Você está na página 1de 32

1.

0 PENGENALAN

Strategi pembangunan wilayah yang dijalankan negara kita bertujuan untuk merapatkan lagi perhubungan antara negeri dengan cara mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah. Matlamat asas pembangunan wilayah adalah untuk menyeimbangkan agihan agar lebih sama rata bukan sahaja dari segi pendapatan, tetapi juga kemudahan awam, seperti kesihatan dan pendidikan, perkhidmatan, perumahan dan peluang untuk kemajuan sosial serta ekonomi rakyat. Ekoran daripada itu, telah banyak projek-projek untuk pembangunan telah dijalankan. Antaranya ialah projek pembangunan koridor. Sebanyak RM6 bilion daripada RM10 bilion dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan dalam Bajet 2009 bagi memajukan kesemua Pelan Induk Pembangunan Wilayah. Terdapat lima pembangunan koridor di negara kita iaitu Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Koridor Pantai Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Sarawak. Kelima-lima pembangunan koridor tersebut adalah sebagai pemangkin dalam pembanguan wilayah negara. Pembangunan boleh didefinisikan suatu proses atau keupayaan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam sesuatu jangka masa tertentu serta menyediakan sumber tambahan untuk pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang. Menurut Bath, 1973, wilayah merupakan satu pembentukan kawasan sempadan geografi yang melampaui batas semapadan politik negeri atau pemerintah dengan membentuk sempadannya sendiri berdasarkan kepentingan perancangan pembangunan yang di olah dan ianya dapat di bentuk daripada criteria ekonomi dan sosial. Iskandar Malaysia misalnya, akan bagi memenuhi yang akan wujud dari pertumbuhan perniagaan, Iskandar Malaysia akan membangunkan sistem pengangkutan awam bersepadu. Sebagai permulaan, usaha ini akan ditumpukan kepada menambah baik perkhidmatan bas melalui kerjasama dengan pegusaha bas sedia ada. Di bidang perkhidmatan kesihatan pula, pusat kecemerlangan pengajian dan penyelidikan pasca ijazah hendak ditubuhkan dengan kerjasama hospital swasta. Walau apapun usaha kerajaan untuk membangunkan negara, seperti apa yang di katakan dalam perenggan atas, setiap pembangunan itu pasti akan memberikan kesan terhadap apa yang berada di sekelilingnya. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pembangunan itu ada kesan positif dan negatif terhadap alam sekitar dan juga manusia.

Namun, sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan ianya perlu terlebih dahulu menepati piawaian keselamatan yang telah disiapkan. Kesan-kesan pembangunan wilayah terhadap alam sekitar dan masyarakat merupakan isu yang akan dikupas dalam tugasan ini. Hal ini kerana walaupun pembangunan koridor bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara, namun antara kita sedar atau tidak kesan pembangunan wilayah juga boleh mengancam hidup manusia dan alam sekitar. Pembangunan yang pesat tanpa menghiraukan hal ehwal masyarakat dan alam sekitar akan mengakibatkan kita menanggung permasalahan yang lebih teruk lagi pada masa akan datang. Pembangunan mampan harus dijalankan kerana ianya bukan sahaja pembangunan yang berobjektifkan untuk memenuhi keperluan semasa atau masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Sesuatu pembangunan mestilah dapat mengekalkan ekosistem alam sekitar. Alam sekitar merupakan suatu ekosistem yang mengandungi unsur tabii, sistem sokongan hidup dan ianya perlu digunakan dengan bijak bagi menjamin kesejahteraan sosial.

2.0 PEMBANGUNAN WILAYAH ISKANDAR MALAYSIA 2.1 Latar belakang Pembangunan Iskandar Malaysia dilancarkan pada 30 Julai 2006. Dahulunya dikenali sebagai Koridor Wilayah Iskandar. Manakala pelancaran secara rasmi diperkenan oleh sultan Johor, Almarhum Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkilalallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 4 November 2006. Rancangan pembangunan merupakan rangka pembangunan yang paling besar dilaksanakan di negeri Johor selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Pembangunan yang mengambil masa sehingga tahun 2025 ini meliputi kawasan selatan Johor dan memerlukan kos sebanyak RM 47 billion dan terbahagi kepada 5 zon ekonomi iaitu Johor Bharu, Nusajaya Pintu Pembangunan Barat, Pintu Pembangunan Timur, dan kawasan Senai hingga Skudai. Objektif utama rancangan pembangunan ini ialah menjana pertumbuhan ekonomi wilayah Selatan Johor dan mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus untuk tempoh lima tahun yang pertama. Selain itu, pembangunan Iskandar Malaysia merangkumi tiga lokasi utama iaitu, Lapangan Terbang Senai, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Pasir Gudang. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu dalam ucapan utamanya menegaskan bahawa kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan RM 4.3 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk dijadikan modal permulaan. Mantan Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi juga berharap Iskandar Malaysia mampu melahirkan bandar metropolis yang pertama di Johor selepas tahun 2025. (Zaharudin Mohd Ali dan Lukman Ismail. 4 November 2006. Utusan Malaysia) Kawasan yang diterokai ialah seluas 2, 217 kilometer persegi atau 3 kali keluasan Singapura. Terdapat empat komponen penting dalam pembangunan Iskandar Malaysia. Antaranya ialah penggubalan Pelan Induk Perniagaan, penubuhan badan penyeliaan yang kukuh iaitu di bawah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), penubuhan Pemaju Raya atau dikenali dengan South Johor Investment Corporation Berhad (SJICB), dan pemberian pakej insentif untuk menggalakkan inisiatif untuk pemangkin pembangunan. Berdasarkan pelan pembangunan Iskandar Malaysia, kerajaan telah menumpukan ekonomi yang pelbagai. Contohnya, bidang elektrik dan elektronik,

petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif. Khazanah Nasional Bhd telah diberi tanggungjawab menguruskan pembangunan rancangan pembangunan wilayah ini. Projek-projek yang sedia seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga, bandar Nusajaya, kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Kompleks Kastam, Kuarantin dan Imigresen (CIQ) turut ditambah dengan projek-projek baru. Kerajaan juga yakin bahawa WPI mampu menarik pelaburan asing ke negeri Johor seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk.

2.2 Kesan Pembangunan Wilayah Iskandar 2.2.1 Kesan Positif Pembangunan Wilayah Iskandar Terhadap Masyarakat Politik Pembangunan wilayah Iskandar Malaysia merangkumi 5 zon utama iaitu Pusat Bandar Johor Bharu, Nusajaya, Pelabuhan Tanjung Pelepas, kawasan Senai dan Pasir Gudang dan zon Tanjung Langsat. Letakan pusat pentadbiran bagi 5 tersebut adalah di zon Nusajaya. Bandar Nusajaya dipilih untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran yang baru bagi negeri Johor kerana di situ terdapat Kompleks Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pusat Persidangan Negeri (DUN), Dataran Mahkota dan Kompleks Menteri Besar Negeri Johor. Pusat pentadbiran di Nusajaya yang dilengkapi dengan kemudahan yang lebih selesa dan setempat. Pemilihan bandar Nusajaya sebagai kawasan pentadbiran merupakan pilihan yang bijak bagi membolehkan penduduk menyelesaikan urusan di satu kawasan sahaja. Hal ini juga mungkin boleh menjimatkan kos perjalanan atau kos sesuatu urusan yang ingin dijalankan oleh seseorang individu untuk berurusan dengan pihak kerajaan. Tambahan pula, kemudahan yang lengkap telah disediakan bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Sosial Antara aspek sosial yang dibangunkan dalam Wilayah Iskandar Malaysia ialah kemudahan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perhubungan dan pengangkutan, perumahan dan sebagainya. Sehubungan itu, kerajaan telah meningkatkan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat. Dengan adanya penambahbaikan dalam penawaran kursus, Universiti Teknologi Malaysia telah memfokuskan kepada kajian

teknikal di bawah fakulti-fakulti yang berbeza. Contohnya mangasingkan fakulti pendidikan, sains tulen dan pengurusan serta pembangunan sumber manusia. Selain itu, universiti yang juga universiti kejuruteraan tertua di Malaysia juga mempunyai kerjasama akademik antarabangsa dan menawarkan 108 program lepasan ijazah kejuruteraan dan teknologi. Tidak hairanlah sekiranya kerajaan mampu mengeluarkan tenaga buruh mahir bagi mengisi kekosongan jawatan dalam pembangunan yang hampir selesai untuk fasa pertama. Penawaran kursus pendidikan seperti ini mampu menampung keperluan tenaga mahir dan mengurangkan kadar pengangguran golongan mahasiswa. Rancangan pembangunan Iskandar Malaysia juga menempatkan Sekolah Antarabangsa dan universiti luar negara dan mengadakan program sekolah angkat di kawasan luar bandar. Pusat kecemerlangan barat dan kolej komuniti juga turut dibangunkan. Bagi memperkasa pembangunan modal insan, kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Pendidikan 2006-2010, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara : Malangkaui tahun 2020, dan Pelan Induk Pengajian Tinggi 2007-2010 dengan matlamat menyediakan tenaga kerja yang berinovatif dan berkemahiran tinggi. Pusat pendidikan seperti ini mampu melahirkan warga kerja berpendidikan yang fasih berbahasa Inggeris dan Melayu serta dapat menguasai bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa mandarin. Hal ini bersesuaian dengan objektif kerajaan ialah meningkatkan hub pendidikan yang bertaraf dunia. Kewujudan banyak peluang pekerjaan telah menarik minat pendatang luar datang ke Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang rancak dibangunkan. Oleh hal yang demikian, populasi penduduk di negeri Johor semakin bertambah terutamanya daripada golongan yang berumur antara 25 hingga 50 tahun. Di samping itu juga, pertambahan penduduk tidak menjadi masalah kerana kawasan perumahan yang dibangunkan mencukupi bagi menampung populasi penduduk yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ekonomi Selain itu, pembangunan wilayah Iskandar telah membawa perubahan ekonomi bagi wilayah negeri Johor. Contohnya, wujudnya Hub Halal, Hub Logistik dan pelabuhan kelas pertama, Hub kewangan Islam dan Hub Biofuel. Hub Halal merupakan salah satu produk keluaran tempatan dalam strategi kerajaan mempromosikan pengeluaran makanan halal seperti produk daging halal di Malaysia.

