Você está na página 1de 28

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 1

UNIT 9
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

OBJEKTIF

Objektif am

: Mempelajari dan memahami kepentingan pemeriksaan dan pengujian ke atas pepasangan .

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :1. Menyatakan kepentingan pemeriksaan dan pengujian serta peraturan IEE yang berkaitan . Menyatakan tujuan pemeriksaan penglihatan ke atas pemasangan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya tidak memenuhi syarat serta peraturan IEE yang berkaitan. Menyatakan kepentingan ujian dijalankan mengikut turutan serta peraturan IEE yang berkaitan. Menyatakan tujuan setiap ujian dijalankan dan menamakan alat-alat ujian serta peraturan IEE yang berkaitan. Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum ujian termasuk keputusan-keputusan yang sepatutnya diperolehi semasa ujian serta peraturan IEE yang berkaitan . Menyatakan langkah-langkah mengesan kerosakan , memperbaiki dan cara-cara mengelakkan kerosakan serta peraturan IEE yang berkaitan.

2.

3.

4.

5.

6.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 2

INPUT 9a

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN BAGI PEMASANGAN

9.0

Pengenalan Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani proses pengujian sebelum diberikan bekalan . Pengujian ini adalah bertujuan untuk mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi peraturan IEE . Di samping itu pengujian tersebut dapat menjamin keselamatan pengguna dan juga peralatan yang bakal digunakan . Walaupun pengujian ke atas pemasangan elektrik tidaklah menjamin pemasangan tersebut selamat untuk selama-lamanya tetapi perlulah dibuat pengujian-pengujian yang berulang dalam tempoh yang sesuai . Dalam bab ini kita akan mempelajari kepentingan-kepentingan dan juga proses-proses pengujian yang diperlukan ke atas sesuatu pepasangan .

9.1

Memahami tujuan pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan 9.1.1 Kepentingan pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan Pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan baru - Diuji terlebih dahulu sebelum digunakan bagi mempastikan pemasangan selamat untuk digunakan dan memenuhi piawaian peraturan IEE . Pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan penambahan atau pengubahsuaian. - Diuji sama ada sesuai ataupun tidak sesuai. Pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan elektrik yang sedia ada. - Ujian untuk mengesan kerosakan kabel. 9.1.2 Tempoh masa ujian perlu dijalankan. Bergantung kepada jenis pendawaian. Keadaan tempat. Kebenaran yang diberikan oleh pihak pembekal.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN 9.1.3 Peraturan IEE.

E2001 / UNIT 9/ 3

Peraturan umum, pengujian mestilah dijalankan mengikut urutan. Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir (termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang. Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi. Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk pemasangan TN-C, semua tiang atau fasa pendawaian disambungkan bersama secara elektrik Rintangan penebat ke bumi haruskah tidak kurang daripada 1 megaohm. Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang-alik yang bernilai stabil dibekalkan antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tambahan T1 yang diletakkan pada suatu jarak tertentu dari T supaya kawasan rintangan kedua-dua elektrod tidak tertindih.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 4

AKTIVITI 9a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

( Nyatakan samada BENAR [ B ] atau SALAH [ S ] ) 1. Sesuatu pemasangan baru perlu menjalani proses pemeriksaan dan pengujian. BENAR [ 2. ] SALAH [ ]

Pemasangan tambahan tidak perlu pemeriksaan dan pengujian. BENAR [ ] SALAH [ ]

3.

Tempoh masa yang diperlukan untuk membuat sesuatu pengujian bergantung kepada jenis pendawaian . BENAR [ ] SALAH [ ]

4.

Sesuatu pengujian perlulah mengikut urutan . BENAR [ ] SALAH [ ]

5.

Setiap pengalir mestilah diuji secara berasingan. BENAR [ ] SALAH [ ]

6.

Untuk menguji rintangan penebat , semua fius hendaklah ditanggalkan. BENAR [ ] SALAH [ ]

7.

Rintangan penebat ke bumi hendaklah tidak kurang dari 1 megaohm. BENAR [ ] SALAH [ ]

8.

