Você está na página 1de 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JULAI 2009

PENGANTAR PENDIDIKAN
NAMA MOHAMAD AYUB BIN MOHD NOOR NO KAD PENGENALAN 910712-11-5483 UNIT MT / BI / BM ambilan JULAI 2009 PENSYARAH Encik Said bin Sulaiman TARIKH SERAHAN 26 Februari 2010

Isi Kandungan
No 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 TOPIk Mukasurat

Tugasankursus/ boring kolaborasi / Biodata Penghargaan Pengenalan Tugasan 1 Tugasan 2 Kesimpulan Refleksi Bibliografi Lampiran

My Biodata

Nama Kursus Opsyen No IC. TarikhLahir Bangsa Agama

: MohamadAyub Bin Mohd Noor : PPISMP AmbilanJulai 2009 : Matematik / BahasaMelayu / BahasaInggeris : 910712-11-5483 : 12Julai 1991 : Melayu : Islam

Alamat: 16490, Kg WakafBaru, Batu 10 , Jln gong Badak, 21300, K. Trg, TERENGGANU. No Telefon Asrama No Bilik NamaBapa NamaIbu BilAdikBeradik Anak Yang Ke PenjaminPertama PenjaminKedua : 014-5151831 : 06 : 326 : Mohd Noor Bin Ghani : SalmahbintiSidek :8 :6 : SalmahbintiSidek : Mahadi Bin Deraman

2.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia -Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna dan jayanya. Kejayaaninidicapaidenganbantuan, bimbingan, dan kerjasamadaripadapensyarah dan rakan -rakan.

SekalungpenghargaandiucapkankepadaEncik binSulaimanselakupensyarah saya

Said

yang telahbanyakmemberisokongan dan

bimbingan dan juga rakansekelasdalamusahamelengkapkankerjakursusini. Encik Said banyakmembantu saya terutamadalammendapatkanbahan -bahan dan juga sumberuntukmenyiapkankerjakursusberasaskanilmuini. kerjasamadaripadabeliau, tidakpastidapatmelakukannyamengikutkehendaksoalantugasan. Tanpabimbingan dan saya

Tidakdilupakan juga kepadasahabat -sahabat yang telahmemberitunjuk ajar dan bantuanmerekasemasamenyiapkantugasanini. atas

Terimakasihkepadaibusaya,SalmahbintiSideksertaahlikeluarga bantuankewangan dan sokongan anda semua. kerjasama kalian akan diberkati oleh Allah S.W.T. hendaknya . Insya-Allah.

Semoga segala usaha dan

Mudah-mudahan kerja kursus ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dapat memberi panduan serta meningkatkan pengetahuan dan mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Negara dan juga Falsafah Pendidikan Guru sebagai bakal guru ini dalam rutin seharian.

Sekian, terima kasih.

3.0 Pengenalan
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Di antara kaum -kaum ini pula terdapat perbezaan penempatan kawasan seperti Bandar, luar Bandar, estet, kampung petani dan kampung nelayan. Jurang perbezaan kedudukan ekonomi di antara kaum ini juga amat ketara. Keadaan perbezaan dan ketidakseimbangan kaum -kaum dalam masyarakat kita di anggap tidak sesuai dan mugkin menghalang perpaduan antar a rakyat. Atas kesedaran ini, Malaysia telah merangka Rukun Negara pada tahun 1970 yang iaitu:
y y y y y

dijadikan

dasar

pendidikan,

kewarganegaraan,

pembangunan

dan

perkembangan masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip utama

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang -undang Kesopanan dan kesusilaan.

Berlandaskan Rukun Negara ini Malaysia berazam untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, memelihara satu cara hid up demokrasi, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama, mempunyai satu kebudayaan nasional yang kaya dan berbagai corak dan membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden. Semangat keazaman ini telah menjadi dorongan asas untuk merangka Kurikulum Baru Sekolah Menengah dalam sistem pendidikan persekolahan Malaysia, dan kedua-dua kurikulum ini telah dilaksanakan dalam tahun 1980 -an. Di samping itu juga, Dasar Pendidikan Kebangsaan ini pula menjadi pertimbangan asas untuk merangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 BAHAGIAN 1
Tugasan :Huraikan kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang perlu dihayati dan diamalkan dalam melaksanakan tugas harian.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Falsafah Pendidikan Guru yang telah diperkenalkan pada tahun 1982 iaitu "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." Menurut Mok Soon Sang ,1998, guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang keguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid -murid di sekolah. Ikhtisas bermaksud pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam. Manakala profesional bermaksud satu pekerjaan khusus yang di jalankan oleh individu yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang berkualiti, bersikap jujur, dedikasi, bertanggung jawab, bermoral tinggi dan mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi etika yang ditentukan oleh organisasi. Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi Kementerian Pelajaran untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dalam misi membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan pada 16 Januari 2007 ialah memartabatkan profesion perguruan bagi memastikan profesion itu dihormati, sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam membentuk generasi pada masa hadapan. Profesionalisme adalah satu nilai murni apabila individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri dan suka memilih pekerjaan. Oleh itu, guru adalah penting dalam membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua aspek kurikulum dan kokurikulum.

