Você está na página 1de 23

PENGENALAN Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi seseorang murid.

Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas ini. Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Menurut Mok Soon Sang (1995), Matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaiatu simbolnya seperti nombor, titik, garisan bentuk dan bahasa Matematik seperti prinsip, hokum, teorem dan peraturan-peraturan matematik digunakan untuk menjalankan seseuatu operasi. Matematik juga dikatakan bersifat abstrak dan sukar untuk ditakrifkan. Menurut Micheal Bernkopf (1999) di dalam noraini (2005) menyatakan ; Mathematic is the study of abstraction and their relationships in which the only technique s and their relationships which the only technique of reasoning that may be used to comfirm any relationship between one abstraction and another deductive reasoning.

Masalah penguasaan matematik

dikenalpasti melalui pelbagai prosedur. Biasanya

guru kelas atau ibubapa mengamati bahawa anak mengalami kesulitan belajar matematik terus-menerus dan cenderung untuk melakukan penilaian buruk pada kelas matematik berbanding dengan seluruh kelas. Misalnya, anak mungkin mengalami kesukaran mengingati apa yang telah diajarkan guru atau dia mungkin mengalami kesukaran menggunakan strategi yang berkesan untuk menyelesaikan masalah matematik. Masalah ini merupakan masalah biasa bagi kanak-kanak pendidikan khas. Ini adalah kerana keupayaan kognitif mereka yang lebih rendah berbanding kanakkanak normal. Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Pierce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan tekaantekaan (kemungkinan) baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai. Pengetahuan dan gunanya matematik asas sentiasa ada sebahagian daripada sedia ada dan penting bagi individu dan kumpulan tertentu kehidupan. Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan kesusahan kemudiannya diperkenalkan oleh Greek purba. Pada setakat ini , pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.

Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya: Perancangan mengajar Pelaksanaan pengajaran Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai Pengayaan dan pemulihan Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran Pengurusan bilik darjah Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik

Komponen Matematik a) Komponen Pengiraan Melibatkan manipulasi ke atas nombor-nombor yang mengikut diterima. Ia terbahagi kepada empat bidang kemahiran iaitu : i) ii) iii) iv) Kesediaan Fakta Nombor Perkiraan Nombor Perkiraan nombor bulat dan pecahan peraturan praset untuk menentukan amalan dapatan. Hanya satu hasil dapatan boleh

a) Komponen Penyelesaian Masalah Merupakan aplikasi kemahiran perliraan yang telah dipelajari yang merangkumi cara berfikir bagi memahami beberapa situasi yang tidak diketahui. Ia mempunyai 5 pendekatan iaitu : i) ii) iii) iv)
v)

Mengkaji masalah dan mengenalpasti sumber masalah Menyusun maklumat berkaitan dengan masalah Membina strategi tindakan bagi penyelesaian masalah Memilih dan mengaplikasikan kemahiran pengiraan yang betul. Menilai jawapan yang betul dan munasah

KAJIAN KES

KAJIAN KES Bagi tujuan ini, saya telah memilih seorang murid dari kelas pendidikkan khas dari sekolah kebangsaan padang hiliran.murid yang kami pilih ialah Mohd Aiman Zaki bin zakaria. Melalui pemerhatian dan ujian yang telah dijalankan ke atas murid tersebut, murid ini mempunyai masalah dari segi penguasaan dalam semua mata pelajaran terutamana dalam pembelajaran matematik. Setelah diteliti latar belakang murid ini, murid ini datang daripada keluarga yang sederhana pendidikannya. Ahli keluarga murid ini memang kurang memberi perhatian kepada pelajaran anaknya semata-mata mengharapkan bantuan dari pihak sekolah

Sebagaimana yang kita ketahui peranan ibu bapa dan keluarga tidak kurang pentingnya dalam pembelajaran anak-anak. Selain daripada guru, ibu bapa memainkanperanan penting bagi membolehkan murid berapa pentingnya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya tidak mengecewakan ibu bapa. Suasana persekitaranjuga mempengaruhi pembelajaran kerana suasana atau persekitaran yang

tenteram,membolehkan murid untuk belajar dengan lebih tenang.

