Você está na página 1de 10

Saiyidina Uthman Bin Affan

Saiyidina Uthman atau nama sebenarnya Uthman Bin Affan Bin Abul-As ialah khalifah yang ketiga selepas saiyidina Umar. Ia dilahirkan 5 tahun selepas nabi Muhamad dilahirkan. Beliau ialah seorang bangsawan dari golongan Quraish dari bani Ummaiyah. Seorang yang pemurah dan antara yang terkaya di tanah Arab. Beliau digelar Zunnurain yang bermaksud dua cahaya, ini kerana beliau telah menikahi dua puteri Rasulullah. Puteri yang yang dinikahi ialah Ruqqayah tetapi Ruqqayah telah meninggal dunia semasa perang Badar. Kemudian Rasulullah mengahwinkan anak yang lagi satu dengan Saiyidina Uthman iaitu Ummi Kalthum. Beliau seorang yang sangat pemurah contohnya semasa pergolakkan di Mekkah kerana ancaman yang dilakukan musyirikin Quraish terhadap kaum muslimin,beliau sanggup berhijrah tanpa menghiraukan kerugian terhadap perniagaannya. Beliau juga banyak membelanjakan harta kekayaannya ke jalan kebaikan seperti memberi sedekah kepada org muslim, menanggung perbelanjaan peperangan orang Islam.

Permulaan Saiyidina Uthman sebagai khalifah

Saiyidina Uthman dilantik menjadi khalifah setelah wafatnya Saiyidina Umar ibnul Khattab. Semasa dilantik menjadi khalifah beliau berumur 70 tahun, dan beliaulah antara khalifah yang tertua. Cara kepimpinan Saiyidina Uthman sangat bebrbeza dengan khalifah yang terdahulu. Beliau seorang yang lemah lembut dan tidak menggunakan kekerasan semasa memimpin. Semasa pemerintahan Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar, mereka mengamalkan corak kepimpinan yang tegas dalam memimpin. Semasa pemerintahan zaman Saiyidina Uthman , hidup-hidup orang arab mula berubah dari kehidupan biasa ke kehidupan yang lebih mewah. Kemewahan hidup inin hasil daripada penaklukkan negeri-negeri yang baru. Semasa zaman ini jajahan Islam telah mengembang luas. Saiyidina Uthman merasakan bahawa rakyaknya berhak untuk menikmati kemewahan itu tetapi melarang rakyatnya menggunakan kekayaan dan kemewahan itu untuk melanggar hukum Allah. Pada zaman ini ramai para sahabat yang keluar dari bandar Madinah dan bermastautin di wwilayah-wilayah baru baru yang telah dikuasai oleh pemimpin islam. Semasa pemerintahan Saiyidina Umar, rakyatnya tidak dibenarkan untuk keluar dari bandar Madinah. Saiyidina Uthman juga sentiasa mengambil tahu tentang gabenor-gabenornya diluar Madinah ini kerana beliau ingin menjaga nama baik mereka dan mengelakkan fitnah yang mungkin akan timbul.

PERLANTIKAN SAIYIDINA UTHMAN


Sebelom wafatnya Saiyidina Umar. Beliau telah menyenaraikan beberapa nama untuk menggantikannya. Antara nama-nama itu ialah Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, al-Zubair Bin Awwam, Abd al-Rahman Bin Auf. Mereka bermesyuarat di suatu tempat. Abd al-Rahman telah dipertanggungjawabksn untuk memilih antara Uthman dan Ali. Akhirnya Uthman telah dipilih menjadi khalifah yang ketiga.

DASAR PEMERINTAHAN
Saiyidina Uthman telah dilanti menjadi khalifah semasa beliau berumur 70 tahun. Beliau telah meneruskan dasar pemerintahan yang telah dilakukan semasa zaman pemerintahan Saiyidina Abu Bakar dan Umar. Semasa memerintah Saiyidina Uthman memerintah dengan baik. Banyak kawasan-kawasan baru dapt dikuasai. Dalam tempoh enam tahun pertama pemerintahan Saiyidina Uthman ialah zaman kegemilangan umat Islam, umat Islam hidup dengan penuh kemewahan hasil daripada penjajahan wilayah baru. Tetapi untuk tempoh enam tahun terakhir pemerintahan Saiyidina Uthman melalui zaman kejatuhan. Terjadi huru-hara dan fitnah yang terlalu banyak dilemparkan terhadap beliau.

