Você está na página 1de 151

Ida Farisya

Bab 1
IDUP tidak selalunya indah, langit tidak selalunya cerah. Begitulah perumpamaan yang boleh aku tujukan untuk diriku. Kadang-kadang terlintas di hati, apakah salah dan dosaku sehingga aku diuji begini? Terpaksa melalui hari-hari yang mendatang penuh dengan penipuan dan kelukaan. Sungguh tidak kusangka, badai yang suatu ketika dahulu pernah bertandang dalam hidupku, kini kembali menyapa. Entah apalah silapku sehingga begini diriku diuji. Terbayang di ruang ingatanku, wajah lelaki yang sudah lama ingin kulupakan. Semenjak keluarga lelaki itu datang merisikku tujuh tahun lepas, percaturan hidupku berubah. Semuanya ibu dan abah yang tentukan. Aku langsung tidak diberi ruang untuk membuat pilihan. Kadangkadang aku rasakan diriku ini tidak layak untuk membuat keputusan sendiri. Walaupun ia sebenarnya berkaitan dengan hidup dan masa depanku. Sedangkan pada waktu itu usiaku sudah menjangkau dua puluh tiga tahun. Rasa kecewa dan jauh hati hanya kusimpan kemas dalam lipatan sanubari.

Antara Benci dan Rindu

Tiada seorang pun yang tahu betapa seksa hidupku selepas tarikh itu. Kalaulah aku tidak bertemu kembali dengan Nisa, bekas adik iparku itu... sudah tentu aku tidak perlu melalui semua ini. Terpaksa berdepan dengan lelaki yang amat aku benci!!! Tapi apakan daya, takdir penentu segala. Hidupku kembali hilang keceriaannya semenjak tiga bulan lepas.... Ini Kak Ifa, kan? tegur satu suara. Aku yang leka memilih makanan waktu itu segera berpaling. Sedikit kaget. Gadis itu tersenyum riang. Menampakkan giginya yang putih berseri. Nisa? Ya Allah Kak Ifa, akak pergi mana selama ni? Langsung tak dapat dijejak! ucapnya lantas memelukku. Aku kaget! Pinggan yang penuh berisi, hampir terlepas dek terkejut dengan tindakannya. Malu juga apabila banyak mata memandang ke arah kami berdua. Setelah agak lama barulah dia melepaskan aku. Akak pergi mana selama ni? tanya Nisa lagi. Akak sambung belajar Nisa. Kat London. Kenapa tak contact kami langsung? Kalau ya pun marahkan abang, janganlah sampai kami disisihkan.... Tak, akak tak bermaksud begitu. Errr kita cari tempat, Nisa. Susah cakap kat sini. Nisa lantas bersetuju dengan sarananku. Kami mengambil tempat yang sedikit tersorok. Mudah untuk kami berbual. Waktu makan tengah hari itu dipenuhi dengan menjawab soalan-soalan Nisa yang tidak henti-henti keluar dari mulutnya. Tetapi semua itu hanya berkisarkan kehidupan

Ida Farisya

yang aku jalani dalam tempoh lima tahun selepas berpisah dengan abangnya. Sesekali Nisa ada juga bertanyakan perihal aku dengan abangnya. Tetapi aku hanya mendiamkan diri. Bagiku sudah tidak ada keperluan untuk aku menjawabnya. Semuanya sudah berlalu. Aku tidak mahu mengingatinya lagi. Dan bekas adik iparku itu seolah-olah memahaminya. Kami berpisah apabila waktu makan tengah hari tamat. Sebelum berpisah, Nisa ada meminta nombor telefon dan alamatku. Aku terpaksa turutkan kerana tidak mahu menghampakannya. Sangkaku itu adalah kebetulan dan tidak mungkin ada apa-apa yang akan berlaku selepas pertemuanku dengan Nisa. Tetapi nampaknya lain pula yang terjadi. Keesokan harinya aku telah dihubungi oleh seorang wanita yang cukup aku kenal. Walaupun sudah lima tahun berpisah tetapi kelembutan suaranya masih jelas di ruang ingatanku. Itulah bekas ibu mentuaku, Puan Maria. Terlintas di fikiranku, tentulah Nisa yang memberikan nombor telefonku kepadanya. Lama aku berbual dengan bekas ibu mentuaku itu. Wanita itu tidak membenarkan aku meletakkan telefon. Rindu padaku katanya. Ah, sesungguhnya aku turut merinduinya. Selepas puas berbual, Puan Maria meminta untuk berbual dengan ibu pula. Aku hanya turutkan kehendak Puan Maria. Selepas itu aku tinggalkan ibu di situ. Malas hendak ambil pusing akan perbualan mereka berdua. Hal orang tuatua tidak elok kalau orang muda masuk campur. Lagipun aku sendiri perlu melakukan persediaan untuk mengajar esok.

Antara Benci dan Rindu

SEKALI lagi ia tidak berhenti di situ saja. Keesokan harinya selepas pulang ke rumah, ibu meminta aku ke ruang tamu. Kulihat abah sudah sedia menunggu. Aku hanya duduk tanpa banyak soal. Selepas mendengar kata-kata ibu, aku seakan terhenyak di tempat duduk. Kata ibu, Puan Maria mengajak kami ke rumahnya pada hujung minggu ini. Dan mereka telah pun bersetuju. Puas aku memberi alasan untuk mengelak, tetapi tidak diterima oleh ibu dan abah. Mereka memang beria-ia hendak aku turut serta. Akhirnya selepas berlaku perang mulut antara aku dengan ibu dan abah, barulah aku bersetuju. Seperti biasa, jika melibatkan keluarga itu, aku pasti tidak akan dapat membuat keputusan sendiri. Semuanya ibu dan abah yang tentukan. Aku hanya mengeluh, lalu membawa diri ke laman. Tidak tahu berapa lama aku duduk di situ melihat keindahan langit yang ditaburi bintangbintang bergemerlapan. Cuba meredakan kedukaan yang bersarang di hati. Hai, anak ibu menungkan apa tu? Tiba-tiba suara lembut menyapa pendengaranku. Lantas aku hadiahkan senyuman manis untuknya. Walaupun hati dilanda duka, tetapi untuk menyakitkan hatinya tidak sama sekali. Tak ada apalah ibu. Saja Ifa ambil angin kat luar ni. Kenapa ibu tak tidur lagi? Dah lewat ni. Tau pun dah lewat. Habis tu, kenapa Ifa tak tidur lagi? Esokkan nak bangun awal? tanya ibu sambil melabuhkan punggungnya di sebelahku. Aku hanya mendiamkan diri. Perlukah aku ke sana? Hatiku memang membantah keras. Tetapi kata ibu dan abah bukan boleh dibantah. Pasti aku akan dimarahi mereka. Tidak

Ida Farisya

dinafikan, ibu dan abah memang orang tua yang baik. Begitu juga dalam hal yang satu ini, aku tidak boleh melawan cakap mereka. Jika tersilap kata buruk padahnya. Kadang-kadang aku terfikir apalah yang membuatkan mereka begitu menyanjungi keluarga bekas menantu mereka itu? Sedangkan hakikat penceraian kami sudah jelas benar. Lelaki keparat itu yang menceraikan aku kerana aku ini hanyalah pilihan keluarga dan bukanlah pilihan hatinya. Aku ini gadis yang kolot dan selekeh. Tidak seperti Anne, teman wanitanya itu. Wanita seksi yang begitu bergaya. Kenapa Ifa diam aje? Ada yang tak kena ke? Tak adalah ibu. Emmm... ibu, kalau Ifa tak pergi ke Kuala Lumpur, tak boleh ke? Ifa banyak kerja yang nak disiapkan. Ibu dengan abah ajelah yang pergi ya? pujukku lembut. Moga-moga alasan aku kali ini diterima. Masuk yang ini sudah kali keberapa aku pujuk mereka. Tetapi semuanya hampa kerana ibu mendapat sokongan padu abah. Aku harap dengan ketiadaan abah, hati ibu dapat dilembutkan. Kerja apa? Kita pergikan hari Ahad? Suara ibu sudah mula meninggi. Tapi bu. Dah! Tak ada tapi-tapi lagi. Esok Ifa mesti ikut ibu dengan abah ke KL. Dah, pergi masuk tidur! Perintah ibu. Aku hanya mengeluh hampa. Gagal lagi! Nampaknya aku terpaksa juga mengikut mereka. Ya Allah... kau tabahkanlah hatiku untuk hadapi semua ini.

Antara Benci dan Rindu

Bab 2
Sedari tadi tubuhku tidak dilepaskan daripada pelukannya. Wajahku juga berkali-kali diciumnya. Suasana pilu itu juga turut membuatkan air mataku tumpah. Penerimaan bekas mentuaku itu sedikit sebanyak mengundang rasa terharu di hatiku. Ternyata mereka tidak membuang aku walaupun sudah lima tahun kami tidak bersua muka. Ifa sambung belajar ma, di London, beritahuku dalam nada perlahan. Patutlah kami tak dapat kesan Ifa langsung. Shima dengan Hassan pindah pun tak beritahu kami. Kalaulah Nisa tak terserempak dengan Ifa kat konvokesyen pendidikan hari tu, agaknya sampai sekarang kami tak jumpa dengan Ifa sekeluarga, marah Puan Maria kepada kami semua. Maaf, sebab buat Maria sekeluarga tercari-cari. Selepas Ifa bercerai dengan Rizal, kami malu nak contact

FA pergi mana selama ni, nak? Puas kami cari... ujar Puan Maria dalam esak tangisnya.

Ida Farisya

dengan Maria sekeluarga lagi. Takut Maria sekeluarga berdendam dengan kami, ujar ibu lembut. Abah sekadar mengangguk setuju. Sedangkan perasaan aku yang tidak enak. Kata-kata ibu tadi seolah-olah menyalahkan aku. Sedangkan aku tidak bersalah pun.... Kenapa pula macam tu, Shima, Hassan... bukan salah Ifa pun. Ni semua salah Si Rizal tu sendiri. Intan depan mata tak nampak, kaca juga yang dicarinya. Saya pun tak tahulah kenapa Rizal tu bodoh sangat waktu tu. Isteri sebaik Ifa diceraikan. Hah, bila dah tak ada baru terkapai-kapai mencari! kata bekas ayah mentuaku pula. Hatiku sedikit tenang mendengar kata-katanya. Nyata di mata bekas mentuaku, aku tidak bersalah. Tetapi anak lelaki kesayangan mereka yang bersalah. Tetapi timbul pula persoalan di benakku pada lewat ucapannya. Benarkah Rizal mencariku selama ini? Namun aku cepat sedar diri. Untuk apa dicari lagi gadis kolot ini, sedangkan dia sudah memiliki teman wanita yang cukup sempurna. Agaknya papa hanya berkata begitu untuk menyedapkan hati kami sekeluarga. Eh, marilah masuk. Bersembang kat luar pula kita ni. Macam dah tak ada rumah. Entah awak ni... bukannya nak diajak tetamu kita masuk. Datang dari Kedah mesti penat ni. Saya excited sangat bang. Maklumlah, dah lama tak jumpa dengan Ifa ni. Makin cantik Ifa sekarang, puji Puan Maria sambil mengelus-elus wajahku. Aku tersenyum malu. Akhirnya aku melangkah juga ke rumah ini. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan selepas berpisah dengan Yusrizal. Tetapi nampaknya semua itu terjadi jua

Antara Benci dan Rindu

selepas lima tahun kami berpisah. Rumah ini tidak jauh berubah. Tetap indah seperti kali terakhir aku melihatnya. Makin kelihatan indah dengan keramahan penghuninya. Sedari tadi aku dilayan mesra oleh mama dan papa. Mama pula awal-awal lagi menyuruh aku bermalam di rumah itu. Rindu katanya. Pada mulanya aku menolak, tetapi setelah dipujuk oleh ibu dan abah, memandangkan esok adalah cuti khas, maka aku terpaksa bersetuju akhirnya. Aku bimbang sebenarnya. Bimbang jika terserempak dengan Yusrizal. Bagaimana aku hendak menghadapinya? Mesti dia tidak suka dan marah jika melihat aku di sini. Maklumlah... perempuan kolot ini kembali lagi dalam hidupnya. Perempuan kolot? Huh, itu dulu... tidak lagi sekarang! Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan. Dan kepahitan itulah telah membuatkan aku berubah. Malah, sebagai seorang pensyarah perakaunan di Universiti Utara Malaysia (UUM) menuntut aku supaya lebih berkeyakinan. Tempoh lima tahun benar-benar menjadikan aku sebagai Ifa yang lain. Bukan Ifa yang lemah seperti lima tahun dulu. Dengan persiapan yang ada dalam diriku sekarang, tidak ada alasan untuk aku takut dengan Yusrizal lagi. Lagipun aku ke sini bukan kerana dia. Kalau tidak disebabkan ibu dan abah yang memaksa, tidak mungkin aku ke sini. Hai, sis! Aku yang sedang leka mengacau gulai, sedikit tersentak apabila terasa tubuhku dipeluk dari belakang. Nisa, terkejut akak! marahku sambil menjeling manja. Dari mana ni? Baru nampak muka. Akak dah lama kat sini, tau.

Ida Farisya

Sorry, sis. Ada hal sikit. Akak, jom ikut Nisa kejap, ajak Nisa sambil menarik tanganku. Eh, nak pergi mana ni? Alah, jomlah! Nanti siapa yang tengokkan kari ni? Alah, Mak Idah ada. Mak Idah, tolong tengokkan ek? pinta Nisa kepada pembantu rumah mereka yang sedang membasuh pinggan. Baiklah, Nisa. Aku ditarik oleh Nisa ke depan. Kelam-kabut aku membetulkan langkah kerana bimbang akan tersungkur. Langkah Nisa terlalu laju. Nisa, pelan-pelanlah... jatuh akak nanti. Nisa tidak mengendahkan kata-kataku, malah terus menarik tanganku. Abang Rizal, tengok siapa yang datang ni? Mataku membulat. Tidak menyangka, rupa-rupanya inilah tujuan Nisa beria-ia benar mahu menarik aku ke ruang tamu. Ingin menemukan aku dengan abangnya! Pada Nisa, aku hadiahkan pandangan kurang senang. Gadis itu hanya tersenyum sumbing. Kali ini aku dipaksa pula duduk di sofa yang berhadapan dengan abangnya itu. Geram waktu itu tidak usah dicakap. Apatah lagi apabila mataku menangkap pandangan mata Yusrizal yang begitu tajam menikam wajahku. Macam tidak pernah tengok orang aja! Berbukit rasa menyampahku terhadapnya saat ini. Macamlah aku tidak tahu apa yang sedang dia fikirkan. Mesti tengah mengutuk aku la tu! Buat apalah

Antara Benci dan Rindu

minah kolot ni datang sini lagi? Tak pun, mesti dia harap aku berambus cepat. Maklumlah, sudah tentulah kedatanganku ini mengganggu ketenteramannya. Eleh... aku pun tak harap nak duduk melongo menghadap muka kau kat sini. Kucing kat rumah aku lagi cantik mukanya daripada kau. Eh, ya ke? Tak adalah kut. Hakikatnya, Yusrizal memang kacak orangnya. Nampaknya dia lebih kacak dalam tempoh lima tahun kami berpisah. Sempat juga aku meneliti raut wajahnya. Rambutnya yang dahulu dibiarkan panjang, kini telah dipotong pendek. Setahu aku, lelaki ini memang tidak pernah membiarkan rambutnya pendek selepas tamat sekolah. Wajah yang cerah itu kelihatan bersih sekali. Seperti wajah orang beriman. Tetapi itu hanya pandanganku. Hakikatnya lelaki ini bukan seperti itu. Terlalu sosial. Cakap saja aktiviti maksiat yang ada, semuanya pernah dia lakukan. Cuma dia tidaklah sampai mengambil dadah dan pil ecstasy. Eh, Rizal... yang kau tenung Si Ifa sampai macam tu sekali kenapa? Suara Puan Maria tiba-tiba memecah kesunyian. Aku mengalihkan pandangan ke sekeliling. Saat itu tidak dapat diungkap rasa malu yang datang. Masakan tidak, semua orang di ruang tamu itu memandang tepat ke arah kami sambil tersenyum mengusik. Aku alihkan pula pandanganku ke arah Yusrizal. Lelaki itu kelihatan tersenyum malu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tak ada apa-apalah ma... cuma lama tak jumpa dengan Ifa. Lain Ifa sekarang. Ifa apa khabar? tanya Yusrizal berbasa-basi. Terkejut aku dengan teguran itu. Sangkaku Yusrizal

10

Ida Farisya

tidak akan menegurku lagi selepas penceraian kami. Itulah yang dikatakannya kepadaku lima tahun dulu, bahawa dia tidak mahu melihat wajahku muncul di depan matanya lagi. Bukan saja wajah, malah bayang aku pun dia tidak mahu tengok. Saat itu aku sedar betapa hinanya diri aku di mata dia. Bertitik tolak dari situlah, aku tanamkan kebencian terhadap dirinya. Dan kebencian itu telah menjadikan aku sebagai insan yang baru. Insan yang tidak pernah kenal erti kekalahan. Ifa, kenapa diam? Kan Rizal tanya tu. Suara lembut ibu memecahkan kebuntuanku. Aku seakan baru tersedar. Sekali lagi semua mata memandang ke arahku. Baik.... Dengan malas aku menjawab, Kalau Rizal nak tahu, Ifa ni sambung belajar, buat master kat London. Lepas tu keluarga dia orang pula berpindah, sebab tu kita tak dapat cari dia orang sebelum ni, terang Puan Maria. Oh, ya ke? Berapa tahun Ifa belajar kat sana? Selalunya master tak sampai lima tahun, kan? Tiga tahun. So, Ifa buat apa sekarang ni? tanya lelaki itu lagi. Aku pula sudah semakin malas mahu menjawab. Tetapi disebabkan kami sedang menjadi perhatian, terpaksa juga aku ringankan mulut. Kerja. Eh, Ifa ni... Rizal tu penat bertanya, sepatahsepatah dia jawab, tegur abah. Aku hanya mendiamkan diri. Biar semua orang tahu yang memang aku tidak bercadang hendak beringan mulut dengan Yusrizal. Itu pun sudah kira bertuah aku jawab

11

Antara Benci dan Rindu

juga soalan yang diajukan. Kalau langsung tak jawab, macam mana? Biarlah Hassan. Mungkin Ifa tu malu lagi kut. Nanti okeylah tu, sampuk bekas ayah mentuaku pula. Tuan, puan... makan malam dah dihidangkan. Alhamdulillah... menyelamatkan keadaan. nampaknya Mak Idah telah

Hah, jom kita makan. Saya pun dah lapar ni, pelawa bekas ayah mentuaku. Nisa, ajak kakak tu makan. Baik papa. Jom, Kak Ifa. Aku akur. Lagipun seperti bekas ayah mentuaku, aku juga lapar. Maklumlah sepanjang perjalanan, aku hanya minum air mineral. Selera aku hilang kerana mabuk jalan. Itulah kelemahan aku. Aku mengambil tempat. Makanan yang terhidang di atas meja kelihatan begitu menyelerakan. Terasa seperti hendak ditelan semua. Aku mula membayangkan jika aku berada di rumah. Tentulah aku tidak sesopan sekarang. He he he.... Keghairahan untuk makan seakan hilang apabila Yusrizal mengambil tempat di sebelahku. Aku jadi kaku. Kenapa dalam banyak-banyak tempat, dekat sebelah aku juga yang jadi pilihan? Meja makan ini cukup besar. Pilih saja tempat lain asalkan bukan dekat aku. Tetapi mungkin Yusrizal sudah biasa makan di sini. Aku teringat ketika aku masih menjadi isterinya dulu. Aku dan Yusrizal akan duduk di tempat yang sama seperti yang kami duduki sekarang. Dan bermulalah lakonan antara kami. Kami akan berlagak seperti kamilah pasangan yang paling bahagia sedangkan hakikatnya bukan begitu.

12

Ida Farisya

Walaupun hati aku menangis, tetapi aku terpaksa turutkan juga permintaan Yusrizal kerana dia tidak mahu kedua-dua ibu bapanya menghidu kedinginan hubungan kami. Eh, Ifa... kenapa tak makan? Rizal ambilkan nasi untuk Ifa tu. Yusrizal hanya akur akan permintaan bekas ayah mentuaku itu. Dua senduk nasi diletakkan di dalam pinggan nasiku. Kalau tadi nasi sebanyak ini kurasakan tidak cukup, tetapi sekarang separuh pinggan pun belum tentu aku dapat habiskan. Ifa nak lauk apa? Nanti abang ambilkan. Gulp abang? Sejak bila dia membahasakan dirinya abang ni? Kalau dulu yalah juga. Tapi kata ganti diri itu hanya akan digunakan sekiranya kami berkomunikasi di hadapan keluarga masing-masing. Jika tidak, Yusrizal lebih senang beraku-engkau saja denganku. Takkanlah setelah bercerai pun kata ganti diri itu hendak dikekalkan? Ifa??? Errr... tak apa. Nanti saya ambil sendiri. Yusrizal hanya menganggukkan kepala. Kemudian dia menumpukan pada makan malamnya semula. Lelaki itu kelihatan berselera benar. Aku pula yang hilang selera. Tetapi aku perlu makan untuk menghilangkan rasa laparku. Walaupun suasana di meja makan itu agak meriah, namun masih tidak dapat mengeluarkan aku daripada dunia yang kuciptakan sendiri. Banyak perkara yang aku sedang fikirkan sekarang ini. Antaranya termasuklah sikap lelaki yang berada di sebelahku ini. Entah mengapa aku dapat rasakan kelainan pada sifatnya. Tetapi perasaan itu cepatcepat kuhakis kerana aku tahu itu semua hanya lakonan Yusrizal. Lakonan yang dilakukan untuk mengaburi mata

13

Antara Benci dan Rindu

keluarga kami, sama seperti yang kami lakukan lima tahun lepas.

SELEPAS makan malam, aku dan Nisa membantu Mak Idah mengemas ruang tempat kami makan tadi. Kalau diikutkan hati memang malas hendak meringankan tangan. Dengan perutku yang full tank ini cukup untuk membuatkan aku tidur nyenyak hingga ke esok pagi. Tapi apakan daya, lahir sebagai anak perempuan memang itulah kerjanya. Kalau tidak menolong dikatakan malas pula! Sesudah mengemas, Nisa mengajak aku berbual di laman banglo itu. Aku hanya turutkan. Lagipun sudah lama aku tidak menghabiskan masa di laman indah yang mama ciptakan ini. Mama memang kreatif orangnya. Aku masih ingat ketika aku masih menjadi menantu rumah ini dulu. Aku sering menghabiskan masa di sini. Laman ini membuatkan fikiranku tenang. Terasa tidak ada satu pun masalah yang aku hadapi jika aku berada di sini. Kami melabuhkan punggung di kerusi kayu yang tersedia di tengah laman itu. Aku semakin kagum dengan hasil kerja mama. Laman ini bertambah cantik. Malah semakin luas. Kalaulah aku mempunyai laman secantik ini, sudah tentu dari pagi hingga ke malamlah aku bertapa di sini. Dan ibu pun mungkin tidak mengenali lagi anaknya. Kerana aku sudah bertukar kerjaya dari seorang pensyarah kepada penunggu laman terhormat. He he he.... Aku dan Nisa terus berbual hingga tidak sedar malam sudah semakin lewat. Bukan kami saja, malah ibu bapaku dan bekas ibu bapa mentuaku juga nampaknya masih

14

Ida Farisya

tidak mahu mengakhiri perbualan. Terlalu banyak yang dibualkan. Sesekali terdengar ilai tawa mereka dari ruang tamu. Cuma Yusrizal sahaja aku tidak tahu ke mana telah menghilang. Mungkin sudah masuk tidur. Akak, kalau Nisa tanya sikit akak jangan marah ya? Belum tanya lagi macam mana nak marah Nisa, balasku cuba berseloroh. Nisa hanya tersenyum. Ah, gadis ini terlalu murah dengan senyuman. Janji jangan marah tau? pintanya lagi. Akhirnya aku mengangguk sambil tersenyum. Emmm... akak masih marahkan Abang Rizal ke? Soalan Nisa yang kufikir terlalu drastik itu benarbenar membuatkan aku bungkam. Terus terang aku katakan, aku tidak tahu hendak berkata apa. Untuk sementara aku hanya membiarkan soalan Nisa begitu saja. Akak? Aku alihkan pandangan ke arah Nisa. Kelihatan gadis itu seperti tidak sabar-sabar untuk mendengar butir bicaraku. Nisa rasa macam mana? tanyaku pula. Kalau dari pandangan mata Nisa ni, memang nampak macam akak masih marahkan abang lagi. Tapi entahlah... jawab Nisa perlahan. Kalau itu yang Nisa nampak... so macam tu la, jawabku acuh tak acuh. Malas sebenarnya mahu membincangkan hal ini. Lagipun Nisa adalah adik Yusrizal. Takkanlah aku hendak mengutuk si abang depan adiknya pula. Tidakkah itu keterlaluan? Lainlah kalau yang di depanku

15

Antara Benci dan Rindu

ini Linda, teman baikku. Bolehlah juga aku buat ketupat (mengumpat). Sepanjang lima tahun ini pun sudah banyak mana ketupat yang aku buat dengan Linda. Tidak terkira! Alah, cakaplah Kak Ifa. Anggap saja Nisa sebagai tempat luahkan perasaan. Akak tak boleh pendam saja apa yang akak rasa. Sesekali kena diluahkan juga. Betul tak? Tak ada apa yang nak diluahkan, Nisa. Semuanya sudah selesai. Antara akak dengan abang sudah tak ada apaapa lagi. Jadi, tak usahlah kita bincangkan lagi hal ni ya, pintaku. Berharap benar pengertian daripada Nisa. Walaupun bekas adik iparku kelihatan tidak puas hati, tetapi dia terpaksa turutkan kehendakku. Nisa bukanlah orang yang suka memaksa. Dia amat memahami. Aku sudah menganggapnya sebagai adik kandungku sendiri. Lagipun aku anak tunggal. Tidak ada kakak atau adik perempuan yang boleh berkongsi suka dan dukaku. Pada Nisalah aku luahkan segala-galanya sepanjang tempoh aku menjadi isteri Yusrizal dulu. Hanya Nisa yang mengetahui perihal rumah tanggaku dengan abangnya dulu. Itupun kerana Nisa turut ternampak adegan maksiat antara Yusrizal dengan teman wanitanya yang berlaku di rumah kami lima tahun lepas. Ketika itu aku baru pulang dari kampung kerana menziarahi abah yang kurang sihat. Yusrizal tidak turut serta. Selepas mendapat keizinannya aku pulang seorang diri. Nasiblah ibu dan abah tidak banyak soal. Mereka hanya menerima alasanku yang menantu mereka itu sibuk dengan tugas pejabatnya. Selepas beberapa hari di kampung dan kesihatan abah sudah semakin baik, aku putuskan untuk pulang. Sebaik tiba di pudu raya, aku cuba menelefon Yusrizal untuk meminta dia menjemputku. Tetapi talian telefon bimbitnya

16

Ida Farisya

tidak aktif. Beberapa kali kucuba tetapi masih tiada balasan. Akhirnya aku terpaksa meminta bantuan Nisa. Gadis itu muncul setelah lima belas minit aku menunggu. Sebaik sampai di rumah, aku pelik kerana kereta Yusrizal ada terparkir di porch. Bermakna Yusrizal tidak ke mana-mana. Ah, mungkin dia tidur. Sebab itu dia matikan talian kerana tidak mahu diganggu. Tetapi kenapa hatiku rasa tidak enak? Aku jemput Nisa masuk. Gadis itu hanya menurut. Aku pulas tombol pintu. Semakin pelik apabila aku dapati pintu rumah tidak berkunci. Dan sebaik sahaja pintu utama rumah kutolak, alangkah terperanjatnya aku dan Nisa dengan adegan yang terhidang di depan mata kami. Aku terjelopok di atas lantai, tidak percaya lelaki yang bersama wanita itu adalah suamiku. Wanita itu hanya berpakaian dalam manakala Yusrizal hanya mengenakan seluar pendek. Mereka kelihatan asyik sekali berkucupan sehingga langsung tidak menyedari kehadiran kami di situ. Jadi inilah alasan mengapa Yusrizal tidak mahu mengikutku pulang ke kampung. Ingin menghabiskan masa bersama teman wanitanya tanpa gangguan aku. Menitis air mataku saat itu. Mereka hanya tersedar apabila Nisa berdehem kuat. Terkocoh-kocoh wanita itu mengenakan pakaiannya semula. Manakala Yusrizal merenungku dengan pandangan yang maha tajam. Mungkin marah kerana aku membawa pulang adiknya yang secara tidak sengaja turut menyaksikan adegan sebabak itu. Selama ini tiada seorang pun yang tahu, tetapi sekarang rahsianya pecah di depan adiknya sendiri. Apa yang abang buat ni hah??? Abang tak malu ke??? Abang tu dah kahwin tau? Hei... perempuan! Kau buat apa kat sini hah??? Keluar!!! pekik Nisa.

17

Antara Benci dan Rindu

Adik iparku kelihatan marah benar. Hampir saja dia menampar perempuan itu tetapi nampaknya perempuan itu lebih pantas bertindak. Dia menjadikan tubuh Yusrizal sebagai tempatnya berlindung. Nisa!!! Jangan kurang ajar!!! pekik Yusrizal pula. Nisa yang kurang ajar ke abang dengan perempuan ni yang kurang ajar? Sampai hati abang buat macam ni kat Kak Ifa. Abang tak kesian ke dengan Kak Ifa. Dia isteri yang baik, tapi kenapa abang buat macam ni pada dia??? Nisa, baik kau balik. Jangan campur hal abang!!! Nisa takkan balik selagi Nisa tak belasah perempuan ni. Hei perempuan tak tahu malu!!! Mari sini kau. Biar aku belasah kau cukup-cukup. Dasar perempuan sundal!!! Nisa seperti orang gila. Aku sendiri tidak mampu melakukan apa-apa melainkan hanya memandang. Air mataku semakin laju menitis. Teruk juga perempuan itu dibelasah oleh Nisa. Tenaga lelaki Yusrizal masih tidak mampu menahan ketangkasan Nisa. Akhirnya Yusrizal memeluk pinggang Nisa dan menarik adiknya itu menjauhi teman wanitanya yang sudah terjelepok di lantai. Namun itu masih tidak mampu menghentikan Nisa. Dengan kaki yang masih bebas, dia menendang wanita itu dengan agak kuat. Nisa, sudah! Jangan sampai abang hilang sabar!!! Lepaskan Nisa. Nisa nak ajar dia cukup-cukup. Dasar perempuan perosak rumah tangga orang!!! Abang kata sudah, Nisa!!! Bersama tempikan itu, Yusrizal menghadiahkan penampar sulungnya buat Nisa. Terduduk gadis itu di sofa. Aku yang seakan baru tersedar, laju sahaja langkahku

18

Ida Farisya

mendapatkan Nisa yang sudah teresak-esak menangis. Tubuhnya kupeluk erat. Abang, kenapa abang tampar Nisa? Dia tak bersalah, marahku pada Yusrizal. Kau diam! Sejak kau hadir dalam hidup aku, semuanya porak-peranda. Mulai hari ni, aku tak mahu tengok muka kau kat sini lagi. Berambus kau dari hidup aku! Bukan saja muka kau, malah bayang kau pun aku tak mahu tengok! Mulai hari ni kau bukan isteri aku lagi. Aku ceraikan kau!!! Pergilah mana kau nak pergi. Aku tak peduli lagi!!! Sekarang, berambus!!! Terpanar aku mendengar kalimah itu. Benarkah aku telah diceraikan? Abang! Berambus aku kata!!! Yusrizal menarik aku dan Nisa keluar dari rumah itu. Walaupun aku cuba merayu tetapi tidak dipedulikan. Hempasan kuat pintu rumah seakan menyedarkan aku bahawa aku bukan lagi puan di rumah itu. Walaupun berat kaki melangkah, aku gagahkan juga. Aku sudah tidak mampu menenangkan Nisa yang semakin galak menangis. Bagaimana hendak kupujuknya jika hatiku sendiri luka berdarah. Berita penceraian antara aku dan Yusrizal aku khabarkan pada orang tua kami. Tetapi aku tidak mengkhabarkan tentang apa yang berlaku pada hari terakhir aku menjadi isteri Yusrizal. Pada Nisa telah awal-awal lagi kupinta agar jangan buka cerita. Aku hanya biarkan Yusrizal yang menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh orang tuanya. Alasan yang dia berikan ialah kami tidak sefahaman lagi. Dan dia sudah mempunyai pilihan hati dan ingin menikahi teman wanitanya itu selepas habis tempoh edahku.

