Você está na página 1de 2

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN STATISTIK

Sebagian besar orang pasti sudah sebati berkenaan dengan istilah


statistik.Kebanyakannya, apbila ditanyakan sejak bila mereka mula mengenali statistik,
mungkin sebagian besar daripada mereka akan menjawab ' oh, ketika saya mula masuk
sekolah, mungkin sekitar sekolah menengah dan mungkin ketika saya mula mempelajari
matematik. Tetapi sedarkah kita bahawa manusia mula dan mengenali istilah statistik
semenjak kita lahir. Perkara yang paling mudah contohnya ialah berkaitan berat dan panjang
badan seseorang ketika mula dilahirkan. Namun kerana ketika itu kita masih lagi kecil dan
belum boleh berIikir dengan baik. Seringkali kita tidak menyadari bahwa dalam kehidupan
kita seharian kita, manusia seringkali melakukan penelitian, misalnya dalam membeli suatu
barang yang mahal seperti komputer, kita tentu saja melakukan penelitian ke kedai-kedai
komputer untuk membandingkan harga, ciri-ciri mahupun jaminannya
Daripada data terkumpul, statistik dapat digunakan untuk menyimpulkan atau
mentaIsirkan data; dinamakan statistik diskrit.Sebagian besarkonsep asas statistik adalah
berpandukan kepada kebarangkalian. Beberapa istilah penting dalam statistik ialah populasi,
sampel dan unit sampel. Statistik diterapkan dalam berbagai bidang termasuk ilmu disiplin,
ilmu-ilmu alam (misalnya astronomi dan biologi, ilmu-ilmu sosial (termasuk sosiologi dan
psikologi), maupun di bidang bisnes, ekonomi, dan industri). Statistika juga digunakan dalam
pemerintahan untuk pelbagai tujuan dan populasi penduduk merupakan salah satu daripada
asas pengiraan dalam bidang statistik. Selain itu juga, statistik juga digunakan dalam
membuat pengiraan terawal (jangkaan awal) bagi sesuatu peristiwa sebelum peristiwa
tersebut berlaku. Dalam bidang teknologi pula, statistik banyak digunakan dalam pengiraan
sesuatu min sample yang besar, julat sesuatu peristiwa dan sebagainya.
1) Guru
a. Dapat mengenalpasti peringkat penilaian pelajar di dalam kelas melalui aplikasi mod (
kekerapan tertinggi ), median dan sebagainya
b. Guru dapat mengenalpasti tahap purata intelektual antara pelajar dalam sesuatu kelas
seterusnya dapat merancang gaya pembelajaran yang terbaik kepada pelajarnya
c. Guru boleh menilai psikologi pelajarnya dalam melakukan set induksi dalam kelas.



) Lain-lain sektor
a. Turun naik saham akan memberi impak kepada keuntungan sesuatu syarikat.
b. Jabatan kaji cuaca amat memerlukan statistik berkenaan dengan julat sesuatu
kawasan.Sebagai contoh, julat hujan tahunan negara juga dikira melalui statistik.
c. Jabatan penguat kuasaan undang-undang jalan raya (JPJ) menggunakan statistik untuk
mengira dan menganggarkan sebarang kemungkiran berlaku di atas jalan raya
d. Perlawanan akhir bola sepak menentukan statistik bilangan penyokong bagi sesuatu
pihak sebelum perlawanan bermula.
e. Soal imigrasi dan emigrasi di negara ini.
I. Konsep sama adil dalam pembahagian harta dan benda.
g. Menentukan kebarangkalian sesuatu peristiwa
Kepentingan statistik dalam kehidupan seharian:
O Bagi suri rumah tangga mungkin tanpa disedari mereka telah menerapkan statistik
dalam kehidupan mereka. Dalam membelanjakan ruang untuk keselesaan keluarga,
mereka sering melakukan perhitungan untung rugi, jumlah wang yang perlu
dikeluarkan bagi setiap bulannya.
O Sebagai mahasiswa, selain statistika dipelajari secara Iormal sebenarnya kita sudah
menggunakannya dalam perhitungan Indeks prestasi pelajar.
O Dalam dunia bisnes, para pemain saham atau pengusaha sering menerapkan nilai
statistik untuk memperoleh keuntungan. Seperti peluang untuk melaburkan saham.
O Dalam bidang industri pula, statistik sering digunakan untuk menentukan keputusan.
Contohnya berapa jumlah produk yang harus dihasilkan dalam masa sehari
berpandukan laporan perusahaan, sama ada mereka perlu melakuk menambah varian
produktiviti ataupun tidak lagi memperluas cabang produk tersebut, dan lain-lain.
O Mengukur kadar perkembangan penyakit SARS dalam suatu tempat dan jangka masa.
O Mencari perbezaan suhu antara kawasan berlainan.
O Guru dapat mengetahui tahap penguasaan pelajarnya dalam suatu topik pembelajaran
dengan mengadakan kuiz.
O Kadar perubahan suhu diukur dengan menggunakan termometer.

Você também pode gostar