Produk daging halal bukan sahaja mendapat sambutan dalam pasaran tempatan, malahan produk ini juga mendapat perhatian di pasaran antarabangsa. Tambahan pula Malaysia telah memperkenalkan MIHAS (Pameran Produk Halal) yang diadakan sepanjang tahun. Langkah kerajaan ini bukan sahaja menambahkan permintaan eksport, malah ia juga sekaligus menambahkan pendapatan dan juga peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Secara tidak langsung, pengeluaran produk halal merupakan satu bonus terutamanya kepada pengusaha-pengusaha muda dalam pasaran baru seperti ini. Hub logostik dan pelabuhan kelas pertama juga telah diwujudkan melalui wilayah pembangunan Iskandar. Hal ini berikutan penaiktarafan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai pelabuhan kelas pertama. Sebagai pelabuhan yang berkembang pesat, pelabuhan ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai Best Emerging Container Terminal. Masyarakat juga berpeluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan adanya Zon bebas cukai yang diperkenalkan dalam Wilayah Iskandar Malaysia iaitu di kawasan Bandaraya Johor Bharu (Zon A). Contoh bidang perniagaan yang boleh diceburi ialah kraftangan, pengkhususan makanan, gerai makanan dan pakaian, dan sebagainya. Kerajaan juga menaiktaraf Lapangan Terbang Senai untuk pembangunan. Tanah seluas 2800 ekar diterokai untuk membina Taman Berteknologi Tinggi, Pusat Kargo Udara dan kemudahan-kemudahan sokongan lain. Bandar logistik juga diwujudkan bagi membolehkan penyediaan kilangkilang yang siap dibina dengan prasarana asas untuk pembangunan kelompok industriindustri yang berteknologi tinggi di bawah satu pengezonan bersepadu seperti yang dipromosikan. Kawasan Zon Bebas Senai juga turut diperkenalkan. Kawasan ini memperuntukkan pajakan perniagaan untuk logistik dan aktiviti-aktiviti pembuatan berteknologi tinggi. Rancangan ini melibatkan ruang yang luas, bekalan kuasa berkualiti, air bersih, dan insfrastruktur IT yang canggih. Sehubungan itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 200 ekar tapak tanak untuk kegunaan logistik dan pejabatpejabat pusat perkhidmatan, gudang-gudang kargo, pusat halal serta pembuatan berteknologi tinggi dan susunan kilang yang strategik. WPI juga menjadi salah satu kawasan tumpuan pelabur asing dan ini menguntungkan masyarakat setempat dan juga negara. Rancangan-rancangan yang dilaksanakan telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk terutamanya di sektor perkhidmatan, perindustrian, pelancongan,

perniagaan dan sebagainya. Secara tidak langsung, kerajaan dapat mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Hal ini terbukti apabila kadar inflasi di negeri Johor adalah rendah iaitu di bawah 3.5 peratus.

2.2.2 Kesan Negatif Pembangunan Wilayah Iskandar Terhadap Masyarakat Menambahkan gejala sosial Sesuatu rancangan pembangunan mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kesan buruk yang jelas ialah dari aspek sosial masyarakat terutamanya remaja. Jika melihat kepada rancangan kerajaan yang ingin mewujudkan bandar metropolis yang pelbagai bidang dan salah satunya ialah industri hiburan. Kewujudan pusat-pusat hiburan, pusat membeli belah dan pembangunan pusat pelancongan akan menambahkan lagi kebejatan gejala sosial yang masih menghantui masyarakat sehingga ke hari ini. Remaja yang terdedah dengan kemajuan pesat ini akan terjerumus dalam kancah yang tidak sihat. Hal ini menimbulkan kerisauan kerana remaja mudah terpengaruh dengan budaya luar sekiranya tidak mendapat perhatian dan kawalan yang sewajarnya dari ibu bapa dan pihak berkuasa yang bertangunggjawab.

2.2.3 Kesan Negatif Pembangunan Wilayah Iskandar Terhadap Alam Sekitar

Pencemaran Projek WPI telah menyebabkan pencemaran air di sepanjang sungai Skudai, Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Sungai Sengget. Antara bahan buangan yang menyebabkan berlakunya pencemaran air di sungai-sungai tersebut ialah pembuangan sampah sarap dan air kumbahan. Air kumbahan ialah air basuhan, najis, atau air buangan manusia yang bercampur.pembuangan bahan kimia seperti asid, alkali, logamlogam berat seperti arsenik, plumbum, dan merkuri di samping pestisid menambahkan lagi masalah pencemaran air. Kesemua bahan kimia ini telah menukarkan sifat kimia air dan amat berbahaya untuk diminum atau digunakan oleh manusia serta hidupan akuatik. Contoh sungai yang

paling teruk tercemar ialah Sungai Tukang Batu di Pasir Gudang berikutan pembuangan sisa loji kumbahan kilang. Menurut Jabatan Alam Sekitar, punca kemerosotan kualiti air sungai Tebrau berpunca daripada pembuangan sisa loji-loji kumbahan Indah Water Konsortium. Hasil kajian Unit Perancang Ekonmi Johor mendapati pembuangan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, sisa organik, plastik, botol, kaca, tin minuman dan lain-lain secara tidak terurus juga dapat dilihat di kawasan Nusajaya berikutan ketiadaan pusat pelupusan sampah di kawasan tersebut. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Johor Tengah, penjanaan sistem pepejal dalam setahun adalah sebanyak 10 hingga 15 peratus. (Shuhaimi bin Abd Rahim. 2008/2009 : 7) Ketiadaan tong-tong sampah kitar semula menambahkan lagi masalah pembuangan sisa pepejal di kawasan Nusajaya. Namun kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan mengadakan penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti effluent daripada industri dan loji-loji kumbahan. Pencemaran udara juga berlaku kesan rancangan WPI. Keadaan ini berikutan pelepasan gas pembakaran bahan industri dan enjin bermotor. Contonya, gas sulfur dioksida, nitrogen diosida, karbon monoksida dan sebagainya.Pelepasan gas sangat berbahaya kepada masyarakat kerana boleh menyebabkan hujan asid. Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik di samping menghakis pakaian, kertas, dan bahan binaan bangunan. Faktor lain yang menyumbang pencemaran udara ialah pembakaran sampah sarap secara terbuka tanpa pengawasan. Pembangunan di sepanjang pesisir pantai dan telah menyebabkan kawasan paya bakau telah ditebus guna dan keadaan ini akan meningkatkan ancaman ekologi marin. Negeri Johor merupakan salah satu kawasan simpanan hutan paya bakau. Kawasan paya bakau telah ditebus guna bagi tujuan pembangunan. Contohnya, projek pembangunan pesisir pantai yang dikenali sebagai Lido Boulevard yang menelan belanja sebanyak RM2.7 juta billion. Projek ini dilaporkan akan memberikan impak negatif kepada masyarakat khususnya dan alam sekitar amnya. Rancangan mega ini dikhuatiri akan mengecilkan keluasan Selat Johor. Penambakan Selat Johor akan dilaksanakan untuk tujuan pembangunan tersebut. Pemaju hartanah, Central Malaysian Properties Sdn Bhd (CMP) yang diberi mandat dan membuat kerja-kerja menambak tanah antara 40 hingga 450 meter ke

dalam Selat Johor. Walaubagaimanapun, pihak pemaju telah mendapat kelulusan daripada Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi kawasan projek seluas kira-kira 8.9 hektar. Kerja-kerja menambak laut akan dipantau untuk melindungi hidupan marin dan persekitaran pantai. Hal ini kerana pembangunan di sepanjang pantai akan meningkatkan ancaman ekologi marin. Contohnya akan menjejaskan terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut di sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan. Rancangan WPI juga akan memberi impak negatif kepada alam sekitar sekiranya pelaksanaannya tidak dikaji dengan teliti.

