Você está na página 1de 2

Karangan berbentuk pendapat atau perbincangan Keburukan makanan segera

Kawan, hari ini hendak makan dimana?. Amira, kita makan di KFC, cepat sikit dari makan dekat kedai Pak Mat, beratur panjang, malas aku. Pernahkah anda mengalamai situasi ini? Majoriti masyarakat sekarang lebih gemarkan makanan segera dari makanan segar. Ramai yang megatakan bahawa, mereka tiada masa untuk mengambil makanan segar, ramai juga yang mengatakan bahawa makanan segera lebih sedap dari makanan segar. Tetapi tahukah anda semua bahawa makanan segera itu mendatangkan lebih banyak keburukan untuk kesihatan kita. Makanan segera, adalah makanan yang diproses dengan tujuan untuk memudahkan pengambilannya. Makanan sebegini kurang khasiatnya. Tanpa manusia sedari pengambilan makanan segera dengan kadar yang kerap akan mendatangkan risiko peyakit kepada manusia. Tahukah anda mengapa makanan segera berbahaya untuk manusia jika diambil dengan kerap? Makanan segera berbanding makanan segar lebih banyak mengandungi aditif. Aditif adalah bahan kimia yang terdapat dalam ubat-ubatan dan makanan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan kualiti, menambah rasa dan mengekalkan kesegaran makanan tersebut. Mono Sodium Gulamate (MSG) adalah satu contoh aditif yang banyak terdapat di dalam makanan segera. Pengambilan MSG secara berlebihan akan mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh badan manusia. Kajian doktor dari Persatuan Barah Kebangsaan Jepun membuktikan bahawa pengambilan MSG dengan kerap akan mendatangkan risiko manusia untuk mendapat ketumbuhan di paru-paru, usus kecil dan besar serta perut. Pengambilan MSG yang banyak juga akan mnjejaskan system otak dan urat saraf. Makanan segera juga terkenal dengan lebihan lemak. Ini kerana makanan segera boleh dikatakan bahawa bahan utama di dalam makanan segera adalah lemak. Seperti contoh, kentang goreng, ia dikatakan berkhasiat daripada ban yang diperbuat dari tepung putih yang halus, akan tetapi ia direndam di dalam lemak. Lemak tepu seperti sedia maklum, menyumbang kepada serangan jantung. Lemak penting kepada manusia kerana ia adalah tenaga tersimpan di dalam tubuh manusia yang diperlukan untuk membuat sebarang aktiviti akan tetapi lemak yang berlebihan akan mengundang padah kepada manusia. Serangan jantung, obesiti adalah salah satu penyakit disebabkan lemak yang berlebihan. Tambahan lagi, makanana segera terbukti tiada zat berbanding makanan segar. Makanan segera hanya mampu untuk mengenyangkan dalam tempoh yang sekejap dan member bahan bakar kepada badan. Bagi kanak-kanak, pengambilan makanan kalori yang tiada zat, akan membantutkan

selera makan mereka. Kanak-kanak amat memerlukan zat dan protein untuk tumbesaran mereka. Makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng dan burger daging, mempunyai zat akan tetapi ia tidak cukup untuk keperluan badan. Makanan seperti itu juga mempunyai lemak dan garam yang banyak. Oleh itu, terbuktilah bahawa makanan segera mendatangkan keburukan kepada manusia jika diambil secara kerap. Sesibuk mana sekalipun manusia, harus diingat bahawa kesihatan tubuh badan kita harus dijaga. Ambillah makanan segar sekerap yang mungkin dan beriadah selalu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cedas. Akan tetapi, manusia kini sedar tentang keburukan makanan segera tetapi mereka masih memilih untuk mengambilnya, jadi apa yang harus dilakukan?

Você também pode gostar