Elektrod bumi yang digunakan semasa menguji rintangan bumi hendaklah dipisahkan supaya rintangan antara kedua-dua elektrod tidak bertindih . BENAR [ ] SALAH [ ]

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 5

MAKLUMBALAS 9a

JAWAPAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. B S B B B S S B

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 6

INPUT 9b

PEMERIKSAAN PENGLIHATAN

9.2

Memahami tujuan pemeriksaan penglihatan 9.2.1 Tujuan pemeriksaan penglihatan ke atas pemasangan Tujuan pemeriksaan pengihatan dilakukan ke atas pemasangan ialah supaya setiap perkara yang berkaitan dengan pemasangan itu mematuhi kehendak-kehendak piawai tempatan atau peraturan IEE,LLN dan JKR di samping memastikan tidak berlaku kecacatan fizikal pada peranti dan keseluruhan pepasangan. Pemeriksaan penglihatan ini hendaklah dilakukan sebelum semua ujian dilakukan Untuk memastikan bahan-bahan dan alat-alat yang dipasang mengikut piawai atau dengan kelulusan SIRIM

9.2.2

Perkara-perkara yang perlu diperiksa. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian iaitu : Sambungan pengalir ketat dan baik Pengenalan dan kod warna kabel betul Pemilihan saiz kabel yang betul Halangan dan sawar yang baik Perlindungan daripada bahaya renjatan ada disediakan dan masih baik Label pengenalan litar, fius dan fungsi suis handaklah diletakkan dan disediakan Papan-papan tanda amaran bahaya hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai Gambarajah, arahan dan maklumat pemasangan hendaklah disediakan Notis tarikh ujian semula ada dicatatkan Plat nama kontraktor terpasang di tempat yang sepatutnya Memeriksa keadaan fizikal peranti dan kelengkapan yang digunakan untuk memastikan samada sesuai kadarannya atau sebaliknya dan berada dalam keadaan baik serta selamat

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN 9.2.3

E2001 / UNIT 9/ 7

Tindakan yang perlu diambil ke atas pemasangan yang tidak mematuhi syarat semasa ujian pemeriksaan. Tidak layak menyambung elektrik atau bekalan dari JBE atau dengan kata lain tidak diberi kelayakan menerima wayar perkhidmatan dan meter KWJ Sebarang ujian yang gagal memenuhi kehendak peraturan hendaklah diulang semula setelah kerosakan itu dibaiki.

9.2.4

Menyatakan peraturan IEE yang berkaitan. Pemeriksaan dengan cara melihat haruslah dilakukan untuk mengesahkan bahawa peralatan elektrik yang dipasang itu dalam keadaan baik dan selamat. Dipasang menurut piawai inggeris yang harus digunakan ( Ini boleh dilakukan dengan tanda atau dengan kelulusan yang disediakan oleh orang yang memasang atau pihak pengeluar ). Dipilih dan didirikan dengan betul menurut peraturan-peraturan IEE Tidak rosak dan tidak akan mempengaruhi keselamatan.

Hendaklah dijalankan oleh kontraktor atau orang lain yang bertanggungjawab terhadap kerja pemasangan itu sebelum pemasangan tersebut atau pengubahan yang besar ketika diberikan bekalan sebenarnya.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 8

AKTIVITI 9b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1.

Berikan 2 tujuan pemeriksaan penglihatan ke atas pemasangan

2.

Nyatakan 6 perkara yang perlu diperiksa semasa ujian penglihatan dijalankan .

3.

Apakah tindakan yang perlu diambil ke atas pemasangan yang tidak mematuhi syarat semasa ujian pemeriksaan.

4.

Berikan 3 peraturan IEE yang berkaitan dengan ujian penglihatan .