3.0 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER)


3.1 Latar belakang Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER telah dilancarkan pada 29 Oktober 2009. Pelan pembangunan ini merupakan pelan yang ketiga dilancarkan selepas Johor Selatan dan Wilayah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang meliputi

Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak. ECER pula merangkumi negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan sebahagian Johor, iaitu daerah Mersing. Luas kesemua kawasan wilayah ini ialah 66.736 km persegi iaitu kira-kira 51 peratus kawasan Semenanjung Malaysia. Matlamat utama penubuhan pelan pembangunan ini adalah untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah iaitu untuk mencapai taraf wilayah yang maju dan dinamik serta berdaya saing menjelang tahun 2020 disamping memangkin pembangunan sosioekonomi. Di bawah pelan induk ECER, pendekatan bersepadu diambil dalam usaha membawa pembangunan kepada wilayah-wilayah yang dimaksudkan. Antara lain, pembangunan ini akan dilaksanakan dalam jangka masa 12 tahun sehingga ke tahun 2020. Paling utama, ia dirangka untuk rakyat secara keseluruhannya. Disamping itu, pelan ini bermatlamat menangani isu-isu utama yang dihadapi wilayah seperti jurang antara Pantai Barat dan Pantai Timur, ketidakseimbangan agihan pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar, kadar kemiskinan tegar yang tinggi dan kemudahan asas. Sebanyak 227 projek dilaksanakan bagi mempercepatkan pertumbuhan wilayah itu untuk dinikmati oleh penduduk Pahang, Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing di Johor.

Secara keseluruhannya, dalam pelan ini kerajaan telah mengambil pendekatan agar semua negeri pantai timur dimajukan sebagai sebuah wilayah bersepadu yang bekerjasama menggembleng usaha, tenaga dan sumber kekayaan asli untuk mencapai kemajuan bersama. Sebagai contoh, lima kelompok pembangunan yang dikenalpasti menjadi kunci kejayaan wilayah iaitu pertanian, pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, pembuatan serta pendidikan akan dipelbagaikan aktiviti aktiviti ekonominya. Sementara sektor pertanian yang selama ini menjadi tulang belakang sebahagian besar penduduk pantai timur akan diperkasakan secara meluas dengan teknologi moden serta pemasaran yang mantap.Tumpuan turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara seterusnya mampu mencapai matlamat RMK-9. 3.2 Kesan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Terhadap Masyarakat Usaha yang dilaksanakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam membangunkan pembangunan ekonomi secara bersepadu berdasarkan Wilayah memberi sinar baru kepada seluruh rakyat Malaysia terutama dalam usaha membasmi kemiskinan. Hal ini demikian kerana banyak projek yang dirancang adalah secara menyeluruh yang tidak meminggirkan satu negeri pun di Malaysia. Istimewanya setiap negeri mempunyai projek dan program untuk dibangunkan dan usaha ini bukan sahaja dapat membangunkan seluruh negeri di Malaysia malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Walaupun masih baru dilaksanakan sekitar tahun 2007, kesannya sudah dapat dilihat baik dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial Politik Gabungan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dibawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini telah mewujudkan pentadbirannya yang tersendiri. Setiap negeri mempunyai projek dan program untuk dibangunkan dan usaha ini bukan sahaja dapat membangunkan seluruh negeri Malaysia malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Kerajaan juga telah menubuhkan pihak berkuasa pembangunan koridor bagi meneraju, menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek

10

yang dikenal pasti dalam setiap pelan induk koridor pertumbuhan. Negeri Pahang dijadikan sebagai hab-industri pembuatan dan logistik bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Tambahan lagi, menjadi pusat bagi kegiatan pembuatan bernilai tinggi dan turut menjadi laluan utama bagi hasil pembuatan untuk menembusi global. Sementara di Pengkalan Kubor, Kelantan telah wujudnya pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand yang dikenali sebagai (IMTGT). IMTGT ini berperanan sebagai hab perdagangan di wilayah tersebut hasil daripada peningkatan hubungan darat dan laut. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kewujudan ECER di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah mewujudkan pusat pentadbirannya yang tersendiri. Namun begitu, ketiga-tiga negeri ini masih lagi saling lengkap- melengkapi antara satu sama lain. Ekonomi Rata-rata penduduk menyifatkan pelaksanaan ECER ini sebagai langkah bijak kerajaan bagi mengangkat martabat negeri di Pantai Timur yang merangkumi negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Penumpuan kepada sektor pertanian sebenarnya telah memberi banyak manfaat kepada golongan petani, misalnya petani di Pahang. Pengembangan sektor hiliran dilihat bukan sahaja memberi kebaikan kepada golongan petani, malah juga meningkatkan ekonomi mereka dalam tempoh jangka masa panjang. Walaupun kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan sektor perindustrian, namun tidak mengabaikan sama sekali sektor pertanian yang selama ini menjadi teras utama ekonomi negeri yang berkaitan dengan penduduk tempatan. Sehubungan itu, dapat dilihat bahawa golongan petani tidak dipinggirkan dengan pembangunan ECER, sebaliknya menikmati limpahan daripadanya. Selain itu, pembangunan wilayah Pantai Timur ini telah memberi kesan positif kepada harga dan pembangunan hartanah, terutama dikawasan perindustrian. Keduadua aspek berkenaan dikatakan akan menjadi pemangkin utama pembangunan di wilayah-wilayah berkenaan sekiranya semua inisiatif ECER dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Pengarah Penyelidikan Hartanah Henry Butcher Malaysia, Fahariah Abdul Wahab, banyak permintaan pelaburan yang diterima oleh pihak mereka daripada pelabur luar yang berminat membuat pelaburan keatas industri perhotelan di wilayah berkenaan.

11

Kekurangan hotel yang bertaraf lima hingga enam bintang telah mendorong pelabur luar berfokus kepada projek pembinaan hotel di wilayah-wilayah berkenaan. Hal ini demikian kerana para pelabur berpendapat wilayah-wilayah berkenaan berpotensi untuk maju kehadapan dan mampu memberi keuntungan yang berlipat kali ganda kepada pelabur serta meningkatkan ekonomi di wilayah tersebut dan negara kita. Di samping itu, projek-projek yang dijalankan dibawah pembangunan wilayah ini telah meningkatkan pelaburan negara. ECER kini mengambil faedah daripada pemulihan ekonomi global untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara dengan mempamerkan beberapa projek berimpak tinggi. Sehingga Disember 2009, sejumlah 64 daripada 82 projek ECER yang diperuntukkan dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah dimulakan dan selebihnya bakal dilaksanakan mulai tahun 2010. Sehingga kini, ECER telah berjaya menarik RM26 billion pelaburan daripada pelabur dalam dan luar negara. Pelancaran Zon Ekonomi Khas (SEZ) ECER yang merupakan zon pembangunan bersepadu serta memiliki infrastruktur yang baik telah membolehkan wilayah-wilayah tersebut begitu kompetitif untuk menarik pelabur Sosial Pelaksanaan Koridor Pantai Timur sememangnya memberi manfaat yang besar kepada masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia. Hal ini kerana dalam pelaksanaan koridor Pantai Timur, pihak kerajaan telah membuka ruang dan peluang kepada rakyat dikawasan luar bandar untuk menerokai bidang ekonomi moden yang seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Jika dilihat dalam proses pelaksanaannya, kerajaan telah memberi tumpuan kepada pembinaan infrastruktur besar serta prasarana lain seperti jalan raya dan sebagainya sementara pihak swasta pula memberi tumpuan kepada pembangunan industri pelancongan seperti pembinaan pusat pelancongan, memperindahkan kawasan pantai dan pembinaan hotel dan chalet. Langkah ini secara tidak langsung, telah memberi inisiatif kepada rakyat pantai timur untuk menikmati hasil daripada pembinaannya. Jurang kedudukan sosial antara Pantai Barat dan Pantai Timur dapat juga dikurangkan. Walaupun pelaksanaan ECER masih lagi baharu berbanding Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Koridor Utara, namun dapat dilihat kemajuannya yang semakin menyerlah di Pantai Timur. Berdasarkan Pelan Induk yang dirangka oleh Petronas, sebanyak 277 projek bakal dilaksanakan di Pantai Timur merangkumi bidang pengangkutan, pembangunan prasarana, pelancongan, pembuatan, pendidikan, industri

