Você está na página 1de 17

BAB 4

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DI TAPAK PEMBINAAN

4.0

Pengenalan

Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan seharusnya memainkan peranan mereka dengan lebih efektif di dalam melaksanakan aspek keselamatan. Pihak berkuasa seperti NIOSH dan CIDB, pihak pemaju, jurutera perunding, kontraktor dan pekerja industri pembinaan mempunyai peranan masing-masing begi memastikan aspek keselamatan dijalankan mengikut akta dan undang-undang yang telah ada.

4.1

Pihak Berkuasa

Pihak berkuasa mempunyai peranan yang penting dengan memantau dan mengawal selia di semua tapak pembinaan supaya mereka mematuhi undang-undang

19 dan akta yang digubal bagi memastikan tapak pembinaan menjadi satu persekitaran kerja yang selamat. 4.1.1 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Department of Safety and Health (DOSH)

Dengan berkuatkuasanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, maka tertubuhlah Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa, namun Jabatan Kilang dan Jentera telah ditukar namanya kepada JKKP. JKKP ditubuhkan di peringkat Pusat iaitu beribu pejabat di Kuala Lumpur dan di setiap negeri.

JKKP ditubuhkan dengan beberapa objektif:

(1)

Menggubal

dan

mengkaji

dasar,

undang-undang,

peraturan,

tataamalan dan garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tugas ini dijalankan oleh Unit Kajian Dasar dan Perundangan.

(2)

Memastikan majikan, pekerja, orang yang bekerja sendiri, pereka bentuk, pembekal, pengimpot sentiasa mengamalkan budaya kerja yang sihat dan selamat serta mematuhi undang-undang, peraturan, tataamalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Objektif ini dicapai melalui cara promosi dan penguatkuasaan.

(3)

Membantu dan memberi khidmat kepakaran, galakan, latihan, penyebaran maklumat dan penyelidekan oleh agensi Kerajaan, organisasi bukan Kerajaan dan majikan supaya dapat meninggikan taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

20

Aktiviti Utama Jabatan adalah:

(1)

Menguruskan pentadbiran dan memberi maklumat kepada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

(2)

Mengkaji, mengenal pasti, merangka dasar, peraturan, tataamalan dan garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(3)

Membuat analisa teknikal dan mengenal pasti langkah-langkah bagi mengawal bahaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

(4)

Menyemak dan memperaku rekabentuk jentera seperti dandang stim, pengandung tekanan dan mesin angkut.

(5)

Menyemak dan memperaku rekabentuk peralatan yang berkaitan dengan penggunaan bahan petroleum dan kelengkapan pelindung diri seperti penutup telinga dan mesin pengukur bunyi.

(6)

Menyemak dan memperaku rekabentuk penstoran, penghantaran dan penggunaan bahan petroleum kimia.

(7)

Menyediakan sukatan pemeriksaan dan penilaian serta mengendalikan peperiksaan tahap kecekapan firma dan organisasi berkebolehan.

21

(8)

Mengenal pasti, menyemak laporan keselamatan dan pelan tindakan kecemasan serta membuat pemeriksaan dan audit ke atas instalasiinstalasi bahaya besar.

(9)

Membuat pemeriksaan berkala dan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke atas kilang, jentera dan tempat kerja. Pemeriksaan dibuat setiap lima belas bulan sekali.

(10)

Membuat pemantauan bahaya-bahaya kesihatan di tempat kerja.

(11)

Menyemak laporan pemantauan bahaya kesihatan

(12)

Menyiasat kemalangan, penyakit dan keracunan pekerjaan dan kejadian bahaya yang berlaku di tempat kerja.

(13)

Menganjur dan memberi ceranah serta latihan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(14)

Memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaaan kepada agensi awam dan swasta serta persatuan-persatuan.

(15)

Mengumpul dan menyediakan bahan dan maklumat berhubung dengan keselamtan dan kesihatan pekerjaan. Perpustakaan ditubuhkan di Jabatan.