PERLANTIKAN GABENOR
Semasa zaman ini islam mula berkembang pesat dan wilayah-wilayah yag dikuasai oleh orang islam semakin meluas. Ini membuatkan Saiyidina Uthman terpaksa melantik beberapa gabenor-gabenor yang baru. Banyak gabenor-gabenor lama yang telah dipecat oleh beliau dan digantikan dengan gabenor-gabenor baru yang majoritinya terdiri daripada ahli keluarganya sendiri. Ini membuatkan rakyat tidak berpuas hati dan menuduh pemerintahan Ssiyidina Uthman lebih kepada pemerintahan berkeluarga.

PEMBENTUKAN TENTERA LAUT


Saiyidina Uthman telah berjaya untuk membina satu angkatan tentera laut yang sangat kuat ketika itu Muawiyyah yang ketika itu menjadi gabenor Syam telah membantu Uthman untuk mewujudkan tentera laut ini, dan Abdullah Bin Qais dilantik menjadi ketua tentera laut. Objektif tentera laut diwujudkan ialah mengelakan ancaman tentera laut byzantine di kawasan laut Mediterranean. Tentera laut ini telah dapat membantu islam memperluaskan tanah jajahan melalui pulau.

PENULISAN SEMULA AL-QURAN


Saiyidina Uthman sentiasa ingin rakyatnya mendapat pendidikan yang cukup dan betul. Suatu hari Hudzaifah Bnul Yaman melaporkan kepada Uthman bahawa ia telah menyaksikan adanya perselisihan faham yang sangat ketara tentang bacaan al-Quran diantara umat islam. Saiyidina Uthman segera menyuruh Hudzaifah meminta Mushafyang telah dikumpulkan Abu Bakar yang ketika itu disimpan oleh Hafsah. Zaid Ibnu Tsabit telah diamanahkian untuk memimpin penyalinan Mushaf tersebut dengan di bantu oleh Abdulullah Ibnu Zubair, Zaid Ibnu Ash dan Abdurrahman Ibn Harits. Semasa menyalin naskah Mushaf ini mereka berempat juga ada berbeza pendapat,dan jika terjadinya perbezaan pendapat ini, naskah ini hendaklah ditulis dengan bacaan orang Quraish kerana al-Quran itu diturunkan dengan lisan orang Quraish.Uthman memerintahkan untuk membuat beberapa salinan naskah Mushaf lagi untuk dikirimkan ke Mekah, Kufah, Basrah dan Syam. Uthman sendiri ada memegang sebuah naskah Mushaf yang digelar al-Iman. Uthman memerintahkan agar umat islam memegang teguh kepada naskah Mushaf yang telah ditulis dan dikirimkan kepada mereka dan mushaf-mushaf yang sedia ada dikumpulkan dan dibakar. Dengan cara ini umat islam tidak lagi berselisihan faham mengenai pembacaan al-Quran dan kesuciannya juga terpelihara. Sebab itu naskah al-Quran sekarang ini dipanggil Mushaf Uthmani.

PENDIDIKAN
Semasa pemerintahan Saiyidina Uthman tugas mendidik dan mengajar itu diserahkan kepada umat itu sendiri. Pemerintah tidak bertanggungjawab untuk menyediakan dan menggaji guru-guru atau pendidik. Sesiapa yang ingin menjadi pendidik melaksanakan tugas itu hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata mata. Ini kerana pendidikan di zaman dulu tidak berteraskan ilmu-ilmu sains atau matematik tetapi ianya lebih kepada pengajaran teori tengtang pembacaan al-Quran, ilmu-ilmu tentang agama islam dan mempelajari lebih mendalam tentang agama islam. Pendidikan pada zaman itu hanya tertumpu kepada : 1. Orang dewasa dan orang tua yang baru masuk Islam 2. Anak-anak baik yang orang tuanya telah lama memeluk islam ataupun baru memeluk islam. 3. Orang dewasa atau orang tua yang telah lama memeluk islam. 4. Orang yang mengkhususkan dirinya menuntut ilmu agama secara meluas dan mendalam.

PEPERANGAN
Telah berlaku peperangan semasa pemerintahan Saiyidina Uthman. Antara peperangan yang berlaku ialah peperangan laut Al-Sawari. Peperangan ini berlaku pada 31 hijrah kerana pembatalan perjanjian oleh penduduk-penduduk Iskandariah terhadap perjanjian yang telah dibuat oleh mereka semasa pemerintahan zaman Saiyidina Umar al-Khattab. Mereka telah menyerang orang islam dan tentera laut islam telah menyerang balas tentera Byzantine. Tentera Islam telah memperolehi kemenangan. Kemenangan ini telah memperkukuhkan lagi kedudukan islam semasa itu. Ini membuktikan kekuatan tentera islam ketika itu sangat kuat dan sangat digeruni.