12

minyak, gas dan petrokimia dan pertanian. Sebagai contoh, di Pahang, kerajaan telah memajukan negeri tersebut sebagai hab industri pembuatan dan logistik yang memberi penekanan kepada pembangunan bandar Pelabuhan Kuantan. Tambahan lagi, kerajaan telah mensasarkan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dan kadar pertumbuhan KDNK per kapita sebanyak 7.2 peratus dan RM 13,510 menjelang 2020 untuk mengimbangi ketakseimbangan negeri dalam ECER dan negeri di Pantai Barat Masalah kemiskinan tegar dikawasan pantai timur juga telah dapat dikurangkan dengan wujudnya peluang-peluang pekerjaan ekoran daripada pelaksanaan ECER ini. Sebagai contoh, pantai Irama Bachok, Kelantan yang merupakan salah sebuah pantai yang menarik di Pantai Timur yang sebelum ini agak ketinggalan ekoran tiadanya perancangan pembangunan yang sempurna. Namun begitu, dengan pembinaan jalan raya pinggir pantai dikawasan peranginan tersebut, iaitu dibawah Koridor Pantai Timur ini,ianya telah diberi nafas baru dan sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Secara tidak langsung juga, masalah pengangguran dapat dikurangkan. Selain itu, ECER telah membawa kepada kepesatan pembangunan pendidikan dirantau ini apabila kedudukan Universiti Malaysia Kelantan(UMK), Universiti Darul Iman Malaysia(UDIM) serta institusi pengajian di Pahang dihubungkan melalui satu laluan yang sama dan sekaligus menjadikan Koridor Pantai Timur pembinaan tamadun ilmu. sebagai landasan

3.3 Kesan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECER) Terhadap Alam Sekitar Wilayah Ekonomi Pantai Timur sememangnya kaya dengan sumber alam yang menarik untuk aktiviti pelancongan, malah ada diantaranya yang bertaraf antarabangsa. Ini termasuklah pantai-pantai, pulau-pulau, keindahan semulajadi hutan dan keunikan budaya yang tersendiri. Namun begitu, kebanyakan aset-aset ini masih belum diterokai dan dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh itu, menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur, kawasan-kawasan baru ini telah mula diterokai dan pada masa yang sama masih lagi mengekalkan pemuliharaan alam sekitar. Sebagai contoh, di Kelantan kerajaan telah mengenal pasti Gua Musang, Dabong dan Lembangan Sungai Nenggiri untuk dijadikan pusat eko-pelancongan sementara di Pahang pula Pantai Sepat dan Kuala Pahang.

13

Namun, bagi mengimbangi aspek pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar, lokasi perlancongan tersebut telah diwartakan. Selaras dengan fokus pelan induk ECER, telah wujudnya pembangunan infrastruktur terutamanya di pulau-pulau. Sebagai contoh, pembangunan infrastruktur ini dilaksanakan di daerah Mersing. Pelbagai kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik serta sistem pembentungan di sekitar gugusan Mersing dipertingkatkan. Kemudahan jalan raya yang sedia ada telah diperbaiki dan pembinaan laluan baru dilaksanakan agar jaringan perhubungan Mersing dengan pusat-pusat pertumbuhan lain dipertingkatkan. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa projek-projek dibawah pembangunan Wilayah Pantai Timur ini tidaklah menjejaskan alam sekitar kerana setiap projek utama yang dilaksanakan mengekalkan ciri-ciri alam sekitar dan mengambil kira faktor-faktor pemuliharaan alam sekitar

4.0 PEMBANGUNAN KORIDOR SABAH (SDC) 4.1 Latar belakang Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Pelabuhan Kontena, Teluk Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Rabu, 29 Januari 2008. SDC ini adalah rentetan pelancaran pelan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor awal tahun 2008 yang jelas mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara lebih pantas khususnya melalui penyertaan pelabur asing. , projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) pula dilancarkan yang meliputi negeri Kedah, Perlis, Seberang Prai dan Perak Utara yang diterajui oleh Sime Darby Bhd. Bagi menjana ekonomi negeri-negeri terbabit. Tempoh pelaksanaan SDC ialah dari tahun 2008 sehingga 2025 meliputi seluruh kawasan dan penduduk Sabah. Lebih kurang 900,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan jika projek tersebut berjalan dengan lancar. Serentak dengan perasmian pelan tindakan SDC itu, 13 memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani oleh pelabur asing seperti syarikat dari China, Jepun dan Amerika Syarikat yang sudi bekerjasama dengan Malaysia. Selain itu, projek dalam di sektor pelancongan Ulu seperti pembangunan dan ekopelancongan misalnya Hutan Simpan Segama dibangunkan

mengembangkan bidang kesihatan atau perubatan, pembinaan kondominium mewah

14

dan hotel lima dan enam bintang serta pembangunan pusat-pusat pelancongan. Di samping itu, sektor pembuatan dan sektor pertanian juga turut dibangunkan melalui beberapa inisiatif. Objektif pengwujudan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) adalah untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri ini agar membangun selari dengan pembangunan di Semenanjung Malaysia. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata bahawa SDC akan memacu pembangunan yang seimbang dalam kalangan rakyat negeri Sabah dengan merapatkan jurang sosioekonomi antara bandar dan luar bandar. Selain itu, melalui SDC juga akan mengukuhkan penyelidikan agrobio supaya negeri tersebut akan menjadi pusat kecemerlangan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Terdapat tiga prinsip utama yang akan menjadi teras semua pembangunan yang dijalankan di Sabah bagi membasmi kemiskinan tegar, memulihara alam sekitar dan meningkatkan aktiviti-aktiviti bernilai tinggi dalam industri. SDC sangat bermakna kepada rakyat Sabah kerana akan merapatkan jurang yang ketara setelah pembangunan ekonomi berlaku, namun begitu, sesetengah orang akan ketinggalan jika tidak mengikuti perkembangan projek tersebut manakala yang lain akan terus maju ke hadapan. SDC ditonjolkan dengan logo berbentuk Gunung Kinabalu yang mempunyai empat jalur iaitu kuning, biru, hijau dan merah. Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara adalah lambang kemegahan negeri Sabah. Empat lapisan gunung tersebut adalah simbol pemacu negeri ke arah fasa pembangunan baru yang lebih dinamik dan berdaya saing. Empat lapisan itu mewakili komponen pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik. Warna kuning keemasan adalah lambang penjanaan kekayaan yang ada di negeri Sabah, manakala biru menunjukkan kekayaan sumber hidupan laut dengan persisiran pantai yang indah sepanjang 1,440 kilometer. Warna hijau pula menggambarkan kekayaan sumber alam semula jadi terutama biodiversiti negeri Sabah dan industri pembuatan hijau. Sementara warna merah melambang kegigihan rakyat negeri ini dan peranan mereka dalam pembangunan untuk mencapai wawasan SDC. Tiga jalur berwarna putih antara empat lapisan tersebut melambang tiga sub-wilayah yang terdapat dalam pelan SDC dan warna biru gelap pada tulisan SDC mencerminkan integriti dan amalan urus tadbir yang baik dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri Sabah.

15

Pelancaran SDC ini amat signifikan bagi Sabah dengan objektif utama menjana pembangunan negeri agar selari dengan pembangunan di Semenanjung. Ia juga bagi memacu pembangunan seimbang dalam kalangan rakyat negeri Sabah sekali gus mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup penduduk bandar dan luar bandar. Setiap orang akan diberi peluang untuk turut serta menikmati kemajuan termasuk daerah yang terletak di kawasan pedalaman.

4.2 Kesan Positif Pembangunan Koridor Sabah Terhadap Masyarakat Menarik taraf dan pembinaan rangkaian jalan raya Sehingga kini, rangkaian jalan raya di Sabah masih lagi ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia. Bandar-bandar utama di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau tidak mempunyai hubungan jalan raya yang baik untuk menghubungkan bandar-bandar tersebut. Sehingga tahun 2006, 61 peratus jalan rayanya masih lagi merupakan batu kelikir dan tanah. Melaui pelaksanaan Rangka Tindakan SDC, dijangkakan lebih 80 peratus jalan batu kelikir akan diturap. Pembangunan Koridor Sabah, telah memudahkan urusan perjalanan rakyat Sabah dengan menaik taraf standard jalan rayanya. Jalan raya telah dilebarkan bagi mengurangkan kesesakan kenderaan. Jalan raya juga dibina di kawasan pedalaman Sabah bagi memudahkan mereka untuk berurusan ke Bandar. Sejumlah RM3,187.5 juta telah diluluskan untuk pembinaan hubungan jalan raya. Antara projek jalan raya utama dalam ruang lingkup SDC adalah seperti menghubungkan Sabah tengah dengan ke kawasan selatan, menghubungan bahagian utara Sabah ke Sub-Wilayah Tengah dan Barat iaitu Kota Marudu ke Ranau. Ekoran daripada itu, rakyat Sabah akan lebih selesa ketika berada di jalan raya. Urusan perjalanan juga lebih licin, menjimatkan masa untuk sampai ke destinasi yang dituju dan menjimatkan tenaga. Ianya juga diibaratkan seperti hadiah kerajaan kepada rakyat Sabah. Kerajaan berhasrat untuk menyeimbangkan semua kemajuan dan pemodenan kepada semua rakyanya.