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 9

MAKLUMBALAS 9b

JAWAPAN 1. Mempastikan pemasangan mematuhi kehendak-kehendak piawai tempatan atau peraturan IEE,LLN dan JKR . Mempastikan tidak berlaku kecacatan fizikal pada peranti dan keseluruhan pepasangan. Mempastikan bahan-bahan dan alat-alat yang dipasang mengikut piawai atau dengan kelulusan SIRIM 2. Sambungan pengalir ketat dan baik serta pengenalan yang betul. Pemilihan saiz kabel dan kod warna yang betul Halangan dan sawar yang baik Perlindungan daripada bahaya renjatan disediakan dan masih baik Label pengenalan litar, fius dan fungsi suis handaklah diletakkan dan disediakan Papan-papan tanda amaran bahaya hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai Gambarajah, arahan dan maklumat pemasangan hendaklah disediakan Notis tarikh ujian semula ada dicatatkan Plat nama kontraktor terpasang di tempat yang sepatutnya Memeriksa keadaan fizikal peranti dan kelengkapan yang digunakan untuk memastikan samada sesuai kadarannya atau sebaliknya dan berada dalam keadaan baik dan selamat

3. Tidak layak menyambung elektrik atau bekalan dari JBE atau dengan kata lain tidak diberi kelayakan menerima wayar perkhidmatan dan meter KWJ Sebarang ujian yang gagal memenuhi kehendak peraturan hendaklah diulang semula setelah kerosakan itu dibaiki. 4. Pemeriksaan dengan cara melihat haruslah dilakukan untuk mengesahkan bahawa peralatan elektrik yang dipasang itu dalam keadaan baik dan selamat. Dipilih dan didirikan dengan betul menurut peraturan-peraturan IEE Tidak rosak dan tidak akan mempengaruhi keselamatan. Hendaklah dijalankan oleh kontraktor atau orang lain yang bertanggungjawab terhadap kerja pemasangan itu sebelum pemasangan tersebut atau pengubahan yang besar ketika diberikan bekalan sebenarnya.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 10

INPUT 9c

SEBAB-SEBAB UJIAN DIJALANKAN MENGIKUT TURUTAN

9.3

Memahami sebab-sebab ujian dijalankan mengikut turutan 9.3.1 Kepentingan ujian dijalankan mengikut turutan Untuk mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Tujuan utama ujian ini ialah untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan 9.3.2 Jenis ujian yang patut dijalankan mengikut urutan Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang Ujian pengalir perlindungan, termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahan Ujian rintangan elektrod bumi Ujian kekutuban Ujian gelangan gelung kerosakan ke bumi Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi 9.3.3 Peraturan IEE Peraturan umum, pengujian mestilah dijalankan mengikut urutan. Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir (termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang. Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi. Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk pemasangan TN-C, semua tiang atau fasa pendawaian disambungkan bersama secara elektrik Rintangan penebat ke bumi haruskah tidak kurang daripada 1 megaohm. Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang-alik yang bernilai stabil dibekalkan antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tanbahan T1 yang diletakkan pada suatu jarak tertentu dari T supaya kawasan rintangan kedua-dua elektrod tidak bertindih.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 11

AKTIVITI 9c

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1.

Berikan 2 kepentingan ujian dijalankan mengikut turutan

2.

Nyatakan 4 jenis ujian yang patut dijalankan mengikut urutan.

3.

Berikan 3 peraturan IEE yang berkaitan dengan kepentingan pengujian secara urutan.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 12

MAKLUMBALAS 9c

JAWAPAN 1. Untuk mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Tujuan utama ujian ini ialah untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan 2. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang Ujian pengalir perlindungan, termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahan Ujian rintangan elektrod bumi Ujian kekutuban Ujian gelangan gelung kerosakan ke bumi Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi 3. Peraturan umum pengujian, mestilah dijalankan mengikut urutan. Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir (termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang. Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi. Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk pemasangan TN-C, semua tiang atau fasa pendawaian disambungkan bersama secara elektrik Rintangan penebat ke bumi haruskah tidak kurang daripada 1 megaohm. Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang-alik yang bernilai stabil dibekalkan antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tanbahan T1 yang diletakkan pada suatu jarak tertentu dari T supaya kawasan rintangan kedua-dua elektrod tidak bertindih.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 13

INPUT 9d

KAEDAH-KAEDAH UJIAN YANG DIJALANKAN

9.4

Kaedah-kaedah ujian yang dijalankan.