19

Antara Benci dan Rindu

Aku hanya menelan kata-katanya itu. Walaupun pahit, itulah yang harus kutelan. Mama dan papa cuba memujuknya tetapi pendirian anak lelaki mereka bukan senang hendak digoyah. Akhirnya mereka terpaksa akur. Masih terbayang di ruang mataku linangan air mata mama ketika kali terakhir aku memeluknya. Dan itulah kali terakhir aku menatap wajahnya. Akak? Akak menangis? Aku terkejut. Pantas air mata yang mengalir kusapu dengan telapak tangan. Terasa seperti semalam tragedi itu berlaku hingga sakitnya begitu mencengkam jiwa. Tak adalah. Mata akak masuk habuk, dalihku. Aku menghadiahkan senyuman buat Nisa. Tetapi Nisa seakan mengerti lalu mengalihkan tempat duduknya di sebelahku. Perlahan-lahan air mataku yang masih berbaki disapunya. Aku jadi malu sendiri. Nisa minta maaf kalau soalan Nisa tadi membuatkan akak teringat kisah silam. Nisa janji Nisa takkan tanya lagi soalan macam tu. Maafkan Nisa, ya? Tak apalah, Nisa. Bukan salah Nisa. Memang dah nasib akak macam tu. Dahlah akak. Jomlah kita masuk. Aku mengangguk. Namun belum sempat aku bangun, satu suara yang cukup aku kenali menyapa kami. Hai... berbual panjang nampak, sapa Yusrizal. Aku menghadiahkan jelingan buatnya saat mata kami berbalas pandang. Biar dia rasa. Nisa, boleh abang cakap dengan Kak Ifa sekejap, pinta Yusrizal pada adiknya. Nisa mengalihkan pandangannya padaku. Aku

20

Ida Farisya

lantas menggeleng. Tidak mahu ditinggalkan. Ditinggalkan bersama Yusrizal membuatkan aku jadi tidak betah. Baiklah, tapi jangan lewat sangat berbual. Kak Ifa dah mengantuk tu. Aku terkejut dengan reaksi Nisa. Nisa berlalu. Tinggallah aku dengan Yusrizal. Lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahku. Tindakannya itu membuatkan aku gelisah. Entah apalah yang hendak dicakapkan agaknya. Sedangkan padaku sudah tidak ada apaapa yang hendak dibincangkan antara aku dan dirinya. Cantikkan memulakan bicara. langit malam ni, Ifa? Yusrizal

Aku mencebik. Itu aje ke dia nak cakap? Kalau itu aje yang awak nak cakap, maaf... saya tak ada masa nak dengar. Saya masuk dulu. Dah mengantuk ni! ujarku lantas ingin berlalu. Nanti dulu, Ifa. Please... duduk dulu. Abang ada hal nak bincang dengan Ifa ni. Awak nak bincang apa lagi? Antara kita dah tak ada apa-apa. Kita dah bercerai. So, sekarang teruskan dengan kehidupan awak dan saya dengan kehidupan saya. Tidak Ifa... antara kita masih terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Please... duduk dulu. Kita bincang, pujuk Yusrizal lembut. Entah mengapa aku jadi mual apabila mendengar suara lembutnya itu. Suara pujuk rayu yang suatu ketika dahulu hanyalah untuk perempuan itu. Saya tak mahu. Maaf... saya masuk dulu, kataku dan mula melangkah. Ifa masih marahkan abang?

21

Antara Benci dan Rindu

Langkah kakiku terhenti. Yusrizal melangkah menghampiriku. Abang tahu Ifa masih marahkan abang. Dan abang juga tahu hati Ifa masih terluka. Berilah peluang untuk abang sembuhkannya. Abang akan tebus semua kesalahan abang selama ni. Berilah abang peluang, Ifa.... Aku lantas berpaling menghadapnya. Perasaan marah mula menguasai diri. Apa yang awak cakap ni, hah? Awak dah gila ek? Abang tak gila, Ifa. Abang masih waras. Malah abang mengaku inilah satu-satunya perkara yang abang lakukan dengan fikiran yang waras. Selama ni abang hanya turutkan nafsu saja. Bagilah abang peluang, Ifa. And I promise you wont regret it. Kata-katanya meletuskan tawaku. Kenapa dengan Yusrizal ni? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba jadi begini. Mana perginya sifat kasar lelaki itu? Mana pergi sifat bongkaknya dahulu. Apa dah jadi? Sehingga sanggup merayu pada perempuan yang suatu ketika dahulu dianggap kolot ini. Apa dah jadi dengan awak ni sebenarnya? Awak ni memang dah hilang akal kut. Awak sedar tak pada siapa yang awak rayu ni? Pada perempuan kampung yang kononnya kolot, tak tahu bergaya macam teman wanita awak yang seksi tu. Yang ketinggalan zaman, yang... Cukup, Ifa! Abang tahu abang silap. Intan depan mata abang tak nampak, kaca juga yang abang puja-pujakan. Abang takkan ulang kesilapan abang lagi. Maafkanlah abang, Ifa... rayunya lagi. Rimas aku waktu itu. Sungguh aku tidak percaya pada kata-kata yang lahir dari bibirnya itu. Padaku semuanya dusta. Entah apalah tujuan Yusrizal merayu pada aku begini?

22

Ida Farisya

Pasti ada udang di sebalik batu. Jangan haraplah aku akan termakan dengan lakonan kau lagi. Lelaki hipokrit!!! Dahlah... awak ni memang dah gila. Saya nasihatkan esok awak pergi jumpa doktor betulkan apa yang patut. Otak awak tu memang dah mereng sangat-sangat. Saya pun nak masuk tidur. Nanti berjangkit pulak penyakit gila awak tu. Goodnight! Aku terus melangkah tanpa menoleh lagi. Meninggalkan Yusrizal yang terkulat-kulat di situ. Panggilannya langsung tidak aku endahkan. Padan muka! Baru kau tahu siapa aku sekarang. Ingat senang nak makan pujukan kau. Huh!

IFA, nanti janganlah jemu datang melawat kami di sini. Mama harap sangat hubungan kita tak terputus macam tu aje. Mama dah anggap Ifa macam anak mama sendiri, ya sayang? ujar Puan Maria dengan linangan air mata. Seperti semalam, Puan Maria memeluk erat tubuhku. Aku lihat air mata wanita itu bergenang. Sungguh hatiku tersentuh. Linangan air mata mama seolah-olah menyampaikan maksud yang mama benar-benar maksudkan apa yang diucapkannya sebentar tadi. Rasa terharu yang bermukim di dada sedikit sebanyak telah mengundang air mataku juga. Walau cuba kutahan tetapi ia tetap mengalir membasahi pipi. Sekali lagi aku gagal menyembunyikan kesedihanku. Kasih sayang wanita itu telah membuatkan aku kalah. Mama janganlah sedih. Ifa janji, Ifa takkan lupakan

23

Antara Benci dan Rindu

mama sekeluarga. Ifa pernah hidup dalam keluarga ni dulu. Macam manalah Ifa boleh lupa. Aku berkata lirih. Sememangnya aku tidak pernah lupakan kasih sayang mama padaku. Malah, aku akui sepanjang lima tahun berpisah, aku begitu merindui mama. Sunguh beruntung Yusrizal dan Nisa kerana mempunyai mama yang begitu baik dan penyayang. Janji? Ifa janji, ma.... Selepas aku melafazkan janji, barulah Puan Maria melepaskan tubuhku lalu tersenyum. Mungkin berpuas hati dengan janjiku tadi. Sempat juga mama menghadiahkan kucupan di dahiku sebelum beralih kepada ibu pula. Aku pula beralih kepada Nisa. Dia kulihat sedang mengalirkan air mata. Air matanya lantas kusapu. Nisa pantas memeluk erat tubuhku dan aku membalas pelukannya. Akak jangan lupakan Nisa ya. Selalu-selalulah SMS Nisa. Nisa tak ada kakak. Nisa dah anggap akak macam kakak Nisa sendiri, ujar Nisa dalam tangisan. Semakin laju air mataku menuruni pipi apabila mendengar rintihannya. Aku pantas membalas kata-katanya dengan anggukan. Nisa belajar rajin-rajin ya? Jangan hampakan harapan orang tua, pesanku sambil aku mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Nisa janji kak, janji Nisa kepadaku. Aku meleraikan pelukan lalu beralih pula kepada papa. Aku menghulurkan tangan kepada papa lalu tunduk untuk mengucup tangannya.

24

Ida Farisya

Ifa minta maaf kalau Ifa ada buat salah pada papa selama Ifa di sini. Halalkanlah makan minum Ifa selama Ifa menjadi menantu papa. Papa tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Telapak tangannya mengusap lembut kepalaku. Ifa tak salah. Semua tu dah takdir Tuhan. Siapalah kita nak menghalang. Papa harap janganlah Ifa lupa kami di sini, ucap papa yang juga berpesan perkara yang sama. Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Aku melepaskan tangan papa. Semua orang telah kujumpa melainkan Yusrizal. Lelaki itu menghadiahkan senyuman sewaktu mata kami bertentangan. Aku masih teragak-agak sama ada hendak maju atau tidak. Aku alihkan pandangan kepada semua. Mereka turut menjatuhkan pandangan ke arahku. Kupandang ibu dengan pandangan penuh bermakna. Ibu lantas tersenyum mengangguk. Akhirnya dengan berat hati aku terpaksa berdepan dengan Yusrizal juga. Aku tahu alangkah tidak sopannya sekiranya aku pergi begitu saja. Walaupun dendamku masih bermaharajalela, aku terpaksa melakukan ini demi menyenangkan hati semua pihak. Mereka pula seakan mengerti ketidaksenanganku ketika berdepan dengan Yusrizal, lalu bergerak ke keretaku yang tersadai di luar pagar. Tinggallah kami berdua di situ dengan suasana yang sunyi sepi. Aku berdiri bertentangan dengan Yusrizal. Untuk beberapa ketika tiada bicara yang terluah antara kami. Hanya pandangan mata yang mengungkap maksud di dada. Yang pasti hatiku tidak terasa berat hendak meninggalkannya seperti perasaanku pada ahli keluarganya yang lain.

25

Antara Benci dan Rindu

Rizal.... Akhirnya aku memulakan bicara. Yusrizal masih merenung ke dalam mataku. Renungannya membuatkan aku hampir kalah. Sejak mengenali lelaki ini, aku mula menyedari satu lagi kelemahanku. Aku tidak akan sesekali mampu untuk membalas renungannya. Tetapi hari ini aku gagahkan jua. Selepas kita bercerai, ada perkara yang saya nak cakap kat awak tapi tak berkesempatan, sebab awak tak nak tengok muka saya, malah bayang saya sekalipun, sambungku lagi. Wajah Yusrizal berubah apabila mendengar bicaraku. Mungkin tidak menyangka yang aku masih mengingati kata-katanya dulu. Ah, hakikatnya aku tidak mungkin akan lupa! Dan dia juga mungkin tidak menyangka yang aku masih mahu mengungkit kisah lama pada saat ini. Dan saya nak bagitau hari ni. Apa dia, mendengarnya. Ifa? Katakanlah... abang sedia

Saya nak minta maaf sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang tempoh saya menjadi isteri awak. Dan halalkanlah makan minum saya. Tidak, Ifa isteri yang baik dan tak pernah melakukan kesilapan. Cuma abang yang bodoh kerana tidak pandai menilai ketulusan hati Ifa. Malah, abang banyak melukakan hati Ifa. Abang yang sepatutnya minta maaf, bukan Ifa, balas Yusrizal dalam nada yang tenang. Aku menggelengkan kepala sambil tertawa kecil. Tidak. Saya yang salah dari mula lagi. Sepatutnya saya berkeras menolak pinangan keluarga awak dulu, kerana saya sedar akan perbezaan kita. Tapi saya kalah dengan

26

Ida Farisya

permintaan ibu supaya menerima pinangan tu. Dan akhirnya kita berkahwin walaupun pada waktu itu saya terpaksa meninggalkan teman lelaki saya kerana awak. Tapi saya reda kerana saya percaya pilihan orang tua lebih berkekalan. Tapi nampaknya saya silap. Walaupun saya cuba pertahankan perkahwinan kita, takdir Tuhan mengatasi segala-galanya. Perkahwinan kita hancur juga. Semuanya salah saya. Mata Yusrizal tidak berkelip daripada memandang wajahku. Kerutan di dahinya menunjukkan yang dia kurang jelas dengan kata-kataku tadi. Apa maksud Ifa? Ifa pun tak bersetuju dengan perkahwinan kita dulu? Ya! Awak pernah mengatakan yang kehadiran saya telah memporak-perandakan hidup awak. Begitu juga saya. Semenjak kehadiran awak, hidup saya berubah. Ibu yang selama ni tak pernah menghalang akan keinginan saya, mula mengawal setiap gerak-geri saya. Pinangan dari keluarga awak saya terima kerana ibu. Saya tinggalkan teman lelaki saya juga kerana ibu. Ibu begitu menentang hubungan kami selepas kedatangan lamaran dari keluarga awak, sedangkan sebelum itu ibu tak pernah kisah pun siapa pilihan saya. Hidup saya tak bermakna selepas itu. Kalau awak fikir awak sorang yang menderita dengan perkahwinan itu, awak silap... kerana saya yang lebih menderita. Aku menarik nafas dalam. Hari ini aku mahu meluahkan segala-galanya. Biarlah Yusrizal tahu, kerana aku sudah tidak mampu lagi menanggungnya seorang diri. Ia begitu menjerut hatiku. Kulihat postur Yusrizal masih seperti sebelumnya. Tetapi kali ini kerutan di dahinya semakin banyak. I... Ifa ada teman lelaki sebelum kita kahwin?

27

Antara Benci dan Rindu

Hanya anggukan yang kuberikan sebagai jawapan. Kenapa Ifa tak pernah beritahu abang? Sekali lagi aku tertawa. Kali ini sedikit sinis. Kenapa saya tak pernah beritahu? Perlukah? Lagipun cuba awak fikir, sepanjang setahun perkahwinan kita, pernahkah awak ambil berat tentang saya? Tak, Yusrizal! Bercakap dengan saya bila perlu saja. Sakit pening saya tak pernah awak ambil tahu. Semuanya saya yang tanggung sendiri. Yang awak tahu hanya keluar bersuka ria dengan Anne. Itupun awak masih bertanya kenapa saya tak pernah beritahu? Suaraku sudah sedikit meninggi. Yusrizal meraup mukanya. Kekesalan jelas terpancar di situ. Bukan aku sengaja mahu mengungkit, tetapi setiap kali membincangkan hal ini, amarahku sukar dikawal. Walaupun puas aku mencuba, tapi ia hanyalah siasia. Maafkan abang, Ifa. Abang tahu abang memang bodoh. Punya isteri sebaik Ifa tapi abang sia-siakan. Selepas abang berkahwin dengan Anne, barulah abang sedar siapa intan, siapa permata. Masa tu abang benar-benar menyesal. Anne tak seperti yang abang sangkakan. Dia tak layak menjadi seorang isteri. Tuhan saja yang tahu perasaan abang waktu tu. Abang selalu teringatkan Ifa. Kenangan kita sepanjang menjadi suami isteri. Tapi abang sedar, terlajak tindakan akan menyesal seumur usia. Perkahwinan kedua abang juga kecundang, Ifa. Tapi kali ini lebih singkat. Perkahwinan abang dengan Anne hanya bertahan lapan bulan. Aku memandang tepat ke wajahnya. Terjawablah sudah persoalanku selama ini. Patutlah aku tidak nampak Anne sepanjang aku berada di sini. Rupa-rupanya mereka telah lama bercerai. Tidak kusangka, cinta juga tidak

28

Ida Farisya

menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan Yusrizal. Ah, tidak! Perkahwinan Yusrizal dengan Anne bukan berdasarkan cinta, tetapi berlandaskan nafsu semata. Benarlah kata para ulama, setiap tindakan yang berlandaskan nafsu tidak akan bertahan lama. Sudahlah, saya tak mahu kenangkan lagi perkara tu. Apa yang nak saya cakapkan, sudah pun saya luahkan. Selepas ni saya harap kita dapat jalani kehidupan kita seperti biasa. Saya pergi dulu, kataku lalu mula mengorak langkah. Hatiku lega kerana hari ini sedikit sebanyak beban di dadaku sudah terluah. Sekarang aku akan kembali ke kehidupanku semula. Semoga ada yang lebih indah menantiku di sana. Tak adakah peluang kedua untuk abang, Ifa? Pertanyaan Yusrizal mematikan langkahku. Perlahan-lahan aku berpusing menghadap wajah kusutnya semula. Maafkan saya, Rizal. Saya pernah beri peluang pada awak dulu. Bukan sekali, malah berkali-kali. Siang malam saya berdoa kepada Allah supaya awak berubah dan menerima saya sebagai isteri. Tapi awak tetap tak berubah. Malah, saya diceraikan. Saya sudah tak mampu nak memberi peluang pada awak lagi. Selagi hati saya masih terasa sakit, selagi itulah saya takkan memaafkan awak, ujarku nekad. Yusrizal berjalan menghampiriku. Wajahnya yang tadi kelihatan kusut semakin kusut. Mungkin kecewa dengan keputusan yang telah aku ambil. Tapi untuk apa? Abang tau bukan mudah untuk Ifa lupakan apa yang telah abang lakukan pada Ifa dulu. Walaupun Ifa tak mahu berikan abang peluang, tapi abang akan terus mencuba untuk memenangi hati Ifa. Abang tahu hanya Ifa yang abang

29

Antara Benci dan Rindu

tunggu selama ni. Selepas abang mengahwini Anne, barulah abang sedar siapa yang abang cinta. Abang hanya cintakan Ifa dan akan terus mencintai Ifa. Cukup! Saya tak mahu dengar lagi semua ni. Pada saya semua yang keluar dari mulut awak dusta belaka. Tapi awak jangan harap saya akan termakan dengan kata-kata awak tu. Saya bukan lagi Ifa yang dulu. Tak Ifa, abang betul-betul maksudkan apa yang abang cakap. Abang tak tipu! Abang tahu dalam keadaan macam ni, Ifa mungkin tak akan percaya. Tapi abang akan buktikan kata-kata abang, Ifa. Suatu hari nanti Ifa akan nampak kebenaran kata-kata abang ni, ujar Yusrizal bersungguh-sungguh. Hendak ketawa aku mendengar kata-katanya itu. Tetapi kutahan kerana bimbang didengari semua orang di situ. Pasti mereka akan tahu yang kami sedang bergaduh sekarang ini. Kalau itu yang awak cakapkan, saya amat berharap yang hari tu takkan pernah wujud. Saya pergi dulu. Jaga diri awak. Dan jagalah keluarga awak. Assalamualaikum. Kali ini aku melangkah tanpa menoleh lagi. Itulah yang aku harapkan. Aku tak mahu lagi memandang ke belakang. Aku mahu terus ke depan. Kerana masa lalu terlalu menyakitkan.

30

Ida Farisya

Bab 3
KU memerhatikan pelajarpelajarku yang sedang tekun menyiapkan latihan yang telah kami bincangkan sebentar tadi. Itu adalah keadaan rasmi bagi setiap pelajar. Mungkin mereka pun sudah arif dengan cara aku mengajar. Sebelum menghadiri kelas aku selalu mengingatkan para pelajar supaya membaca nota yang telah aku upload ke dalam blog aku. Biasanya aku akan upload notaku itu seminggu lebih awal untuk memastikan pelajarpelajarku membuat persediaan yang secukupnya sebelum menghadiri kelas. Ini kerana aku hanya akan menekankan bahagian teknikal sahaja. Maklumlah, subjek perakaunan memang banyak melibatkan pengiraan. Cuma beberapa peratus sahaja yang diperuntukkan untuk teori. Dan selalunya pelajar jurusan ini memang cukup fobia dengan soalan teori. Mereka lebih menumpukan pada bahagian pengiraan. Aku cukup maklum tentang itu, kerana aku juga pernah menjadi pelajar seperti mereka dulu. Para pelajar masih leka dengan tugasan mereka. Tidak kurang juga yang sedang berbual di belakang kelas.

31

Antara Benci dan Rindu

Siapa lagi kalau bukan Malik dan Ridzuan. Tetapi aku tidak kisah kerana aku tahu kedua-dua pelajar itu adalah pelajar pintar. Sekali ajar sudah tersimpan kemas di dalam kotak ingatan mereka. Malah, setiap kali aku mengajar, mereka berdualah yang banyak membantuku ketika perbincangan kami. Aku bergerak dari satu barisan meja ke satu barisan yang lain. Sempat juga ku intai workings yang mereka lorekkan. Ada yang memuaskan hati, malah ada juga yang tidak. Biasalah, fikirku. Itulah yang dikatakan proses pembelajaran. Mesti melakukan kesalahan! Jika tidak bukanlah dinamakan belajar. Dayana, this is incorrect! Ive told you so many times. Retained profit brought forward for the first journal entry in consolidation comes from the acquisition date. And retained profit for minority interest comes from current year amount. Dont you remember? Pelajar itu menepuk dahi. Aku tersenyum dengan gelagatnya. Oh my God. I really forgot about that. No wonder my consolidated balance sheet was not tally. See? If you make a careless mistake from the beginning it will affect all your workings. So, be more careful. This is just a small mistake actually, but I cant help you during the exam. Okay, Miss Ifa. Thanks. Aku melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul tiga setengah petang. Nampaknya aku perlu menamatkan sesi pengajaran walaupun kelas sepatutnya tamat pada pukul empat petang. Lalu aku bergerak ke depan kelas.

32

Ida Farisya

Okay class. We will end our class now. Before that please remember that our topic for next class is changes in ownership. I have uploaded it in my blog. So, please get the copy and make some revision before my next class. I will ask you some question related to the topic. Just to make sure that all of you do the reading. And one more thing, please complete your consolidated worksheet for the exercise just now. I have already given you the final answer, right? So, try to get the final answer. If you have any problem do not hesitate to see me, okay? Okay, Miss Ifa! jawab para pelajar serentak. Okay, class is dismissed. Tanpa menunggu lama, aku lantas meninggalkan kelas dan menuju ke bilikku. Banyak lagi kerja yang menantiku di sana. Semuanya memerlukan komitmenku dengan segera. Yang pastinya dalam dua tiga minggu ini aku akan sibuk. Bimbang juga jika aku tidak akan punya masa untuk pelajarku. Setiap kali consultation hour bilik akulah yang paling meriah daripada pensyarah-pensyarah yang lain. Pernah suatu ketika dulu, Encik Ramli menegurku kerana terlalu ramai student yang datang berjumpaku, sedangkan pensyarah lain tidak pula begitu. Hai, Ifa... meriah bilik awak ni nampak. Apa hal? Ketika itu aku sedang sibuk melayani kerenah pelajar-pelajarku yang datang dengan pelbagai permasalahan. Biasalah Encik Ramli, ini waktu consultation saya, jawabku. Hai, susah juga jadi pensyarah favourite pelajar lelaki ya? Waktu consultation mesti penuh dengan pelajar. Pelajar lelaki semua pula tu. Pelajar perempuan tak ada pula masalah dalam pelajaran ya, perli Encik Rahim.

33

Antara Benci dan Rindu

Kelihatan mereka semua hanya tertawa. Aku pula malas melayan kerenah mereka lalu kembali menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajarku. Bagiku, mereka memang memerlukan tunjuk ajar. Bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah rakan pensyarah yang mengatakan pelajarpelajarku hanya mencari alasan untuk berjumpaku. Nonsense! Takkanlah student nak mengurat pensyarah? Aku meneruskan langkah. Saat kakiku menapak di depan bilik, hatiku sedikit hairan apabila ternampak seorang lelaki sedang bersandar di pintu bilikku. Di tangannya ada sejambak bunga mawar yang sungguh cantik. Lelaki itu lantas menyapaku. Cik Ifa? Ya saya. Ada pesanan bunga untuk Cik Ifa, beritahunya sambil menghulurkan jambangan bunga itu kepadaku. Aku menyambut hulurannya dengan seribu pertanyaan. Siapa pula yang bemurah hati memberikan jambangan bunga ini? Aku ada admirer ke? Sila sign di sini, Cik Ifa, pinta lelaki itu. Aku yang masih kebingungan hanya menurut kehendaknya. Okey, terima kasih. Saya pergi dulu. Aku hanya mengangguk. Selepas itu aku kembali menumpukan perhatian kepada jambangan bunga yang berada di dalam tanganku. Sekeping kad yang terselit di celah-celah kuntuman bunga itu aku ambil dan kubuka. Hidup manusia memang tidak pernah sunyi dengan melakukan kesilapan,

34

Ida Farisya

Dan kesilapanku yang paling besar adalah melukaimu, Kutahu bukan mudah menerimaku kembali, untuk dirimu

Tapi diri ini akan tetap mencuba, Kerana kutahu kau tercipta untuk diriku.... ~Yusrizal~ Setelah membaca kata-kata itu, cepat sahaja kakiku mencari tong sampah. Lalu jambangan indah itu kulemparkan ke dalamnya. Puas hatiku! Tidak cukup di rumah, kini Yusrizal berani pula menghantar bunga untuk memujuk rayuku. Jangan ingat begitu mudah aku akan menerima pujuk rayunya. Hati ini tidak akan sesekali tewas dengan pujuk rayunya!

35

Antara Benci dan Rindu

Bab 4
ERIMA KASIH ya, ucapku kepada penghantar bunga itu. Selepas menutup pintu aku memerhatikan jambangan bunga mawar yang masih kupegang. Selalunya bunga mawar ini hanya akan menjadi makanan tong sampah sahaja. Tetapi nampaknya niatku itu terpaksa dibatalkan dahulu untuk hari ini kerana tong sampah di luar sudah penuh dengan bunga-bunga kiriman Yusrizal. Terpaksalah aku bersabar sementara menunggu pekerja majlis perbandaran mengosongkan tong sampah itu. Sabar ya wahai bunga. Kejap lagi aku akan pastikan tempat kau kat dalam tong sampah tu. Tapikan antara semua bunga yang dihantar pada aku, kaulah yang paling bertuah. Sempat juga kau merasa duduk dalam bilik aku yang cantik ni. Seperti selalu, pasti sekeping kad akan dikepilkan bersama. Teringin juga aku hendak mengetahui apa pula yang mahu diluahkan Yusrizal di situ. Sebelum ini pun aku tidak pernah lupa untuk membaca kata-kata yang telah dicoretkan Yusrizal untuk diriku. Aku suka apabila Yusrizal

36

Ida Farisya

merayu begitu. Ternyata dendam lama masih tidak mampu kukikis. Biar dia pula merasai bagaimana perasaanku apabila merayu pada dirinya dulu. Rayuan yang tidak pernah dipedulikan. Malah ditongsampahkan begitu sahaja. Sayangku, andai bisa diputarkan masa, Pasti aku tidak akan berasa derita rindu seperti hari ini, Kerana akulah lelaki yang paling bertuah memiliki isteri sebaikmu, Sayangku, andai bisa diputarkan masa, Aku akan pastikan kaulah wanita yang paling bahagia di dunia ini, Kerana aku akan cuba menjadi suami terbaik buatmu. ~Yusrizal~ Huh! Kalaulah boleh diputarkan waktu, takkan aku begitu bodoh nak menerima lamaranmu. Kerana kutahu derita yang bakal kau rencanakan untuk diriku, ujarku menyambung puisi Yusrizal. Selama tiga hari ini Yusrizal tidak akan lupa untuk mengirimkan bunga untuk aku. Hatiku tertanya-tanya, mengapa Yusrizal masih sanggup membazirkan wang, sedangkan aku tidak memberikan respons terhadap kesungguhannya itu. Mungkin juga playboy seperti Yusrizal masih berpegang kuat kepada pepatah Melayu yang

37

Antara Benci dan Rindu

mengatakan hati perempuan seperti kerak nasi yang akan jadi lembut sekiranya dicurahkan dengan air. Kalau itulah yang ada dalam fikirannya, ternyata lelaki itu salah perhitungan kerana aku bukan seperti wanita yang selemah itu. Deringan telefon bimbit di atas meja sedikit membuatkan aku tersentak. Menandakan satu SMS telah diterima. Cepat sahaja aku mencapainya kerana aku sememangnya sedang menunggu SMS daripada seorang pensyarah yang akan memaklumkan tarikh dan waktu untuk mesyuarat bagi semua pensyarah perakaunan kewangan lanjutan. Namun tatkala melihat nombor yang tidak dikenali, hatiku sedikit hairan. Tetapi mungkin juga rakan pensyarahku itu menggunakan nombor baru ataupun dia meminjam telefon orang lain. Lalu, punat read kutekan. Hi, Ifa... did you get the flowers? - Yusrizal. Aduh! Dia lagi? Sudahlah! Aku dah cukup semak dengan bunga yang dikirimkan setiap hari. Kini ditambah pula dengan SMS ini. Makin berserabut kepalaku. Dari mana pula lelaki itu mendapat nombor telefon bimbitku? Ini mesti kerja Nisa! Dia seorang sahaja yang tahu nombor telefon bimbitku. Isy, tak boleh harap betul budak ni. Sudah berapa kali aku mengingatkan dirinya supaya jangan memberikan nombor telefonku kepada abangnya itu. Eee... geram betul! Kini apa pula yang harus aku lakukan untuk menghadapi lelaki ini. Aku tidak berniat untuk membalas SMS yang dihantarnya. Lantas SMS itu aku delete. Tak mahu ia berada

38

Ida Farisya

di dalam telefon bimbitku terlalu lama. Kalau boleh aku tidak mahu semua tentang Yusrizal menghantui diriku. Cuma satu yang tak bisa kukikis. Kenangan! Ya, kenangan lalu yang begitu memeritkan. Seandainya kenangan itu juga boleh aku delete seperti yang kulakukan terhadap SMS itu, pasti akan kulakukan. Tapi, mana mungkin! Semenjak itu aku sering diganggu dengan SMS Yusrizal saban hari. Hampir sahaja aku menukar nombor telefon, tapi apabila mengingatkan yang nombor ini telah kudaftarkan di UUM niatku itu kumatikan sahaja. Jika aku menukarkan nombor telefon bimbitku banyak pula prosedur yang perlu aku jalani untuk mendaftarkan kembali nombor itu. Gangguan itu berterusan hinggalah ke hari ini. Sudah tiga bulan ia berlanjutan. Tapi sekali pun aku tidak pernah mempedulikannya. Semua SMS yang dihantar oleh Yusrizal, kubiarkan sepi. Selama tiga bulan ini jugalah Yusrizal tidak pernah lupa untuk mengirimkan bunga untukku. Tidak terkira berapa banyak wang yang Yusrizal habiskan. Tapi apa yang dihairankan jika dia anak orang berada. Ketukan di muka pintu mematikan lamunanku. Daripada bunyi ketukan itu aku sudah kenal akan orangnya. Pantas bibirku tersenyum. Come in! laungku. Apabila daun pintu dikuak, terpacullah wajah lelaki yang suatu ketika dahulu terlalu sukar untuk aku lupakan. Hai, sibuk ke? Tak adalah, tengah berangan aje. Daniel tersenyum. Tanpa disuruh, Daniel menarik kerusi berhampiranku lalu melabuhkan punggungnya di situ.