16

Bekalan tenaga elektrik kepada masyarakat luar Bandar di Sabah Liputan tenaga elektrik Sabah ialah 67 peratus daripada penduduknya. Menjelang tahun 2010,liputan tenaga elektrik di luar bandar dijangka bertambah kepada 80.6 peratus dan liputan keseluruhan kepada 90 peratus. Permintaan tenaga elektrik semakin bertambah dari setahun ke setahun. Rangkaian elektrik Sabah tidak standing dengantempat-tempat lain di Malaysia. Hal ini kerana rangkaian pengedaran semasa di Saba masih tidak begitu teguh. Tenaga elektrik di Sabah adalah melaui diesel. Penjanaan melaui loji diesel melibatkan kos yang tinggi dan membabitkan masalah alam sekitar. Dengan pembangunan SDC, dijangka penduduk Sabah akan menikmati dan merasai tenaga elektrik yang memuaskan. Kerajaan sedaya upaya meningkatkan tahap tenaga elektrik di Sabah sama seperti di Semenanjung Malaysia. Dengan itu penduduk Sabah akan menikmati keperluan asas yang lengkap untuk menjalani kehidupan seharian. Bekalan air Semua banadr utama telah dibekalkan dengan air yang telah dirawat. Buat masa ini sudah terdapat 39 loji rawatan air dengan jumlah keupayaan pengeluaran sebanyak 762 juta liter sehari yang dibekalkan kepada 200,000 pengguna. Dengan pembangunan yang pada negeri Sabah, penduduknya telah mendapat manfaat dengan mendapat kemudahan air paip terutamanya di luar Bandar. Permintaan air untuk kegunaan domestik dan perindustrian dijangka akan bertambah selari dengan pertambahan penduduk. Berdasarkan Rancangan Malaysia ke-9, sebanyak RM1.313 bilion telah diperuntukkan kepada Jabatan Air Negeri untuk menjalankan projek di seluruh negeri. Peningkatan keupayaan yang dijana daripada projek air ini berjumlah 380 JLS menjelang tahun 2010. Projek utama adalah termasuk pembinaan Empangan Milau dan empat loji rawatan air lain di Tuaran, Papar, Kudat dan Sandakan. penjimatan air. SDC akan melaksanakan lebih banyak pengairan bawah tanah dan sistem pengumpulan air hujan di kawasan luar bandar untuk menambahkan bekalan sedia ada. SDC akan memberi tumpuan terhadap usaha mengurangkan NRW dengan memastikan penguatkuasaan lebih ketat ke atas kecurian air, penggantian paip dan meter, menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi merancang rangkaian pengedaran,

17

pemulihan sistem pengedaran dan menaik taraf loji rawatan sedia ada. Selain itu, SDC menggalakkan industri dan pembuat, terutamanya dalam POIC, untuk mengitar semula air dengan menawarkan insentif tarif dan seterusnya menguatkuasakan perancangan dan perlindungan tadahan air dan sumber air semula jadi dengan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjimatan air. TELEKOM Telekom Malaysia (TM) ialah syarikat telekomunikasi utama yang beroperasi di Sabah. Syarikat ini menyediakankemudahan talian tetap dan telefon mudah alih. Sabah mempunyai kadar penembusan talian yang terendah. Negeri Sabah yang amat luas menjadikan pelaksanaan rangkaian telekomunikasi mahal dan sukar. SDC telah mencuba untuk menambah liputan di luar bandar dan rangkaian telefon mudah alih menawarkan perkhidmatan GPRS. Projek jalur lebar dengan kelajuan tinggi telah dijalankan sejak akhir tahun 2007. RM60 juta telah dibelanjakanuntuk memperbaiki di kawasan SDC. Peluang pekerjaan Pembangunan SDC telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat Sabah. Penduduk di kawasan pedalaman juga berpeluang untuk bekerja dalam pelbagai bidang. Banyak pusat perniagaan di buka di sekitar SDC. Peluang pekerjaan yang banyak member satu inisiatif kepada mereka untuk pekerjaan apa yang sesuai dengan mereka. Penawaran kerja yang banyak dapat menampung permintaan orang ramai untuk mendapat pekerjaan. Apabila bekerja, mereka akan mempunyai pendapatan tetap untuk menyara diri dan juga keluarga. Dengan adanya pendapatan tetap setiap bulan, seseorang itu mampu memperbaiki kehidupan sosioekonominya agar lebih baik lagi. Golongan muda khususnya disarankan untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan. Ianya secara tidak langsung boleh mengelakkan diri mereka daripada membuang masa begitu sahaja.

4.3 Kesan Pembangunan Koridor Sabah Terhadap Alam Sekitar Risiko berlakunya banjir

18

Tunggak utama ekonomi Koridor Sabah (SDC) adalah pertanian, pembuatan dan pelancongan. Ketiga-tiga aspek tersebut amat bergantung kepada keadaan dan kemampanan alam sekitar. Pada masa yang sama, kegiatan tersebut juga memberikan kesan besar terhadap keadaan alam sekitar yang mana kira-kira 56.6 peratus daripada keluasan tanah di Koridor Sabah terdiri daripada kawasan hutan dan air. Oleh sebab itu, berdasarkan perancangan pembangunan di Koridor Sabah, sistem pengairan yang cekap dan dan berkesan diutamakan. Sistem saliran yang baik akan mempertingkatkan produktviti hasil pertanian. Pasa masa yang sama, ia juga dapat mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar Sabah. Apa yang terjadi sekarang adalah pada musim hujan air akan mengalir terus ke laut kerana pengurusan yang tidak cekap. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan bencana alam seperti banjir yang merosakkan harta benda dan tanaman yang menjejaskan ekonomi masyarakat setempat. Di samping itu, pencemaran sumber air asli seperti sungai yang disebabkan oleh pembuangan sampah dan kumbahan perlu diberikan perhatian segera oleh pihak SDC kerana perkara ini telah menyebabkan kenaikan kos rawatan air dan memberikan kesan kepada keupayaan pengeluaran air. Masalah pengairan bagi pertanian Pada musim kemarau pula penduduk kawasan setempat akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan air bagi mengairi kawasan pertaniannya. Sistem pengairan pada masa kini menggunakan kira-kira 70 peratus daripada jumlah air permukaan di Malaysia. Namun begitu, keberkesanannya hanya pada tahap 45 peratus dengan indeks produktiviti 0.3 kilogram bagi setiap meter padu. Matlamatnya sekarang ialah untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan kepada 60 peratus dan indeks produktiviti 0.5 kilogram bagi setiap meter padu. Program Pengurusan Air Bersepadu yang dirancang akan memastikan sumber air di kawasan berkenaan digunakan secara maksimum di samping tidak menjejaskan alam sekitar. Selain daripada masalah air, penggunaan tenaga dan pembuangan sisa juga mesti dikurangkan memandangkan sebahagian besar daripada tenaga yang digunakan berasal daripada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti gas dan arang batu. Oleh itu, melalui rangka tindakan ini, pengurusan air, penjimatan tenaga dan amalan-amalan pengurusan sisa diperkenalkan dalam mengurangkan tekanan terhadap sumber semulajadinya dan secara tidak langsung dapat menangani kesan ke atas alam

19

sekitarnya. Aset-aset alam sekitar di Koridor Sabah ini perlu dilindungi dan dipelihara kerana kekayaan biodiversiti dan kepentingannya adalah sebahagian daripada warisan semula jadi negara. Justeru, strategi dan polisi alam sekitar yang sedia ada diperkukuhkan bagi memastikan masyarakat umum secara berterusan dapat menikmati warisan ini pada masa depan. Biodiversiti hutan terganggu Terdapat juga beberapa kesan terhadap alam sekitar dan masyarakat di Sabah melalui pelbagai aktiviti pembangunan koridor seperti SDC yang dilaksanakan oelh kerajaan. Misalnya, kesan daripada penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Sabah. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak berlakunya banjir di kawasan tanah rendah. Selain itu, pelbagai implikasi yang berlaku seperti bencana alam, banjir kilat, tanah runtuh dan pencemaran alam sekitar.

5.0 KORIDOR TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI (SCORE)


5.1 Latar belakang Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Oleh itu, tidak hairanlah kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk mewujudkan sebuah koridor di dalam negeri ini yang dinamakan sebagai Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE). Hal ini kerana, Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadi seperti sumber hutan seperti kayu balak dan juga minyak mentah yang kebanyakan terdapat di Bintulu. Dengan ini, ia telah membawa kebaikan pada masyarakat yang berada di sekitarnya. Antara hasil yang didapati daripada pembinaan SCORE adalah pembinaan Empangan Hidro Elektrik Bakun di Belaga yang terletak di dalam daerah Kapit.

20

Koridor Tenaga Boleh Dipercayai Sarawak ini dilancarkan pada 12 Februari 2008 di Bintulu, Sarawak. Menurut Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, SCORE meliputi bahagian Tengah Sarawak seluas 70, 000 kilometer persegi bermula dari Similajau, Bintulu hingga ke Tanjung Manis di Mukah. Sektor teras yang dirancangkan di koridor ini adalah daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga hidro, arang batu dan gas asli. Hal ini kerana sumbersumber yang disebutkan itu banyak terdapat di wilayah tengah Sarawak dan amat diperlukan pada masa kini. Selain itu, SCORE ini dijangka menyediakan 1.6 juta peluang pekerjaan dengan pelaburan dianggarkan bernilai lebih RM 300 bilion menjelang tahun 2030. Hal ini kerana, SCORE merupakan projek yang memberi tumpuan kepada industri berdasarkan tenaga dan dijangka mampu menghasilkan 24, 000 megawatt dan bakal disalurkan ke Semenanjung Malaysia menerusi kabel bawah tanah selain dijual kepada negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.

