Você está na página 1de 1

11/7/2011

Apakah penyalahgunaan dadah?

Penyalahgunaan dadah atau bahan (istilah baru) terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang boleh mengganggu kehidupan seharian Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun: Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya Apakah penagihan dadah? =tabiat bergantung dengan dadah. Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya: Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri. Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah. Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun. Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka secara fizikal dan mental serta mengancam keselamatan masyarakat sekeliling. Jadi, jauhkan diri dpd najis dadah.

Você também pode gostar