Você está na página 1de 22

Pengenalan

ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok menerusi Deklarasi Bangkok. Deklarasi ini
ditandatangani oleh 5 orang wakil dari 5 buah negara di rantau Asia Tenggara. Semenjak dari itu,
ASEAN semakin berkembang disamping dapat menambah ahli anggota dari negara-negara lain.
Oleh itu, ASEAN memiliki peranan yang besar khususnya di dalam menjaga hubungan
diplomatic antara negara-negara ASEAN disamping bertanggungjawab memelihara keamanan
dan keselamatan serantau.
Pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara ASEAN menyebabkan pertubuhan ini
harus memainkan peranan dengan penuh integriti dan tanggungjawab agar permasalahan tersebut
tidak membawa masalah kepada negara jiran. Thailand dan Kemboja merupakan antara
permasalahan yang dihadapi oleh anggota ASEAN. Maka, ASEAN harus memainkan peranan
mereka dengan baik agar konIlik yang berlaku boleh diselesaikan secara diplomasi.
Selain itu, tanggungjawab utama ASEAN selaku penjaga keamanan serantau
menyebabkan ASEAN juga harus mengambil kira hubungan mereka dengan negara lain. Justeru,
menyedari hakikat tersebut, ASEAN telah menubuhkan ASEAN Regional Forum (ARF) agar
dapat menjaga hubungan diplomatic dengan negara lain. Langkah yang diambil oleh ASEAN ini
akan memudahkan negara-negara ASEAN untuk mengadakan dialog dengan negara luar yang
terlibat di dalam ARF.
ASEAN juga telah membuktikan bahawa pertubuhan ini berjaya menjalankan
tanggungjawab mereka dengan baik. Isu-isu yang timbul di negara anggota boleh diselesaikan
dengan baik walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah. Sikap pemimpin dari
setiap negara anggota menyebabkan ASEAN boleh menjalankan tugasnya dengan baik. Oleh itu,
dengan adanya pertubuhan ini, negara di rantau Asia Tenggara boleh hidup dengan aman dan
damai.
Justeru, ASEAN mampu untuk memelihara keselamatan dan keamanan serantau melalui
prinsip dan landasan yang betul berdasarkan kepada perjanjian yang telah dimeterai.
Pertambahan bilangan keanggotaan pertubuhan ini menunjukkan bahawa ASEAN dapat diterima
dengan baik oleh negara-negara tersebut. selain itu, pertambahan ini boleh menyumbang kepada
usahasama yang lebih akrab dan berjaya pada masa hadapan.

Sejarah Penubuhan ASEAN


Sebelum tertubuhnya ASEAN, negara-negara di Asia Tenggara terlebih dahulu menubuhkan
Association oI South East Asia (ASA). Penubuhan ASA ini adalah idea daripada Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961. Selain itu,
penubuhan ini juga adalah bertitik tolak daripada kebimbangan mengenai ancaman komunis.
Pengaruh yang dibawa menerusi ideologi komunis ini amat kuat khususnya banyak
mempengaruhi orang Cina. Populasi penduduk di Tanah Melayu pada ketika itu juga ramai iaitu
seramai 2608975 orang. Maka, Tunku Abdul Rahman berasa bahawa sebuah pertubuhan harus
ditubuhkan bagi menjaga keamanan serantau di Asia Tenggara.
Oleh itu, pada 31 Julai 1961, ASA secara rasmi ditubuhkan dengan keanggotaan seramai
3 buah negara iaitu Malaya, Filipina dan Thailand. Hubungan diplomatik di antara ketiga-tiga
buah negara ini dilihat baik pada peringkat awal penubuhannya. Perbincangan mengenai
usahasama keselamatan serantau kerap diadakan bagi memenuhi objektiI penubuhan ASA.
Namun, pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan mengenai cadangan beliau
untuk menubuhkan Malaysia dengan menggabungkan Singapura, Sabah dan Sarawak. Cadangan
ini menerima reaksi negatiI daripada ASA iaitu Filipina dan negara Indonesia. Anggota ASA
mula mengalami masalah dan perpecahan akibat rasa tidak puas hati dengan cadangan Tunku
Abdul Rahman.
Penentangan daripada negara Indonesia adalah disebabkan oleh pembentukan Malaysia
merupakan satu bentuk penjajahan yang baru manakala Filipina menentang pembentukan
Malaysia disebabkan oleh dakwaan mereka mengenai Sabah yang dianggap sebahagian daripada
negara mereka. Indonesia bertindak mengganyang negara ini bagi menggagalkan penubuhan
Malaysia. Selain itu, Indonesia dan Filipina berkeras untuk tidak mengiktiraI pembentukan
Malaysia sehingga mengeruhkan hubungan antara negara berjiran. KonIrontasi yang dilakukan
oleh kedua-dua buah negara ini berlarutan sehingga tahun 1966.
Maka, bagi menyelesaikan konIrontasi tersebut, Sidang Kemuncak telah diadakan bagi
membincangkan mengenai resolusi. Siding tersebut dihadiri oleh Presiden Filipina, Diosdada
Macapagal, Presiden Indonesia, Sukarno dan Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman.
Siding ini diadakan di Manila dari 30 Julai 1963 hingga 5 Ogos 1963. Perbincangan ini telah

menemui jalan penyelesaian dengan persetujuan untuk mengadakan hubungan yang lebih rapat
antara satu sama lain. Oleh yang demikian, satu pertubuhan yang diberi nama MAPHILINDO
ditubuhkan dengan menggabungkan Malaya, Filipina dan Indonesia. Tujuan penubuhan ini
adalah untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah bantahan Indonesia dan Filipina.
Kegagalan untuk mencari resolusi menyebabkan MAPHILINDO dibubarkan apabila Malaysia
dibentuk pada 16 September 1969.
Setelah konIrontasi tamat berikutan pengunduran Presiden Sukarno dan Diosdada
Macapagal, hubungan antara negara Asia Tenggara cuba dipulihkan demi kepentingan bersama.
Kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Presiden Suharto telah menunjukkan minat untuk
mengadakan kerjasama dengan negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura,
Thailand dan Filipina. Maka, melalui rundingan di antara wakil-wakil kelima negara tersebut,
mereka telah bersetuju untuk menubuhkan Association oI South East Nations` (ASEAN) di
Bangkok pada 8 Ogos 1967.
Penubuhan ASEAN ini menerima kritikan daripada negara-negara lain yang berpendapat
bahawa ASEAN juga akan berkubur sepertimana pertubuhan yang terdahulu. Namun begitu,
ASEAN pada kali ini diberikan naIas yang baru iaitu bermatlamatkan pembangunan ekonomi,
kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan menerusi kegiatan bersama. Selain itu, ASEAN
juga hendak mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau berlandaskan keadilan dan
kepatuhan kepada undang-undang Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pelbagai
jawatankuasa ditubuhkan untuk mencapai matlamat ASEAN iaitu Jawatankuasa Perdagangan
dan Pelancongan, Jawatankuasa Industri, Galian dan Tenaga, Jawatankuasa Makanan,
Jawatankuasa Pertanian dan Perhutanan, Jawatankuasa Kenderaan dan Perhubungan,
Jawatankuasa Kewangan dan Urusan Bank serta Jawatankuasa Kegiatan Sosial dan Kebudayaan.
Justeru, menerusi ASEAN ini juga, pelbagai perjanjian telah dimeterai antara negara
anggota. Perjanjian ini adalah bertujuan untuk memastikan keamanan dan keselamatan serantau
terjamin disamping bagi mengelakkan perbalahan antara negara ASEAN. Zone oI Peace,
Freedom and Neutrality (ZOPFAN) dan ASEAN Concord merupakan sebahagian daripada
perjanjian yang telah dibuat antara tahun 1971 hingga 1976. Maka, bermula dari saat itu,
keanggotaan ASEAN kian bertambah sehingga menjadi 10 buah negara.

Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh ASEAN memandangkan jumlah kerakyatan


ASEAN adalah seramai 515 juta orang dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi. Demi untuk
memastikan bahawa pertubuhan ini kekal, tolak ansur dan kebijaksanaan pemimpin negara
ASEAN diperlukan agar matlamat ASEAN dapat dicapai secara menyeluruh.

















Sumbangan ASEAN Dalam Keselamatan Serantau


Sebagaimana organisasi lain, ASEAN ini ditubuhkan adalah untuk menjamin
keselamatan sejagat. Keselamatan ini didasari oleh pelbagai aspek seperti aspek sosial, politik
dan juga ekonomi. Sumbangan setiap aspek ini secara umumnya adalah untuk menyatupadukan
penduduk ASEAN yang bertujuan untuk mewujudkan keamanan dan keselamatan negara
serantau.
Aspek Politik
Politik merupakan suatu aspek yang sangat penting bagi meningkatkan keamanan dan
keselamatan serantau. Pelbagai konsep yang telah diperkenalkan oleh ASEAN bagi
merealisasikan hal tersebut.
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
ZOPFAN merupakan singkatan bagi Zone of Peace, Freedom and Neutrality telah
dikemukan oleh Malaysia dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur
pada 27 November 1971 dan telah diisytiharkan semasa Deklarasi Kuala Lumpur. Antara tujuan
ZOPFAN ditubuhkan ialah untuk mengekalkan kawasan serantau sebagai zon yang aman, bebas
dan berkecuali dari sebarang pertikaian kuasa-kuasa besar dan tidak menyokong mana-mana
pihak dalam pertikaian tersebut. Selain itu juga, untuk mengelakkan kawasan serantau dari
ancaman senjata nuklear.
Bagi mencapai matlamat tersebut, terdapat dua strategi yang digunakan iaitu yang
pertama ialah membentuk pakatan tentera yang dianggotai oleh negara-negara Asia Tenggara
untuk menentang sebarang percubaan pencerobohan kawasan serantau oleh negara luar.
Seterusnya adalah strategi diplomatik yang mana strategi kedua ini telah dipilih oleh ketua-ketua
kerajaan ASEAN kerana ia bersesuaian dengan semangat keserantauan ASEAN. Konsep
ZOPFAN ini telah mendapat sokongan moral daripada negara-negara Kesatuan Ekonomi Eropah
(EEC), Republik Rakyat China (PRC), Pakistan, Romania, Yugoslavia, Somalia, Republik
Demokratik Korea dan Jepun. Selain itu Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan
Negara Komanwel juga memberi pandangan yang positiI terhadap penubuhan konsep ZOPFAN.

Namun begitu, terdapat beberapa hal yang menyebabkan konsep ZOPFAN ini dilihat
kurang berjaya iaitu seperti isu pencerobohan Vietnam ke atas Cambodia pada Disember 1978.
Sebelum itu, Vietnam telah menunjukkan sikap kurang positiI kepada konsep ZOPFAN
walaupun mereka menyokong konsep tersebut. Vietnam sangsi terhadap konsep kebebasan dan
pengecualian yang diamalkan oleh konsep ZOPFAN kerana ZOPFAN dilihat pro-Barat.
Percanggahan Iahaman dan interpretasi antara ASEAN dan Vietnam timbul semasa rundingan
mengenai ZOPFAN dan tergendala akibat pencerobohan yang dilakukan oleh Vietnam terhadap
Cambodia. Penyelesaian ketenteraan yang dilakukan oleh Vietnam di Cambodia bercanggah
dengan prinsip utama ZOPFAN kerana ASEAN berpendapat bahawa sebarang pertelingkahan
haruslah diselesaikan menerusi rundingan politik tanpa campur tangan kuasa besar. Sokongan
Korea terhadap Vietnam dan campurtangan China terhadap hal ehwal Cambodia
membimbangkan ASEAN kerana hal tersebut akan membahayakan keamanan serantau. ASEAN
memberikan syarat supaya menyelesaikan masalah Vietnam dahulu sebelum meneruskan
perbincangan berkenaan dengan ZOPFAN, namun meminta supaya rundingan diteruskan tanpa
syarat. Amerika Syarikat pula dilihat tidak menentang ZOPFAN namun tidak senang dengan
usaha ASEAN untuk menjadikan kawasan serantau bebas dari senjata nuklear.
Deklarasi ASEAN Concord
Deklarasi ini telah diisiytiharkan pada 24 Februari 1976 di Jakarta, Indonesia. Ia telah
ditandantangani oleh 5 orang ketua negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura dan
Indonesia. Deklarasi ini adalah bagi menegaskan lagi pendirian ASEAN berkenaan dengan
konsep ZOPFAN yang telah diperkenalkan pada tahun 1971 di Malaysia. Ia juga bertujuan untuk
mempromosikan keamanan, kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negara anggota.
Selain itu ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi ASEAN dan memperluaskan kerjasama
ASEAN dalam bidang ekonomi, politik dan juga sosial.
Terdapat beberapa perkara yang telah digariskan dalam perjanjian ini. Antaranya ialah
kestabilan setiap ahli dan kawasan ASEAN merupakan sumbangan penting untuk keamanan dan
keselamatan antarabangsa lalu setiap negara haruslah menghalang sebarang ancaman dalam
negara masing-masing. Selain itu, setiap negara haruslah mengambil langkah awal untuk
menjayakan konsep ZOPFAN. Pembangunan ekonomi dan sosial juga dipertingkatkan bagi
menghapuskan masalah kemiskinan dan kebuluran. Negara yang menghadapi kesusahan seperti

