan keasingan Membentuk keintiman dalam hubungan, menuju perkahwinan dan membina kerjaya. Gagal- berasa terasing dan tersisih. Krisis utama-membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain(suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain. 6. Generativiti lawan kekakuan Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri. Krisis utama-membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain(suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain. 7. Integriti lawan kekecewaan Kejayaan di dalam hidup berkeluarga dan karier. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan. Pada peringkat ini seseorang individu telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran di dalam hidupnya. Individu yang berjaya melepasi segala krisis perkembangan akan bangga dengan segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi. Kegagalan melepasi krisis-krisis perkembangan akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua.

17 2.3 IMPLIKASI TEORI PSIKOSOSIAL TERHADAP KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB) BAGI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

Beri peluang dan sokongan kepada kanak-kanak untuk mencuba kemahiran-kemahiran baru. Pastikan persekitaran selamat untuk kanak-kanak mencuba kemahiran. Jangan menghukum kanak-kanak apabila tersalah langkah di dalam proses ini. Hukuman dan dendaan akan membawa kepada pengurangan rasa autonomi dan menimbulkan keraguan. Beri pujian kepada kanak-kanak yang menunjukkan inisiatif mencuba kemahiran baru. Laksanakan kurikulum pembelajaran yang boleh membentuk kanak-kanak untuk mencapai kemahiran-kemahiran ini. Contoh: latihan koordinasi otot dan deria. Beri peluang kanak-kanak mencuba kemahirankemahiran baru melalui kaedah bermain.

Rumusan Teori Psikososial Dan Kepentingannya Terhadap Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) .

Perkaitan peringkat dengan keupayaan murid. Galakkan mereka untuk mencuba dan berdikari. Hubungan sosial dan persekitaran Beri penghargaan yang sesuai. Libatkan mereka dengan aktiviti sosial.

18

19 3.1 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL (ALBERT BANDURA) Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan behaviourisme dan kognitivisme. Ia mengambilkira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku, dan minat ahli kognitif pula ke atas impak hasil dari kepercayaan dan pengharapan seseorang itu. Teori ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran social ( Social Learning Teory ) salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi. Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan teori pembelajaran sosial belajar serta efikasi diri.

Teori Pembelajaran Sosial (Albert Bandura)

eksperimen Bobo Doll

Kanak kanak meniru perilaku agresif yang diperhatikan dari orang dewasa disekitarnya.

20 Dalam model pembelajaran Bandura, faktor kognitif memainkan pe ranan penting. Faktor kognitif yang dimaksudkan ialah efikasi kendiri. Efikasi kendiri merujuk kepada keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan efektif. Menurut Bandura (1994), individu yang memiliki efikasi diri yang tinggi akan dapat menghadapi masalah dengan mudah.

Seperti

rajah

di

atas,

dapat

disimpulkan

bahawa

unsur-unsur

pembelajaran utama terdiri daripada pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku permodelan boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan manakala pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Mengikut Albert Bandura (1925), seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula

21 perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran.

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju. Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan

22 tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung. 3.2 PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.

a) Pemerhatian Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. b) Mengingat Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang

23
mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. c) Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. d) Peneguhan/motivasi Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.

24 3.3 IMPLIKASI TERHADAP KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB) BAGI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

Murid-murid khas dapat meniru serta mencontihi tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Perwatakan guru yang bertingkah laku positif serta berpewatakan positif akan mendorong murid-murid khas berkelakuan sedemikian.

Murid-murid berkeperluan khas akan dapat melakukan sesuatu aktiviti kemahiran asas dengan baik serta dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Dapat meningkatkan motivasi diri murid-murid berkeperluan khas. Hal ini terjadi apabila guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.

Dapat menyediakan murid-murid berkeperluan khas dengan situasi sebenar kehidupan melalui situasi main peranan dan simulasi. Murid ini dapat meniru tingkahlaku positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Murid akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik. Murid-murid berkeperluan khas dapat menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan. Murid-murid berkeperluan khas akan dapat menguasai sesuatu pembelajaran dengan berkesan secara langkah demi langkah.

25 RUJUKAN: http://mabjip.blogspot.com/2009/10/teori-pembelajaran-sosial-bandura.html http://anwarholil.blogspot.com/2009/01/teori-pembelajaran-sosial.html http://edukasi.kompasiana.com/2011/03/12/teori-belajar-sosial-albert-bandura/ http://www.kemas.gov.my/skills-development http://jessylingmeiyin.blogspot.com/2009/02/teori-teori-pembelajaranpembelajaran.html http://www.scribd.com/doc/22398327/pelaziman-klasik http://www.slideshare.net/sumartini/teori-behaviorisme-050908 http://wizpismpd.blogspot.com/p/ivan-pavlov.html http://www.scribd.com/doc/4875845/teori-pembelajaran

Você também pode gostar