LATAR BELAKANG PELAJAR

NAMA TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR

: AIMAN ZAKI BIN ZAKARIA :13 JUN 1997 : HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

UMUR BANGSA KATEGORI MASALAH ALAMAT

: 12 TAHUN : MELAYU : SLOW LEANER : B-25 KAMPUNG PADANG MIDIN.KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN.

MASALAH YANG DI HADAPI

Berdasarkan pemerhatian kami selama empat hari terhadap Adik Aiman zaki bin zakaria, dapat kami jelaskan bahawa penguasaan adik Aiman Zaki dalam pembelajaran tidak jauh bezanya dengan murid khas yang lain. Jika di lihat dari segi fizikalnya,adik Aiman merupakan seorang murid yang lincah di dalam kelas atau bersama rakan sebayanya. Namun lumrah anak-anak khas adik Aiman Zaki antara salah seorang kanak kanak khas yang tidak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancangkan. Bagi mengenal pasti tahap masalah yang di hadapi oleh adik Aiman Zaki ,kami telah menyediakan : Tiga jenis Ujian Diagnostik Matematik yang kami sediakan kepada beliau ialah ialah 1) perbandingan bentuk nombor, 2)susunan nombor, dan 3) penambahan nombor. Hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik yang kami sediakan kepada beliau,ujian pertama iaitu berkenaan dengan perbandingan nombor,hasil dari ujian yang kami sediakan,dapat kami jelaskan bahawa beliau tidak mengenal sepenuhnya dan kadang-kadang tidak dapat membezakan bentuk nombor dengan betul. Contohnya nombor enam dan nombor Sembilan,adik Aiman sering tertukar dan menulis huruf yang salah. Walaupun telah kami perbetulkan kesalahan adik Aiman Zaki, namun tetap sahaja dia mengulangi kesalahan yang sama. Beralih kepada ujian kedua pula iaitu susunan nombor, disini menampakkan lagi kelemahan dirinya. Seperti yang kita sedia maklum mengenal atau mengingati susunan nombor merupakan pengetahuan asas yang perlu di kuasai dalam pelajaran matematik. Berdasarkan kajian kes ke atas Adik Aiman,beliau masih lagi tidak dapat mengingat turutan atau susunan nombor yang betul dengan baik.

Bagi ujian penambahan yang di sediakan pula,adik Aiman Zaki memerlukan masa yang agak lama untuk menjawab setiap satu soalan. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak ada keyakinan diri untuk menjawab soalan berikutnya. Hal ini mungkin kerana bentuk soalan yang berbeza di mana ada soalan yang kami sediakan berbentuk disediakan dalam bentuk lazim dan bentuk ayat. Semasa menjawab soalan dalam operasi tambah dalam bentuk lazim, Adik Aiman Zaki mampu menjawab soalan operasi tambah dalam bentuk lazim. Namun kadang-kadang adik Aiman masih juga tersilap dalam menyelesaikan soalan tersebut. Adik Aiman Zaki lebih baik penguasaannya dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dalam bentuk lazim. . Selain itu,, dia mampu menjawab proses penambahan yang melibatkan satu tempat nombor namun mempunyai masalah apabila melibatkan dua tempat nombor. Ini kerana,berdasarkan pemerhatian kami terhadap hasil kerja beliau, soalan operasi tambah yang kami sediakan dalam bentuk ayat, akan menimbulkan kesulitan kepada adik Aiman Zaki. Kesimpulan yang dapat kami katakan di sini bahawa adik Aiman Zaki boleh menulis dan menjawab soalan nombor mengikut susunan tetapi tidak dapat menulis nombor secara perkataan dan mudah terlupa dengan apa yang pernah dikuasainya. Ujian diagnostik yang kami sediakan bercirikan daripada kea rah yang lebih sukar bagi menilai sejauh mana tahap kebolehan murid dalam menguasai konsep operasi tambah.Selepas murid menunjukkan kemajuan atau peningkatan, kami akan mengedarkan soalan atau ujian yang lebih tinggi tahapnya.