terlibat dengan bencana alam juga haruslh ditolong bagi meringankan beban yang mereka
tanggung. Program peringkat nasional juga haruslah dilakukan untuk meningkatkan ekonomi
negara serantau. Saling menghormati dikalangan serantau juga mampu untuk meningkatkan lagi
keamanan dan kestabilan politik negara anggota tanpa campur tangan dalam hal negara lain.
Terdapat beberapa rangka kerja yang dilakukan bagi merealisasikan perjanjian tersebut.
rangka kerja tersebut dapat dibahagikan kepada 6 aspek iaitu, sosial, politik, kerjasama industri,
kerjasama perdagangan, budaya dan maklumat, keselamatan dan juga peningkatan mesin
ASEAN. Walaupun perkara yang disentuh itu adalah berkenaan dengan pelbagai aspek, namun
ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi proses keselamatan negara serantau. Keperihatinan
setiap negara anggota adalah amt penting bagi menjamin keberkesanan perjanjian tersebut.
negara anggota haruslah berkerjasama untuk menyempurnakan usaha murni tersebut supaya
ASEAN yang terhindar dari sebarang pergolakan akan tercapai dan meiningkatkan lagi
kemajuan negara serantau.
Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ)
SEANWFZ merupakan inisiatiI pertama perhimpunan ASEAN untuk menjamin
perjanjian dan menghormati Asia Tenggara sebagai ZOPFAN . Ia diiytiharkan pada 15 Disember
1995 di Bangkok dan telah ditandatangani oleh semua ketua negara yang terlibat. Perjanjian ini
telah dibincangkan sejak tahun 1980-an lagi, namun atas sebab beberapa masalah kestabilan
politik di Asia Tenggara pada masa tersebut, maka perbincangan mengenai SEANWFZ ini telah
ditunda. Terdapat 10 buah negara yang terlibat iaitu Malaysia, Brunei, Filipina, Singapura,
Cambodia, Vietnam, Indonesia, Laos, Myanmar dan Thailand. ASEAN akan bebas dari
sebarang bentuk atau campur tangan kuasa-kuasa besar, konsisten dengan prinsip yang
terkandung dalam Deklarasi Bangkok. Ia untuk menguatkan kestabilan ekonomi dan sosial di
ASEAN bagi memastikan kedamaian serantau dan bertekad untuk memastikan kestabilan dan
keselamatan serantau. Selain itu, ia bagi mengelakkan gangguan luar dalam bentuk apa pun dan
juga maniIestasi dalam rangka memelihara identiti nasional sesuai dengan aspirasi masyarakat
ASEAN.
InsiatiI ini digariskan dalam pengisytiharan ZOPFAN yang ditandatangani pada 27
November 1971 untuk menegaskan pengisytiharan ASEAN Concord yang ditandantangani di

Jakarta, Indonesia pada 24 Februari 1976. Perjanjian ini menyatakan ASEAN sebagai zon bebas
nuklear. Selain itu juga ia bertujuan untuk mempromosikan keamanan dan keselamatan dunia
dengan mengurangkan konIlik antarabangsa. Antara kandungan perjanjian ini ialah mengatakan
negara anggota diwajibkan untuk tidak mengembangkan, menghasilkan, memperolehi, memiliki
atau mempunyai senjata nuklear. Pengujian terhadap senjata nuklear dalam kawasan bebas
nuklear ini juga dilarang disamping tidak boleh membuang bahan atau sisa radioaktiI ke dalam
laut di kawasan bebas nuklear dan kawasan lain. Namun, hal tesebut tertakluk kepada penjanjian
perlindungan dengan Badan Tenaga Bom Antarabangsa (AIEA).
Aspek Ekonomi
Tujuan penubuhan Asean seperti mana yang telah kita sedia maklum adalah untuk
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau itu. Tujuan seterusnya ialah untuk kemajuan
sosial dan pembangunan budaya di rantau Asia Tenggara tersebut. Selain itu, penubuhan Asean
juga adalah bertujuan untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan melaui penghormatan bagi
keadilan dan peraturan undang-undang dalam hubungan di kalangan negara-negara di rantau
Asia Tenggara ini. Tujuan penubuhan Asean ini juga adalah bagi mematuhi prinsip-prinsip
Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Pada tahun 2003, pemimpin-pemimpin Asean memutuskan bahawa sebuah komuniti
ASEAN patut diwujudkan. Seperti mana yang kita tahu bahawa komuniti-komuniti tersebut
mengandungi tiga tunggak iaitu tunggak pertama ialah Komuniti Keselamatan ASEAN, kedua
Komuniti Ekonomi ASEAN dan juga Komuniti Sosiobudaya ASEAN melalui Bali Concord II.
Selaras dengan itu, matlamat ASEAN untuk pengintegrasian kewangan dan pasaran modal
diwujudkan melalui Pelan Tindakan Integrasi ASEAN dalam kewangan (RIA-FIN). Dimana,
RIA-FIN tersebut meliputi pembangunan pasaran modal, liberalisasi perkhidmatan kewangan
dan kerjasama mata wang.
Ini diikuti dengan keputusan yang dibuat pada Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin
2006 untuk mempercepatkan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN kepada tahun 2015 dari
tahun 2020. Dan selaras dengan itu, masa bagi mencapai matlamat Pelan Tindakan ASEAN
mengenai integrasi ASEAN dalam kewangan juga dipercepatkan lima tahun. Matlamat dan Iokus
strategik tersebut diperjelaskan dalam Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 yang

disokong oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpi ASEAN di Singapura
pada November 2007.
Melihat kepada peranan atau sumbangan-sumbangan lain ASEAN dalam ekonomi di
rantau Asia Tenggara ini adalah terlalu banyak sehingga dengan penubuhan ASEAN ini, negara-
negara ahli merasa tidak rugi untuk menyertai ASEAN pada suatu ketika dahulu. Antara
sumbangan-sumbangan ASEAN dalam ekonomi ialah dengan menubuhkan Rancangan
Pemulihan Ekonomi Negara atau National Economic Recovery Plan (NERP). Penubuhan NERP
ini adalah bagi mengelakkan kejatuhan mata wang Malaysia terutama pada tahun 1998 dengan
cara menjauhkan ringgit Malaysia daripada jangkauan spekulator mata wang. Antara lain
langkah yang diambil ialah dengan menurunkan kadar Iaedah, meningkatkan kecairan,
memodalkan semula bank dan menguruskan NPL serta banyak langkah lain. melalui langkah ini,
kegawatan ekonomi yang dialami oleh Malaysia dapat dipulihkan.
Pemulihan ekonomi negara ASEAN hanya dapat dipercepatkan dalam persekitaran
serantau dan antarabangsa yang lebih baik. Kerjasama ASEAN selama 30 tahun memberikan
kestabilan dan perpaduan yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraI
hidup yang lebih baik kepada rantau Asia Tenggara. Malah, Malaysia menyokong kuat langkah
untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi serantau dan meneguhkan asas ekonomi negara anggota
ASEAN dengan mempercepatkan perlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean atau Asean
Free Trade Zone (AFTA).
Selain itu, kerjasama dalam sektor industri merupakan salah satu daripada sektor utama
yang diperkembangkan dalam kerjasama ekonomi ASEAN. Kerjasama tersebut adalah bertujuan
untuk meningkatkan arus investasi, mendorong proses alih teknologi serta meningkatkan
ketrampilan negara-negara ASEAN, termasuk dalam bentuk pertukaran inIormasi tentang
kebijaksanaan perencanaan industri masing-masing. Kerjasama ASEAN dalam sektor
perindustrian diarahkan untuk mencipta Iasilitas produksi baru dalam rangka mendorong
perdagangan intra-ASEAN melalui pelbagai bentuk kerjasama yang dikembangkan berdasarkan
konsep resource pooling dan market sharing. Antara contoh inisiatiI kerjasama ekonomi yang
terus dikembangkan sehingga ke hari ini ialah ASEAN Industrial Cooperation (AICO) yang
ditandatangani pada bulan April 1996 dan berlaku secara eIektiI pada bulan November 1999.

AICO merupakan salah satu bentuk kerjasama ekonomi antara dua atau lebih perusahaan
dalam kawasan ASEAN dalam memanIaatkan pelbagai sumber daya yang dimiliki oleh
perusahaan masing-masing dalam rangka memproduksikan sesuatu barang yang bertujuan untuk
meningkatkan daya saing perusahaan ASEAN. Seperti mana yang kita ketahui bahawa AICO
menyediakan prasarana untuk menerapkan prinsip economic of scale and scope bagi
meningkatkan transaksi dalam ASEAN. Selain itu, AICO diharapkan dapat mendorong
kerjasama industri antara negara-negara ASEAN serta peningkatan industri yang berasaskan
teknologi serta kegiatan yang dapat memberikan nilai tambah terhadap produk industri ASEAN.
AICO tidak hanya diperuntukkan bagi perushaan-perusahaan industri, tetapi juga untuk trading
companies yang membantu pemasaran produk-produk industri kecil. Pada 21 April 2004, para
menteri ekonomi ASEAN telah menandatangani Protocol To Amend the AICO Agreement yang
mengatur perubahan atau penurunan tariI preIerensi untuk projek-projek AICO yang dipersetujui
bersama.
Seterusnya, sumbangan lain ASEAN dalam kerjasama ekonomi di rantau Asia Tenggara
ialah dengan penubuhan AFTA. Melalui penubuhan AFTA ini, ia merupakan satu inisiatiI yang
membawa kejayaan yang lebih besar berbanding dasar yang sebelumnya iaitu PTA (Preferential
Trading Arrangement). AFTA ditubuhkan bukan hanya semata-mata untuk meningkatkan
perdagangan di rantau ASEAN, tetapi juga adalah untuk meningkatkan persaingan dan
keberkesanan industri agar lebih berdaya saing dalam pasaran dunia. Hal ini seterusnya akan
menjadikan ASEAN kawasan yang menarik bagi pelaburan langsung asing (FDI) tanpa spekulasi
serta menambat hati lebih ramai pengeluar bertaraI dunia untuk beroperasi dirantau ini. Ini
kerana, semakin besar perdagangan dalam ASEAN maka semakin kuatlah tarikan rantau ini
kepada pelaburan langsung asing yang penting.
Selain itu, ASEAN juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama industri dengan
memperkenalkan Rancangan Kerjasama Industri Asean atau Asean Industrial Cooperation
Scheme (AICS). Ini kerana, Negara-negara ASEAN sedar bahawa sektor perkhidmatan akan
menjadi sektor utama dalam mewujudkan persaingan yang lebih besar dan meluaskan asas
pertumbuhan ekonomi Asean. Bagi mencapai sasaran tersebut ASEAN telah menandatangani
Perjanjian Rangka Kerja mengenai Kerjasama dalam Perkhidmatan dan mengadakan rundingan
tentang capaian pasaran yang menjangkaui komitmen dalam Perjanjian Am mengenai Kerjasama

dalam Perkhidmatan (General Agreement On Cooperation In Services atau GATS). ASEAN


telah mengkaji semula pelan tindakan dalam sektor pengangkutan dan komunikasi serta sektor
tenaga dan galian. Namun, pada masa yang sama kita lebih tertumpu kepada rancangan
kerjasama industri makanan, pertanian, perhutanan dan pelancongan. Selain itu, Asean juga turut
menandatangani Perjanjian Rangka Kerja mengenai Kerjasama dalam Harta Intelektual bagi
memastikan rantau ini akan memberikan perlindungan berkesan terhadap Harta Intelek asing dan
tempatan. Perlindungan Harta Intelek asing akan lebih menyakinkan pelabur asing, manakala
perlindungan harta intelek tempatan penting kerana usahawan kita kini mampu dan berupaya
menghasilkan kerja, sistem dan ciptaan. Asean juga turut merumuskan prinsip yang menjadi
panduan kearah mewujudkan Kawasan Pelaburan Asean atau Asean Investment Area (AIA) yang
menjangka aliran modal lebih bebas disamping mempengaruhi ketelusan dan kebolehramalan
dasar serta amalan pelaburan dengan matlamat menjadikan rantau Asean sebagai syurga pelabur.
Secara umumnya, setiap perkara berkenaan dengan ekonomi diwujudkan adalah bagi
meningkatkan ekonomi dalam sesebuah negara. Ini adalah untuk mengelakkan masalah
kemiskinan atau yang lebih teruk ialah masalah kebuluran. Seperti yang kita sedia maklum,
sekiranya masalah kemiskinan berlaku di sesebuah negara, maka ia akan mengakibatkan masalah
sosial seperti jenayah. Antara jenayah yang diakibatkan oleh kemiskinan ialah rompakan,
kecurian dan juga beberapa masalah sosial lain seperti mengemis yang boleh mencacatkan
pemandangan disesebuah tempat dan memberi pandangan yang negatiI dari negara luar.
Oleh yang demikian, kerjasama ekonomi Asean telah mencapai banyak kemajuan sejak
Malaysia memulakan inisiatiI ekonomi bersama yang pertama sejak 20 tahun lalu. Perjalanan
seterusnya lebih jauh dan penuh ranjau dan duri. Oleh itu kita boleh menjadikan perjalanan ini
lebih selesa jika kita mempersiapkan diri serta menumpukan perhatian dalam menangani
masalah yang dihadapi dan tetap komited dalam mencapai matlamat serantau kita. Dengan
adanya perancangan ekonomi yang baik dalam negara serantau, maka masalah keselamatan dari
segi ekonomi dapat dibendung.


Aspek Sosial
ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika
dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan demi
kebaikan bersama. Kerjasamana yang dijalankan adalah seperti dalam bidang ekonomi, politik
dan juga sosial. Kerjasama dalam bidang sosial dapat dilihat dengan jelas sekali seperti dalam
bidang pendidikan, kebudayaan, kesihatan dan lain-lain lagi. Kerjasama antara negara ASEAN
itu akan dapat mewujudkan kerjasama serantau yang baik seterusnya dapat meningkatkan taraI
ekonomi, politik dan sosial setiap negara anggota.
Kerjasama Malaysia dalam ASEAN dalam pendidikan begitu ketara sekali. Hal ini adalah
kerana begitu banyak perkara yang telah Malaysia sertai dalam ASEAN. Kerjasama dalam
bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran
ASEAN (SEAMEO). SEAMEO telah ditubuhkan pada bulan November 1965 di Bangkok dan
piagamnya ditandatangani pada bulan Februari 1968. Pertubuhan SEAMEO adalah untuk
menggalakan kerjasama dalam kalangan negara Asia Tenggara dalam bidang pendidikan, sains
dan kebudayaan.
Hal ini akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta perseIahaman dan juga dapat
membantu pendidik agar mereka dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi
dan kemasyarakatan di negara masing-masing. SEAMEO mempunyai beberapa buah projek
sendiri seperti pusat kajian Bahasa Inggeris di Singapura, INNOTECH di Filipina, dan Pusat
Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik (Regional Educational Center for Science and
Mathematics) atau nama ringkasnya RESCAM yang bertempat di Pulau Pinang pada tahun 1967.
Malaysia adalah merupakan salah satu daripada anggota ASEAN yang bergiat aktiI dalam
SEAMEO.
Selain itu, melalui kerjasama dalam bidang pendidikan juga akan dapat memberi satu
idea baru kepada para pelajar. Para pelajar yang datang ke negara anggota untuk menimba ilmu
dengan diberikan latihan yang cukup bagus untuk pembangunan setiap negara anggota masing-
masing. Di mana akan berlaku sistem pertukaran pelajara dan ini akan membolehkan mereka
bertukar ilmu. Begitu juga, pemindahan teknologi dan tenaga pakar juga akan berlaku. Hal ini
adalah kerana Malaysia adalah negara yang sedang membangun jadi banyak memerlukan

teknologi dan juga memerlukan tenaga pakar untuk menggerakan teknoligi tersebut. Berlaku
juga kerjasama dalam penyelidikan dimana setiap negara anggota akan bekerjasama dalam
melakukan penyelidikan dan bertukar-tukar pendapat.
Selain daripada menjalankan kerjasama dalam bidang pendidikan, Malaysia dan negara-
negara anggota lain turut menjalankan kerjasama dalam bidang kebudayaan. Oleh kerana setiap
negara anggota itu mempunyai nilai budaya yang tersendiri, adalah sangat baik apabila Malaysia
dapat bekerjasama dengan negara anggota yang lain untuk saling bertukar pandangan tentang
kebudayaan negara anggota masing-masing. Dalam kerjasama ini, Malaysia telah menjadi
tempat untuk mengadakan Iestival Iilem, Iestival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan
Tabung Kebudayaan ASEAN. Universiti ASEAN juga ditubuhkan bagi kemudahan para pelajar
dari negara anggota untuk meneruskan pengajian mereka.
Bukan sahaja itu kerjasama yang dijalankan dalam bidang kebudayaan, malah pertukaran
rancangan televisyen dan siaran radio juga dilakukan. Contohnya diantara negara anggota seperti
RTM dengan RTV dari Brunei dan juga TVRI dari Indonesia. Keadaan ini adalah merupakan
salah satu kerjasama serantau yang begitu baik dalam kalangan negara anggota ASEAN. Dengan
wujudnya kerjasama penyiaran radio dan televisyen itu, maka setiap negara anggota yang terlibat
akan dapat menonton atau mendengar siaran dari negara enggota yang lain. Itu juga adalah
merupakan salah satu kerjasama serantau yang boleh dibanggakan.
Malaysia juga turut diberi peluang untuk menjadi tuan rumah bagi sukan South East
ASEAN Games (SEA). Melalui peluang yang ada itu, secara tidak langsung akan dapat
merapatkan lagi hubungan dalam kalangan negara anggota melaui acara sukan yang
dipertandingkan. Selain itu juga, kerjasama dalam bidang perlancongan juga diwujudkan. Tahun
melawat ASEAN telah diperkenalkan pada tahun 1992. Seterusnya diwujudkan Tahun Melawat
Malaysia iaitu pada tahun 1990 dan 1994, begitu juga denagn Tahun Melawat Indonesia pada
tahun 1991. Melalui program seperti itu, para pelancong di seluruh dunia akan bergilir-gilir
melawat negara-negara ASEAN. Melalui program seperti itu juga, maka negara-negara anggota
ASEAN akan dapat dikenali di peringkat antarabangsa. Selain itu juga, diwujudkan pasaran
udara terbuka dan ini akan membuka lagi ruang untuk mengembangkan sector perlancongan
antara negara anggota ASEAN.

Selain itu juga, dalam konteks keselamatan strategik dan hubungannya dengan negara-
negara ASEAN, Soviet Rusia menyedari kepentingan Selat Melaka. Bagi Soviet Rusia, selat
Melaka dapat memendekan perjalanan dari sektor Eropah ke sektor Artik. Selat Melaka juga
dilihat dapat memendekan perjalanan kapal-kapal Soviet Rusia yang berlayar di Lautan
Mediterranean dan Lautan Hindi ke Lautan PasiIik. Justeru itu Selat Melaka amat penting bagi
Soviet Rusia terutamanya dalam aspek keselamatan. Ini disebabkan laluan tersebut bebas
daripada pengaruh ais beku sepertimana yang dihadapi di Lautan Artik. Kelebihan ini akan
menjamin pelayaran sepanjang tahun dan dapat menghubungkan pelayaran dari pelabuhan
Eropah ke pelabuhan-pelabuhan di Timur Jauh dan juga negara-negara Asia. Kepentingan Selat
Melaka bagi Soviet Rusia dicerminkan dengan tindakan kuasa itu meluaskan penguasaannya di
Lautan Hindi dan Selat Melaka itu sendiri.
Projek Growth Triangles (BIMP-EAGA, IMTGT, SIJORI) melibatkan beberapa buah
negara iaitu, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Brunei dan Sub-wilayah
Mekong. Pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dalam
negara anggota. Itu adalah merupakan contoh kerjasama terbaik dalam kerjasama yang
dijalankan ASEAN. Melalui kerjasama itu, ekonomi dan sosial setiap negara anggota ASEAN
dapat dipertingkatkan dan diharapkan dapat menguntungkan semua sektor masyarakat.
Selain itu juga, ASEAN turut memainkan peranan penting dalam memerangi jenayah
dadah antarabangsa. Penyalahgunaan dan penyeludupan najis dadah merupakan ancaman kepada
masyarakat Malaysia dan antarabangsa yang cintakan keamanan dan kesihatan. Malaysia dan
anggota negara ASEAN yang lain bergabung tenaga untuk menangani masalah dadah itu sejak
tahun 1976 dan telah mengambil langkah-langkah tegas untuk memerangi penyalahgunaan dadah
bagi membina kehidupan sosial dan ekonomi yang sihat dan progreasiI. Hasrat baik itu didasari
dengan nilai-nilai keagamaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam
kalangan generasi muda. Justeru, pelbagai usaha dilaksanakan bagi membenteras kegiatan itu
sama ada diperingkat nasional atau antarabangsa.