9.4.1 Tujuan setiap ujian yang dijalankan


Secara amnya, tujuan pengujian dijalankan ke atas pemasangan atau alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatau pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan IEE. 9.4.1.1 Ujian keterusan litar akhir gelang. Ianya bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang.

9.4.1.2

Ujian pengalir perlindungan, termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahan. Ianya bertujuan untuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan.

9.4.1.3

Ujian rintangan alektrod bumi. Ianya dijalankan sekiranya nilai bacaan ujian galangan gelung bumi tinggi daripada had. Juga menguji keterusan elektrod bumi yang telah dipasang.

9.4.1.4 Ujian Rintangan Penebatan Ianya bertujuan untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan ketahanan antara pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas. Pendek kata untuk memastikan tidak ada sebarang litar pintas di dalam pemasangan.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN 9.4.1.5 Ujian kekutuban

E2001 / UNIT 9/ 14

Ianya bertujuan untuk memastikan sambungan kekutuban pada setiap alat tambah dan alat elektrik berada pada tempat yang betul.

9.4.1.6 Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi Ianya bertujuan untuk mengetahui nilai galangan gelung bumi pada sesuatu pemasangan bagi menentukan jenis perlindungan kebocoran ke bumi yang sesuai digunakan.

9.4.1.7 Ujian Kendalian Pemutus Litar Bocor Ke Bumi Ianya bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengendalian pemutus litar bocor ke bumi ketika arus bocor ke bumi berlaku.

9.4.2

Menamakan Alat-alat Pengukuran Yang Digunakan Bagi Setiap Ujian. Alat penguji yang digunakan ialah Jangka Ohm atau meter Ohm. Peralatan yang digunakan ialah seperti meter volt, meter penguji bumi, penguji bumi transistor, dua belitan yang beserta meter volt dan meter ampere. Jangka meger Ohm ( Meger Ohm tester ), meter Ohm. Loceng penguji, lampu penguji dan jangka volt. Jangka penguji talian bumi ( meger earth line tester ), meter volt. Alat pengukir seperti pengubah dua lilitan dengan voltan sekunder tidak melebihi 45 volt.

9.4.3

Langkah-langkah yang diambil sebelum ujian dijalankan

9.4.4

Cara-cara menjalankan ujian

9.4.5

Keputusan yang sepatutnya bagi setiap uijian. Ujian litar gelang- Rintangan di antara penghujung akhir bagi setiap pengalir litar gelang hendaklah mencapai bacaan uian keterusan pengalir ke bumi. Ujian keterusan pengalir perlindungan- Bacaan ujian mestilah tidak boleh lebih daripada bacaan ujian galangan.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 15

Ujian Rintangan elektrod bumi- susutan voltan di antara rintangan elektrod bumi. Ujian rintangan penebatan- Bacaan yang diambil daripada sambungan Plumbum penguji mestilah tidak kurang daripada 1 mega Ohm. Ujian kekutuban- Bacaan yang diambil mestilah kurang daripada 1 ohm ataupun, berbunyi jika menggunakan loceng. Ujian galangan gelung bumi- Bacaan yang diambil daripada jangka penguji mestilah tidak lebih daripada 500 ohm. Ujian kendalian pemutus litar- bekalan diberikan ( 415 volt ) di pengubah penguji, mengalir ke gelung pelantik dan pemutus litar dalam keadaan baik.

