Você está na página 1de 2

JENIS PENYELENGGERAAN PENYAMAN UDARA Penyelenggaraan penyaman udara adalah sebahagian kerja dan tugas seorang mekanik atau

juruteknik dalam penyejukan dan penyamanan udara. Walaupun kerja yang dilakukan agak ringan, tetapi mekanik perlu melakukan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Setiap sistem penyaman udara dan penyejukan, sama ada sistem domestik atau kommersial perlu dibuat selanggaraan pada setiap bulan. Terdapat beberapa jenis penyelenggeraan penyaman udara yang dilakukan oleh mekanik atau juruteknik penyejukan dan penyaman udara.

Penyelenggeraan berkala/ Routine maintenance Penyelenggeraan berkala ialah penyelenggeraan yang dijalankan ke atas penyaman udara secara berulang-ulang dalam satu jangka masa tertentu. penyelenggeraan berkala dilakukan setiap bulan ke atas penyaman udara. Antara servis yang dilakukan setiap bulan ke atas penyaman udara ialah membersih penapis udara, membersihkan paip saluran air, memeriksa unit untuk kemorosotan bahagian dan menjalankan diagnostik ke atas sistem. Penyelenggeraan berkala ke atas penyaman udara dapat memastikan penyaman udara sentiasa berkeadaan baik. Penyelenggeraan berkala juga merupakan tindakan yang diambil untuk membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal itu supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan. Penyelenggaraan ini tidak dapat dielakkan kerana komponenkomponen mekanikal mempunyai jangka hayatnya tersendiri dan kerosakan tetap akan berlaku setiap masa. Penyelenggeraan mencegah/ Preventive maintenance Penyelenggeraan mencegah ialah penyelenggeraan yang tidak dibuat secara berulangulang tetapi dilakukan sekali sekala mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hanya untuk mencegah dari sesuatu kerosakan yang berat berlaku ke atas penyaman udara. Penyelenggeraan mencegah merupakan kerja-kerja yang diambil untuk memeriksa, servis, membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal secara teratur mengikut jadual yang ditetapkan. Tujuan utama ialah untuk mengurangkan risiko kerosakan sumber fizikal supaya ianya dapat beroperasi dengan cekap secara berterusan. Contohnya setiap dua tahun mekanik atau juruteknik penyejukan atau penyaman udara perlu memeriksa tekanan gas, sambungan kebel dan arus elektrik.

Penyelenggeraan Luar jangkaan/ Breakdown Penyelenggeraan luar jangkaan merupakan penyelenggeraan yang dijalankan apabila berlakunya kerosakan ke atas penyaman udara diluar jangkaan. Contohnya kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut, pokok tumbang dan sebagainya. Penyelenggeraan ini tidak dilakukan secara berulang-ulang dan mengikut jadual yang ditetapkan kerana mekanik penyaman udara tidak tahu bila ia akan berlaku ke atas penyaman udara. Tindakan yang pelu dilakukan oleh mekanik penyaman udara ialah langkah bersiap sedia menghadapi keadaan seumpama ini.

Você também pode gostar