22 (16) 4.1.2 Melakukan kerja-kerja pendakwaan.

Majlis Negara bagi Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan

Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah di bawah AKKP. Tugas-tugas Majlis ini adalah:

(1)

Menyiasat dan membuat laporan serta syor kepada Menteri dengan apa-apa perkara yang berhubung dengan tujuan akta ini.

(2)

Mengubah perkara yang dianggap wajar erhadap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(3)

Memajukan

pentadbiran

dan

penguatkuasaan

perundangan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(4)

Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan dengan buruh tentang keselamtan dan kesihatan pekerjaan serta kebajikan orang yang sedang bekerja.

(5)

Menangani masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain di dalam masyarakat.

(6)

Menubuhkan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi industri kimia di tempat kerja.

23 (7) Mengaanalisa statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berkaitan dengan pekerjaan.

(8)

Mengadakan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja.

(9)

Menggalakkan pembangunan dan penerimaam melalui undangundang akan tataamalan industri yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan.

(10)

Membangunkan

rancangan

dan

kemudahan

pemulihan

untuk

membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja.

4.1.3

Intitusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

Institut ini ditubuhkan pada 1 hb. Disember 1992 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 untuk memacu budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Misi utama penubuhan NIOSH adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau Occupational Safety and Health (OSH) di Malaysia.

Fungsi NIOSH adalah untuk:

(1)

Menyumbang ke arah usaha-usaha menaiktaraf KKP melalui pembangunan kurikulum dan program latihan kepada pekerja dan majikan

24 (2) Menolong industri, perdagangan dan lain-lain menyelesaikan masalah yang bersankutan dengan KKP

(3)

Membantu mereka-mereka yang bertanggungjawab ke atas KKP dengan informasi terkini di dalam KKP di luar negara

(4)

Menganjurkan kajian samada janka pendek atau jangka panjang ke atas KKP dan isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan Malaysia

(5)

Dissem inate informasi tentang kajian dan penemuan KKP dan isu kesihatan di dalam aktiviti utama dan sebagainya di bawah atau bagi pihak Institut dan menjadi pusat rujukan.

NIOSH mempunyai komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab di dalam memastikan semua pekerjanya bekerja di dalam persekitaran yang sihat dan selamat. Selain itu, polisi NIOSH adalah mematuhi semua undang-undang dan peraturan keselamatan dan kesihatan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menghindari pekerjaan yang bersangkutan dengan kecederaan dan penyakit.

Objektif penubuhan NIOSH adalah untuk:

(1)

Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua pekerja, peserta kursus, kontraktor dan pelawat.

(2)

Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan kepada pekerja

25 (3) Memastikan setiap pengurus dipertanggungjawabkan keatas keselamatan dan kesihatan yang didirikan.

Setiap pekerja adalah aspek utama program keselamatan dan kesihatan dan adalah dijangka mereka akan komited dengan objektif di atas.

Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga turut mempunyai peranan di dalam memastikan setiap projek pembinaan di bawah seliaan mereka mematuhi undangundang dan akta yang ada di dalam aspek keselamatan di tapak pembinaan. Mereka semestinya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar atau enggan mematuhi aspek keselamatan sebagaimana termaktub di dalam undang-undang dan akta.

4.2

Pemaju

Pihak pemaju mestilah meminta setiap kontraktor yang melakukan projek mereka mengadakan satu pelan keselamatan yang lengkap dan mematuhi semua akta yang ada sebelum pihak kontraktor memulakan kerja mereka. Ini bagi memastikan semua kerja yang dijalankan dapat mengikut jadual yang telah ditetapkan dan siap mengikut jangka waktu yang telah dimeterai oleh semua pihak. Sekiranya kemalangan berlaku, ini akan menyebabkan banyak masa terbuang bagi siasatan dan ini akan menyebabkan projek tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan

Menurut Zairo Alias (1997)[9], pemilik diperlukan di dalam aspek pengawasan ke atas kontraktor. Pemilik tidak berhak untuk membuat arahan kerja yang dilakukan tetapi boleh diutarakan kepada pihak kontraktor untuk tindakan.