9.4.6

Peraturan IEE yang berkaitan. Setiap konduktor perlindungan hendaklah diuji untuk mengesahkan bahawa ia baik dari segi aliran arus elketrik dan disambung dengan betul. Suatu ujian hendaklah dijalankan untuk mengesahkan kesinambungan setiap konduktor termasuk konduktor pelindung setiap gelang litar akhir. Rintangan penebatan antara konduktor hidup hendaklah diukur sebelum pemasangan di sambung kepada bekalan. Setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung di sambung dalam konduktor fasa sahaja. Di mana langkah-langkah perlindungan digunakan yang memerlukan pengetahuan tentang rintangan elektrod bumi ini hendaklah disekat. Pemeriksaan secara mata kasar juga perlu sebelum pegujian dijalankan. Sijil pada setiap ujian hendaklah dikeluarkan oleh kontraktor atau orang yang bertanggungjawab mengarahkan pemasangan itu. Bagi setiap pemasangan ( pengubah yang besar ) hendaklah membuat catatan dalam sijil berkenaan.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 16

AKTIVITI 9d

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1. 2.

Berikan 5 jenis ujian dan jelaskan tujuan setiap ujian yang dijalankan Namakan 5 jenis alat pengukuran yang digunakan semasa ujian sedang dijalankan. Berikan 3 langkah yang perlu diambil sebelum ujian dijalankan Berikan 2 cara menjalankan ujian dan keputusan yang sepatutnya bagi setiap uijian. Nyatakan 5 peraturan IEE yang berkaitan dengan kaedah-kaedah ujian.

3. 4.

5.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 17

MAKLUMBALAS 9d

JAWAPAN 1. i. Ujian keterusan litar akhir gelang. Ianya bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang. Ujian pengalir perlindungan, termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahan. Ianya bertujuan untuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan. Ujian rintangan alektrod bumi. Ianya dijalankan sekiranya nilai bacaan ujian galangan gelung bumi tinggi daripada had. Juga menguji keterusan elektrod bumi yang telah dipasang. Ujian Rintangan Penebatan Ianya bertujuan untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan ketahanan antara pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas. Ujian kekutuban Ianya bertujuan untuk memastikan sambungan kekutuban pada setiap alat tambah dan alat elektrik berada pada tempat yang betul. Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi Ianya bertujuan untuk mengetahui nilai galangan gelung bumi pada sesuatu pemasangan bagi menentukan jenis perlindungan kebocoran ke bumi yang sesuai digunakan. Ujian Kendalian Pemutus Litar Bocor Ke Bumi Ianya bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengendalian pemutus litar bocor ke bumi ketika arus bocor ke bumi berlaku.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 18

2. i. ii. Alat penguji yang digunakan ialah Jangka Ohm atau meter Ohm. Peralatan yang digunakan ialah seperti meter volt, meter penguji bumi, penguji bumi transistor, dua belitan yang beserta meter volt dan meter ampere. Jangka meger Ohm ( Meger Ohm tester ), meter Ohm. Loceng penguji, lampu penguji dan jangka volt. Jangka penguji talian bumi ( meger earth line tester ), meter volt. Alat pengukir seperti pengubah dua lilitan dengan voltan sekunder tidak melebihi 45 volt.

iii. iv. v. vi.

3. i. Langkah-langkah yang diambil sebelum ujian dijalankan

4. a. Cara-cara menjalankan ujian

b.

Keputusan yang sepatutnya bagi setiap uijian. i. Ujian litar gelang- Rintangan di antara penghujung akhir bagi setiap pengalir litar gelang hendaklah mencapai bacaan ujian keterusan pengalir ke bumi. Ujian keterusan pengalir perlindungan- Bacaan ujian mestilah tidak boleh lebih daripada bacaan ujian galangan. Ujian Rintangan elektrod bumi- susutan voltan di antara rintangan elektrod bumi. Ujian rintangan penebatan- Bacaan yang diambil daripada sambungan Plumbum penguji mestilah tidak kurang daripada 1 mega Ohm. Ujian kekutuban- Bacaan yang diambil mestilah kurang daripada 1 ohm ataupun, berbunyi jika menggunakan loceng. Ujian galangan gelung bumi- Bacaan yang diambil daripada jangka penguji mestilah tidak lebih daripada 500 ohm. Ujian kendalian pemutus litar- bekalan diberikan ( 415 volt ) di pengubah penguji, mengalir ke gelung pelantik dan pemutus litar dalam keadaan baik.

ii. iii. iv.

v. vi.

vii.