Cabaran ASEAN
Sememangnya setiap pertubuhan atau organisasi yang ditubuhkan tidak pernah lari dari
cabaran atau masalah. Begitu juga yang dihadapi oleh ASEAN. Antara masalah yang dihadapi
oleh ASEAN ialah, negara anggota masih menghadapi situasi jurang kemiskinan yang tinggi. Ia
dapat dilihat dengan jelas oleh kita bahawa keadaan ekonomi di negara Asia Tenggara agak
tinggi jurang ekonomi antara satu sama lain. Sebagai contoh, Singapura merupakan sebuah
negara yang maju dan mempunyai ekonomi yang stabil jika dibandingkan dengan ekonomi
Indonesia. ASEAN tidak mampu untuk membantu negara mundur seperti Indonesia supaya
menjadi lebih setaraI negara lain seperti Singapura. Masih wujud negara miskin dan negara kaya
di kalangan negara anggota. Masalah jurang ini akan menggugat keselamatan serantau apabila
negara yang kaya akan mengambil kesempatan dari segi ekonomi kepada negara yang miskin.
Selain itu, ASEAN juga masih menghadapi campur tangan kuasa besar seperti negara
barat seperti Amerika Syarikat dalam menyelesaikan sebarang masalah seperti pertelingkahan.
Antara contoh campurtangan kuasa-kuasa besar dalam ASEAN ialah campur tangan Rusia dan
China terhadap permasalahan Vietnam dan Cambodia. Dalam membuat sebarang keputusan,
ASEAN dilihat masih dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa besar. Keadaan
campur tangan ini juga dilihat menggangu proses ASEAN untuk menjalankan pemerintahan
mereka dengan lebih baik kerana terpaksa menerima campur tangan pihak lain.
Selain itu juga, masalah tranasional masih wujud terutamanya isu migrasi massa, lanun,
jerebu, jenayah dan konIlik budaya di kalangan negara anggotan ASEAN. Antara contoh migrasi
massa ialah seperti pendatang tanpa izin yang datang ke negara lain. Hal pendatang tanpa izin ini
mendatangkan banyak masalah kepada negara yang terlibat. Hal seperti ini masih tidak dapat
ditangani oleh ASEAN sedangkan masalah ini berlaku dikalangan negara anggota. KonIlik
budaya yang berlaku di negara anggota ASEAN ialah isu Tarian Pendet antara Malaysia dengan
Indonesia. Isu-isu seperti ini memberi impak yang negatiI terhadap hubungan kedu-dua negara.
Setiap tahun juga kita menghadapi masalah jerebu yang diakibatkan oleh negara jiran. Hal
seperti ini sepatutnya dapat dikekang oleh ASEAN melalui rundingan dengan membuat
peraturan terhadap negara anggota supaya tidak melakukan perkara yang boleh mengakibatkan
jerebu yang teruk. Isu lanun juga berleluasa di negara ASEAN. Lanun ini bukan sahaja
dikalangan negara anggota, malah ia turut datang dari negara luar sebagaimana kes yang berlaku

baru-baru ini iaitu isu lanun Somalia. ASEAN juga sepatutnya mencari inisiatiI untuk
menghalang kegiatan lanun di perairan negara anggota.
Apabila ASEAN mengamalkan dasar berkecuali, hal ini akan menimbulkan masalah
kepada negara anggota. Antaranya ialah apabila berlakunnya sebarang pergolakan negara kuasa-
kuasa besar negara anggota tidak boleh campur tangan. Ini adalah untuk menjamin keselamatan
serantau. Negara ASEAN tidak dibenarkan menceroboh negara lain bagi mengekalkan keamanan
serantau namun konsep ini gagal apabila terdapat negara yang melakukan pencerobohan
terhadap negara lain seperti Vietnam menceroboh Camodia. Selain itu, dalam perjanjian
ASEAN, sebarang pertelingkahan haruslah diselesaikan secara aman tanpa menggunakan
senjata. Jika berlakunya sebarang pertelingkahan antara negara seperti Thailand, sukar untuk
menyelesaikan perbalahan di selatan Thailand sekiranya tidak campur tangan negara ASEAN
lain. ASEAN misalnya akan dikira sebagai campur tangan sekiranya memberi bantuan
ketenteraan kepada negara yang bergolak walaupun tujuan asal adalah untuk meredakan
perbalahan tersebut. maka, ASEAN akan berada dalam keadaan tersepit sama ada hendak
menghulurkan bantuan ketenteraan ataupun tidak.
Antara cabaran yang perlu diselesaikan oleh ASEAN ialah berkenaan dengan isu
Myanmar iaitu pergolakan yang berlaku di Myanmar kearah pemerintahan demokrasi. Dalam hal
ini, ASEAN dilihat gagal untuk membantu untuk menyelesaikan permasalahan tersebut
walaupun telah mencuba untuk membantu Myanmar supaya penindasan terhadap hak rakyat
tidak terus berleluasa. Dalam hal ini juga, ASEAN dilihat gagal untuk mengekang campur
tangan negara kuasa besar dari campurtangan dalam isu Myanmar. Selain itu, pemerintahan junta
di Myanmar haruslah dapat ditangani oleh PBB dan juga ASEAN bagi mengelakkan kekejaman
di Myanmar terus berleluasa dan hak asasi manusia di Myanmar juga dapat dijaga dengan baik.
Sebagai sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk menjaga keamanan serantau, permalasahan
ini haruslah diselesaikan dengan pelbagai cara walaupun terpaksa campur tangan dalam masalah
negara lain. Maka disini dapat dilihat dengan jelas dasar berkecuali ASEAN haruslah dikaji
semula supaya dapat membantu negara anggota yang bergolak. Jika campur tangan tersebut
dilakukan dengan cara yang betul iaitu hanya berniat untuk menyelesaikan masalah di negara
bergolak, maka campur tangan tersebut tidak salah. Jika sesebuah negara campur tangan dengan

niat untuk menceroboh atau menjajah negara bergolak, hal tersebut jaruslah dihentikan dengan
segera.
Masalah perundangan yang berbeza di setiap negara anggota ASEAN menyukarkan
ASEAN untuk menangani isu berbangkit. Atas Iaktor sejarah penjajah yang berbeza, maka
perundangan di setiap negara anggota berbeza. Jika terdapat isu berbangkit yang melibatkan
undang-undang ASEAN gagal untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. ASEAN akan
meminta organisasi luar untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Disebabkan campur
tangan organisasi luar ini, negara serantau akan berasa tidak puas hati kerana konsep ASEAN
yang cuba untuk mengamalkan dasar berkecuali dari penglibatan kuasa besar. Jika permasalahan
tersebut melibatkan negara luar, ia akan menggugat keselamatan serantau kerana kemungkinan
negara yang terlibat akan melibatkan penggunaan senjata. Oleh itu, perundangan yang seragam
dikalangan negara anggota penting bagi menyelesaikan permasalahan dalam kalangan negara
anggota sebagaimana yang telah digariskan bagi menjamin keselamatan serantau.
ASEAN juga berhadapan dengan kritikan negara luar sseperti negara kuasa besar seperti
Amerika Syarikat. ASEAN digelar talk shop oleh pemerhati dari barat. Ini bermaksud, ASEAN
hanya dianggap hanya mampu merancang sesuatu tetapi gagal untuk melaksanakannya. Hal ini
dilihat sebagai sesuatu yang memperlihatkan kegagalan bagi pihak ASEAN kerana pelbagai
usaha yang dilakukan untuk membantu negara anggota masih kurang berjaya sehingga pemerhati
barat menyisaIkan ASEAN sebagai talk shop sahaja. Maka, ASEAN seharusnya berkerja keras
dalam membantu untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku di negara anggota.






Isu-isu dalam Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)


Terdapat pelbagai isu yang timbul dalam ASEAN. isu-isu seperti inilah yang akan
memberi impak yang negative dalam pertubuhan negara ASEAN.
Politik
Aspek politik merupakan aspek yang biasanya akan menimbulkan isu dalam beberapa
buah pertubuhan tidak. Begitu juga yang berlaku dalam ASEAN iaitu terdapat isu yang timbul
yang memperlihatkan kelemahan ASEAN.
Kemboja dengan Thailand
Isu ini tercetus apabila hak pemilikan tapak candi Preah Vihear yang berusia 900 tahun
itu dipertikaikan kedua-dua negara. Pada tahun 1962, Mahkamah Dunia telah mengiktiraI
bahawa candi itu terletak di wilayah milik Kemboja, walaupun pintu masuknya terletak di
wilayah Thailand. Kemboja dan Thailand berkongsi sempadan darat sepanjang 800 kilometer
tetapi sebahagian daripadanya tidak ditandakan dengan jelas kerana kedua-dua negara
berpandukan peta yang berlainan. Thailand mengakui kedaulatan Kemboja ke atas candi
berkenaan tetapi kedua-dua negara menuntut kawasan seluas 4.6 kilometer persegi di sekitarnya.
Ini menyebabkan askar kedua-dua negara telah bertempur sebanyak beberapa kali disebabkan isu
tersebut. Ketegangan meletus jadi pertempuran pada Julai 2008 apabila candi Preah Vihear
diberikan status Warisan Dunia oleh Jawatankuasa Warisan Sedunia (Unesco). Empat askar
terkorban dalam pertempuran di sekitar candi itu pada 2008 dan tiga lagi dalam pertempuran
pada April 2009.
Namun, sejak kebelakangan ini, ketegangan antara kedua-dua negara anggota Asean itu
meningkat ekoran tekanan daripada kumpulan nasionalis Thailand yang mendesak Bangkok
menyingkirkan tentera Kemboja daripada satu kawasan berdekatan candi berkenaan. Sebelum ini
pun, hubungan dua hala tegang apabila Phnom Penh melantik mantan Perdana Menteri Thai,
Thaksin Shinawatra, yang kini hidup dalam buangan, sebagai penasihat ekonomi Kemboja pada
2009. Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dilaporkan membuat ucapan berapi-api menuduh

Thailand yang melakukan pencerobohan di samping menggesa campur tangan Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam situasi tersebut, Asean telah memainkan peranannya dengan menghantar
Menteri Luar Indonesia, Encik Marty Natalegawa, ke Kemboja dan ke Thailand untuk
meredakan krisis itu. Hal ini kerana Indonesia merupakan pengerusi Asean. Pihak Asean
mengharapkan krisis dan ketegangan yang berlaku dapat diselesaikan melalui dialog dan
rundingan antara dua pihak agar isu ini akan selesai.
1erebu
Pada sekitar tahun 1997 hingga 1998 berlaku suatu keadaan yang dinamakan el nino. El
nino menyebabkan berlaku kemarau yang panjang. Kemarau yang panjang ini telah
menyebabkan berlaku kebakaran hutan di Indonesia yang tidak terkawal seterusnya
mengakibatkan berlaku jerebu yang paling teruk di rantau Asia Tenggara. Jerebu telah
mengakibatkan kerugian yang berbilion-bilion ringgit. Pada 19 September 1997 Sarawak
mengisytiharkan darurat buat pertama kali dalam sejarahnya apabila jerebu paling buruk
melanda negeri itu setelah Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 625 iaitu jauh lebih tinggi
daripada paras berbahaya antara 301 dan 500. Kerajaan-kerajaan Asia Tenggara pernah
mengadakan mesyuarat di peringkat pemimpin negara dan peringkat menteri. Hasilnya
pada 2002, Perjanjian Asean mengenai Pelan jerebu merentas sempadan telah ditandatangani.
Namun masalah jerebu masih terus berulang dan menjejaskan reputasi negara rantau ini.
Menteri Pengangkutan Indonesia pada ketika itu, Hatta Radjasa menjelaskan jerebu
berlaku akibat kegiatan pembakaran untuk membersihkan tanah di Sumatera dan Kalimantan.
Para pegawai di negara jiran seperti Malaysia sering mengadu bahawa kerajaan Indonesia tidak
melakukan apa-apa untuk menyelesaikan pembakaran tersebut. Sementara itu, media-media
Indonesia pula sering menyalahkan syarikat perladangan dari Malaysia yang melakukan
pembakaran hutan di Sumetera, antaranya ialah Guthrie dan Tabung Haji yang memiliki ladang-
ladang Kelapa Sawit dan Getah. Oleh hal yang demikian, kerajaan Malaysia telah meminta
Indonesia agar segera mendakwa syarikat perladangan yang terbabit dalam pembakaran terbuka
di Indonesia. Jerebu telah menyebabkan ganguan kepada aktiviti penduduk, sekolah-sekolah
ditutup, penerbangan ditangguhkan dan dibatalkan manakala penduduk terpaksa memakai topeng

untuk menjaga kesihatan. Kesan jerebu bermula sejak awal Julai dan menjejaskan negeri-negeri
di utara Semenanjung Malaysia dengan agak teruk.
Namun demikian, cuaca mula bertambah baik sejak 29 Ogos dengan ketibaan musim
hujan. Ini melegakan rakyat Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Walau
bagaimanapun, jerebu ini kembali melanda pada akhir September. Ini berlaku akibat perubahan
arah angin yang disebabkan oleh TauIan Xangsane. Penduduk telah dinasihatkan agar memakai
topeng pernaIasan apabila keluar dari rumah. Kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai
langkah untuk mengatasi masalah jerebu antaranya melakukan pembenihan awan atau hujan
tiruan kerana jerebu akan hilang apabila hujan terjadi. Namun masalah keadaan angin Monsun
Barat Daya yang terjadi ketika itu menyebabkan berlaku masalah untuk mencipta hujan
tiruan.sekarang ini tidak cukup berkesan untuk menghasilkan hujan tiruan. Jabatan Alam Sekitar
(JAS) juga turut mengeluarkan amaran yang menyatakan bahawa kualiti udara di beberapa
negeri seperti Johor, Melaka dan Pahang berada diparas bahaya.
Ekonomi
Bagi kebanyakan masyarakat Asia Tenggara Ienomena krisis ekonomi yang melanda
negara-negara mereka pada pertengahan tahun 1997 seperti terkena panahan sebuah meteor dari
angkasa lepas. Krisis tersebut telah menghancurkan beberapa institusi ekonomi paling dinamik di
dunia. Lebih dari 2 tahun selepas itu, krisis tersebut masih berterusan dan serius. Ia bukan sahaja
menjejaskan sistem perbankan dan menambahkan hutang sektor korporat bukan bank malahan
turut membantutkan KDNK benar negara-negara serantau.
Pada tahun 1997, Malaysia memiliki deIisit akaun mata wang melebihi 5 KDNK.
Pada bulan Julai mata wang ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia
menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari
kemudian Standard and Poors menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu selepas itu,
agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank iaitu sebuah bank terbesar Malaysia. Pada
hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata. Hal ini menyebabkan berlaku
penurunan yang terendah semenjak 1993. Pada 2 Oktober mata wang Malaysia ringgit terus
jatuh. Hal ini menyebabkan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir
Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal" untuk menaikkan kembali mata wang

Malaysia. Pada 1998, pengeluaran di pelbagai sektor telah menyusut dengan begitu cepat. Sektor
pembinaan menyusut sebanyak 23,5 , pengeluaran menyusut 9 dan pertanianaaa 5,9 .
Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6,2 pada tahun 1998. Tetapi Malaysia
merupakan antara negara terpantas yang dapat memulihkan krisis tersebut tanpa menerima
bantuan Bank Dunia (IMF).
Thailand juga turut menerima kesan daripada krisis tersebut. Pada 14 Mei dan 15 Mei
1997, mata wang Thailand iaitu baht telah mengalami serangan spekulasi besar. Pada 30 Jun,
Perdana Menteri Thailand ketika itu, Chavalit Yonchaiyudh berkata bahawa dia tidak akan
menurunkan nilai Baht. Namun akhirnya terpaksa menambat mata wang tersebut pada 2 Julai
1997. Finance One iaitu perusahaan kewangan Thailand yang terbesar telah diisytharkan muIlis.
Pada 11 Ogos 1997 bank dunia telah membuka pakej bantuan yang berjumlah lebih daripada 16
juta dolar Amerika dan Thailand telah menerima bantuan untuk memulihkan ekonomi mereka.
Di Filipina, Bank Pusat Filipina menaikan suku bunga atau Iaedah sebanyak 1.75 mata
pada Mei dan 2 mata lagi pada 19 Jun. Ketika negara Thailand mula dilanda krisis ekonomi
pada 2 Julai 1997 kerajaan Filipina telah memaksa bank Pusat untuk campur tangan secara besar-
besaran untuk menjaga Peso Filipina supaya tidak berlaku kejatuhan yang mendadak dengan
menaikkan suku bunga dari 15 ke 24 dalam satu malam.
Krisis Asia telah memberikan pengaruh yang besar ke mata wang, pasaran saham, dan
harga aset lainnya di beberapa negara Asia. Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah
beberapa negara yang kuat menerima kesan akibat krisis tersebut. Krisis ekonomi telah
mengakibatkan berlakunya kekacauan politk sehingga menjatuhkan pemimpin-peminpin di Asia
Tenggara seperti Suharto di Indonesia dan Chavalit Yongchaiyudh di Thailand. Selain itu, krisis
tersebut juga menwujudkan golongan yang anti kepada barat kerana mereka menganggap barat
mencaturkan ekonomi dunia.


Kesimpulan
Secara keseluruhannya, segala dasar atau konsep yang diwujudkan oleh ASEAN adalah
bertujuan untuk mewujudkan keamanan serantau iaitu di negara ASEAN. Walaupun dalam
setiap konsep atau aspek yang diwujudkan tersebut menyatakan bahawa ASEAN ditubuhkan
semata-mata untuk keselamatan dan keamanan serantau, tetapi secara tidak langsung ia akan
terus berkaitan dengan keamanan dan keselamatan serantau. Secara umumnya juga, keamanan
yang wujud di rantau ini adalah hasil kerjasama dari semua negara anggota disamping
sumbangan dari organisasi lain yang mampu mewujudkan perkara yang boleh menghalang
pelbagai perkara yang boleh menggugat keselamatan serantau seperti Iungsi PBB dan juga
sebagainya.
Namun begitu, tahap keselamatan yang terdapat di negara Asia terutamanya di negara
ASEAN masih belum boleh membanggakan apabila masih ada berlaku pertelingkahan antara
negara anggota dan juga masalah dalaman yang dihadapi oleh negara anggota. Dalam hal ini,
ASEAN yang dianggap mampu untuk menyelesaikan masalah keselamatan tersebut masih
menghadapi masalah untuk menyelesaikannya atas beberapa kekangan seperti kekangan prinsip
ASEAN itu sendiri seperti konsep dasar berkecuali. Selain itu, Iaktor campur tangan kuasa besar
juga memperlihatkan ASEAN masih menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah dalam
negara naungan ASEAN. Kelemahan tersebut mempunyai pelbagai Iaktor tertentu yang
membantutkan proses penyelesaiannya.
Walaupun ASEAN masih berhadapan dengan pelbagai masalah, namun kejayaan
ASEAN dalam menyelesaikan dan membantu menyatupadukan negara ASEAN tidak dapat
dinaIikan. Oleh sebab yang demikian semua pihak haruslah berkerjasama bagi mengekalkan
keamanan dan keselamatan yang sedia ada di negara serantau ini. Tanpa kerjasama semua pihak,
agak mustahil ASEAN ini dapat menjalankan aktiviti untuk menyatupadukan negara ASEAN
akan berjaya dengan baik. Dengan mewujudkan pelbagai aktiviti yang bermanIaat, maka proses
keamanan dari pelbagai sudut sama ada dari aspek ekonomi, social dan politik akan dapat
diwujudkan.

Você também pode gostar