26 Samelson and Levitt (1982) [10], di dalam kajian mereka, telah mengenal pasti bahawa kaedah yang digunakan oleh pemilik di dalam memilih kontraktor yang selamat di mana pemilik yang terlibat secara langsung di dalam memilih dan mengawasi program keselamatan kontraktor akan memberi impak kepada penurunan kadar kemalangan di tapak projek. Selain itu, penggunaan permit jangka pendek di dalam pengendalian operasi yang berbahaya, penekanan keselamatan semasa lawatan awal tapak, keperluan keselamatan secara terperinci di dalam spesifikasi dan pemeriksaan tapak, simpanan rekod keselamatan, menetapkan matlamat keselamatan ke atas kontraktor dan menjadikan aspek keselamatan sebagai syarat dan kriteria pemilihan kontraktor.

Menyediakan orientasi keselamatan dan latihan kepada pekerja dan pengawasan ke atas operasi berbahaya serta menyediakan kakitangan keselamatan sendiri yang mempunyai kepakaran dan mahir di dalam bidang keselamatan dan kesihatan.

Penekanan ke atas kontraktor oleh pemilik atau pemaju supaya menyediakan aspek keselamatan dan latihan kepada kakitangan di tapak pembinaan, melakukan pemeriksaan ke atas mensyuarat keselamatan di tapak dan kedua-dua belah pihak iaitu pemilik dan kontraktor melakukan penyiasatan bersama sekiranya berlaku kemalangan di tapak pembinaan.

4.3

Jurutera Perunding

Jurutera seharusnya menjalankan tugas bagi pihak pemaju dengan memastikan projek dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam

27 kontrak. Mereka seharusnya memastikan pihak kontraktor mengadakan dan mematuhi setiap pelan keselamatan yang telah dirangka bagi memastikan tapak pembinaan adalah selamat dan projek dapat dijalankan mengikut jadual.

Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [3], pihak jurutera perunding adalah antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung di tapak pembinaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja binaan.

Aspek-aspek penerapan dan pematuhan undang-undang dan polisi, dasar kerja yang proaktif dan fasilitatif dalam hal keselamatan dan pengetahuan yang cukup amatlah diperlukan dan ianya perlu ada pada setiap jurutera perunding projek.

4.4

Kontraktor

Pihak kontraktor adalah pihak yang paling utama di dalam memastikan aspek keselamatan dilaksanakan kerana merekalah yang menjalankan kerja di tapak pembinaan.

Abdul Aziz Hussin (2004) [3], di dalam seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP)1994, menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab dan tugas majikan mempastikan seberapa yang boleh, keselamatan pekerjapekerjanya, di mana ini termasuklah soal-soal sistem dan prosedur kerja yang selamat, peralatan yang selamat (diguna atau atas kewujudannya di situ) dan tempat serta suasana kerja yang selamat. Secara khususnya, menurut seksyen 15(1) AKKP 1994, tugas menjaga keselamatan pekerja (termasuk di tapak pembinaan) merangkumi:

28 (1) penyediaan dan penyelenggaraan mesin jentera dan alatan, dan sistem kerja yang selamat, dan tidak memberi risiko kesihatan;

(2)

Diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera dan alatan itu adalah selamat;

(3)

Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai kepada pekerja berkaitan keselamatan mereka semasa bekerja;

(4)

Penyelenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa selamat;

(5)

Suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.

Perkara-perkara mengenai tanggungjawab majikan (menyediakan peralatan keselamatan) dan tanggungjawab pekerja (memakai atau mengguna peralatan berkenaan) pernah menjadi isu perbincangan utama di dalam kes Wong Soon San melawan Malayan United Industrial Co. Ltd. (1967 ).

Di dalam kes Smith melawan Baker (Charles) & Sons (1981), Kontrak di antara majikan dengan orang yang diambil bekerja melibatkan pihak majikan itu kewajipan untuk mengambil langkah-langkah berhati-hati yang munasabah yang mana pada menjalankan operasinya tidaklah menjadikan pekerja-pekerjanya itu terdedah kepada risiko yang tidak perlu. Ini termasuk menyediakan perkakas yang sesuai dan tidak mendatangkan risiko kepada pekerja. Jika majikan gagal mengambil langkah berjaga-jaga (berhati-hati) yang munasabah dalam menjaga keselamatan pekerjanya, maka majikan itu (misalnya kontraktor) boleh didakwa cuai (Abdul Aziz Hussin, 2000, m.s. 20-25)

29 Di dalam kes Ng Kim Cheng Pte. Melawan Naigai Nitto Singapore Ltd. (1991), majikan telah didapaticuai kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan atas keselamatan plaintif (pekerja) dan menyediakan sistem kerja dan gagal untuk menjaga atau membaiki brek keselamatan jenangkut-susun itu dengan baik. Mahkamah juaga memutuskan bahawa majikan berkewajipan untuk berjagajaga yang munasabah untuk menyediakan logi dan perkakasan yang selamat untuk kegunaan pekerja-pekerjanya dan menyelenggaranya supaya senantiasa dalam keadaan baik.

Sistem

kerja

yang

selamat

dan

yang

tidak

mendedahkan

risiko

kecederaan/kematian kepada pekerja ditekankan di dalam kes Mohd. Sainudin b. Ahmad melawan Consolidated Hotels Ltd. & seorang lagi (1978).

Kegagalan menyediakan peralatan keselamatan (misalnya tali pinggang keselamatan) kepada pekerja dalam jenis-jenis kerja yang memerlukan penggunaannya boleh mengakibatkan majikan (kontraktor) didakwa cuai, kes Chong Fah Lin melawan United Engineers (M) Sd. Bhd. (1978).

Menurut Zairo Alias (1997) [9], pihak kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keadaan dan perjalanan kerja di tapak pembinaan. Mereka bertanggungjawab mengawasi kerja pembinaan, menganal pasti masalah yang mungkin timbul dan mengambil tindakan ke atas masalah yang timbul.

Menurut Hinze and Raboud (1988) [11], telah mengenal pasti langkahlangkah yang sesuai untuk mencapai atau mengekalkan tahap keselamatan yang di terima di dalam sesebuah projek besar. Langkah-langkah tersebut adalah:

(1)

Mengambil atau melantik seorang pakar keselamatan sepenuh masa

30 (2) Sokongan padu daripada pihak atasan pengurusan tentang aspek keselamatan

(3)

Perjumpaan atau mesyuarat keselamatan diwajibkan ke atas penyelia

(4)

Mengawasi pencapaian penyelia keselamatan

(5)

Melakukan lawatan tapak mengenai aspek keselamatan

(6)

Isu-isu keselamatan dimasukkan di dalam minit mesyuarat tapak

(7)

Penggunaan teknik-teknik terkini mengurangkan kadar kemalangan

(8)

Aspek keselamatan akan berjaya sekiranya wakil dari klien atau klien itu sendiri menghadiri mesyuarat koordinasi tapak

(9)

Tekanan kerja akan mempengaruhi keberkesanan aspek keselamatan

Menurut Syed M. Ahmad et al (2000) [4], pihak kontraktor sewajarnya diselia mengikut langkah-langkah di bawah di dalam menyediakan pelan keselamatan tapak yang jelas, terperinci dan praktik di tapak pembinaan:

(1)

Pelan keselamatan tapak seharusnya berdasarkan polisi keselamatan syarikat, dan mestilah mematuhi garis panduan dan undang-undang yang sedia ada mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja.

31 (2) Kontraktor seharusnya mengambil kira kehendak pembinaan dan keselamatan dan kesihatan di tapak

(3)

Kontraktor seharusnya memberitahu klien tentang aspek keselamatan dan kesihatan yang dikehendaki dari mereka

(4)

Kontraktor seharusnya dapat melihat bahaya yang mungkin ekoran dari isu keselamatan dan kesihatan

(5)

Kontraktor seharusnya memantau aktiviti-aktiviti yang berbahaya sekiranya perlu

(6)

Kontraktor wajar melakukan penyiasatan keadaan tapak dengan terperinci dan mengambil semua informasi yang bersangkutan keselamatan dan kesihatan

(7)

Pihak kontraktor mesti mengadakan rundingan dengan mereka yang mempunyai pengalaman berkaitan dan tahu dengan keadaan tapak

(8)

Kontraktor mesti menggunakan dengann sepenuhnya informasi yang ada dan meneruskan analisis yang teliti supaya dapat membuat pelan keselamatan tapak yang lengkap dan praktik.

Di dalam seksyen 30 AKKP 1994, setiap majikan tempat kerja yang mempunyai sekurang-kurangmya 40 orang pekerja atau sekiranya diarahkan oleh Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tersebut.

32 Akta juga mengkehendaki majikan berunding dengan jawatankuasa dalam proses membuat dan melaksanakan perkiraan yang akan membolehkan beliau dan pekerja-pekerjanya untuk bekerjasama dengan berkesan dalam penggalakkan, pembanguynan, dan penilaian keberkesanan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Jawatankuasa ini adalah bertujuan melaksanakan dasar atau polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, menggalakkan pihak pengurusan dan pekerja berunding dan bekerjasama dalam mengenal pasti, menilai dan mengambil tindakan ke atas masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Menurut seksyen 29 AKKP 1994, mengenai perlantikkan pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, akta mengkehendaki majikan menggaji seseorang yang berkelayakan iaitu seorang yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

4.5

Pekerja Industri Pembinaan

Pekerja di tapak pembinaan adalah salah satu komponen terpenting dalam hasil pengeluaran industri pembinaan. Oleh yang demikian, mereka adalah satu aset kepada industri ini. Maka, keselamatan dan kesihatan mereka di tapak pembinaan perlu menjadi perkara utama yang mesti diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak samada pihak penguatkuasa, klien, konsultan dan kontraktor malah pekerja itu sendiri.

33 Peruntukkan-peruntukkan Utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di dalam Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ada menyebut bahawa tanggungjawab dan peranan pekerja dalam mewujudkan tempat kerja yang selamat. Pihak pekerja hendaklah diingatkan tentang tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan dirinya dan orang lain, memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan dalam melaksanakan program keselamatan dan kesihatan termasuk menggunakan alat-alat keselamatan yang disediakan, serta melaporkan segala keadaan yang berisiko dan sebarang kemalangan di tempat kerja kepada penyelia atau pegawai yang bertanggungjawab.

Penglibatan pekerja amat bernilai kerana mereka dapat memberi maklumat dan maklum balas terhadap risiko yang dihadapi di tempat kerja, terutama pekerjaan di bahagian teknikal. Justeru, wakil pekerja seeloknya dipilih dari bahagian yang strategik atau paling tinggi risikonya untuk menganggotai jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [3], di pihak pekerja itu sendiri juga perlulah peralatan insaf untuk menjaga yang keselamatannya (tali sendiri dari risiko atau kecederaan/kematian, misalnya berhak semasa kerja termasuk menggunakan keselamatan disediakan pinggang keselamatan) menggunakan tangga mudah alih dengan betul dan cermat.

Pekerja itu sendiri perlu ada kesedaran dan kesediaan mematuhi undangundang, peraturan dan prosedur keselamatan supaya dapat memberi sumbangan besar di dalam menjamin keselamatan mereka sendiri.

Para pekerja industri pembinaan seharusnya mematuhi setiap aspek keselamatan yang telah diadakan oleh pihak majikan mereka supaya kemalangan dapat dielakkan dan menghindari mereka daripada tercedera semasa bekerja. Mereka

34 seharusnya peka dengan persekitaran bekerja dan sentiasa memakai peralatan keselamatan yang disediakan.

Você também pode gostar