5. i. Setiap konduktor perlindungan hendaklah diuji untuk mengesahkan bahawa ia baik dari segi aliran arus elketrik dan disambung dengan betul. Suatu ujian hendaklah dijalankan untuk mengesahkan kesinambungan setiap konduktor termasuk konduktor pelindung setiap gelang litar akhir.

ii.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN iii. iv. v.

E2001 / UNIT 9/ 19

vi. vii.

viii.

Rintangan penebatan antara konduktor hidup hendaklah diukur sebelum pemasangan di sambung kepada bekalan. Setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung di sambung dalam konduktor fasa sahaja. Di mana langkah-langkah perlindungan digunakan yang memerlukan pengetahuan tentang rintangan elektrod bumi ini hendaklah disekat. Pemeriksaan secara mata kasar juga perlu sebelum pegujian dijalankan. Sijil pada setiap ujian hendaklah dikeluarkan oleh kontraktor atau orang yang bertanggungjawab mengarahkan pemasangan itu. Bagi setiap pemasangan ( pengubah yang besar ) hendaklah membuat catatan dalam sijil berkenaan.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 20

INPUT 9e

KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN

9.5

Kaedah mengesan kerosakan 9.5.1 Punca Kerosakan Terdapat tiga jenis kerosakan : - Litar terbuka - Litar pintas - Kerosakan bumi. Litar terbuka - disebabkan oleh salah satu perkara tersebut : - Pengalir kabel putus - Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan - Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar tidak berapa baik. Litar pintas - Litar pintas biasanya berlaku apabila pengalir fasa dan neutral bersentuh di antara satu sama lain. Punca terjadi perkara tersebut adalah disebabkan oleh salah satu perkara tersebut : - Penebat kabel rosak atau,: - Pengalir-pengalir yang longgar dari punca sambungan hingga bersentuhan dengan pengalir kutub yang berlawanan. Kerosakan bumi - Terjadi apabila pengalir fasa sentuh dengan pengalir bumi atau badan ( logam ) alat perkakasan elektrik.

9.5.2

Langkah-langkah mengesan kerosakan Mengesan kerosakan litar terbuka Putuskan bekalan utama. Sambungkan punca L dan N dalam P.F.A ke punca bumi mengikut Rajah 9.1. Suis (S) hendaklah ditutup. Dengan jangka ohm atau loceng penguji, sambungkan plumbum penguji di antara punca bumi (konduit) dan punca A, B dan C mengikut giliran. Bacaan jangka ohm rintangan tinggi atau loceng penguji tidak bunyi ini menunjukkan pengalir kabel tersebut putus atau suis rosak. Ujian ini menunjukkan pengalir kabel B putus.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 21

Rajah 9.1 Litar pengujian kerosakan

Mengesan kerosakan litar pintas Tanggalkan pengalir fasa dan neutral bagi litar yang dijangkakan daripada papan agihan. Bukakan (OFF) semua suis dalam litar. Tanggalkan semua beban. Jalankan ujian rintangan penebatan. Sambungkan prob penguji jangka ohm di antara pengalir fasa dan neutral di dalam papan agihan. Tutupkan ON setiap suis mengikut giliran sehungga bacaan jangka ohm menunjukkan rintangan rendah atau sifar. Kerosakan akan terjadi daripada suis yang menunjukkan rintangan rendah. Buatkan pembetulan ke atas punca kerosakan.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 22

Tatacara mengesan kerosakan bumi Lakukan ujian seperti rajah di bawah :