Profesionalisme seorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan seperti sikap

dan nilai guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang a kan mempengaruhi minat , sikap dan nilai pelajar. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran berkualiti yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berkait dengan personaliti guru yang akan menentukan suasana pembelajaran pelajar. Pada pandangan masyarakat, profesion keguruan berbeza mengikut tempat dan suasana. Latihan yang sempurna dan mantap dalam semua aspek harus diterapkan kepada bakal-bakal guru supaya mereka menjadi guru yang profesional. Teori dan budaya ilmu perguruan haruslah seimbang seperti kepimpinan, pentadbiran, pelajaran, sukan dan aktiviti kemasyarakatan yang perlu dititikberatkan. Persoalan sering timbul tentang keberkesana n guru dalam pengajaran dan pembelajaran apabila masyarakat cuba mengukur dan menilai prestasi guru -guru dari sudut peningkatan kemajuan pelajaran dan disiplin murid -murid yang cuba

dibentuk. Guru yang bertanggungjawab dapat mambantu menjamin mutu dan keberkesanan pendidikan di Malaysia. Selain itu, guru yang berdedikasi merupakan contoh guru profesional. Guru yang berdedikasi juga akan berusaha untuk mempertingkat taraf pencapaian akademik pelajar , membantu pelajar dengan

pendidikan rohani dan jasmani . Terdapat beberapa perkara yang menghalang profesion perguruan mencapai status profesional antaranya ialah bilangan ahli yang terlalu ramai serta persatuan yang banyak, perkhidmatan sukar diukur kerana guru mempunyai tugas yang pelbagai, autonomi yang ter batas dan latihan ikthisas yang tidak mencukupi. Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru yang menitikberatkan dalam penghasilan guru yang berkualiti. Guru juga perlu berusaha ke arah perubahan diri sebagai guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mewujudkan persekitaraan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan harmoni.

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajipan seorang guru yang bertauliah. Seseorang yang memegang jawatan guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional supaya dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan. Guru yang memperolehi ijazah daripada universiti tidak semestinya boleh menjadi seorang guru yang baik. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti sifat ingin tahu, pengetahuan iktisas yang luas dalam pelbagai bidang, banyak membaca, dapat bertutur yang baik, daya ingatan yang tinggi dan daya usaha yang berterusan. Sifat ini perlu ada dalam diri setiap guru bagi memastikan Falasafah Pendidikan Guru tercapai seperti yang diinginkan.

MATLAMAT PENDIDIKAN GURU

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut, maka Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku,menguasai ilmu kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta be rupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke -21. Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak -kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan. Selain menyebarkan ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh kepada murid-muridnya. Oleh itu, guru hendaklah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni untuk menjadi tauladan kepada murid murid dan seterusnya dapat memberikan sumbangan ke arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara.
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Model Konseptual Pendidikan Guru adalah rangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini ,merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama iaiti keutuhan, kemasyarakatan dan kendiri. Keutuhan adalah dari segi peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan pula dari segi penekanan peranan guru sebagai pendidik,

pemimpin dan agen perubahan. Manakala kendiri adalah dari segi penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan pekerti mulia. Di bawah tiga dimensi utama terse but, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu pengetahuan yang berkaitan dengan

perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan, kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan -bahan pelajaran dengan tuj uan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.ketiga tiga aspek ini ndisepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan. Di samping itu, Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah digambarkan seperti Rajah di bawah: Ketuhanan