KELEMAHAN SEMASA PEMERINTAHAN SAIYIDINA UTHMAN


Pada zaman pemerintahan Saiyidina Uthman ini bermulalah masalah-masalah yang sebelum ini tidak berlaku sebelum ini. Semasa pemerintahannya, Saiyidina Uthman cuba untuk melakukan beberapa perubahan, malangnya percubaannya itu tidak mendatangkan hasil. Ini menyebabkan banyak fitnah-fitnah berlaku antara pihak pemimpin dan rakyat. Satu perkara yang menjadi kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama golongan keluargaanya sendiri. Salah seorang dari ahli keluarganya yang bernama Marwan Bin Hakkam selalu masuk campur dalam pemerintahannya. Perbuatannya yang membiarkan ahli keluarganya campur tangan dalam urusan pentadbiran dan perlantikan ke atas ramai ahli keluarganya dalam pemerintahan itulah yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dikalangan penduduk Madinah khas umat Islam. Antara perkara lain yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyak terhadap kepimpinan Saiyidina Uthman ialah beliau membenarkan bapa saudara beliau iaitu Al Hakam Bin Abi As dan beberapa keluarganya kembali ke Mekah. Al Hakam telah telah diperintah keluar dari Mekah semasa hayat Rasulullah kerana permusuhannya dengan Rasulullah ketika itu, dan ia tidak dibenarkan kembali ke Mekahsemasa hayat Rasulullah hingga ke pemerintahan Saiyidina Abu Bakar dan Umar. Saiyidina Uthman pernah memeohon kepada Rasulullah supaya Al Hakam dibenarkan kembali ke Mekah tetapi tidak dibenarkan Rasulullah. Apabila Saiyidina Uthman dilantik menjadi khalifah,dia membenarkan Al Hakam kembali ke Madinah,anak Al Hakam iaitu Marwan telah diberi jawatan menteri. Setalah wafat,Al Hakam disemadikan di Madinah dan pusaranya dibina dengan indah. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati yang amat memuncak terhadap rakyat,

Saiyidina Uthman tahu tentang ketidakpuasan rakyat terhadapnya tetapi ia tidak menggambil endah tentang perkara itu. Beliau berkata beliau telah menerima persetujuan daripada Rasulullah tentang memenarkan Al Hakam kembali ke Madinah, itu sebab beliau berani melakukannya. Orang islam juga berasa tidak puas hati apabila beliau memecat pegawai-pegawai yang dilantik semasa zaman Saiyidina Umar dan diganti dengan pegawai-pegawai baru yang terdiri daripada ahli keluarganya. Oleh kerana tindakan beliau itu telah timbul fitnah-fitnah terhadap dirinya bukan sahaja di Madinah,tetapi ke wilayah-wilayah lain yang telah dikuasai oleh orang islam. Tatkala itulah muncul seorang yang bernamaAbdulullah Bin Saba seorang yahudi yang telah mengaku dirinya islam telah membangkitkan kemarahan umat islam terhadap pemerintahan Saiyidina Uthman.

SAIYIDINA UTHMAN DIBUNUH


Suatu hari perusuh-perusuh yang berdendam dengan Saiyidina Uthman telah mengepung rumah beliau untuk membunuhnya. Ada diantara mereka yang telah berjaya masuk ke bilik Uthman,antaranya ialah Muhammad Bin Abu Bakar. Muhammad dengan biadap telah memegang janggut Saiyidina Uthman dan Saiyidina Uthman memarahi Muhammad dengan berkata : Wahai anak saudaraku,lepaskanlah janggutku kerana bapamu pun tidak akan melakukan seperti apa yang kamu lakukan terhadapku. Maka dilepaskan Muhammad akan janggut Siyidina Uthman itu. Ketika itulah seorang yang bernama Kinanah Bin Bisyr mengangkat anak panah di tangannya dan menikam Saiyidina terkena pada telinganya. Ketika itu Saiyidina sedang membaca al-Quran,dan janggut Saiyidina dibasahi darah termasuk Mashafnya,ketika itu Saiyidina masih sempat untuk menutup Mashafnya sebelum perusuhperusuh tadi terus menikamnya. Mayat Saiyidina Uthman dibiarkan selama 3 hari ditempat beliau terbunuh dan tiada siapa yang berani untuk mengambilnya. Kemudian ada empat orang yang terdiri daripada Hakim bin Hizam, Jubair bin Mutam, Abu Jahmin bin Huzaifah dan Niar bin Mukram telah berjaya melarikan mayat Saiyidina Uthman dari perusuh-perusuh dan kemudian disembayangkan dan dikebumikan dengan pakaianya tanpa dimandikan.

Você também pode gostar