Rajah 9.2 Pengujian kerosakan bumi

9.5.3

Cara-cara membaiki kerosakan Menerangkan cara membaiki kerosakan

9.5.4

Cara-cara untuk mengelakkan berlakunya kerosakan Menggunakan alat perlindungan yang bersesuaian seperti : Menggunakan fius atau pemutus litar Menggunakan pemutus litar miniature/ kenit ( pemutus litar bocor ke bumi ) Gunakan kabel serta alat elektrik yang sesuai seta mematuhi peraturan IEE. Membuat perlindungan mekanikal ke atas kabel seperti : Memasukkan kabel ke dalam kondiut Menukar ganti kabel yang telah lama.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 23

Elakkan daripada memberi keupayaan yang tinggi kepada alatan elektrik tanpa menggunakan alat perlindungan. Membuat ujian terhadap pengalir fasa dengan pengalir bumi atau badan ( logam ) alat perkakasan elektrik, serta elakkan daripada bersentuhan. Lakukkan beberapa kekerapan ujian terhadap alatan elektrik serta kabel elektrik.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 24

AKTIVITI 9e

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1.

Nyatakan 3 punca Kerosakan berserta penyebabnya.

2.

Nyatakan langkah-langkah mengesan kerosakan litar buka

3.

Tatacara mengesan kerosakan bumi

4.

Nyatakan cara-cara membaiki kerosakan

5.

Nyatakan 3 cara untuk mengelakkan berlakunya kerosakan

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 25

MAKLUMBALAS 9e

JAWAPAN 1. i. Litar terbuka - disebabkan oleh salah satu perkara tersebut : - Pengalir kabel putus - Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan - Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar tidak berapa baik. Litar pintas - Litar pintas biasanya berlaku apabila pengalir fasa dan neutral bersentuh di antara satu sama lain. Punca terjadi perkara tersebut adalah disebabkan oleh salah satu perkara tersebut : - Penebat kabel rosak atau,: - Pengalir-pengalir yang longgar dari punca sambungan hingga bersentuhan dengan pengalir kutub yang berlawanan. Kerosakan bumi - Terjadi apabila pengalir fasa sentuh dengan pengalir bumi atau badan ( logam ) alat perkakasan elektrik.

ii.

iii.

2.

Langkah-langkah mengesan kerosakan litar terbuka i. ii. iii. iv. Putuskan bekalan utama. Sambungkan punca L dan N dalam P.F.A ke punca bumi Suis (S) hendaklah ditutup. Dengan jangka ohm atau loceng penguji, sambungkan plumbum penguji di antara punca bumi (konduit) dan punca A, B dan C mengikut giliran. Bacaan jangka ohm rintangan tinggi atau loceng penguji tidak bunyi ini menunjukkan pengalir kabel tersebut putus atau suis rosak. Ujian ini menunjukkan pengalir kabel B putus.

v.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN 3. Tatacara mengesan kerosakan bumi Lakukan ujian seperti rajah di bawah :

E2001 / UNIT 9/ 26

4.

Cara-cara membaiki kerosakan i. Menerangkan cara membaiki kerosakan

5.

Cara-cara untuk mengelakkan berlakunya kerosakan i. ii. iii. iv. v. Menggunakan alat perlindungan yang bersesuaian seperti : Menggunakan fius atau pemutus litar Menggunakan pemutus litar miniature/ kenit ( pemutus litar bocor ke bumi ) Gunakan kabel serta alat elektrik yang sesuai seta mematuhi peraturan IEE. Membuat perlindungan mekanikal ke atas kabel seperti : a. Memasukkan kabel ke dalam kondiut b. Menukar ganti kabel yang telah lama. Elakkan daripada memberi keupayaan yang tinggi kepada alatan elektrik tanpa menggunakan alat perlindungan. Membuat ujian terhadap pengalir fasa dengan pengalir bumi atau badan ( logam ) alat perkakasan elektrik, serta elakkan daripada bersentuhan. Lakukkan beberapa kekerapan ujian terhadap alatan elektrik serta kabel elektrik.

vi. vii.

viii.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 27

PENILAIAN KENDIRI - U9

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!!

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

E2001 / UNIT 9/ 28

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI U9

Adakah anda telah mencuba dahulu ???


Jika YA , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI