Você está na página 1de 20

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK 4-6 TAHUN

AHMAD FARMIZI BIN HASHIM CHE HAFIZIE BIN CHE HASSAN MOHD PAZLI BIN FHAUZI AZWEN ZUWITA BINTI HUSSIN MOHD ALIFF BIN MOHD KAMARUDIN (Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional) Jabatan Teknikal Dan Vokasional (Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010) 18 Oktober 2010

ABSTRAK Kajian ini membincangkan perkembangan awal kanak kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun. Kajian ini telah di jalankan oleh lima orang pelajar program Pendidikan Kemahiran Hidup yang mengambil subjek Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak pada tahun 2010 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini telah di jalankan secara terperinci bagi mengetahui Perkembangan kanak-kanak dibincangkan seperti bahasa, kognitif, sosioemosi, dan Fizikal. Kajian ini dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada guru dan ibu bapa bagi mengenali kanak-kanak dalam pelbagai aspek. Di samping itu, ia dapat membantu meningkatkan

perkembangan kanak-kanak ke tahap yang seterusnya melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di tadika.

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK PERINGKAT 4-6 TAHUN.

DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut Freud, pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibu bapa sendiri. Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibu bapa mesti memainkan peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku. Pelbagai perkataan atau frasa digunakan merujuk kanak-kanak dan hubungannya dengan pendidikan dan penjagaan. Perkataan pendidikan awal kanak-kanak diberi pelbagai takrif oleh pelbagai penulis. Misalnya, menurut Kostelnik dan rakan-rakan (1993) dalam Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) early childhood meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kana-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL, DAN KOGNITIF KANAK-KANAK AWAL. Pengetahuan berkaitan perkembangan kanak-kanak dapat membantu orang dewasa membuat pemerhatian ke atas penguasaan mereka. Pelbagai maklum balas dapat diguna pakai dalam membuat jangkaan masa hadapan atau langkahlangkah pencegahan ke atas sebarang petanda negative kanak-kanak. Dengan itu, setiap kanak-kanak akan membesar mengikut perkembangan dengan kadar yang berbeza. Orang dewasa perlu memahami dan bersedia bagi memajukan aspek kekuatan dan membaiki kelemahan dalam diri kanak-kanak itu. Mudah mudahan potensi setiap daripada mereka dapat dibangunkan ke tahap optimum (Putri Zabariah 2003). Perkembangan kanak-kanak dibincangkan seperti berikut: Bahasa Kognitif Sosial Sosioemosi Fizikal Kepintaran

Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas bayi berusia 1 tahun. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan,

kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan rupa paras. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Misalnya lapisan lemak yang tebal dalam badan bayi yang berusia satu tahun yang memberikan rupa bayi (babyish appearance) semakin berkurangan selepas usia bayi memasuki tahun kedua. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun hanya memiliki 50% daripada lemak yang ada di badannya ketika berusia satu tahun. Selain perubahan dari segi kuantiti, taburan tisu lemak turut berubah hasil daripada pertumbuhan tulang dan otok yang pesat. Perubahan ini juga telah mengubah bentuk badan kanak-kanak. Misalnya, pinggang kanak-kanak berusia 6 tahun lebih kecil daripada bahu dan pehanya jika dibandingkan dengan bayi yang mempunyai pinggang yang sama dengan dada dan pehanya. Saiz pinggang bayi yang besar adalah disebabkan oleh ketebalan tisu lemak dan kadar pertumbuhan organ dalaman yang lebih cepat daripada bahagianbahagian lain. Selain pinggang, kanak-kanak juga mempunyai saiz dan panjang kepala yang lebih seimbang jika dibandingkan dengan bayi. Panjang kepala bayi yang baru dilahirkan didapati meliputi satu perempat daripada keseluruhan ketinggiannya. Perubahan dari segi taburan tisu lemak, dan saiz kepala menyebabkan kanak-kanak 6 tahun lebih menyerupai orang dewasa jika dibandingkan mereka yang berusia 2 tahun yang masih menyerupai bayi. Kajian juga mendapati berat otak bayi yang berusia 2 tahun telah mencapai 75% daripada berat otak orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia 5 tahun telah mencapai 90% daripada berat otak orang dewasa. Pada keseluruhannya, otak berkembang dengan paling pesat dan bahagian atas kepala (contoh: otak dan mata) berkembang

lebih cepat berbanding dengan bahagian bawah (contoh: rahang dan dagu). Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibincangkan berdasar dua peringkat perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak (2 -3 tahun) dan kanakkanak prasekolah (3-6 tahun) dan peringkat pertengahan kanak-kanak (6 -13 atau 14 tahun). a. Perkembangan fizikal. Abi (2009) menyatakan bahawa kanak-kanak berumur empat tahun boleh berlari menggunakan hujung kaki dan berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh bergantungan di monkey bar, melompat dengan satu kaki dan rope skipping serta boleh membaling bola. Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh dikawal. Selain itu, mereka juga boleh melukis secara kasar untuk menggambarkan objek tertentu. Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak pada peringkat ini ialah 2 inci dan 5 hingga 7 inci setahun. Kanak-kanak perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inci dan 25.5 hingga 36.5 lb, manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata ketinggian lebih kurang 36 hingga 41 inci dan berat antara 27 hingga 38 lb. Pertambahan berat tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh. Kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih kelihatan lebih besar daripada badan. Pada akhir peringkat prasekolah badan kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, oleh itu

rupanya tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang mempunyai lebih banyak tisu otot. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti mulnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi social dan psikologi seperti rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan. Tumbesaran mereka adalah perlahan tetapi berterusan. Mereka telah mahir mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan berjalan di atas kayu palangpengimbang. Mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti bergantungan di monkey bar dan menggunakan walking turtle. Mereka berasa gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Mereka suka melakukan lompat tali atau skipping, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Mereka boleh menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian. Mereka boleh belajar mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Mereka menggunakan sudu- garfu dan alatan dengan betul dengan pantauan

Lingkungan umur 4 hingga 5 tahun

Pergerakan: Motor Kasar Berjalan ke belakang Melompat ke hadapan 10 kali tanpa terjatuh. Naik dan turun tangga bersendirian. Menggolekkan badan.(somersault) Berlari perlahan secara berjinjit. Berjalan di atas palang kayu. Boleh melompat-lompat sejauh 2 meter. Skipping menggunakan satu kaki bergilir-gilir. Pergerakan: Motor Halus Memotong mengikut garis berterusan. Meniru symbol tambah.(+) Meniru bentuk segi empat. Menulis beberapa huruf besar. Memotong bentuk-bentuk yang mudah. Meniru bentuk segi tiga. Menyurih bentuk berlian. Meniru tulisan namanya. Menulis angka satu hingga lima. Mewarna dalam garisan yang diberikan. Memegang pensel seperti orang dewasa. Ketepatan penggunaan tangan kanan ataupun kiri ( kidal).

5 hingga 6 tahun

Lingkungan umur 4 hingga 5 tahun

5 hingga 6 tahun

Menampal dan mengegam dengan betul.

b. Perkembangan motor. Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otak dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan pakai baju. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang telah dikuasai oleh kanak-kanak boleh dijelaskan seperti berikut:
i) 2 3 umur ( tahun )

melompat dan berlari ulang-alik menunjukkan tahap aktiviti yang paling tinggi Suka menconteng, mendiskriminasi objek tetapi tidak boleh melukis objek
ii) 3 5 umur ( tahun )

memanjat,

menendang

bola

dan

menunggang

basikal

kecil

Memegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara menegak, membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air dari bekas, dan boleh menyalin bulatan dan melukis garisan lurus

iii) 4 5 umur ( tahun )

melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga dengan sebelah kaki menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan melakukan aksi gimnastik yang mudah. Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf yang besar dan menggunakan gunting untuk memotong.
iv) 5 tahun dan ke atas

lari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan. Boleh melompat sejauh 3 kaki dan setinggi 1 kaki. Boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan gerakan kaki seperti bermula, berpusing dan berhenti dengan berkesan. Boleh berjalan atas palang, melontar dan menangkap bola. Menarik zip, membutang baju, membina rumah dengan blok, mengikat tali kasut, melukis atau menyalin bentuk, contohnya segi empat, tetapi tidak boleh melukis bentuk diamond kerana tidak simetri.

c. Perkembangan Sosial.

Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-

peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Contohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Erikson menyatakan peringkat ini kanak-kanak berada pada tahap Berdaya Tindak lawan Rasa Bersalah, iaitu:

i. Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri. ii. Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tindak tetapi masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa. Dalam pembentukan kesedaran ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama dalam identifikasi

d. Perkembangan Kognitif.

Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan sahaja mereka kurang berpengalaman secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi zaman awal kanak-kanak dan pertengahan kanak-kanak. Tetapi di sini kita hanya menitik beratkan zaman awal kanak-kanak.

Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif, contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan (scarecrow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna tambah Piaget lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi. Menurut Spodek et al. (1987), kognitif merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan

kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat iaitu suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.

Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir berbeza daripada orang dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar dan memberi penekanan kepada peringkat perkembangan yang berkait rapat dengan pematangan. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak awal ini di beri konsep sebagai pemikiran pra-olahan:

i. Semulajadi: Permulaan kebolehan menyusun semula dalam pemikiran apa yang telah dibina dari segi tingkah laku, dan peralihan penggunaan simbol daripada primitif kepada yang lebih sofistikated. Belum lagi boleh berfikir dari segi olahan.

ii. Sub peringkat fungsi simbolik: Sub peringkat ini berlaku lebih kurang pada umur 2 dan 4 tahun dan menggambarkan sifat pemikiran simbolik, egosentrik dan animisme

iii. Sub peringkat pemikiran intuitif:

Kanak-kanak berumur antara 4 dan 7 tahun. Intuitif kerana kanak-kanak

kelihatan

amat yakin dengan pengetahuan mereka. Tetapi tidak tahu bagaimana mereka mengetahuinya. Menyoal tidak berkesudahan dan kurang pengetahuan dari segi ketekalan.