Rohani

Pengetahuan Nilai Intelek Kemahiran Emosi Jasmani

Kendiri

Kemasyarakatan Rajah : Model Konseptual Pendidikan Guru

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Daripada Falsafah Pendidikan Guru, guru hendaklah mengetahui peranannya sebagai seorang pendidik. Antara peranannya sebagai seorang pendidik ialah Sebagai contoh, guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dalam mata pelajaran, khasnya mata p elajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisi plin. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Sebagai seorang guru juga, mestilah menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.
Kod etika keguruan dan implikasinya kepada akauntabil iti guru

Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka kod etika ini telah disediakan. Kod etika ini disediakan dalam bentuk ikrar, dan lazimnya tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti berikut: Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip -prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkum pul sejak zamanberzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa depan. Maka, dengan itu, kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. Tanggungjawab terhadap pelajar Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal hal lain Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor -faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama Merahsiakan maklumat ikthisas atau sulit tentang pelajar, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran- mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran Tanggungjawab terhadap ibu bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institut pendidikan dengan rumah tangga Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tent ang keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan rahsia Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata -kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,

masyarakat atau negara

Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
AKAUNTABILITI GURU

Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri. Sebagai pendidik, guru bertan ggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid -murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan.
y

Akauntabiliti Terhadap Negara Secara profesional, guru berkewajipan untuk memelihara im ej dan profesion

keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, guru hendaklah menanam azam untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu, guru-guru juga perlu menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaska n Rukun Negara,memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar,memenuhi

tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat,mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa murid dan bersopan santun serta bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
y

Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan

Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid -murid. Bahkan guru

dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid -murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid -murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Di samping melaksanakan tanggngjawab mendidik murid murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai -nilai ini, guru akan sentiasa dihormati oleh murid -murid.
y

Akauntabiliti Guru Kepada Murid dan Ibu Bapa

Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak -anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru -guru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal -hal lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran.

Dengan

pelaksanaan

Akta

Pendidikan

1996,

maka

guru -guru

dipertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan seperti mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid -murid, bidang pendidikan dan negara,berbakti demi kebajiakan, keselamatan, kemajuan dan masa depan mrid murid seperti yang diharapkan oleh ibu bapa,bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan ekonami dan sosial murid murid atau keluarga mereka,mengasuh, meng ajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid murid,menunujukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid -murid dan ibu bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa menge nai sebarang masalah yang dihadapi oleh murid -murid.
y

Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri

Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati, guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri. Fakta -fakta berikut adalah pent ing ke arah akauntabiliti guru terhadap diri mereka sendiri seperti menjaga kesihatan dengan sempurna supaya guru dapat menjalankan tugas dengan cergas dan bertenaga.Guru hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya murid-murid dapat menghayati pelajara n dengan tenang dan tenteram. Selain itu juga, mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi aktiviti membaca dan aktiviti lain yang ada kaiatan dengan tugas guru. Sebagai seorang guru juga, perlulah melibatkan diri dalm aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG bagi faedah bersama,mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan, berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekelilingmelalui media massa atau eletronik
y

Akauntabiliti Terhadap Tugas dan Kerja

Bagi melaksanakan kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap program pendidikan dengan cemerlang, guru -guru hendaklah mengamalkan perkara -perkara

berikut: Membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang terkandung dalamkurikulum. - Memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar kepada murid -murid.

Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dan mudah difahami oleh murid -murid.

berkesan

- Mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta yang betul supaya murid-murid mendapat manfaat darinya.

- Menyertai kursus dalam perkhidmatan dan seminar pendidikan bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran mengajar.

5.0 BAHAGIAN 2
Tugasan :Peranan guru dalam membimbing murid -murid dalam bilik darjah untuk melahirkan warganegara yang dapat memberi sumbangan ke arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan .

Berdasarkan kepada kehendak Falsafah Pendidikan Guru, guru mestilah bijak mencari cara untuk membimbing murid-murid dalam bilik darjah untuk

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat banyak cara untuk membimbing murid agar menjadi warganegara yang dapat memberi sumbangan ke arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara ini. Salah satunya guru hendaklah berpekerti mulia dan menunjukkan tingkah laku yang sopan dengan murid sama ada dalam bilik darjah mahu pun luar bilik darjah. Tingkah laku yang bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih, menepati masa ketika masuk ke kelas dan cekap menyempurnakan tugasnya boleh dianggap tingkah laku yang sesuai sebagai seorang guru. Hal ini kerana, seseorang guru yang bersopan santun amat dihormati oleh pelajarnya. Ketika memerluka n bantuan pelajar dia juga meminta pertolongan dan bukannya mengarahkan pelajar tersebut. Guru yang baik hati, ramah tamah dan ada perasaan belas kasihan juga merupakan guru yang amat disenangi oleh muridnya. Guru jangan sesekali cepat marah apabila pelajar menanyakan sesuatu atau memberi jawapan yang salah. Guru yang selalu marah pelajar sebenarnya menimbulkan suasana sosioemosi bilik darjah yang tegang yang boleh menghalang pengajaran pembelajaran. Sebagai seorang guru yang profesional juga, guru hendakal ah melakukan tugasnya dengan jujur dan ikhlas. Ketika memberi teguran dan pujian di dalam kelas,guru hendaklah jujur. Begitu juga ketika dia menolong pelajarnya menyelesaikan masalah. Guru juga haruslah cekap menyampaikan pengajarannya. Kecekapan di sini b ermakna penyampaian yang menarik dan menyeronokkan serta berkesan dan dapat diikuti oleh pelajar. Mereka akan mendapati pelajaran itu bermakna, berguna dan tidak membosankan. Oleh hal yang demikian, tauladan yang baik kepa da murid-muridnya. Selain itu, guru juga mestilah berpandangan progresif dan saintifik untuk membentuk warganegara yang dapat memberikan sumbangan kepada keluarga, guru haruslah menunjukkan contoh

masyarakat dan Negara seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru. Dalam pengajaran guru, kaedah inkuri-penemuan dan kaedah dapatan hendaklah ditekankan. Ini perlu untuk memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta. Sifat sifat ini adalah selaras dengan hasrat memperkembangkan pelajar -pelajar berpandangan futuristic dan progresif. Era globalisasi dan kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan capaian maklumat yang pantas dan pelbagai sama sekali tidak mengambil alih peranan dan tanggungjawab guru. Malah tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar dan kompleks untuk menerapkan dan menginternalisasikan nilai atau aspek afektif ke dalam diri pelajar. Penguasaan kecerdasan intelek (intellectual quotient) dan kecerdasan emosi (emotional quotient) tidak akan melahirkan generasi masa hadapan yang memiliki jati diri tanpa didukung oleh kemantapan rohani (religious quotient). Para guru -guru wajar memiliki jati diri dan benar-benar memahami tentang beratnya amanah yang dipikul oleh guru sebagai pendidik dan pembangun potensi anak didik. Di samping itu , memelihara masyarakat yang bersatu padu juga merupakan salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Guru. Untuk merealisasikan matlamat ini, guru memainkan peranannya untuk membimbing pelajar dengan mempunyai kemahiran mengendalikan kumpulan -kumpulan dalam bilik darjah. Dia perlu memahami dinamik kumpulan, dan dengan itu, dapat membantu pelajarnya mengembangkan perhubungan yang sihat yang akan membaiki sikap terhadap sekolah dan pembelajaran. Guru juga mestilah mengenali dan menguruskan tekanan antara individu serta konflik di kalang an pelajarnya, serta mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra serta menyeronokkan dalam proses pembelajaran. Untuk memupuk semangat bersatu padu di kalangan murid, guru juga boleh menerangkan kepentingan dan faedah hidup bersatu padu. Jika guru itu, meng ajar di sekolah yang mempunyai pelbagai kaum, guru perlu bijak mengendalikannya agar tidak wujud permusuhan antara kaum-kaum. Guru juga mestilah bersifat adil terhadap semua kaum sama ada bangsa sendiri mahupun berlainan bangsa untuk mengelakkan masalah perkauman wujud. Seperti yang kita lihat sekarang, sebagai contoh penduduk Negara kita apabila mahu membeli rumah atau mendirikan rumah di sesuatu kawasan, mereka pastinya akan menyelidik,melihat tapak, membuat bancian di kawasan yang akan didiaminya itu. Ap abila mendapati berlainan bangsa dengannya, sudah pasti, mereka tidak akan memilih tapak itu. Begitu juga, apabila

berjiran dengan berlainan bangsa. Masing -masing pastinya akan membuat hal sendiri, bahkan ada yang langsung tidak bertegur sapa. Jadi, sebaga i seorang guru, mereka mestilah memainkan peranan dengan mendidik serta menerapkan amalan bersatu padu bagi mengelakkan masalah perkauman ini dari terus berlaku demi melahirkan generasi yang tidak mementingkan diri sendiri dan seterusnya dapat membentuk sebuah Negara yang aman dan harmoni tanpa wujudnya permusuhan atau isu perkauman di antara kaum -kaum. Seterusnya, seperti yang kita sedia maklum, di sekolah, pendidikan kenegaraan juga telah disediakan. Ini adalah salah satu cara untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Melalui mata pelajaran seperti ini, guru dapat menyemai dan memupuk sikap serta keperibadian pelajar. Pendidikan kewarganegaraan ini merangkumi tiga aspek iaitu sejarah, kebudayaan dan pembangunan. Aspek-aspek pengetahuan yang diberikan kepada pelajar seharusnya dapat membangkitkan kesedaran, keinsafan, perasaan hormat-menghormati, menghargai, menerima serta berasa bangga kepada Negara. Menerusi aspek-aspek pengetahuan ini akan diterapkan dengan nila i-nilai keperibadian ke arah membentuk warganegara yang patrioritik. Untuk memupuk semangat patrioritik juga, di sekolah, guru mestilah memastikan perhimpunan di adakan. Ianya perlu diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu sekolah, lagu patrioritik, dan pembacaan ikrar. Bendera kebangsaan juga mestilah sentiasa dikibarkan pada setiap hari persekolahan. Pamerkan gambar -gambar pemimpin di setiap bilik darjah. Tambahan lagi,guru juga dapat memainkan peranannya untuk membentuk pelajar yang menyanjung asp irasi Negara ketika aktiviti kokurikulum. Melalui kegiatan ini, membolehkan para pelajar menyemai semangat setiakawan, kekitaan,persefahaman, dan perpaduan di kalangan ahli, mengenal masyarakat melalui aktiviti gotong-royong, khemah kerja dan lawatan, memupuk sifat mematuhi ketua dan juga sifat kepimpinan dan memupuk nilai bertanggungjawab terhadap kewajipan diri dan kewajipan orang lain termasuk bangsa dan Negara. Sebagai kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa pemupukan nila -nilai dan sikap kenegaraan adalah tugas guru yang memahami dan menghayati aspirasi dan hasrat Negara yang berlandaskan prinsip -prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan bagi mengembangkan

pengetahuan, kemahiran fizikal serta memupuk se mangat kenegaraan. Pelajar yang

dilatih dengan baik sama ada dari aspek akademik mahupun kokurikulum, akan menjadi aset yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dalam zaman globalisasi ini juga, sudah nyata makl umat terkini adalah amat penting bagi kita. Jadi, para guru turut memainkan peranan yang penting bagi menjamin perkembangan pelajar. Ciri seorang guru yang berorientasikan maklumat amat penting untuk memperkembangkan fikiran pelajar. Hal ini kerana, guru y ang berorientasikan maklumat akan sentiasa memperkemas kini dengan maklumat yang lengkap. Maklumat yang diperoleh bukan saja daripada jurnal dan majalah, malahan daripada laman-laman web yang sedia ada. Dengan maklumat yang diperoleh daripada internet seseorang guru itu akan mempunyai maklumat yang menyeluruh tentang sesuatu tajuk ketika dia mengajar ,lebih -lebih lagi, maklumat yang diperoleh daripada internet itu adalah maklumat terkini. Dengan adanya maklumat terkini seperti ini, pelajar-pelajar akan dapat manfaat yang lebih berbanding dengan guru yang hanya bergantung pada buku teks semata -mata untuk mendapatkan maklumat. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja dari aspek mata pelajaran yang diajar oleh guru, bahkan tentang e -learning, telesidang, teleperuba tan, e-ekonomi, ekerajaan dan sebagainya. Kesemua maklumat ini, jika didedahkannya kepada pelajar, akan dapat memperluaskan minda seseorang pelajar itu dan pandangannya terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. Oleh itu, guru mestilah mempunyai ciri guru yang berorientasikan maklumat untuk membimbing pelajarnya di dalam bilik darjah, kerana para pelajar akan dapat memperoleh maklumat yang cukup luas skopnya dan seterusnya dapat seseorang pelajar tersebut. Selain itu lagi, untuk pembentukan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah, guru juga boleh mengamalkan sikap kepimpinan demokratik sepertimana yang disyorkan dalam Falsafah Pendidikan Guru. Kepimpinan guru yang bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana menjamin perkembangan fikiran

sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru -guru dan muridmuridnya. Sikap kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana tegang dan menggalakkan murid -murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sebagai conto h,guru boleh

memilih beberapa pelajar untuk menyuarakan pandangan ketika sesi pembelajaran. Ini dapat melatih murid -murid untuk bercakap di khayalak tanpa rasa segan. Selain itu,sikap kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid -murid berinteraksi di antara satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkumpulan. Selain itu juga, sebagai seorang guru yang menjadi contoh kepada murid murid, mereka mestilah berdisiplin dari semua aspek. Hal ini kerana, guru memainkan peranan untuk membimbing dan membentuk murid -murid yang

berdisiplin bagi kesejahteraan diri, keluarga dan Negara kita pada masa depan. Jika dilihat dari segi indvidu, disiplin meliputi tingkah laku yang mulia, fi kiran yang tersusun, rasional serta berkeyakinan. Di peringkat sekolah pula, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar -pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Di dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid -murid merupakan tanggungjawab utama guru. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, guru berta nggungjawab untuk menentukan peraturan -peraturan bilik darjah dan memastikannya diikuti oleh murid -murid dalam bilik darjah itu. Guru berhak menghukum murid yang melanggar disiplin. Dengan cara ini, ianya dapat membentuk murid-murid berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bilik darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana sosioemosi bilik darjah yang harmonis, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan. Selain itu juga, untuk membimbing murid -murid ialah guru hendaklah mempunyai pengetahuan tentang psikologi murid -murid iaitu tingkah laku, minat, bakat dan keperluan murid -murid. Dengan cara ini, dia akan menyediakan pe lajaran serta aktiviti yang sejajar dengan minat dan kebolehan pelajar yang berbeza. Dengan itu, murid -murid akan dapat menikmati pelajaran yang lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan. Setelah dikenali kebolehan murid -murid yang berbeza, aktiviti-aktiviti yang akan dikendalikan berbeza, iaitu aktiviti yang mudah bagi pelajar yang lemah, manakala bagi pelajar yang cerdas aktivitinya adalah lebih

mencabar. Ini bermakna setiap pelajar akan dapat menguasai sesuatu aktiviti dan seterusnya, dapat menikmati rasa kejayaan. Tambahan lagi, untuk membimbing pelajar, guru juga perlu mempunyai beberapa kemahiran-kemahiran tertentu. Guru hendaklah mempunyai beberapa jenis kemahiran untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan seperti kemahiran memulakan pengajaran, mengemukakan soalan, menggunakan contoh -contoh, menggunakan papan hitam, menutup pelajaran, menggunakan alat bantu mengajar, menggunakan peneguhan serta pelbagai rangsangan. Guru juga perlu mempunyai kemahiran menyediakan soalan-soalan yang baik. Ini berma kna, soalan-soalan seharusnya bukan menguji bukan setakat sejauh mana pelajar dapat mengingat kembali fakta dan angka, tetapi juga menguji kebolehan pelajar untuk menggunakan, menganalisis, membuat sintesis serta penilaian. Guru boleh memikirkan dan merancang pelbagai jenis aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar untuk melibatkan pelajar dalam pelajarannya. Selain itu juga, guru perlu mempunyai kemahiran mengendalikan kumpulan-kumpulan dalam bilik darjahnya. Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungja wabnya untuk membantu pelajar mengembangkan perhubungan yang sihat yang akan membaiki sikap terhadap sekolah dan pembelajaran, mengenali dan mengurus tekanan antara individu serta konflik pelajar dan mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra serta menyeronokkan semasa proses pembelajaran. Kemahiran mengawal disiplin bilik darjah juga merupakan satu lagi kemahiran guru yang penting. Guru hendaklah mengesan faktor -faktor yang menimbulkan masalah serta cara-cara mengatasinya. Dalam pengurusan masalah masalah disiplin, guru mestilah tahu ganjaran dan hukuman yang boleh digunakan serta implikasinya. Matlamat jangka panjang, memanglah untuk mewujudkan disiplin kendiri di kalangan pelajar. Apabila keadaan ini wujud, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat b erjalan dengan lancar dalam suasana bilik darjah yang tenang serta menggalakkan. Dengan kemahiran -kemahiran yang dinyatakan ini,tidak mustahil guru-guru dapat merealisasikan matlamat dan kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan warganegara yang dapat memberi sumbangan ke arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara.

Selain itu lagi, untuk membimbing murid -murid guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Guru juga perlu mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru juga perlu menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru. Guru juga perlu menyempurnakan tanggungjawab dan a kauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan serta menggunakan ilmu dan kemahiran dalam

mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar. Sebagai seorang guru juga, ia boleh menggunakan strategi memusatkan murid untuk membimbing pelajarnya. Strategi yang memusatkan murid ini ialah strategi yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Ini bermakna, kaedah mener ang, syarahan atau demonstrasi guru harus dikurangkan kepada peringkat minimum. Sebaliknya, kaedah

perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah ditambahkan kepada peringkat yang maksimum. Apabila murid -murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi antara murid akan dibentuk secara tidak langsung .

6.0 Kesimpulan
Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah pendidikan guru. Oleh itu, guru haruslah memainkan peranannya secara menyeluruh. Hal ini kerana, guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat. Guru juga merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid -murid di sekolah. Guru yang menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Guru dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan warganegara yang dapat menyumbangkan tenaga dan kemahiran demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara. Oleh hal yang demikian,guru perlulah memainkan peranannya dengan penuh bertanggungjawab agar mampu melahirkan insan murid yang berilmu pengetahuan dan berguna dalam aspek pembangunan keluarga, masyarakat ,bangsa dan negara. Sebagai contoh peranan guru untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidik an Guru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah, guru mestilah berpekerti mulia dan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada pelajar, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan dengan menerapakan unsur-unsur patriotisme dalam diri pelajar,menjamin perkembangan individu, memelihara masyarakat bersatu padu, demokratik, serta berdisiplin. Jika guru tersebut memainkan peranan -peranan ini, maka terlaksanalah matlamat dan kehen dak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

7.0 Refleksi
Pertama sekali syukur kehadrat IIlahi kursus ini. Sungguhpun demikian, dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh pensyarah saya, iaitu En. Said dan bantuan kawan -kawan saya,ia lebih memudahkan saya untuk memahami tajuk dan seterusnya, proses untuk menyiapkan kerja kursus ini dapat berjalan lancar. Secara keseluruhan, menyiapkan kerja kursus ini tidaklah begitu sukar bagi saya. Ini kerana sumber dan rujukannya mudah diperoleh. Antara sumber yang menjadi rujukan saya ialah buku-buku di perpustakaan serta maklumat-maklumat dari internet. Akhir kata, kerja kursus ini banyak memberikan manfaat dan faedah untuk saya Dengan menyiapkan kerja kursus ini saya dapat mengetahui lebih mendalam mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru yang nyata sebelum ini pengetahuan saya mengenai falsafah -falsafah ini amat cetek. Dengan menyiapkan kerja kursus ini, kini saya dapat mengetahui kehendak kehendak dan matlamat-matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Selain itu juga, dengan menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui peranan dan cara -cara guru membimbing para pelajar serta kerana akhirnya dapat juga saya

menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya,saya kurang faham tentang tajuk kerja

mengetahui ciri-ciri yang patut ada dalam diri seorang guru yang pastinya amat berguna untuk saya dan kawan -kawan yang merupakan bakal pendidik pada masa akan datang. InsyaAllah

8.0 BIBLIOGRAFI
Buku

1. Robiah Sidin, 1994. Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2. Mok Soon Sang, 2004 Pengantar Pendidikan Teras untuk Kursus Persediaan sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd 3. Mok Soon Sang.2003. Ilmu Pendidikan Un tuk KPLI. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Selangor 4. Dr.Ee Ah Meng.2003. Ilmu Pendidikan Pengetahuan Dan Keterampilan Ikhtisas. Fajar Bakti Sdn. Bhd 5. Sharil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr Saedah Hj Siraj. 1993. Pendidikan Di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. 6. Dr TajulAriffin b. Noordin, Dr Ainibte. Dan,1992. PendidikandanWawasan 2020. Arena IlmuSdn. Bhd. Kuala Lumpur. 7. Mok Soon Sang.1998. Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan BudimanSdn Bhd. Kuala Lumpur. 8. Shahabuddin Hashim,Mahan i Razali,Ramlah Jantan.2003.Psikologi Pendidikan. Selangor PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Laman web 1. www.geocities.com/athens/acropolis/9317/falsafah.html dilayari pada 20 Ogos

2010.
2. www.bpg.edidik.edu.mydilayari pada 22 Ogos 2010. 3. www.teachersrock.net/KPLIr.pdf dilayari pada 31 Ogos 2010 .

4. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=falsafah_pendidikan&unit=kement erian&bhs=mydilayari pada 01 September 2010.

9.0 Lampiran

Você também pode gostar