5.2 Kesan Pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) Kepada Masyarakat Kesan Interaksi Sosial Dengan mengambil contoh pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun, empangan ini telah banyak merintis perubahan kepada tahap sosioekonomi masyarakat di pekan Belaga. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya pembinaan jalan darat seperti jalan raya yang dahulunya tidak popular dalam kalangan mereka. Dengan adanya jaringan jalan raya yang baik, ini telah meningkatkan darjah kesampaian penduduk dan memudahkan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Seperti yang diketahui, jalan perhubungan di Sarawak hanya bergantung dan berkait rapat dengan sungai sebagai nadi dan jalan perhubungan utama. Hal ini kerana, di Sarawak terdapat banyak sungaisungai yang luas dan panjang seperti Sungai Rajang dan ia memerlukan bot ekspress untuk merentasinya. Masyarakat di Sarawak menggunakan bot ekspress ini untuk pergi ke suatu kawasan ke suatu kawasan yang lain. Selain itu, projek lebuh raya Bakun-Bintulu sepanjang 123 kilometer turut dijalankan dengan pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun ini. Hal ini juga telah meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat kerana ada di antara mereka yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan (motorsikal, kereta dan lori) kepada

21

penduduk setempat kerana sudah ada jaringan jalanraya yang baharu. Selain itu, pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun juga telah meningkatkan sistem telekomunikasi di daerah Belaga. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya pembinaan menara komunikasi baharu di Bukit Jayong yang berhampiran dengan Belaga. Kesan yang didapati daripada pembinaan menara komunikasi ini adalah penduduk dapat menikmati kualiti perkhidmatan telekomunikasi dengan lebih baik seperti Siaran Televisyen Berbayar (ASTRO), talian tetap dan juga isyarat telefon bimbit. Kesan daripada pembinaan empangan ini, penduduk juga dapat menikmati kemudahan internet dengan adanya kedai yang menyediakan perkhidmatan ini di kawasan Belaga. Oleh itu, penduduk di kawasan ini tidak lagi akan ketinggalan dalam segala hal yang berlaku di dalam dan luar negara. Pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun ini juga telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan pengangkutan sungai di pekan Belaga yang menggunakan bot ekspress. Hal ini dapat dibuktikan di mana pengurangan trip yang dibuat oleh penguasaha bot ekspress ekoran daripada bilangan penumpang yang sedikit. Langkah ini dibuat oleh penguasaha bot ini untuk mengelakkan kerugian yang besar. Hal ini kerana, harga minyak diesel meningkat ekoran peningkatan harga minyak mentah dunia. Selaras dengan pembinaan jalanraya dan pertambahan masa akan datang. Selain itu, pembinaan jalanraya Bakun-Bintulu telah menyebabkan pekerjapekerja yang bekerja di Bakun lebih selesa tinggal di bandar contohnya Bintulu kerana perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di bandar lebih lengkap di samping memudahkan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan lain yang dirasakan perlu. Walaupun pekan Belaga sudah dapat dihubungi dengan jaringan jalanraya, penduduk juga terpaksa membeli kenderaan bermotor di bandar Bintulu untuk mendapatkannya. Hal ini kerana, ketiadaan kedai yang menjual kenderaan bermotor ini akibat ketiadaan pengalaman dan selain sukar mendapatkan alat ganti. Kesan ekonomi Dari segi perolehan ekonomi, pembinaan empangan ini telah memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan untuk melibatkan diri dengan aktiviti pertanian dan perladangan komersial. Mereka diberi tunjuk ajar dan bantuan untuk menguasahakan ladang kelapa sawit dan penternakan melalui Program bilangan kenderaan bermotor, kemungkinan besar perkhidmatan bot ekspress semakin berkurangan pada

22

Penempatan Semula Bakun. Di dalam program ini, digariskan beberapa objektif seperti untuk membantu 15 buah rumah panjang yang terdiri daripada 2092 keluarga tani dan membangunkan 3 ekar lot kebun bagi menyokong aktiviti pertanian. Selain itu, penduduk juga melibatkan diri dengan sektor pelancongan kelak kerana kerajaan berhasrat untuk menjadikan Empangan Hidroelektrik Bakun sebagai tempat pelancongan yang menarik seperti Pusat Peranginan Batang Ai di Bahagian Sri Aman. Sejajar dengan pembangunan yang dijalankan di Bakun, pekan Belaga yang dahulunya merupakan persinggahan penduduk dan pekerja-pekerja yang bekerja di Bakun kini menjadi sepi ekoran penutupan kedai-kedai runcit yang dahulunya seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini terjadi kerana kekurangan pelanggan akibat perpindahan penduduk hulu Bakun ke Skim Penempatan Semula Sg.Asap-Sg.Koyan. Namun begitu, kedai-kedai lain seperti kedai pakaian, kedai gunting rambut, kraftangan dan juga kedai barangan pertanian masih lagi mendapat permintaan yang menggalakkan.

5.3 Kesan Pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) Terhadap Alam Sekitar Pembinaan empangan ini sedikit sebanyak telah mendatangkan beberapa perubahan sistem hidrologi yang seperti kemusnahan flora dan fauna di kawasan yang ditenggelamkan dan mengubah corak kehidupan manusia di situ yang rata-ratanya merupakan keluarga yang miskin yang merupakan golongan peribumi. Walaupun penjanaan elektrik hidro kurang mencemarkan alam sekitar jika dibandingkan dengan cara pembakaran, ia tetap merosakkan ekosistem dan stuktur sungai malah mengakibatkan perunahan iklim rantau dan memusnahkan berbagai spesies flora dan fauna di hutan yang amat bernilai. Selain itu, ia juga membawa kepada beberapa pencemaran seperti pencemaran sungai di mana ia telah menjejaskan kualiti air kerana hasil daripada penenggelaman bahan organik daripada tumbuh-tumbuhan akan menyebabkan ia mereput di dalam air dan menjejaskan kualiti air tersebut. Hal ini akan mengurangkan kandungan oksigen di dalam air dan menjejaskan hidupan akuatik yang berada di dalamnya. Selain itu, dengan pembinaan empangan juga akan menyebabkan aliran air disekat, dan sungai-sungai turut di pesongkan alirannya. Hal ini akan menyebabkan

23

gangguan aliran sungai dan member kesan kepada habitat semulajadinya. Seperti yang diketahui, haiwan-haiwan di hutan amat bergantung kepada sungai untuk meneruskan kehidupannya. Jika sungai-sungai terus diterokai dan dipendekkan, ia sedikit sebanyak akan mengganggu habitat mereka dan kemungkinan besar haiwan ini akan pupus kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Keadaan ini amat merugikan negara kerana kehilangan spesies haiwan yang hidup di kawasan yang diterokai itu. Oleh hal yang demikian, pembinaan empangan juga telah membawa kesan yang merugikan pada masa kini dan masa hadapan.

6.0 WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (NCER)

6.1 Latar Belakang


Wilayah Ekonomi Koridor Utara ( Northern Corridor Ekonomic Region) atau NCER Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. NCER mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada bulan Januari merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara. NCER ini telah dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdullah Ahmad badawi. PROJEK PEMBANGUNAN NCER DI PERAK Projek -Projek Pembangunan Koridor Utara di Perak membabitkan empat daerah iaitu Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar . Pembangunan NCER di perak memberi kesan positif dalam pembangunan modal insan. Hal ini dapat membangunkan modal insan yang mahir khususnya dalam bidang pertanian dan pemakanan. Kawasan Perak Utara akan digabungkan dengan kawasan perindustrian di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah menerusi inisiatif pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Selain itu, ia juga dapat memberi kesan positif di dalam satu program biasiswa khas yang dinamakan Northstar Agricultural Scholarship yang diberikan kepada mereka yang layak agar dapat mengikuti latihan di institusi pertanian dan pemakanan terkenal di dalam dan luar negara. Oleh itu, penerima biasiswa dapat berpeluang bekerja dengan syarikat terkemuka seperti Bayer dan Cargill Dow.Oleh itu, masalah pengganguran dapat diatasi dan dapat melahirkan petani yang mahir.