Umur 5,6 dan 7 tahun Kanak-kanak berumur 5, 6 dan 7 tahun selalunya amat teruja untuk memulakan persekolahan dan tanggungjawab baru mereka, kecuali sebilangan kecil kanakkanak yang sebelumnya tidak dibiasakan dengan berkawan di Taska atau tadika.

Pada umur begini, ibu bapa adalah insan yang paling penting di dalam hidup mereka. Adalah penting untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan dengan suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia

begini sangat menggembirakan hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna kepada orang-orang dewasa.

Lingkungan umur 4 hingga 5 tahun

Bidang Kemahiran Bermain dengan perkataan seperti mencipta pantun sendiri, menyebut atau mereka perkataan yang sama bunyi.

Menunjuk atau menamakan enam jenis warna. Memadankan gambar-gambar lazim seperti kasut, stoking, kaki, rambutan, durian ataupun pisang.

Melukis rajah manusia dengan dua hingga enam anggota yang dapat dicam seperti kepala, kaki dan tangan. Dapat menamakan ataupun memadan anggota yang dilukis dengan anggotanya sendiri.

Melukis, menamakan, dan menjelaskan gambar yang biasa. Menghafal angka hingga lima, meniru orang biasa. Mengetahui nama jalan dan Bandar tempat tinggal. Memiliki tumpuan perhatian lebih lama. Belajar melalui pemerhatian dan mendengar orang dewasa serta melalui penerokaan. Mudah terganggu.

Memahami sebahagian ataupun seluruh hubungan konsep, fungsi, dan masa. Fungsi atau kegunaan objek disebut di

samping menamakannya. Pemahaman konsep berkaitan masa bertambah. Boleh bercakap berkenaan semalam ataupun minggu lepas ( masa lampau), hari ini, dan apa yang berlaku esok. 5 hingga 6 tahun Menceritakan semula daripada buku bergambar dengan tepat. Menamakan beberapa huruf dan angka. Mengira secara hafalan satu hingga sepuluh. Mengasingkan objek mengikuti cirri seperti mengikut warna, bentuk ataupun saiz.

.
e. Perkembangan Sosio - Emosi

Mereka memikir tentang diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadangkandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka lakukan ini kerana 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan kanak-kanak lain. Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka berkehendakkan kasih-sayang daripada ibu bapa. Mereka mula memahami

perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran, membina cita rasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan.

Lingkungan umur 4 hingga 5 tahun

Bidang Kemahiran : Bantu Diri Memotong makanan yang mudah dengan pisau. Contohnya: Timun, ubi kentang, dan kepingan tomato.

5 hingga 6 tahun

Mengikat tali kasut. Mengenakan pakaian dengan lengkap. Mengikat reben. Menggosok gigi tanpa bantuan. Melintas jalan raya dengan selamat. Bidang Kemahiran: Sosial Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.

Lingkungan umur 4 hingga 5 tahun

5 hingga 6 tahun

Bermain mengenakan pakaian. Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina. Memilih rakan sendiri. Bermain permainan meja yang mudah. Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.

Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas dengan adil.

f. Perkembangan Kepintaran

Mereka boleh membezakan kiri dan kanan. Kemahiran bercakap dan menyatakan kehendak mereka berkembang dengan amat pantas. Kejayaan di sekolah adalah penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu. Mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka boleh mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan. Selalunya pada umur 6 tahun, mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.

g. Perkembangan Bahasa Pengetahuan memahami perkembangan bahasa dan komunikasi perlu diketahui oleh semua guru. Perkembangan bahasa dan komunikasi adalah media pengantara yang digunakan oleh guru dan kanak-kanak di pra sekolah. Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak berbeza mengikut kumpulan umur.pengetahuan ini penting untuk guruguru memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih

berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan tahap keupayaan yang sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.

Lingkungan umur 4 hingga 5 tahun

Bidang Kemahiran: Sosial Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.

5 hingga 6 tahun

Bermain mengenakan pakaian. Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina. Memilih rakan sendiri. Bermain permainan meja yang mudah. Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing. Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas dengan adil.

Rumusan Kesimpulannya, pengetahuan bagi mengenali kanak-kanak dalam pelbagai aspek dapat memberi panduan kepada guru dan ibu bapa. Di samping itu, ia dapat membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang seterusnya melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di tadika.

BIBLIOGRAFI Abi. 2009. Perkembangan Kanak-kanak 4 tahun. Diperoleh pada 3 September 2010 Dari http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view= article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur3-4-tahun&Itemid=83

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) early childhood. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Perkembangan Fizikal Dan Kognitif Kanak-kanak. Diperoleh pada 23 September 2010 dari http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan- KognitifKanak-kanak. Piaget, J. 1930. The Childs Conception of The World. New York: International Universities Press

Putri Zabariah Megat A. Rahman, Bustam Kamri & Raja Hamizah Raja Harun (2005) ,Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS Profesional

Spodek, B.S., Saracho, O.N.& Davis, M. 1987. Fondation of Early Childhood Education. New Jersey: Prentice Hall. Inc.

Você também pode gostar