STRATEGI MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kebiasaannya sukar untuk menerima arahan yang kompleks. Bagi kanak-kanak ini, pembelajaran di dalam kelas semasa pembelajaran selalunya sukar untuk mereka fahami sepenuhnya. Ini adalah kerana keupayaan kognitif mereka yang lebih randah berbanding kanak-kanak normal. Oleh yang demikian, sebagai guru, arahan-arahan matematik semasa pembelajaran atau latihan hendaklah diubahsuai kepada bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami oleh kanak-kanak ini. Pengubahsuaian boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk sama ada menggunakan kertas graf dalam operasi penambahan atau penolakan. Bukan itu sahaja, pengubahsuaian arahan-arahan berdasarkan rancangan mengajar, teknik mengajar dan ubahsuai isi kandungan juga adalah perlu. Setiap guru mempunyai gaya dan teknik serta kebolehan yang berbezabezabergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima oleh gurutersebut. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara dan gaya penyampaian serta pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam P & P masih sama. Kaedah merujuk kepada tindakan guru yang bersistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran tertentu dalam jangka pendek.Ia juga cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkansusunan yang teliti dan rapi. Menurut Mok Soon Sang (1995), antara kaedah-kaedahpengajaran matematikyang perlu difahami dan dikuasai oleh guru adalah kaedah kerja praktik, kaedah penemuan, kaedah induksi dan deduksi. Walaupun begitu terdapatbeberapa lagi kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan pengajaran pemilihan matematik di dalam kelas.

Manakala menurut Modul OUM HBSS2203 (2009), terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakandalam pengajaran matematik iaitu pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru.

Berdasarkan kajian kes kami ke atas adik Aiman Zaki, strategi terbaik yang kami pilih untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi adik Aiman Zaki iaitu pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan dan berpusatkan guru. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid ini seharusnya perlulah dalam kelompok yang kecik. Ini membawa maksud Nisbah guru kepada murid haruslah di antara lingkungan 1:5 kerana lebih kecil saiz kumpulan, guru akan dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadap murid tersebut. Hal ini banyak mendorong perilaku murid dalam meneruskan pembelajarannya, Disebabkan Adik Aiman Zaki cepat hilang tumpuan, dapat kami rumuskan bahawa beliau mengharapkan perhatian penuh dari guru kerana jika guru tidak melihat perlakuannya, beliau akan mula menunjukkan sikap negetif dan tidak menghiraukan kerja yang di sediakan.Tidak salah jika guru ingin mengajar dengan bilangan murid yang ramai, namun, kemungkinan besar, murid-murid bermasalah pembelajaran ini akan terus hilang dari fokus pembelajarannya.selain itu, guru juga haruslah pandai mengaitkan Contoh-contoh pembelajaran matematik berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Ini kerana, kanak-kanak tidak kira normal atau istimewa, lebih cepat dapat belajar atau memahami sesuatu yang di ajar. Memandangkan masalah yang di hadapi oleh adik Aiman Zaki ialah lebih kepada pranombor, Dimana, bagi mengatasi masalah yang di hadapi oleh beliau, kami telah menyediakan beberapa lembaran kerja khas untuk beliau bagi mengenal pasti tahap masalah beliau. Berdasarkan keputusan yang kami dapat hasil dari lembaran kerja yang di buat adik Aiman Zaki .Kesedaran kami terhadap konsep nombor terutama dalam kemahiran menambah bagi adik Aiman Zaki,kami boleh merancang sesuatu aktiviiti yang boleh dilakukan dengan mengajar murid-murid ini menggunakan latihan seperti permainan papan nombor atau menggunakan perisian yang bersesuaian. Selain itu, kaedah manipulatif seperti penggunaan tray blok 100 juga adalah bersesuaian. Kemahiran mengira pula boleh dibina menggunakan kaedah mengingati dan menyelesaikan masalah. Dalam proses mengingat, guru boleh mengajak murid menggunakan permainan yang berterusan sebagai latihan, contohnya penggunaan

dadu atau kad nombor dan objek-objek maujud yang tidak merbahaya sebagai bahan bantu mengajar. Selain daripada itu, bagi memudahkan perjalanan strategi yang kami rancang, kami ada menyediakan satu set Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokuskan tajuk pranombor berserta dengan bahan banu mengajar yang menarik di samping sesuai dengan masalah dan tahap pencapaian adik Aiman Zaki. Rancangan Pengajaran yang kami rangka juga menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid. Aktiviti juga harus dikembangkan daripada yang mudah kepada sukar dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan matematik yang telah dikesan. Bagi menjalankan pengajaran pemulihan matematik untuk Nordina, saya memilih menggunakan kaedah bercerita dan kaedah permainan matematik yang mana ia tertumpu kepada penggunaan bahasa melayu dalam permainan tersebut. Di samping itu saya juga menggunakan kad-kad gambar yang menarik dan persembahan powerpoint untuk menarik perhatian murid tersebut

Secara jelasnya, kaedah-kaedah pengajaran yang kami rancangkan lebih menekankan kaedah yang berpusatkan : A.Pendekatan berpusatkan murid Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan pentingdalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan kepadakumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan berinteraksisecara terkawa. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada murid untukmenyuarakan pendapat (Modul OUM HBSL2203, 2009).

Salah satu kaedah dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ialah pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui

pengalamansendiri.Dalam kaedah ini, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitukumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Ini membolehkan gurumembimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping

menjalankan aktiviti-aktivitipemulihan.

Permainan matematik juga termasuk dalam

salah satu pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid yangmengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut (DAgustine, 1973), permainan adalah satu kaedah yang dapat

mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat murid terhadap matematik . Ianya dapatmengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah matematik.

Penggunaan

permainan

matematik

sebagai

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambilbelajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika

menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh dipupuk. Secara lazimnya, tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam

permainan.Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnyamengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentukr ekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan konsep yangmudah diingati oleh murid. Juga menjadi kelaziman seseorang, pengetahuan ataupembelajaran yang diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati berbanding pembelajaran secara formal. Contohnya adalah lebih baik seorang guru mengajar matematik kepada seorang murid yang memerlukan pemulihan untuk menggunakan bahasa yang biasa dengan mereka. Iaitu bahasa yang difahami oleh murid akan memudahkan mereka untukmengambil bahagian dalam perbincangan dengan guru. Murid juga akan

terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru.Dalam masa yang sama guru mesti menyediakan bahan, situasi cerita yang bolehmerangsang mereka bercerita dan berbincang samada dengan guru atau rakan. B.Pendekatan pemusatan bahan Penyampaian pengajaran dan pembelajaran matematik haruslah disertai dengan penggunaan bahan dan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran murid ke arah zaman maklumat. Misalnya pada peringkat awal untuk mengenal nombor, guru boleh menggunakan flash card sebagai bahan bantu yang ringkas (Modul OUMHBSS2203, 2009). Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman web dalampencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru bolehmemasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatian perhatian murid. Alat bantu mengajar tebahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Tujuan menggunakan bahan bantu belajar adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik. Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran yang hendak diajar adalah seperti bahan bahan aktiviti, bahan kit bantu mengajar Matematik dan Set Permainan Matematik.

a) Bahan-bahan aktiviti Bertulis Lembaran kerja / Kad kerja Lisan Latih tubi / congak Bahan konkrit Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah, alat pengukur atau penimbang Berpusatkan guru Berpusatkan bahan Berpusatkan murid a) Kit bahan bantu mengajar matematik Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar matematik dan buku panduan menggunakannya. Alat-alat bantu mengajar matematik yang terkandung dalam kit ialah; 1. Papan flanel bermagnet 2. Abakus/dekak-dekak - semua topik - Topik : nilai tempat, operasi tambah dan tolak. 3. Carta-carta - semua topik

4. Kad-kad nombor / kad jalur - Topik : nombor, susunan nombor . 5. Benda-benda pembilang - Topik : nombor, operasi +, -, x dan -

6. Lembaran-lembaran kerja / kad kerja - semua topik

b)

Set permainan matematik

Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari bendaMenyambungkan garis putus-putus atau titik untuk mencari jalan

yang

benda yang tersembunyi. keluar. Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar. Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid. Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor. Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak

Membentuk gambar daripada tangram. Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey) Jigsaw puzzle bernombor Boling nombor Roda impian Dart bermagnet Pancing ikan

Antara kaedah lain yang boleh di lakukan ialah : 1. Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedahkaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri.Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. 2. Kaedah Konstruktivisme Konstruktivism bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan. Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan

behaviorism yang mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental. Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan (Beyond the information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivism adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.

3. Teknik Pembelajaran Aktif Antara teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah konsep nombor yang dihadapi oleh murid ialah penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran dimana murid terlibat secara aktif seperti menulis dan berbincang bersama guru serta pergerakan yang melibatkan anggota badan.

Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pembinaan konsep baru atau kemahiran penguasaan baru. Penglibatan aktif pelajar merupakan asas yang penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh. Apabila guru mengajar murid membilang nombor, guru perlu libatkan pelajar dalam pembelajaran, contohnya, guru menyuruh murid mengira nombor yang ditulis atas papan hitam. Guru perlu menekankan pembelajaran berpusatkan murid supaya murid bertindak lebih aktif dalam pembelajaran dan mengelakkan rasa bosan terhadap pengajaran guru 4. Teknik latihan berterusan dan pelbagai Setelah guru mengajar murid mengenal dan menghafal nombor yang tertentu, murid perlu dilibatkan dengan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran ynag telah diajar. Penguasaan Matematik tidak hanya bergantung pada kefahaman konsep semata-mata sebaliknya latihan yang mencukupi perlu dilakukan oleh guru dari masa ke semasa sehingga murid mencapai kemahiran yang hendak diajar. Guru boleh memberikan lembaran kerja kepada murid untuk meningkatkan kemahiran murid dalam konsep mengenal nombor.Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan bahan bantu belajar untuk murid supaya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih mendalam lagi. Guru juga boleh membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan mengaitkan dengan persekitaran murid, contohnya menggunakan bahan maujud, bahan 3D sebagainya. dan

PUNCA MASALAH Penentuan tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam mempelajari sesuatu topik matematik amat penting. Oleh itu sebelum seseorang murid dimasukkan ke dalam kelas pembelajaran khas matematik, guru harus mengenalpasti murid-murid bermasalah di dalam pembelajaran matematik tersebut. Antara punca yang di kenal pasti ialah :

I. Murid
i.

Masalah kurang kecerdasan dan mental

Warisan daripada genetik ibu bapa Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran Kekurangan makanan yang berzat

i.

Faktor sikap Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai tidak berminat

i.

Faktor Masalah pengamatan

Masalah pendengaran, penglihatan, dan psikomtor

i.

Faktor fizikal Makanan yang tidak berzat Murid cepat letih tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah Keletihan Berpenyakit - kerap tidak hadir ketinggalan dalam pelajaran

I. Ibu Bapa I. Sekolah Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku, dan sebagainya Tidak memberi dorongan Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak Sibuk dengan hal sosioekonomi Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak

1. Guru Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat, tidak

menggunakan

pengetahuan

sedia

ada murid, tiada aktiviti pengukuhan Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai Emosi guru garang, tidak sabar Kurang prihatin Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul Guru kurang berminat Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran secara individu Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan

1. Kelas Pendidikan Khas

Tempat tidak sesuai Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan

1. Pihak pentadbir Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid pemulihan sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR

Rujukan

http://www.scribd.com/doc/22594101/Pembelajaran-Khas-Matematik-Pemulihan

http://mujahid.tripod.com

Você também pode gostar