24

Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan Dana Pembangunan Modal Insan dengan peruntukan RM20 juta setahun untuk digunakan ke arah pembangunan modal insan dalam sektor pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik di Koridor Utara. Syarikat swasta yang layak boleh memohon untuk mendapatkan geran bagi membiayai sebahagian daripada kos latihan masing-masing. Langkah itu adalah untuk memodenkan pertanian di daerah utara Perak dari peringkat penanaman sehingga industri hiliran. Bagi sektor hortikultur, Kerian dan Selama akan dibangunkan sebagai pusat ternakan berskala besar manakala Kuala Sepetang dibangunkan menjadi pusat perikanan yang moden dan komersial. Bagi sektor pembuatan, bidang elektrik dan elektronik akan dikembangkan ke Taiping dan satu pusat pembinaan kemahiran bakal ditubuhkan oleh Sime Darby di Kerian bagi melatih tenaga kerja sektor pembuatan. Hutan Diraja yang kaya dengan biodiversiti akan diisytiharkan sebagai kawasan eko-pelancongan dan menjadi tempat penyelidikan bioteknologi herba sesuai dengan kekayaan alam semulajadinya. Pembangunan infrastruktur pengangkutan juga akan dibangunkan di Perak yang membabitkan pembinaan jalan raya Grik-Jeli, landasan berkembar dari Ipoh ke Padang Besar dalam projek jalan raya persisiran pantai dari Kuala Perlis ke Simpang Empat, Perak dan dalam projek komuter dari Ipoh ke Sungai Petani, Kedah. Hal ini akan dapat menaik tarafkan negeri Perak. PROJEK PEMBANGUNAN NCER DI PULAU PINANG Kerajaan memilih Pulau Pinang sebagai hab logistik bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi menampung pertambahan aktiviti ekonomi yang meningkat di wilayah itu. Pelabuhan Pulau Pinang akan dipromosikan sebagai pelabuhan utama Koridor Utara dan Segi Tiga Pembangunan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) pula akan dikenali sebagai hab kargo udara utama. Antara lain NCER Pulau Pinang yang dilancarkan pada 31 Julai 2007 menyediakan kemudahan pasaran untuk meningkatkan pulau-pulau di Koridor Utara agar menjadi destinasi utama bagi pelancongan perubatan dijangka menyumbang sebanyak RM2.2 billion setiap tahun kepada pendapatan Negara menjelang 2010. Strategi meletakkan Pulau Pinang di hadapan dalam konteks industrI pelancongan dijangka dapat dimajukan sebagai tujuan pelancongan perubatan.

25

Perkhidmatan perubatan itu seharusnya diperkembangkan ke Pulau Langkawi memandangkan Pulau Pinang mempunyai tanah yang terhad untuk pembinaan kemudahan baru untuk tujuan itu. Selain itu, ianya memberi kesan positif daripada segi pembinaan sebuah hab pengangkutan dan logistik dikenali sebagai Penang Sentral bernilai RM2 bilion. Projek ini akan mengintegrasikan semua jenis pengangkutan termasuk kereta api, feri dan monorel yang terletak di lokasi terminal sedia ada di Pulau Pinang. Ia dilaksanakan melalui perkongsian antara Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) dan Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad. Penang Sentral meliputi kawasan seluas 1.8 juta meter persegi yang merangkumi pembinaan terminal bersepadu pengangkutan, pembangunan komersial, peruncitan dan perumahan. Selain itu juga ia membangunkan semula kawasan Swettenham Pier (jeti) di bahagian pulau sebagai kawasan sistem pengangkutan awam dan komersial yang baru. Sistem pengangkutan di Pulau Pinang akan dimantapkan lagi dengan cadangan membina Sistem Transit Penang Monorel sepanjang 37 kilometer (km) dan dijangka menjadi tunjang serta nadi kepada sistem pengangkutan negeri. Sistem ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pulau dan Seberang Perai. NCER juga turut memperkenalkan perkhidmatan bas awam Rapid Penang menerusi kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Bagi sektor pelancongan, Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) di Pulau Pinang ialah pembangunan pusat persidangan dan pameran antarabangsa (MICE) dikenali sebagai Penang Global City Centre (PGCC). Pada masa ini ianya adalah Kelab Lumba Kuda di Jalan Bukit Gantung, Pulau Pinang. Antara lain ia nya adalah sebagai promosi bagi mengukuhkan Pulau Pinang sebagai sebuah hab pelancongan perubatan serantau. Pulau Jerejak akan dijadikan pusat pelancongan perubatan terulung di rantau ini. PGCC mempunyai dua menara ikonik serta mempunyai kompleks beli-belah unggul dan sebuah panggung kesenian yang canggih. Ia juga melibatkan pembangunan sebuah taman di pusat bandar Pulau Pinang yang akan menghubungkan Taman Belia dan Taman Botani. Ia akan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan pembinaan serta 2,000 peluang pekerjaan perkhidmatan sampingan. Bagi meningkatkan kualiti dalam industri hospitaliti, sebuah kolej khusus dalam pelbagai bidang industri pelancongan akan dibuka di Balik Pulau. Selain itu dalam meningkatkan sektor pembuatan,ia akan dilaksanakan melalui peningkatan keupayaan pekerja tempatan dalam sektor elektrikal dan elektronik (E&E) dengan mengukuhkan kebolehan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

26

Sebuah pusat kecemerlangan mikro elektronik juga akan ditubuhkan di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi melahirkan pekerja tempatan yang berkualiti tinggi. Pusat itu membabitkan perkongsian antara sektor awam dan swasta termasuk syarikat yang terbabit dalam sektor elektrikal dan elektronik. Pusat itu akan bekerjasama rapat dengan syarikat multinasional melalui perkongsian penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menyediakan latihan vokasional berpandukan permintaan industri. Selain itu,turut menubuhkan sebuah kolej yang menawarkan kursus perhotelan dan hospitaliti bagi melahirkan pekerja berkualiti. Khazanah Nasional Berhad sudah membuka pejabat di Pulau Pinang bagi memudahkan pelaburan oleh syarikat berkaitan kerajaan dan sektor korporat di Koridor Utara. Khazanah juga membantu memudahkan pembangunan sektor ekonomi di wilayah ini melalui pelaburan sasaran serta melalui galakan pelaburan bagi sektor korporat.

PROJEK PEMBANGUNAN NCER DI KEDAH Di Kedah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) diberi tanggungjawab memastikan pengeluaran padi yang konsisten di Kedah yang dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. MADA akan memperkenalkan pengurusan secara estet untuk meningkatkan tahap infrastruktur di 97,000 hektar sawah seliaan Mada . MADA memperkenalkan pengurusan padi secara estet dengan mensasarkan pengeluaran purata 10 tan sehektar. Projek perintis dilaksanakan di Jelai tahun ini, membabitkan kawasan seluas 2,044 hektar. Jumlah keluasan tanah padi di kawasan itu dijangka meningkat kepada 7,982 hektar pada 2008 dan 20,000 hektar (2010). Menerusi pendekatan itu, estet padi yang bersaiz tidak kurang daripada 40 hektar, diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan menggunakan teknologi moden dan amalan pertanian terbaik. Ia bermakna, tanah milik penduduk bersaiz kecil dan tidak ekonomik serta diuruskan secara bersendirian, akan dikendalikan secara berskala besar. Kementerian Pertanian mengenal pasti 202 hektar tanah di Ulu Lenggong, Kedah, yang sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti akuakultur. Inisiatifinisiatif untuk menggalakkan perikanan dan akuakultur termasuklah penubuhan pusat penetasan di Kedah khusus untuk penternakan anak-anak ikan premium untuk makanan atau hiasan. Selain itu, pembangunan pusat pemprosesan halal di Sungai Petani khusus untuk pasaran eksport.

27

PROJEK PEMBANGUNAN NCER DI PERLIS Perlis akan mempunyai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Benih Sime Darby. Pusat berharga RM40 juta itu akan menjadi pemangkin industri bioteknologi negara, selain menaikkan imej Perlis sebagai hab penyelidikan benih bertaraf dunia. Pusat itu diharap dapat mengurangkan penggantungan negara kepada sumber benih dari luar yang kini dianggarkan bernilai sehingga RM100 juta setahun. Pusat ini juga akan menyediakan khidmat nasihat agronomi kepada perniagaan pertanian di Koridor Utara dan membantu perniagaan pertanian mematuhi piawaian antarabangsa serta memperolehi sijil-sijil antarabangsa seperti Amalan Pertanian Terbaik (GAP) dan Analisis Risiko dan Tanda Kawalan Kritikal (HACCP). Pusat ini bekerjasama rapat dengan pusat penyelidikan pertanian dan bioteknologi terkemuka dunia bagi memajukan penyelidikan benih tempatan secara konvensional dan juga menggunakan bioteknologi. Pusat ini juga akan menjalankan penyelidikan di bidang hiliran seperti bahan aktif farmaseutikal. Industri farmaseutikal di Asia Tenggara dijangka meningkat kepada RM16.6 bilion menjelang 2010. Oleh itu, pembabitan pusat ini dalam penyelidikan bahan aktif bernilai tinggi dalam hasil tanaman seperti halia, bawang putih dan kunyit pasti membawa pulangan lumayan kelak. Koridor Pesisiran Pantai pula yang terletak di puncak utara adalah pintu masuk Padang Besar ke selatan Thailand. Kangar, perkhidmatan pendidikan adalah aktivitiaktiviti utama yang mempunyai jalinan ke Arau dan Sintok. Bandar-bandar Kuala Muda dan Kuala Kedah akan menumpukan perhatian kepada perikanan, terutama sekali perikanan laut dalam dan aktiviti-aktiviti pemprosesan makanan laut. Koridor Utara dianugerahkan ciri-ciri semula jadi yang memanfaatkan sektor perikanan dan akuakultur seperti kepelbagaian spesies ikan, kawasan pesisiran pantai sepanjang 700km dan kewujudan sumber-sumber air tawar. Kementerian Pertanian mengenal pasti 217 hektar tanah di Perlis yang sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti akuakultur. Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan perikanan dan akuakultur termasuklah pembangunan industri perikanan laut dalam dan kilang-kilang pemprosesan ikan di Kuala Perlis serta menjadi pembangunan pusat pemprosesan halal di Padang Besar.

28

6.2 Kesan Positif Pembangunan NCER Terhadap Masyarakat dan Alam Sekitar . NCER yang dibina oleh kerajaan ini dapat melahirkan petani maju kerana adanya peluang untuk mempelajari latihan dalam pertanian. Selain itu, ia juga mengembangkan sektor perkhidmatan dengan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI). Hal ini dapat membantu menyerlahkan potensi sektor pertanian di empat negeri tersebut. Selain itu, ia dapat mentranformasikan imej negeri tersebut. Sebagai contoh imej negeri Kedah ditranformasikan daripada hanya dikenali pusat pengeluaran padi negara menjadi zon industri makanan moden. NCER juga dikatakan mampu menjadi pemangkin tranformasi ekonomi yang lebih cepat di wilayah Utara berteraskan kepada komponen di negeri masing-masing seperti pengangkutan, pertanian, pelancongan dan pusat pengajian, NCER juga menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan strategik terutama dalam bidang pertanian. Dalam bidang pendidikan, sektor swasta akan turut terbabit dalam institusi tadika, sekolah dan kolej supaya institusi pelajaran di luar bandar sama taraf dengan di bandar. Selain itu, NCER juga dapat mengurangkan kemiskinan menerusi kewujudan peluang pekerjaan dengan kemasukan pelaburan asing dan meningkatkan pendidikan rakyat. Pembasmian kemiskinan yang dilakukan ini adalah menerusi program penciptaan peluang kekayaan dan pembahagian ekonomi sama rata. Usahawan tempatan juga dilatih untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada syarikat multinasional (MNCs) yang beroperasi dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) bagi mengukuhkan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi serta bidang pembuatan yang berasaskan teknologi tinggi. Usahawan tempatan pada masa akan datang akan mampu menjadi pembekal komponen dan peralatan bertaraf antarabangsa. Pelan NCER yang diwujudkan ini juga dapat memudahkan pelabur membuat keputusan pelaburan. Pelan ini akan memudahkan pelabur menentukan sektor mahu diceburi. Dengan adanya pelan itu, pelabur tahu di mana mahu melaburkan wang mereka dan mereka juga tahu potensi pelaburan yang mereka lakukan itu. Pelan ini dirangka secara komprehensif dan sistematik dengan membabitkan empat negeri di

29

kawasan utara, yang sekaligus akan mendapat kelebihan dari segi perancangan, infrastruktur dan promosi. NCER yang melibatkan empat buah negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang menelan pelaburan ratusan juta ini dikatakan dapat menjana dan memangkin ekonomi sedia ada dan baru. Selain itu, ia juga dapat menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk rakyat dan para graduan yang ramai menganggur ketika ini. 6.3 Kesan Negatif Pembangunan NCER Terhadap Masyarakat dan Alam Sekitar Dalam Koridor Pembangunan Ekonomi Utara (NCER) , penekanan diberikan ke atas sektor industri pertanian, terutama jelapang padi Malaysia dan pelbagai skima pertanian besar besaran dan perladangan terletak dalam wilayah koridor ekonomi ini. Namun begitu, wujud kerisauan mengenai program projek cita cita besar ini akan memberikan kesan negatif kepada eko-sistem pertanian, yang sememangnya sensitif terhadap elemen-elemen bukan organik yang biasanya wujud dalam proses pembangunan perindustrian. Hal ini akan memberi kesan terhadap alam sekitar di daerah tersebut. Zon pembangunan yang dirancang diatas tanah sawah, sungai, hutan paya, dan laut yang dihuni manusia dan flora serta fauna ini semestinya akan terjejas. Pencemaran yang bakal berlaku seperti udara, air, dan bunyi sudah tentu tidak dapat dielakkan. Kawasan yang dulunya menjadi habitat pelbagai haiwan air dan darat seperti ikan, burung, ketam, siput serta serangga akan pupus dan menyumbang kepada gangguan ekosistem dan rantaian makanan. Pencemaran bunyi terjadi apabila projek yang dijalankan akan mengeluarkan bunyi bising dan negeri yang aman dan tenteram akan musnah disebabkan pembangunan ini. Kebelakangan ini, kita digemparkan dengan Pemanasan Global yang begitu memberi kesan buruk kepada suhu dan cuaca dunia. Lihat saja di Eropah dan Amerika yang mengalami pemanasan melampau sehingga ada yang terkorban. Selain itu, negara tersebut juga selalu dilanda dengan taufan dan banjir besar yang melibatkan kerugian berbilion dolar. Hal ini mungkin akan berlaku di negara kita sekiranya projek NCER ini dijalankan. NCER juga dikatakan dapat memberi kesan sosio-ekonomi terhadap penduduk dikawasan NCER. Pembangunan ini akan meningkatkan kos sara hidup pada jangka masa panjang bagi semua penduduk dikawasan tersebut melalui kemajuan di empat

30

negeri ini. Hal ini akan meingkatkan kos sara hidup mereka . Nilai hartanah juga dijangka akan meningkat melalui pembangunan NCER ini .Hal ini akan menyebabkan ramai penduduk terutamanya bumiputera dan melayu akan menjual tanah mereka demi untuk mengaut keuntungan dengan kadar segera. Hal ini akan menyebabkan orang melayu akan kehilangan tanah mereka dan meyebabkan orang melayu merempat sekiranya wang hasil yang diperolehi daripada penjualan tanah ini habis digunakan. Koridor Utara mempunyai banyak tanah yang masih dimiliki oleh bumiputera dan melayu. Malah terlalu banyak tanah rezab Melayu yang ada dikawasan ini. Hal ini akan memberi beberapa inisiatif daripada pihak swasta yang akan membeli dan seterusnya menguasai tanah tersebut. Ini akan menyebabkan orang Melayu khususnya yang akan menjadi mangsa dan seterusnya terpinggir sepertimana yang berlaku di WPI, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kemungkinan tanah-tanah ini juga akan dibeli oleh Sime Darby Berhad adalah tinggi. Sime Darby Berhad pula adalah satu entiti dalam Synergy Drive yang dikenalpasti sedang dalam proses pembelian kepentingan oleh pihak Temasek Group melalui beberapa proksi yang dikenalpasti. Selain itu, pelabur asing yang terlibt dalam pembangunan ini juga tidak boleh dipercayai kerana kemungkinan pelabur akan menarik diri dalam pembangunan ini. Hal ini kerana Dato Mahathir dulu juga pernah mengatakan kita tidak boleh mempercayai pelabur asing semata-mata.

31

7.0 KESIMPULAN Pembangunan koridor sememangnya pemangkin kepada pembangunan wilayah. Pembangunan koridor berpotensi mengembangkan lagi sesebuah kawasan dengan pesat. Pertumbuhan ekonomi meningkat dengan pembangunan yang ada. Pembangunan yang wujud bukan sahaja mampu mendorong pertumbuhan ekonomi malah mampu mengubah sosioekonomi rakyat setempat. Peluang pekerjaan yang banyak mampu mengubah taraf hidup seseorang. Masyarakat luar bandar boleh memodenkan cara hidup mereka seiring dengan proses pembangunan. Pembangunan wilayah yang dijalankan di Negara kita adalah bermatlamat pengembangkan ekonomi, social masyarakat dan meningkat perindustrian negara. Pertumbuhan pembangunan yang pesat akan secara langsung memberi impak dalam kehidupan seharian. Selaras dengan hasrat pemimpin negara kita, Tun Dr,Mahathir Mohammad yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju setanding negara maju lain di dunia pada tahun 2020. Pembangunan wilayah menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur kepada rakyat tempatan. Namun, dalam keghairahan menjalankan proses pembangunan, kita seharusnya memikirkan juga kesan daripada pembangunan terutamnya terhadap masyarakat dan alam sekitar. Pembangunan mampan harus dijalankan agar pembangunan yang dijalankan seimbang dengan keperluan sosial dan alam sekitar. Ini bermakna pembangunan yang dijalankan haruslah berbentuk yang boleh memenuhi keperluan generasi akan datang. Beberapa aspek dalam pembangunan perlu diambil kira. Antaranya ialah ekologi, alam sekitar dan masyarakat. Pengabaian aspek alam sekitar akan membawa kepada permasalahan yang lebih buruk lagi. Jika digunakan dengan bijak, ianya akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan serta keselamatan sosial.

32

Você também pode gostar