39

Antara Benci dan Rindu

So, hari ni dapat bunga lagi? tanya Daniel. Dia sudah maklum akan kiriman bunga daripada Yusrizal. Bukan niatku untuk mencanangkan itu semua. Tetapi siapa yang tidak hairan apabila setiap hari penghantar bunga akan berkunjung ke bilikku. Lagi pula aku juga yang selalu memenuhkan tong sampah itu. Macam biasalah, jawabku sambil memuncungkan bibirku ke arah letaknya bunga itu. Hai, dah tak buang nampak. Kenapa, nak buat hiasan kat dalam bilik ke? Tak adalah. Dah buang tebiat agaknya I nak buat macam tu. Tong sampah penuhlah. Nanti I buanglah, ucapku dengan muka menyampah. Daniel tersenyum sambil menggeleng. Tong sampah tu tiap-tiap hari makan bunga. Kesian dia... kasilah makan benda lain pula. Biarlah dia makan bunga. Sedap apa, bukan senang nak dapat tu. Kesian ex-husband you tu. Penat-penat dia belikan you bunga setiap hari tapi you buang macam tu saja. Buat apa I nak kesiankan dia? Dia tak pernah kesiankan I pun. Mungkin dia dah berubah, Ifa. Cubalah bagi dia peluang. Untuk apa? Supaya dia dapat sakitkan hati I lagi. No way! I dah serik dengan lelaki buaya macam tu. Daniel mengangkat bahu. Suka hati you la. I cuma bagi nasihat. Jangan nanti you menyesal sudah.

40

Ida Farisya

Nope! I takkan sesekali menyesal dengan lelaki macam tu. Sia-sia saja! Well, well see. Emmm... so jadi tak lunch nanti? Yup! Sure. Kalau macam tu jumpa lunch hour nanti ek. Okey.

PERUT yang berlagu riang memaksa aku melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Patutlah... dah pukul dua belas empat puluh lima tengah hari. Tidak lama selepas itu kedengaran ketukan di muka pintu bilikku. Aku tersenyum kerana anggapanku sudah tentulah Daniel yang menungguku untuk makan bersama. Daniel, tunggu kejap, I nak kemaskan meja ni! laungku dari dalam bilik. Namun aku sedikit hairan dengan bunyi ketukannya hari ini. Terasa lain benar. Mana pergi trademark ketukannya seperti selalu? Mungkin dia sudah malas hendak melagukan ketukan itu lagi. He he he.... Setelah berpuas hati, pantas tanganku mencapai dompet dan telefon bimbit lalu menyumbat ke dalam kocek seluarku. Lebih mudah begitu. Aku tidak gemar membawa tas tangan. Ngeri rasanya apabila membaca surat khabar yang menceritakan tentang kejadian ragut yang banyak berlaku akhir-akhir ini. Aku tidak mahu kejadian itu terjadi kepada diriku pula. Jalan terbaik adalah dengan membiarkan tanganku kosong. Pintu bilik kubuka. Im coming, Da. Mulutku ternganga. Tidak

41

Antara Benci dan Rindu

percaya dengan apa yang aku lihat di hadapan mataku ini. Mustahil!! Bagaimana dia boleh ada kat sini? Rizal??? Apa yang awak buat kat sini? Lelaki itu hanya tersenyum tenang. Mungkin dia sudah menjangkakan reaksi sebegitu daripadaku. Hai Ifa. Apa khabar? Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh ada kat sini? Soalanku tidak dijawab malah dia masih tersengih seperti kerang busuk. Sungguh aku tidak menyangka akan bertemunya semula. Sangkaku pertemuan di rumahnya tiga bulan lepas adalah yang terakhir tapi ternyata tidak! Yusrizal masih mahu mengganggu hidupku. Ifa tak nak jemput abang masuk ke? Aku yang masih dalam keadaan terkejut tiba-tiba mula tersedar. Mataku meliar memerhati sekeliling. Takut sekiranya ada pensyarah-pensyarah lain yang ternampak gelagat kami berdua. Maaf, saya dah janji dengan kawan, jawabku. Lunch ke? Aku mengangguk tanda mengiyakan. Emmm jom lunch dengan abang. Abang pun tak makan lagi ni. Saya dah janji dengan oranglah, ulangku lagi dengan nada menyampah. Cakap bahasa Melayu pun tak faham. Emmm... cancellah. Abang datang jauh-jauh ni sebab nak jumpa Ifa. Dengan kawan, esok-esok pun boleh lunch sama.

42

Ida Farisya

Suka hati awak aja nak suruh saya cancel. Saya dah berjanji dengan oranglah. Ifa tak kesian dengan abang ke? Abang datang jauh-jauh ni. Kerja yang berlambak dekat ofis pun abang tinggalkan semata-mata nak jumpa dengan Ifa. Saya tak suruh pun awak buat semua tu. Awak yang rela hati nak buat. So, jangan nak salahkan saya. Sekarang ni, can you please excuse me? Saya dah lapar. Menghadap muka awak ni bukannya mengenyangkan pun! tempelakku. Sengaja menyakitkan hatinya. Sengaja cari pasal siapa suruh. Sendiri buat, sendiri tanggunglah! Aku pantas melepaskan diri sebaik sahaja mengunci pintu bilikku. Yusrizal hanya kubiarkan terkulat-kulat memerhatikan tingkah lakuku. Baru sahaja aku berkira-kira hendak menelefon Daniel dan memaklumkan bahawa aku sedang menunggunya di tepi kereta, tiba-tiba aku terasa rentapan kuat di pergelangan tanganku. Terdorong aku ke hadapan. Tindakan yang drastik membuatkan tubuhku hilang imbangan. Rizal! Apa ni? Lepaslah.... Abang nak lunch dengan Ifa sekarang. Tapi saya dah janji dengan oranglah. Awak ni tak faham bahasa ke? marahku. Namun nada suara masih cuba kukawal kerana takut terdengar dek orang lain. Abang tak peduli! Cancelkan saja lunch tu. Sekarang abang nak Ifa ikut abang! tegasnya. Dengan langkah kaki yang cuba kukawal agar tidak tersungkur, ditambah pula dengan kelakuan Yusrizal yang tidak sopan membuatkan hatiku membengkak. Namun aku tidak berdaya melawan apabila kami mula menuruni tangga.

43

Antara Benci dan Rindu

Aku hanya menuruti langkahnya. Genggaman tanganku masih tidak dilepaskan. Walaupun sakit, aku hanya mampu bertahan. Tidak elok sekiranya ada para pelajar yang terlihat adegan perbalahan antara kami berdua. Saat itu hatiku terlalu sebal dengan tindakan Yusrizal itu.

NASI yang masih penuh di dalam pinggan aku pandang kosong. Lapar yang kurasakan sebentar tadi seakan hilang kerana terpaksa menghadap wajah yang memang tidak kugemari. Sedangkan lelaki itu kelihatan berselera sahaja menjamu selera. Agaknya dah berapa tahun agaknya tak makan mamat ni. Aku yang kat depan ni dia buat tak tahu aja. Baik tak usah ajak aku lunch kalau macam ni! Yusrizal masih meneruskan suapannya sehinggalah ke suapan yang terakhir. Setelah menghirup air dan mengelap bibir barulah lelaki itu menghalakan pandangannya ke wajahku. Eh, kenapa kuis aja nasi tu? Kenapa Ifa tak makan? Kenyang. Tapi tadikan Ifa kata lapar? Takkan makan dua tiga biji nasi dah kenyang? Ayat perli nampak? Aku kenyang sebab menghadap muka kau la. Ke, sebab kecewa tak dapat keluar makan dengan Daniel? perli Yusrizal dengan memek muka yang bersahaja. Aku terkejut apabila nama yang pada anggapanku

44

Ida Farisya

cukup asing baginya, disebut. Bagaimana pula dia mengetahui pasal Daniel? Seingat aku, ketika di rumahnya dulu aku tidak pernah sebut nama Daniel di hadapannya. Apatah lagi bercerita itu dan ini tentang Daniel padanya. Kenapa? Terkejut macam mana abang boleh tahu? ujar Yusrizal sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Mataku mengecil melihat lagaknya itu. Sebagai isyarat sebenarnya. Aku mahu dia terus membukakan mulut untuk menjawab segala persoalan yang bermain di benakku ini. Bukan saja rupanya, malah siapa dia dalam hidup Ifa sebelum dan selepas kita kahwin pun abang tahu... ujarnya. Masih cuba memeningkan kepalaku. Di dalam fikiranku pula terlintas adakah Yusrizal sudah bertukar kerjaya? Menjadi penyiasat persendirian, mungkin.... Daniel tu sebenarnya bekas kekasih Ifa, kan? Juga merangkap pensyarah perakaunan di fakulti Ifa, kan? Macam mana awak tahu semua ni? soalku. Kalau dibiarkan mamat ni merepek, alamatnya sampai ke esok pagi pun tak habis. Yusrizal menjongketkan bahunya sambil tersenyum bangga. Sakit hatiku dengan senyumannya itu. Senyuman itu seolah-olah mengejekku. Nak seribu daya, Ifa. Tak nak, seribu dalih. Saya tanya macam mana awak boleh tahu tentang dia? tanyaku sekali lagi. Keningku diangkat tanda aku tidak berniat hendak bergurau dengannya. Abang upah penyiasat. Hah? Awak ni dah gila ke? Yup!!! Memang abang dah gila. Abang gilakan Ifa!

45

Antara Benci dan Rindu

Nonsense! marahku. Sampai begitu sekali sikap keanak-anakan Yusrizal. Sanggup menghabiskan wang untuk menyiasat tentang Daniel. Tetapi kalau difikirkan, salahku juga kerana memberitahunya yang aku punya kekasih hati sebelum aku mengahwininya. Bagi Ifa itu semua nonsense. Tapi bagi abang tak! Hati abang tak tenang sejak Ifa beritahu yang Ifa pernah bercinta sebelum kita kahwin. Abang nak tahu siapa orang tu. Habis tu, bila awak dah tahu puaslah hati awak ya? Saya sebenarnya tak faham. Untuk apa awak buat semua ni? Tak ada maknanya. Hubungan saya dengan dia dah lama putus! Memang hubungan Ifa dengan dia dah lama putus. Tapi Ifa masih berkawan dengan dia, kan? So what? Tak boleh ke saya nak berkawan dengan dia? Tak salah kalau Ifa nak berkawan dengan dia. Tapi salah kalau Ifa berniat nak bercinta semula dengan dia. Aku terdiam. Kata-kata Yusrizal memang tidak dapat aku terima. Untuk bercinta dengan Daniel semula memang tidak mungkin. Daniel sudah punya kekasih hati. Tetapi kalau ya pun aku hendak bercinta dengannya, Yusrizal tidak berhak untuk halang. Dia langsung tidak punya hak untuk itu. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Yang awak ni kenapa? Kalau ya saya nak bercinta dengan dia pun apa salahnya. Saya tak terikat dengan sesiapa dan dia pun begitu. Awak siapa nak halang saya? ujarku tidak puas hati. Your ex-husband! jawabnya pantas.

46

Ida Farisya

Ex-husband. Awak faham ke maksud ex tu? Kalau tak tahu biar saya beritahu. Ex maksudnya bekas. Bermakna kita sudah tak punya apa-apa hubungan dan awak tak berhak nak halang saya! marahku. Tetapi masih cuba kukawal nada suaraku kerana bimbang akan mengganggu pengunjung yang lain. Aku benar-benar mengharapkan kata-kataku akan memberikan sedikit reaksi pada wajah Yusrizal. Terkejut dengan kata-kataku mungkin. Atau wajahnya sedikit berubah kerana kata-kataku telah menyakitkan hatinya. Dan wajah itu ternyata memberikan reaksi. Tetapi bukan reaksi yang aku harap-harapkan. Lelaki itu hanya tersenyum senang. Dan aku pula yang terasa sakit hati. Abang belum habis cakap lagi. Yang abang nak cakap tadi, Im your ex-husband and your future husband. Ridiculous! Not for me! Abang akan buktikan pada Ifa nanti. Ingat tak apa yang abang cakap kat rumah abang dulu? Yang abang akan cuba memenangi hati Ifa semula? Itulah yang abang sedang lakukan sekarang. Kata-katanya mengundang ketawa sinisku. Buatlah apa yang awak nak buat. Tapi saya akan pastikan yang awak takkan berjaya. Sekali kita berpisah, bermakna awak tak pernah ada lagi dalam kamus hidup saya. Faham?! Yusrizal menganggukkan kepalanya. Kelihatan seperti memperlekehkan kata-kataku sebentar tadi. Well, well wait and see. Pantas saja aku mencapai telefon bimbitku di atas meja dan bersedia untuk bangun. Lebih lama aku di sini, makin bertambah sakit hatiku. Lebih baik aku balik!

47

Antara Benci dan Rindu

Ifa nak ke mana? Balik! Tapi Ifa belum habiskan makanan tu lagi. Membazir aja. Membazir? Tak pun. Awak yang bayar, bukan saya. Awakkan orang kaya. Kalau setakat sepuluh ringgit apalah sangat, kan? Lagipun saya dah kenyang menghadap muka awak! Kenapa? Abang handsome sangat ke hari ni sampai Ifa kenyang menghadap muka abang? Aku semakin bengang. Kali ini aku benar-benar telah bersedia untuk meninggalkan meja itu. Tetapi Yusrizal pantas menghalang. Okey... okey... Im sorry. Tapi Ifa kena habiskan makanan ni. Abang tengok Ifa tak makan pun tadi. Berangan aja lebih. Nanti Ifa yang lapar. Kalau perut lapar macammana nak mengajar. Betul tak? Kalau saya lapar, tahulah saya nak cari makanan. Dekat UUM tu banyak tempat makan. Ifa dengar cakap abang. Habiskan makanan ni dulu. Selagi makanan ni tak habis, selagi tu abang takkan hantar Ifa balik, ugut Yusrizal. Eleh, ingat aku takut! Saya boleh naik teksi la! Okey kalau boleh. Tapi setahu abang tempat ni susah nak dapat teksi. Mana awak tahu? Awak bukan orang sini. Memang abang bukan orang sini. Tapi sebelum abang bawa Ifa datang sini, mestilah abang buat survey sikit.

48

Ida Farisya

Betul juga, fikirku. Kenapalah aku tak terfikir. Yusrizal langsung tidak pernah datang sini. Jadi bagaimana pula dia tahu ada satu restoran yang cukup cantik dan selesa di kawasan ini? Mesti dia sudah mengkajinya. Mengenangkan itu, aku kembali duduk dan meneruskan makan. Tidak langsung aku pedulikan senyuman kemenangan yang terukir di bibir Yusrizal itu. Untuk apa? Menyakitkan hati aku saja nantinya.

DALAM perjalanan pulang aku hanya mendiamkan diri. Sama seperti perjalanan pergi juga. Sakit hati yang kurasakan juga sama. Tidak lebih dan tidak kurang. Yusrizal memang lelaki yang hebat kerana mampu mengimbangkan kebencianku terhadapnya. Aku menjeling Yusrizal yang tenang memandu. Rimas sebenarnya! Dalam hatiku amat berharap agar kakiku cepat-cepat dapat memijak bumi UUM. Tetapi nampaknya dengan kadar kelajuan kereta yang dipandu Yusrizal, aku terpaksa melupakan saja niatku. Berapa jam lagilah agaknya aku nak sampai? Bawa makan bukan main jauh. Sampai ke Alor Setar. Apa salahnya kalau makan kat Changlun aje? omelku di dalam hati. Gelisah aje abang tengok Ifa ni? Kenapa? Tiba-tiba kedengaran suara Yusrizal memecah kesunyian. Boleh tak awak pandu laju sikit. Kalau macam ni bila nak sampai? Mungkin dua jam lagi. Selamba saja Yusrizal menjawab.

49

Antara Benci dan Rindu

Dua jam lagi? Dah nak pukul dua ni awak tahu tak? Pukul dua nanti saya ada kelas. Solat pun belum lagi. Okey... kalau macam tu kita pergi solat dulu. Tu kat depan tu ada masjid. Yusrizal terus membelok keretanya ke kawasan masjid. Selepas mematikan enjin dia terus keluar. Sedangkan aku masih kaku di tempat duduk. Entah apa yang aku sedang fikirkan aku sendiri pun tidak tahu. Yang pastinya aku sedang memikirkan tentang lelaki ini. Bukan aku tak tahu. Yusrizal bukannya suka bersolat dahulunya. Tetapi kenapa sekarang bermurah hati pula memijakkan kaki ke masjid. Apa dia ingat bila masuk masjid boleh pura-pura solat? La apa yang Ifa tercegat lagi kat situ? Kata tadi nak solat? Cepatlah nanti lambat pula sampai dekat UUM. Aku pantas melangkah keluar dari kereta lalu mengekori Yusrizal. Kami berpisah kerana sudah semestinya aku perlu ke tempat solat wanita. Selepas berwuduk aku segera mencapai kain telekung yang memang telah disediakan oleh pihak masjid. Nasib baiklah kain telekungnya bersih. Kalau tak, sebelum sempat aku menghabiskan solat sudah tentu aku pengsan dulu. Aku mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Selepas bersolat sempat juga aku mengintai Yusrizal di sebalik langsir yang memisahkan tempat solat wanita dengan tempat solat lelaki. Lelaki itu kelihatan sedang berdoa. Hairan! Aku tidak pernah melihat wajah Yusrizal yang bersih dan setenang itu. Tetapi kenapa aku dapat melihatnya hari ini? Benarkah lelaki itu sudah berubah? Aku pantas menutup tirai apabila Yusrizal sudah bangun dan melipat sejadah. Aku tidak mahu dia menyedari perbuatanku itu. Kami bertemu kembali di luar masjid.

50

Ida Farisya

Yusrizal menantiku dengan senyuman di bibir. Entah mengapa senyuman itu seakan-akan meredakan hatiku yang sedang membara dengan sikapnya tadi. Tolong bawa laju sikit. Saya tak nak sampai lambat. Student saya mesti dah tunggu dalam kelas. Okey sayang. Tapi sebelum tu abang nak kasi Ifa ni, ujarnya sambil menghulurkan sekeping kad. Kelihatannya seperti business card. Perlahan-lahan aku menyambut kad itu dan ternyata telahanku benar belaka. Lama kuperhatikan alamat yang tertera di kad itu. Dahiku berkerut. Jalan Sultanah? Awak tinggal kat sini ke, Rizal? Yup! Sebenarnya dah dua minggu abang menguruskan syarikat papa di sini. Dan bermakna abang akan tinggal di sini la.... Patutlah Yusrizal kelihatan seperti begitu arif dengan jalan-jalan di sini. Rupa-rupanya sudah dua minggu dia di sini. Ah, nampaknya aku akan lebih kerap menghadap muka mamat ni nanti. Hatiku mulai gusar. Nanti abang bawa Ifa melawat ke AMA Holdings ya? Dalam pada tu bolehlah kita ke rumah abang. Aku sedikit terkejut. Nak ke rumah awak buat apa? Tak malu langsung! Tak sedarkah kami bukan lagi suami isteri. Buat apa ya? Yusrizal pura-pura berfikir sambil bibirnya tersenyum nakal. Buat apa lagi sayang? Abang tahu kita ni bukan suami isteri lagi. Jangan risau, dekat rumah abang tu ada maid. Nanti abang suruh dia masak sedap-sedap. Boleh kita makan bersama.

51

Antara Benci dan Rindu

Thanks ajelah untuk jemputan awak tu. And one more thing. Pleaselah jangan hantar bunga lagi. Setiap hari awak hantar bunga. Tak sayang duit ke? marahku. Sayang memang sayang. Tapi abang lebih sayangkan bunga yang kat depan mata abang sekarang ni. Kalau nak dibandingkan duit dengan bunga ni, memang jauh bezanya. Abang lebih rela kehabisan duit daripada kehilangan bunga ni. Ujarnya bermadah! Nak termuntah aku mendengarnya. Oh ya, Ifa suka bunga tu? Hanya jelingan yang kuberikan sebagai jawapan. Suka hati awaklah. Yang nak habis duit awak, bukan saya. So, terpulang pada awak. Yang saya tahu sekarang saya nak balik UUM. Sekali lagi lelaki itu menghadiahkan senyuman untukku. Ah, kenapa sekarang lelaki ini begitu murah dengan senyuman? Okeylah, jom!

52

Ida Farisya

Bab 5
Soalan ibu yang tibatiba itu membuatkan otakku berputar ligat. Siapa pula yang gatal-gatal mulut bercerita ni? Ni mesti kerja Rizal. Sah! Tapi apa pula motif dia? Macam mana ibu tahu? soalku sambil menuangkan air ke dalam gelas untuk makan malam kami. Abah belum lagi turun. Mungkin sedang bersolat. Adalah... jawab ibu selamba. Ni yang aku tidak suka ni. Mesti ada konspirasi ni! Kalau ibu dah tahu, kenapa tanya Ifa lagi? Jadi betullah Ifa keluar dengan Rizal tadi? tanya ibu lagi. Wajahnya kelihatan ceria. Kalau ibu dah dengar macam tu... so, macam tu la, jawabku acuh tak acuh. Aku tahu mungkin ibu menganggap hubungan aku dengan Yusrizal bakal mekar kembali. Tetapi ibu tidak tahu

BU dengar Ifa keluar dengan Rizal tadi. Betul ke?

53

Antara Benci dan Rindu

yang aku tidak akan sesekali membenarkan perkara itu berlaku. Eh, budak ni... cubalah serius sikit. Main-main pulak dia! Ibu, pergilah panggil abah. Ifa dah lapar ni. Lepas ni Ifa ada kerja nak buat, ujarku cuba menukar topik perbualan. Aku tahu, ibu tidak akan berhenti bercakap jika perbualan itu berkisarkan tentang Yusrizal. Bekas menantu kesayangannya itu. Nak tukar topiklah tu! Tempelak ibu lantas bangun menuju ke tingkat atas. Aku menarik nafas lega. Dapat juga aku melarikan diri.

OKAY class, today all of you have to submit your project report. I hope all groups can make it by today. Otherwise your marks will be reduced. Remember, marks contribution for this project is 20%. Its quite a big proportion for your final marks, guys. So dont lose it! Yes, Malik? tanyaku apabila pelajarku itu begitu beria-ia mengangkat tangannya. What about presentation Miss Ifa? Oh, yes, I was almost forgot about that. Thanks Malik for reminding me. Kedengaran suara pelajar-pelajar mengeluh. Mungkin sedang menyalahkan Malik kerana mengingatkan aku tentang pembentangan itu. Maklumlah, mereka sudah semestinya tidak mahu melakukan pembentangan. Suatu perkara yang amat tidak digemari oleh para pelajar. Kerana

54

Ida Farisya

sudah tentu apabila di hadapan hadirin pelbagai rasa yang akan muncul. Malu, gementar dan macam-macam perasaan lagi. Bagaimana aku tahu? Kerana aku juga pernah menjadi pelajar dulu. I think its better if we proceed with the presentation next week. I dont want to point up which group will present first. It depends on you. If you think youre ready to present, then you can just proceed. Is that, okay? Yes! jawab pelajar-pelajarku serentak. Good. After this you can hand-in your project report and class dismiss then. Serentak dengan itu, kelas yang tadinya senyap sunyi kembali hingar-bingar. Seperti pasar saja keadaannya. Aku mengumpulkan laporan projek yang telah diletakkan oleh pelajarku di atas meja. Ada yang tebal dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Tetapi tidak semestinya yang kurang ketebalan itu tidak bagus. Aku perlu memeriksa isinya dahulu. Nasib baik cover kepada buku projek itu telah aku tetapkan warnanya, iaitu warna merah. Kalau tidak macam-macam warna yang akan mereka pilih untuk dijadikan cover. Miss Ifa, boleh kita bercakap sebentar? Aku mengangkat kepala. Kelihatan seorang pelajar perempuan berbangsa India sedang berdiri di depanku. Wajahnya yang kelihatan keruh itu menunjukkan kesusahan hati yang dialami gadis itu. Yes, Melissa? How can I help you? Actually, miss, I have a problem.... What kind of problem? Sebenarnya, miss... saya percaya di dalam project

55

Antara Benci dan Rindu

report kumpulan saya, ada terselit satu surat. Surat kompelin daripada mereka tentang saya. Surat kompelin tentang awak? Dahiku berkerut. Namun begitu tanganku lincah mencari-cari surat yang dimaksudkan oleh gadis itu... dan hasilnya ternyata benar. Aku memandang wajahnya sebelum membuka sampul surat itu, lalu membaca. Selesai membacaa aku kembali memandang Melissa. Mengharapkan penjelasan. I think you have to explain it to me. Gadis itu sedikit tertunduk. Kenapa awak tak beritahu saya sejak dari awal lagi? Kenapa bila dah parah macam ni baru awak nak bersemuka dengan saya? tanyaku kepada Melissa. Gadis itu masih menunduk. Kelihatan air jernih mengalir dari kelopak matanya. Saya tahu saya salah. Tapi masa tu saya tak tahu nak buat apa. Yang saya fikirkan ialah kesihatan emak saya. Saya sangat sayangkan emak saya. Ya, saya tahu tu. Siapa yang tak sayangkan mak. Tapi seelok-eloknya awak beritahu saya dulu. Bolehlah saya usahakan apa yang patut untuk awak. Jadi, bagaimana sekarang miss? Aku menarik nafas menyandarkan badanku ke kerusi. dalam-dalam sambil

Saya rasa awak kena buat individual assignment. Saya tak boleh berlaku tak adil pada awak mahupun pada group awak. Apa kata esok awak datang semula ke bilik saya dalam pukul tiga petang. Esok saya akan bagi tugasan tu pada awak, okey? Thanks, miss. I really appreciate that. Saya takkan

56

Ida Farisya

mensia-siakan peluang yang miss bagi pada saya. Ucap gadis itu, ceria.

HAI anak abah! Menungkan apa tu? sapa abah yang baru turun ke ruang makan setelah dipanggil oleh ibu. Sekali gus melenyapkan ingatanku terhadap Melissa. Melihatkan wajah abah yang manis tersenyum membuatkan aku memanjat kesyukuran. Walaupun aku anak tunggal tetapi keluargaku sempurna. Tidak seperti Melissa yang terpaksa menanggung beban tugas yang berat. Bagaimana agaknya gadis itu membahagikan masanya untuk belajar? Sudahlah terpaksa selalu pulang ke kampung untuk melawat ibunya yang terlantar sakit, dalam masa yang sama pula terpaksa menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. La... yang pandang abah macam tu sekali kenapa? Soalan abah membuatkan aku tergelak kecil. Reaksiku tadi mungkin membuatkan abah sedikit hairan. Tak ada apa-apalah... tiba-tiba aje jadi rindu pulak dengan abah, jawabku manja. Pantas lengan abah kupaut. Manakala kepalaku pula melentok mesra di bahu abah. Dah besar panjang pun nak bermanja dengan abah lagi ya? ujar abah sambil mengusap kepalaku. Mestilah, dengan siapa lagi Ifa nak bermanja kalau bukan dengan abah dan ibu? Dengan suami! sampuk ibu. Aku mengerutkan dahi. Bila masa pulak aku kahwin. Aku confuse sendiri. Bila masa pula Ifa ada suami bu?

57

Antara Benci dan Rindu

Lima tahun lepas. Itu dulu la bu. Sekarang ni Ifa dah single, jawabku pantas. Ibu sengaja hendak mendera perasaanku lagi. Boleh aje kalau nak berkahwin semula. Tapi kamu tu aje yang tak nak, kata ibu lagi. Tak naklah Ifa. Biar menjanda sampai ke tua pun tak apa. Ifa dah serik! Tiba-tiba abah mencubit pipiku agak kuat. Terjerit aku kesakitan. Abah ni kenapa? Sakit tau! aduku sambil menggosok-gosok pipi. Ibu tersenyum mengejek. Mungkin bersetuju dengan tindakan abah itu. Mulut tu celopar sangat. Kalau betul nanti tak kahwin sampai ke tua macam mana? Alah... biarlah. Bukannya Ifa tak pernah kahwin. Pernah tau. Cuma tak kekal aje, jawabku. Makin mencuka wajah ibu dan abah. Abah tak suka Ifa cakap macam tu. Ifa ajelah anak kami... satu-satunya anak kami. Kami dah tak ada anak lain. Kalau boleh, sebelum kami tutup mata, kami nak tengok ada orang jagakan Ifa. Ibu dengan abah ni dah tak lama lagi nak hidup, Ifa. Ifa nak ibu dengan abah pergi dengan hati tak tenang? Alamak! Inilah yang paling aku tak suka. Nampaknya perbualan kami sudah semakin serius. Dan yang paling aku lemah apabila orang tuaku menggunakan ajal sebagai modal untuk menutup terus mulutku. Aku merenung wajah-wajah orang yang paling aku sayangi. Perasaan sayu mula menjalar ke seluruh jiwa.

58

Ida Farisya

Kenapa abah cakap macam ni? tanyaku dengan suara serak. Abah tu cakap apa yang betul, Ifa. Kalau kami dah tak ada nanti, siapalah yang nak jaga kamu. Kami ni risau, Ifa. Ifa tu perempuan, janda pulak tu. Perkara yang paling membuatkan kami risau ialah Ifa tu tak ada adik-beradik lain. Nak harapkan saudara-mara, selama manalah Ifa boleh mengharapkan mereka. Mereka pun ada komitmen lain. Kalau Ifa dah ada suami tu lainlah. Terjamin dah masa depan Ifa nanti, balas ibu pula. Hatiku tiba-tiba jadi sayu. Ifa, bukan tak nak kahwin lagi abah, ibu. Tapi Ifa serik. Pengalaman jadi isteri Rizal dah cukup membuatkan Ifa berfikir seratus kali untuk berkahwin lagi. Ifa takut dikecewakan lagi. Ibu faham perasaan kamu. Tapi hidup ni tak boleh berputus asa. Cuba bagi peluang sekali lagi kat Rizal... dan yang paling penting peluang untuk diri Ifa tu. Ifa pun dah dua puluh lapan tahun sekarang. Sepatutnya umur macam Ifa ni dah ada anak dua tiga orang, tahu? Kata-kata ibu tadi membuatkan aku terperanjat besar. Aku memandang wajah abah pula. Orang tua itu hanya tersenyum sambil mengangguk sebagai isyarat bersetuju dengan kata-kata ibu tadi. Hah? Bagi peluang pada Rizal? Oh, please no... no... no... Ifa tak nak kahwin dengan dia semula. Cukuplah apa yang dia dah buat pada Ifa. Ifa tak sanggup nak hadapinya lagi. Ifa sanggup kahwin dengan orang lain daripada kahwin dengan dia. Tak baik cakap macam tu Ifa. Abah rasa Rizal dah berubah. Dah tak sama macam Rizal yang dulu.

59

Antara Benci dan Rindu

Mana abah tahu dia dah berubah? Ifa nampak sama aja... ucapku dengan nada menyampah. Tapi aku tersedar yang ucapanku langsung tidak selari dengan fikiranku. Petang tadi dengan mataku sendiri, aku melihat Yusrizal bersolat. Satu perubahan yang agak ketara kerana selama tempoh aku menjadi isterinya, tidak pernah aku melihat dirinya menunaikan kewajipannya itu. Dua hari satu malam dah cukup untuk abah mengenali Rizal. Dia memang dah berubah Ifa. Ifa mungkin tak tahu yang Rizal la yang jadi imam solat maghrib dan isyak untuk kami semua. Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang abah katakan. Tetapi takkan abah nak berbohong pulak? Lagipun aku tidak boleh bersolat ketika itu. Jadi, mana mungkin aku turut serta untuk melakukan solat berjemaah di rumah itu. Pada fikiranku, sudah tentulah abah atau Pak Kassim driver yang menjadi imam. Tetapi ternyata sangkaanku salah. Alah, kalau setakat nak berlakon tu tak payahlah abah. Dia tu memang pandai berlakon. Kalau setakat nak berlakon jadi imam apalah sangat, kan? kataku masih cuba menyangkal kata-kata abah. Ifa, kamu ingat senang ke nak berlakon jadi imam? Ingat cerita dekat TV ke yang shoot bila nak bagi salam aja? Kalau yang tu memanglah siapa-siapa pun boleh! tempelak ibu pula. Aku semakin rimas. Walaupun aku seorang pensyarah tetapi untuk berlawan cakap dengan orang tuaku memang aku akan kalah. Cup! Cup! Ifa tak fahamlah. Kenapa abah dengan

60

Ida Farisya

ibu beria-ia promote Si Rizal tu? Kan ke kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi.... Kelihatan abah dengan ibu serba salah. Mereka memandang sesama sendiri. Aku mula rasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba ibu bapaku sampaikan. Kenapa ni abah, ibu? tanyaku. Pada mulanya ibu seolah-olah berat hati hendak membuka mulut. Namun setelah abah menganggukkan kepala barulah ibu mengalah. Sedangkan hatiku waktu itu sudah semakin berdebar kencang. Macam ni Ifa. Minggu lepas bekas mentua Ifa telefon. Katanya mereka nak hantar rombongan meminang Ifa minggu depan. Hah? Aku terkejut. Rasa hendak pitam aku mendengarnya. Rombongan meminang? Bermakna ibu dengan abah sudah bersetuju. Jika tidak, takkanlah mereka hendak menghantar rombongan meminang terus. Kalau merisik boleh jugalah aku menolak lamaran itu. Ibu, abah... apa ni? Bermakna ibu dengan abah dah bersetujulah? Rasa hendak pengsan aku dibuatnya bila ibu bapaku menganggukkan kepala. Kenapa ibu dengan abah tak tanya Ifa dulu? Ifa, ibu dan abah buat semua ni untuk Ifa juga.... Untuk Ifa? Untuk Ifa ke untuk kepentingan ibu dengan abah? ujarku kuat.

61

Antara Benci dan Rindu

Hilang terus rasa hormatku kepada mereka dek kerana rasa geram yang tidak dapat ditahan. Aku tidak pedulikan perubahan pada wajah mereka walaupun aku tahu dosa yang bakal aku tanggung kerana meninggikan suara dengan mereka. Ifa! Kenapa cakap macam tu? marah abah. Betul, kan apa yang Ifa cakap ni? Selama ni ada ke ibu dengan abah fikirkan perasaan Ifa? Tak ada. Semua ibu dengan abah yang tentukan. Ifa langsung tak diberi pilihan. Ifa dah dua puluh lapan tahun ibu, abah. Kenapa Ifa tak berhak nak buat keputusan sendiri? Yang nak kahwin Ifa, bukan ibu dengan abah. Ifa yang akan rasa deritanya bukan ibu dengan abah! marahku. Air mata yang sudah lama bergenang di kelopak mata jatuh berderaian. Kedua-dua orang tuaku tertunduk. menyedari akan kebenaran kata-kataku itu. Mungkin

Ibu tahu keputusan kami agak terburu-buru. Tapi percayalah sayang, kali ni kami tak silap buat pilihan, pujuk ibu. Telapak tangannya cuba mengusap pipiku. Pantas aku menepis tangannya. Terkejut ibu dengan kelakuanku. Masakan tidak, selama ini aku tidak pernah melanggar perintahnya, tetapi hari ini berlainan sekali. Ifa tak kira, Ifa tak nak kahwin dengan Rizal! Bentakku lalu berlari menuju ke bilik. Panggilan ibu dan abah tidak langsung aku hiraukan. Amarahku benar-benar melonjak. Cukuplah aku terseksa dulu... aku tak mahu terseksa lagi. Tetapi memahami??? kenapa ibu dengan abah tak mahu

62

Ida Farisya

Aku melepaskan tangisku di atas katil. Tangisan itu bukan sahaja kerana tanda protesku terhadap keputusan ibu dengan abah, malah aku turut rasa berdosa kerana terpaksa meninggikan suara dengan mereka berdua. Orang yang tidak sepatutnya aku berkata uh sekalipun.

63

Antara Benci dan Rindu

Bab 6
ARI ini genaplah seminggu aku tidak bertegur sapa dengan ibu dan abah. Aku tahu berdosa besar bagi seorang anak melakukan semua itu. Tetapi aku terpaksa. Aku sudah tidak mahu menjadi anak yang hanya menurut kata orang tua yang akhirnya akan mendatangkan bala kepada aku pula. Sungguh aku tidak percaya dengan jolokan mereka yang mengatakan Yusrizal telah berubah. Mungkin apa yang dilakukan oleh Yusrizal itu hanya untuk mengaburi mata mereka. Hakikatnya aku lebih kenal siapa Yusrizal yang sebenarnya. Ifa! Mari makan. Ibu masakkan lauk kegemaran Ifa ni. Ketam masak lemak cili api, sapa ibu sewaktu aku melintasi ruang dapur untuk naik ke tingkat atas. Mungkin ini adalah usaha terakhir ibu setelah semua pujukan mereka tidak aku pedulikan. Kecur juga air liur aku dengan sogokan ibu itu. Ketam masak lemak cili api memang lauk kegemaranku. Tambahan pula apabila ibu yang sediakan. Mahu bertambah dua tiga pinggan.

64

Ida Farisya

Permintaan aku tidak banyak. Aku cuma mahu ibu dan abah membatalkan pertunangan aku dengan Yusrizal yang dijangkakan akan berlangsung dalam masa lima hari saja lagi. Itu saja! Dan selepas itu aku akan kembali normal. Tidak susah sebenarnya. Tetapi kenapa mereka seolah-olah tidak faham? Aku meneruskan langkah, pura-pura tidak memikirkan perasaan ibu yang terpaksa aku lukakan. Aku tahu ibu sudah bersusah payah menyediakan masakan kegemaranku. Ifa... jom makan. Penat ibu masak, pujuk abah pula yang entah dari mana datangnya. Aku pandang sekilas ke arah abah yang masih berbaju Melayu dan berkain pelekat. Mungkin abah baru pulang dari masjid. Aku pula pukul sembilan setengah malam baru menampakkan batang hidung. Bukan kebiasaanku pulang lewat. Selalunya pukul lima petang lagi aku sudah pulang. Jika aku ada kelas malam, pukul tiga petang aku sudah terpacak di rumah. Dan aku akan bertolak ke UUM semula selepas maghrib. Ifa dah kenyang, balasku acuh tak acuh. Ifa masih marahkan ibu dan abah ke? Pertanyaan ibu membuatkan langkahku di anak tangga terakhir terhenti. Lidahku seakan-akan mahu mengiakan. Tetapi aku hanya mendiamkan diri sahaja. Ifa janganlah macam ni. Dah seminggu Ifa tak pedulikan kami. Ibu rindukan Ifa, luah ibu dengan nada lirih. Aku pejamkan mata. Bukan aku tidak merindui mereka. Tetapi hatiku terluka. Dan luka itu seakan menyekat terus rasa rinduku buat mereka.

65

Antara Benci dan Rindu

Betul tu Ifa. Tak baik buat orang tua macam ni. Inikan pula dengan ibu Ifa sendiri, tambah abah pula menyatakan rasa hatinya. Ifa tak minta banyak bu, abah. Cuma batalkan pertunangan Ifa dengan Rizal. Itu pun kalau ibu dengan abah nak tengok Ifa kembali macam dulu, ujarku sekadar memberikan mereka pilihan. Sesekali kufikirkan, aku ni seperti anak yang tidak berguna kerana terpaksa melakukan seperti ini terhadap kedua ibu bapaku. Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Aku lakukan ini demi kebahagiaanku. Sekali gus membahagiakan kedua ibu bapaku. Aku tidak mahu rumah tanggaku punah sekali lagi. Sudah tentu akan menyusahkan hati mereka kelak. Tapi Ifa, majlis pertunangan tu tinggal lima hari saja lagi. Jiran-jiran semua dah tahu. Nanti malu kalau kita batalkan, bantah ibu. Aku berpaling menghadap mereka yang masih berada di bawah. Habis tu, kenapa ibu dan abah buat keputusan tak tanya Ifa dulu? Ifa tak peduli, kalau ibu dan abah masih nak teruskan pertunangan tu, jangan marah kalau Ifa tak muncul pada hari pertunangan tu nanti, ugutku. Terkejut orang tuaku mendengarnya. Jangan buat kerja gila, Ifa! Ifa tak kesiankan kami ke? marah abah. Sebab Ifa kesiankan ibu dengan abahlah Ifa buat keputusan begini. Ifa tak nak susahkan hati ibu dan abah lagi. Sebab Ifa tahu Ifa tak akan bahagia dengan Rizal. Tolonglah ibu, abah. Ifa sanggup melutut kat kaki ibu dan abah kalau itu yang ibu dan abah mahu. Dengan pantas aku menuruni anak tangga dan bersedia untuk melutut. Belum pun sempat

66

Ida Farisya

lututku menyembah lantai, aku terasa ada tangan yang bergayut di bahuku. Lalu menahan aku daripada melakukannya. Apa yang Ifa buat ni, sayang? Ibu memegang kedua-dua belah pipiku. Kupandang bening matanya yang berlinangan. Mungkin hatinya tersentuh dengan kelakuanku sebentar tadi. Seorang anak yang sanggup melutut di hadapan orang tuanya sendiri. Manakala tangan abah pula mengusap-usap belakang badanku. Tolonglah ibu, abah... batalkan pertunangan Ifa dengan Rizal. Kalau tak, Ifa tak dapat bayangkan macam mana Ifa nak hidup dengan dia. Tolonglah ibu, Ifa merayu... ujarku dengan nada sayu. Air mata sudah lama membasahi pipi. Ifa.... Ibu pantas memeluk tubuhku erat berserta ciuman bertalu-talu hinggap di pipiku. Baiklah, Ifa... kalau itu yang Ifa mahukan. Kami akan batalkan pertunangan Ifa dengan Rizal. Ifa sabar ya sayang.... Pantas mataku mencari mata ibu. Seakan tidak percaya dengan kata-katanya sebentar tadi. Benarkah apa yang aku dengar itu? Atau keinginan hatiku yang terlalu kuat sehingga kata-kata itu terpacul keluar dari sanubariku. Betul ke ibu, abah? Betul ibu dengan abah akan batalkan pertunangan ni? tanyaku. Bahu ibu aku goyanggoyangkan. Tubuh ibu pantas kudakap apabila anggukan berserta senyuman manis dihadiahkan kepadaku. Gembira hatiku tidak terkira. Senyuman sudah tidak lekang di bibir. Dapat aku bayangkan indah lelapku malam ini. Pasti tidak akan sama seperti malam-malam sebelumnya.

67

Antara Benci dan Rindu

Aku beralih pula kepada abah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati setia. Abah tersenyum menyambut pelukanku. Sekali lagi belakang badanku diusap manja. Abah harap lepas ni anak abah yang manja ni tak merajuk lagi dengan kami, perli abah. Aku tersenyum malu. Abah janji ya dengan Ifa yang abah akan batalkan pertunangan Ifa tu? Ya sayang. Untuk anak abah yang seorang ni abah akan buat apa saja asalkan Ifa bahagia. Ingat tu. Aku mengangguk. Lapang hatiku saat itu. Selapang padang bola kurasakan. Tetapi ada sesuatu yang tak kena. Ibu, abah bila nak makan ni? Ifa lapar... rengekku manja. Kelihatan ibu dan abah memandang sesama sendiri sebelum tawa mereka meletus. Oh... tadi bukan main jual mahal. Bila ibu dengan abah cakap nak batalkan pertunangan, baru ada selera nak makan ya? Abah mencubit pipiku geram. Aku hanya kenakalanku tadi. mampu tersenyum mengiakan

HAI, berseri-seri nampak! Aku yang ketika itu sedang riang mengemas bilik kerjaku pantas mengangkat wajah. Kelihatan Daniel sedang enak bersandar di pintu bilik. Lantas senyuman manis aku hadiahkan buatnya.

68

Ida Farisya

Oh, please. Jangan nak goda I pagi-pagi buta ni! Terkejut aku mendengar gurauannya. Pantas aku membuntangkan mataku. Dia hanya ketawa kelucuan. Itulah Daniel. Gemar mengusikku. Teringat ketika zaman percintaan kami di universiti dulu, aku sering merajuk dengannya kerana kegemarannya mengusikku itu. Tetapi itu semua sudah berlalu. Pertalian yang terjalin antara aku dan Daniel sekarang hanyalah sebagai sahabat baik. Temanku itu pun sudah mencari penggantiku. Cuma aku yang masih terkapaikapai mencari. Mungkinkah aku akan menemuinya? You ni pun kalau nak bergurau, agak-agaklah sikit. Kang tak pasal-pasal I kena flying kick dengan Masyitah, marahku. Alah, Ita tak adalah macam tu! Habis kuat dia kasi penampar kat pipi you tu! gurau Daniel lagi. Semakin galak dia ketawa. Hah, eloklah tu! Boyfriend dia yang menggatal, I pula yang kena penampar! Relakslah Ifa, I bergurau ajelah. Sensitif betul semenjak nak bertunang ni ya? Pantas senyumanku mati. Perkataan tunang yang keluar dari mulut Daniel seolah-olah menyedarkan aku. Daniel pelik melihat telatahku itu. Sebenarnya Daniel telah mengetahui tentang berita pertunanganku itu. Bukan setakat majlis pertunangan, malah boleh dikatakan semua perkara yang berlaku di dalam hidupku ada dalam genggaman Daniel. Aku senang meluahkan segala bebananku ini kepadanya. Ternyata Daniel seorang pendengar dan penasihat yang baik. Hah, ni kenapa pulak? Monyok aje bila I sebutkan tentang pertunangan you?

69

Antara Benci dan Rindu

Daniel semakin hairan apabila tiba-tiba aku tersenyum gembira. Berkerut-kerut dahinya. La... ni kenapa pulak? Tadi monyok, sekarang gembira pulak. Apa kena dengan you sebenarnya ni? Oh, Daniel... Im so happy. You know what? My engagement will be cancelled! beritahuku dengan nada gembira yang tidak terhingga. Really? tanya Daniel seakan tidak percaya. Terus kakinya melangkah masuk ke dalam bilikku. Ringan saja punggungnya diletakkan di atas kerusi tetamu. Kerana rasa gembira yang memuncak, aku tidak sedar yang aku telah pun duduk di sebelahnya. How was it so? You ingat tak yang I buat mogok dengan parents I seminggu lepas? Laju saja lelaki itu mengangguk. Mungkin parents I dah tak tahan dengan perangai I kut. Maklumlah, sebelum ni I tak pernah buat hal dengan dia orang, so parents I pun surrender. Lagipun I kan anak tunggal. Kat mana lagi kasih sayang dia orang kalau bukan dekat I. Wah cayalah. Tahniahlah, Ifa! Pandai jugak you ni protes, ek? Ingatkan you ni anak yang hanya menurut perintah. He he he. Aku mencebik. Perlilah tu! Betul apa yang I cakap, kan? Dulu pun sebab ikutkan sangat kata-kata parents you, hubungan kita terputus macam tu aja. Aku sedikit terpanar dengan kata-kata Daniel. Kupandang wajahnya yang serius. Menunjukkan yang dia

70

Ida Farisya

tidak berniat ingin bergurau denganku. Serta-merta lidahku jadi kelu. Tidak tahu apa yang harus aku ungkapkan untuk halwa telinganya. You ni pandai betul bergurau, kan, ujarku berpura-pura ketawa untuk menutup kegelisahan yang melanda. Cepat saja aku bangun untuk ke tempatku semula. Dalam hatiku berharap agar Daniel tidak mengungkit kisah lama kami yang pastinya akan melukakan hati masingmasing. Namun langkahku terhenti apabila tangan Daniel tiba-tiba menghalang aku daripada terus melangkah. Kaget sungguh aku waktu itu. Kupandang jarijemari kami yang bertaut. Selama ini tidak pernah Daniel berkelakuan seperti ini. Kemudian perlahan-lahan aku mengalih pandangan ke dalam anak mata Daniel yang redup. Sejak dari dulu lagi aku cukup suka merenung ke dalam mata Daniel. Matanya seolah-olah memberikan ketenangan kepadaku. Tetapi itu sewaktu kami bercinta dulu. Sekarang hubungan kami sudah tidak seperti dulu lagi. Tidak sepatutnya kami berkelakuan seperti ini. Pantas aku meleraikan tautan jari-jemari kami yang erat. Bimbang juga jikalau ada pensyarah lain yang ternampak adegan kami tadi kerana pintu bilikku sedari tadi terbuka. Daniel seolah-olah memahami fikiranku. Dia bangun lalu menutup pintu bilikku. Makin membuatkan hatiku resah tidak menentu. Daniel, kenapa you tutup pintu tu? Kenapa you nak mengelak daripada soalan I tadi? tanya Daniel dengan nada yang sedikit tegang. Ketika itu dia sudah pun berdiri rapat di sisiku. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu menatap wajahnya. Hatiku

71

Antara Benci dan Rindu

benar-benar resah. I tak rasa ada apa-apa persoalan yang perlu I jawab. Ada, Ifa. Cuma you saja yang nak mengelak. Soalan ni sebenarnya dah lama I simpan. Dan dah lama jugak I tunggu jawapan daripada you. Cuma hari ni I punya peluang untuk bertanya. Kenapa, Ifa? Kenapa you sanggup tinggalkan I? I tak rasa hanya disebabkan keluarga, you sanggup belakangkan I dan kahwin dengan Rizal? Konon-kononnya lelaki yang sangat you cintai. Kupandang wajah Daniel dengan dahi yang berkerut. Cuba memahami kata-kata lelaki itu. Ayat terakhirnya kedengaran sumbang di telingaku. Apa maksud you? Maksud I, you tak faham atau pura-pura tak faham, Ifa? I sebenarnya tertanya-tanya, adakah benar cinta yang you laung-laungkan untuk I dulu. Atau sebenarnya you lebih mencintai Rizal, sampaikan you sanggup kahwin dengan dia? You meragui cinta I pada you? What do you think if I say yes? I tak tipu, Daniel. Dulu I memang cintakan you. Cuma bukan jodoh kita berdua. Sampai sekarang? Daniel please... kisah kita dah lama berlalu. I tak nak ungkitkan lagi. You pun dah ada Masyitah. Just say yes or no! paksa Daniel. Aku semakin pelik dengan sikap Daniel. Selama kami berkawan tidak pernah dia menunjukkan sikap aneh seperti ini. Kenapa dengan Daniel sebenarnya? Aku jadi bingung.

72

Ida Farisya

Daniel please.... Aku cuba melarikan diri. Tetapi jantungku seakan melayang apabila kedua-dua belah tangan Daniel mencengkam erat bahuku. Lalu tubuhku ditarik rapat ke tubuhnya. Yes or no? tanya lelaki itu lagi. Untuk beberapa saat aku hanya mampu terus menatap ke dalam anak mata Daniel. Mulutku yang kebiasaannya seperti bertih jagung seakan-akan hilang taringnya. Sungguh aku tidak percaya dengan apa yang berlaku. Answer me Ifa, pinta Daniel. Nada suaranya yang menggoda serta-merta menyedarkan aku daripada terus terleka. Tanganku menolak kasar tubuh Daniel agar menjauh. Terhuyung-hayang lelaki itu cuba mengimbangkan tubuhnya. Ternyata tujahanku bertenaga juga. Whats going on Daniel? Selama ni you tak pernah macam ni. Kenapa tiba-tiba you nak ungkit kisah lalu kita? Nada suaraku meninggi. Geram juga aku dengan perlakuannya yang sudah melampaui batas. Sebab I masih cintakan you! Terpaku aku mendengar luahan Daniel yang tidak pernah aku sangkakan itu. Sukar untuk aku mempercayainya. Layanan Daniel terhadap diriku selama ini langsung tidak punya tanda-tanda yang dia masih cintakan aku. Kesimpulannya, Daniel melayan aku seperti seorang teman sahaja. Lalu dari mana pula datangnya cinta itu? You must be joking, Daniel. I had enough of this! No, Im not! Im telling you the truth! Nope, I cant believe this. How come you said such thing? Youre engaged to Masyitah!

73

Antara Benci dan Rindu

I know. Itulah kesilapan I. Kalaulah I tahu lebih awal yang you sudah bercerai dengan Rizal, tak mungkin I akan terima Masyitah sebagai tunang I, Ifa. Apa maksud you? I tak faham. Daniel memandang aku sekilas sebelum menyambung kata-katanya. Hatiku ketika itu sudah tidak keruan. Cinta I pada you tak pernah padam, Ifa. Hati I sakit bila you kahwin dengan Rizal. Sukar untuk I percaya, kekasih I mengahwini lelaki lain. Tuhan saja yang tahu perasaan I waktu itu. Memang di depan you I cuba sembunyikan kelukaan I, tapi hakikatnya... I benar-benar terluka, Ifa. Bertahun I cuba lupakan you, tapi tak mampu. Jadi, setahun sebelum you pulang ke Malaysia, I terima cadangan emak I supaya bertunang dengan Ita. I hanya turutkan kerana mungkin dengan cara itu I dapat lupakan you. Dan ternyata benar, sedikit demi sedikit I berjaya lupakan you. Tapi kepulangan you ke sini setahun lepas telah mengocak hati I semula Ifa, luah Daniel seketika kemudian menyambung lagi kata-katanya. Hari-hari you ada depan mata I. Apatah lagi bila I tahu yang you dah bercerai. I dah tak boleh nak kawal perasaan I, Ifa. Cinta I pada you kembali mekar. Kadangkadang I rasa berdosa dengan Ita. Tapi apa yang boleh I lakukan? Cinta ni datang tanpa diundang. I tak mampu nak halang. Ya Allah! Aku meraup wajahku. Aku benar-benar tidak percaya yang semua ini akan berlaku. Pandai sungguh Daniel menyembunyikan perasaannya selama ini. Jika dia tidak menyuarakannya hari ini, sumpah aku tidak akan tahu. Kenapa baru sekarang you nak beritahu I, Daniel?

74

Ida Farisya

Sebab I fikir you dah putus dengan Rizal. Tapi nampaknya dia muncul semula dalam hidup you dan hampir bertunang semula. Minggu lepas bila I dengar parents you paksa you bertunang dengan Rizal, hati I hancur, Ifa. Tapi hari ni you bagi berita gembira dekat I. Sebab tu I tak nak buang masa. I takut terlepas peluang lagi. Tapi tak mungkin kita akan bersama lagi Daniel. You dah bertunang. Remember that! I tak kisah, Ifa. I boleh putuskan pertunangan I dengan Ita. Asalkan you terima I. Hah? You gila! Habis tu, macam mana dengan Masyitah? Takkan you nak buang dia macam tu aja setelah dua tahun you bertunang? I tak kisah Ifa... demi you I sanggup lakukan apa saja. Dah lama I tunggu you. I nak you jadi isteri I, ujar Daniel bersungguh. Dia cuba merapatkan jarak antara kami. Tanganku cuba dicapai tetapi aku pantas mengelak. Berubah air muka Daniel dengan tindakanku itu. Tidak! Aku tak boleh terima Daniel. Kesian tunangnya. Lagipun aku sudah menganggap Daniel sebagai temanku. Perasaan cinta sudah tidak ada dalam hatiku lagi untuknya. Daniel please... I nak bersendirian. Tolong keluar! Tapi Ifa. Please Daniel! Aku menjeling ke arah pintu. Mengisyaratkan supaya Daniel meninggalkan aku. Fikiranku benar-benar kusut. Aku tidak dapat berfikir dengan waras tatkala ini. Langkah yang terbaik adalah bersendirian supaya aku dapat menenangkan perasaanku.

75

Antara Benci dan Rindu

Daniel kelihatan serba salah hendak meninggalkanku. Tetapi dia tidak punya pilihan lain. Akhirnya perlahan-lahan dia meninggalkan bilikku. Sempat dia memandang ke arahku sebelum pintu bilik ditutup. Aku pantas memalingkan wajah dan bersandar lesu di kerusi. Letih benar fikiranku saat ini. Kenapa semua ini berlaku pada saat aku sedang bergembira dengan keputusan orang tuaku yang ingin memutuskan pertunangan aku dengan Yusrizal? Ya Allah, apa yang harus aku lakukan? Bagaimana hubunganku dengan Daniel selepas ini? Sukar nampaknya untuk aku kembali mesra dengannya. Apatah lagi selepas aku mengetahui yang dia masih punya perasaan cinta terhadap diriku.

76

Ida Farisya

Bab 7
A... tak jadi pulak? Kali ni apa hal pulak? Itulah respons mak long apabila abah mengkhabarkan tentang pembatalan majlis pertunanganku padanya. Mak long dan pak long bertandang ke rumahku petang itu setelah dipanggil ibu untuk memberitahu tentang pembatalan majlis itu. Aku menelinga di sebalik dapur sambil menyediakan sedikit juadah petang buat mereka. Nak buat macam mana, Kak Min. Tuan punya badan tak nak, takkan nak paksa pulak, balas abah. Hai, hari tukan cakap dah setuju. Sampai dah tetapkan hari pertunangannya. Sekarang ni lain pulak. Sebenarnya Kak Min, kami yang buat keputusan bagi pihak Ifa. Ingatkan dia setuju. Rupa-rupanya tak, balas ibu pula. La... macam tu pulak. Kamu berdua ni pun satu, yang memandai buat keputusan tu kenapa? Zaman sekarang ni dah tak macam dulu dah. Budak-budak sekarang ni lebih

77

Antara Benci dan Rindu

suka buat keputusan sendiri. Tak perlu kita tentukan, bebel mak long. Aku hanya menyebelahiku. tersenyum kerana mak long

Kami ni yang nak terbaik aja untuk Si Ifa tu, Kak Min, kata ibu. Betul cakap kamu tu, Shima. Tapi kamu tengok apa jadi dengan Ifa, lima tahun lepas. Bercerai! Dengan budak Rizal tu jugak. Aku sebenarnya memang tak setuju bila kamu nak kahwinkan Ifa dengan Si Rizal tu semula. Tapi dah kamu yang beria-ia nak satukan jugak budak berdua tu, aku ikutkan jugaklah. Yalah, siapalah aku nikan.... Betul tu! Sampuk aku dalam hati. Memang aku sependapat dengan mak long. Rupa-rupanya mak long pun tidak menyukai Yusrizal. Cuma orang tuaku saja yang sayangkan dia. Mereka seakan-akan memejamkan mata dengan keburukan lelaki itu. Tak apalah kak. Memang dah tak ada jodoh kut Si Ifa dengan Rizal tu. Jadi majlis tu memang batallah ni? tanya mak long inginkan kepastian. Macam itulah nampaknya, Kak Min. Pihak lelaki dah tahu ke? Dah, saya dah telefon pihak lelaki tengah hari tadi, beritahu abah. Main telefon aja? tanya mak long dengan suara yang agak terkejut. Mana boleh macam tu. Kamu ni memang tak ikut adatlah! marah pak long pula. Pantang betul dia kalau babbab adat istiadat Melayu diperlekehkan.

78

Ida Farisya

Hatiku terkekeh ketawa dengan gelagat mereka suami isteri. Perangai sama saja. Semua yang keluar dari mulut mereka sama dan sepakat. Niat di hati memang nak berjumpa mereka, terus bincangkan hal ni. Tapi saya seganlah abang, akak. Dah tak tahu nak letak mana muka ni. Sebab itulah saya telefon aja, terang abah. Huh! Jadi apa kata mereka? Mereka terkejut jugak sebab majlis tinggal lima hari aje lagi. Tapi nak buat macam mana, dah Ifa tak mahu. Siap ugut lagi tak nak hadirkan diri masa majlis tu nanti. Kata-kata abah membuatkan aku tergelak lucu. Teringat kembali saat aku meluahkan kata-kata itu. Aku hanya berniat untuk menggertak ibu dan abah saja. Langsung tidak berniat hendak mengotakannya. Tidak sanggup rasanya hendak menconteng arang ke wajah-wajah orang yang paling aku sayangi. Tak sangka pula taktik aku menjadi. Hah, Ifa yang kamu tersenyum-senyum kat situ kenapa? tegur pak long. Sedikit tersentak aku dibuatnya apabila disergah begitu. Pantas sahaja aku mengatur langkah mendapatkan mereka sambil menatang dulang. Ifa buat ke kuih ni? tanya mak long setelah aku selesai menuang air. Tak adalah mak long. Ibu yang buat. Ifa tolong hidangkan aje. He he he.... Emmm... macam tu la akak. Liat nak masuk dapur, perli ibu. Aku tersenyum malu. Tetapi di dalam hati masih berniat ingin mengusik ibu.

79

Antara Benci dan Rindu

Eh, mana ada mak long. Ibu ni memang suka mengusik. Tiap-tiap hari tau Ifa masuk dapur. Haah, yalah tu. Masuk dapur kalau memasak tak apalah jugak... ni yang dia tahu, buat air. Tu ajelah. Memasak tak pandai, tambah abah pula. Aku sudah memuncung. Pak long dan mak long hanya ketawa melihat telatah kami bertiga. Tapi tidak dinafikan yang kata-kata ibu itu ada benarnya. Aku memang liat hendak memasak. Bukan tak pandai masak, cuma kurang hebat seperti ibu. Maklumlah, sebagai anak tunggal aku memang dimanjakan. Semua kerja rumah, ibu yang lakukan. Aku hanya menggoyangkan kaki. Tabiat tidak baik aku itu seakan sebati dengan hidupku sehinggalah aku menginjak ke usia dua puluh dua tahun. Bayangkanlah dalam usiaku yang sebegitu, aku masih tidak tahu melakukan kerja rumah. Namun, saat usiaku sudah menginjak ke dua puluh tiga tahun, ibu mula memaksa aku melakukan kerja-kerja rumah. Pada mulanya aku agak hairan, tetapi aku turutkan jua. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Aku akan dikahwinkan. Patutlah ibu beria-ia benar menyuruh aku melakukan kerja-kerja rumah. Mungkin sebagai persediaan sebelum aku dikahwinkan. Banyak yang aku belajar waktu itu. Dari memasak sehinggalah mengemas rumah, semua aku belajar. Hah, Ifa... betul ke kamu tak nak kahwin dengan Rizal tu? Betul, mak long. Hmmm... baguslah tu. Mak long dengan pak long tak berapa setuju sangat kalau kamu nak kahwin semula dengan Si Rizal tu. Harap muka aja hensem, tapi perangai,

80

Ida Farisya

masya-Allah. Elok sangatlah tu kamu batalkan. Ujar mak long. Pak long hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda menyetujui kata-kata mak long itu. Aku hanya tersenyum. Dalam hati seratus kali bersetuju dengan katakata mak long itu. Sempat juga kukerling wajah kedua-dua orang tuaku. Ternyata wajah-wajah itu jelas menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Maklumlah, orang mengata bekas menantu kesayangan mereka. He he he... jahat betul aku ni.

ASSALAMUALAIKUM. Aku yang sedang leka menaip sedikit tersentak apabila terdengar suara lelaki memberi salam. Siapa pula yang datang petang-petang ni? Baru saja mak long dengan pak long balik, ada pula yang bertandang. Aku tidak berniat ingin menyambut tetamuku itu kerana pasti ibu sudah mendahuluiku. Lagipun sejak tadi ibu enak bersantai sambil menonton drama Indonesia kegemarannya di ruang tamu. Mengingatkan itu aku kembali meneruskan kerja-kerjaku di bilik. Tidak sampai lima minit kedengaran suara ibu memanggil namaku. Aku pantas bangun mendapatkan ibu yang sedang berada di luar pintu bilik. Ada apa bu? Ibu kelihatan serba salah. Aku sedikit hairan dengan tingkah ibu yang kelihatan seperti ingin memberitahu sesuatu padaku. Kenapa ni bu?

81

Antara Benci dan Rindu

Emmm... Ifa turunlah. Rizal datang, dia nak jumpa dengan Ifa, beritahu ibu sedikit teragak-agak. Muka ibu juga kelihatan sedikit cuak. Aku sedikit terkejut. Yusrizal datang? Untuk apa? Jangan-jangan sebab majlis pertunangan yang dah dibatalkan tu tak? fikirku. Isy... tak naklah bu. Apa hal dia nak jumpa dengan Ifa pulak? Turunlah. Ibu tengok Rizal tu serius semacam aje. Ibu bergurau pun dia buat tak tahu aja. Jangan-jangan ada kaitan dengan majlis pertunangan kamu tu. Turunlah ya... Kalau Ifa tak turun, ibu takut dia pulak yang naik nanti. Aku mengeluh berat. Pusing memikirkan perkara apakah yang penting sangat sehingga membawa lelaki itu ke mari. Tetapi hatiku kuat mengatakan yang tujuan kedatangannya adalah berkaitan dengan majlis itu. Baiklah bu, kejap lagi Ifa turun. Ibu menganggukkan kepala dan pantas berlalu ke dapur bagi menyediakan hidangan untuk tetamunya itu. Selepas menyarung tudung di kepala, aku menapak perlahan menuju ke ruang tamu. Debar hatiku tidak terkira saat itu. Dari jauh sudah dapat aku lihat wajah serius Yusrizal yang sedang menunggu di ruang tamu. Makin menambahkan debar di hatiku. Wajahnya saat ini mengingatkan aku pada peristiwa lima tahun lalu. Yusrizal akan sentiasa berwajah serius sebegini jika marah padaku. Sememangnya aku cukup takut sekiranya bekas suamiku ini dalam keadaan sebegitu. Ada apa awak nak jumpa dengan saya? kataku dengan nada berhati-hati. Yusrizal pantas mengangkat kepala apabila

82

Ida Farisya

mendengar suaraku menyapanya. Renungan matanya terus menusuk ke hatiku. Aku cukup gerun jika dia merenungku sebegitu. Kita keluar! katanya setelah lama merenungku. Kenapa nak keluar? Kalau ada apa-apa yang penting, awak boleh cakap sekarang. Kita bincang kat luar. Ifa pergi siap sekarang. Abang tunggu, katanya tegas. Saya tak nak keluar! balasku juga tegas. Yusrizal pantas berdiri menghadapku. Matanya mencerlung merenungku. Aku sedikit tersentak. Tidak kusangka kata-kataku itu akan membuatnya marah. Kenapa degil sangat ni? Suka hati sayalah! kataku berani! Ifa nak ikut secara rela atau Ifa nak abang paksa? ugutnya. Huh, awak nak paksa saya? Saya harap awak sedar sikit awak berada kat mana. Ni rumah saya. Dan awak tak ada hak nak paksa saya! Kalau Ifa nak tengok abang buat apa yang abang cakap, cubalah. Abang kira sampai lima. Kalau Ifa tak siap, abang tarik Ifa keluar sekarang juga. Mengugut konon! Ingat aku takut ke? Tak heran (hairan) pun, huh! Aku hanya berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. Lagakku seakan sengaja mencabarnya. Walaupun hatiku terasa gementar berhadapan dengannya, tetapi sebolehbolehnya aku harus sembunyikan rasa gementarku itu. Aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapannya.

83

Antara Benci dan Rindu

Satu... dua.... Aku masih begitu. Tidak berganjak sedikit pun. Tiga! Aku sumbing. Empat.... Kiralah sampai seratus pun. Aku tak heran. Kalau setakat hendak mengugut, aku pun boleh. Lima! Serentak itu terasa tanganku ditarik kuat. Terkejut beruk aku dibuatnya. Dalam keadaan yang kurang persediaan sebegitu, sudah tentulah langkah kakiku hanya mampu mengikut jejak langkahnya. Walaupun aku cuba memberatkan langkah, tetapi nampaknya tidak berkesan. Aku ditarik seperti menarik perahu di dalam air. Sungguh aku tidak menyangka Yusrizal akan mengotakan kata-katanya. Masuk! paksanya setelah membukakan pintu kereta buatku. Tak nak! balasku pula. Abang kata masuk! Saya kata tak naklah! kataku lagi sambil menolak tubuhnya yang menghalang laluanku. Berniat ingin kembali semula ke rumah. Tetapi sekali lagi Yusrizal menghalang langkahku. Kali ini lebih dahsyat. Tubuhku dicempung sewenangwenangnya lalu dicampak ke dalam kereta. Terkejut aku dibuatnya. Sehingga aku langsung tidak membantah melainkan hanya membeku di dalam dukungannya. Nasib baiklah aku tidak memakai kain. Kalau tidak tentu sudah berlaku aksi panas di sini. mengangkat kening sambil tersenyum

84

Ida Farisya

Setelah mengunci pintu, Yusrizal beralih ke tempat duduk pemandu. Namun langkahnya terhenti apabila tibatiba ibu menghalang. Ibu!!! Tolong Ifa! laung aku dari dalam kereta. Entah ibuku dengar atau tidak. Rizal! Mana kamu nak bawa Ifa ni? soal ibuku cemas. Kelihatan Yusrizal kembali mendapatkan ibu lalu menyalami tangan ibuku itu. Boleh pulak berlagak baik sedangkan aku dikidnapnya. Saya nak pinjam Ifa sekejap bu, katanya sopan. Huh! Dah disumbat aku dalam kereta ni, baru nak minta izin. Ya la... tapi kenapa macam ni? Please, bu. Kejap aja. Rizal janji takkan buat apaapa yang tak baik kat dia. Rizal cuma nak berbincang dengan dia. Kalau nak berbincang pun, dekat rumah ni pun boleh berbincang. Kenapa nak pergi jauh-jauh? Please, bu. Ni soal personal. Rizal nak berbincang dengan dia aja. Rizal takkan buat perkara bodoh, bu. Rizal janji dengan ibu, kejap lagi Rizal hantar dia balik. Ibu kelihatan serba salah ingin melepaskan aku. Lama dia memerhati aku di dalam kereta. Beria-ia aku menggeleng memberikan isyarat supaya ibu tidak membenarkan aku pergi bersama Yusrizal. Dengan pakaianku yang sebegini, memang tidak sesuai. Wajah yang pucat. Selekeh bebenor. Isy... apa yang aku merepek ni? Ni bukan soal pakaian. Tapi soal aku memang tak mahu! Namun usahaku hanya sia-sia. Setelah lama berfikir

85

Antara Benci dan Rindu

akhirnya ibu mengangguk setuju. Aku mengeluh hampa. Aku memandang wajah ibu meminta simpati. Tetapi ibu hanya menghadiahkan senyuman buatku sambil menganggukkan kepala. Dan kereta Yusrizal meluncur laju meninggalkan ibu yang masih setia berdiri di luar pagar.

YUSRIZAL memberhentikan keretanya berdekatan dengan taman permainan berhampiran dengan rumahku. Aku fikir ke mana sajalah dia hendak bawa aku. Rupa-rupanya hanya di taman permainan yang beberapa langkah dari rumahku sahaja. Kalau setakat ini boleh saja aku berlari pulang kalau dia tinggalkan aku di sini pun. Aku membuang pandang ke sekeliling. Agak ramai orang di sini. Maklumlah waktu petang. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bermain. Sedikit lega hatiku melihat keadaan itu. Tetapi apa yang memeningkan kepalaku adalah lelaki di sebelahku ini. Sudah beberapa minit berlalu namun suaranya tidak juga kedengaran. Aku menjeling ke arahnya. Kulihat dia hanya bersandar sambil matanya merenung jauh ke hadapan. Lagaknya itu seperti orang keletihan. Awak kata ada perkara yang nak dibincangkan. Apa dia? kataku, memulakan perbualan. Namun lelaki itu masih begitu. Tiada langsung butir bicara yang keluar dari mulutnya. Rizal tolonglah... tak manis kita macam ni. Apa yang penting sangat awak nak cakap dengan saya, sampai awak kidnap saya macam ni? So? Yang manisnya apa? Batalkan pertunangan

86

Ida Farisya

kita? Macam tu? sergahnya tiba-tiba. Mukanya sudah memerah. Tersentak aku dibuatnya. Nasib baik tak tercabut jantung aku. Kenapa, Ifa? Kenapa batalkan pertunangan kita? Perlukah saya jawab sedangkan memang awak dah tahu jawapannya? kataku sinis. Ifa masih berdendam dengan abang? Dah tahu buat apa tanya lagi? jawabku. Masih cuba bermain tarik tali dengannya. Ifa.... Yusrizal memusingkan badannya dan menghadapku. Mungkin mencari posisi yang lebih selesa untuk berbincang denganku. Sedangkan aku hanya memandang ke hadapan. Muak mahu melihat wajahnya. Abang buat semua ni sebab abang mahu tebus semua kesalahan abang pada Ifa dulu. Tolonglah beri peluang pada abang, Ifa. Abang janji yang abang takkan sia-siakan peluang yang Ifa beri, sambung Yusrizal lagi. Tebus kesalahan awak? Dengan cara berkahwin dengan saya semula? Awak ingat bila awak dah tamatkan gelaran janda ni, saya akan berbesar hatilah, macam tu? Hei... awak silap oranglah. Selagi luka kat hati saya ni tak hilang, selagi itulah saya takkan maafkan awak. Abang tahu bukan senang Ifa nak sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Tapi abang janji, yang abang akan sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Abang janji, Ifa. Cuma abang tak boleh buat semua tu sorang diri. Abang harapkan bantuan Ifa. Huh, tahu pun awak tak boleh buat. So, kenapa masih berusaha? Sedangkan awak tahu yang awak takkan berjaya.

87

Antara Benci dan Rindu

Sebab abang tahu, Ifa adalah jodoh yang sememangnya abang dambakan. Abang tak minta banyak. Abang cuma minta Ifa terima pinangan abang. Itu saja! Dan abang akan buktikan keikhlasan hati abang ni, pujuknya lagi. Naik muak aku mendengarnya. Mulut manis mengalahkan gula. Tetapi itu semua hanya untuk memerangkap aku. Jangan harap aku akan termakan dengan segala janji-janji palsunya. Saya harap awak faham yang pertunangan gila tu dah dibatalkan. Abang tahu tu. Tapi abang mohon pada Ifa tarik balik keputusan Ifa tu. Lagipun Ifa janda sekarang. Ibu bapa Ifa tak boleh buat apa-apa lagi. Semua bergantung pada keputusan Ifa. Please Ifa... abang nak rujuk semula dengan Ifa, rayu Yusrizal lagi. Naik rimas aku dibuatnya. Awak ni tak faham bahasa ke? Kan saya dah kata, yang saya tak nak dan tak ingin nak kahwin dengan awak semula. Tak faham? Awak nak saya cakap bahasa apa supaya awak faham? Ifa, please marry me once again. And I promise you wont regret it. Promise! I said no! Dont you understand that? Yusrizal melepaskan keluhan berat. Rambutnya dilurut ke belakang sambil bersandar. Baru dia tahu bukan senang hendak melembutkan hatiku. Itulah, siapa suruh cari pasal dengan aku dulu. Sekarang, rasakan! Melihat keadaannya seperti itu membuatkan akalku galak menyusun ayat untuk mendera perasaannya lagi.

88

Ida Farisya

Can I ask you something? Sure. Are you desperate? Soalanku membuatkan memalingkan wajahnya ke arahku. Yusrizal pantas

Ya la, I mean dah tak ada perempuan lain ke yang nakkan awak ni sampai awak nak propose ex-wife awak ni? Dengar sini! Ini bukan pasal dah tak ada perempuan lain yang nak kahwin dengan abang. Semua ni pasal abang nak Ifa yang jadi isteri abang. Hanya Ifa seorang! Yes, I admit that Im desperate. Terdesak untuk memiliki Ifa, jelas Yusrizal dengan nada suara yang tegang. Mungkin dia terasa hati dengan kata-kataku tadi. Huh, sudahlah. Tak ada maknanya awak nak kata macam tu kat saya. Sikit pun saya tak rasa terharu. Awak pergilah cari perempuan lain yang lebih sepadan dengan awak. Yang boleh tahan dengan sikap awak ni. Terus terang saya cakap, yang saya tak sanggup nak menghadap perangai awak yang kaki perempuan tu. Sekali lagi Yusrizal memandang wajahku. Kali ini dia kelihatan seperti tidak menyenangi kata-kataku sebentar tadi. Renungan matanya lebih tajam daripada tadi. Aku jadi hairan. What? tanyaku. Ifa masih ingat abang ni kaki perempuan? Memang betul pun, kan? Yup! Memang betul abang ni kaki perempuan, akuinya. Hah, tahu pun. So, apa yang salahnya saya cakap?

89

Antara Benci dan Rindu

But it was five years ago. Yang berada dengan Ifa sekarang bukan Yusrizal yang dulu. Ive changed. Abang dah tak buat benda-benda tu lagi. Apa yang abang inginkan sekarang ialah mencorakkan masa depan abang dengan orang yang paling abang sayang. Yalah tu. Boleh percaya ke? Terpulanglah pada Ifa. Abang tahu Ifa mesti ingat abang tipu Ifa. Tapi abang memang tak berniat nak tipu Ifa. Abang betul-betul maksudkannya. Suatu hari nanti Ifa akan nampak kebenarannya juga, kata Yusrizal dengan nada perlahan. Aku mencebikkan bibir. Mempersendakan katakatanya. Jangan mimpi yang aku akan mempercayainya. Kalau betul pun lelaki di sebelahku ini telah berubah seperti yang dikhabarkan oleh ibu dan abah, belum tentu aku akan menerimanya kembali. Sudahlah... awak tak usah nak harapkan saya. Kalau awak dah berubah sekalipun, saya tetap takkan terima awak. Hati saya masih sakit. Awak takkan dapat sembuhkan luka kat hati saya ni, tegasku, sekali gus menyampaikan maksud yang aku memang tidak ingin untuk hidup bersamanya lagi. Of course I can. Abang akan buktikan pada Ifa. Abang takkan kahwin dengan perempuan lain kecuali Ifa. Itu janji abang. Aku ketawa kecil. Sedikit lucu dengan janji-janji yang dilafazkan oleh Yusrizal. Kenapa? tanya Yusrizal. Tak adalah... lucu pulak rasanya. Awak ni boleh ke hidup tanpa perempuan? Kalau tak silap sayalah, lepas habis tempoh edah saya dulu, awak terus kahwin dengan Anne,

90

Ida Farisya

kan? Tu yang rasminyalah... yang tak rasmi tu tak tahulah. Sedangkan masa tempoh perkahwinan kita pun dah berapa ratus kali agaknya awak tidur dengan dia, kataku sinis. Sengaja mengundang kemarahannya. Aku memang suka kalau dia marah. Apatah lagi kalau melibatkan perangainya dulu. Biar dia sedar betapa teruk perangainya dulu sehingga telah melukakan hatiku. Dan aku mahu dia sedar betapa dalamnya amarahku ini. Tetapi nampaknya kata-kataku itu langsung tidak berbekas di hatinya. Malahan, dia hanya tertawa kecil. Gila betul mamat ni, bisik hatiku. Itu yang ruginya, katanya. Aku sedikit hairan dengan kata-katanya. Rugi? Macam tak percaya pula awak yang bercakap macam tu? Yalah, abang rasa rugi bila ingat kembali kisah lima tahun dulu. Buat penat aje abang makan jauh-jauh, sedangkan dekat rumah pun dah tersedia. Cantik pulak tu. Rugi betul. Sekali pun abang tak pernah rasa yang kat rumah, katanya sambil tersenyum nakal. Aku memandang wajahnya dengan pandangan kurang mengerti. Namun apabila dia mengenyitkan mata, barulah aku mula faham maksud kata-katanya itu. Serta-merta wajahku bertukar rona. Pantas aku memalingkan wajah. Kurang ajar betul! Sempat lagi dia nak mengenakan aku. Aiks, malu ke sayang? Mana ada! balasku. Ya ke? Tapi abang nampak macam merah aje pipi sayang tu? usik Yusrizal lagi.

91

Antara Benci dan Rindu

Kelam-kabut aku menyembunyikan wajahku yang sememangnya merah menahan malu itu. Lelaki itu pula apa lagi, galak mengusik aku. Sakit hati aku usah dicakap. Boleh tak awak hantar saya balik sekarang? Nanti ibu risau pulak, pintaku. Permintaan itu sekadar untuk menghentikan usikannya yang semakin bermaharajalela kurasakan. Nak mengelat la tu, katanya masih ingin mengusikku. Aku menggigit bibir, geram. Ibu dah bagi permission kat abang tadi. Dia cakap nak bawa Ifa ke langit pun tak apa. Awak jangan nak bohonglah. Ibu tak cakap macam tu pun tadi, balasku. Ya ke? Tak ek? Yusrizal pura-pura bertanya. Ooo Ifa curi dengar perbualan abang dengan ibu, ek? Tak baik tahu.... Whatever! Sekarang boleh tak awak hantar saya balik. Kalau awak tak nak hantar, saya boleh balik sendiri. Bukan jauh pun, ugutku. Mengugut nampak. Abang boleh hantar Ifa balik. Tapi janji dulu yang Ifa akan rujuk dengan abang semula. Kan saya dah cakap yang saya takkan kahwin dengan awak. Tak faham lagi ke? Okey, kalau macam tu, kita duduklah kat sini sampai Ifa setuju. Abang pun suka. Tak tidur pun tak apa kalau dapat tenung muka Ifa macam ni. Yusrizal menurunkan tempat sandarnya. Enak sekali dia merebahkan badannya di situ. Namun matanya langsung tidak lari daripada merenung wajahku.

92

Ida Farisya

Awak ingat saya tak boleh balik sendiri ke? ujarku sambil cuba membuka pintu kereta. Aku sudah memutuskan untuk pulang sendiri. Biarpun mengambil masa sepuluh minit untuk sampai ke rumah, tetapi itu lebih baik daripada duduk di dalam kereta bersamanya begini. Namun aku berasa hairan apabila pintu kereta tidak boleh dibuka. Sekali lagi aku mencuba. Usahaku masih gagal. Aku berpaling ke arah Yusrizal. Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum senang. Mataku liar mencari tempat untuk membuka kereta, tetapi tidak kutemui. Aku pasti Yusrizal telah mengunci keretanya dari dalam. Ah, hatiku kembali mendidih. Kereta canggih seperti ini ternyata menyusahkan aku! Buka pintu kereta ni, Rizal. Saya nak keluar! arahku dengan nada yang tinggi. Kalau abang tak nak? Saya kata buka! Kalau abang tak nak? soalnya lagi. Apa yang awak nak sebenarnya ni? Kalau awak nak paksa saya kahwin dengan awak, itu memang tak akan berjaya. Abang bukan nak memaksa, tapi cuma nak minta sedikit persetujuan daripada Ifa. Itu saja. Tak memaksa macam ni? Hei! Bahasa apa yang awak pakai ni? Bahasa Melayulah, jawabnya selamba. Hesy.... Hatiku mendidih. Susah bercakap dengan orang yang tidak cukup wayar ini.

93

Antara Benci dan Rindu

Rizal, tolonglah... saya malas nak bertegang urat dengan awak. Dah berapa kali saya cakap yang saya tak nak rujuk dengan awak. Tolonglah faham.... Tapi kenapa? Kenapa? Perlukah ditanya lagi? Namun bisikan itu hanya lahir dalam hatiku. Tidak aku suarakan. Answer me Ifa. I need to know, tanya Yusrizal lagi. Dia tidak berbaring lagi. Matanya membulat merenungku. Awak nak tahu kenapa? Okay, I let you know. Because I hate you! Puas hati? Kuat suaraku menyusup ke telinganya kurasakan. Geram juga kerana terus-terusan dipaksa begini. As... I guess, katanya selamba. Aku kira kata-kataku tadi akan membuatkannya kelu seribu bahasa. Rupa-rupanya tidak. Yusrizal seperti sudah menjangkakan kata-kata yang bakal keluar dari mulutku ini. Betul, kan apa yang abang cakap tadi? Ifa masih berdendam dengan abang. So, what? So, nampaknya perkara pertama yang perlu abang buat sekarang ialah hilangkan dendam di hati Ifa tu. Awak takkan berjaya! Well, kita tengoklah nanti. Pasal pertunangan Ifa tak perlu risau. As you wish, kita batalkan aja pertunangan tu. Abang hantar Ifa balik sekarang! Serentak itu Yusrizal terus melepaskan hand break dan menekan pedal minyak. Pelik juga aku dengan perlakuannya itu. Tapi hatiku sedikit lega kerana dia sudah

94

Ida Farisya

memutuskan untuk tidak memaksa aku meneruskan pertunangan itu. Sampai saja di hadapan rumah, dia terus memberhentikan keretanya. Pantas sahaja aku melangkah keluar. Kelihatan ibu sudah menunggu di depan pintu rumah. Mungkin ibu risaukan diriku. Tetapi seperti yang Yusrizal janjikan, dia tidak melakukan apa-apa terhadapku, cuma berbincang. Ifa! panggil Yusrizal. Aku berpaling dengan malas. Apa lagi? Emmm... pertunangan ni akan dibatalkan. Tapi abang takkan mengaku kalah. Ifa tetap akan jadi milik abang jugak nanti, putus Yusrizal dari dalam kereta. Hah! Jangan nak bermimpilah!!! tempelakku. See you.... Katanya dan berlalu pergi. Tidak terkutik aku di situ memikirkan kata-katanya sebentar tadi. Aku hanya sedar apabila ibu memanggil aku masuk ke dalam rumah kerana hari sudah hampir senja.

95

Antara Benci dan Rindu

Bab 8
KU mempercepatkan langkahku. Panggilan bertalutalu daripada Daniel tidak aku pedulikan. Selepas kejadian di bilikku tempoh hari aku seboleh-bolehnya cuba menjauhkan diri daripadanya. Bukan kerana benci, tetapi untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak aku ingini. Maklum sajalah, cinta pertama sukar untuk dilupakan. Buatnya aku terjatuh cinta dengan dia semula, haru jadinya. Kalau sebelum ini aku masih boleh mengawal perasaanku daripada jatuh sayang kepadanya, itu kerana pada fikiranku Daniel sudah melupakan aku dengan kewujudan Masyitah di sisinya. Tetapi rupa-rupanya tidak. Dengan godaan Daniel, aku mungkin akan kembali ke sisinya. Sedangkan aku tidak mahu perkara itu terjadi. Bagaimana dengan Masyitah nanti? Dia mungkin akan menuduh akulah punca keretakan hubungan mereka. Ifa, wait! panggil Daniel sambil memintas perjalananku.

96

Ida Farisya

Aku tidak punya pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengannya dan aku cuba untuk berlagak seperti biasa. Eh, Daniel! You tak ada kelas ke sekarang ni? tanyaku. Wajah yang kalut cuba aku ceriakan. Sejak bila you dah lupa nak hafal time table I ni? tanya Daniel sinis. Selama ini jadual waktu pengajaran Daniel memang terakam kemas dalam kotak memoriku. Tak mungkin aku lupa. Cuma aku tidak tahu ayat apa yang sedap didengar untuk halwa telinga lelaki itu. Kebiasaannya aku akan mengambil peluang untuk berbual dengannya ataupun berbincang tentang kerja pada waktu lapang masing-masing. Itupun jika tidak ada kerja yang memerlukan tuntutan segera. Oh ya, I lupa... sekarang memang you tak ada kelas, kan? You lupa atau buat-buat lupa? Eh, kenapa pulak I nak buat-buat lupa? I memang tak ingat. Sorry ek? Okey, tapi kenapa you tak toleh bila I panggil you tadi? Sudah! Apa pula alasan aku kali ini? Errr sorry, I tak dengar tadi! Kulihat mata Daniel mengecil. Menandakan yang dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi. Tak dengar? Haah, I tak dengar! Sorry ek? Tak dengar... ulang Daniel sambil mengangguk-

97

Antara Benci dan Rindu

anggukkan kepalanya. Tapi boleh pulak you berjalan laju macam ribut? Kenapa tu? Kepalaku ligat mencari alasan. Alasan yang tidak akan melukakan hati sahabatku ini. Emmm actually I tengah kejar masa ni. Ada hal kejap lagi. Sebab tu laju aje jalannya. Ya ke you tengah kejar masa? Ke sengaja nak larikan diri daripada I? Hah? Nak larikan diri daripada you? Kenapa pulak? You ni merepek ajelah, sangkalku pantas. You jangan cuba nak nafikan Ifa. I tahu sejak hari tu you langsung tak nak berbual-bual dengan I. Kalau nampak I you mesti lari. You ingat I tak perasan semua tu? Aku terdiam seketika. Aku kehilangan kata-kata. Dalam diam aku mengakui akan kata-katanya. Memang benar aku sedang melarikan diri daripadanya. Tapi persoalannya sekarang sampai bila? Tengok sajalah sekarang. Baru beberapa hari aku sudah tertangkap. Kenapa you diam? Betul, kan apa yang I cakap? Tak adalah. Buat apa I nak larikan diri daripada you? Lagipun kitakan kawan baik? Takkan I nak larikan diri daripada kawan baik I sendiri? nafiku lagi. Daniel memandang aku dalam. Mungkin cuba mencari keyakinan dalam kata-kataku tadi. Tapi mungkinkah kebenaran itu akan dijumpai sedangkan aku sendiri tidak tahu akan kebenaran kata-kata yang lahir dari bibirku ini. Betul you tak larikan diri daripada I? tanya Daniel lagi untuk memastikan kata-kataku itu benar belaka. Betullah, jawabku pantas. Okey, kalau macam tu apa kata you temankan I

98

Ida Farisya

makan, ujar Daniel dengan senang hati. Dia masih lagi mahu mengujiku. Hah? Kenapa? Kata kita kawan baik? Takkan nak temankan kawan baik makan pun tak boleh? Sebelum ni you tak kisah pun. Daniel pantas membidas membuatkan aku kehilangan kata-kata. Manakala otakku pula ligat berfikir sama ada hendak turutkan saja permintaannya atau menolak. Okeylah kalau macam tu. Akhirnya memberikan persetujuan untuk menemaninya. aku

Niatku cuma tidak mahu melukakan perasaannya. Dalam keadaan sekarang perasaan Daniel mungkin mudah tercalar. Tapi tunggu kejap. I nak letakkan barang-barang ni dulu kat bilik. Daniel hanya mengangguk sebagai tanda keizinan.

MACAM MANA you sekarang? Aku menghentikan suapan. Wajah Daniel kupandang. Entah mengapa hatiku pasti soalan Daniel itu punya maksud tersirat. Tetapi aku cuba untuk tidak mengendahkannya. Macam biasa aje. Tak ada apa yang menarik pun, jawabku tenang. Ya ke? You dengan Rizal macam mana? Rizal? Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ni? Daniel tersenyum. Dia meletakkan sudu dan garpu

99

Antara Benci dan Rindu

ke dalam pinggan yang sudah kosong. Sambil mengelap bibirnya, dia bersuara, yalah... you kan dah batalkan pertunangan you dengan dia. So, dia tak kata apa-apa ke? Ada jugak. Tapi nak buat macam mana? Dia tak boleh paksa I. Betul ke you dah tak ada perasaan kat dia? Aku mengangkat kepala lalu meletakkan pandangan mataku ke matanya. Sedikit ganjil apabila aku mendengar pertanyaan itu. Kenapa you tanya macam tu? Ada ke I ni nampak macam masih tergila-gilakan dia? Bukan I bermaksud macam tu. Cuma I terfikir, kalau you dah tak ada apa-apa perasaan kat dia, kenapa you tak boleh terima I? Sudah kujangkakan persoalan ini yang ingin dibangkitkan oleh Daniel. Perlukah aku menegaskannya sekali lagi? Tetapi aku takut sekiranya akan melukakan hati lelaki ini yang ternyata masih setia menantiku. Tetapi kesetiaanku pula seakan-akan tercalar saat aku menerima Yusrizal sebagai suamiku dulu. Kenapa you diam? Tolonglah Daniel... jangan mulakannya lagi. I tak nak lukakan hati you. Tapi hati I memang dah terluka Ifa, saat you terima Rizal sebagai suami you. Jadi apa bezanya sekarang? Sama, kan? Tak salah rasanya kalau you nak tambahkan luka di hati I ni! Apa maksud you? Apa maksud I? Huh, macam yang I cakap tempoh hari, I masih cintakan you dan akan berusaha memiliki you

100

Ida Farisya

walau macam mana sekalipun. Kalau perlu I paksa you, I akan buat! Asalkan I dapat memiliki you. What? You dah gila ke? You tak boleh paksa I! Kemarahanku naik mendadak. Daniel memang melampau. Aku sudah bermurah hati menemaninya makan tetapi ini yang dibalas padaku? Siapa dia untuk memaksa aku? Aku berhak menentukan jodoh aku sendiri. Dah gilakah lelaki ini? Siapa kata I tak boleh paksa you? Kalau dulu ya, memang I terlalu pemurah sampai sanggup melepaskan gadis yang I cinta kepada lelaki lain. Tetapi kali ni tidak lagi. I akan dapatkan balik cinta I! Daniel membidas. Sepatutnya dari dulu lagi you dah jadi milik I, bukan Rizal... sambungnya perlahan. Namun masih punya ketegasan kerana setiap butir kata yang keluar dari mulutnya ditekankan agar cepat meresap ke dalam otakku, mungkin. Aku pula sudah ternganga tidak percaya. Bagiku, yang berada di hadapanku ini bukanlah Daniel yang telah lama aku kenali. Bagiku dia adalah lelaki lain. Cara dan sifatnya berubah serta-merta. Ke mana hilangnya Daniel yang dulu? Yang tidak pernah memaksa kehendakku? Yang pelembut dan penyayang? You tak boleh macam ni Daniel. Macam mana dengan Masyitah? You tak kesian dengan dia? Ah, I tak peduli semua tu! Yang I mahukan sekarang ialah you! katanya keras. Tetapi masih dikawal nada suaranya agar tidak mengganggu pensyarah lain. Air muka kami juga harus dijaga. Astaghfirullahalazim... mengucap Daniel. Kawal diri you tu!

101

Antara Benci dan Rindu

I masih waras, jangan bimbang, kata lelaki itu. Mungkin cuba menidakkan andaianku bahawa dia sudah tidak waras. Tapi ingat Ifa, I akan dapatkan you... sambungnya tidak putus asa. Dengan kata yang berbaur peringatan itu dia terus meninggalkan aku yang ternyata masih tidak percaya dengan tindakannya sebentar tadi. Aku memicit dahi yang terasa berdenyut-denyut tiba-tiba. Kenapa semua ini harus terjadi? Rasanya mahu saja aku bertempik sekuat hati bagi melepaskan bebanan perasaan ini. Eee! Semua ini Yusrizal punya pasal la! Ternyata dia punca segala masalah. Ya Allah, apa yang harus kau lakukan? Linda! Ya, Lindalah pengubat hatiku sekarang ni. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit dan nombor telefonnya kudail. Helo Linda. Kau free tak petang ni? Wei... bagilah salam dulu. Ni main terjah aje! marah Linda. Ah, kira halallah. Tak berdosa pun kalau tak bagi salam. Yang berdosanya kalau tak jawab salam. Apa-apa ajelah kau ni. Hah, apehal? Aku free kut petang ni. Aku nak jumpa kau. Rindu kat aku ke? Boleh tak? tanyaku tanpa menjawab pertanyaannya. Buat menambahkan sakit hatiku saja. Boleh cik kak. Kat mana? Tempat biasa. Pukul lima, ek?

102

Ida Farisya

Okey, jumpa nanti.

SEKEJAP-SEKEJAP aku melihat jam di pergelangan tangan. Waktu sudah menunjukkan ke angka lima setengah petang. Bermakna sudah empat puluh minit aku menunggu kedatangan Linda di kafe ini kerana aku tiba sepuluh minit lebih awal. Tetapi sampai sekarang batang hidung gadis itu langsung tidak kelihatan. Ke mana sajalah perempuan ni? Tak pernah-pernah lambat. Kita lagi ada masalah, waktu macam nilah dia nak datang lambat. Sekali lagi aku melihat jam di pergelangan tangan. Sudah menginjak ke angka lima tiga puluh lima minit petang. Aku semakin gelisah. Woit, sorry lambat! Ada extra work tadi. Linda tiba-tiba datang menyapaku dari arah belakang. Terkejut aku bukan kepalang. Minah ni main sergah saja! Apesal buat muka macam tu? Sorry la... bukan sengaja. Takkan setengah jam lambat pun dah tarik muka macam tu? Tak adalah... kau tu, main sergah-sergah orang pulak. Terkejut aku, tau? Boleh lemah jantung aku macam ni, ngomelku tidak puas hati. Linda mencebik. Macam tu pun nak terkejut. Kau ni tak habis-habis lagi dengan penyakit kau, kan? Sikit-sikit nak terkejut. Jangan lemah sangat, cik kak. Be strong. Macam aku ni, ujar Linda sambil mendabik dada. Aku ketawa. Kelakar pula rasanya.

103

Antara Benci dan Rindu

Macam kau? Huh, tak payahlah. Tengok kucing berkelahi pun kau lari lintang-pukang, ujarku sambil ketawa. Hatiku bagai digeletek apabila teringat kembali zaman ketika belajar di universiti dulu. Syyy. Linda meletakkan jari ke bibirnya. Matanya meliar memerhati orang sekeliling. Kau ni pelanpelan la sikit. Orang dengar malu aku, tau? Yalah, aku lari la... kang diserangnya aku, haru jadinya. Pandai laa nak beralasan. Cakap ajelah kau tu penakut, Linda. Habis cerita! Isyyy... kau ni, diam boleh tak? Hah, tadi bukan main lagi nak jumpa aku. Apehal? Aku terdiam sambil menunduk apabila soalan itu diutarakan. Namun mataku masih memandang Linda yang seperti orang kebingungan dengan lagakku itu. Ni apehal pulak ni? Ada problem lagi ke? Pasal Rizal lagi? Aku menggeleng. Namun selepas berfikir beberapa ketika aku mengangguk pula. La... kau ni, yang mana satu? Ya ke tak? Ya tu ya la jugak. Bukan kau tak tahu Rizal tu... tapi yang paling merunsingkan aku sekarang ialah Daniel! Daniel? Kenapa pulak dengan Daniel? Tanpa menunggu lama aku terus menceritakan perkara sebenar padanya. Setiap rentetan kisah yang berlaku dalam hidupku baru-baru ini aku ceritakan padanya. Dan Linda seperti biasa akan mendengar dengan tenang. Linda memang pendengar yang baik. Justeru, aku kadang-kadang akan menggelarkannya recorder. Kerana semua yang didengarnya akan tersimpan kemas di dalam otaknya.

104

Ida Farisya

Sampai hati kau tak cerita yang kau nak bertunang hari tu, kata Linda selepas aku selesai menceritakan segalagalanya. Nampaknya Linda merajuk. Bila masa aku bertunang? Kan aku dah cakap, pertunangan aku dah dibatalkan. Memanglah tapi sampai hati kau tak ceritakan event penting macam tu kat aku. Aku bukan tak nak cerita kat kau. Tapi aku sendiri pun tengah buntu waktu tu. Yalah, aku tak tahu apa-apa pun. Tiba-tiba ibu dan abah beritahu yang mereka dah terima pinangan daripada Rizal. Dah la tu, pertunangan akan berlangsung dalam masa beberapa hari aja. Otak aku ni dah tak boleh nak fikir apa-apa dah, jelasku berharap Linda tidak akan memanjangkan rajuknya. Serabut macam mana pun beritahulah aku. Sekurang-kurangnya bolehlah aku kurangkan stres kau tu. Yalah... yalah... lain kali kalau ada apa-apa aku beritahu kau. Dahlah, janganlah merajuk, pujukku lagi. Sekadar menghilangkan rasa jauh hati Linda itu. Okeylah, kali ni aku maafkan kau. Tapi lepas ni, never! Linda memberikan amaran. Nampaknya temanku ini sudah termakan dengan pujukanku. Alah, bagiku Linda hanya ingin menggertakku kerana aku tahu dia tidak mungkin akan melakukannya. Dia terlalu sayangkan persahabatan kami dan aku pun begitu. Kami berdua akan melakukan apa saja untuk memelihara pertalian ini. Tiada apa pun yang boleh memusnahkannya. So, kau macam mana sekarang? Soalan Linda membuatkan aku mengeluh perlahan. Aku tunduk memandang meja sambil tanganku leka bermain-

105

Antara Benci dan Rindu

main dengan penyedut minumanku. Hampir rosak aku kerjakan penyedut minuman itu. Entahlah Linda... aku tak tahu nak buat apa. Berserabut rasanya. Rizal dengan perangai dia, Daniel pula dengan hal dia. Hai... pening kepala aku ni. Relakslah, Ifa. Kau jangan pening-pening. Tenangkan diri kau tu. Barulah nampak jalan keluarnya, kata Linda memulakan sesi kaunselingnya. Itulah kerjaya kedua Linda. Tetapi perkhidmatan itu hanya disediakan untuk aku sahaja. Habis tu, aku nak buat apa? Aku langsung tak nampak jalannya. Susah-susah, kau terima ajalah Daniel tu. Dia pun mantan kekasih kau, kan? Aku rasa tak ada masalah! Linda sudah memberikan pandangan. Tetapi nampaknya pandangan yang diberikan kali ini langsung tak bernas. Gila kau! Masyitah, tunang dia tu nak letak mana? bantahku pantas. Haah, kan? Lupa pulak aku. Kalau macam tu kau terima ajalah Si Rizal tu. Dia pun akan stop kacau kau. Yalah... sebab dah dapat apa yang dia nak, kan? And automatically will stop Daniels step. Lagilah tak bernas! tempelakku dalam hati. Orang nak elak, disuruhnya kita mendekat. Aku menggeleng laju. Kenapa? tanya Linda apabila melihat gelenganku itu. Okay what? Dia pun kaya-raya, handsome pulak tu. Tapi bab perangai tu... he he he... aku tak berani jaminlah, sambung Linda dengan idea yang kononnya bernas itu.

106

Ida Farisya

Mana perginya idea-idea bernas kau tu? Ada pulak nak suruh aku terima Rizal. Apa kau ingat aku ni dah desperate sangat ke sampai sanggup pilih dia? He he he... aku gurau ajelah. Itu pun nak ambil serius ke? Aku menghadiahkan jelingan yang maha tajam. Geram dengan lagaknya yang seolah-olah mempermainkan aku yang tengah serius. Jeling-jeling! Aku korek biji mata kau nanti baru tau! marahnya. Main-mainkan aku lagi, rajukku lagi. Orang gurau ajelah. Sensitif sangat kau ni semenjak dua menjak ni, kenapa? Datang bulan ek? Banyaklah kau punya datang bulan. Eh, cepatlah! Tolong aku ni. Apa yang perlu aku buat ni? Linda menongkat dagu sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk lembut pipinya. Mungkin sedang mencari idea. Isy... aku pun tak tahulah. Masalah kau ni rumit sangat. Yang Si Daniel ni pun satu, tiba-tiba aje nak kat kau balik, kenapa? Dah tahu diri tu dah bertunang, masih terhegeh-hegeh lagi, omel Linda. Entahlah Linda. Itu yang buat aku pening ni. Aku takut sebenarnya Linda. Buatnya aku tersangkut dengan Si Daniel pulak macam mana? Aku sendiri tak boleh jamin hati aku akan kuat kalau terus dipujuknya. Maklum sajalah, cinta pertama sukar nak dilupakan, terangku dengan nada lemah. Isy, kau jangan nak buat hal, Ifa. Kan Daniel dah bertunang? Kau tak kesian ke dengan tunang dia tu? Sebab kesianlah aku minta pendapat kau ni. Apa

107

Antara Benci dan Rindu

yang perlu aku buat untuk mengelak daripada semua ni? Aku tak nak jadi perosak hubungan orang. Linda mengangguk tanda faham. perhatikan wajahku sebelum membuka mulut. Lama dia

Apa kata kalau buat sementara waktu ni, kau cuba elakkan diri daripada dia? At least, sampai dia kahwin dengan tunang dia tu. Tak lama lagi, kan? Aku dah cuba Linda. Semenjak dia cakap dia masih cintakan aku, terus aku jauhkan diri daripada dia. Tapi semakin aku menjauh, semakin dekat pula dia dengan aku. Tiap-tiap hari kalau boleh dia nak makan dengan aku. Lepas tu apa saja aktiviti yang aku masuk dengan fakulti mesti dia akan join jugak. Bila aku tegaskan pendirian aku, dia pula akan ingatkan aku yang dia tetap akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan aku semula. Aku buntu Linda. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi, luahku panjang lebar. Terlopong Linda mendengarnya. Mungkin tidak menyangka Daniel yang tampak sopan itu sebenarnya seorang yang kuat mengugut. Isy! Takkan sampai macam tu? Kalau macam tu, ni dah kira kes berat. Aku tak jamin kau akan senang-senang boleh lepas daripada dia. Lagipun, dia dah pernah lepaskan kau dulu. Kali ni aku tak jamin dia akan lepaskan kau macam tu aje. Aku mengangguk setuju. Daniel pun ada cakap macam tu jugak dekat aku. Kalaulah gitu gayanya, aku dah tak nampak cara lain untuk kau lari daripada Daniel melainkan kau.... Linda meleretkan kata-katanya sambil matanya memandangku. Membuatkan aku mengangkat kening.

108

Ida Farisya

Aku apa? Kahwin! Kahwin? Hesy! Belum terfikir aku nak kahwin lagi, fikirku. Pinangan Yusrizal pun aku dah tolak. Takkan nak kahwin pulak? Nak kahwin dengan siapa? Boyfriend pun tak ada. Lagipun siapa yang nak dengan janda macam aku ni. Hmmm... kecuali Daniel!

AKU peluk bantal panjang yang sudah tersedia di atas katil. Puas berbaring aku meniarap pula. Kalau difikirkan secara mendalam memang ada benarnya kata-kata Linda itu. Itu sahaja caranya untuk menghalang Daniel. Tetapi masalahnya sekarang aku nak kahwin dengan siapa? Dengan Rizal? Isy... minta dijauhkan. Tak sanggup aku! Tu bukan menyelesaikan masalah tetapi mengundang bala. Habis, kalau bukan dengan Rizal... siapa lagi nak dekat dengan aku ni? Aku bermonolog sendirian. Memikirkan calon-calon yang sesuai. Tetapi satu wajah pun tidak singgah di fikiranku ini. Maklumlah, aku memang tidak punya ramai kawan lelaki. Kalau ada pun semuanya sudah berkahwin. Tetapi kalau ada pun takkanlah aku nak mempromosikan diri? Buat malu aje! Aduh, sakitnya kepala memikirkan semua ni! Kenapalah aku perlu hadapi perkara-perkara macam ni? Rasanya apa yang sedang aku fikirkan ini lebih sukar daripada menyediakan soalan-soalan akhir semester untuk subjek perakaunan kewangan lanjutan. Aku mengetuk-ngetuk kepala. Masih cuba sedaya

109

Antara Benci dan Rindu

upaya untuk mencari jalan keluar. Kalau dah susah-susah sangat suruh ibu carikan ajelah. Tiba-tiba timbul idea gila itu dari benakku. Apa agaknya reaksi ibu kalau aku suarakan permintaanku ini kepadanya? Mesti terkejut beruk. Maklumlah, tempoh hari bukan main lagi tak mahu kahwin, sekarang alih-alih minta carikan calon pulak. Mesti ibu fikir dah terdesak agaknya anak perempuannya ini. Tapi hakikatnya pun memang aku terdesak. Tapi betulkah aku nak kahwin ni? Isy... tak naklah. Takkan tak ada cara lain untuk mengelak daripada Daniel? Mesti ada, kan? Tapi apa caranya ya? Aku terus memerah otak. Mencari-cari jalan keluar kepada permasalahan aku ini. Pelbagai idea yang aku pertimbangkan sehingga tidak sedar bila aku tertidur malam itu.

110

Ida Farisya

Bab 9
FA... temankan ibu ke Alor Setar. Ifa tak kerja hari nikan? pinta ibu pada suatu pagi. Pelik pula dengan permintaan ibu ini. Selalunya ibu hanya akan keluar bershopping jika ditemani oleh abah saja. Maklumlah perempuan kalau bershopping memang tak ingat dunia. Bila abah ada, semua barang yang hendak dibeli haruslah dapat kebenaran daripadanya. Kadang-kadang geli hati pula apabila aku memikirkan semua itu. Seringkali aku melihat ibu memuncung kerana tidak dapat berbelanja untuk barang kesukaannya. Membazir, kata abah. Tetapi itu semua tidak membuatkan ibu memberontak hebat. Sekadar rajuk kecil yang sudah tentu bisa dipujuk oleh abah. Dalam keadaan apa jua pun, suami harus diutamakan. Abah Ifa tu tak dapat temankan ibu. Dia yang suruh ibu pergi dengan Ifa, jelas ibu tanpa sempat aku bertanya. Pandai betul ibu membaca fikiranku. Boleh ibu. Ifa tak kisah pun. Ifa pun ada barang

111

Antara Benci dan Rindu

jugak nak beli. Emmm... ibu nak beli apa? tanyaku ingin tahu. Nak beli apa lagi? Barang dapurlah. Dah tak ada apa kat dapur tu. Nak masak untuk tengah hari nanti pun tak boleh. Nak harapkan kamu? Huh, masuk dapur pun liat. Padan muka aku! Dah kena peluru tanpa mata dari ibu. Apa lagi yang aku mampu lakukan melainkan tersengih malu. Dalam diam aku mengakui kata-kata ibu itu. Alah ibu ni, selalu nak mengata Ifa. Yalah, yalah... hari ni Ifa temankan ibu. Lepas tu biar Ifa yang masak hari ni. Kita tengok siapa yang handal memasak, kataku cuba mencabar ibu. Eleh, nak lawan ibu konon! Cara yang kamu masak dengan ibu sama aje, sayang. Bukan ke ibu yang ajar kamu masak? Sama aje rasanya nanti, tempelak ibu. Eh, tak adalah! Tak sama punya. Sebab Ifa masak pakai buku resipi. Ha ha ha.... Aku tertawa kuat. Seronok dapat mengenakan ibu. Ketawaku semakin kuat apabila ibu menarik muka masam. Mengarut aje kamu ni. Cepatlah siap! Nanti abah balik kita tak masak-masak lagi, mahunya muncung seminggu tak hilang. Kata ibu selamba. Aku tertawa geli hati. Mungkin ibu serik. Yalah, pernah sekali abah balik, tapi ibu belum masak, naik angin orang tua itu. Nak pulak mood abah ketika itu tidak begitu baik gara-gara dimarahi orang atasan. Terpaksalah aku keluar membeli lauk di gerai Pak Hashim.

112

Ida Farisya

AKU bersandar di pintu kereta. Peluh yang memercik di dahi kukesat dengan menggunakan tisu yang memang tidak akan aku lupa untuk bawa bersama. Maklumlah aku ni kuat berpeluh. Terutama sekali di bahagian hidung. Orang kata kalau kuat berpeluh di bahagian hidung tandanya kuat cemburu. Mungkin benar juga. Tiba-tiba fikiranku menjengah kenangan lima tahun lepas. Aku masih ingat kejadian pada suatu malam. Ketika itu aku sedang menyiapkan makan malam. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Entah mengapa tibatiba Yusrizal mengadu kelaparan. Sedangkan pada waktu itu sudah tiada apa-apa makanan yang tinggal. Aku sudah menghabiskan kesemuanya. Sementelah pula, Yusrizal memang tidak gemar makan di rumah. Selama kami berkahwin boleh dikira berapa kali dia merasa hidangan yang aku sediakan. Itu pun jika ada ahli keluarga, sanak saudara ataupun kawan-kawan yang makan di rumah. Semua itu dilakukan kerana tidak mahu mereka semua menghidu akan kedinginan rumah tangga kami. Dah siap belum? tanya Yusrizal dengan nada kasar. Terkejut aku dibuatnya. Bergegar tubuhku mendengar suaranya yang bagaikan halilintar membelah bumi. Hampir terlepas mangkuk yang berisi air asam jawa yang kupegang. Begitulah Yusrizal. Tidak pernah ingin bercakap dengan nada lembut apabila berdua denganku. Kejap lagi bang. Ifa nak masukkan air asam jawa ni. Lepas tu siaplah, ujarku tergagap-gagap. Lembab betul! Aku mendiamkan diri. Walaupun sedikit terasa dengan herdikan suamiku itu, tetapi aku hanya mengambil

113

Antara Benci dan Rindu

langkah mudah dengan berdiam diri. Kerana aku tahu kalau aku menjawab, makin berapi amarah Yusrizal kepadaku. Itu hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan sebelum ini. Aku sudah lali dengan semua itu. Tanpa melengahkan masa aku terus menyiapkan kerja-kerja memasakku. Kalau lambat nanti makin teruk aku disemburnya. Setelah siap, pantas aku menghidangkannya di atas meja di ruang makan. Kemudian aku memanggil Yusrizal yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Cepat sahaja Yusrizal menapak ke meja makan. Mungkin sudah lapar benar. Aku juga pantas menyendukkan nasi ke pinggannya. Namun, apabila aku ingin mengambil lauk untuknya, dia pantas menghalang. Tak payah nak layan aku macam putera raja. Tahulah aku nak ambil sendiri. Dah, pergi! Nanti hilang selera aku nak makan bila menghadap muka kau! Perlahan-lahan aku meletakkan kembali sudu ke tempat asalnya. Berkira-kira hendak naik ke bilik. Sedikit perasaan kecewa hadir dalam diri dengan kelakuan Yusrizal. Tiada langsung ucapan terima kasih padaku yang telah bersusah payah menyediakan makanan untuknya. Malah, dihalaunya pula aku. Belum pun sempat kakiku memijak anak tangga pertama, aku terdengar lelaki itu memanggil namaku. Pantas aku mendapatkannya. Ada apa bang? Yusrizal menghadiahkan jelingan tajam sebelum bersuara. Kupaskan buah epal kat dalam peti ais tu. Aku nak makan! Aku menganggukkan kepala. Pelik juga aku dengan

114

Ida Farisya

perangai Yusrizal hari ni. Macam-macam pula yang dimintanya. Kalau sebelum ni jangankan nak merasa hidangan yang aku sediakan, malah apa-apa barang dapur yang aku dibeli juga tidak akan disentuhnya. Begitulah bencinya Yusrizal padaku. Sedang aku leka mengupas buah epal, tiba-tiba aku terdengar telefon bimbit Yusrizal berdering. Pantas saja dia mendapatkan telefon bimbitnya itu. Hai, sayang. Kenapa telefon I ni? Takkan dah rindu kut? sapa Yusrizal pada orang di hujung talian. Dari lenggok bicara Yusrizal aku sudah dapat mengagak siapakah gerangan yang menelefonnya. Sudah tentu Anne, teman wanita Yusrizal yang seksi itu. Maklumlah... model terkenal. Yusrizal begitu asyik sekali melayan kekasih hati. Sekejap tersenyum, sekejap ketawa. Suaranya pula lembut dan romantik sekali. Bukan suara yang selalu diperdengarkan pada aku setiap hari. Terlintas di fikiranku, jika Yusrizal mahu melayan aku sebegitu, sudah tentulah aku perempuan yang paling bahagia di dunia ini. Walaupun Yusrizal tidak pernah menganggap aku sebagai isterinya dan selalu mengherdik aku, tetapi itu semua tidak menghalang perasaan sayangku bercambah untuknya. Kadang-kadang aku tidak mengerti, mengapa aku perlu mencintai lelaki sepertinya? Tetapi apakan dayaku untuk menolak takdir yang Maha Esa. Dia sudah menentukan semuanya. Perasaan cemburu mudah sahaja bermukim di dadaku apabila mendengar perbualan Yusrizal dengan Anne sehingga tidak sedar yang aku sudah terhiris jariku sendiri. Aku hanya tersedar apabila mataku terpandangkan jariku yang sudah berlumuran darah. Waktu itu barulah rasa sakit

115

Antara Benci dan Rindu

datang menjengah. Pantas aku menuju ke singki dan mencuci luka itu. Aku merintih perlahan apabila air mengenai bahagian yang luka. Aku tidak mahu Yusrizal menyedari akan situasi itu. Nanti aku juga yang malu. Setelah yakin darah sudah berhenti mengalir, aku mengesat tanganku. Kemudian aku menyambung semula mengupas epal yang tergendala tadi. Aku tertawa kecil sambil menggeleng kepala. Akibat cemburu hampir hancur jari aku kerjakan. Sedangkan hakikatnya aku tidak layak untuk cemburu. Sepatutnya aku sedar siapa diriku di sisi Yusrizal. Aku tidak ubah seperti perempuan simpanannya saja. Cuma yang membezakan aku dan perempuan simpanan ialah, aku tidak pernah disentuhnya. Hampir setahun usia perkahwinan kami, tidak pernah walau sekali pun menggoyangkan iman Yusrizal terhadapku. Maklumlah, dia sudah punya tempat untuk melampiaskan nafsu. Jika hendak dibandingkan aku dengan Anne, memanglah jauh berbeza pada waktu itu. Sudah tentu aku tidak akan mampu bersaing untuk mendapatkan Yusrizal. Aku sedikit tersentak apabila terasa ada tangan yang menampar kuat bahuku. Hilang bertaburan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan ibu sedang memandangku dengan kerutan di dahi. Kamu ni kenapa Ifa? Termenung sampai tak ingat dunia sekeliling. Sampai ibu buka pintu kereta pun kamu tak sedar, omel ibuku. Aku hanya tersengih malu sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ibu menggelengkan kepala lalu bergerak ke bonet kereta.

116

Ida Farisya

Pada waktu itu barulah aku tersedar seperti ada seseorang yang sedang membantu ibu memunggah barangbarang lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Pantas aku menjengah ke belakang. Serasa seperti aku kenal lelaki itu. Awak??? Macam mana pulak awak boleh ada kat sini? sergahku pada lelaki itu. Ke mana saja aku pergi, ada saja wajahnya. Apa yang lelaki ini buat di sini? Takkanlah mengekori aku dan ibu kut. Isy... ini tak boleh jadi ni! Abang terserempak dengan ibu tadi. Kesian pulak tengok ibu bawa banyak barang. Sebab tu abang tolong, balas Yusrizal. Betul tu. Nak harapkan kamu, entah ke mana sajalah kamu lesap. Bukan nak tolong ibu bawakan barang. Nasib baik ada Rizal ni. Kalau tak, tak tahulah ibu macam mana nak bawa barang yang banyak ni. Aku mengerutkan dahi. Apa pulak bu. Kan ada troli tu. Tolak ajelah sampai ke kereta. Apa yang susah? Aku membantah. Tidak mahu mengalah. Ibu memang suka malukan aku. Jatuh air muka di depan Yusrizal. Mesti dia ingat aku pemalas kerana tidak mahu menolong ibu. Padahal dia tidak tahu hal yang sebenarnya. Ibu kalau memilih barang memang lama. Sebab itulah abah tidak membenarkan dia keluar bershopping denganku. Oleh kerana rasa bosan kerana sedari tadi menunggu ibu memilih barang, aku mengambil keputusan untuk menunggu ibu di kereta sahaja. Ditambah pula dengan

117

Antara Benci dan Rindu

manusia yang membanjiri Pasar Raya Tesco hari ini, makin menambahkan rasa sesakku. Sejak kecil aku memang tidak suka dikelilingi orang ramai. Pandailah kamu tu nak membela diri. Sudah, ibu dah lapar ni. Jom kita pergi makan dulu. Rizal makan dengan kami sekali ye? Ibu dengan senang hati mempelawa Yusrizal. Lelaki itu dengan senang hati pula menerima pelawaan ibu. Aku pelik. Bukankah tadi ibu beria-ia mahu membeli barang dapur sebab nak memasak untuk makan tengah hari. Ni nak makan di kedai pulak. Habis tu, abah nak makan apa tengah hari nanti? Tadi, ibu kata nak balik masak. Ni, kenapa nak makan kat kedai pulak ni? Bila abah balik nanti, kita tak masak lagi. Ibu dah telefon abah tadi, ajak makan kat luar. Ofis abah pun bukan jauh sangat. Biarlah, sekali-sekala makan kat luar apa salahnya, kan Rizal? Yusrizal tersenyum sambil menganggukkan kepala. Mengiakan kata-kata ibu. Mereka kelihatan senang hati sekali. Aku pula yang keresahan. Makan dengan Yusrizal? Erk... naik loya pula tekak aku. Apalah malang nasib aku hari ini bertemu muka dengannya. Itulah, siapa suruh aku teringatkan dia. Kan dah muncul di depan mata, marah aku dalam hati.

AKU mengetuk-ngetuk meja sambil melihat jauh ke luar melalui cermin kaca sebuah retoran yang dipilih oleh Yusrizal

118

Ida Farisya

sebagai tempat untuk menjamu selera pada tengah hari itu. Ibu, abah dan Yusrizal sibuk memilih makanan yang pelbagai. Sedangkan aku pula menjadi penunggu setia di meja makan. Aku tidak berniat untuk makan. Seleraku sudah hilang! Kukira hendak menelan dua butir nasi pun sudah tidak mampu. Aku hanya meminta abah membelikan aku teh ais kegemaranku sahaja bagi mengalas perutku tengah hari ini. Pada mulanya hairan juga orang tuaku kerana aku menolak untuk makan walaupun puas dipujuk. Tidak ketinggalan juga Yusrizal. Katanya, takut perutku masuk angin. Penyibuk! Biarlah perut aku nak masuk angin, bukan perut dia. Yang sibuk sangat tu kenapa? Sifat degilku bukan mudah untuk dilenturkan. Apatah lagi jika melibatkan bekas suamiku itu, lagilah menjadi keras kepalaku. Aku tetap berkeras tidak mahu makan. Aku berikan alasan yang aku kenyang. Mungkin ibu dan abah malas mahu memujuk lagi, lantas mereka terus berlalu untuk mengambil makanan. Hai, termenung jauh nampak! Aku mencebikkan bibir. Walaupun mataku masih menghala keluar, tetapi aku sudah tahu gerangan empunya suara itu. Makin menyampah aku dibuatnya. Ni, air yang Ifa pesan. Yusrizal menghulurkan gelas berisi minuman kepadaku. Tanpa memandang wajahnya, aku terus mencapai gelas itu dan menghirup airnya. Tidak aku peduli pada mata nakal Yusrizal yang memerhati tingkah lakuku. Yang aku tahu, tekakku harus dibasahkan. Aku memang dahaga saat itu. Selepas separuh gelas teh ais aku hirup, barulah aku melepaskan straw dari bibirku. Lega rasanya. Terasa sejuk sikit badanku ini. Barulah senang hati. Namun kesenangan

119

Antara Benci dan Rindu

itu sedikit terganggu apabila terperasankan mata Yurizal yang masih tidak sedikit pun beralih dari wajahku ini. Kenapa pandang saya macam tu? tanyaku, tidak puas hati. Lain macam saja cara lelaki ini pandang aku. Tibatiba otakku berfikir kemungkinan Yusrizal telah mengenakanku. Jangan-jangan dia dah letak ubat tidur kat dalam air ni? Tak pun dia dah pukau aku dengan air ni? Lagipun aku bukan minta dia yang belikan air ini, tetapi abah. Kenapa dia pula yang bawakan minuman untuk aku. Mana abah? Aku pun satu, terus saja minum tanpa berfikir panjang. Kalau betullah dia dah letakkan something kat dalam air ni, maknanya aku sudah terlambat untuk mengelak. Mengutuk abanglah tu. Yusrizal serkap jarang. Tetapi nampaknya serkap jarang lelaki itu mengena pula. Yang awak pandang saya macam tu, kenapa? Jangan-jangan awak dah masukkan ubat tidur kat dalam air ni. Tu yang awak pandang saya macam tu, nak tengok ubat tu berkesan ke tak. Kata-kataku disambut oleh ilai ketawa Yusrizal. Tetapi masih lagi dalam nada yang kurasakan agak slow. Sampai macam tu sekali prasangka Ifa terhadap abang? Sayang, tak adanya abang nak buat benda-benda tak berfaedah tu. Buang masa aje. Habis, mana abah? Kan saya minta abah yang belikan, bukan awak! Abah yang minta abang bawakan kat Ifa, terangnya. Yalah, tapi mana abah? Takkan lama sangat pilih makanan?

120

Ida Farisya

Mataku melilau mencari kelibat abah dan ibu. Tetapi tidak pula aku nampak kelibat mereka berdua. Ke mana mereka pergi? Abah dan ibu dah nak habis makan pun, ujarnya sambil memuncungkan bibir ke arah meja makan yang terletak di sudut belakang restoran itu. Aku pantas mengalihkan pandanganku ke situ. Alangkah terkejutnya aku apabila menangkap kelibat mereka. Benar kata Yusrizal. Abah dan ibu sudah hampir selesai makan. Maknanya mereka memang sengaja membiarkan aku di sini bersama lelaki ini. Tiba-tiba saja aku merasakan ada gunung berapi yang bakal meletus. Sampai hati abah dan ibu buat macam ni. Kalau aku tahu lebih awal ini yang bakal mereka lakukan, sudah tentu aku pulang dulu. Menyakitkan hati aje! omelku di dalam hati. Dah, tak payah nak buat muka macam tu. Tak baik tau marahkan orang tua, tegur Yusrizal. Eleh, nak tunjuk baik konon! Tapi bila difikirkan ada benarnya juga. Berdosanya aku kerana marahkan ibu dan abah. Dengan jelas pulak tu, aku tunjukkan kemarahanku itu. Malu pula aku dengan Yusrizal. Saya nak baliklah, beritahuku dan terus mencapai handphone dan dompetku. Yusrizal yang baru menjamah makanan, sedikit terkejut. Eh, takkan dah nak balik. Abang makan pun tak habis lagi. Nanti ibu nak balik dengan siapa? tanyanya dengan suara yang agak cemas. Ada saya peduli awak dah habis makan ke belum?

121

Antara Benci dan Rindu

Pasal ibu, awak tak payah nak risaukan. Abah boleh hantarkan. Tak pun apa kata awak buat amal jariah sikit. Tolong hantarkan ibu balik ek, kataku selamba dan beruraura hendak bangun. Tetapi nampaknya Yurizal lebih pantas. Tanganku digenggamnya kuat. Tanda tidak membenarkan aku berganjak dari tempat duduk. Eh, apa pegang-pegang ni? Lepaslah! marahku sambil cuba melepaskan genggaman tangan sasa itu. Abang akan lepaskan, tapi sebelum tu sayang kena janji yang sayang akan temankan abang makan, ugutnya. Aku mengetap bibir tanda tidak puas hati. Ah, lelaki ini penuh dengan ugutan. Aku masih cuba melepaskan genggaman tangannya. Tidakku peduli kepada ugutannya itu kerana aku yakin jika aku berusaha pasti akan berjaya. Boleh pakai ke pepatah saat macam ni? Ah, lantaklah. Yang penting tanganku harus dilepaskan. Isy, lepaslah. Sakit tahu tak? Tangan dahlah macam gorilla! Sempat lagi aku mengutuk tangannya itu. Yusrizal melepaskan tawanya apabila mendengar kata-kataku itu. Kuat pulak tu. Merona wajahku apabila para pengunjung restoran yang duduk berdekatan dengan kami mula hilang minat terhadap makanan mereka kerana mungkin merasakan apa yang berlaku di depan mata mereka saat ini lebih menarik perhatian. Eh, awak tak malu ke... semua orang dah tengoklah! Biarlah orang tengok. Abang peduli apa. Kalau Ifa tetap berdegil, abang tak kisah kalau kita perlu begini sampai esok pagi! ugutnya lagi.

122

Ida Farisya

Tak boleh jadi ni! bentak aku dalam hati. Sudah penat aku mencuba tetapi masih tidak menampakkan hasil. Lenganku sudah berbirat dikerjakan dek manusia bertangan gorilla ni. Peminat-peminat drama sebabak yang aku persembahkan dengan Yurizal saat ini semakin bertambah. Malu tak usah dicakap. Kalaulah ada student aku kat sini, memang kes niaya. Heboh satu UUM nanti, pensyarah fakulti perakaunan main tarik tangan dengan lelaki! Abah, ibu tolong Ifa!!! Mataku pantas mencari ibu dan abah. Pandangan penuh mengharap aku lemparkan buat mereka. Berharap mereka sudi menghentikan perbuatan tidak berakal Yusrizal ini. Dari jauh dapat kulihat riak kerisauan di wajah ibu. Mungkin risau sekiranya Yusrizal melakukan perkara-perkara yang tidak baik terhadapku. Tahu pun risau! Tetapi tinggalkan aku berdua-dua dengan lelaki sewel ni, tak risau pulak. Aku alih pandangan buat abah pula. Abah tersenyum melihatku. Ah, abah! Waktu gawat macam ni pun boleh senyum lagi. Tetapi senyuman abah disusuli dengan anggukan pula. Apa erti anggukan itu? Aku kurang mengerti. Abah seakan memahami kerutan di dahiku ini. Lalu abah memberikan isyarat mulut dan tangan terhadapku. Barulah aku mengerti. Rupa-rupanya abah mahu aku duduk semula. Ah, tidak! Aku takkan ikut kehendak lelaki ini. Tetapi kalau aku tak turutkan, aku juga yang bakal malu. Makin ramai pula peminatku nanti. Alamak, tak boleh jadi ni! Pengurus restoran pun dah menjeling semacam ni. Malunya! Lalu tanpa berfikir panjang aku kembali duduk di hadapan Yusrizal. Lelaki itu lantas tersenyum senang. Mungkin merasakan kemenangan di pihaknya. Aku menjeling

123

Antara Benci dan Rindu

tajam. Tak apa, hari ni hari kau! Hari aku belum sampai lagi. Sampai hari aku nanti, tahulah kau! cemuhku di dalam hati. Helo, saya dah duduk, kan? So, boleh tak lepaskan tangan saya ni? Okey! ujar lelaki itu. Masih tersenyum. Langsung tiada riak bersalah di wajahnya kerana telah memalukan aku. Ah, dasar lelaki muka tembok! Rasa macam tak nak lepas. Seronok pulak! Aku menjegilkan mata. Dia tertawa lucu dengan tingkah lakuku itu. Kemudian dia kembali menjamah makanannya. Aduh, sakitnya tanganku ini. Merahnya! Berbirat pulak tu! Alamak, berapa hari nak hilang ni? Sakitnya hati. Kalau diikutkan mahu aku cekik saja lelaki ini biar mati. Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang. Kenapa? Sakit ke? Yusrizal bertanya tiba-tiba. Mungkin dia perasan riak wajahku yang berkerut-kerut sambil menggosok lenganku yang digenggamnya tadi. Tak adalah, sedap sangat... jawabku dengan nada ceria yang dibuat-buat. Sudah nampak muka kita berkerut ditanya lagi. Apa dia ingat tangan dia tu lembut macam perempuan? Nanti hilanglah tu. Sakit sekejap aje, ujar Yusrizal lebih kepada memujuk. Senang aja cakap, bukan dia yang rasa, tapi aku! Ifa... panggil Yuzrizal apabila aku tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap kata-katanya tadi. Aku memandangnya sekilas. Kemudian kembali menumpukan perhatian pada lenganku yang berbirat kemerahan itu.

124

Ida Farisya

Ifa...! panggilnya sekali lagi. Kali ini suaranya kedengaran keras sedikit. Mungkin marah kerana aku tidak mengendahkannya. Boleh tak cepat sikit makan tu. Kalau macam nilah cara awak makan, sampai bila-bila pun tak luak nasi tu. Saya nak balik ni! Pantas aku memintas percakapannya. Malas mahu mendengar butir bicaranya yang lebih kepada perkaraperkara yang tidak berfaedah itu. Wajah Yusrizal sedikit berubah dengan kata-kataku itu. Namun, dengan perlahan-lahan dia kembali menyambung semula makan. Tiada lagi suara yang kedengaran selepas itu. Sehinggalah dia selesai makan. Aku menarik nafas lega. Bermakna aku sudah boleh pulang ke rumah. Cepat saja aku mengemas barang-barangku. Bersedia untuk pulang. Nak ke mana tu? Abang belum habis bercakap dengan Ifa lagi ni. Apa lagi? Saya nak baliklah. Ibu dengan abah mesti dah lama tunggu! Ibu dan abah agaknya dah sampai rumah dah pun! What? Aku pantas mengangkat wajah. Yusrizal hanya tersenyum sambil mengalihkan pandangan ke arah tempat yang diduduki oleh abah dan ibu tadi. Aku juga pantas memusingkan wajahku ke belakang. Benar seperti yang dikatakan oleh Yusrizal. Meja makan yang diduduki oleh ibu dan abah sudah kosong. Bertambah kecewa aku diperlakukan sebegitu. Kenapa ibu dan abah pulang tidak maklumkan kepada aku dulu? Kenapa tinggalkan aku begini? Sakitnya hati! Memang dah meletup ni! Jangan marahkan mereka. Abang yang suruh ibu dan abah pulang dulu. Abang ada perkara nak cakapkan

125

Antara Benci dan Rindu

dengan Ifa. Nak minta tolong sebenarnya, terang Yusrizal dengan nada lembut. Pandailah, nak minta tolong suara lembut bukan main. Hai, Yusrizal... kalaulah kau bersuara lembut begini dahulu, mungkin bukan layanan yang sebegini aku persembahkan padamu. Biarpun kau tidak mencintai aku, tetapi aku tidak kisah kerana layanan sebegini sudah mencukupi buatku. Awak nak minta tolong apa? Cepatlah! Aku mula berkompromi. Malas lagi hendak bergaduh. Hanya menambahkan kedutan di wajahku ini. Cepat tua kata orang tua jika selalu marah-marah. Walaupun ternyata aku bukanlah muda remaja lagi. Hujung minggu ni kompeni abang ada buat annual dinner. Jadi abang nak ajak Ifa temankan abang, boleh tak? What? Temankan awak? Tak naklah! Pantas saja aku memberikan jawapan tanpa berfikir dahulu. Memang mustahil aku menemankan lelaki itu ke majlis-majlis seperti itu. Alah Ifa, please... abang tak tahu nak ajak siapa. Abang bukan kenal sesiapa pun kat sini, melainkan Ifa sorang... rengek Yusrizal dengan wajah kasihannya. Aku menjeling. Geli pula apabila Yusrizal merengek macam tu! Ooo... maknanya kalau ada orang yang awak kenal, awak takkan ajak sayalah. Macam tu? Kalau macam tu, saya dengan senang hatinya offer kawan-kawan saya yang masih single, kalau awak nak, kataku dengan nada terkilan. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku perlu berasa terkilan apabila Yusrizal berkata begitu. Perasaan aku pada waktu itu

126

Ida Farisya

seperti mengkehendaki supaya Yusrizal mengajak aku kerana dia sememangnya mahu aku menemankannya. No! Jangan salah anggap sayang. Bukan begitu maksud abang. Kalau boleh memang abang nak Ifa yang temankan abang. Ifa masih ingat dulu, masa kita masih suami isteri? Abang tak pernah bawa Ifa, kan? Tapi abang bawa Anne, Ifa ingat tak? Serta-merta wajahku berubah. Terasa ada air mata yang bergenang apabila aku ingat peristiwa itu. Sebak mencengkam jiwa. Pantas aku alihkan wajah daripada pandangan Yusrizal. Abang tahu Ifa terluka malam tu. Hati abang tersentuh bila abang balik, abang tengok Ifa tertidur kat sofa dengan pakaian yang mama belikan untuk dinner malam tu. Ifa tunggu abang ambil Ifa, kan? Abang... Cukup! Saya tak nak dengar! Serentak dengan itu air mataku menderu laju menuruni pipi. Cepat juga aku mengesatnya. Aku tidak mampu mengawal kesedihan tatkala mengenangkan peristiwa itu. Hilang maluku saat ini. Yusrizal pula kelihatan tergamam apabila melihat aku menangis. Ifa, abang... abang tak bermaksud nak lukakan hati Ifa. Oh, no! What have I done? Ifa, please... jangan menangis, pujuk Yusrizal. Namun itu belum cukup untuk menenangkan perasaan aku. Makin banyak pula air mataku mengalir. Sudah lama aku tidak menangis. Hari ini seakan-akan luahan perasaan buatku. Di depan Yusrizal pulak tu! Ifa, abang minta maaf kalau abang dah buat Ifa terluka. Abang tak bermaksud macam tu... pujuk Yusrizal lagi.

127

Antara Benci dan Rindu

Saya nak balik! Aku terus bangun dan berlalu dari situ. Tidak berpaling ke belakang lagi. Yusrizal juga tidak menghalang aku lagi. Aku malu sebenarnya. Menjatuhkan air mata di depannya memang tidak aku duga. Daripada dulu lagi aku memang tidak akan sesekali menangis di hadapannya, kecuali kalau aku benarbenar terluka. Tetapi itu jarang sekali berlaku. Tetapi kenapa hari ini mudah benar air mataku jatuh?

128

Ida Farisya

Bab 10
ANTIKNYA! Gaun malam berwarna biru muda yang mama tunjukkan padaku benar-benar membuatkan aku teruja. Dengan fabrik shiffon yang telah dialas di bahagian dalam baju dan labuci bertaburan di bahagian dada, benar-benar menaikkan seri gaun itu. Ditambah pula dengan jahitan manik di tepi kain, sudah cukup membuatkan aku tidak berkelip mata. Keinginan untuk memiliki gaun itu juga begitu memuncak. Tetapi aku segera lupakan keinginanku itu apabila mataku tertancap pada tanda harga yang tergantung. RM700.00? Fuh! Mahal giler! Dengan duit sebanyak itu boleh menampung hidupku selama sebulan. Tidak sanggup rasanya hendak aku habiskan dalam masa sehari. Cantikkan Ifa? Cubalah... manalah tahu kalau sesuai dengan Ifa. Eh, tak perlulah mama. Sesuai tu Ifa rasa... memang sesuai. Tapi yang tak sesuai sekarang ni duit aje, ujarku dengan nada bergurau. Aku tertawa kecil dengan katakataku sendiri.

129

Antara Benci dan Rindu

Ketika itu kami sedang berada di sebuah butik yang agak terkenal di kalangan orang-orang ternama seperti mama. Malam esok mama akan menghadiri jamuan tahunan AMA Holdings bersama papa. Jadi hari ini mama telah meminta aku menemaninya untuk mengambil baju yang telah ditempah sebulan lalu untuk dipakai pada malam itu. Butik inilah yang menjadi tempat mama dan rakan-rakan mama menempah pakaian. Kata mama, pilihan di sini memang banyak. Selain mempunyai pakar perunding fesyen yang berpengalaman, mereka juga sangat menitikberatkan kepuasan pelanggan. Itulah yang menyebabkan mama menjadi salah seorang pelanggan tetap di sini. Isy... yang tu jangan difikirkan sangat. Kalau difikirkan memang sampai bila-bila pun tak ada peluang kita nak bergaya dengan baju-baju cantik. Dah, pergi cuba saja. Cantik tu! Tak perlulah mama. Membazir aja. Lagipun Ifa nak buat apa dengan baju tu. Nak pakai pergi kerja pun macam melampau sangat, bantahku, lembut. Tidak mahu menggores perasaan ibu mentuaku itu. La, esokkan annual dinner kompeni kita. Bolehlah pakai esok. Takkan nak pakai baju lama kut. Ifa tu salah seorang isteri ahli board of directors. So, kenalah bergaya sikit. Ifa tak pergilah mama, beritahuku. Eh, takkan Ifa tak pergi? Kan ke Rizal pergi esok? Takkan nak biarkan Rizal pergi sorang-sorang? Suamiku pergi? Tapi kenapa dia tak cakap apa-apa pun? Sebelum ini aku ingatkan suamiku itu tidak turut serta. Nak jawab apa kat mama ni? Memang nampak peliklah kalau Yusrizal pergi tanpa aku, kerana aku ini isterinya. Sebagai

130

Ida Farisya

salah seorang ahli lembaga pengarah, sudah semestinya agak janggal sekiranya dia pergi berseorangan. Dah, tak payah nak buat muka macam tu. Sekarang ni Ifa pergi cuba baju tu. Kita tengok sesuai ke tak? Ifa kena pergi majlis tu esok, tahu? Alamak, mama sudah mengeluarkan arahan. Bermakna aku sudah tidak punya pilihan lain. Mama pula sudah memanggil pekerja di butik itu dan menyuruhnya menurunkan gaun tersebut. Aku sudah tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menurut perintah. Isy... nampak seksi pula baju ni! bisikku sendirian di hadapan cermin. Sudah hampir sepuluh minit aku berada di dalam fitting room yang telah disediakan di butik itu. Enggan keluar kerana malu. Gaun ini memang cantik tetapi kelihatan agak seksi. Tidak pernah aku memakai gaun yang secantik ini. Selama ini hanya baju kurung yang menjadi pakaianku. Kalau berseluar pun aku akan pastikan seluar yang kupakai itu bersaiz L. Manakala blaus pula, akan kupastikan juga bersaiz L, iaitu jauh lebih besar daripada saiz tubuhku yang lebih kecil. Bagiku, ia lebih selesa. Sedangkan baju ini pula lebih mengikut bentuk tubuh. Terserlahlah bentuk tubuhku yang sebenarnya dengan gaun ini. Walaupun tiada seinci tubuhku yang terdedah, tetapi aku masih berasa malu kerana tidak biasa. Ifa, dah ke belum? Ketukan di muka pintu bilik persalinan itu memeranjatkan aku yang sedang kalut sendiri. Kejap mama. Ifa nak keluarlah ni! laungku dari dalam. Aduh, apa-apa pun aku mesti keluar. Kasihan mama yang sudah lama menunggu. Lalu, dengan berat hati aku melangkah keluar selepas meletakkan tudung di kepala.

131

Antara Benci dan Rindu

Sekadar menutup rambutku yang terdedah. Takut juga sekiranya ada pengunjung lelaki di situ. Free saja mengumpul dosa. Dosa besar pulak tu! Amboi, cantiknya menantu mama, kata mama sebaik saja aku keluar dari fitting room. Kedua-dua belah tangan mama mencapai bahuku lalu ditilik setiap inci tubuhku. Merona wajahku apabila dipuji sebegitu. Apatah lagi apabila aku menyedari kehadiran dua pembantu butik di situ. Mereka tersenyum melihatku. Entah untuk apa mereka tersenyum aku sendiri tidak mengerti. Cantiklah Ifa. Padan sangat dengan Ifa. Kalau Ifa pakai ni memang tak berkelip mata Rizal nanti. Kita beli ya? Tapi mahal sangat la ma. Sayang rasanya nak keluarkan RM700.00 untuk beli baju ni! Aku cuba berkompromi dengan mama. Berharap agar mama faham dengan apa yang aku fikirkan. Gajiku sebagai account executive tidak seberapa. Walaupun hakikatnya aku punya suami yang kaya-raya, tetapi ia tetap tidak merubah kehidupanku. Nampak saja tinggal di rumah mewah, tetapi kehidupanku tidak semewah dan sebahagia yang difikirkan. Boleh dikatakan hampir keseluruhan barang dapur aku yang sediakan dengan menggunakan duit aku sendiri. Yusrizal jarang sekali memberikan aku duit untuk berbelanja seperti lazim yang dilakukan oleh seorang suami. Sementelah pula dia jarang menyentuh barang-barang yang aku beli dan hidangan yang aku sediakan. Kebiasaannya, aku hanya memasak untuk diriku sendiri. Mungkin itulah yang difikirkan oleh lelaki itu. Untuk apa dia memberikan aku duit sekiranya dia langsung tidak memakannya. Lelaki itu hanya akan memberikan aku duit

132

Ida Farisya

sekiranya dia terniat untuk berbuat demikian. Dan selalunya dia tidak akan memberikannya secara langsung kepadaku. Dia hanya akan meninggalkan di atas meja makan bersama satu nota kecil yang menyatakan itu adalah untuk perbelanjaan harianku. Begitulah seksanya kehidupanku bersama Yusrizal. Dia bukan sahaja menyeksa aku secara zahir tetapi juga batin. Alah, tak payah nak kasi alasan kat mama. Kita beli aja gaun ni. Mama belanja! Terkejut aku dengan kata-kata mama itu. Masakan mama hendak belikan gaun itu untukku. Ah, segannya. Bukannya murah pulak tu. Nanti apa pula kata Yusrizal dan papa? Eh, tak payahlah susah-susah mama. Okeylah... Ifa beli. Biar Ifa yang bayar sendiri. Dah, tak payah nak mengada-ada. Mama belanja! Sekarang Ifa pergi salin baju ni, arah mama dengan suara tegasnya. Kecut aku dibuatnya. Baru pertama kali aku melihat wajah mama segarang ini. Patutlah Nisa mengatakan yang mamanya juga seorang yang garang dalam kelembutannya itu. Hari ini baru aku dapat melihatnya. Suprise! Suprise! Selesai urusan mama, dia mengikut aku pulang ke rumah. Risau juga aku sekiranya mama bertanya ke mana anak lelakinya itu. Jawapan apa yang harus aku berikan kerana hari cuti begini selalunya Yusrizal akan menghabiskan masa dengan kekasih kesayangannya. Lelaki itu jarang sekali melekat di rumah. Nampaknya aku terpaksa menipu lagi. Hai, banyak sungguh penipuan yang telah aku lakukan semenjak berkahwin dengannya.

133

Antara Benci dan Rindu

Namun, aku sedikit hairan apabila sampai di rumah, kereta milik Yusrizal ada terparkir di porch. Hairan juga aku. Yusrizal tak keluarkah hari ni? Selamat aku daripada soalan mama dan yang pastinya aku tidak perlu menipu lagi. Masuklah mama. Rumah semak sikit. Ifa tak sempat nak mengemas hari ni. Sopan aku menjemput mama masuk ke dalam rumah. Semak apa macam ni Ifa. Cantik aje mama tengok. Pandai Ifa hias rumah. Nampak ringkas tapi cantik, puji mama sambil matanya galak meliar ke sekeliling rumah. Seperti pengkritik pula aku melihatnya. Segan pula aku dengan mama. Walaupun sudah berusia tetapi tenaga mama masih utuh. Boleh dikatakan keseluruhan hiasan dalam rumahnya dan landskap luar adalah kerja mama. Mama memang meminati bidang hiasan dalaman dan mempunyai ijazah dalam bidang itu. Tetapi minatnya hanya direalisasikan ke atas rumahnya sahaja kerana papa tidak membenarkan mama bekerja. Betul juga bila aku fikirkan tindakan papa. Untuk apa mama bekerja sedangkan harta yang papa kumpul memang tidak habis dimakan. Rizal mana ni, Ifa? Ada kat atas kut. Ifa pergi tengok. Tidurlah tu! gumam mama. Aku hanya tersenyum. Mama duduklah dulu, ek. Ifa pergi kejutkan abang kejap. Mama mengangguk. Aku mula mendaki anak tangga menuju ke bilik Yusrizal. Gentar juga hatiku untuk memasuki biliknya. Selama ini Yusrizal memang melarang

134

Ida Farisya

keras aku menjejakkan kaki ke bilik itu. Tetapi untuk hari ini aku terpaksa melanggar larangannya. Aku mengetuk pintu bilik Yusrizal perlahan. Takut didengari mama. Hairan pula orang tua itu nanti. Masakan hendak masuk ke bilik sendiri pun perlu ketuk dahulu. Tiada balasan! Selepas berfikir panjang aku memulas tombol pintu biliknya lalu menjengah ke dalam. Benar seperti yang dikata mama, Yusrizal kelihatan enak berselubung. Dia masih belum bangun tidur sedari pagi lagi. Mata mestilah mengantuk kalau hampir subuh baru nampak batang hidungnya. Abang... panggilku perlahan. Takut pula kalaukalau memeranjatnya lelaki itu. Abang...! Sekali lagi aku memanggil. Namun masih tiada balasan. Alah, liatnya nak bangun. Apa yang harus aku lakukan? Teragak-agak aku hendak menyentuhnya. Tetapi jalan apa yang ada? Abang...! panggilku bersama goncangan lembut di bahunya. Perlahan-lahan Yusrizal membukakan mata. Kelihatan payah benar suamiku hendak memfokuskan pandangan. Sedangkan aku sudah gementar di dada menanti reaksinya apabila melihat aku nanti. Seperti yang aku jangkakan. Pantas Yusrizal bangun. Matanya tajam merenungku. Aku terus menunduk. Tidak berani menentang pandangannya. Tambahan pula dia tidak berbaju. Hanya berseluar pendek. Malu aku melihatnya. Kenapa kau masuk bilik aku ni? Kan aku dah cakap, jangan masuk bilik aku. Kau tak faham ke? Bergegar tubuhku mendengar suaranya yang lantang itu. Hilang kata-kata yang telah aku hafal tadi. Apesal kau diam?

135

Antara Benci dan Rindu

Se.. se.. be.. benarnya mama abang datang. Mama ada kat bawah. Ifa dah ketuk pintu tadi, tapi abang tak dengar. What? Mama datang? Pantas saja Yusrizal melompat dari katil. Kenapa kau tak cakap awal-awal? Membulat mataku melihat gelagat Yusrizal yang kelam-kabut itu. Laju saja kakinya melangkah ke bilik air selepas mencapai tuala. Terpinga-pinga aku dengan gelagat Yusrizal. Namun beberapa saat kemudian dia keluar semula. Aku nak kau bawa apa-apa yang patut barang kau masuk ke dalam bilik ni. Lepas tu kau kunci pintu bilik kau. Aku tak nak mama tahu yang kita duduk bilik berasingan. Lagi satu kemas katil ni. Aku nak mandi. Selesai menyampaikan amanat kepadaku dia kembali semula ke dalam bilik air. Aku pula tidak menunggu lama. Pantas kakiku menuju ke bilikku dan mencapai apa yang patut bagi memindahkannya ke bilik Yusrizal. Selepas mengemas katil Yusrizal, aku turun mendapatkan mama. Kasihan mama terpaksa menunggu lama. Hah, mana Rizal? Dah bangun belum? tanya mama. Kejap lagi abang turun. Dia tengah mandi, beritahuku. La, baru nak mandi? Isy, apalah nak jadi dengan budak tu! Tak berubah perangai walaupun dah kahwin. Kamu nasihatlah sikit suami kamu tu. Jangan dibiarkan sangat. Jangan sampai dia ingat kamu tak kisah, nanti lagi menjadi perangainya. Zaman bujang dulu bolehlah. Tapi sekarang dah ada isteri. Buat cara dah ada isteri. Bukan sesuka hati aje nak bangun ke tak nak bangun, leter mama. Aku hanya tersenyum mendengar bebelan mama.

136

Ida Farisya

Yalah, nanti Ifa nasihatlah abang tu. Lagipun kami baru kahwin ma. Mungkin abang dah biasa macam tu. Tak biasa lagi hidup berumah tangga ni, ujarku membela Yusrizal. Terpaksalah aku cakap begitu. Takkanlah aku hendak join mama mengutuk suamiku. Nampak sangatlah nanti yang aku juga tidak menyenangi sikapnya yang satu itu. Eh, buka satu... tapi banyak!!! Mama duduklah dulu. Ifa nak ke dapur buat air. Kesian mama terpaksa tunggu lama. Mesti dahaga. Mama hanya mengangguk. Aku menuju ke dapur lalu menyediakan minuman untuk kami bertiga. Nescafe susu menjadi pilihanku kerana kedua-dua beranak itu memang sangat gemarkan minuman itu. Selepas siap aku menatang dulang yang berisi air dan sedikit kuih-muih ke ruang tamu. Minumlah mama. Ni ajelah yang ada. Ifa tak sempat nak beli barang-barang dapur lagi. Yalah... kata mama lalu mencapai cawan dan mencicip sedikit minuman yang aku sediakan. Dalam masa yang sama Yusrizal melangkah turun. Terus saja lelaki itu mendapatkan mamanya. Dicium tangan dan pipi wanita itu. Mama kelihatan gembira dengan perbuatan anaknya itu. Dah lama sampai ma? tanya Yusrizal. Hmmm... dah nak balik pun, ujar mama. Nadanya seperti sedikit merajuk. Alah, sorrylah ma. Rizal mengantuk sangat. Ada kerja yang perlu Rizal selesaikan semalam. Lepas subuh baru Rizal tidur, bohong Yusrizal. Mungkin untuk menyedapkan

137

Antara Benci dan Rindu

hati wanita itu. Sedangkan aku isterinya lebih tahu hakikat sebenarnya. Namun aku sedikit tersentak apabila suamiku itu melabuhkan punggung di sebelahku. Begitu hampir sehingga menghilangkan jarak antara tubuhku dan tubuhnya. Itu semua menjadikan aku tidak selesa. Maklumlah, sebelum ini tidak pernah pun dia menyentuhku, apatah lagi hendak duduk berdua serapat ini. Memang mustahil! Yalah... kata mama sekadar menerima alasan anak lelakinya itu. Minumlah bang, pelawaku kepada Yusrizal. Suamiku itu menganggukkan kepala sambil menghadiahkan senyuman manis buatku. Hatiku sedikit terusik dengan senyuman itu. Kacaknya dia. Tangan yang memegang cawan terasa sedikit bergegar. Nasib baik Yusrizal cepat mengambilnya dari tanganku. Kalau tidak mungkin mama akan perasaan rasa gementarku itu. Tadi sayang pergi beli apa dengan mama? Gulp! Sayang? Terasa tidak tertelan kuih yang baru kujamah. Suaranya lembut dan romantik sekali. Kukira panggilan sayang itu sudah tidak mungkin kudengar tetapi nampaknya hari ini aku telah diberi peluang untuk mendengarnya. Beli baju. Tapi mama yang belikan untuk Ifa, jawabku perlahan. Beli baju? Terangkat sedikit kening Yusrizal. Haah, Rizal. Cantik sangat Ifa bila pakai baju tu. Sebab tu mama belikan untuk dia. Rizal nak tengok? Mana Ifa baju yang kita beli tu? Errr... ada kat sana, jawabku sambil menunjuk ke

138

Ida Farisya

arah meja makan yang penuh dengan beg kertas di hujung ruang tamu yang luas itu. Pergilah ambil. Kasi Rizal tengok. Errr... tak payahlah kut, bantahku lembut. La... apa pula tak payah. Kasilah suami kamu ni tengok. Apa yang nak dimalukan? Haah... sayang. Biarlah abang tengok, betul ke cantik baju tu. Aku tidak punya pilihan melainkan terpaksa membenarkan Yusrizal melihatnya. Emmm... cantiknya! puji Yusrizal. Tapi sayang nak pakai ke mana dengan baju cantik macam ni? tanya Yusrizal lagi dengan muka pelik. La... tanya pula Rizal ni. Ke majlis esoklah. Rizal tak pergi ke? Mama tanya Ifa tadi, dia cakap dia tak pergi. Aku melontarkan pandangan ke arah lelaki itu yang kelihatan sedikit gelisah. Eh, mestilah pergi. Abang lupa nak cakap dengan sayang. Nasib baik mama dah cakap. Esok majlis pukul lapan setengah. Ifa siaplah, nanti abang balik jemput Ifa sebab abang ada hal sikit dengan Syam petang esok. Beritahu suamiku. Hatiku girang tidak terkata. Nampaknya Yusrizal sekadar terlupa. Kufikir lelaki itu memang tidak mahu mengajakku.

139

Antara Benci dan Rindu

SEAWAL pukul lima petang aku sudah memastikan segalagalanya tersedia. Pakaianku sudah digosok. Alatan mekapku juga sudah tersedia. Tinggal untuk dipakai sahaja. Terasa tidak sabar pula hendak menggayakan pakaian yang dibeli oleh mama untukku pada majlis malam ini. Apatah lagi aku bakal berjalan beriringan dengan suamiku pula. Alangkah indahnya. Aku akan pastikan penampilanku sedikit berbeza malam ini. Biar dapat mencuri sedikit tumpuan Yusrizal. Yusrizal sedari pagi lagi sudah keluar rumah bersama beg kecil. Apa pula yang berada di dalam beg itu tidak pula aku ambil tahu. Mungkin dia pergi berjumpa dengan Syam seperti yang dia beritahuku semalam. Namun, sehingga pukul sembilan malam, batang hidung suamiku langsung tidak kelihatan. Aku mula gelisah. Pada fikiranku, tentu majlis sudah bermula. Mana pergi suamiku ini? Ah... mungkin dia ada hal kut? bisikku sekadar untuk menyedapkan hati. Aku melabuhkan punggung di sofa sambil sesekali mataku menjengah keluar apabila terdengar bunyi enjin kereta menyusuri di depan rumahku. Tetapi aku hampa. Suamiku masih juga tidak kelihatan. Aku melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul sembilan lima belas minit malam. Aku terus-terusan melihat jam itu sehingga tidak sedar bila masa aku terlelap. Apabila aku sedar hari sudah pagi. Pantas aku bangun dan menjengah keluar. Kelihatan kereta Yusrizal elok sahaja terparkir di porch. Fahamlah aku kini dengan apa yang berlaku. Suamiku itu memang tidak berniat hendak membawaku ke majlis itu. Telahanku semakin kuat apabila menerima panggilan daripada mama. Kata mama, anak kesayangannya itu memberitahunya yang aku tidak sihat dan tidak dapat menghadiri majlis itu.

140

Ida Farisya

Aku tidak punya pilihan melainkan mengiakan saja kata-kata Yusrizal itu. Tetapi hatiku pedih apabila mama memberitahu ada seorang wanita menemani Yursizal pada malam itu. Kata mama wanita itu adalah client syarikat. Sedangkan firasat aku lebih kuat mengatakan itu adalah Anne. Hancur luluh hatiku saat itu. Air mata membasahi pipiku. Sedarlah aku akan kedudukanku di sisi Yusrizal sekarang. Aku ibarat patung yang tidak bernyawa bagi dirinya. Air mata yang mengalir aku kesat apabila terdengar ketukan di pintu bilik tidurku. Hilang berterbangan semua ingatanku pada kenangan yang perit itu. Aku terfikir untuk apa aku mengingatinya lagi, sedangkan kutahu ia hanya akan mengundang air mataku. Tetapi walau kucuba untuk melupakannya, ia tetap menjelma tanpa diundang. Seterusnya menambahkan perasaan benciku terhadap bekas suamiku itu. Ifa dah tidur ke? Terdengar suara ibu di luar bersama ketukan-ketukan kecil. Pantas aku bangun mendapatkan cermin, menilik sedikit mataku yang membengkak akibat terlalu lama menangis. Bedak Miyami aku capai dan menempek sedikit di wajah untuk menghilangkan kesuraman di wajahku ini. Kejap ibu! pekikku. Setelah memastikan semuanya berada dalam keadaan baik, barulah aku membuka pintu. Sememangnya dari tadi lagi aku mengunci pintu. Tidak mahu tertangkap oleh ibu dan abah dalam keadaan aku bersedih begini. Kerana aku tahu hati mereka akan terluka sekiranya melihat aku bersedih. Maklum sajalah hanya aku permata hati mereka. Ada apa bu? tanyaku setelah membuka pintu. Seboleh-bolehnya aku ingin berwajah ceria.

141

Antara Benci dan Rindu

Kenapa mata Ifa merah? tanya ibu, risau. Tangannya ramah menyentuh wajahku. Aku hanya tersenyum sumbing sambil menggeleng perlahan. Ifa ngantuklah, bu. Sebab tu mata merah. Ibu bukan tak tahu anak ibu ni, kalau mengantuk sangat sampai meleleh air mata, dalihku. Semetelah pula memang sifatku begitu. Kukira ibu pun sudah faham benar dengan sifatku yang satu ini. Mataku akan berair seperti orang menangis jika aku terlalu mengantuk. Dan ini kukira alasan yang amat munasabah buatku. Ibu menggeleng kepala sambil tersenyum. Kalau mengantuk, tidurlah. Jangan memaksa diri, kan dah merah mata tu? Esok nak pergi kerja dengan mata merah tu ke? Kang dah tak cantik anak ibu, ujar ibu lembut. Aku tersenyum manis membalas kata-kata ibu. Rasa bersalah semakin membukit apabila mendengar kata-kata ibu. Maafkan Ifa ibu, sebab menipu ibu. Ifa tak nak susahkan hati ibu dan abah. Kejap lagi Ifa tidurlah, ek? Emmm... ibu datang bilik Ifa ni ada apa-apa ke bu? Tak ada apa-apa. Ibu tengok bilik Ifa cerah tadi. Sebab tu ibu datang tengok, dah tidur ke belum anak ibu ni. Ooo... kejap lagi Ifa tidur. Sikit lagi, Ifa nak siapkan kerja Ifa tu. Ifa pun dah tak tahan... ngantuk dah ni, kataku. Ah, kerja apa sangatlah yang aku buat melainkan bersedih saja dari tadi. Yalah, cepat tidur ya. Nanti terlewat bangun pulak esok. Ibu pun nak masuk tidur ni, ujar ibu. Aku hanya mengangguk. Tetapi saat ibu ingin

142

Ida Farisya

berpaling, aku terperasankan sesuatu. Pantas tangan ibu kucapai. Ibu yang terkejut dengan perbuatanku itu mengerutkan dahi tidak mengerti. Kenapa, Ifa? Kenapa muka ibu pucat? Wajah ibu kuamati. Memang pucat sekali. Hairan pula aku sebab pagi tadi ibu kelihatan sihat sahaja. Tak ada apa-apalah... ibu cuma pening kepala aja. Dari petang tadi lagi berdenyut-denyut kepala ni. Sebab tu ibu ajak abah balik dulu tadi. Lagipun Rizal ada temankan Ifa. Dia pun suruh ibu dengan abah balik dulu lepas makan sebab tengok ibu macam dah tak tahan sangat, terang ibu. Oh, patutlah ibu dan abah tinggalkan aku dengan Yusrizal tadi. Aku ingatkan ibu dengan abah memang berniat untuk tinggalkan aku dengan lelaki itu. Berdosanya aku sebab terfikir yang bukan-bukan dengan orang tuaku tadi. Kenapa tak beritahu Ifa dulu tadi? Ibu memang saja minta Rizal jangan beritahu Ifa... sebab Rizal kata tadi ada benda yang nak dibincangkan dengan Ifa. Kalau beritahu, mesti Ifa nak ikut ibu balik, kan? Betul juga apa yang difikirkan ibu itu. Aku memang akan cepat risau. Apatah lagi kalau ia melibatkan orang tuaku. Dahlah, Ifa pergilah tidur. Nanti lewat pulak bangun esok. Kelas Ifa pukul lapan, kan? Tak usah nak risaukan ibu. Esok lepas bangun tidur, okeylah ni. Yalah, ibu pun rehat cukup-cukup. Muka ibu pucat sangat. Risau Ifa tengok. Yalah... ibu nak masuk tidurlah ni. Selamat malam sayang... ucap ibu kepadaku.

143

Antara Benci dan Rindu

Selamat malam, bu. Sepeninggalan ibu, aku kembali termenung di atas katil. Mataku langsung tidak mengantuk seperti yang aku katakan kepada ibu tadi. Itu semua hanya alasan semata. Hari ini adalah hari yang paling sedih buatku selepas aku kembali mendapatkan semangat diri yang hilang beberapa tahun yang dulu. Aku telah berazam untuk tidak bersedih lagi. Tetapi nampaknya aku telah melanggar azam aku itu. Ya Allah, hatiku tidak tenang sekali pada saat ini. Apa yang harus aku lakukan? Terfikir hendak mengerjakan solat sunat dua rakaat dan membaca al-Quran, aku uzur pula. Jadi apa yang harus aku lakukan? Lebih baik aku tidur. Mungkin pagi esok aku akan lebih tenang. Lalu, aku merebahkan diri di atas katil selepas menutup suis lampu dengan membiarkan cahaya lampu tidur menyimbahi ruang bilikku ini. Namun, baru sahaja aku hendak melelapkan mata, telefon bimbitku menjerit nyaring dengan tiba-tiba. Aku mengintai jam kecil di atas meja. Sudah menunjukkan pukul dua belas lima belas minit malam. Siapa pula yang menelefonku tengah-tengah malam begini? Lalu, tanpa membiarkan telefon itu menjerit lebih lama, aku mencapainya. Tertera nombor yang tidak kukenali di skrin. Dahiku berkerut tetapi panggilan itu tetap kujawab. Helo.... Helo, Ifa. Belum tidur lagi? Aku pantas mematikan talian apabila suara si pemanggil menyapa gegendang telingaku. Tidak mahu suara itu lebih lama menyapaku. Perasaan benci padanya hari ini begitu memuncak.

144

Ida Farisya

Beberapa saat kemudian telefon bimbitku kembali menjerit. Dan si pemanggil adalah orang yang sama. Laju sahaja tanganku menekan punat cancel. Tidak ingin aku menjawab panggilan daripada lelaki itu. Untuk apa dia menghubungi aku? Adakah hanya ingin menambah rasa sakit hatiku ini? Dan aku akan pastikan dia tidak akan berjaya. Kali ketiga telefon bimbitku berbunyi lagi, terus aku menukar modenya ke silent. Biarlah berapa kali telefon ini hendak berbunyi pun, pasti ia tidak akan menggangguku lagi kerana ia sudah aku bisukan. Biar padan dengan muka Yusrizal. Biar dia rasa sakitnya hati apabila tidak dipedulikan.

KEESOKAN harinya, apabila aku bangun, benda yang pertama yang aku cari sudah semestinya telefon bimbitku. Bukan untuk melihat berapa missed calls ataupun mesej yang telah ditinggalkan buatku semalam, tetapi untuk melihat pukul berapakah aku mencelikkan mata daripada mimpi-mimpi yang tidak berapa indahku semalam. Kadang-kadang aku terfikir, untuk apalah aku bersusah payah melihat jam di telefon bimbitku sedangkan jam kecil sudah tersedia di atas meja. Tetapi itulah kesan teknologi yang perlu aku akui keberkesanannya terhadap pengguna-pengguna seperti aku. Ternyata pengusaha-pengusaha telefon bimbit telah berjaya membuatkan telefon bimbit sebagai suatu aset yang sangat berharga pada masa sekarang. Tetapi nampaknya niatku terpaksa ditangguhkan buat sementara apabila mataku disapa beberapa perkataan di skrin telofon bimbitku.

145

Antara Benci dan Rindu

3 messages received 15 missed calls Fuh, banyaknya! Tak tidur ke Yusrizal semalam? Tak ada kerja agaknya melainkan mengacau aku. Pantas punat read aku tekan. Hendak juga aku lihat pesanan apakah yang lelaki itu tinggalkan untukku. Syg nape x jawab cal abg? Itulah mesej pertama Yusrizal. Sebab aku malas nak cakap dengan kaulah, bisikku sendirian. Menyakitkan hati saja. Mesej kedua aku buka dan kubaca. Syg dah tido ke? Mesej ketiga Yusrizal. Kulihat masa mesej itu diterima pada pukul satu lima puluh lima pagi? Isy... tak tidur ke mamat ni? Xpela kalo syg dah tido. Nite syg. N sori pasal td. Abg x brmaksud nk igtkn syg tntg peristiwa dlu. Truly sori. Luv u so much. Eiii... meremang pula aku rasa belakang tengkukku ini. Love you konon! Senang saja lelaki itu mengucapkan kata sayang.

146

Ida Farisya

Maklumlah, lelaki playboy seperti Yusrizal memang mudah menuturkan kata-kata sayang kerana bagi mereka ucapan itu tiada maknanya. Hanya untuk suka-suka. Tetapi bagi aku ucapan itu sangat bermakna. Ia melambangkan rasa cinta yang tidak terhingga kepada pasangan dan bukan untuk dibuat main seperti yang dilakukan Yusrizal. Dan aku tidak akan mudah percaya pada ucapan cinta yang dilafazkan oleh lelaki seperti Yusrizal. Tak mungkin! Selepas membuang semua mesej dari inbox, aku meletakkan telefon bimbitku di meja solek. Sempat juga aku meneliti mataku di cermin. Manalah tahu kalau-kalau mataku sembab pula pagi ini kerana menangis semalam. Aku menarik nafas lega kerana tangisanku semalam tidak meninggalkan kesan. Aku tersenyum di hadapan cermin. Terasa bodoh pula aku menangisi semua kenangan itu. Aku menangis, sedangkan mungkin Yusrizal sedang ketawa kesukaan kerana berjaya membuatkan aku menangis. Sudah tentu ia umpama kemenangan buat lelaki itu. Ah, untuk apa lagi aku memikirkan lelaki itu? Lebih baik aku mandi dan membersihkan diri. Selepas berpuas hati dengan penampilanku pagi ini, aku turun ke bawah. Sempat kulihat jam di tangan. Sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Aku perlu bertolak awal ke UUM hari ini kerana aku punya kelas tepat pukul lapan pagi. Hai, agak malang aku semester ini. Tidak seperti semester sebelumnya, kelasku setiap hari akan bermula pada pukul sepuluh pagi. Dapatlah aku menolong ibu apa yang patut dahulu sebelum bertolak ke UUM. Tapi tidak pada semester ini. Terutama sekali pada hari Ahad dan Rabu.

147

Antara Benci dan Rindu

Suatu perkara yang tidak dapat aku biasakan lagi apabila terpaksa bekerja pada hari Ahad. Kalau di negeri lain, hari inilah yang ditunggu-tunggu, tetapi tidak pada pekerjapekerja yang mencurahkan khidmat di negeri Kedah ini. Tetapi nasib baik jugalah aku bekerja sebagai pensyarah. Cutiku juga sudah semestinya lebih daripada pekerja-pekerja lain. Aku menuruni anak tangga untuk ke dapur. Tibatiba perasaan hairan melanda. Selalunya waktu-waktu begini ibu sudah sibuk di dapur. Aku yang berada di bilik tingkat atas pun akan terbau aroma masakan ibu. Tetapi untuk hari ini tiada pula aroma itu menyapa hidungku. Takkan ibu tak bangun lagi? Mustahillah! Abah yalah jugak. Sebab abah akan masuk pejabat pukul sembilan pagi. Tetapi itu tidak bermakna ibu juga perlu bangun lewat. Jarang sekali ibu berbuat begitu. Sebagai seorang isteri, ibu akan memastikan semuanya tersedia awal untuk suami dan anak tercinta. Aku tahu itu kerana aku juga pernah menjadi seorang isteri suatu ketika dahulu. Pantas aku mencari kelibat ibu. Tempat pertama tentulah di dapur. Tetapi tidak pula kelihatan ibu di situ. Ke mana pula ibu ni? Aku keluar dari ruangan dapur dan menuju ke ruang tamu pula. Manalah tahu kalau-kalau ibu ada di situ. Dan jantungku bagaikan berhenti berdegup apabila terpandang tubuh kaku ibu di situ. Terlepas beg berisi laptop di tanganku ini. Laju sahaja aku mendapat ibu lalu memangku kepalanya. Apa yang terjadi kepada laptopku itu aku tidak peduli. Apa yang lebih penting sekarang ialah ibu. Ibu, kenapa ni? Ibu bangun bu! panggilku bersama tangisan. Pipi ibu kutepuk berkali-kali. Tetapi ibu masih tidak juga tidak sedarkan diri.

148

Ida Farisya

Tidak pernah ibu pengsan begini. Hatiku dilanda kerisauan yang teramat. Ya Allah... janganlah apa-apa yang buruk berlaku pada ibuku. Ibu bangun bu, jangan buat Ifa takut bu.... Rayuku lagi. Tetapi tubuh ibu masih juga kaku. Abah!!!!

149

No. ISBN:- 978-967-5067-52-5 Jumlah muka surat: 548 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18 Sinopsis:Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu. Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain. Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan

Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal. Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya. COPYWRITING Aku benci zaman silamnya tapi aku rindu pada kasih sayangnya. Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, segera dapatkan ANTARA BENCI DAN RINDU di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Você também pode gostar

  • R[a]indu
    R[a]indu
    No Everand
    R[a]indu
    Ainda não há avaliações
  • Antara Benci Dan Rindu
    Antara Benci Dan Rindu
    Documento262 páginas
    Antara Benci Dan Rindu
    MUZRI
    50% (2)
  • Cinta 3 Sisi [Not English]
    Cinta 3 Sisi [Not English]
    No Everand
    Cinta 3 Sisi [Not English]
    Nota: 4.5 de 5 estrelas
    4.5/5 (21)
  • Doktor Cinta - PDF MUZRI
    Doktor Cinta - PDF MUZRI
    Documento327 páginas
    Doktor Cinta - PDF MUZRI
    Mimi Razali
    86% (7)
  • Danica
    Danica
    No Everand
    Danica
    Nota: 4 de 5 estrelas
    4/5 (6)
  • Akadku Yang Terakhir
    Akadku Yang Terakhir
    Documento126 páginas
    Akadku Yang Terakhir
    Penerbitan Kaki Novel
    96% (23)
  • London Boy
    London Boy
    No Everand
    London Boy
    Nota: 5 de 5 estrelas
    5/5 (2)
  • Sesuci Kasih Seorang Isteri Novel..
    Sesuci Kasih Seorang Isteri Novel..
    Documento164 páginas
    Sesuci Kasih Seorang Isteri Novel..
    nur_salleh_20
    Ainda não há avaliações
  • Love At The First Sight
    Love At The First Sight
    No Everand
    Love At The First Sight
    Nota: 3 de 5 estrelas
    3/5 (2)
  • Suamiku Kekasih Sahabatku
    Suamiku Kekasih Sahabatku
    Documento266 páginas
    Suamiku Kekasih Sahabatku
    Florarium id
    Ainda não há avaliações
  • Sesuci Kasih Seorang Isteri
    Sesuci Kasih Seorang Isteri
    Documento171 páginas
    Sesuci Kasih Seorang Isteri
    PENULISAN2U
    100% (1)
  • Aku Untukmu
    Aku Untukmu
    Documento119 páginas
    Aku Untukmu
    kelabk
    100% (1)
  • Penjara Rindu
    Penjara Rindu
    Documento185 páginas
    Penjara Rindu
    Penerbitan Kaki Novel
    Ainda não há avaliações
  • Menantu VS Mertua
    Menantu VS Mertua
    Documento139 páginas
    Menantu VS Mertua
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • Benci Bilang Cinta
    Benci Bilang Cinta
    Documento70 páginas
    Benci Bilang Cinta
    lordasrul
    100% (3)
  • Dosa Semalam
    Dosa Semalam
    Documento147 páginas
    Dosa Semalam
    kelabk
    100% (1)
  • Jodoh Beda Usia by Emeraldthahir
    Jodoh Beda Usia by Emeraldthahir
    Documento2.385 páginas
    Jodoh Beda Usia by Emeraldthahir
    Calligenia Mieko
    Ainda não há avaliações
  • HMTK
    HMTK
    Documento148 páginas
    HMTK
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • SAYANG
    SAYANG
    Documento551 páginas
    SAYANG
    Lily Anne
    67% (9)
  • Ketikaflamboyanberbungawww - Ac ZZZ - TK
    Ketikaflamboyanberbungawww - Ac ZZZ - TK
    Documento182 páginas
    Ketikaflamboyanberbungawww - Ac ZZZ - TK
    Alvezi Gratia Formoza
    0% (1)
  • SHCD
    SHCD
    Documento141 páginas
    SHCD
    Visarlini Velusamy
    Ainda não há avaliações
  • Titi Sanaria - Pilih Siapa
    Titi Sanaria - Pilih Siapa
    Documento282 páginas
    Titi Sanaria - Pilih Siapa
    dokumenkampusintan
    50% (4)
  • Padma by Rasdian Aisyah
    Padma by Rasdian Aisyah
    Documento328 páginas
    Padma by Rasdian Aisyah
    Erna Dhifa
    100% (1)
  • Santhy Agatha - Embrace The Chord
    Santhy Agatha - Embrace The Chord
    Documento262 páginas
    Santhy Agatha - Embrace The Chord
    Mahdalisa Nst
    Ainda não há avaliações
  • Baby Girl by Evi Fhe
    Baby Girl by Evi Fhe
    Documento281 páginas
    Baby Girl by Evi Fhe
    Zahrah aliefah
    Ainda não há avaliações
  • List Novel
    List Novel
    Documento2 páginas
    List Novel
    gchan913
    Ainda não há avaliações
  • After Divorce
    After Divorce
    Documento10 páginas
    After Divorce
    citra
    0% (1)
  • Love-Session by Aliceweetsz-2
    Love-Session by Aliceweetsz-2
    Documento409 páginas
    Love-Session by Aliceweetsz-2
    elrs
    Ainda não há avaliações
  • Dear Dylan PDF
    Dear Dylan PDF
    Documento165 páginas
    Dear Dylan PDF
    mochi90
    100% (2)
  • SYKT
    SYKT
    Documento104 páginas
    SYKT
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen Cinta Pertama
    Cerpen Cinta Pertama
    Documento16 páginas
    Cerpen Cinta Pertama
    yapenn
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen Revisi
    Cerpen Revisi
    Documento8 páginas
    Cerpen Revisi
    Anne
    Ainda não há avaliações
  • PDF Madu Iparku
    PDF Madu Iparku
    Documento679 páginas
    PDF Madu Iparku
    Mirza Gulam
    100% (2)
  • Novel Online Suami Sebelah Rumah Bab Dua PDF
    Novel Online Suami Sebelah Rumah Bab Dua PDF
    Documento5 páginas
    Novel Online Suami Sebelah Rumah Bab Dua PDF
    Deeeya
    Ainda não há avaliações
  • Aku Dan Sekolahku
    Aku Dan Sekolahku
    Documento3 páginas
    Aku Dan Sekolahku
    felix chandra
    Ainda não há avaliações
  • GANDAAA
    GANDAAA
    Documento8 páginas
    GANDAAA
    Anne
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen Berhijab Tapi Pacaran
    Cerpen Berhijab Tapi Pacaran
    Documento3 páginas
    Cerpen Berhijab Tapi Pacaran
    Qomaruzzaman El-Kalbariy
    Ainda não há avaliações
  • Menikah
    Menikah
    Documento5 páginas
    Menikah
    iffah Wahid
    Ainda não há avaliações
  • 3-Anak Sepasang Bintang
    3-Anak Sepasang Bintang
    Documento2 páginas
    3-Anak Sepasang Bintang
    rindo
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen
    Cerpen
    Documento86 páginas
    Cerpen
    thania luthfyah
    Ainda não há avaliações
  • CERPEN
    CERPEN
    Documento14 páginas
    CERPEN
    Larissa Tran
    Ainda não há avaliações
  • Dalam Sunyi Aku Sendiri
    Dalam Sunyi Aku Sendiri
    Documento5 páginas
    Dalam Sunyi Aku Sendiri
    wahaba.sensei Abdul Wahab
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen Lucu
    Cerpen Lucu
    Documento54 páginas
    Cerpen Lucu
    Jajang Afriyan
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen
    Cerpen
    Documento5 páginas
    Cerpen
    NamakuTakMasalahII
    Ainda não há avaliações
  • Aku Terlahir Dari Keluarga Yang Sederhana
    Aku Terlahir Dari Keluarga Yang Sederhana
    Documento4 páginas
    Aku Terlahir Dari Keluarga Yang Sederhana
    Johan Delarey Sihaloho
    Ainda não há avaliações
  • Tugas Novel
    Tugas Novel
    Documento7 páginas
    Tugas Novel
    Febriari
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen: Cinta Yang Pudar
    Cerpen: Cinta Yang Pudar
    Documento17 páginas
    Cerpen: Cinta Yang Pudar
    onemahmud
    Ainda não há avaliações
  • Dewi Ajeng Maulidya
    Dewi Ajeng Maulidya
    Documento7 páginas
    Dewi Ajeng Maulidya
    l2769824
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen Karya Alia Suyanti
    Cerpen Karya Alia Suyanti
    Documento9 páginas
    Cerpen Karya Alia Suyanti
    SIGIT
    Ainda não há avaliações
  • Teka-Teki Allah
    Teka-Teki Allah
    Documento43 páginas
    Teka-Teki Allah
    Ulvi Isnaini
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen 6 Pelukan
    Cerpen 6 Pelukan
    Documento5 páginas
    Cerpen 6 Pelukan
    KEVIN KH MEME CORRECTION
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen Eka - Odt
    Cerpen Eka - Odt
    Documento6 páginas
    Cerpen Eka - Odt
    Annisa dwi padila sari
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen - Broken-No-Broken
    Cerpen - Broken-No-Broken
    Documento3 páginas
    Cerpen - Broken-No-Broken
    Ca Prales
    Ainda não há avaliações
  • Lomba Cipta Cerpen (Muzdalifa Darwis)
    Lomba Cipta Cerpen (Muzdalifa Darwis)
    Documento7 páginas
    Lomba Cipta Cerpen (Muzdalifa Darwis)
    Jayanti Puspita Dewi II
    Ainda não há avaliações
  • Sirnanya Dekapan Harapan Terakhirku
    Sirnanya Dekapan Harapan Terakhirku
    Documento13 páginas
    Sirnanya Dekapan Harapan Terakhirku
    Ivan Bahri
    Ainda não há avaliações
  • Contoh Cerpen
    Contoh Cerpen
    Documento8 páginas
    Contoh Cerpen
    Iqdam Mukaddim
    Ainda não há avaliações
  • Novel Baru
    Novel Baru
    Documento80 páginas
    Novel Baru
    rsintadewi998
    Ainda não há avaliações
  • Akhir Cerita Cinta Seorang Wanita Muslimah
    Akhir Cerita Cinta Seorang Wanita Muslimah
    Documento5 páginas
    Akhir Cerita Cinta Seorang Wanita Muslimah
    Eva Novitalia
    Ainda não há avaliações
  • Kumpulan Cerpen Part 1
    Kumpulan Cerpen Part 1
    Documento20 páginas
    Kumpulan Cerpen Part 1
    Andre Andrian
    Ainda não há avaliações
  • BEST (Cerpen)
    BEST (Cerpen)
    Documento55 páginas
    BEST (Cerpen)
    Amiruddin JS
    Ainda não há avaliações
  • Pelang I
    Pelang I
    Documento121 páginas
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Ainda não há avaliações
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Documento112 páginas
    Kys PDF
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • GK
    GK
    Documento88 páginas
    GK
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Cheese
    Cheese
    Documento68 páginas
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Documento43 páginas
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Khilaf PDF
    Khilaf PDF
    Documento93 páginas
    Khilaf PDF
    Syafiq Rizuan
    Ainda não há avaliações
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Documento108 páginas
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Documento104 páginas
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • Cim
    Cim
    Documento127 páginas
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Cim
    Cim
    Documento127 páginas
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Documento45 páginas
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • LVD
    LVD
    Documento149 páginas
    LVD
    kelabk
    100% (1)
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • KSJ
    KSJ
    Documento99 páginas
    KSJ
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Cerpen
    Cerpen
    Documento229 páginas
    Cerpen
    nisascr
    Ainda não há avaliações
  • GB
    GB
    Documento206 páginas
    GB
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • Usd
    Usd
    Documento150 páginas
    Usd
    kelabk
    50% (2)
  • Kon Trak
    Kon Trak
    Documento95 páginas
    Kon Trak
    kelabk
    67% (3)
  • S&S
    S&S
    Documento97 páginas
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Ainda não há avaliações
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Documento65 páginas
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • STR
    STR
    Documento71 páginas
    STR
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • KS
    KS
    Documento113 páginas
    KS
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • NLBB
    NLBB
    Documento106 páginas
    NLBB
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • SKAN
    SKAN
    Documento104 páginas
    SKAN
    kelabk
    Ainda não há avaliações
  • KS
    KS
    Documento113 páginas
    KS
    kelabk
    Ainda não há avaliações